KENDERAAN PEGUAM NEGARA DILIHAT MASUKI ISTANA NEGARA







Kenderaan Peguam Negara dilapor masuk ke kediaman PM. Kelibat kenderaan membawa menteri dan Peguam Negara memasuki kawasan rumah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pukul 9.40 pagi. Kelibat kenderaan membawa menteri dan Peguam Negara memasuki kawasan rumah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Ini susulan dari tindakan Umno yang mengumumkan tarik diri dari menyokong beliau. Kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mula menjadi tumpuan awal pagi ini selepas UMNO membuat keputusan untuk menarik balik sokongan serta-merta malam tadi. Kelibat beberapa kenderaan kerajaan dipercayai membawa menteri, peguam negara dan kenamaan kelihatan memasuki kawasan rumah beliau pada 9.40 pagi tadi. 

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pemimpin mana yang hadir dalam pertemuan bersama Muhyiddin hari ini. Semalam, sidang mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan untuk menarik balik sokongannya serta-merta terhadap Muhyiddin. Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sokongan yang diberikan oleh UMNO sejak bulan Mac tahun lalu itu ditarik balik selepas mendapat undian dua pertiga ahli MT. Menurutnya, selain kegagalan kerajaan menangani masalah Covid-19, ekonomi dan bebanan rakyat,

 UMNO juga tidak boleh berkompromi dengan melihat kerajaan memperkotak-katikkan institusi beraja hingga Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah terpaksa berulang-kali mengeluarkan kenyataan media dan titah mengadap supaya Parlimen dibenarkan bersidang dan membahaskan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara. Tambahnya, berpandukan tujuh ketetapan MT UMNO semasa menyokong Muhyiddin pada tahun lepas, kerajaan Perikatan Nasional (PN) didakwanya gagal memenuhi segala garis panduan yang telah dikemukakan MT pada 11 Mac 2020- MG



KULI JUGA INGIN JADI PM INTERIM

 


Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak menolak sekiranya beliau diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri interim.

Beliau yang juga dikenali sebagai Ku Li berkata, sesiapa sahaja termasuk dirinya akan memikul tanggungjawab itu demi kepentingan rakyat sekiranya negara sekali lagi berdepan dengan krisis politik seperti yang berlaku pada Februari tahun lalu.

“Kalau dengar kepada banyak laporan takut kita hendak mencuba pun tetapi kalaulah itu menjadi tanggungjawab sesiapa sahaja mesti memikulnya kerana demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya pada program Bersama Ku Li yang disiar di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar dalam program bual bicara yang berlangsung kira-kira sejam berhubung kesediaan beliau untuk menjadi Perdana Menteri interim sekiranya negara sekali lagi berdepan krisis politik.

Nama Tengku Razaleigh atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li antara pemimpin yang turut disebut untuk mengambil alih kepimpinan negara susulan wujud kempen gerakan #kerajaangagal secara maya oleh beberapa pihak sejak kebelakangan ini.

Pada 24 Februari tahun lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad melakar sejarah negara apabila menjadi Perdana Menteri interim pertama di Malaysia.'

Sejarah itu terlakar apabila Dr Mahathir menghantar surat peletakan jawatannya ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah di Istana Negara pada tarikh sama.

Susulan itu, beliau dilantik sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu.

 

Kenderaan Peguam Negara dilapor masuk ke kediaman PM

 

Terkini !!! Kenderaan Peguam Negara dilapor masuk ke kediaman PM

Kenderaan Peguam Negara dilapor masuk ke kediaman PM. Kelibat kenderaan membawa menteri dan Peguam Negara memasuki kawasan rumah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pukul 9.40 pagi.

 Kelibat kenderaan membawa menteri dan Peguam Negara memasuki kawasan rumah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

Ini susulan dari tindakan Umno yang mengumumkan tarik diri dari menyokong beliau.

Kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mula menjadi tumpuan awal pagi ini selepas UMNO membuat keputusan untuk menarik balik sokongan serta-merta malam tadi.

Kelibat beberapa kenderaan kerajaan dipercayai membawa menteri, peguam negara dan kenamaan kelihatan memasuki kawasan rumah beliau pada 9.40 pagi tadi.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pemimpin mana yang hadir dalam pertemuan bersama Muhyiddin hari ini.

Semalam, sidang mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan untuk menarik balik sokongannya serta-merta terhadap Muhyiddin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sokongan yang diberikan oleh UMNO sejak bulan Mac tahun lalu itu ditarik balik selepas mendapat undian dua pertiga ahli MT.

Menurutnya, selain kegagalan kerajaan menangani masalah Covid-19, ekonomi dan bebanan rakyat, UMNO juga tidak boleh berkompromi dengan melihat kerajaan memperkotak-katikkan institusi beraja hingga Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah terpaksa berulang-kali mengeluarkan kenyataan media dan titah mengadap supaya Parlimen dibenarkan bersidang dan membahaskan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

Tambahnya, berpandukan tujuh ketetapan MT UMNO semasa menyokong Muhyiddin pada tahun lepas, kerajaan Perikatan Nasional (PN) didakwanya gagal memenuhi segala garis panduan yang telah dikemukakan MT pada 11 Mac 2020-    MG

Terkini! Ku Li sedia jadi PM interim-----BERSAMBUNG KE BERITA DIATAS...MUKA SURAT TAK MUAT

 

Terkini! Ku Li sedia jadi PM interim

Kerajaan PN kini jatuh, kerajaan interim sebagai penyelesaian awal - Mujahid


Afiezy Azaman
Kerajaan PN kini jatuh, kerajaan interim sebagai penyelesaian awal - Mujahid
Mujahid mendakwa kerajaan Perikatan Nasional kini telah jatuh. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Kerajaan interim dilihat sebagai satu kaedah terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku susulan penarikan diri UMNO daripada menyokong perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusof Rawa menerusi akaun Facebooknya mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini dilihat telah jatuh.Sumber Facebook DrMujahidYusofRawa

"Pilihan UMNO yang diumumkan awal pagi tadi, merintis jalan kepada kejatuhan kerajaan PN tetapi alternatif sebuah kerajaan kuat dan stabil seperti titah Yang di-Pertuan Agong masih belum kelihatan.

"PH kekal blok terbesar 89 Ahli Parlimen tetapi tidak cukup bentuk kerajaan, baki 'strong and formidable majority' masih ada di tangan blok Barisan Nasional, Sabah, Sarawak manakala fraksi Tun M (Tun Mahathir) mungkin menanti peluang.

"Jatuhnya PN secara teknikal adalah jatuhnya kegagalan, keangkuhan dan lebih utama satu pengkhianatan dan PH kekal konsisten mahukan mandat rakyat dikembalikan, UMNO tarik diri dari PN dan jelas dari kenyataan Presidennya mahukan PRU setelah kelompok imuniti tercapai," katanya.

Terdahulu, Mesyuarat ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi memutuskan parti itu menarik balik sokongan kepada kepemimpinan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin berkuat kuasa serta merta.

Selaras keputusan itu, UMNO menuntut supaya Muhyiddin meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada seorang perdana menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad bagi menguruskan hal pandemik COVID-19 dan bantuan kepada rakyat.

MKT UMNO turut menegaskan sebarang usaha untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri akan ditolak sepenuhnya oleh parti itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid, berkata penolakan itu termasuklah kerjasama parti itu dengan DAP.

Mengulas lanjut, Mujahid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu juga mempersoalkan sama ada UMNO menarik diri daripada kerajaan adalah disebabkan kegagalan sendiri.

"Hairan juga, adakah UMNO mengatakan pada diri sendiri kerana Timbalan Perdana Menteri UMNO dan Menteri Kanan UMNO baru sahaja dilantik kelmarin.

"Menteri Vaksin, Menteri Kesihatan, Menteri Pertahanan, Sukan, Perpaduan, Pengajian Tinggi, Menteri Luar dan ramai Timbalan Menteri adalah dari UMNO.

"Apakah yang gagal adalah UMNO dan sebab itu dia menarik diri dari kerajaannya sendiri! Tegasnya.

Tambah Mujahid, sekali lagi kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diperlukan untuk meralisasikan kerajaan yang kukuh dan stabil bagi menangani COVID-19 dan ekonomi yang semakin buruk.

"Rakyat menderita, ekonomi dalam bahaya, COVID-19 terus meningkat. Amat malang bagi negara ini terpaksa melalui musibah ini.

"Tapi sekurangnya satu kegagalan dan pengkhianatan telah diakhiri," jelasnya..

BUANGLAH BUAH KEPAYANG ITU

[[LIVE]]7.7.2021 UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional. Jadi apa seter...

JOM LIHAT KEDUDUKAN KERUSI PARLIMEN

 

KALAU MAHIADDIN TETAP TIADA RASA MALU, ISMAIL SABRI SEPATUTNYA JADI YANG PERTAMA UMUM LETAK JAWATAN


Dengan keputusan MT UMNO lewat malam tadi menarik sokongan secara serta-merta kepada Mahiaddin Md Yasin, walaupun mungkin Takiyuddin Hassan masih cuba berhujah perkataan serta-merta itu tidak bermaksud segera atau secepat mungkin, tetapi Perdana Menteri kini telah ditinggalkan dengan pilihan yang cukup terhad.

Jika beliau masih ada maruah, harga diri dan perasaan malu, langkah pertama dan terbaiknya pagi ini ialah pergi ke Istana Negara untuk menghadap Agong bagi mengumumkan perletakan jawatannya.

Penarikan sokongan yang dibuat oleh UMNO yang mewakili 38 Ahli Parlimen dalam kerajaan PN bermakna Mahiaddin tiada keupayaan lagi untuk terus mempertahankan kerajaan PN dan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Cuba bertahan lagi hanya akan membuatkan beliau terus dikeji, dibenci dan dikecam daripada segenap penjuru.

Walaupun ketetapan MT itu tidak disertai dengan kemestian untuk Ahli Parlimen UMNO dalam kerajaan meletak jawatan, Mahiaddin dalam hal ini harus ada tanggungjawab moral yang tinggi untuk menyelamatkan masa masa depan negara.

Tiada lagi majoriti yang ketara bermakna beliau tidak berhak lagi memimpin negara.

Kegagalan beliau, antaranya sebagaimana yang ditekankan dalam keputusan MT malam tadi iaitu gagal menangani pandemik Covid19, menyalahgunakan proklamasi darurat, gagal mempertahankan sistem demokrasi berparlimen, gagal mengurus kestabilan politik dan ekonomi serta memperkotak-katikkan titah Agong, adalah jelas perkara-perkara yang serius dan memalukan.

Ia tidak dapat diterima dan tergamak dilakukan oleh sebuah kerajaan yang mendakwa berjuang untuk rakyat dan dalam masa yang sama menjadi kerajaan yang berpaksikan kesetiaan kepada Raja dan Negara sebagaimaba termaktub dalam Rukunegara.

Maka itu, berundur dan meletak jawatan mesti menjadi pilihan utama bagi Mahiaddin.

Begitu pun, mengenali tingkah laku politik Mahiaddin yang ternampak sangat degil dan ingin terus berpaut kepada kuasa sebagaimana ditunjukkannya sepanjang 17 bulan sebelum ini, tidak mustahil beliau “buat tak reti” saja dengan ketetapan terbaru UMNO ini.

Paling-paling, untuk melengahkan lagi masa, beliau mungkin masuk hospital sekali lagi.

Dalam hal ini, jika kedegilan Mahiaddin tetap berterusan dan tiada perubahan kepada kedudukan kerajaan, Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik semalam, Ismail Sabri seharusnya menjadi pemimpin UMNO yang pertama meletakkan jawatan.

Tidak kisahlah jika dengan berbuat demikian, Ismail Sabri akan mencatat sejarah sebagai Timbalan Perdana Menteri paling singkat iaitu tidak sampai 12 jam, namun maruah parti yang memberi nikmat kepadanya selama ini tentulah jauh lebih tinggi lagi nilainya.

Realiti yang tidak boleh dinafikan juga, keputusan MT UMNO menarik sokongan serta-serta itu adalah keputusan yang dipersetujui oleh Ismail Sabri sendiri kolektif atas kedudukannya sebagai Naib Presiden UMNO.

Sebagaimana Mahiaddin tidak banyak pilihan, Ismail Sabri juga tidak ada banyak pilihan.

Dengan Ismail Sabri dapat menunjukkan teladan menjadi yang pertama meletakkan jawatan daripada kerajaan, barulah ada momentum untuk Ahli-Ahli Parlimen UMNO lain untuk turut berbuat demikian.

Setelah UMNO mengumumkan menarik sokongan secara serta-merta, tiada makna lagi bagi mereka untuk terus pergi ke pejabat dan berada dalam kerajaan gagal ini.

Kecuali, jika berlengah-lengah berbuat demikian, ia hanya memperlihatkan keinginan untuk ingkar kepada keputusan parti dan mahu menyeberang menyertai parti lain. 

(ShahbudinHusin 08/07/2021)



IKLAS KE MIN?...KEH..KEH..KEH NAMPAK SANGAT KENA GAME NGAN MAHIADDIN

 

TPM : Azmin ucap tahniah kepada Ismail Sabri

TPM : Azmin ucap tahniah kepada Ismail Sabri

Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri, berkuat kuasa serta-merta.

Mohamed Azmin juga menyatakan keyakinan bahawa kestabilan negara dan kemakmuran rakyat dapat dicapai melalui usaha secara kolektif.

“Saya yakin kestabilan negara dan kemakmuran rakyat adalah usaha kita bersama. Teguh kita menang bersama,” katanya dalam kenyataan melalui Twitter.

APA SUDAH JADI DENGAN DUIT 4 BILLION UNTUK BELI VAKSIN ?


HAMZAH RIE NA

Kenapa perbelanjaan RM5 bilion untuk pembelian vaksin tak berani nak dibahaskan dalam parlimen?

Kalau ada sidang parlimen dan dibahaskannya, kantoilah semuanya nanti 

Agaknya itu antara sebab yang ditakuti sgt oleh kerajaan utk mendedahkan segala butiran² pembelian vaksin termasuk harga sebenar vaksin yang dibeli.

SR

 

 May be a Twitter screenshot of 1 person and text that says "Tan Sri Dato Dr Hj Mujeebudeen @TSDMujeebudeen terima SUMBANGAN Vaksin Pfizer dari USA terima SUMBANGAN Vaksin Sinovac dari CHINA terima SUMBANGAN Vaksin Astra Zeneca dari JEPUN semua ni SUMBANGAN berapa banyak yg kita BELI dgn menguna dana KWAN RM4 Bilion (RM4000 JUTA). kata Kerajaan Islam Melayu.! Integriti.!? mana"

HADI THEN AND NOW !!!!

 


Hadi then. also Hadi now.

Memang dia ini tak ada cermin ke? Baru 2 hari lepas sembang politicking gila kuasa sehingga tak peduli nyawa rakyat. Hari ni dia ucap tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri yang politicking gila kuasa, masa kes Covid harian 7k, siap hospital kat Klang tak cukup katil. Moral compass mana? Atau mendula oblongata dia sendiri terlupa update apa yang tangan dia tulis?

 

ADA HATI WALAU SATU KERUSI

 


MOHD MUKHLIS


Tara satu kerusi ini pun ada hati nak jadi PM, jangan kata PM, nak masuk

 bertanding pun tak lepas sebab tak ada pencadang dan penyokong. Tapi saya

 rasa KuLi boleh apply jawatan PM Online. Yang hak ada sekarang ini pun

 kurang sihat, tunggu masa saja nurse nak pakaikan lampin dewasa.


May be an image of 1 person and text that says "Sinar SinarOnline @SinarOnline Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak menolak sekiranya beliau diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri interim. #sinarharian Translate Tweet Sinar Harian sinarharian.com.my Ûnri Ku Li sedia Perdana Menteri interim 11:41PM 07Jul21 Twitter Web App"

WALAU DAH PUTUS DENGAN WALAUN, OTAK TETAP JADI WALUN BODO JUGA



W.FAUDZIN


Satu contoh, tak semua walaun lebai bila keluar dr puak lebai akan suci otak dia dari kebodohan. Maklumlah...sepupu sepapat tok guru Marang, berkarat bodo nya susah nak hilang...


 May be an image of ‎1 person, headscarf and ‎text that says "‎Miqdad Zakaria 1h. Betul ke ni..? Sorry sehari dua ini agak sibuk dengan tugasan kerja.. Tak sempat nak ikut perkembangan semasa.. هലl TAHNIAH DATO' SERI ZAHID HAMIDI ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN PKR www.demirakyat.org DEMI RAKYAT IOXX‎"‎‎

PAKAT BUAT JAHAT JATUHKAN KERAJAAN PH SEKEJAP SAJA, TAPI PAKAT UNTUK BUAT BAIK JATUHKAN KERAJAAN YANG GAGAL INI MEMANG SUKAR

 

Nak pakat jatuhkan kerajaan PH dulu tak lama pun meeting...tapi nak pakat tolak kerajaan muhyiddin, sikit punya lama meeting.

Maksudnya apa?

 

Maksudnya, mahu pakat buat jahat itu mudah sebab syaitan tolong.

Pakat nak buat baik iaitu jatuhkan kerajaan tebuk atap yang menganiayai rakyat sekarang memang sukar kerana hasutan iblis dan godaan dunia amat mencabar.

 

KEPUTUSAN MKT UMNO:

1. TARIK SOKONGAN KPD PN SERTAMERTA.

2. DESAK PM LETAK JAWATAN.

 

Betul, Umno umum tarik sokongan kepada kerajaan PN. Tapi, game belum habis. Waktu kecederaan masih ada. Orang jahat panjang akal. Jangan terperanjat hari ni, esok lusa, akan ada MP Umno yang umum keluar Umno untuk bersama kerajaan cirit.

Cash is King !!

 W.FAUDZIN

TERPERANJAT GURU TOK tercirit cirit


Terencat tok tgh merejam tadi, tak sempat nak klimaks bila terdengar berita radio sebut Amno tarik sokongan kpd kerajaan tebuk atap yang disokong oleh guru tok. Tok terus capai henset, call guru tok.

Tok: Asssalamualaikum, tuan guru Al marangi...

Guru tok: (nafas tercungap2...sesekali terbatuk) Errr...huh...eheemm..iya..iya..waalaikum salangggg...mende mu nok Using?

Tok: Nape suara tuan guru tercungap2 mcm semput je..??

Guru tok: Issyy...ambe tengah bunuh setang...baru nok sampai puncak syurga, mu doh talipong...tak sempat tubik..kacau mung nih...mende pulok Using???

Tok: Err...tuan guru tak dengar khabar ke...Amno dah tak sokong kerajaan kita...nampak gayanya tumbang kita..kerajaan setahun je kita, tuan guru...dan tuan guru tentu dah tak jadi duta khas lagi...nak makan gaji buta pun dah tak boleh nanti....guane, tuan guru?

Guru tok: Bior sahih ni Using....ambe dok tau citer pung...ke mung gurau, Using?

Tok: Sahih bukhari, tuan guru. Ambe dengar kat radio tadi...ambe pun tengah merejam bunuh setan juga tadi...teehehehe.....terperanjat ambe..

guru Tok: Issyy...ambe rase nak tercirit pulok lagu ni....

Tok: Sabar, tuan guru...kita tunggu esok kot2 Yidin call tuan guru minta solat hajat ke apa yg patut....

Guru tok: Ye..ye...malang ni jugok ambe solat hajat...tak jadi maing pung takpe....nak maing pun dok buleh dok...tak sting doh...risau ni..

Tok: Takpe, tuan guru...main tu kite qadho kemudian...setel kes besar ni dulu...takleh pakai Amno ni, tuan guru...

Guru tok: Ye..ye...ambe kata lama doh...Amno ni takleh pakai...Ambe kena ambik balik amanat ambe dulu bahawa lawang Amno itu jihad dang boleh mati syahid...

Tok: Na'am tuan guru...Na'am...elok benar tu...

Guru tok: Ok Using...ambe nak mandi wajik dulu...nak solat hajat segera...

Tok: Beyehhh...tuan guru.

TOK USIN

 

Umno tarik sokong pada Muhyiddin, gesa PM berundur




KUALA LUMPUR: Umno malam ini secara rasmi menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, dan mahu presiden Bersatu itu meletakkan jawatan.

Perkara itu diumumkan Presiden Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media seusai mesyuarat lebih empat jam Majlis Kerja Tertinggi Umno, melewati tengah malam.

“Tempoh memberikan sokongan kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri ditarik balik dan ditamatkan serta-merta,” katanya.

“Umno mendesak agar Muhyiddin dapat berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad.”

Zahid berkata MKT membuat keputusan itu selepas mendapati Muhyiddin gagal memuaskan garis panduan yang ia tetapkan pada 11 Mac 2020 sebagai syarat meneruskan sokongan kepada Muhyiddin.

Keputusan ini, tegasnya, “memenuhi mandat sebulat suara para perwakilan” pada Perhimpunan Agung Umno 2020.

“Mesyuarat MT malam ini juga mempertegaskan pendirian sebagaimana yang telah diputuskan di PAU Umno 2020, untuk tidak sesekali menyokong sebarang usaha mencalonkan Anwar Ibrahim (presiden PKR) sebagai Perdana Menteri, atau pun kerajaan yang ditunjangi DAP-Pakatan Harapan,” tambahnya.

Pada sidang media itu, Zahid tidak menyentuh mengenai pelantikan ahli Umno, Ismail Sabri Yaakob, sebagai Timbalan Perdana Menteri, mahu pun Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Kanan.

Pelantikan mereka diumumkan Pejabat Perdana Menteri semalam, ketika Umno dikatakan sedang membincangkan cadangan keluar kerajaan.

PMO ketika mengumumkan pelantikan Ismail dan Hishammuddin berharap langkah ia akan “memperkuatkan perpaduan dalam kalangan parti yang membentuk kerajaan”.

Menjelaskan rancangan Umno, Zahid berkata parti Melayu itu mahu tempoh Perdana Menteri baharu hanya tumpu usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik, menangani Covid-19 dengan pendekatan inklusif, dan memastikan proses vaksinasi dan imunisasi disegerakan.

Perdana Menteri baharu itu juga dikehendaki segera menasihat Yang di-Pertuan Agong untuk PRU15 diadakan, apabila imunisasi kelompok tercapai.

“Ini penting bagi membolehkan sebuah kerajaan yang benar-benar stabil dan memperoleh mandat majoriti rakyat diwujudkan,” katanya.

‘Biadab’ kepada raja antara 7 sebab Umno tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin

 

PETALING JAYA: Umno menyenaraikan tujuh sebab kenapa ia menarik balik sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, dan semua sebab itu berkait “kegagalan” kerajaan.

Presiden Ahmad Zahid Hamidi berkata Muhyiddin gagal memuaskan garis panduan yang ia tetapkan pada 11 Mac 2020 sebagai syarat meneruskan sokongan kepada kerajaan beliau.Katanya, selepas memperhalusi sama ada Muhyiddin memuaskan garis panduan itu, Majlis Kerja Tertinggi Umno mendapati kerajaan beliau:

  • Gagal menangani pandemik Covid-19 secara berkesan sehingga mencetuskan keresahan dan kemurungan serius rakyat.
  • Menyalahgunakan darurat yang hanya untuk muslihat politik hingga memudaratkan rakyat dan ekonomi.
  • Gagal mempertahankan sistem demokrasi berparlimen hingga memandulkan segala amalan demokrasi semak dan imbang.
  • Gagal menguruskan bantuan dan tuntutan rakyat secara berkesan untuk semua peringkat dan kategori.
  • Gagal memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada rakyat dalam menguruskan kebajikan mereka hingga berlaku peningkatan serius dalam permasalahan sosial seperti kes bunuh diri.
  • Gagal mengurus kestabilan politik dan ekonomi hingga mewujudkan ketidakyakinan pelabur terhadap kemampuan menguruskan negara dan pandemik.
  • Memperkotak-katikkan titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu hingga terpaksa berulang-kali mengeluarkan kenyataan media dan titah menghadap supaya Parlimen dibenarkan bersidang dan membahaskan ordinan darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

Berkenaan sebab akhir itu, Zahid menegaskan Umno, selaku benteng membela institusi Raja-Raja Melayu, tidak boleh berkompromi dengan “sikap biadab kerajaan terhadap institusi raja”.

“Berpandukan tujuh perkara di atas, ternyata kerajaan pimpinan Muhyiddin gagal memenuhi segala garis panduan yang dikemukakan oleh MKT pada 11 Mac 2020, sebagai syarat meneruskan sokongan.” katanya.

‘Rakyat dikurung secara sia-sia’

Memperincikan sebab-sebab tersebut, Umno membidas polisi-polisi yang tidak konsisten, perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang separa masak dan berubah-ubah, “hingga rakyat dikurung secara sia-sia selama hampir 6 bulan tanpa pembelaan yang sewajarnya”.

Katanya, apa yang dikatakan sebagai “total lockdown” menyaksikan jumlah kematian meningkat daripada 2,800 kepada lebih 5,768 korban, dalam tempoh 38 hari selepas pengumuman perdana menteri.

Umno juga tidak berpuas hati kerana darurat disalahgunakan untuk muslihat politik, “sekaligus menafikan suara Umno yang sejak awal membantah keras proklamasi tersebut”.

“Malah ordinan darurat yang kononnya boleh digunakan untuk membantu rakyat, ternyata lebih banyak membebankan dengan pelbagai kompaun bersifat ‘dwi-standard’ dan melampau yang dikenakan ke atas rakyat, dalam keadaan mereka sudah sedia terbeban dengan isu-isu ‘survival’ dan kelangsungan hidup,” kata Zahid.

‘Memandulkan amalan demokrasi’

Sementara itu, Umno berkata kerajaan gagal pertahankan sistem demokrasi berparlimen hingga memandulkan amalan demokrasi semak dan imbang bagi menjamin hak dan suara rakyat terbela.

“…terutamanya dalam memantau segala inisiatif kerajaan dalam menangani pandemik termasuk aspek perbelanjaan, perolehan, dan segala usaha vaksinasi.”

Umno berkata kerajaan juga menguruskan bantuan dan tuntutan rakyat secara berkesan, termasuk tuntutan moratorium 2.0 tanpa caj atau faedah terakru, dan dasar moratorium yang tidak dipanjangkan kepada agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam.

“Skim i-Citra yang tidak mesra rakyat, bantuan tunai seperti BPR, BPN, dan BKC yang lambat dan amat terhad hingga ramai tercicir dan terpaksa melalui karenah birokrasi yang membebankan,” katanya.

Umno turut menarik perhatian kepada jumlah kes bunuh diri daripada Mac 2020 hingga Mei 2021 iaitu sebanyak 1,099 kes.

Katanya lagi, gerakan #BenderaPutih contoh manifestasi kekecewaan dan bantahan rakyat terhadap kegagalan kerajaan menyantuni keperluan rakyat yang amat susah, tertekan, dan terdesak.

‘Negara di tempat ke-3 paling corot’

Berkenaan keadaan ekonomi, Umno merujuk kepada Indeks Pengendalian Covid yang dikeluarkan media Bloomberg, yang meletakkan negara di tempat ke-3 paling corot antara 53 negara ekonomi utama.

Perspectives on the Pandemic | "Blood Clots and Beyond" | Episode 15



SCIENTIST DAH PERNAH BAGI AMARAN TENTANG POTENSI BAHAYA "BLOOD CLOTS" KPD EMA

In February, 2021, Professor Sucharit Bhakdi, M.D. and a number of his colleagues warned the European Medicines Agency about the potential danger of blood clots and cerebral vein thrombosis in millions of people receiving experimental gene-based injections.

Since then, two of the four injections have been suspended or recalled in Europe and the United States for just that reason.

In this episode of Perspectives, Professor Bhakdi explains the science behind the problem, why it is not just limited to the products already suspended, and why in the long term we may be creating dangerously overactive immune systems in billions of unwitting subjects.

 


NAJIB BUKAN PM YANG

 

Saya tak tahu cognitif apa yang di guna pakai bila kata lucky@ bertuah ada PM macam Najib, sedangkan dia sudah di dapati BERSALAH atas kesemua pertuduhan SRC dan peguam-peguam dia GAGAL membuktikan keraguan munasabah.

Itu belum masuk bab hutang 1MDB, dah bayar 9 billion ada lagi 32 billion. Itu semua anak cucu kita yang bayar tau, sedang dia bersenang lenang enjoy duit rakyat bersama Cina Jhow Low ( ni kawan baik lebai).

I guess, gila manusia ini ada macam-macam.

Context: komen dalam https://www.facebook.com/saiful.baharom/posts/10222181982192522

May be an image of 1 person, standing and text that says "Najib bersalah kesemua tujuh pertuduhan Ahmad 2020 @12:21pm bhnews@bh.com.my Najib bersalah kesemuatujuh pertuduhan Govt has paid RM9bil in interest for 1MDB debts Share CORPORATENEWS Wednesday, 18Sep2019 4:29 PMMYT miZakaiya. tukawan2N LuckyDS cerita VIDEOS 10/0:44 KUALA 1MDB still has RM32.3bil debt, total payment will amount toRM41.5bil Menteri, tas YouTube CORPORATENES didapati bersalah Mahkamah SRC Sdn Ghazali membuat keputusan 03PM kesemua tujuh milik gagal Related News "Saya menyalahguna dihadapai kedudukandan mendapati tertuduh bersalah haram atas ketujuh- tuduhan, 1MDB 1Malaysia Berhad Forging Partnerships Advancing Growth Mohd BANKING"


KALAU RUU355 DILULUS.LEBAI INI DIDENDA 100KATAU 30 TAHUN PENJARA

 


MOHD MUKHLIS

Padan mereka sengaja scam nak laksanakan RUU355, kalau RUU355 dah gazet, lebai ini boleh di kenakan denda sehingga RM100 ribu, atau 30 tahun penjara atau 100 kali sebatan. Bayangkan lebai kena sebat 100 kali sebab Nikah luar mahkamah, buat pula siaran langsung. Esok terus ghuyub sindiket poligami scam satu negara.

Bila depa tangguh, denda RM1K tu celah gigi aje, mas kawin pun 11 kali ganda?

Cuma nak tanya, kalau kes macam ini dah boleh book tapak jirat di kawasan nirvana mana? Book petak bagi besaq sikit, paling kurang besar Padang Merbuk. Harap boleh kambuih semua satu lahad, bagi walaun saksikan lebai demonstrasi guna kad ahli untuk jawap soalan munkar nakir.

 

MAZA HARUS BUAT KAJIAN SEBELUM BERCAKAP

 

May be an image of 6 people, suit and text that says "Royal Pahang Durian Produce Farming Malaysia's new source wealth Produce formed distinguished on piece 1000-acreland leased within Tras, Raub famed maturity trees, alyas 2022. Upon omplete anticipate cumulative harvest approximately 3000 metric passionate hareholders comprising Pahang Royal amily, ROYAL PAHANG DURIAN 彭享皇家榴莲 Our Leaders Ûngdby highly- capable knowledge. and Puteri Afzan Sultan Abdullah yatuddin Billah Shah Chairperson Tan Cheng Huat Cheah Siew Mun Mun Yung Kwun Chang Fock Dato' Adnan in Wan Mamat"


MOHD MUKHLIS

Kalau dia ada buat diligent work dia akan tahu ini bukan kes perkauman pun. Senang cerita kes Cukong Vs Peladang.

Dalam website RPDP sendiri tulis siapa BOD, ada tulis dah start tanam dari 2017 dan dapat sewa dari state sebanyak 1000 ekar.

Yang jadi isu sekarang ini Cukong bagi cutthroat deal pada peladang untuk jual durian depa melalui konsortium Cukong. Siap kalau peladang nak masuk kebun haram mereka pun kena bayar tol. Itu tak masuk yang depa cherry pick clip tak tunjuk ada peladang itu sendiri peneroka yang dah duk lama kat sana dan ada juga dari orang Melayu.

Bayangkan harga semua dah lock siap-siap, lepas tu cukong tak nak rugi, kalau ada apa-apa kerugian itu semua tanggungan Peladang.

Mana ada urus niaga yang berat sebelah macam ini dalam Islam kalau bukan di panggil gharar?

Tapi tunggang agama dan perkauman adalah senjata paling ampuh.

Demikianlah Mopti Serba Tahu.