Menteri bersama Tok Pa wajib kuarantin kendiri

 

Jangan tukar status tanah pertanian: Sim Tze Tzin


Sebaik sahaja Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (Tok Pa) disahkan positif Covid 19 seharusnya menteri-menteri lain yang menjadi kontak rapat beliau melakukan kuarantin kendiri setelah melakukan ujian swab.

Menurt Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, hal itu sangat penting dilakukan menteri-menteri kabinet kerana ia akan menjadi ikutan para penjawat awam.

“Saya menggesa semua menteri yang telah bertemu dengan Tok Pa semasa mesyuarat kabinet dan urusan lain yang berkaitan dengan kerajaan untuk melakukan kuarantin kendiri kerana telah berhubung secara langsung dengan beliau.

“Pada masa pandemik, kepemimpinan menjadi contoh penting. Menteri harus memberikan contoh baik dengan menghentikan semua mesyuarat awam atau swasta (sekiranya menjadi kontak rapat) dengan segera dan kuarantin di rumah sehingga arahan selanjutnya oleh KKM,” katanya dalam catatan di Facebook.

Menurut Sim lagi, virus Covid boleh menjangkiti sesiapa sahaja dari menteri hingga petani. Oleh itu, penting untuk mengikuti SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kepada Mustapa, Sim berdoa agar menteri tersebut segera sembuh.

“Menteri Tok Pa adalah orang yang baik hati. Saya sedih mendengar bahawa dia dijangkiti Covid-19. Saya doakan Tok Pa cepat sembuh,” katanya lagi.




Segera bentuk kerajaan baharu tanpa Atok, Hishamuddin


Bekas senator, Mohamad Ezam Nor umum keluar UMNO | Astro Awani


MOHAMAD EZAM MOHD NOR

1.GERAK98 menggesa pemimpin2 politik dan parti2 nasional membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil segera.

2.Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dan Ketua Blok terbesar dalam Parlimen wajar diberi ruang melakukan inisiatif ini tanpa lengah.

3.GERAK98 percaya sebuah kerajaan stabil mampu dibentuk sekiranya pemimpin2 politik nasional meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan lain.

4.Kami juga percaya kerajaan stabil boleh dibentuk sekiranya kita mengambil iktibar ketidakstabilan kerajaan PH dan PN akibat permainan petualang besar diketuai Tun Mahathir bersama Azmin Ali dan Hishamudin Hussein.

5.Sejak akhir 2019 kami di GERAK98 telah nytakan secara terbuka komplot menjatuhkan kerajaan PH (dan sekarang PN) didalangi Mahathir bersama Azmin Ali dan Hishamudin.

6.Bagi GERAK98 petunjuk kejatuhan kerajaan mandat rakyat yg stabil bermula di Tg Piai. Bukan di Sheraton. Ianya terbukti apabila 2 kelompok petualang Azmin dan Hishamudin bertemu sehari selepas Praya kecil Tg Piai di kediaman rasmi Azmin.

7.Mahathir yang pada masa itu PM mempertahankan pertemuan 2 petualang itu kerana Mahathir adalah kepala petualang.

8.GERAK98 sejak akhir 2019 telah menyatakan secara terbuka dan terperinci langkah2 durjana petualang2 ini. Kami menjelajah seluruh negara membongkar GRAND DESIGN jahat ini hinggalah ke saat peristiwa Sheraton.

9.Saatnya tiba pemimpin2 politik nasional membentuk sebuah kerajaan baru dengan mempastikan 3 petualang Mahathir,Azmin dan Hishamudin ini tidak ada ruang dan peranan samasekali dalam kerajaan.

10.Setiap usaha membentuk sebuah kerajaan dengan koalisi baru atau GRAND COALITION hanya akan berjaya sekiranya pemimpin2 politik mampu faham dan mengambil iktibar daripada GRAND DESIGN jahat oleh 3 petualang yang merosakkan negara selama ini.



AKIBAT DOA WALAUN

 

MUHD MUHKLIS

Sebab itu saya berpendapat, walaun ini jika hidup mereka hanya akan menyusahkan kita dengan minta benda pelik-pelik dan ghulu pada Ar-Rahman.

Cuma doa jahat mereka di bolak balik bila kerajaan yang berkhianat berkuasa.

Doa menteri kena covid sudah makbul, yang doa 300 ribu rakyat Malaysia kena jangkitan tu belum tahu lagi, kita baru 1/3 dari target walaun tadi.

Next time, kalau jumpa walaun dengan ular sawa, kita katok walaun dulu, lepas tu bagi mereka jadi santapan pada ular sawa. At least ular sawa pun masih ada kegunaan pada manusia.

Jadi wajib kita undi siapa-siapa sahaja dalam PRU15 yang lawan lebai penternak walaun ini.


 Image may contain: 2 people, text


Image may contain: 2 people, text


DOA YG TERTANGGUH? HANYA ALLAH YG MAHA MENGETAHUI. Jadikan ikhtibar.

IRONInya....Walaun dan golongan Ruwaibidhah pendokong Khawarij ini mendoakan Menteri2 PH dijangkiti COVID-19 tapi Menteri2 PN yg dijangkiti.

Kalau kita kata depa jahil murakkab sbb mendoakan keburukan kpd PH yg TIDAK pun menzalimi mereka, depa akan kata depa lah pejuang Islam, kita semua DAPigs kena pi mengaji agama. Holier Than thou. Hahahahaha...Description: 😂

 


HISHAMMUDDIN TAK SESUAI DILANTIK TPM


 Entah kenapa, di sebalik ketegangan hubungan UMNO dengan Bersatu yang kian memuncak ketika ini, tiba-tiba muncul perkhabaran mengatakan Hishammuddin Hussein bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Perlantikan itu dikatakan sebagai pilihan terakhir Muhyiddin Yassin untuk menyelamatkan kerajaan PN yang dipimpinnya daripada dijatuhkan oleh UMNO.

Dikatakan lagi, selepas memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, Hishammuddin kemudiannya akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri kerana Muhyiddin dikhabarkan ingin berundur dan berehat berikutan masalah kesihatannya.

Diperkhabarkan juga, dengan proses tersebut, kerajaan PN akan terus kekal di mana dikatakan Pejuang, Warisan, GPS dan majoriti Ahli Parlimen UMNO akan bergabung bersama PN yang kini dianggotai Bersatu, Pas, Star dan SAPP.

Dengan itu, PN disebut akan terus kekal sebagai kerajaan sehinggalah PRU akan datang dan Muhyiddin dapat menjaga air mukanya daripada dijatuhkan.

Cuma yang tidak disebut dalam perkhabaran itu ialah selepas saja Hishammuddin memegang jawatan Perdana Menteri, beliau akan melantik pula Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Bukankah sebenarnya Hishammuddin dan Azmin adalah bersahabat baik dan lebih mungkin kedua-duanya bergandingan berbanding melantik Ahmad Faizal Azumu, Timbalan Presiden Bersatu atau Hamzah Zainuddin, Setiausaha Agung Bersatu, sebagai timbalannya jika benar beliau berpeluang menjadi Perdana Menteri?

Tetapi, kenapa tidak disebut tentang gandingan Hishammuddin dan Azmin itu?

Jawapannya mudah, kalau disebut Azmin bakal dilantik ke jawatan nombor dua itu, bermakna akan rosaklah segala-galanya kerana bekas Timbalan Presiden PKR itu kini merupakan antara sosok poliitik paling dibenci dalam negara ini.

Maka itu, untuk tujuan mempromosikan Hishammuddin, terpaksalah nama Azmin tidak dikaitkan sama.

Soalnya, benarkah Hishammuddin akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Muhyiddin?

Kecuali jika Muhyiddin benar-benar tidak waras, melantik Hishammuddin sebagai timbalannya adalah mustahil sebenarnya.

Ini kerana melantik pemimpin UMNO ke jawatan itu sudah pun terlambat pada waktu ini sebab UMNO sudah pun meluluskan usul putus hubungan dengan Bersatu dan hanya menunggu untuk disahkan saja lagi dalam Perhimpunan Agung pada 31 Januari depan.

Lagi pula, sudah beberapa kali isu tersebut diperkatakan sebelum ini, malah turut diangkat maklum kepada Muhyiddin, malangnya tiada persetujuan dicapai.

Isunya ialah kalau perlantikan itu dalam konteks kerjasama antara Bersatu dengan UMNO untuk mengukuhkan kerajaan PN, pemimpin yang dilantik mesti mewakili hireaki parti.

Kalau mengikut duluan di mana Bung Mokhtar yang ada kes mahkamah boleh dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah, tidak ada sebab sebetulnya Zahid Hamidi yang juga sedang dalam perbicaraan tidak boleh dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Apa bezanya Zahid Hamidi dengan Bung Mokhtar?

Begitu pun, jika Muhyiddin tetap tidak mahu melantik Zahid Hamidi, UMNO masih ada Timbalan Presiden, Mohamad Hasan dan Naib Presiden, Ismail Sabri, Mahadzir Khalid dan Khaled Nordin untuk dilantik ke jawatan itu.

Walaupun Mohamad Hasan dan Khaled bukan Ahli Parlimen, kedua-duanya boleh dilantik sebagai Senator untuk membolehkan diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Namun, Ismail Sabri yang kini memegang jawatan Menteri Kanan Pertahanan dan Mahadzir Khalid, Pengerusi TNB di mana kedua-duanya adalah Ahli Parlimen, tiada masalah sama sekali jika mahu dilantik mengisi jawatan nombor dua dalam kerajaan itu, bahkan Ismail Sabri jauh lebih layak berdasarkan kekananannya mewakili UMNO dalam kerajaan ketika ini.

Jadi, kenapa mesti nama Hishammuddin yang disebut?

Apakah Menteri Luar itu benar-benar layak atau kelayakannya semata-mata kerana beliau anak bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn?

Dalam hireaki UMNO, Hishammuddin tiada apa-apa jawatan kecuali baru-baru ini dilantik sebagai Bendahari BN.

Maka, memberi jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Hishammuddin tidak sesuai langsung serta tidak menggambarkan untuk mewujudkan hubungan baik antara UMNO dengan Bersatu.

Untuk mewujudkan hubungan baik dan mengekalkan kerajaan PN, pemimpin UMNO yang sepatutnya dilantik Timbalan Perdana Menteri adalah Presiden UMNO sendiri.

Selain itu, disebabkan Muhyiddin dan Hishammuddin datang daripada negeri yang sama iaitu Johor, ketidaksesuaian itu tambah ketara lagi seolah-olah tiada pemimpin negeri lain yang lebih layak.

Malah kalau benar pun Muhyiddin mahu melantik Hishammuddin, beliau akan lebih cepat lagi dijatuhkan oleh UMNO dan akhirnya dengan Hishammuddin sekali akan dijatuhkan sama.

Bagi kepimpinan UMNO hari ini, yang mereka mahu ialah jawatan Perdana Menteri dan siapa saja jadi penghalang, mereka itulah musuh sebenarnya.

 (Shahbudindotcom 11/01/2021)



Hishammuddin sebagai Timbalan Perdana Menteri?Team Umno berpecah lagi

 

Hishammuddin sebagai Timbalan Perdana Menteri?

Astro Awani
Gempar! Hishammudin bakal TPM?
Tindakan melantik Hishammuddin sebagai TPM bagaimanapun dijangka hanya akan mengakibatkan kemarahan pimpinan UMNO, bukan melegakan hati mereka. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai usaha mengukuhkan kerajaan Perikatan Nasional, serta mengelakkan lebih banyak ancaman dari parti UMNO, menurut laporan The Malaysian Insight hari ini.
Memetik sumber, portal itu berkata, ia difahamkan tindakan tersebut bagaimanapun hanya mengakibatkan kemarahan pimpinan UMNO, bukan melegakan hati mereka.
Menurut laporan itu lagi, kemarahan itu berkemungkinan besar memandangkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu sudah pun membuat ketetapan untuk mengkaji semula hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Selain itu, hubungan antara dua parti tersebut semakin renggang selepas Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menjadi ahli Parlimen kedua UMNO menarik balik sokongan secara rasmi dari Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hisham akan menjadi Timbalan Perdana Menteri secepat mungkin,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insight lagi.
Seorang sumber lain bagaimanapun memaklumkan kepada portal itu bahawa, cadangan itu sudah dibuat, namun masih belum dimaklumkan kepada komponen Perikatan Nasional yang lain.
Menurut portal itu lagi, sekiranya Hishammuddin dilantik sebagai orang nombor dua dalam Kerajaan Persekutuan, ia mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin kanan yang lain, seperti Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Naib Pengerusi Perikatan Nasional, dan Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Selain itu, beberapa pemerhati menganggap tindakan itu mungkin bakal memakan diri memandangkan Hishammuddin, yang juga Menteri Luar, dilihat tidak berapa selari dengan pendirian dan aspirasi pimpinan kanan UMNO seperti Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Seri Najib Tun Razak.

BUKAN SEKADAR MENGHALANG UMNO BERPALING TADAH.. TETAPI MENGHALANG ANWAR MENJADI PM

 


Gempar! Hishammudin bakal TPM?

Gempar! Hishammudin bakal TPM?

HISHAMMUDDIN Hussein bakal dilantik menjadi timbalan perdana menteri seawal minggu ini dalam usaha Muhyiddin Yassin mengukuhkan pentadbiran Perikatan Nasional (PN), kata sumber.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, langkah itu juga bagi menghalang pemimpin Umno berpaling tadah.

Malahan beliau bersama Azmin dikatakan seringkali juga bertemu Mahathir dalam usaha menyekat gelombang paling tadah Umno dan melepaskan Zahid dan juga Najib dari menyatakan sokongan terhadap Anwar sebagaimana didedahkan.

Muhyiddin juga dikatakan seringkali juga bertemu Mahathir dalam beberapa pertemuan.



Tolong, jangan adakan PRU tahun ini, rayu pakar perubatan


Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Dr Zainal Ariffin Omar berkata, PRU juga tidak wajar diadakan tahun ini walaupun program vaksinasi Covid-19 akan dilaksanakan seawal Mac.

PETALING JAYA: Seorang pakar perubatan menolak desakan beberapa parti politik supaya pilihan raya umum (PRU) diadakan pada suku pertama tahun ini, dengan menyifatkan langkah itu tidak wajar dan akan memburukkan lagi penularan wabak Covid-19.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Dr Zainal Ariffin Omar berkata, fokus utama kerajaan ketika ini seharusnya untuk mengurangkan kes jangkitan dalam komuniti, yang dilihat semakin membimbangkan.

Malah beliau berkata, PRU juga tidak wajar diadakan pada tahun ini walaupun program vaksinasi Covid-19 dikatakan akan dilaksanakan seawal Mac.

“Kita perlu betul-betul mengurangkan kes jangkitan dalam komuniti. Ini mungkin mengambil masa beberapa bulan lagi,” katanya kepada FMT

Beliau yang juga bekas pengarah Kesihatan Negeri Pahang berkata, pengalaman selepas pilihan raya negeri (PRN) Sabah jelas menunjukkan risiko tercetusnya gelombang baharu wabak itu apabila berlaku pergerakan rentas negeri secara bebas ketika berkempen.

Dr Zainal Ariffin Omar.

“Ahli politik diminta bersabar, kalau boleh usahakan cara lain selain pilihan raya. Tidak wajar adakan PRU dalam suku pertama tahun atau dalam tahun ini walaupun vaksin telah ada,” tegasnya.

Baru-baru ini, PPBM yang diterajui oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mencadangkan untuk mengadakan PRU-15 selepas pandemik Covid-19 reda dan bekalan vaksin mula diagihkan kepada rakyat.

Sebelum itu, Umno turut mendesak PRU-15 diadakan sebelum berakhir suku pertama tahun ini bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat, tertakluk kepada situasi Covid-19.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah semalam memberi amaran “keadaan lebih buruk akan berlaku” dalam suasana situasi jangkitan Covid-19 dilaporkan semakin meningkat.

Dalam catatan di Facebook, Noor Hisham berkata antara Jan dan Sept tahun lepas, negara mencatatkan kurang daripada 100 kematian akibat Covid-19.

Bagaimanapun setakat 9 Jan, katanya, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 71 kes, sekali gus menzahirkan perasaan bimbangnya perkara buruk akan berlaku.



Biar PH tubuhkan kerajaan perpaduan baru yang stabil, kata Mahfuz

 

Pakatan Harapan dan parti lain patut bentuk kerajaan perpaduan, kata Mahfuz Omar.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan patut dibenarkan menubuhkan kerajaan perpaduan baru dengan menjemput parti lain dalam gabungan baru, kata naib presiden Amanah Mahfuz Omar.

Mahfuz berkata, partinya menolak cadangan untuk mengadakan pilihan raya mengejut, sebaliknya menganggap kerajaan stabil diperlukan untuk menyelesaikan masalah negara seperti krisis Covid-19, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, kerajaan sedia ada pimpinan presiden PPBM Muhyiddin Yassin satu kegagalan, dan hilang sokongan seperti dilihat dalam pengumuman Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub Sabtu lalu bahawa beliau tidak lagi menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Pengumuman Ahmad Jazlan itu berkemungkinan mengurangkan majoriti tipis Perikatan Nasional di Dewan Rakyat.

” Tiada jalan keluar untuk selesaikan krisis politik ini selain Muhyiddin melepaskan jawatan,” Mahfuz dipetik berkata.

Peletakan jawatan Muhyiddin akan membolehkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah melantik perdana menteri baru dalam kalangan ahli Parlimen berdasarkan pengumuman ketua pembangkang, Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen.

“Kita perlukan kerajaan yang kukuh, tidak boleh lagi perbezaan tipis dengan dua atau tiga kerusi,” katanya.

Keabsahan Muhyiddin sebagai perdana menteri turut dipertikaikan pada November lalu oleh ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, yang juga tidak hadir ketika undian belanjawan 2021.

Sejak itu, lebih daripada tiga perempat bahagian Umno menolak bekerjasama dengan PPBM pimpinan Muhyiddin.

Bulan lalu, presiden Amanah Mohamed Sabu berkata, parti pembangkang patut membentuk gabungan baru untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.



AWAS- SAKA AKAN KEMBALI BERAKSI

 Image may contain: 1 person

RINA HAMZAH

Semua bagi manusia pasti ada titik, ada waktu berhenti dan mencukupi. Kecuali beribadat kpd Allah dan beramal soleh. Cukup-cukup lah madey! Rakyat dah jemu dan jangna sampai orang jadi meluat.

Apa misi beliau,Menghalang Anwar dari menjadi PM. Jika Pejuang,Warisan dan pemuja beliau di kalangan PH menyokong, Maka beliau akan ada di sebalik tabir atau menjadi pemain utama.


4 Pejuang        PPBM    31

8 Warisan        Pas         18

1 UPKO           

1 Muda

18  GPS

1 Bebas

LAIN LAIN- KHIANAT ATAS KHIANAT DARI PH


ANWAR JUGA BERKEMUNGKINAN ADA PELAN LAIN


DAP  48

PKR  38

AMANAH  11

GPS 18

UMNO   42

INI MENGAMBILKIRA KHIANAT ATAS KHIANAT JUGA..KELUAR MASUK...GPS MENYOKONG KERAJAAN MEMERINTAH



MAT JARGON KURANG SOPAN

 


Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Seorang peniaga pisang goreng menegur perlakuan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menyentuh jualannya tanpa menggunakan pengepit yang disediakan.

Reaksi peniaga Nurul Asyikin Roshidan itu kemudiannya tular seterusnya menerima komentar yang rata-ratanya menganggap Wan Ahmad Fayhsal sebagai pengotor.

“Agak kurang sopanlah sebab pengepit kami sediakan,” jawabnya selepas ditanya seorang netizen tentang pendapatnya.

Terdahulu, Wan Ahmad Fayhsal yang juga digelar warganet sebagai Mat Jargon dilihat selamba menyentuh pisang goreng jualan penjaja itu semasa singgah di gerai tersebut.

Nurul Asyikin mengakui terkejut dengan perlakuan kurang adab itu dan dalam masa sama tidak mengenali individu berbaju batik biru tua yang menyentuh pisang gorengnya.

“Kami pun terkejut juga masa mereka datang serbu kelmarin. Penuh keliling kedai. Tak tahu nak kata apa.

“Yang lawaknya, kami pun tak kenal dia itu siapa,” katanya dalam loghat utara.

‘Rosak makanan jualan aku, bisik hati peniaga itu’, kata warganet tertarik dengan reaksi spontan peniaga tersebut.

Gambar Wan Ahmad Fayhsal menyentuh pisang goreng itu sambil diperhatikan tajam oleh wanita bertudung biru cair tular dengan menerima pelbagai reaksi berbaur kecaman dan sindiran.

“Akak tudung biru tu pelik. ‘Aik, apasal dia pegang pakai tangan saja. Ingat ni goreng nugget kat rumah ke apa,” kata Nabila Isa.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu itu juga dikecam kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 apabila tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.



EDISI KHAS MINGGUAN 003 | KECOH!! PERIKATAN NASIONAL BAKAL TERKUBUR!

Gabungan Kerajaan Baru - Barisan Harapan? Strong, Formidable and Convinc...

KERAJAAN GAGAL KAWALWABAK


Ibrahim Mat Isa


 Kau tau kenapa Malaysia gagal bendung penularan Covid19? Nak tau jawabnya?


Sebab kerajaan yang mentadbir sekarang kerajaan pengkhianat, rompak orang punya secara tebuk atap. Pak haji lebai ulamak pula bersekongkol nak habaq bagi! Sebab tu tak berkat...


Pergi baliklah..!



Puad Zarkashi anggap Kabinet PN goreng pisang


Zanurun Baba


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi terus membidas kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menggelarnya sebagai ‘Kabinet goreng pisang’.

Kata bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu, perlu ada kerajaan yang lebih stabil dan bukannya majoriti lemah.

“Sebab itu amat wajar sokongan kepada Kerajaan PN ditarik balik. Duduk di situ pun tidak boleh buat apa,” tempelaknya.


Beliau menegaskan ekonomi negara semakin teruk dengan sejumlah pelabur asing memindahkan operasi mereka ke negara jiran.

“Menteri Kewangan pun cakap bohong kononnya kemasukan pelaburan asing 2020 lebih RM100 bilion. Cuba namakan.

“Tahun ini Hyundai akan pindah ibu pejabat Asia Pasifik dari Kuala Lumpur ke Indonesia. Bertambahlah penganggur di Malaysia,” katanya, dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Menurutnya, Indonesia menerima pelaburan dari Hyundai (RM4.02 bilion), Toyota (RM8.04 bilion), syarikat bateri CATL (RM20.09 bilion), LG Chem (RM39.37 bilioan) dan Amazon (RM10 bilion).

Dalam masa sama, kata Puad, kerajaan PN pula meneruskan dasar Pakatan Harapan (PH) menjual aset apabila sejak Mac tahun lalu hampir RM8 bilion aset Khazanah telah dijual.

“Rakyat semakin susah. Kerajaan menolak monatorium automatik dan pengeluaran one off RM10,000 dari akaun 1 (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja),” ujarnya.

“Tidak ada konsensus dalam memutuskan dasar negara seperti pembatalan projek HSR (Kereta Api Berkelajuan Tinggi, Kuala Lumpur-Singapura).

“Sedangkan seminggu sebelum itu Majlis Presiden Kerajaan PN ditubuhkan,” hujahnya.

Dalam masa sama, Puad turut sempat menempelak Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan.

“Mana yang melobi jadi Ketua Pengarah J-KOM (Jabatan Komunikasi Komuniti-ganti JASA) macam Tun Faisal bolehlah jalan terus,” ujarnya.

Untuk rekod, Tun Faisal juga merupakan bekas pengarah bahagian komunikasi strategik JASA.



ADA LAGI STRATEGI NAK HALANG DSAI

 

Tadi aku scroll di Twitter, terjumpa video Syed Saddiq. Aku tak tengok penuh sebab berasa mual. Antara yang dia sebutkan, "kita dulu jatuh sebab bergaduh, bergaduh sebab jawatan. Orang yang sama, sampai hari ini, sudah tiada jawatan pun masih bergaduh..."

 Itu yang aku mual. Bercakap macmalah dia betul sangat. Tapi aku nak beritahu, tiada pergaduhan pun masa PH memerintah. DS Anwar tak pernah desak Mahathir letak jawatan. Mahathir saja yang rasa tertekan sebab dah mula rasa terikat dengan janji.

 Ok, tapi bukan itu yang aku nak ulas.

 Aku mula nampak satu trend dalam kumpulan pembenci DS Anwar ini. Nampaknya mereka sudah tukar taktik apabila taktik pertama mereka iaitu mengangkat Mahathir sebagai wira negara dan mangsa pengkhianatan Muhyiddi ternyata gagal.

 Kemudian mereka cuba burukkan DS Anwar dengan menuduh DS Anwar sebagai gila kuasa. Sesetengah pihak pergi lebih ekstrem hingga menyebut kes liwat dahulu walaupun puas dijelaskan bagaimana terangnya kes itu suatu fitnah.

 Tapi kebanyakan mereka orang muda. Sewaktu perbicaraan Liwat 1.0 mereka masih budak hingusan. Sebab itu mereka tak tahu kisah sebenar. Cuma masalahnya bila kita beritahu, mereka bodoh sombong, tak mahu dengar penjelasan.

 Kini nampaknya mereka mula tukar strategi apabila kedua cara sebelum ini gagal. Apa dia? Mereka mula meminta kedua-dua DS Anwar dan Mahathir berundur. Dan aku rasa cara ini lebih berkesan dari 2 taktik sebelumnya. Macam ada sambutan.

 Mereka sedar memburukkan DS Anwar dan mengangkat Mahathir takkan berjaya. Kini mereka mula meracun fikiran rakyat supaya menolak kedua dua pemimpin ini. Dengan cara ini mereka nampak seperti neutral dan lebih mudah diterima.

 Tapi... Aku tak percaya mereka. Kenapa?

 Sebab persoalannya, siapa tokoh yang mahu diangkat sebagai pempimpin sekiranya betul DS Anwar berundur dari arena politik? Siapa?

 Shafie Apdal? Pegang Sabah pun tak ke mana. Mukhriz? Kalaulah Mukhriz itu bukan berbinkan Mahathir, dia bukan siapa-siapa dalam politik Malaysia. Hanya melukut di tepi gantang.

 Rafizi? Nurul Izzah? Saifuddin Nasution? Mereka ini bagi aku berbakat tapi belum cukup masak. Terutama Rafizi dan Izzah yang merajuk. Nak jadi ketua tak bolehlah merajuk. Tapi mereka masih muda. Mereka bakal pemimpin masa depan tapi bukan sekarang. Mereka perlu diuji dengan lebih keras.

 Habis tu siapa? Mat Sabu? Salahuddin Ayub? Khalid Samad? Adoi... Janganlah buat aku ketawa. Aku akui mereka pemimpin politik yang hebat tetapi untuk pimpin negara, mereka bukan orangnya. Jenis yang tak faham sentimen rakyat, nak pimpin negara bagaimana?

 Jadi?

 Mahu tak mahu, masa itu mereka ini akan kata kita jemput semula Mahathir untuk jadi mentor orang orang muda ini. Sekejap sahaja. Bila yang muda dah sedia, Mahathir boleh undur diri. Percaya tak kalau aku kata itu rancangan sebenar mereka?

 Maka sebab itu jangan terima idea menolak kedua dua pemimpin ini. Itu hanya satu dari helah mereka untuk menyingkirkan DS Anwar. Bukan Mahathir tak pernah guna helah ini dahulu. Konon nak bersara tapi konon 'diseru semula' untuk kembali aktif.

 Ceritanya mudah. Yang perlu bersara dari politik hanya Mahathir. Tak perlu libatkan DS Anwar. Dan ketika PH berkuasa, DS Anwar tak pernah ganggu pentadbiran Mahathir. Sampaikan Mahathir nak habis satu penggal pun DS Anwar terima.

 Yang bersalah, yang berdosa kepada rakyat, yang menipu, yang gila kuasa dan yang mengkhianat hanyalah Mahathir. Maka Mahathirlah yang wajib berundur dari politik Malaysia. Kerana dia seorang sahaja sudah cukup untuk rosakkan segalanya.

 Jangan terpedaya dengan permainan licik mereka. Tetapkan pendirian. Kita berdiri teguh di belakang DS Anwar Ibrahim dan menyokong penuh beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.

 

 

Raja Gelap

 

 

ADAKAH AKAN BERLAKU KRISIS PERLEMBAGAAN JIKA MUHYIDDIN YASSIN TIDAK MELETAK JAWATAN ESOK?


Kita tahu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, telah mengumumkan penarikan sokongannya terhadap Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Dewan Rakyat hari ini mempunyai 220 kerusi (2 kosong), maka majoriti mudahnya adalah 111 kerusi. Dibuktikan melalui pengundian belah-bahagi Bajet 2021 Bacaan Ketiga baru-baru ini bahawa itulah majoriti yang dimiliki oleh Muhyiddin. Maka dengan penarikan sokongan oleh Ahli Parlimen Machang, hilanglah majoriti Muhyiddin. Sahkah untuk dia terus bertindak sebagai Perdana Menteri?

 Perlembagaan tidak pernah menyatakan bahawa seseorang Ahli Parlimen itu perlu keluar dari parti komponen pemerintah untuk menarik balik sokongannya kepada seorang Perdana Menteri. Jadi tindakan Jazlan sudah memadai bagi membuktikan bahawa Muhyiddin sudah kehilangan majoriti.

 Dalam hal perlantikan Perdana Menteri, Perlembagaan Persekutuan menyatakan;

 Perkara 43(2)(b) menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

 Dan dalam hal kehilangan kelayakan sebagai Perdana Menteri pula, Perlembagaan Persekutuan menyatakan;

 Perkara 43(4) menyebut Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

 Kedua-dua klausa ini menunjukkan yang sokongan parti politik tidak ada nilai undang-undang di sisi Perlembagaan bagi menunjukkan "kepercayaan majoriti." Kalau parti membuat keputusan masih percaya kepada seorang Perdana Menteri, tetapi sebahagian Ahli Parlimen parti tersebut menyatakan sebaliknya, seorang Perdana Menteri akan tetap hilang kepercayaan majoritinya.

 Soalnya, bolehkah Agong membiarkan seorang Perdana Menteri kekal berkuasa ketika mana baginda tahu yang Perdana Menteri tersebut sudah hilang majoritinya? Merujuk Perkara 43(4) di atas, jika seorang Perdana Menteri seperti Muhyiddin yang tahu dia sudah hilang kepercayaan majoriti tetapi terus kekal menjadi Perdana Menteri tanpa pergi menghadap Agong untuk sama ada meletak jawatan atau memohon membubarkan Parlimen (bukan pilihan ketika ini), lalu apa status kerajaan yang dipimpinnya?

 Jika Muhyiddin terus berdegil, apakah akan berlaku krisis perlembagaan?

 

Zukri Aksah 

Ketua Komunikasi Nasional

Gerakan Reformasi 98 - GERAK 98 

 #AkuKeadilan #kamikeadilan #neoreformia #LawanTetapLawan #keadilan21tahun #DSAI4PM #reformasi98 #GERAKANREFORMASI98 #GERAK98 

Anwar Ibrahim Dr Wan Azizah Wan Ismail Mohamad Ezam Nor Parti Keadilan Rakyat Pakatan Harapan Gerakan Reformasi Nasional Ahmad Jazlan Yaakub Official

 


RAJA YANG BIJAK URUS MASALAH DISAYANGI RAKYAT


Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah -  Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas


Sultan Perak memang terbaik, cekap membuat keputusan dan tahu apa yang penting dilakukan untuk selesaikan masalah.

Bila MB Perak, Peja  letak jawatan saja setelah hilang sokongan Adun, esoknya terus Sultan Perak bertindak panggil semua pimpinan parti termasuk Pembangkang untuk tentukan siapa MB Perak yang baru.  

Sultan Perak tiada kepentingan politik.  Seorang raja yang adil dan faham bahawa selagi masalah kepimpinan negeri terumbang ambing, selagi itulah negeri tidak akan dapat diuruskan dengan baik.

Raja seperti ini disukai dan disayangi rakyat.

 

WFAUZDIN NS


BIJAK P. RAMLEE DIA DAH KENAL SEJAK DAHULU KALA SIAPA KETUA PENYAMUN


 

MALAYSIA NEGARA MISKIN

 

Faezuddin Puad


Image may contain: 1 person


Kerajaan PN beritahu rakyat, negara ini dijangka akan terima vaksin pada Februari 2021.

https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/24573-rakyat-malaysia-mula-terima-vaksin-covid-19-februari-ini

WHO pula beritahu, negara miskin dijangka terima vaksin pada hujung bulan ini.

Persoalannya, adakah Malaysia lebih miskin daripada negara miskin yang lain?

Kenapa terlalu lambat Malaysia terima vaksin?

Sedangkan jiran kita Indonesia dan Singapura dah terima vaksin pada Disember 2020. 

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2020/12/762452/indonesia-terima-12-juta-dos-vaksin-covid-19-dari-china

https://www.hmetro.com.my/global/asia/2020/12/656101/singapura-pertama-di-asia-terima-vaksin


Kenapa kerajaan PN lembab?