PENYOKONG UMNO, PAS BERBEZA PENDAPAT TENTANG MUHYIDDIN

 

Minggu ini politik Malaysia digawatkan berkaitan hubungan politik antara UMNO dan Perikatan Nasional (PN).

Pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) sejak 1 Mac 2020 terbentuk dengan gabungan politik, antara parti utama ialah Parti BERSATU, UMNO, PAS, MIC, MCA, GPS dan GRS serta beberapa parti-parti lain.

Namun begitu, perkembangan mutakhir memperlihatkan UMNO dengan jelas membuat pendirian untuk tidak bersama dengan PN pada PRU15 yang akan datang. Pastinya ia disebabkan oleh kesukaran untuk memuktamadkan resolusi rundingan kerusi antara parti-parti politik.

Akar umbi UMNO pada dasarnya sukar untuk menerima kerjasama dengan BERSATU atas dasar sebahagian besar ahli-ahli BERSATU adalah dulunya ahli-ahli UMNO yang dianggap khianat kepada perjuangan UMNO.

Keputusan UMNO untuk tidak bersama dalam koalisi PN dalam PRU15 juga, mengundang teka-teki terhadap kedudukan kerjasama antara PAS dan UMNO dalam MUAFAKAT NASIONAL.

Adakah keputusan UMNO ini menjejaskan Muafakat Nasional?

Apa pilihan kepada PAS jika terpaksa memilih antara dua rakan kerjasama dalam menghadapi PRU15?

Survei IDE, MOOD RAKYAT # MOOD OF THE NATION, yang dijalankan pada 19 – 28 Februari 2021 telah mendapati bahawa sikap penyokong UMNO dan PAS adalah berbeza antara satu sama lain.

Keputusan survei ini adalah selari dengan keputusan politik yang telah dibuat oleh UMNO.

72% penyokong UMNO memilih untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU 15 dengan segera.

Sementara itu 69% penyokong juga berpendirian bahawa kepimpinan TSMY gagal dalam mengawal penularan COVID 19 secara berkesan.

Bahkan bagi penyokong UMNO, purata penilaian (average rating) terhadap prestasi Menteri Kabinet TSMY adalah pada tahap 3.0 bagi skala antara 1 (paling rendah) hingga 10 (paling tinggi).

Jelas berdasarkan data responden penyokong UMNO, mereka mempunyai persepsi yang rendah dan negatif terhadap Kerajaan Perikatan Nasional khususnya suara akar umbi.

Justeru senario ini mengesahkan penolakan UMNO terhadap Perikatan Nasional dan pelbagai konflik yang timbul antara keduanya.

Sikap penyokong PAS dilihat berbeza; lebih bersikap positif dan pragmatik terhadap kepimpinan TSMY dan Kerajaan Perikatan Nasional.

74% responden penyokong PAS mengambil sikap menyokong untuk TSMY kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia sehingga tempoh Parlimen tamat.

Penyokong PAS juga memberikan skala pencapaian 8.0 bagi skala antara 1 (paling rendah) hingga 10 (paling tinggi), terhadap Menteri Kabinet kepimpinan TSMY.

Malah penyokong PAS menyatakan kepimpinan kerajaan TSMY berjaya mengawal penularan COVID 19 dengan berkesan.

Berdasarkan kepada data-data ini jelas memperlihatkan perbezaan sikap antara penyokong UMNO dan PAS yang dilatari oleh pelbagai latar belakang terkait dengan strategi politik, reaksi akar umbi, survival kerusi Parlimen dan DUN, masa depan parti politik dan dinamiknya sokongan pengundi atas pagar.

Senario ini juga menjadi tanda tanya terhadap kedudukan PAS samada untuk memilih antara dua gabungan iaitu bersama BERSATU dalam Perikatan Nasional, atau bersama UMNO dalam Muafakat Nasional pada PRU 15 akan datang.

Survei Mood Rakyat Malaysia Setahun Pemerintahan Perikatan Nasional dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) secara dalam talian pada 19 hingga 28 Februari 2021 yang melibatkan 8,352 orang responden seluruh negara, Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah persampelan berperingkat (multi-stage sampling). Profil responden adalah merangkumi jantina, umur, kaum, sokongan kepada parti dan trend keputusan PRU14.

Survei ini juga turut mendapatkan pendirian responden terhadap isu berkaitan prestasi Kerajaan dan Perdana Menteri, usaha Kerajaan menangani COVID 19 dan masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Pakatan Harapan.

Siaran Media ini adalah Siaran Media SIRI KE-3 MOOD RAKYAT #MOOD OF THE NATION. Sila layari

web: www.ideselangor.com / Facebook, Youtube & Twitter IDE bagi mendapat maklumat Siaran Media terdahulu.

Dikeluarkan oleh: UNIT PENYELIDIKAN IDE.



CUBA HANTAR BORANG BERSATU PADA DIA

Sampai begini serangan Annuar Musa kepada Presiden UMNO, rasanya elok dah dihantar borang Bersatu ke rumahnya...


May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎malaysiakini BERITA UTAMA Azneal malayslakini. Annuar hentam Zahid, dakwa Umno kini di bawah pengaruh ۔wa Annuar Musa berkata kenyataan Zahid mengenai sidang parlimen dibuat kira-kira 24 jam selepas Dewan Tertinggi BN memutuskan sekali lagi untuk tidak menyokong PKR dan DAP‎"‎‎

WOIIIII....BUKAN KAMI WOIII...SAYA.....KAMI MAI KOT MANA PULAK?

 May be an image of 1 person and text that says "Munor malayslakini. 1 Kami menyeru kesemua fraksi opposisi daripada Amanah, PKR dan DAP (yang membentuk Pakatan Harapan) bersama Warisan, Upko, PSB, Muda dan Pejuang untuk kembali ke meja rundingan"

PBB belum lihat bukti puteri Dubai masih hidup

 

Sheikha Latifa tidak dilihat di khalayak ramai sejak satu cubaan gagal untuk melarikan diri dari UAE pada Mac 2018. (Gambar AP)

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata, ia belum melihat bukti daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang Sheikha Latifa dari Dubai masih hidup, dua minggu selepas ia meminta bukti itu.

Pejabat Hak Asasi PBB meminta bukti anak perempuan kepada pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum, selepas BBC menyiarkan satu rakaman video menunjukkan Latifa berkata, beliau ditahan dan bimbang dengan nyawanya.

Sheikh Mohammed ialah naib presiden dan perdana menteri UAE, di mana Dubai ialah sebuah daripada tujuh emiriahnya.

Anak perempuannya yang berusia 35 tahun itu tidak dilihat di khalayak ramai sejak satu cubaan gagal untuk melarikan dari emiriah pada Mac 2018.

Pejabat Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia sudah berbincang dengan diplomat UAE di Geneva.

“Kami sudah mengadakan perbincangan dengan wakil kerajaan UAE di sini, Geneva, tetapi saya tidak mempunyai perkembangan khusus untuk dilaporkan,” kata jurucakap OHCHR, Rupert Colville.

Ditanya jika bukti beliau masih hidup sudah diterima, beliau menjawab: “Belum, tidak.”

BBC berkata, klip video yang disiarkan itu dirakam kira-kira setahun selepas Latifa ditahan dan kembali ke Dubai, menunjukkan beliau membongkok di satu sudut yang didakwanya bilik air.

BBC melaporkan video tanpa tarikh itu disiarkan ketika rakan Latifa menyuarakan kebimbangan mereka tidak lagi menerima mesej sulit daripada puteri itu.

Dalam kenyataan bulan lalu, keluarga diraja Dubai bertegas Latifa “dirawat di rumah”.

“Keluarganya mengesahkan puteri itu dirawat di rumah, dengan disokong keluarganya dan profesional perubatan.

“Keadaan Sheikha Latifa bertambah baik dan kami berharap beliau akan kembali ke khalayak ramai pada masa sesuai.”


Zahid terima cek RM6 juta, serah pada Lewis & Co, kata pegawai penyiasat

 


Perbicaraan terhadap Zahid Hamidi masuk hari ke-46 hari ini.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Ahmad Zahid Hamidi menerima dua keping cek berjumlah RM6 juta daripada Timbalan Pengarah Urusan Datasonic Group Berhad (DGB) Chew Ben Ben dan menyerahkannya kepada Tetuan Lewis & Co.

Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Hizar Farhan Abdul Razi, 32, berkata dua cek berkenaan diserahkan Chew kepada Ahmad Zahid di kediaman rasmi bekas Timbalan Perdana Menteri itu di Seri Satria, Putrajaya pada 2017.

Sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa Lewis & Co adalah pemegang amanah bagi Yayasan Akalbudi milik Ahmad Zahid.

Berdasarkan pertuduhan ke-14 dan 15, Ahmad Zahid didakwa menerima dua suapan berjumlah RM6 juta daripada Chew sebagai upah melantik syarikat Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB) melaksanakan projek cip pasport selama lima tahun atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman Biodata Polycarbonate Pasport Malaysia untuk Jabatan Imigresen secara rundingan terus di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Mohd Hizar Farhan berkata cek berkenaan diperoleh daripada Chew selepas berlaku masalah kekurangan bekalan pasport pada 2016 yang mana DTSB dianugerahkan dengan kontrak pembekalan cip pasport berkenaan pada 2015.

“Chew telah dipanggil untuk berjumpa dengan tertuduh (Ahmad Zahid) pada 16 Sept 2016 untuk memberikan penerangan kepada Ahmad Zahid tentang masalah kekurangan bekalan pasport ini.

“Beberapa bulan kemudian iaitu pada pertengahan April 2017, Chew sekali lagi telah dipanggil untuk berjumpa tertuduh di kediaman rasminya di Seri Satria, Putrajaya dan pada perjumpaan (hujung April 2017), Chew telah menyerahkan dua keping cek berjumlah RM6 juta kepada tertuduh,” katanya ketika membacakan pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun.

Beliau berkata demikian pada hari ke-46 perbicaraan kes bekas timbalan perdana menteri itu yang menghadapi pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit daripada dana Yayasan Akalbudi.

Saksi pendakwaan ke-91 itu juga berkata tertuduh sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu telah mengarahkan Ketua Setiausaha (KSU) KDN untuk mengambil tindakan ke atas surat-surat daripada DGB kepada KDN berhubung permohonan untuk pembekalan cip tersebut melalui minit-minit tertuduh di atas surat-surat berkenaan.

“Lanjutan daripada arahan tertuduh, KSU KDN telah mengambil tindakan susulan dengan mengarahkan Setiausaha Bahagian Perolehan KDN pada masa itu, Abd Aziz Md Nor untuk memberikan ulasan dan pandangan pihak KDN kepada Kementerian Kewangan (MOF),” katanya.

“Selepas Abd Aziz menerima surat daripada Pejabat Menteri Dalam Negeri bertarikh 8 Sept 2014, barulah keutamaan diberikan terhadap permohonan pembekalan cip pasport selama lima tahun atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman Biodata Polycarbonate Pasport Malaysia.

“Selepas menerima surat daripada Pejabat Timbalan Perdana Menteri bertarikh 20 Okt 2015, Abd Aziz telah mengarahkan Penolong Ketua Setiausaha Perolehan KDN untuk menyegerakan keputusan rundingan harga ke Lembaga Perolehan agar proses pengeluaran ‘Letter of Acceptance’ atau Surat Setuju Terima dapat disegerakan seperti diarahkan oleh tertuduh,” katanya dan menambah tertuduh juga Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu.

Ketika ditanya Gan semasa pemeriksaan semula, saksi itu bersetuju bahawa kontrak untuk membekalkan cip pasport yang diberikan kepada DTSB tersebut mengikut prosedur operasi standard yang betul.

Gan: Sekiranya tertuduh tidak bersetuju bahawa kontrak diberi kepada DTSB, adakah MOF akan menganugerahkan kontrak tersebut?

Mohd Hizar Farhan: Tidak.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.



[[LIVE]] 4.3.2021 UMNO Sah Berpisah dari PN dan BERSATU.

[🔥SIRI 32🔥] "POLEMIK BUKU TEKS SEJARAH: ALAT PENCERAHAN ATAU PROPAGANDA?"

RENTASAN 840 | KANTOI SEMBAH DERHAKA, KERAJAAN MUHYIDDIN AKHIRNYA DIPERA...




MENARIK DALAM RENTASAN 840

1. AHLI PARLIMEN WARGA EMAS TAK TAKUT MATI 2. KENAPA TAKUT PERTAHAN DAKWAAN? SOAL MASZLEE 3. HARTA APA YANG PERIKATAN NASIONAL SELAMATKAN? 4. POLITIK SERBA MUNGKIN ATAU SERBA SAKIT?




THROWBACK# PENJELASAN RAFIZI ISU KES LIWAT ANWAR & SAIFUL / JAHAT & CELA...

Industri Filem Negara Gagal?



Datuk Hans Isaac menganggap industri perfileman negara mempunyai potensi yang tinggi, namun tidak mampu pergi jauh selagi tiada filem yang dapat menembusi pasaran luar negara.


KENYATAAN MEDIA

 No photo description available.


KENYATAAN MEDIA

MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN

5 Mac 2021

Jangan Jadikan Agensi Kerajaan Senjata Politik

Majlis Presiden Pakatan Harapan dimaklumkan tentang siri tindakan agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap Ahli-Ahli Parlimen pembangkang, pegawai-pegawai malah juga ahli-ahli keluarga mereka.

Pada waktu ini, kami difahamkan tindakan-tindakan masih terus dilakukan bersekali dengan tekanan untuk Ahli-Ahli Parlimen pembangkang menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dari segi prinsip, kami menyokong sebarang tindakan yang berlandaskan hukum dan undang-undang. Tetapi sebarang penyalah gunaan institusi atau agensi dengan niat untuk mengganggu, menekan atau menakut-nakutkan musuh politik langsung tidak boleh diterima. Kami percaya ini telah dilakukan terhadap ramai termasuk YB Lim Guan Eng dan isteri, YB Larry Sng, YB Steven Choong, dan kini secara tidak langsung terhadap YB Dato’ Dr Xavier Jayakumar.

Pakatan Harapan mengecam sekeras-kerasnya penggunaan SPRM, LHDN, PDRM dan agensi-agensi lain sebagai ‘senjata politik’, terutama bagi tujuan menambah sokongan kerajaan minoriti Perikatan Nasional ini.

Pertandingan politik di Malaysia wajib berlaku dalam suasana yang sihat, dengan amalan demokrasi yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan Harapan juga kesal dengan tindakan pihak berkuasa ke atas perniagaan dengan pelbagai tuntutan kewangan yang tidak munasabah serta juga pembekuan akaun bank untuk menambahkan pendapatan kerajaan yang kian berkurangan.

Tindakan "memeras" perniagaan dalam keadaan kemelesetan ekonomi harus ditangguh kerana ia akan menyukarkan survival perniagaan dan menjejaskan pekerjaan.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Hj Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Lim Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

 


DUNIA DUA ALAM TIDAK MUSTAHIL BERPAUT PADA DAHAN YANG KUAT.ITULAH RESMI LALANG DAN KUAT SEMBANG

 


Parlimen bubar: Tak mustahil PAS lari pada UMNO

Parlimen bubar: Tak mustahil PAS lari pada UMNO

PARLIMEN BUBAR : TIDAK MUSTAHIL PAS BERSAMA UMNO..

Aku jangka, Bila Parlimen di bubarkan.. PAS akan bersama UMNO.. Walaupun UMNO ni jahat, Dari sudut kebijaksanaan berpolitik aku puji mereka..ini yang takda pada kepimpinan PH kebelakangan ini..

Depa boleh saja tarik sokongan kepada PN mcm Bersatu buat pada PH, tarik sokongan Maka runtuhlah Kerajaan Muhyidin..Tetapi depa ada pertimbangan.. antara dua Mudharat..Depa tahu mana keutamaan.. Mana kesan yang lebih besar..

Sebab apa ? Sebab kalau Kerajaan Muhyidin runtuh, Apakah Manfaat kepada UMNO ? Boleh jadi jika Parlimen tidak boleh dibubarkan..Kuasa akan kembali kepada Tun Mahathir.. Atau jika sokong Anwar, Nasib dan masa depan UMNO jauh lebih teruk bila bersama DAP..

Tengok di Perak, Depa tahu, Peja kalau jatuh depa UMNO dapat manfaat..jadi diam diam depa buat kerja jatuhkan Peja bila tiba waktu yang tepat.. depa tak umum yang Peja akan jatuh sekian sekian..

Begitu juga PAS.. UMNO tahu manfaatkan depa bila tiba masanya.. nanti bila Parlimen bubar..tak mustahil PAS bersama UMNO..Hakikatnya Bersatu hanya nampak kuat dari kekuatan jentera PAS dan UMNO.. Yang menyebabkan sebahagian besar MP UMNO dan PAS pertahan Muhyidin hanya disebabkan kedudukan dan Kuasa yang dimiliki Muhyidin.. Itu jer..

Jadi apa yang dimahukan UMNO ? Sebenarnya mereka mahu segera Parlimen dibubarkan..Itu harapan depa terutama dan Najib.. dengan kuasa kembali kepada mereka dapat menyelamatkan mereka dari pintu Penjara.. Sokongan kepada Anwar atau PH hanya alat untuk bubarkan parlimen..Tu Lokman Adam sendiri mengaku..

Itu sebab Najib sejak awal cuba mengolah persetujuan Rakyat..Isu KWSP, Isu Moratorium sebagai persediaan modal Plihanraya untuk dtawarkan kepada Rakyat..Aku dah sebut sebelum ini.. Bila PM Tebuk atap benarkan pengeluaran KWSP tanpa syarat.. Tindakan PM tebuk atap itu sebenarnya mematikan Langkah Najib..

Biarpun orang seperti Najib tahu sebenarnya dengan pengeluaran KWSP akan memberi kesan dan melumpuhkan Ekonomi pada masa depan.. Tetapi masing masing ada kepentingan untuk dijaga.. Tapi apa depa peduli, Matlamat sendiri diutamakan..Muhyidin sebab nak pertahan kuasa..Najib dan Zahid nak selamat dari dipenjara..

Tapi ada kelebihan buat PH, Jika pertarungan ini berpanjangan.. Bila Ekonomi makin teruk.. Rakyat tertekan..Ia sebagai kelebihan buat PH.. Itu sebab aku pernah tulis sebelum ini, anya faktor kemelesetan Ekonomi yang boleh memenangkan PH..Itupun kalau PH bersatu..

Jadi biarpun Najib dan Muhyidin ni sama jahat.. sama licik dalam Politik.. depa tahu keutamaan.. Pelik bagi PH, Kalau aku tak dapat..Biar semua tak dapat.. standard budak kampung bergaduh dulu.. mcm PAS sebelum PRU 14.. depa akan lawan kat mana DAP dan PKR bertanding..Bukan sebab boleh menang.. Sebab nak kalahkan depa..UMNO menang takpa..janji hati puas.. Rupanya ada dalam PH ikut jejak PAS dulu..Tak berapa cerdik.. 🙂

Ipohmali


Gempar! Muhyiddin setuju lantik Ismail Sabri TPM?

 


Gempar! Muhyiddin setuju lantik Ismail Sabri TPM?


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM telah mengusulkan kepada Muhyiddin Yassin untuk mengadakan pilihan raya umum sekitar Ogos dan melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalan perdana menteri, jika Umno nekad keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional.

Sumber yang rapat dengan kepimpinan tertinggi PPBM menjangka sidang Parlimen diadakan Ogos dan “pada masa itu, akan jelas sama ada Umno bersama kita atau akan menarik sokongan terus daripada Muhyiddin.”

Bagaimanapun, menurut sumber itu, PRU-15 berkemungkinan diadakan terus tanpa sidang Parlimen, jika kemelut PPBM dan Umno terus meruncing.

“Semua ini belum boleh disahkan kerana kami masih berharap semua tiga parti Melayu (PAS, PPBM dan Umno) boleh bekerjasama,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata usul melantik Ismail sebagai TPM bertujuan untuk menarik sokongan ahli Umno kepada PN.

Selain Ismail, beberapa pemimpin Umno lain, seperti Shahidan Kassim dan Annuar Musa dilihat mesra PN dan PPBM.

Sumber itu berkata PN yang ditunjangi oleh PPBM dan PAS dijangka mengundang Umno untuk rundingan pengagihan kerusi ke arah menghadapi PRU-15.

“Kita menantikan mereka untuk (memulakan rundingan). Ketika ini rundingan mengenai kerusi hanya boleh di adakan antara PPBM, PAS, dan Gerakan,” kata sumber itu.

Hubungan PPBM dan Umno semakin keruh selepas Majlis Kerja Tertinggi Umno secara rasmi memaklumkan PPBM tiada kerjasama pada PRU-15, serta kebersamaan dalam kerajaan PN hanya sehingga Parlimen dibubarkan.

Dalam kenyataan balas, Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin, berkata partinya akan memberi tumpuan kepada memperkukuhkan kerjasama dengan rakan komponen PN. 



Cuti 55 hari di NZ untuk ziarah anak dan isteri - Edmund Santhara



MUHD MUKHLIS MOHD SYARIF

3 hari lepas bising pasal timbalan menteri cuti 55 hari bekerja pergi jumpa anak dia di New Zealand. 55 hari berkerja ini dalam 3 bulan, bukan 2 bulan. Lepas tu pula ada orang viral bab dia beli hartanah kat sana, mungkin sudah ada kad penduduk tetap. Tadi pula ada orang tag kata anak menteri tersebut boleh jadi ahli parlimen belia di New Zealand.

Cuma saya teringat bab SSST dulu pernah post pasal wanita cina yang memaki hamun polis; siap dengan quote "Wajarkah Malaysia menyimpan rakyat yang sebegini?". Tapi bila yang memaki hamun polis itu melayu islam, tak pula dia keluar fatwa yang sama; kira fatwa dia kenal warna kulit dan agama.

Bab timbalan menteri yang cuti di luar negara dan kemungkinan ada dual-citizenship pun SSST masih lagi buat-buat tak nampak. Ingat dia nak keluarkan fatwa yang "Wajarkah Malaysia menyimpan WAKIL RAKYAT yang sebegini?", rupanya hanya jadi perkakas bagi orang zalim.

Kali ini saya bersetuju dengan tulisan dia waktu 2014/2012 dulu yang dia sebut ulama yang menyembunyikan kebenaran dan sokong orang yang zalim adalah seperti anjing yang menjelirkan lidah.

 


GUNA WARGA EMAS UNTUK DERHAKA



Zainul Rijal berkata, ia dua perkara berbeza dan tidak boleh dibaca bersama. Malah berdasarkan prinsip undang-undang yang menyatakan perkara spesifik mengatasi perkara umum, boleh juga dikatakan Perkara 55 tidak menyebut keperluan nasihat Perdana Menteri mengatasi Perkara 40 yang bersifat umum, menurut laporan. Sudah tentu tidak ada di mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyebut Parlimen boleh ditangguhkan kerana ramai ahlinya warga emas.





XAVIER BAKAL TERKENA. PERCATURAN SEDANG DIBUAT

 Xavier dulunya orang kartel.Tapi berpaling tadah.Duduk dan setia dengan kem Anwar.Tapi mungkin kena ugut bagai la tu rasanya.


muhd mufiz

May be an image of 2 people and text that says "10:25 ol Gempar × SPRM IR Info RAKYAT Gempar!!! SPRM tahan Setiausaha Politik Xavier 04/03/2021 10:00 AM"


Lompat je la, Xavier..

Nko tu dah la KARTEL, Xavier.....baik nko lompat cepat !! Xkan xpaham.lagi Muhyiddin-Azmin terdesak amat tu.....

jangan tunggu SPRM kutip bini nko plak nak tekan supaya nko lompat !!.....wakakaka

Muhyiddin-Azmin mau KARTEL BESAR cam nko lompat baru ader nilai....MP Putatan tu xde nilai politik besar kat Muhyiddin-Azmin yang sedang terdesak sekarang

 

BN GANTUNG KETUA PEGAWAI MEDIA KURANG CERDIK

 Image


Memeranjatkan. Kenyataan media BN semalam, rupanya “kurang tepat & tidak mendapat kelulusan Sektetariat”. Justeru, BN menggantung tugas Ketua Pegawai Media mereka sebulan berkuatkuasa serta-merta. twitter.com/f4izalhassan/s…


MOHD FAISAL HASSAN



Potong giliran dapatkan vaksin: Kerajaan sepatutnya lindungi pemberi maklumat - AMK

 



POSTED BY AMIR WRLR


Kerajaan Perikatan Nasional sepatutnya melindungi pemberi maklumat (whistleblower) yang mendedahkan sebarang salah laku memotong giliran mendapatkan vaksin Covid 19, bukannya menghalang penjawat awam berbuat demikian.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir berkata, kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia yang melarang petugas kesihatan daripada membuat penyataan awam tanpa kebenaran baru-baru ini hanya akan menyekat rakyat daripada mengetahui perkara sebenar yang berlaku dalam pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

"Walaupun dinyatakan arahan ini bukanlah bertujuan menyekat mana-mana pegawai untuk bersuara, namun secara tidak langsung pasti akan menimbulkan kegusaran dan memberi tekanan kepada pemberi maklumat untuk mendedahkan kepincangan serta ketirisan dalam tindakan yang digerakkan kerajaan.

"Kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan biasanya telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Menteri Kesihatan. Hal ini dilihat seperti bertentangan dengan sikap terbuka Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

"Pada 28 Februari 2021, beliau menyeru agar lebih ramai whistleblower tampil mendedahkan jika terdapat sebarang usaha memotong giliran mendapatkan vaksin," katanya.

Menurut Akmal lagi, penegasan Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sewajarnya dipatuhi oleh kakitangan perkhidmatan awam agar rakyat berasa yakin usaha vaksinasi dilaksanakan secara adil, telus dan penuh tanggungjawab.

"Apabila terdapat petugas kesihatan memilih untuk membuat kenyataan umum dengan disertai lampiran bukti-bukti tanpa mendedahkan identiti mereka, ini merupakan satu isyarat bahawa mereka tidak yakin terhadap keberkesanan kerajaan dalam melindungi identiti mereka yang membuat pendedahan.

"Oleh itu, kerajaan digesa mengambil sikap lebih terbuka dan inklusif terhadap whistleblower serta proaktif dalam melindungi identiti mereka yang juga merupakan petugas barisan hadapan.

"Sebagai petugas barisan hadapan yang telah bertungkus lumus lebih setahun bagi mengekang penularan wabak ini, sudah pasti mereka lebih sensitif terhadap sebarang tindakan yang bertentangan dengan nilai dan etika," katanya.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Johor Bahru itu menegaskan sebarang kenyataan yang berbaur amaran atau gertakan dari kerajaan amat tidak membantu kepada usaha mengekang ketirisan dalam pelaksanaan program vaksinasi.

Teguran petugas kesihatan melalui saluran mana sekali pun, katanya perlu diberi perhatian dan disusuli dengan siasatan yang adil kerana hal itu juga boleh dianggap sebagai suatu penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang telah berkorban selama ini.

 

Agong boleh panggil Parlimen bersidang tanpa nasihat PM - William

 



POSTED BY AMIR WRLR


Parlimen boleh bersidang tanpa Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan tarikh sesuai untuk persidangan.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen berkata, Agong boleh bertindak di bawah Seksyen 14 (1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang dibaca bersama Perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan, menitahkan agar sidang Parlimen dijalankan segera.

"Kita tak pernah lalui pengalaman seperti hari ini. Jika Muhyiddin enggan berbuat demikian Agong boleh panggil (arahkan) Parlimen untuk bersidang.

"Parlimen perlu bersidang kerana ia sebagai medium 'semak dan imbang' untuk membahas isu rakyat terutama dalam keadaan Covid-19 ketika ini," katanya kepada Suara Keadian.Menurut William lagi, PM Muhyiddin gentar untuk menasihatkan Agong membuka semula Parlimen kerana mungkin beliau membayangkan pembangkang akan cuba menjatuhkannya dengan cara tertentu dalam sidang itu nanti.

Di samping itu, katanya, Muhyiddin juga tidak pasti adakah sejumlah Ahli-ahli Parlimen Umno masih menyokong kerajaan beliau.

"Muhyiddin masih tidak menghadap Agong kerana dia risau bila-bila masa kerajaan dia boleh tumbang dan khuatir hilang majoriti.

"Sebab itu kita tengok sekarang dia pancing Ahli Parlimen parti lain menyokong dia, dan memancing dengan ugutan kepada Ahli Parlimen yang ada kes dan siasatan sedang dijalankan. Selain itu (Ahli Parlimen juga) ditawarkan jawatan GLC atau jawatan menteri seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Dia (Muhyiddin) kena bekerja kuat sebelum tarikh Parlimen diumumkan nanti," katanya.

Semalam, Pakatan Harapan dan Umno mengeluarkan kenyataan mahu sidang Parlimen diadakan segera dan merayu agar Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa khas banginda memanggil persidangan.

 

Sidang Parlimen bukan mahu jatuhkan kerajaan, hanya bangkit isu rakyat - Shamsul



POSTED BY AMIR WRLR


Hujah penyokong Perikatan Nasional (PN) kononnya Pakatan Harapan (PH) bertekad mahu menjatuhkan kerajaan melalui sidang Parlimen dalam perintah darurat disangkal oleh Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Menurut beliau, PH bukanlah gabungan yang tamak kuasa dan tidak mempedulikan kesensaraan umum dalam keadaan negara dilanda wabak Covid 19.

Sebaliknya, kata Shamsul, sidang Parlimen amat diperlukan bagi membahaskan isu-isu rakyat dan ekonomi yang tidak diselesaikan dengan baik sepanjang pandemik.

"Itu merupakan dakyah atau tohmahan mereka yang takut dengan bayang-bayang sendiri. PH sentiasa meletakkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai tempat utama membangkitkan isu-isu rakyat. Sebab itu namanya Dewan Rakyat.

"Kita mesti bawa isu ke dalam dewan untuk tanya kerajaan, apakah yang mereka lakukan? Contohnya viral tentang peranti, tablet, dijanjikan 150,000 pada Februari, sekarang pertengahan Mac tetapi tak dengar isu ini. Parlimen tempat kita nak tahu apa jawapan menteri dan komitmen kementerian.

"Pada saya kita jangan terpengaruh dakyah ini kononnya sidang Parlimen matlamat utamanya untuk mempertikaikan keabsahan (kerajaan PN).

"Saya malah bangkitkan kepada rakan-rakan (PN), walaupun kita berbeza pandangan tetapi apa yang dibimbangkan untuk bersidang? Kita tahu permulaan penggal apa yang kita bahaskan. Titah Diraja. Tuanku akan bertitah dan kita akan membahaskan, tidak ada sebarang undi, sepanjang ingatan saya. Takkanlah kita sebagai pembangkang nak menolak titah Agong pula.

"Saya simpulkan kalau mereka betul-betul ingin mewakili suara rakyat maka buka Parlimen kerana semua sektor telah dibuka. Kalau buka Parlimen saya yakin ia akan berjalan dengan penuh tertib," katanya dalam siaran langsung Facebook Borak Dahsyat bertajuk: 'Sidang Parlimen, Apa Yang Payah Sangat' anjuran Studio Jalan Kapar, malam tadi.

Mengulas pertanyaan moderator mengenai kewajaran Parlimen terus ditutup sedangkan semua sektor telah dibuka, Shamsul berkata, hal itu menjadi persoalan yang sukar dijawab dan diperbahaskan banyak pihak.

Katanya, penutupan sidang Parlimen merugikan rakyat kerana setiap Ahli Parlimen dibenarkan bertanya 15 soalan. Pelbagai isu dalam negara boleh diselesaikan dengan jawapan daripada menteri.

"Point saya apakah darurat perlu sekarang ini. Kalau perlu apakah Parlimen wajar ditutup dengan menggunakan alasan darurat. Itu alasan yang rakyat mahu tahu.

"Rakyat di luar sana mahukan Parlimen. Sebagai Ahli Parlimen, saya katakan, setiap Ahli Parlimen mengikut peraturan perlu bertanya 15 soalan, yang akan dijawab oleh pelbagai kementerian. Bayangkan 15 soalan daripada barisan kita dan juga pihak kerajaan sendiri. Berapa banyak soalan yang boleh dijawab dengan tuntas oleh kerajaan," katanya lagi.

Untuk rekod, rayuan kepada Agong mahu Parlimen dibuka bukan sahaja datang dari PH namun turut dilakukan oleh salah satu gabungan Perikatan Nasional, iaitu Umno yang mahu sidang dibuat untuk membincangkan isu-isu tertunggak berkaitan Covid 19 dan polisi pemerintahan.



MENIKAH PULAK DAH...

 

KOMEN SKET :

Eloklah depa jd #MACAI sbb Pedagang Bangsa dan Pedagang Agama tgh sibuk dgn mesyuarat hari bahagia mereka #BERSANDING...ke jinjang pelamin juga akhirnya walau dah bertahun2 kita dok kenen2 Description: 😅.

Hah walaun....Tepuk..!!!

- Zus Din

5 March 2019




May be an image of 3 people, including Tengku Kudin Que, people smiling and text that says "malaysiakini Utama Terkini Parlimen Pilihan Editor Teng malaysiakini. com BERITA UTAMA Ini hari PAS, Umno 'bersanding' Analogi itu dinyatakan Mat Hasan selepas pemimpin kanan kedua-dua parti bermesyuarat secara rasmi buat kali pertama di Ibu Pejabat Umno. Shakira Buang dan Hariz Mohd"




S E K A L I B U A Y A M E N D O N G A K

 

S E K A L I B U A Y A M E N D O N G A K

 


BOB KELANANG



May be an image of 2 people, people standing, headscarf and text that says "YAA TUN TENGKU MAIMUN binti TUAN MAT Ketua Hakim Negara"

                            

KOH KOH KOH… kalau xsabitkan ngan binatang rasanya xsah hidup Awang Bewok...

KOH KOH KOH… walhal binatang yang dia sabitkan kali ni sikapnya sama jer macam Hadi Bewok... aper boleh ngap, dia ngap...

KOH KOH KOH…

Dapat jawatan Duta Khas Timur Tengah berstatus Menteri pun ngap...

KOH KOH KOH… janji masyuk... kerja xtau buat ka, apa ka tu belakang kira...

KOH KOH KOH…

Ni kali Hadi Bewok nak sembang pasai keputusan mahkamah la pulak... yang lagi mantop tu... dia nak sembang pasal keputusan Mahkamah Persekutuan tu... itu mahkamah paling tinggi dalam Malaysia... bukan calang-calang orang yang jadi hakim yang bersidang tu... Hakim-hakim tu semua bukan main bagi keputusan camtu ja... depa kaji DAN kaji dari semua segmen... dari semua sudut... dari semua peruntukan yang ada...

Sebab Hakim tu semua xmau akan ada cabaran kepada keputusan kehakiman tu... meaning that xder satu cara untuk mengatakan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan itu terkhilaf... tersilap DAN boleh dipertikaikan... Itu prosesnya... dah aku tau... Hadi Bewok mana paham benda-benda berkaitan Mahkamah ni... pasal tu la bila dia terpaksa bayar Claire Brown kat London dulu... sebanyak RM1.4 juta... Hadi Bewok boleh canangkan yang dia telah menang kes itu...

KOH KOH KOH… bangang kan, kan, kan

KOH KOH KOH…

Adoila Hadi Bewok ni... kan dulu Hadi Bewok sendirilah yang jugak tangguhkan usul RUU355 dengan xder jangkamasa... la ni bising pasal isu peruntukan syariah... adoila... sendiri bodoh lagi mau bising kata ini semua salah orang lain tak bantu dan sokong...

KOH KOH KOH…

Lawak siot... bodow bangat

Ni nak bagitau Hadi Bewok... cukup-cukup la nak menunggang atas nama orang baik yang dah mati... cukup-cukup lar...

KOH KOH KOH… jilaker!!

 

SEMOGA BERBILLION MASUK.TAPI ESOK MUHYIDDIN NAK P TIMUR TENGAH

 

HAMZAH RIE NA


Padan negara bertambah makmur kdnk negara pun di tahap yg

terbaik. Syabas lah baiiiii. Tak rugi ambil gaji puluhan ribu ringgit

 sebulan.


May be an image of 1 person and text


SEBAGAI CIKGU AKU DOAKAN HANGPA MELINGKUP -FUCK U-AKAI TAK DAK.

 

Adakah mereka ini bakal pemimpin masa depan?BOLEH MELINGKUP

"Fuck Cikgu" bagai gelap masa depan mu. Bersegeralah kembali dalam jalan hidup sebenar dik. Rugi hidup jika tiada berkat dari pendidik mu. Setiap orang pernah berada di tempat mu tetapi bukan ini caranya 

 No photo description available.