ANWAR TERLALU PERCAYAKAN AZMIN DAN YANG BERADA DIKELILINGNYA.

 


Gempar! Setelah lama berdiam diri, akhirnya Rafizi dedah rahsia pemilihan PKR 2018

Gempar! Setelah lama berdiam diri, akhirnya Rafizi dedah rahsia pemilihan PKR 2018

Bekas Naib Presiden KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli mendedahkan bahawa beliau pernah menasihatkan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memilih ahli-ahli Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang mempunyai integriti dan bebas daripada mana-mana pihak.

Dalam ciapan terbaharu di Twitter jam 2.29 petang ini, beliau menulis:

Klik pada gambar untuk melihat ciapan terbaharu Rafizi Ramli yang mula tular di Twitter.

Saya dah nasihatkan @anwaribrahim supaya pilih Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yg bebas dan ada integriti. Akhirnya yg dilantik dlm tu semua #kartel Hampir semua JPP yg manipulasi pemilihan PKR ni dah keluar parti ikut #kartel



den semasa Pemilihan KEADILAN tahun 2018 di mana beliau tewas di tangan Mohamed Azmin Ali bagi perebutan jawatan timbalan presiden yang berakhir pada 4 November tahun berkenaan.

Rafizi kalah sekitar beberapa ribu undi dengan pelbagai penyelewengan dan tipu helah dilakukan Azmin dengan bantuan ahli JPP yang belot dengan peraturan parti ketika itu.

Azmin kemudian bertindak mengkhianati parti dan keluar bersama 10 lain termasuk bekas Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin sebelum dipecat menjelang “Langkah Sheraton” yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan pada 24 Februari 2020.

Tambah bekas Ahli Parlimen Pandan itu lagi semasa menjawab tweet daripada seseorang bernama Murly Thangaiyah yang bertanyakan “Ohh begitu abis kenapa kamu kalah dgn Azmin semasa pemilihan parti”:

Jawapan balas Rafizi membuatkan Murly terdiam terus!

Ha3 ada geng #kartel berani bersuara. Semua dlm PKR tahu sistem undi dimanipulasi. Ada 20,000 undi yg konon “tersangkut” dan tak dikira – semuanya di kawasan yg undi saya. Azmin menang ~1.5% undi dlm 3,000 undi saja, tnpa kira 20k tu. Saya x minat pun, nak tunjuk #kartel

Jawapan tersebut membuatkan Murly langsung tidak berani membalas, sebaliknya Rafizi terus mendedahkan beliau telah memberi amaran demi amaran namun tidak diendahkan, termasuk seorang lagi bekas Naib Presiden, Dr Xavier Jayakumar.

Rafizi membalas:

Saya dah warning @anwaribrahim dari awal jgn percaya tp …… Memang dari awal #kartel

Rafizi dah bagitau Xavier memang tak boleh dipercayai langsung!

Seorang lagi pengikut Rafizi di Twitter pula bertanyakan, “Can you please comment about Larry Sng?” dan Rafizi menjawab:

Jawapan Rafizi terhadap isu ahli parlimen Julau, Larry Sng

Azmin yg bawak masuk tp Larry pilih konon nk sokong Anwar. Aku tak pernah kenal pun Larry Sng ni & tak pernah berkawan pun. Saya bangkang lantik dia jd Pengerusi Sarawak tp parti lantik jugak!

Ciapan Rafizi jelas membuktikan bahawa segala bukti-bukti dan dokumen penyelewengan yang dikemukakan tidak mendapat tindakan sewajarnya daripada parti.

Akhirnya pada 15 November 2019, beliau mengumumkan persaraan daripada politik sejurus selepas bebas daripada kes mendedahkan skandal NFC di Mahkamah Shah Alam, Selangor.

Keputusan beliau kekal sehingga kini dengan ciapan berikut:

Ciapan Rafizi memutuskan tidak akan kembali ke arena politik sejak 15 November 2019

Walaupun ramai penyokong Pakatan Harapan (PH) merayu agar Rafizi mengubah keputusan beliau, ternyata beliau sudah ‘cuci tangan’ daripada politik terutama KEADILAN.

HISHAMMUDDIN TAK HARUS BERLENGAH DEDAHKAN SIAPA 25 AHLI PARLIMEN UMNO BERSAMANYA

 

Seperti mana yang diminta dalam tulisan pagi tadi, Nazri Aziz akhirnya tampil bersuara berkenaan keperluan mendedahkan siapa 25 Ahli Parlimen UMNO yang sudah hilang sokongan kepada Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi itu.

Kata beliau, senarai berkenaan hanya akan didedahkan oleh “ketua” kumpulan berkenaan iaitu Bendahari Agung BN, Hishammuddin Hussein.

Tambahnya, waktu untuk Hishammuddin mendedahkan senarai itu ialah apabila sudah dirasakan sesuai berbuat demikian.

Sehingga sampai masa yang dimaksudkan itu, kata Nazri lagi, beliau akan bertindak sebagai “jurucakap” bagi pihak kumpulan terbabit.


“Saya adalah wakil mereka. Tak perlu untuk mereka (25 Ahli Parlimen terbabit) tampil kerana kami tak mahu mengelirukan keadaan.

“Akuan Bersumpah atau SD itu ada pada Hishammuddin, bila perlu beliau akan tunjukkan senarai tu,” katanya lagi.

Dengan kenyataan Nazri ini, bermakna beliau kini telah menendang bola kepada Hishammuddin untuk membuat penyudah seterusnya.

Pilihan Hishammuddin ialah sama ada akan terus menendang bola ke pintu gol atau mahu menyimpan bola di kakinya lebih lama lagi.

Yang nyata, Hishammuddin kini tidak boleh berselindung atau mengelak lagi mengenai kedudukannya dalam gerakan yang bertujuan untuk menentang Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO.

Pengakuan Nazri ini adalah bukti sahih, bukan saja tentang penglibatan Bendahari Agung BN itu, malah mengesahkan kedudukannya sebagai ketua kumpulan terbabit.

Untuk jadi ketua, syarat pentingnya ialah mesti berani.

Kalau berani memikul tanggungjawab sebagai ketua, maka mestilah berani juga tampil bersemuka untuk sedia ke depan perang.

Dengan senarai 25 SD itu sudah ada ditangannya dan kedudukannya sebagai ketua kepada gerakan untuk menentang Zahid Hamidi turut sudah disahkan oleh Nazri, sebenarnya tiada keperluan lagi untuk Hishammuddin berlama-lama lagi menyembunyikan senarai 25 Ahli Parlimen itu.

Lagi lama berdiam diri, takut nanti lagi banyak misteri dan teka-teki akan timbul jadinya.

Maka, secara “gentlemannya” Hishammuddin harus mendedahkan senarai itu dalam tempoh waktu sehari dua ini juga.

Lagi pun, dengan Hishammuddin lagi cepat mendedahkan senarai itu, ia akan lebih memudahkan Nazri melakukan “tembakan-tembakan” seterusnya kepada Zahid Hamidi.

Dengan itu, barulah ada kemungkinan untuk menang perang.

Kalau tidak menembak, macam mana musuh nak tumbang?


 (ShahbudinHuisin 25/06/2021)



KOMEN TENTANG PENULISAN MSO

 

1) Tulisan panjang tapi berbaloi dan mesti baca kerana di sini dititipkan juga FAKTA dan SEJARAH yg ramai tidak tahu mengenai Ku Li dan DSAI dgn OT95. Bagi yg TAK SUKA baca tulisan yg panjang janganlah merungut atau marah. Anda boleh skip shj.

2) Sangat setuju dgn apa yg disebutkan oleh tuan MSO mengenai Ku Li dan DSAI. Kamal Amir Kamal Hijaz tu memg berkwn baik dgn Lockman Adam. Lockman yg cuba bina persepsi TANPA HUJAH DAN BUKTI kununnya DSAI hanya mendapat "perlepasan" BUKAN Pengampunan PENUH. Kamal Amir hanya menyambut benda fitnah.

3) Saya menganggap ini hanyalah Natijah KETAKUTAN mereka bahawa DSAI paling layak dan hampir berpeluang menggapai jawatan PM. Sbb mereka tahu DSAI sudah berkali-kali berurusan dgn Istana Negara secara senyap-senyap sebelum ini, sebelum YDPA menemui Ketua-ketua parti lagi.

4) Saya sudah sanggah persepsi tipu itu dalam posting saya bertarikh 20 June 2021 dgn menyiarkan tulisan teknikal sarat dgn hujah oleh Peguam Mohd Ruzaini Bin Zulkifli dari Tetuan Hafiz Ruzaini & Co. yg membuktikan PENGAMPUNAN ANWAR SAH DAN TERATUR. Link : https://www.facebook.com/zus.dinii.37/posts/1171578576679858

5) Bersama hujahan tersebut saya sertakan VIDEO yg membuktikan pegawai Istana MENYEBUT DSAI MENDAPAT PENGAMPUNAN SEPENUHNYA dari KDYMM SPB YDPA Sultan Mohamad V. Sehinggakan DSAI tidak perlu sign apa2 kerana dia tidak bersalah. Youtube link : https://www.youtube.com/watch?v=PHc3Ga8zCOE

6) Tidaklah saya mahu menafikan bahawa Ku Li punya jasa yg besar kpd negara ini. Beliau sebenarnya adalah juga mangsa kpd OT95 dan juga "OLIGARCHY" terutamanya.Sama seperti DSAI yg dimangsakan oleh "OLIGARCHY" kerana DSAI menentang SISTEM yg korup.

7) Apa yg didedahkan oleh Kamal Amir tentang Shell, The 7 Sisters, Dunlop dan Guthrie ada benarnya. Tapi apa kurangnya DSAI yg punya jawatan di IMF dan Bank Dunia?? Malah masih dipanggil oleh Bank Dunia selepas keluar dari penjara di era Pak Lah. Kamal Amir tahu bahawa DSAI bersih dan tidak boleh disabitkan dgn kesalahan rasuah sbb itu dia hanya dituduh menyalah guna kuasa dan liwat. Dalam live Kamal Amir sendiri sebut perkara ini bila mahu menegakkan hujah yg perkara sebegitu turut berlaku kpd Ku Li.

8.) Tapi mgkin ramai tak tahu, Ku Li juga bersubahat dgn Tun Razak yg menggunakan Ordinan Darurat 1969-1971 utk mengambil hak minyak Sabah Sarawak utk diberikan kpd Petronas. Ini berlaku, apabila Ku Li menggubal Act 144 - Akta Kemajuan Petronas 1974 bagi memperkukuhkan cengkaman Petronas ke atas hasil myk.

9) Perkara itu, pada sudut pandang aktivis di Sabah dan Sarawak telah "MERAMPAS" hak 2 Wilayah itu ke atas minyak milik mereka apabila Zon Eksklusif Sempadan Laut mereka dikecilkan kpd 3 batu Nautika shj. Namun, itu "beside the point" dan ia tidak perlu diperbincangkan di sini.

10) Saya bersetuju benar yg Ku Li tidak punya masalah dgn DSAI begitu juga sebaliknya. Semasa di penjara, DSAI melalui Kak Wan dan DS Saifuddin Nasution Ismail masih menemui Ku Li utk berbincang over dinner. Butirannya hanya mereka yg tahu walau saya turut dimaklumkan serba sedikit.

11) Ku Li masih punya integriti utk memimpin tapi dia "Dinasour" politik UMNO yg tidak mendapat sokongan MP-MP. Hakikat ini berbeza dgn DSAI yg mempunyai sokongan kuat sebahgian besar MP dan Rakyat. Oleh itu dlm keadaan ini paling Ideal dan Logik bg menyelamatkan negara Ku Li harus bersedia dan berjiwa besar utk jadi " Second Fiddle" kpd DSAI.

12) Yg saya agak kesal dan ralat bila 3 bulan lalu The Vibes dan The Malaysian Insight melaporkan Ku Li berkata : “Anwar akan bankrapkan negara dalam tempoh tiga hari!” (“Anwar will bankrupt the country in three days!”). Ku Li tidak sepatutnya menyerang DSAI, DSAI tidak berbuat demikian dan kita masih ada hormat pd Ku Li. Oleh itu Ku Li janganlah buat perangai TAK SEMENGGAH OT95.

Wallahualam.

- Zus Din

25 June 2021

 

TENGKU RAZALEIGH HARUS SEFAHAM ANWAR Siri 1


     MSO

SEMALAM menerusi satu status di Facebook saya berjanji akan memberi ulasan sedikit mengenai apa dikatakan "dapatan" yang diperolehi sdr Kamal Amir Kamal Hijaz, yang kononnya akan berlaku perubahan kerajaan dalam masa sehari dua ini.

Serentak dengan perkembangan itu beliau menyebut ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) akan dilantik menjadi perdana menteri.

Taraf atau kedudukan Ku Li sebagai PM bersifat sementara, PM intrim. Saya percaya atas kapasiti yang dimiliki sahabat saya itu, selaku seorang wartawan senior dan ahli politik veteran ramai yang tertunggu-tunggu apa yang dinyatakan itu. Pastinya ada mengharap Kamal Amir memberi sesuatu maklumat sahih dan bukan bercakap atas angin nan penuh berilusi.

Makanya ramai tertanya-tanya dan menanti-nanti sejauh mana kebenaran "dapatan" yang ditemui Kamal Amir itu. Seolah-olah dapatan diperolehi Kamal itu sesuatu yang eksklusif dan special yang tidak perlu diuar-uarkan. Tetapi kenapa beliau menyebutnya awal? Ramai yang WhatsApp saya secara peribadi mahu mengetahui duduk perkaranya.

Kecewa dan kesal.

Sehubungan itu ada yang kurang senang dan kecewa dengan apa disebut Kamal itu kerana ia secara tidak langsung menyentuh premis Anwar Ibrahim. Bagi pendokong dan mereka yang penasaran mendambakan Anwar sebagai perdana menteri terkilan dan kesal dengan apa disentuh Kamal itu. Mereka bimbang takut Anwar di"sailang" untuk kesekian kalinya.

Dan dalam live Facebooknya pada 23 Jun, Kamal menimbulkan soal pengampunan diperolehi Anwar kononnya tidak penuh (full pardon) yang boleh mengganggu untuknya dilantik jadi PM.

Kamal menimbulkan pengampunan yang diterima Anwar sebagai menjadi hambatan dan menghalang untuknya dilantik menjadi perdana menteri. Alasan itulah menyebabkan apa yang dinamakan "dapatan" mencuriga menyebabkan pendedahan Kamal itu dianggap omong kosong dan suatu perang saraf semata-mata.

Ada isu apa dikatakan Kamal itu, cuma sayang beliau tidak menjelas lanjut mengenai hal pengampunan itu dengan menyebut fasal-fasal atau butiran jelas dalam Perlembagaan yang boleh menghalang Anwar. Justeru itu dengan mudah bagi mereka yang cekap membaca kilau dalam kilat, menganggap ia adalah satu saraf Kamal yang dilihat sangat mesra dan berminat untuk mengangkat Ku Li sebagai perdana menteri.

TENGKU RAZALEIGH HARUS SEFAHAM ANWAR Siri 2

 

 

Sebenarnya isu pengampunan diperolehi Anwar itu tidak sah telah dibangkitkan oleh Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan ketika Anwar hendak menyertai Pirake (pilihan raya kecil) Port Dickson dahulu. Takiyuddin sudah meminta mahkamah untuk membuat ketetapan soal pengampunan itu dengan tujuan menghalang Anwar daripada bertanding. Apabila usaha itu gagal beliau mencadangkan agar Pas meletakkan calon untuk pecah undi bagi memastikan Anwar kalah. Jelas kejahatan Takiyuddin dan Pas terhadap Anwar.

Ternyata usaha Takiyuddin itu tidak ke mana, bahkan telah menjawab persoalan mengenai pengampunan itu. Apabila mahkamah membenarkan Anwar bertanding bermakna dalam tafsiran mahkamah pengampunan yang diberikan kepada Anwar itu sebagai mutlak dan tidak memberi apa-apa implikasi kepada Anwar untuk menyertai pilihan raya.

Secara mudah boleh difahami, apabila mahkamah tidak mencegah Anwar dan beliau kini adalah seorang ahli Parlimen yang sah, maka beliau mendapat atau memiliki hak-hak dan keistimewaan sama seperti dimiliki oleh ahli Parlimen lain untuk jadi perdana menteri. Jadi argumen Kamal mempersoalkan pengampunan Anwar itu tidak berbangkit lagi. Ia suatu hal yang basi seperti nasi dingin sengaja dihangatkan untuk dimakan kembali. Mereka yang perut lapar atau perut pelahap tegal untuk makan nasi dingin.

Apakah sahabat saya itu khilaf mengenai hal ini atau sengaja mengilafnya? Wallahu'alam.

Itu satu perkara, seperkara lagi apakah senaif itu Yang di-Pertuan Agong ke 15 ketika itu Sultan Muhammad Ke V untuk memberi pengampunan penuh itu. Apakah baginda tidak mendapat dan mendengar nasihat daripada Peguam Negara terlebih dahulu? Dan apakah Perdana Menteri (Mahathir) tidak membantah kalau apa dikatakan Kamal itu sebagai benar pada waktu itu? Ertinya Mahathir juga bersubahat dalam memohon pengampunan kepada Anwar? Bolehkah dikatakan begitu atau untuk dijelaskan demikian?

Isu direkayasa.

Kepada saya isu pengampunan itu adalah isu yang direkayasa oleh mereka yang cemburu dan dendam dengan Anwar. Kalau ia datang daripada Dr Mahathir, bermakna Mahathir munafik dalam soal ini. Beliau patut mencerita dan menjelaskan akan hambatan atau implikasi perlembagaan itu awal-awal lagi bukan setelah "tangga" sudah runtuh dan rumah sudah berselerakan.

Dan kepada sdr Kamal Amir dan Ku Li, kalau pun ada peluang eksklusif untuk Ku Li dilantik jadi PM seperti diceritakan itu usahlah gunakan isu pengampunan terhadap Anwar. Untuk apa memainkan isu yang sudah selesai dan muktamad dan

TENGKU RAZALEIGH HARUS SEFAHAM ANWAR Siri 3


 


telah dibungkus sebahagian sejarah. Buruk sangat nampaknya. Carilah isu lain yang lebih munasabah dan dapat diterima khalayak.

Secara tidak langsung, apabila menjadikan soal pengampunan, ertinya Kamal dan Ku Li sendiri menerima hakikat kelayakan (eligble) Anwar untuk jadi Perdana Menteri, hanya masalah pengampunan yang mereka tafsirkan sebagai menghalangnya. Hakikatnya Anwar memang layak dan tepat untuk jadi perdana menteri.

Perkara kedua yang perlu difikir dan tidak mudah diterima mengenai "dapatan" disebut bekas Exco pemuda Umno itu, tentang cerita Ku Li akan dilantik jadi perdana menteri intrim atas kehendak Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Untuk melayakkan Ku Li sebagai perdana menteri Kamal menceritakan jasa-jasa dan peranan Ku Li selama ini. Berdasarkan jasa besar itu memang Ku Li layak.

Tidak dinafikan apa yang dilakukan Ku Li ke atas negara selama ini, khasnya dalam aspek ekonomi dan kemajuan orang Melayu memang tidak terhitung. Jasa Ku Li sangat besar. Tidak boleh nafikan Ku Li seorang anak raja berjiwa rakyat. Anak Raja Kelantan itu dengan kebijaksanaan politiknya telah menyelamatkan banyak khazanah negara daripada dijarah orang asing, seperti memansuhkan perjanjian hak cari gali minyak yang diperolehi oleh Syarikat Shell.

Beliau juga seperti disebut Kamal, kejayaan besar Ku Li telah membawa pulang syarikat perladangan dan komoditi yang berpejabat di London seperti Guthrie, Dunlop dan lain menjadi hak milik negara. Ku Li juga bertanggungjawab mengajar, mendidik dan menempatkan orang Melayu mengenai saham, menempat dan memberi peluang kepada anak-anak Melayu menguruskan institusi kewangan dan ekonomi sendiri dengan mewujudkan PNB, Petronas dan bank-bank.

Sehingga kini Malaysia belum mempunyai seorang pakar ekonomi dan kewangan sehebat Ku Li yang diiktiraf bukan saja dalam negeri tetapi di luar negara juga. Sejarah besar Ku Li ialah menjadi Menteri Kewangan pertama dari kalangan kaum Bumi dan pernah dilantik menjadi presiden Bank Dunia. Dengan reputasinya itu beliau memang layak jadi perdana menteri. Ku Li lebih layak daripada tiga perdana menteri sebelum ini, Abdullah Ahmad, Najib Razak dan Mahiaddin Yassin waktu ini.

Namun sayang, segala jasa-jasa besar dan budi tinggi Ku Li kepada orang Melayu dan Malaysia itu tidak dinilai dan dihargai oleh parti Umno sendiri untuk menghadiahkan beliau jawatan perdana menteri. Tanpa memberi kesempatan itu Malaysia mengalami kerugian kerana tidak menggunakan eset dan pakar yang ada. Itulah nasib malang diterima Ku Li beliau sama seperti Hang Nadim yang dibunuh kerana kecerdikan atau seperti Hang Jebat yang dibunuh kerana kesetiaan dan keberaniannya.

TENGKU RAZALEIGH HARUS SEFAHAM ANWAR Siri 4


 

Mengenai kononnya beliau akan dilantik jadi PM atas perkenan Agong dan Raja-Raja, ia masih boleh dibahaskan walaupun kuasa itu ada kepada Yang di-Pertuan Agong. Agong memang mempunyai kuasa melantik mana-mana ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti sebagai perdana menteri. Soalnya, apakah syarat lazim itu perlu mendapat sokongan ahli Parlimen diperolehi Ku Li?

Biarlah tanpa mendapat sokongan dengan menggunakan kuasa yang dimiliki Yang di-Pertuan Agong beliau boleh dilantik. Soalnya pula sediakah Agong "melanggar" tradisi amalan demokrasi sebelum ini. Apakah tidak bagi yang di-Pertuan Agong menilai kesan politik, kestabilan negara apabila baginda membuat lantikan ada kehendaknya tanpa mengambil kira naluri demokrasi dan aspirasi rakyat? Macam mana seorang perdana menteri yang tidak mendapat "perkenan" demokrasi akan disokong?

Nasib dialami Mahiaddin hari ini yang diberi perkenan sebagai perdana menteri oleh Agong sedang berhadapan dengan serangan dan cemuhan rakyat, tentu diambil kira oleh Agung, tetapi terlupa dihitung oleh mereka yang ghairah untuk menjadikan Ku Li sebagai PM.

Saya tidak mahu mengulas panjang soal ini, orang yang cerdik dan arif dalam soal demokrasi dan perlembagaan mungkin dapat membuat kesimpulan sendiri. Tetapi bagi saya apa dibayangkan oleh Kamal itu seperti jauh panggang daripada api. Asap ada tetapi tidak datang dari bara tetapi dari wap sungai dan lautan. Namun cara saya berfikir tidak perlu diikuti kerana saya ada firasat tersendiri yang agak berbeza dengan banyak orang. Saya adalah saya.

Untuk menguatkan hujjah dan rasa tidak yakin saya, tidaklah saya hendak membuka bungkusan cerita lama, yang macam mana, sudah berpuluh kali Ku Li hendak diangkat jadi perdana menteri. Satu masa kononnya Ku Li sudah pun bersiap sedia untuk berangkat ke majlis angkat sumpah. Cerita ini datang daripada "jong dondang" yakni orang mengeliling Ku Li, tetapi Ku Li sendiri hanya terus berkata, kuasa Allah sahaja yang boleh menjadikan beliau perdana menteri. Kun fayakun.

Berbalik kepada "dapatan" Kamal Amir tadi kita terima sahaja ia sebagai cerita penglipur lara di era kita dikongkong di rumah kerana Covid-19. Setidak-tidak cerita dan dapatan Kamal temui itu boleh dijadikan bahan hiburan bersama dan topik perbahasan. Catatan ini dinukil juga kerana dapatan itu.

Tengku Razaleigh dan Anwar.

Apabila bercerita perihal Ku Li hendak jadi PM, naratifnya sama dengan apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Cerita ini sudah usang dan didendangkan begitu lama sekali. Klasikalnya sama dengan dendangan lagu dan irama Anwar Ibrahim nak jadi perdana menteri. Sebermula Tengku Razaleigh tentang Dr Mahathir Mohamad (OT95) secara realistik pada tahun 1987, di sini cerita Tengku Razaleigh hendak jadi PM bermula.

Manakala Anwar pula bermula 11 tahun kemudian pada tahun 1998 tatkala beliau dipecat daripada Umno. Tetapi Ku Li lebih awal memasang angan-angan dan diberikan harapan untuk jadi PM berbanding Anwar. Makenismanya sama sahaja dengan menubuhkan wadah sendiri.

Ku Li menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (S46) manakala Anwar menubuhkan Parti Keadilan Nasional (PKN) tahun 1998 yang kemudian jadi PKR setelah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Bagaimana pun parti Ku Li sudah lama ghuyup, tetapi parti Anwar masih berkembang biak hingga sekarang. Kalau Ku Li tidak bubar S46 kemudian bergabung dengan PKR tahun 2000 ketika itu lagi BN dan Mahathir sudah hanyut.

Kedua mereka adalah mangsa Dr Mahathir. Mereka dipancung dan dinafikan kehebatan dan kebolehan masing-masing kerana Mahathir sedar mereka adalah pesaing utama dan individu yang boleh menggagalkan gagasan besar Mahathir.

Cara Mahathir "mematikan" kerjaya mereka juga hampir sama starteginya mengaibkan mereka dengan mendedahkan keburukan mereka. Ku Li dikaitkan dengan skandal BMF manakala Anwar dikaitkan dengan skandal sex dan salahguna kuasa kemudian disumbat ke dalam penjara. Ku Li tidak sempat masuk ke penjara kerana bukti-bukti mengaitkan beliau dengan jenayah gagal diperolehi. Kedua senjata itu akhirnya ternyata palsu menyebabkan Mahathir dikecam.

Setelah gagal dalam menggunakan senjata fizikal dengan fitnah dan konspirasi, Mahathir ubah dengan mengambil pendekatan psikologi berbaik dengan Ku Li dan Anwar. Apabila Ku Li tubuh Semangat 46, menjadi parti saingan Umno, yang boleh membahayakan Umno, Mahathir memujuk semula Ku Li agar membubarkan Semangat 46 dan menyertai Umno kembali. Atas pujukaan dan janji kononnya Ku Li akan diberi laluan jadi perdana menteri, Ku Li akur dan memaafkan penzaliman Mahathir ke atasnya.

Demikian juga Anwar, setelah gagal mematikan Anwar walaupun dipenjara, dan melihat PKR berpotensi menjadi parti utama, akhirnya beliau mengubah pendekatan berbaik dengan Anwar. Beliau menelan segala ludah dan kahaknya demi mencapai tujuan asalnya bagi mengkhianati Anwar. Beliau sedar Anwar perlu dilawan dari dalam setelah secara di medan perang beliau akan gagal. Beliau lantas tubuh parti PPBM dan bergabung dengan Anwar. Selepas menang beliau lupa segala janji-janjinya. Mahathir persis Anjing yang biasa makan tahi... tak makan dihidunya.

Ku Li dan Anwar perlu menganalisa perjalanan politiknya yang menjadi mangsa kepada Mahathir ini. Mereka perlu mengingati segala sejarah pahit maung dikhianati Mahathir ini. Mereka juga perlu bijak mengenali politik bipola Mahathir dan aksi dan tindak politiknya. Mahathir masih hidup dan terus aktif memainkan peranannya. Apakah tidak mungkin dalam beliau kini kesepian, ditolak oleh banyak pihak, beliau terus mencocok jarum jahatnya bagi melagakan Ku Li dengan Anwar.

Sebelum ini Mahathir pernah mengadakan kenyataan akhbar bersama Ku Li menjelang sidang parlimen. Kononnya mereka bergabung dan mendapat sokongan ahli Parlimen untuk menjatuhkan Mahiaddin Md Yassin. Mereka berdua bergerak berasingan dengan PH. Sidang akhbar mereka berdua itu sempat menggemparkan negara. Tetapi apa kesudahannya. Habuk pun tadak. Saya difahamkan Ku Li dengan sidang akhbar itu Ku Li ditipu Mahathir sekali lagi.

Mahathir memang licit, dan mereka (Ku Li dan Anwar) tidak boleh menganggap mampu untuk mendepani Mahathir secara bersendirian. Dalam soal ini, soal siapa nak jadi perdana menteri antara Ku Li dengan Anwar tidak timbul. Seperti mana kata Kamal, Ku Li tidak ada masalah dengan Anwar. Saya kira Anwar juga tidak ada masalah dengan Ku Li. Kalau apa yang sedikit membedzakan latar belakang mereka seorang bangsawan seorang rakyat biasa. Idealisme tetap sama. Tetapi perbezaan yang kecil itu tidak perlu dijadikan alasan, persefahaman dan iltizam mereka untuk rakyat dan negara boleh memadukan mereka.

Dalam hal ini Ku Li harus lebih sedar diri dan kedudukan. Beliau perlu mengakui bahawa pengaruh Anwar dalam politik multiracial lebih besar berbanding dengan auranya yang terus dianggap sebagai feudalisme sistem yang sudah tidak popular lagi. Lagi pun Anwar menguasai parti sebagai presiden, beliau hanya ketua bahagian sahaja. Pengaruh politik dan rakyat berpihak kepada Anwar.

Bagi saya kedua mereka tidak perlu bergerak secara terpisah. Memasang angan-angan untuk jadi perdana menteri tidak salah, tetapi apa yang perlu diinsafi kepada realiti hari ini. Kalau mereka benar-benar jujur mahu membina semula negara, memulihkan semula kedudukan rakyat dari terus ditindas oleh kebobrokan pemerintah yang gagal kini, mereka perlu sefaham antara satu sama lain. Carilah jalan dan ikhtiar bagaimana untuk keduanya duduk bersama.

Sekali lagi saya ingin sebutkan baik Ku Li dan Anwar perlu ingat musuh mereka sebenar, atau orang yang memastikan kedua-duanya tidak akan mencapai cita-cita itu bukan orang lain tetapi MAHATHIR BIN MOHAMAD. Jika terjadi persefahaman antara keduanya, Singa tua itu akan kehilangan arah dan akan mengakhiri hajat dalam gua penuh kesepian. Adapun Mahiaddin Md Yassin atau Hishammuddin Hussein hanya kekabus kering sahaja yang akan melayang dan hilang dengan sendiri. [wm.kl.12:15 pm 25/06/2021]

Link : http://msomelayu.blogspot.com/.../tengku-razaleigh-harus...

 

SEJARAH PENJUAL AGAMA






Ceramah Abdul Hadi di Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

" Saudara-saudara sekelian,

Percayalah, kita menentang Umno bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang BN bukan kerana nama dia BN. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan PERLEMBAGAAN kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. "

"Percayalah saudara-saudara sekelian,

"Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini (Umno/Bn) dan kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Budha, tapi kita menjadi kafir dengan mengatakan 'politik suku, agama suku." - Banggol Peradong

TETAPI.....

Pada Mac 2020, beberapa ekor lebai telah mengangkat sumpah dengan menyebut nama Allah untuk mempertahankan kononnya "Perlembagaan penjajah/kafir" yang mereka dakwa pada tahun 1981.

Kata lebai sambil mengangkat sumpah untuk menjadi menteri,

WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI,

“Saya, lebai Tuan Berahim/Hadi/Taki/Takiri dll, setelah dipilih (atau dilantik) memegang jawatan bla..bla..bla...dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan PERLEMBAGAANNYA.”

Persoalannya;

1. Adakah perlembagaan sekarang berbeza dengan perlembagaan pada tahun 1981?

2. Jika menentang puak2 yang mengekalkan PERLEMBAGAAN penjajah/kafir itu adalah jihad dan boleh mati syahid, apakah sekarang mempertahankan perlembagaan yang sama juga adalah jihad dan boleh mati syahid?

3. Bagaimana dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyebut:

A. Amanat Hadi bercanggah dengan Islam.

B. Amanat Hadi bercanggah dengan kepentingan umat Islam dan kemuliaan agamanya.

C. Amanat Hadi bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiyah.

4. Khabarnya, tiba2 fatwa tersebut 'hilang' dari JAKIM. Mungkin kebetulan lebai2 telah jadi kerajaan yang mendukung perlembagaan yang mereka kata kafir itu?

Kesimpulannya;

Dulu2 dialog filem Tiga Abdul (P.Ramlee) - " Jual manusia lebih untung dari jual unta".

Sekarang, "Jual agama lebih untung dari jual unta tua".

Walaun, fikir2kan....

WFAUZDIN NS

 



PERJUANGAN PAS YANG SEMAKIN TIDAK DISOKONG AHLI


TERNYATA YANG PAS KEJAR HANYALAH JAWATAN..... - Shahbudin dot com

CONTOH PELIKNYA PAS SEKARANG.MENUMPUKAN JAWATAN LEBIH PENTING DARI PERJUANGAN YANG DILAUNGKAN SUATU KETIKA DAHULU.


DAYANA SOFEA


Saya hampir terkedu setiap kali kawankawan lama bertanya, "Apa sudah jadi dengan Pas?". Sukar sekali saya untuk menjawabnya kerana saya sendiri sering tertanya-tanya soalan yang sama di dalam hati saya.

"Mengapa Pas tidak melaksanakan keadilan Islam, yakni meletakkan sesuatu kepada tempatnya berkaitan pemerintahan berkerajaan? Pas semestinya tahu dan sedar, PM sekarang jelas tiada sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen, jauh sekali sokongan dari mandat rakyat kerana rakyat tidak pernah memilih PN mahupun Bersatu untuk jadi kerajaan". Mengapa Pas redha dan bersekongkol dengan PM dan kerajaan seumpama ini? Meletakkan PM dan kerajaan bukan pada tempatnya itu 'tidak adil',. Tidak adil itu bermaksud zalim. Apakah Pas sekarang menyokong kezaliman hanya kerana ditawarkan jawatan menteri dan jawatan2 lain?"

Maka, tidak peliklah kalau sekarang ini jelas kelihatan perpecahan di dalam PN, Umno dan Pas itu sendiri. Inikah balasan Allah kepada perbuatan merestui pengkhianatan?



IGP: Hamzah's political interference in PDRM bad for the country



MERLIA KU

Allahuakbar,sedih dan terfikir nasib kami sebagai rakyat yg mempunyai Perdana Menteri atau Menteri dlm negeri yg masuk campur,ada unsur rasuah dari segi salah guna kuasa dlm setiap urusan PDRM negara..

Tqq Ketua Polis Negera ,yg berterus terang pada kami sebagai rakyat dan menceritakan hal sebenar yg berlaku dan saya berharap PM segera letak jawatan dan barisan Kabinet khasnya menteri dlm negeri yg disebut beliau!!!

Begitulah keadaan negara bila kerajaan yg diperolehi dari Khianat dan menolak mandat rakyat di PRu14 lalu.

Sila letak jawtn ..dan tqq Ketua Polis Negara, tuan adalah terhebat dan

terbaik

kerana telah menjalankan amanah kpd kami sebagai rakyat dan negaraDescription: 💪

Sila letak jwtn PM dan kerajaan PN.

MERAPUNYA PUAK PEJUANG ISLE NI...ADOIII

 

TOK USIN CEROI

Kalau di tebing barat Gaza, rejim zionist sedang melanyak penduduk palestine, tunggu...kami di tebing Timur Marang sedang menanti sabda dari guru tok untuk menyerang Zionist melalui online dengan pesawat "Hud Hud"....

 

Guru tok minta ostat dusuki mengetuai bala tentera ke Gaza kerana dia kebal dari petir...


May be an image of 1 person, standing and outdoors

Dato Zaharin Maki Hamun PAS ? Dengarkan Apa Makian Beliau Kepada Lebai L...

Salah Faham Anda Terhadap Anwar Ibrahim Yang Harus Diperbetulkan