PISAU, PEN DAN BUKU CEK UNTUK PECAH-BELAHKAN UMNO


 1. Sejak UMNO ditakdirkan hilang kuasa pada Mei 2018, pelbagai usaha cuba dibuat untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO dengan menggunakan pelbagai cara dari luar dan dalam.

2. Bermula seawal 2018, apabila usaha untuk mengharamkan UMNO dengan mengeksploitasi 16 orang bekas ahli atas alasan UMNO melanggar Perlembagaannya kerana membuat penangguhan pemilihan parti, sedangkan ROS sendiri meluluskan permohonan tersebut.

3. Tidak cukup dengan tindakan mahkamah terhadap parti, diugut pula pimpinan UMNO untuk membubarkan parti jika tidak mahu didakwa dan diambil tindakan dalam pelbagai bentuk.

4. Hakikatnya, ramai pemimpin-pemimpin UMNO diugut, ditekan dan digasak dengan menggunakan pelbagai agensi-agensi di bawah Kerajaan PH waktu itu.

5. Ahli yang punya ketahanan terus kekal setia mempertahankan parti biarpun menjadi lilin membakar diri. Namun, tidak kurang juga yang cuak, gelabah dan tidak tahan diuji, lantas keluar meninggalkan parti.

6. Tergamak pula menikam parti yang pernah mengangkat dan meletakkan mereka di posisi tertinggi lagi dihormati. Ironinya, mereka yang terpalit ini tiba-tiba terus disucikan dan tidak lagi kedengaran khabar sebarang tindakan mahupun pendakwaan.

7. Usaha melemahkan UMNO masih berterusan sehinggalah ke saat ini termasuk menggunakan pendekatan ‘pisau, pen dan buku cek’ bagi memecah-belahkan UMNO melalui juak-juak dalaman sendiri mengikut perencanaan ‘scheme of thing’.

8. Namun, Alhamdulillah UMNO masih dipelihara Allah kerana terus mampu bertahan dan tetap utuh hingga saat ini. Kekuatan dan keutuhan sebenar UMNO terletak kepada keikhlasan AKAR UMBI!

9. Akar umbi yang merupakan rangkaian 3.5 juta ahli UMNO di 191 Bahagian dan lebih 22,000 cawangan seluruh Malaysia yang ikhlas dan terus setia berjuang mempertahankan wadah biarpun ada di kalangan pemimpin yang mudah gelabah dan lari meninggalkan parti.

10. Ya, jangan salahkan PARTI UMNO! Tetapi angkara segelintir pemimpin dan ahli yang lupa diri, lupa daratan dan lupa akar perjuangan akhirnya Tuhan takdirkan UMNO diuji hilang kuasa.

11. Setiap yang berlaku ada hikmahnya! Kini setiap warga pejuang UMNO tidak boleh lagi melakukan kesilapan yang sama…

Jangan angkuh, jangan sombong untuk terus muhasabah, berubah dan lakukan koreksi!

Jangan menari mengikut lagu dendangan musuh yang sentiasa khianat mendengki!

Jangan biarkan kita mudah dipermain dan dimanipulasi!

Utamakan kesatuan dan solidariti!

Jangan cepat percaya dengan cerita-cerita sensasi yang hanya mencetuskan prasangka dan persepsi!

Pertahankan tradisi dan institusi parti!

InsyaAllah jika terus pegang kuat kepada tali dan berpandu teguh pada suluhan wahyu Ilahi, berpaksikan mantra keramat BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT, UMNO mampu BANGKIT KEMBALI!

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

8 Mac 2021.




PRU 15, pertandingan tiga hingga empat penjuru - Abdullah Sani

 



POSTED BY AMIR WRLR


Pertelagahan berterusan antara Perikatan Nasional (PN) dan sekutunya Umno-BN diramal akan menyebabkan berlaku pertembungan tiga hingga empat penjuru dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.



Bagi Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, pertembungan itu semakin nyata apabila Mesyuarat Biro Politik Umno pada 19 Februari lalu membuat ketetapan bahawa parti itu tidak akan bersama PN dalam PRU akan datang.



Kata Abdullah, hal itu membuka spekulasi akan wujud pertandingan antara PN, BN dan Pakatan Harapan di semua kerusi, malah mungkin menjadi empat penjuru sekiranya melibatkan parti-parti kecil lain.



"Tiada sebab isu tiga penjuru berbangkit kerana ini sudah 'confirm' (pasti). Takkan Umno hendak bersama dengan pengkhianat (PN)?



"Kebarangkalian itu telah hampir menjadi kenyataan (tiga penjuru) dan ianya adalah lebih menjurus kepada langkah seterusnya, sama ada berlaku tiga atau empat penjuru. Empat penjuru boleh berlaku sebab politik ini dinamik," katanya ketika dihubungi oleh Suara Keadilan.



Mengulas sama ada Pas akan menyebelahi PN atau Umno BN dalam pertandingan empat penjuru itu, Abdullah berkata, Muafakat Nasional juga akan berantakan menjelang PRU kerana ketidakjujuran Pas di dalamnya.



"Pengkhianatan yang berlaku ini bukanlah satu episod baru. Episod demi episod pengkhianatan akan terus berlaku sesama mereka, termasuk oleh Pas sendiri.



"Sejak bila mereka (Pas) bersifat jujur? Pengkhianatan (Pas) sudah menjadi kebiasaan termasuk dengan PR (Pakatan Rakyat) suatu ketika dulu dan ianya sudah menjadi permainan tetap Pas," tegas Abdullah Sani lagi.



Baru-baru ini, penganalisis politik meramalkan hampir pasti pertembungan tiga penjuru akan berlaku dalam PRU 15. Namun mereka kurang yakin Pas akan kekal bersama PN melihat kepada sikap parti itu yang sering bermain 'dua kolam'.



Pas dakwa penganalisis politik akan menilai situasi pada saat-saat akhir. Mereka mungkin memberi keyakinan untuk pemimpin Bersatu membubarkan Parlimen pada ketika ini, namun sekiranya melihat peluang lebih cerah menjadi kerajaan bersama BN tidak mustahil Pas akan berpindah sokongan.

 

Wanita bangkit mendepani cabaran - Wan Azizah




Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyeru semua wanita di seluruh negara supaya 'Bangkit Mendepani Cabaran' yang dijadikan tema Hari Wanita Sedunia tahun ini.



Sebagai bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, beliau menganggap wanita masih menghadapi cabaran ketidakadilan gender, satu isu lama yang masih belum diselesaikan sehingga ke hari ini, malah terpaksa menghadapi cabaran norma baharu.



"Bagi kebanyakan ibu bekerja, bertugas dari rumah disebabkan oleh wabak Covid-19 bermakna mengimbangi kerjaya, mengambil tahu hal suami yang bekerja dari rumah dan menjaga kanak-kanak yang belajar juga dari rumah.



"Suri rumah mestilah menyesuaikan diri dengan perubahan ini dengan maju bersama teknologi bagi membantu dan memantau anak-anak mereka.



"Wanita mencabar norma biasa demi membawa perubahan untuk yang lebih baik. Wanita juga berupa petugas barisan hadapan," katanya.



Pada masa sama, Wan Azizah berpandangan norma baharu juga telah memaksa wanita menghadapi cabaran kehidupan keluarga dan kerja bila mana wabak ini telah memisahkan mereka daripada yang tersayang.



"Ada juga wanita yang telah terkorban dalam memerangi wabak ini.



"Dalam kita meraikan wanita dan menghargai kejayaan mereka, jangan pula kita lupa meningkatkan kesedaran mengenai ketidakadilan yang berlaku terutamanya terhadap wanita.



"Ini termasuklah penderaan domestik pada saat norma baharu boleh menyebabkan kekecewaan, putus asa dan juga serangan terhadap kesihatan mental," katanya.



Justeru, Wan Azizah menegaskan bahawa kerajaan mestilah komited ke arah menggubal undang-undang yang mempertahankan wanita.



"Undang-undang ini telah digubal dan dibincangkan tetapi masih belum dibawa ke Parlimen untuk diluluskan, apa lagi untuk diamalkan.



"Marilah kita berjuang untuk wanita, yang juga merupakan sama ada ibu, isteri, kakak atau adik perempuan, anak perempuan mahupun sahabat kita. Kita pilih untuk mencabar dan membawa perubahan untuk dunia yang lebih inklusif dan lebih baik," katanya.

 

YA BETUL TU HADI.KERANA RAKYAT SUDAH MATANG MENILAI DIMANA PAS HANYA KENCING RAKYAT BILA BERADA DALAM KERAJAAN.

 

MANA JANJI JANJI PAS UNTUK MEMBAWA HUDUD,RUU 355, HARGA BARANG BOLEH DISELESAIKAN, KES ADIB DALAM MASA 2 MINGGU , BARANGAN MELAYU , HARGA STABUL MINYAK, MALAH BANYAK LAGI PERKARA YANG DI MONOK OLEH PARA LEBAI PAS, TERNYATA IANYA HANYA PEMBOHONG PARA LEBAI. ...PALING MEMALUKAN HADI HANYA DIANGGAP SEBAGAI MAKAN GAJI BUTA..


Hadi yakin rakyat boleh nilai kerajaan mana yang lebih baik

Hadi yakin rakyat boleh nilai kerajaan mana yang lebih baik

Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi pemerintahan lebih baik.

Beliau percaya rakyat sendiri mengetahui rekod PN selama ini, dan juga Pakatan Harapan (PH) sepanjang hampir dua tahun gabungan tersebut memimpin Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

“Bandingkanlah pencapaian dan kejayaan yang dicapai PN selepas genap setahun memimpin sebuah kerajaan dalam suasana wabak (COVID-19) pada hari ini,” kata beliau dalam catatannya di Facebook rasminya, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu berkata di pihaknya sendiri beliau mengakui sukar bagi PN membersihkan ‘peninggalan’ PH yang menurutnya membuat pelbagai kecamuk sewaktu era pemerintahan mereka.

“Bak kata orang-orang tua, hendak membaiki itu lebih susah daripada hendak merosakkan,” katanya.

Malangnya, Abdul Hadi berkata masih terdapat pihak yang terpengaruh dengan sembang kosong PH yang kini sedang ‘melompat-lompat’ ingin mengambil alih semula kerajaan.

Beliau sekali lagi menegaskan perubahan kerajaan PH kepada kerajaan PN dilakukan secara bersih, demokratik dan mengikut proses Perlembagaan Persekutuan dengan langkah paling tepat, “tanpa menebuk atap dan masuk dari pintu belakang”.



Gerak kerja ukur kekuatan sebenar Pemuda PH

 


Oleh: Danish Hairudin



Pemuda Pakatan Harapan (PH) teragak-agak dalam membuat lantikan ketua pemudanya yang baharu setelah tumbang sejak setahun yang lalu.



Apakah kerangka gerak kerja Pemuda PH dalam mengembalikan semula mandat rakyat? Usah berbicara soal berentap dalam Pilihan Raya Umum (PRU) mahupun mengembalikan mandat rakyat yang agak lemah digerakkan dalam usaha mengembleng seluruh kekuatan pemuda di peringkat nasional.

Dalam setiap peperangan dan pertempuran, sudah pasti ada seorang komander yang dilantik bagi memastikan kemenangan dicapai melalui “command” dan susun atur gerak kerja yang tersusun.



Garap kekuatan hadapi lawan



Apakah signal yang cuba disampaikan oleh komponen Pemuda PH dengan melantik Saudara Shazni Munir sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan?



Atas kapasiti apa beliau diangkat untuk memimpin Pemuda PH di peringkat nasional? Beliau bukan seorang Ahli Parlimen mahupun ADUN. Beliau hanya dilantik selepas Ketua Pemuda Amanah, ADUN Titi Serong YB Hasnul Zulkarnain keluar parti. Bukan untuk menidakkan keupayaan beliau tetapi sekadar menanyakan keupayaannya menggarap kekuatan pemuda mendepani parti lawan.



Sejurus kejatuhan Kerajaan PH, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, YB Akmal Nasir seharusnya mengatur langkah untuk menunjukkan keupayan memimpin pemuda PH di peringkat nasional atas kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen. Ketua Pemuda PH merupakan satu posisi yang sangat penting dalam memastikan Pemuda bergerak seiringan dengan Pengerusi PH dalam memastikan agenda reformasi terus menjadi tunjang utama PH.



Keputusan YB Akmal Nasir yang tidak memposisikan diri untuk mengepalai Pemuda PH di peringkat nasional agak mengecewakan akar umbi AMK selepas sokongan dan dokongan ahli AMK di setiap negeri mengangkat Akmal sebagai Ketua AMK Malaysia. Atas kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen sudah pasti banyak peranan boleh dimainkan dalam memastikan pemuda sentiasa kehadapan menjuarai isu rakyat.



Perkukuhkan AMK



Bagaimanapun, penulis menyambut baik keputusan YB Akmal untuk memberi fokus kepada pengukuhan AMK kerana selepas setahun kejatuhan PH, sayap pemuda masih lagi kelihatan lembab dan gagal menggarap segenap kekuatannya di seluruh negara. Penulis yakin dan percaya kekuatan AMK di setiap negeri jauh lebih hebat berbanding dengan parti kawan mahupun lawan jika kesepakatan dalam kalangan sayap disulami semangat dan iltizam untuk menumbangkan pengkhianat dan membawa agenda reformasi tulen.



Mengepalai anak muda perlu mempunyai roh dan jiwa sebagai seorang pejuang. Seorang pejuang perlu berada di barisan paling hadapan dalam mendepani musuh. Kelantangan menegakkan hak dan menentang serta melenyapkan yang batil. Mempertahankan agenda reformasi yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Pengerusi PH dan Presiden KEADILAN adalah menjadi tunjang utama sebagai seorang pemimpin muda.

_________________________________________________________________________________



Penulis merupakan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri Selangor N.48 Sentosa dan juga anggota KEADILAN Cabang Kota Raja

 

BERJUMPA PUN TIDAK.HANYA MELALUI PERBUALAN SECARA MAYA.ADA DUTA PUN TAK BOLEH PAKAI..

 


Muhyiddin gagal jumpa bersemuka dengan Raja Arab Saudi kerana tak bawa Hadi?

Muhyiddin gagal jumpa bersemuka dengan Raja Arab Saudi kerana tak bawa Hadi?

Tan Muhyiddin Yaasin yang kini berada di Arab Saudi bagi lawatan rasmi empat hari bermula 6 Mac lalu bagi memenuhi undangan Raja Arab Saudi dan penjaga dua masjid suci Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Muhyiddin juga memaklumkan akan menghadap Raja Salman selepas beliau dan isteri menunaikan umrah.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub mempersoalkan usaha Muhyiddin ke Arab Saudi untuk menghadap Raja Salman sedangkan perjumpaan mereka berdua akan dilakukan secara maya.

Katanya, jika pertemuan dilakukan secara maya adalah lebih baik dilakukan sahaja dari Pekan Pagoh.

“Mr PM kata tujuan dia gi Mekah atas undangan Raja Salman. Dia rasa perlu penuhi pergi walaupun musim Covid-19. Satu penghormatan.

“Berita terkini kata pula nak jumpa King Salman secara maya.

“Kalau nak jumpa secara maya baiklah buat zoom dari Pekan Pagoh. Taklah habis duit rakyat,” ciap Salahuddin di Twitter.

Terdahulu, Muhyiddin memberitahu ke Mekah untuk lawatan rasmi sulung beliau ke Asia Barat, bagi memenuhi jemputan Yang Teramat Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Raja Arab Saudi yang juga Penjaga dua masjid suci umat Islam.

Beliau akan menunaikan umrah di tanah suci Mekah dan melakukan ziarah di Madinah terlebih dahulu, sebelum memulakan program rasmi di Istana Al-Yamamah di Riyadh, pada 9 Mac ini.

Selain menghadap Yang Teramat Mulia Raja Salman, beliau dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Yang Mulia Putera Mahkota Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud, yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kerajaan Arab Saudi.



Tebuk atap! Bukan langkah kanan Hadi

 


Tebuk atap! Bukan langkah kanan Hadi


TEBUK ATAP ! BUKAN LANGKAH KANAN HAJI HADI..

Membaca laporan malaysiakini tulisan Haji Hadi,Jelas dalam hatinya penuh kesumat dan dendam, Sudah pasti kesumatnya terarah kepada Ds Anwar Ibrahim.. Kalau nak lawan Anwar Ibrahim pun, Gunakan Hujjah bukan Fitnah.. Tetapi itulah Ulama tebuk atap..

Bagaimana seorang dikata Ulama’ Boleh mengatakan Pakatan Harapan menjanjikan turun harga minyak dalam tempoh 24 Jam, Kalau ungkapan ini keluar dari mulut walaun PAS..kita faham..Tetapi orang yang dikatakan Alim dalam Politik para pentaksubnya..

Kalau kata kata ini keluar ketika berceramah, Mungkin kita anggap dia tersasul.. Tetapi dalam tulisannya, bagi aku yang ada dalam hatinya adalah dendam yang menghalalkan fitnah.. Ini bukan kali pertama aku dengar Haji Hadi mengulang ulang fitnah ini..aku dengar sejak kempen menentang Ds Anwar di Port dickson..

Sejak bila Manifesto PH turunkan harga minyak dalam tempoh 24 Jam ? tidak ada..Yang ada dasar penstabilan harga minyak… Begitu juga dalam isu Tol..Itu janji 5 tahun..Bukan 24 jam..

Kalau rujukan Haji Hadi ucapan Ds Anwar ketika berceramah.. Itu ketika kempen PRU 13, Ketika itu PAS dan PR masih bersama merangka Manifesto.. Dan apa yg diucapkan Anwar biarpun aku tak setuju dan bersifat Populis,Tetapi itu bukan Manifesto.. Malah ketika PRU 14.. Ds Anwar dalam penjara..

Tapi itulah Haji Hadi.. Main sedap guna ayat berkaitan InsyaAllah yang tak terkait dengan Manifesto..Mana ada Manifesto sebut InsyaAllah.. Itu komitmen..Mana ada aku janji, surat jaminan Hutang, atau apa apa transaksi disebut InsyaAllah.. Macam Manifesto PAS nak laksana Hudud, Macam nak hapuskan hutang PTPTN.. atau turunkan harga Kereta…Ada sebut InsyaAllah ? Itu betul2 Manifesto PAS pada PRU 14..

Sepatutnya bila Allah uji dengan sakit.. Adalah rasa dihati ingin bertaubat..Rupanya jadi lebih teruk kesumat dia.. Tapi dia sendiri lupa, Dia sendiri kata bukan Kerajaan pintu belakang, tetapi tebuk atap….tetapi dia lupa dia sendiri kata ini kerajaan tebuk Atap.. Bukan dari orang lain tapi dari mulut dia sendiri..

Apapun..aku Doakan, Biar Haji Hadi terus sihat menantikan hari hari mendatang.. Biarkan jiwa sakitnya itu makin tersiksa dengan kegagalan.. Nak cerita kan kejayaan tak mampu..kejayaan diri sendiri memegang Portfolio Duta timur tengah pun takda apa.. patutnya Haji hadi lah mengiringi Muhyidin ke Mekah, saudi dan UAE..rupanya dia Duta Timur tengah tertinggal di Marang..

Tapi biarlah kebencian dan kesumatnya itu terus menyala.. Semoga Allah berikan pengajaran berguna suatu hari nanti.. Dah jadi Kerajaan, Dan berjaya Khianat PH pun jiwanya masih tak tenteram, Kalau orang tua tua kata..Itu tanda makan duit haram..

Apapun sifat Kebencian,Dendam ni Allah dan Nabi dah sebut..Ini perosak Agama sebagaimana penyakit yang sama dihidapi Mufti dari utara.. Inilah Sifat yang menyesatkan Iblis..Iaitu Kebencian..Dan Sifat ini lah yang akan merosakkan Agama Mereka..dalam hadis Nabi disebut dikenal dengan Istilah Haliqah (Ø­َالِÙ‚َØ©ُ), iaitu Pemangkas Agama… sabda Nabi ï·º..

، Ùˆَالْبَغْضَاءُ Ù‡ِÙŠَ الْØ­َالِÙ‚َØ©ُ ، Ø­َالِÙ‚َØ©ُ الدِّÙŠْÙ†ِ لاَ Ø­َالِÙ‚َØ©ُ الشَّعْرِ…

“Sifat Kebencian itu adalah pemotong; pemotong(Pemangkas) agama dan bukan pemotong rambut…”

Ipohmali



Pas buat muktamar lepas PRU15 sebab takut berdepan ahli?

 

Pas buat muktamar lepas PRU15 sebab takut berdepan ahli?


PAS membuat keputusan untuk mengadakan muktamar tahunan ke-67 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agungnya, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan berkata, muktamar dan pemilihan untuk tahun ini akan diadakan selepas PRU15.

“PAS memutuskan muktamar akan diadakan selepas PRU15, tak kiralah bila. Setakat ini begitu dahulu, lagipun kita tak tahu bila PRU akan diadakan,” ujarnya..

Menurutnya, jangkaan awal PRU akan diadakan selepas darurat ditamatkan.

“Jadi mengambil kira jangkaan itu setakat ini PAS mengambil keptusan untuk mengadakan pemilihan dan muktamar itu selepas PRU15.

“Mungkin ketetapan itu akan berubah, setakat ini begitu dahulu,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu ketika ditemui selepas majlis meraikan bekas pemain bola sepak Kelantan yang pernah mengharumkan negeri dan kebangsaan di sebuah hotel di sini, petang semalam.

Kali terakhir pemilihan PAS berlangsung pada Jun 2019 ketika Muktamar Tahunan ke-65 di Kompleks Sukan Pahang, Kuantan.

Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man berjaya mengekalkan jawatan masing-masing tanpa bertanding.




Muafakat Nasional guna slogan ‘ummah’ sekadar sedapkan telinga, kata ISMA

 


Muafakat Nasional guna slogan ‘ummah’ sekadar sedapkan telinga, kata ISMA


14 September 2019 menjadi saksi kepada air mata bagi ribuan orang Melayu, yang mengharapkan kewujudan Muafakat Nasional (MN) dapat mengukuhkan semula kesatuan politik bangsa itu.

Gagasan berkenaan adalah manifestasi kerjasama di antara dua parti terbesar negara iaitu UMNO dan PAS, yang kononnya diharapkan dapat membawa perubahan kepada kesatuan politik Melayu di Malaysia.

Namun, setelah lebih setahun diwujudkan, peranan dan fungsi MN seolah-olah tenggelam dek arus politik yang turut sama bergolak sejak Februari tahun lalu.

Bagi Amir Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, penubuhan MN hanya berada di bawah jangkaan, memandangkan ia tidak memenuhi hasrat seperti mana diharapkan.

“Sejak awal lagi, saya berpandangan Muafakat Nasional ini tidak lebih daripada pakatan politik atau ta’awun semata-mata.

“Sifatnya dilihat tidak akan lebih daripada itu, iaitu untuk menunjukkan bahawa kerjasama (UMNO-PAS) itu,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Menurut pemimpin gerakan Islam utama itu, langkah maksimum yang mampu dilakukan oleh gagasan berkenaan, adalah dengan mereka merampas semula lebih 30 kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) di kawasan majoriti Melayu.

“Itu sahaja maksimumnya. Dan saya tidak nampak mereka boleh pergi jauh daripada itu termasuk ke arah penyatuan Melayu.

“Malah, penyatuan ummah, penyatuan Melayu itu hanyalah slogan yang digunakan untuk menyedapkan telinga,” katanya. – IW




KENAPA SPRM TIMBULKAN TAWARAN RM10 JUTA KEPADA MP SEKIJANG, SEDANGKAN IA HANYA CORETAN LAMAN FACEBOOK SAJA?

 


Sebagai respon kepada laporan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail berhubung cubaan merasuah beliau untuk menyokong kepimpinan Muhyiddin Yassin, SPRM petang ini mengeluarkan kenyataan media dengan tajuk “SPRM SIASAT KEBENARAN ADUAN RASUAH RM10 JUTA KEPADA YB NATRAH”.

Dalam kenyataan tersebut, SPRM memaklumkan Natrah sebagai mengesahkan tiada tawaran rasuah berjumlah RM10 juta oleh dua individu kepadanya untuk melompat parti.

SPRM dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima kehadiran Natrah di SPRM Cawangan Segamat, Johor bagi berbincang berhubung perkara itu.

“Dalam pertemuan itu, Natrah mengesahkan bahawa tiada tawaran rasuah berjumlah RM10 juta seperti didakwa menerusi kenyataan di akaun Facebook dikenali sebagai Ops Johor.

“Bagaimanapun, SPRM akan terus menjalankan siasatan terhadap isu ini dengan beberapa saksi kes termasuk mengambil keterangan Natrah dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu lagi.

Berikut pula adalah kenyataan media Natrah berhubung laporannya kepada SPRM:-

Kenyataan Media Ahli Parlimen Sekijang

Pada 7hb Mac 2021

Hari ini saya telah membuat satu laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan satu kejadian percubaan mendapatkan sokongan saya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan janji manfaat yang boleh saya perolehi dengan pemberian sokongan tersebut.

Kejadian itu telah berlaku pada 3hb Mac yang lalu, dan melibatkan dua individu termasuk seorang yang bergelar ‘Datuk Seri’.

Saya membuat laporan ini berdasarkan Seksyen 25 Akta SPRM 2009, berkenaan kewajipan melaporkan tawaran suapan.

Saya berharap pihak SPRM akan dapat menyiasat perkara ini pada kadar segera.

Sekali lagi saya nyatakan bahawa saya tidak berminat untuk memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan saya tidak mahu mengkhianati Parti Keadilan Rakyat, pimpinan, dan yang terpenting pengundi-pengundi Parlimen Sekijang.

Kepada mereka yang masih berusaha untuk mengubah sokongan Ahli-Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat atau pembangkang amnya, berhenti lah. Kerajaan minoriti yang kamu cuba selamatkan itu sudah seperti telur di hujung tanduk.

Kepada kerajaan minoriti hari ini, saya cuma ada satu kata: “Lawan!”

YB Hjh Natrah Ismail

Ahli Parlimen Sekijang

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh Natrah, jelas intipatinya ialah tentang suatu kejadian cubaan mendapatkan sokongan beliau terhadap Muhyiddin dengan janji manfaat yang boleh diperolehi daripada sokongan tersebut.

Beliau menyebut kejadian yang berlaku pada 3 Mac lalu itu melibatkan dua individu, termasuk seorang yang bergelar Datuk Seri.

Tidak disebut sama sekali tentang tawaran imbuhan bernilai RM10 juta kepadanya.

Begitu juga dalam pendedahannya sebelum ini, Natrah juga tidak pernah menyebut angka RM10 juta.

Tawaran kononnya berjumlah RM10 juta hanya disebut oleh sebuah laman Facebook yang dikenali sebagai Ops Johor, bahkan ini diakui sendiri oleh SPRM dalam kenyataan medianya.

Jika demikian, kenapa SPRM menimbulkan perkara tersebut dan menjadikannya tajuk kenyataan media sedangkan ia ditimbulkan oleh laman Facebook yang tiada kaitan sama sekali dengan Natrah?

Apakah tujuan SPRM mensensasikan pengakuan Natrah yang beliau tidak pernah ditawarkan rasuah RM10 juta itu?

Apakah SPRM cuba menggambarkan tiada rasuah dilakukan, walhal siasatan belum pun dijalankan lagi?

Siasatlah apa yang Natrah lapor, tak perlu kenyataan media jika tiada keperluan berbuat demikian.

Tak payahlah cari glamour dengan sikit-sikit nak keluarkan kenyataan media yang tidak berkaitan dengan topik siasatan yang sepatutnya, tapi akhirnya lebih menampakkan maksud tersirat apa yang cuba dilakukan.

Harapan rakyat ialah mahu SPRM menjadi sebuah badan yang betul-betul bebas, tidak kira kepada kerajaan atau pembangkang, bukan menampakkan kecondongan yang boleh menjejaskan intergriti.


 (Shahbudindotcom 07/03/2021)