Terkini! Dokumen skandal tanah LGM yang tular dibuktikan sah.aUNS DAN lEBAI...NAK CRITA APA SEKARANG ???

 


Terkini! Dokumen skandal tanah LGM yang tular dibuktikan sah


Hari ini kami telah menerima satu surat yang menggembirakan hati kami. Surat dari Ketua Pengarah LGM itu telah mengesahkan DOKUMEN yang kami kongsikan dengan anda semua atas nama KEPENTINGAN AWAM DAN DANA AWAM bukanlah palsu.

Namun satu perkara yang kami sukar untuk hadam ialah bersama dengan surat itu LGM juga turut melampirkan beberapa dokumen bertajuk Skandal Lembaga Getah Malaysia Siri 1 dan Skandal Lembaga Getah Siri 2 yang KAMI TIDAK PERNAH NAMPAK SEBELUM INI.

Dalam dokumen bertajuk Skandal Lembaga Getah Malaysia Siri 1 yang menyentuh mengenai sewaan Lot 200013, selain dari perkara yang kami bangkitkan sebelum ini, ada satu perkara baru yang menarik iaitu ‘Semak juga siapa Al Noor Foundation ni, ada rangkaian pelik ke tak?’

Kami tidak faham apa maksudnya itu. Adakah Al Noor Foundation mempunyai rangkaian pelik? Adakah rangkaian pelik itu merujuk kepada benda yang melanggar undang-undang?

Sementara itu dalam dokumen yang bertajuk Skandal Lembaga Getah Siri 2 menyentuh mengenai isu jualan tanah lot 200012 ada beberapa dakwaan yang menjadikan kami ternganga dan dakwaan tersebut ialah:

1 – Pejabat Menteri telah caj RM100 ribu untuk mengeluarkan surat setuju jual tanah.

2- Maklumat dalaman Jabatan Warisan Negara mengesahkan tanah tersebut adalah tanah warisan dan tidak boleh dijual sesuka hati Menteri dan LGM.

3 – Menurut sumber Eurowhite mereka dimaklumkan oleh Pejabat Menteri bahawa hanya kelulusan Menteri memadai untuk urusan jual beli tanah tersebut.

4 – Akan ada lagi beberapa siri pendedahan.

SESUNGGUHNYA KAMI JADI TIDAK FAHAM DENGAN TUJUAN KETUA PENGARAH LGM MENGHANTAR DOKUMEN ITU KEPADA KAMI. ADAKAH KETUA PENGARAH LGM MEMBERIKAN KAMI PETUNJUK ADA BANYAK ISU DALAM SKANDAL-SKANDAL INI YANG BELUM KAMI BANGKITKAN?

Untuk pengetahuan Ketua Pengarah LGM kami sudah menulis surat kepada YB Wong Kah Woh Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) secara rasmi meminta siasatan dijalankan berkenaan isu yang kami bangkitkan sebelum ini.

Kami mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pengarah LGM kerana memberi maklumat tambahan kepada kami. Kami akan cuba hadamkan apakah maksudnya itu dan kami berharap YB Menteri dapat tampil memberikan penjelasan supaya kami boleh menulis satu lagi surat untuk meminta siasatan dijalankan oleh PAC.

Pautan catatan pertama berkenaan isu LGM https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/960700927811064
Pautan catatan kedua berkenaan isu LGM https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/961160644431759
Pautan catatan ketiga berkenaan isu LGM https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/961749977706159
Pautan catatan keempat berkenaan isu LGM https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/962327594315064
Pautan catatan kelima berkenaan isu LGM https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/962939020920588
Pautan catatan keenam berkenaan isu LGM https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/963010904246733
Pautan catatan ketujuh berkenaan isu LGM https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/964166207464536
Pautan catatan kelapan berkenaan isu LGM https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/964504400764050

No photo description available.

No photo description available.

May be an image of text that says 'Kenapa LGM hantar dokumen ini kepada kami? SKANDAL LEMBAGA GETAH MALAYSIA SIRI 1 Lembaga Getah Malaysia bakal adalah Watergate baru Malaysia. Berlaku pakatan antara KEMENTERIAN KOMIDITI DAN LEMBAGA GETAH MALAYSIA dalam PENYELEWENGAN DANA Sewaan Tanah Foundation Turki Ampang 70 sen Sekaki Al Noor Lembaga tahun. Tahun 1.02 sekaki!!! Menteri Komiditi telah setuju kadar sewaan tanah Lembaga Getah hadapan Mall kepada sekaki kepada Noor Foundation. Malah juga setuju sewaan dengan kenaikan 10% setiap nanti masih menyewa tanah ini dengan kadar RM SULIT ZAIROSSANI BNMOHD. Disember KUALALUMPUR BAGI BANDAR perhatian tindakan oihak YBhg. Dato' Sekian,terimakaaih. NTUKNEGARA +003-88821812 Kamoditi wan.asmady@mblo.cev.mu SULIT'

May be an image of text

No photo description available.

May be an image of text that says 'Kenapa LGM hantar dokumen ini kepada kami? Maklumat dalam Jabatan Warisan Negara mengesahkan tanah tersebut adalah tanah warisan dan tidak boleh dijual sesuka hati Menteri dan Lembaga Getah Malaysia. UDDIRAMASRAZAU Menurut sumber Eurowhite, mereka dimaklumkan oleh Pejabat Menteri bahawa hanya kelulusan Menteri memadai untuk urusan jual beli tanah tersebut. dapat Mohon Menteri Komiditi Dr Khairudin Takiri, Pengerusi LGM YB Nazlan Ketua Pengarah LGM Dr Zairossani serta Lembaga Pengarah manjawab penyelewengan ini! Akan ada lagi beberapa siri pendedahan dan kami harap berhentilah kartel Menteri kumpul duit untuk bertanding jawatan Presiden Parti!! PENGERUSY BIN ABDUL RASHID'

Panas! Peguam kecam menteri kewangan, sudah-sudahlah tipu rakyat

 


Panas! Peguam kecam menteri kewangan, sudah-sudahlah tipu rakyat

Seorang peguam mendesak Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz supaya tidak terus mengelirukan rakyat dan memberi hujah palsu mengenai kos pampasan yang perlu dibayar kerajaan terhadap institusi perbankan jika moratorium automatik dilaksanakan.

Haniff Khatri Abdulla berkata Seksyen 4 dan Seksyen 5 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 tidak terpakai kepada cadangan moratorium pinjaman membabitkan pihak bank dan pelanggannya.

Jelasnya, akta berkenaan hanya terpakai kepada sumber yang diambil alih untuk kegunaan kerajaan antaranya mengambil alih premis, tenaga kerja dan aset pihak swasta untuk memerangi Covid-19.

“Dalam konteks ini, kita tak cadang ambil alih perjanjian pinjaman tetapi hanya menangguhkan pinjaman pelanggan dan kerajaan tak tertakluk kepada peruntukan Seksyen 4 dan Seksyen 5 bahawa kerajaan perlu bayar pampasan.

“Jangan kelirukan rakyat, jangan bagi kenyataan palsu berkaitan akta berkenaan,” katanya sambil meminta Zafrul supaya memahami akta di dalam Ordinan Darurat yang digubal oleh Perikatan Nasional, kerajaan yang dinaunginya sendiri.

“Beliau tak boleh kata moratorium itu adalah satu fasiliti yang diambil oleh kerajaan daripada bank. Itu tidak benar.”

Dalam temu ramah eksklusif bersama Sinar Harian semalam, Zafrul berkata walaupun Ordinan Darurat telah memberikan kuasa kepada kerajaan untuk memaksa bank mengenakan moratorium, ia juga menetapkan bahawa kerajaan perlu membayar balik kos pampasan kepada institusi perbankan sekiranya bertekad mahu moratorium pukal dilaksanakan.

Haniff berkata, sekiranya Zafrul mahu melihat konteks pemberian pampasan di bawah Seksyen 4 dan Seksyen 5 Ordinan Darurat, “Adakah kerajaan perlu beri pampasan kepada rakyat yang hilang pekerjaan kerana tidak boleh bergerak dan mencari rezeki? Sudah tentu tidak… Itu yang dia kena faham.”

Justeru, beliau mendesak supaya Zafrul “menutup mulut” dalam menyentuh mengenai perundangan dan meminta Menteri Kewangan PN itu mendapatkan nasihat Pejabat Peguam Negara terhadap sebarang kemusykilan.

“Cukup-cukuplah beri pandangan perundangan. Sama ada beliau faham atau tidak cadangan (moratorium automatik), beliau perlu minta nasihat Peguam Negara mengenai tafsiran pemakaian Seksyen 4 dan Seksyen 5 Ordinan Darurat berkenaan,” katanya.

Di bawah Seksyen 4 Ordinan Darurat, ia menjelaskan bagi tempoh darurat, Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana individu yang diberi kuasa boleh meminta apa-apa sumber untuk digunakan bagi apa-apa maksud; memberi arahan berhubung dengan pengenaan apa-apa fi atau caj yang boleh dikenakan oleh orang yang sumbernya dimintanya dan memberikan apa-apa arahan berhubung penggunaan, pengurusan dan kawalan sumber manusia kepada kepada orang yang sumbernya diminta.

Sumber itu termasuklah sumber manusia, kemudahan, utiliti dan aset, pengawal atau pengurus sumber manusia.

Manakala di bawah Seksyen 5 Ordinan Darurat menjelaskan apa-apa peruntukan Perlembagaan Persekutuan jika mana-mana tanah, bangunan atau harta alih diambil milikan di bawah Seksyen 3 atau sumber diminta untuk digunakan di bawah Seksyen 4, pampasan berkenaan dengan pemilikan atau penggunaan hendaklah ditafsirkan oleh orang yang diberi kuasa.

Pemimpin UMNO sekolahkan Hamzah, bandingkan Parlimen di UK dengan Malaysia

 

Panas! Pemimpin UMNO sekolahkan Hamzah, bandingkan Parlimen di UK dengan Malaysia

Di UK, parlimen tetap berjalan seperti biasa dan dibuat secara hibrid. 50 orang dalam dewan selebihnya dalam talian. Mengundi pun pada mulanya juga dalam talian.

Selepas itu (Jun tahun lepas) mereka putuskan untuk kembali mengundi secara fizikal dalam parlimen. Tidak berada ditempat duduk tetapi beratur untuk catatkan pendirian mereka

Ada ahli yang bantah kerana untuk 650 ahli parlimen datang mengundi, terpaksa beratur panjang kerana penjarakan. Ini mengambil masa.

Jawab PM Boris Johnson, “musim sekarang orang shopping kat supermarket pun sanggup beratur panjang..!”

Kerajaan UK tetap menang dalam pengundian itu.
Kerajaan Malaysia sedang mengkaji.

(Gambar 2/6/2020)

Sumber: https://www.facebook.com/100045467172532/posts/334878134704423/?d=

VIDEO : APA BEZANYA COLD, FLU & COVID?!

JIKA KONGRES PKR SECARA MAYA PUN TAK DIBENARKAN MKN, JANGAN MIMPILAH SIDANG PARLIMEN HIBRID JADI KENYATAAN!!

 

Dalam satu perkembangan yang dianggap mengejutkan dan di luar jangkaan, PKR telah menerima surat daripada Majlis Keselamatan Negara atau MKN dan makluman lisan Pendafrar Pertubuhan (ROS) agar menangguhkan Kongres Nasional parti itu yang dijadual berlangsung esok, 6 Jun 2021.

Arahan daripada MKN itu diterima pada jam 6.21 petang semalam, 4 Jun 2021.

Arahan terbaru MKN ini adalah bertentangan dengan surat mereka bertarikh 27 Mei lalu yang menyatakan MKN tiada halangan terhadap penganjuran Kongres Nasional PKR yang akan diadakan sepenuhnya dalam talian itu.

Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Pengelola merangkap Pengarah Kongres PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya merakam bantahan keras terhadap tindakan saat akhir MKN itu, namun akur untuk menangguhkannya ke suatu tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian.

Begitu pun, tambah beliau, butiran keputusan itu akan diumumkan oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang akan muncul secara langsung dalam Amanat Khas melalui laman Facebook PKR pada jam 11 pagi esok, Ahad 6 Jun 2021.

Anwar juga katanya, akan turut menyentuh isu-isu lain seperti Covid19, ekonomi dan perkembangan politik semasa dalam amanat khasnya itu nanti.

Langkah MKN mengarahkan penangguhan ini memang mengejutkan, janggal dan di luar jangkaan kerana Konges Nasional kali ini memang dirancang diadakan sepenuhnya dalam talian melalui applikasi Zoom.

Tambahan lagi, semalam dan hari ini telah pun selesai diadakan Kongres Wanita dan AMK PKR yang juga dilangsungkan secara dalam talian.

Apa alasan sebenar MKN dan ROS mengarahkan penangguhan itu?

Jika Covid19 alasannya, sejak bila virus itu boleh merebak melalui talian internet atau mampu menembusi aplikasi Zoom?

Dalam hal ini, bagaimana dengan murid-murid sekolah yang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah atau PdPR sepanjang tempoh pandemik ini?

Apakah MKN tidak mahu mengeluarkan arahan yang sama kepada Kementerian Pendidikan?

Atau arahan ini lebih bertujuan politik untuk mengelakkan kerajaan daripada terdedah kepada teguran dan kritikan?

Melangkah lebih jauh pula, jika Kongres Nasional PKR yang sepenuhnya dalam talian pun tidak dibenarkan oleh MKN, bagaimana dengan sidang Parlimen hibrid yang kononnya dalam kajian kerajaan untuk melaksanakannya sebagaimana dimaklumkan oleh Takiyuddin Hassan semalam?

Sidang Parlimen hibrid adalah cantuman antara fizikal dan maya di mana sebahagian Ahli Parlimen perlu hadir ke Bangunan Parlimen, manakala sebahagian yang lain akan menyertainya secara maya.

Kalau sepenuhnya melalui maya tidak dibenarkan oleh MKN, di mana logiknya MKN akan membenarkan sidang Parlimen secara hibrid?

Lagi pun, Pengerusi MKN adalah Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin yang memang diketahui takut Parlimen dibuka demi bimbang kehilangan jawatannya.

Ternampak munasabahkah Mahiaddin akan tiba-tiba bertukar menjadi berani membenarkan sidang Parlimen secara hibrid?

Akhirnya, yang boleh tanpa halangan barangkali hanya menanam pokok atau membela ikan hibrid sajalah!!! 

(ShahbudinHusin 05/06/2021)

 

LEBAI 90 JUTA SEPATUTNYA DAH JADI KLUSTER MAHKAMAH SEJAK DULU LAGI?

 

No photo description available.


MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


Lebai 90 juta sudah sepatutnya jadi kluster Mahkamah dari dulu lagi. The only reason kenapa mereka tak jadi kluster mahkamah adalah sebab mereka pandai main dua kolam dan ada orang berhasrat untuk berkuasa selama-lamanya.

In fact saya bising pasal kes 90 juta ini dari zaman PH mula-mula memerintah 2018, sebab saya tahu significant kes ini untuk menyedarkan ahli PAS ( yang bukan walaun) yang lebai mereka bukan suci macam mereka sangka.

Tapi sebab sifat khianat untuk berkuasa selamanya, kes ini sengaja di senyapkan dan di jadikan leverage politik. Sepatutnya no one is above the law, tapi apparently kalau lebai sokong dia, all is forgiven. Benda ini kan sama dengan Mahidin; ada beza tak? Siapa sokong dia dapat immunity, kalau tak kena dakwa. i guess Mahidin did learn for the best.

Lepas tu boleh pula bagi 400 juta pada negeri lebai, yang pasti rakyat Kelate masih dapat air karat, cuma lebai aje yang dah bertukar Mercedes. Bak kata doreamar, tokkey fulamak nok naik biba?

Kalau PH menang ( insyallah) pastikan kes lebai menjual agama ini di bawa ke muka pengadilan dengan segera supaya tidak ada lagi orang yang akan di sesatkan oleh mereka-mereka ini. Kalau PH pun masih nak tutup kes lebai, saya sendiri akan lawan PH untuk PRU16.

 

RAKYAT TANYA PIHAK BERKUASA.

 

MAN TOBA

Kepada PDRM, rakyat terus bertanya mengenai kes menteri MITI di sebuah hotel Sandakan; Apakah kes tersebut terus disenyapkan? No Further Action? Masih kabur? Atau kes tersebut masih lagi belum ditutup?



May be a Twitter screenshot of text that says "Zack Rockstar @zack_rockstar Saya selaku rakyat Malaysia yang menjunjung prinsip perlembagaan dan undang2 ingin bertanya kepada pihak @PDRMsia: "APA JADI DENGAN KES VIDEO @AzminAli AZMIN ALI YANG TELAH DIJUMPAI DI RESTORAN REBUNG SUATU KETIKA DAHULU? TAKKAN TAK DAPAT RESULT LAGI? LAMA DAH NI!" Tanya je!"


BAGI LEBAI PERINTAH KAN ?

 

Syam Ghaz

1t4SSlh podnsdorhredrcds  · 


May be an image of map and textMay be an image of text that says "Petunjuk: Petak Pembesaran Tadahan Air Hutan Dara Tanah Kesultanan Petak Bancian Hutan Berterusan Hutan Lipur Hutan Penyelidikan Hutan Pengeluaran Taman Negeri Taman Negara Zon TLC Tanah Tinggi melebihi 1000 meter Sempadan Hutan Simpan Sempadan Negeri"

 

 MAN TOBA


Mereka nak tipu rakyat? Kata hujan punca Air Keroh?

Ni kami ambil sample Kawasan lain, sebelum hujan lebat harini.

Dulu kawasan ini cantik, sekarang dah gondol.

Video dan gambar orang yang sayangkan alam sekitar ambil minggu ni.

Mereka masuk check dan lihat sendiri.

Gambar dan video ni kawasan sebelah Hutan Simpan Ulu Sat, rasanya dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal Sg Durian dalam Jajahan Kuala Krai.

Kata Hujan punca Air keroh? Jangan salahkan Hujan ciptaan Allah SWT atas sebab kerakusan manusia.

Nota: Air Jernih tu punca Air dari Kawasan Hutan Simpan dalam Jajahan Machang, yang Air Keruh tu dari kawasan Jajahan Kuala Krai.

 


Tular berkenaan MB Kedah yang dikatakan "test drive" sebuah 4x4 Ford di Showroom Ford di Penang dalam tempoh lockdown.

 

MAN TOBA


MB SELUT NI SELALU MENGARUT JA KERJA DIA


May be an image of car and text that says "Ford Selamat I1A Kereta kedua yg sepatutnya test drive tp slps saya tegur MB beredar"May be an image of car



Kredit : Nini Siron

Saya ada soalan!

Saya ada kemuyskilan!

Izinkan saya kongsikan apa yang berlaku di depan mata saya sendiri.

Lokasi: Juru Autocity, berhadapan SHOWROOM FORD AUTOCITY

Jam: 6.30ptg

Tarikh: 5 Jun 2021

Hari: Sabtu

Sebaik sahaja saya dan suami parked kereta di tempat letak kereta kedai eco rm2(sebelah lokasi kejadian), sebelum turun dari kereta,

Saya perasan kelibat seseorang yang amat familiar. Saya dan suami mengesahkan itu adalah MB KEDAH. Beliau bersama 2 org lelaki melayu dan seorang lelaki berbangsa Cina (SALESMAN FORD) sedang menaiki kereta Ford Raptor biru. Agak terkesima menyedari skrg PKP, tiada test drive dibenarkan! Cuba memujuk hati, mungkin itu kereta baru beliau. Mungkin hari penyerahan kereta. Tetapi sebaik sahaja memeriksa kawasan showroom, kami noticed bahawa kereta tersebut adalah kereta TEST DRIVE(dgn stiker sime darby)!!! pasti!

MULA tertanya-tanya!

Eh boleh kah test drive?

Beli kereta dari Kedah sampai Penang ka?

Dengan hati yg berkecamuk, kami setia menanti dlm kereta, dalam masa yg sama, kami turun utk memastikan yg kami tidak silap org. Selepas lebih kurang 10minit, kereta test drive tersebut tiba kembali.. Mereka semua turun, seperti ada perbincangan.. Dan mungkin ada niat utk meneruskan test drive atau view kereta ford test drive yang kedua (warna putih).

Menyedari akan hal itu, saya turun dan terus tegur salesman tersebut..

Salesman tersebut, berada dekat dgn saya, manakala MB dan 2 org lelaki td di sebelah bertentangan sedang buka pintu kereta kedua..

Saya: BRO, SHOWROOM ADA BUKA KA??!

salesman: Oh tak, ini tengok2 saja!

Saya: Mcmna boleh tengok, skrg PKP! saya nampak u all test drive jugak!

Salesman: no no no

Saya: apa no! Saya nampak u all test drive, SOP larang showroom buka, test drive juga salah..

Tanpa saya sedar, MB dan 2 lelaki beredar menaiki vellfire mereka..hilang dari pandangan!!!

Saya tetap d situ persoalkan SOP!

Salesman td hanya jawab:

Susah la ini macam saya mau cari makan...

Saya cuma kata, u buat ini salah! Semua showroom skrg tutup.. Ini macam you all ada scan my sejahtera ka?

Dia geleng kepala lari masuk showroom!

Soalan saya!!!

Boleh ka macam ni?

Apa ni?

Salesman susah kita paham nak cari makan, tapi ini SOP

Mcm ni ka yg di panggil kayangan?

Kalau tadi you all buat atas urusan rasmi dan ada kebenaran kenapa tadi tak nyatakan pada saya????

SOP satu kereta 2 org!!!!!!!

Tadi semua 3 orang masa test drive!

Vellfire MB pun 3 org tak tau dari mana atas urusan apa!

Yang pasti tadi mereka sedang view kereta siap test drive!!

Jelaskan lah pada saya, supaya saya faham!

Yg berkenaan tolong jawab, adakah ini dibenarkan ?

Jika ya, atas sebab apa????

Posting asal : https://m.facebook.com/story.php...

 

ADAKAH KLUSTER ONLINE NI?

 

NORMAN RADZUAN


Kongres Nasional ditangguhkan???

Barangkali virus Covid19 telah dikesan boleh tersebar melalui online... Jika betul dengan alasan Pandemik... Varian baru ini kita panggil Varian Gila Babi.



No photo description available.

 

HELLO AZMIN ALI..JANGAN CUBA LAMBATKAN PROSES MELAWAN COVID

 

HAMDAN TAHA


Hello Azmin Ali

Jangan sesekali kamu dengan sengaja melambatkan semua proses melawan covid 19 demi untuk kamu menyambung darurat di bumi malaysia ini

Cara gerak kerja kamu tidak ikhlas dan dengan sengaja tidak mahu penularan covid 19 ini dapat di kurangkan dengan kadar segera

Kejahatan politik kamu membuktikan ada unsur ke arah itu

Perjalanan politik kamu membuktikan kamu adalah ahli politik yang sanggup berbuat apa saja demi mencapai matlamat

Buktinya

1. Tun Dr M dan Tun Siti Hasmah pernah menjadi bapa angkat kamu tetapi pada tahun 98 sehingga 2018 kamu tetap menyerang mereka berdua. Sedangkan Tun M telah memberi kekayaan kepada kamu dengan meminta Ketua Menteri Sabah memberi kamu konsesi balak dan ketika itu CM Sabah adalah Pairin. Setelah dapat kamu jual kepada Kretam,ini di ceritakan oleh kamu sendiri...kekayaan pertama kamu buat sebelum menjadi pegawai khas kepada Anwar Ibrahim...budi sebesar itu pun kamu tidak pernah kenang...

2. Apabila Tun M berjaya menjadi PM semula kamu mula merapatkan diri kamu semula dan menjadi hero mempertahankannya dan bermula lah siri membunuh bos dan rakan akrab kamu Anwar Ibrahim pula demi mengejar kuasa politik,sedangkan kamu lah yang menentang usaha menjadikan tun m perdana menteri sebelum pru....kerana kamu berpendapat PH patut mencalunkan kamu sebagai PM bukan tun m.....

3. Semasa kamu melobi untuk menjadi MB mengantikan Tan Sri Khaled Ibrahim kamu tampa segan silu mencari jalan bertemu dengan Dato Seri Najib dan Datin Rosmah untuk kamu alatkan mereka supaya menyakinkan Sultan selangor menyokong kamu menjadi menteri besar mengunakan kaedah pintu belakang walaupun PKR tidak senarai pendekkan nama kamu ketika itu...ini di ceritakan sendiri oleh Dato Najib kepada saya...selepas jadi MB kamu lanyak Najib macam sampah...kamu datang ke rumah najib berseorangan ketika itu...

3. Kamu berpakat dengan Pas dalam perjumpaan dengan presiden Pas untuk menghantar nama nama kepada Sultan selangor di situ lah kamu memperalatkan pas untuk kepentingan politik kamu. Di sudut lain kamu guna semua orang supaya melobi sultan...dan di sini juga lah kamu melagakan hubungan presiden pas dan pimpinan pkr...

5. Hubungan kamu dan ibu kamu juga keluarga kamu sangat luarbiasa pelik sehinggakan pergaduhan kamu sekeluarga menyebabkan negara menjadi gawat dan kucar kacil sehingga sekarang...dakwaan umi terhadap kamu sehingga sekarang kekal dan tidak pernah ada jalan damai....hubungan kekeluargaan kamu ini bukan rahsia tetapi menjadi pengetahuan umum,dan aib ini tidak di simpan oleh Allah...

6. Akhirnya kamu sekali lagi membunuh Bos kamu iaitu Anwar Ibrahim dalam kes sheraton kerana kamu merasakan kamu akan menjadi lebih kuat dan lebih dekat untuk menjadi timbalan perdana menteri jika bersama tun m atau tan sri muhyuddin...terbukti sekarang kamu jadikan muhyuddin sekadar boneka,seperti mana kamu jadikan anwar boneka ketika anwar dalam penjara dan kamu timbalan presiden parti merangkap mb..

Terbukti cara kamu berpolitik hanya memikirkan kepentingan peribadi semata mata walaupun sanggup berbuat apa saja dan kianat...matlamat menghalalkan segala cara dan ini boleh di buktikan

Kali ini kamu kianat lagi tapi bukan kepada bos atau sesama ahli politik tapi kamu mengkianat pula rakyat dan negara dengan mengatur strateji supaya dapat mengekalkan kuasa kamu dengan mengunakan covid 19 sebagai nyawa politik kamu...

Kamu adalah seorang ahli politik tidak ada maruah dan jahat bukan sekadar jahat tapi amat jahat

Ibu,bapa angkat,bos,sahabat,rakan,adik beradik,semuanya telah kamu kianati untuk mencapai tahap sekarang...

Tapi kamu tidak akan berjaya kerana Allah itu benar benar ada

Bayangkan jika kes sandakan itu berlaku dalam bulan ramadan kemudian kamu ke mekah selepas itu bermakna kamu tak rasa apa apa...Allah pun kamu tipu...apatah lagi sesama manusia...ramai dari kita ini pendosa dan ada aib masing masing,tapi aib kamu di sandakan Allah buka untuk tatapan dunia dan gagal di sorok...apakah kamu tidak sedar perkara itu...kebetulan ketika itu kita duduk.di hotel yang sama...dan kamu bercerita kepada seorang bekas mb dengan begitu angkuh kononnya lantikan sebagai menteri ekonomi dan kamu sebut apa yang kamu nak semua tun dr m bagi....sedangkan kami tidak tahu aib kamu lagi yang datang dari sandakan masa itu..

Begitu juga baru baru ini kamu memang bijak mengaturkan mengunakan kementerian luar dan Perdana Menteri kononnya ke saudi menarik pelabur tapi sesiapa yang kenal rapat dengan kamu tahu walaupun kamu hebat tapi perasaan rendah diri takut pada diri,hati kamu itu kecil mudah merajuk kita tahu....bukan saja tahu amat tahu...kamu cuba mengubah persepsi rakyat terhadap kamu,tapi tidak berjaya sebaliknya keluar pula isu baru membabitkan setiausaha politik kamu dan aib ini juga terdedah dalam bentuk yang sama,kerana kamu ada kuasa semua ni dapat di tutup tapi Allah dah buka sebenarnya...

Dan kamu gunakan kesempatan ke mekah dan cuci lantai di masjidiharam itu adalah lakunan untuk kamu tunjuk bahawa kamu adalah manusia terpilih dan baik dan Allah bersama kamu kononnya...bagaimana jika aku berdosa tapi aku dapat ke mekah...dalam keadaan orang lain tak dapat....itu lah yang kamu cuba buktikan...

Tengok orang kata kepada aku tapi tengok orang lain tak dapat pergi mekah tapi aku dapat itu tanda Allah terima aku kamu semua tak dapat datang pun...itu lah tujuan kamu ke sana...

Bukti jelas sehingga sekarang tidak ada satu pun pelaburan dari saudi yang kamu bawa atau yang menteri agama bawa atau perdana menteri bawa

Semoga Allah jauhkan kamu dari menjadi pemimpin malaysia kerana jika kamu masih terus kekal di atas negara dan rakyat akan di timpa bahana dan bala...

Kamu wajib di tamatkan dan di doakan kamu bertaubat dan di ampunkan Allah atas segala perbuatan dan kamu tidak di angkat rakyat menjadi pemimpin kerana mudarat lebih banyak daripada kebaikan....

 

PKR BERJAYA ADAKAN SIDANG DIATAS TALIAN BERSAMA BERATUS AHLI. TAKKAN LAH PARLIMEN TAK BOLEH?

 

NORA JAMILAH


Perghhhh sedas orangtua ni kena oleh YB Fuziah....Apec pun bersidang atas talian.

 Negara-negara maju seperti UK pun buka parlimen atas talian. Malaysia saja yang

 tak boleh. Sebabnya jelas, supaya mereka bebas menjarah simpanan wang negara

 tanpa timbang tara & kawal selia. Tak ada parlimen untuk memantau segala

 tindakan mereka. Inilah kerajaan yang bukan daripada mandat rakyat. Mereka

 sudah kita tolak pada pru lalu...#KerajaanGagal


May be an image of 22 people and text


May be an image of 2 people and text that says "Fuziah Salleh @FuziahSallehMP 17h Wanita KEADILAN baru selesai Kongres secara maya atas talian secara 100% Boleh je handle perwakilan 656 org. Bersidang Parlimen atas talian 222 MP pun X boleh ke? astroawani com Pembukaan Parlimen lambatkan imuniti kelompok dicapai Hamzah"


Pemuda Amanah, DAP bantah PH guna logo PKR pada PRU

 


Ambil iktibar perpecahan dalam Pakatan Harapan (PH), kesepakatan perlu ditonjolkan dalam menggunakan logo PH yang kini sah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, kata Pemuda Amanah.

PETALING JAYA: Pemuda Amanah membantah sebarang usul untuk memecahbelahkan semangat setiakawan dalam Pakatan Harapan dengan mencadangkan penggunaan logo PKR pada pilihan raya umum ke-15 akan datang.

Bantahan itu timbul selepas Kongres Pemuda PKR yang berlangsung pagi tadi, mencadangkan usul menggunakan logo PKR bagi mewakili PH pada PRU15 bagi menggembleng kekuatan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada gabungan itu.

Usul itu dicadangkan Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasir ketika berucap pada kongres berkenaan.

Dalam kenyataan bersama lima ketua Pemuda Amanah iaitu Zulhafiz Zulkifli (Lembah Pantai), Anhdeer Supardy Lazuardi (Batu) Hafizzuddin Razian (Kepong), Mohd Nur Fadhil Ya’cob (Bandar Tun Razak) dan Sheikh Khuzaifah Sheik Abu Bakar (Bukit Bintang), menegaskan supaya parti komponen mengambil iktibar perpecahan dalaman PH.

“Ia berpunca daripada pengkhianatan sebahagian besar Ahli Parlimen daripada Bersatu dan PKR yang berkomplot dalam “Langkah Sheraton” yang merupakan tragedi demokrasi negara.

“Sebagaimana kesepakatan yang dipamerkan dalam persetujuan satu logo ketika PH dihalang pendaftarannya pada zaman PRU14, begitu jugalah kesepakatan yang perlu ditonjolkan dalam menggunakan logo PH yang kini sah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM),” kata mereka.

Mereka berkata, konsensus menggunakan logo PH memberi keyakinan kepada masyarakat umum bahawa parti komponen PH terus serasi dan setia dalam cita-cita yang sama mengembalikan mandat rakyat dan membawa keluar Malaysia daripada kesan buruk penularan wabak Covid-19.

“Kami juga menggesa Ahli Parlimen Amanah, DAP dan PKR yang tidak terlibat dalam episod pengkhianatan rakyat ini kekal dalam kesatuan PH dan teguh dengan prinsip untuk berjuang membela nasib rakyat daripada kebejatan kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional dan Barisan Nasional,” kata mereka.

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Howard Lee, berkata usul membawa cadangan untuk menggunakan logo PKR, adalah sesuatu yang ditolak oleh mereka sebulat suara.

“Cadangan ini sememangnya – tanpa kira apa-apa niat di sebaliknya – adalah sesuatu yang tidak wajar serta mempunyai nada untuk mengkhianati penyokong serta parti komponen PH.

“Kami tidak boleh terima retorik ini yang boleh memutuskan silaturahim, mencacatkan persaudaraan, dan membunuh kesepakatan antara pendukung PH dan cadangan ini adalah satu contoh yang mengundang ke arah pemecahbelahan itu,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, penggunaan PH tidak diharamkan, tidak dilarang pemakaiannya, dan masih disokong oleh penyokong dan rakyat majmuk sambil mencadangkan perkara itu sepatutnya dibahaskan terlebih dahulu secara dalaman dan di peringkat tertinggi.

Wakil Amanah kecam sikap ‘biadab’ pegawai Zuraida

 


Raja Kamarul Bahrin mengecam Nor Hizwan Ahmad kerana mengkritik pakar kesihatan.

PETALING JAYA: Raja Kamarul Bahrin dari Amanah mengecam pegawai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan menyatakan individu itu tidak sopan kerana lantang menegur pakar kesihatan yang membuat kritikan terhadap langkah sanitasi awam.

Raja Kamarul berkata, beliau terkejut kerana Nor Hizwan Ahmad, yang juga setiausaha politik Zuraida Kamaruddin, secara lantang dan terbuka menegur Dr Adeeba Kamarulzaman.

“Pangkat Nor Hizwan Ahmad sebagai setiausaha politik menteri tanpa ilmu serta kemahiran dan pengalaman bidang perubatan yang mendalam, tidak mungkin boleh mengatasi ilmu yang dimiliki oleh tiga pakar perubatan seperti Dr Adeeba Kamarulzaman, seorang pakar penyakit berjangkit dan juga merupakan panel Pertubuhan Kesihatan Sedunia,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pendirian Adeeba mengenai sanitasi awam disokong oleh dua pakar kesihatan yang lain.

Dalam mempertahankan aktiviti sanitasi awam kementerian, Nor Hizwan memilih Adeeba untuk memintanya memberi fokus kepada Selangor, yang mencatatkan kes Covid-19 tertinggi setiap hari.

Adeeba juga merupakan sebahagian daripada pasukan petugas Covid-19 Selangor.

“Mari bekerjasama untuk mencari jalan keluar kerana sekarang bukan waktunya untuk mencari kesalahan dengan siapa pun,” kata Nor Hizwan dipetik berkata selepas Adeeba, seorang pakar penyakit berjangkit, mengatakan sanitasi awam adalah satu pembaziran sumber.

Raja Kamarul, yang juga bekas menteri perumahan dan kerajaan tempatan berkata, dalam masa kita menghadapi kekurangan kewangan dan tenaga kerja kritikal kita perlu bekerja secara “pintar bukan sekadar rajin sahaja”.

“Di waktu negara menghadapi krisis, biarlah ilmu dan pengetahuan memimpin di hadapan dan bukan pula nafsu dan kesombongan didahulukan,” katanya.

TERKINI! TOK MAT TIDAK AKAN DIBERI KERUSI PARLIMEN? BAKAL DICANTAS KEM H...

[[LIVE]] 5.6.2021 MKN Batal Kongres PKR. Y?

EDISI KHAS MINGGUAN 025 | MORATORIUM HAK MUTLAK BANK, KERAJAAN TIADA KUA...





MENARIK DALAM EDISI KHAS 025

1. MORATORIUM, ZAFRUL DIDAKWA BERBOHONG 2. CEROBOH RUANG UDARA, KETUA PEMBANGKANG DESAK TINDAKAN SEGERA 3. KILANG DIBENAR BEROPERASI, TIMBULKAN KEKECOHAN MENTERI



!!! PADU !!! NAJIB RAZAK BUAT KEJUTAN KEPADA MUHYIDDIN YASSIN PAGI-PAGI ...