SULTAN JOHOR TIADA KUASA MUTLAK BUBAR DUN – HASSAN KARIM

Cakap pemimpin Pas hanya sedap didengar, pahit bila ditelan, dakwa Adun

Cakap pemimpin Pas hanya sedap didengar, pahit bila ditelan, dakwa Adun
"Dahulu Pas mengangkat agenda negara berkebajikan tetapi tidak mengotakannya (walk the talk). Dahulu Pas juga kuat berkempen untuk Buy Muslim First (BMF), tetapi bila memerintah tidak menjadikan kempen ini agenda pentadbiran," dakwa Faiz.

Pas sekarang tidak boleh diharap untuk mentadbir dengan baik tetapi cakap pemimpin mereka hanya sedap didengar, tetapi pahit bila ditelan, dakwa anak bekas presidennya, Faiz Fadzil.
Bagi beliau, Pas tidak kompeten untuk mentadbir negeri-negeri kerana tidak meletakkan agenda kebajikan rakyat dan kemakmuran negeri agenda utama pentadbiran.
Ini adalah kerana banyak lagi masalah rakyat di kedua-dua negeri tidak diberikan perhatian serius.
“Sebagai contoh di kelantan, rakyat Kelantan sudah berpuluh tahun berhadapan masalah air bersih dan sistem bekalan air yang baik gagal diselesaikan sehingga sekarang.
“Walaupun dengan bantuan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM400 juta, namun apa yang menjadi keutamaan kerajaan Pas adalah membeli 14 buah mercedes bagi MB dan Exconya yang bukan keutamaan.
“Ketika kerajaan persekutuan dan negeri lain menggunakan jenis kereta yang lebih murah seperti Proton Perdana atau Toyota Camry, mereka memilih Mercedes.
“Ini menunjukkan Pas tidak prihatin kepada kebajikan rakyat tetapi keselesaan diri sendiri,” katanya.
Perkara ini berlaku ketika Kelantan adalah negeri paling miskin di mana statistik kemiskinan di Kelantan setakat Julai 2019 menunjukkan terdapat 6210 miskin tegar dan 31217 miskin.
Sebagai kerajaan, katanya, menyelesaikan masalah kemiskinan perlu dijadikan agenda utama.
“Berbanding Pulau Pinang, banyak program pembasmian kemiskinan dilaksanakan seperi AES dan bantuan wang tunai kepada warga emas dan ibu tunggal,” dakwa Adun Permatang Pasir, Pulau Pinang itu.
Katanya, Pas juga hanya pandai mengkritik, tetapi tidak mengotakan apa yang dijanjikan kepada rakyat.
“Dahulu Pas mengangkat agenda negara berkebajikan tetapi tidak mengotakannya (walk the talk). Dahulu Pas juga kuat berkempen untuk Buy Muslim First (BMF), tetapi bila memerintah tidak menjadikan kempen ini agenda pentadbiran.
“Pembelian Mercedes tidak menyokong kempen BMF,” katanya.
Pas juga, katanya, gagal mencari idea yang tuntas dalam mencari pelaburan yang tinggi sebagaimana yang berlaku dalam negeri Kelantan dan Kedah.
“Mereka banyak bergantung kepada balak dan tiada model ekonomi yang baik untuk menjana ekonomi negeri dan pendapatan rakyat.
“Mereka tidak sensitif dengan isu alam sekitar dan sanggup membiarkan kerosakan kepada ekosistem alam walaupun tahu Allah melarang manusia melakukan kerosakan kepada muka bumi,” katanya lagi.
Bagi beliau, pembalakan adalah isu penting yang perlu diberhentikan prosesnya kerana ia menyebabkan kawasan bukit digondol yang boleh menyebabkan banjir besar berlaku.
“Kesusahan rakyat tidak dipentingkan, apa yang penting komisyen-komisyen yang akan diterima daripada konsensi balak.
“Baru seminggu jadi MB, kerajaan Pas Kedah terus mengishtiharkan penyelesaian dengan tuntutan pembalak dengan pemberian konsensi balak sedangkan jumlah tuntutan masih belum dibuktikan seolah-olah Pas tunduk kepada tauke, bukan kepada marhaen.
“Di zaman PH, konsensi balak diberhentikan, namun pelaburan yang berjaya dibawa ke negeri tersebut meningkat 3 kali ganda berjumlah RM7.71 bilion tahun 2019 berbanding RM2.3 bilion tahun 2018,” katanya.
Di samping itu, katanya, sebab utama PH memberhentikan pembalakan di Kedah adalah bagi memelihara Ulu Muda yang merupakan punca bekalan air utama rakyat Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
“Jika pembalakan diteruskan, kawasan tadahan air boleh terjejas dan seterusnya mengganggu bekalan air dan rakyat akan hidup merana dalam krisis ini dan menjejaskan sumber pertanian di mana negeri-negeri ini adalah negeri pengeluar utama padi negara.
“Apa akan jadi kepada kehidupan petani yang sediaada miskin, krisis bekalan air jika berlaku akan menambah garam kepada luka mereka.
“Ternyata Pas gagal menilai kepentingan rakyat dan negeri lebih penting daripada kepentingan peribadi sebagai pemerintah,” katanya.
Bagi beliau, apa yang berlaku ini tidak selari dengan Islam dan kemanusiaan.
Katanya, fungsi utama kerajaan adalah menjaga kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara sepertimana kata-kata Presiden Amerika Syarikat ke-3, Thomas Jefferson “the purpose of government is to enable the people of a nation to live in safety and happiness. Government exists for the interests of the governed, not for the governors.”
Allah menyebut tentang kemakmuran negara (baldatun tayyibatun) dalam surah Saba’ ayat 15.
“Nilai tadbir urus baik ini bukanlah agenda pemerintah Pas,” katanya.

Muhyiddin pecat Marzuki dan Akramsyah

Muhyiddin pecat Marzuki dan Akramsyah
Akramsyah dipecat dari ahli Majlis Tertinggi manakala Marzuki dipecat dari Pengerusi Bersatu Pulau Pinang.

Selepas krisis keguguran keahlian Pengerusi Bersatu dan empat lagi ahlinya, kini dua lagi aShli Bersatu dipecat yang berkuatkuasa serta-merta.
Dua ahli tersebut ialah bekas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Akramsyah Muammar Ubaidah Sanusi.
Surat pemecatan yang bertarikh 2 Jun itu dilihat dikeluarkan dan ditandatangani Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam surat pemecatan Marzuki, dinyatakan bahawa Marzuki diberhentikan dari menjawat jawatan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Pulau Pinang.
Manakala Akramsyah pula diberhentikan dari menjawat jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu (lantikan).
Walaubagaimana pun, kedua-dua surat tidak menjelaskan sebab pemecatan keahlian dua ahli tersebut.
Minggu lalu, Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat bersama-sama empat lagi Ahli Parlimen Bersatu.
Mereka antaranya Timbalan Presiden dan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Amiruddin Hamzah; bekas Ahli Majlis Tertinggi (MPT) yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik dan bekas Ketua Armada dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Namun selepas itu, dilaporkan kelima-lima ahli itu tidak dipecat sebaliknya digugurkan keahliannya.

TUN PERLU SEDAR DAN INSAF.



Banyak pendedahan sepatutnya menginsafkan Tun orang-orang yang ada keliling dia tak boleh dipercaya. Mereka hanya nak secebis darinya. Tapi Tun terus berprasangka dengan AI berpuluh tahun lamanya.

BERTAUBATLAH Tun, Kalau DSAI tak bagus, KAMI rakyat akan campak dia seperti mana kami campak Najib, dan sekarang turn Yidin.

YOU CANNOT CONTROL EVERYTHING AND EVERYBODY LA.. DON'T PLAY GOD!

AL KISAH : AIR YANG TENANG ADA BOYA!

Nak cite sikit...

Dulu kan..., masa Tun M nak letak jawatan PM ke-4, 'DIA' dan seteru dia iaitu Najib telah membawa rombongan bas bagi mempengaruhi Tun, bagi dilantik sebagai PM ke-5.

Usaha Kedua-dua jebauk itu telah GAGAL. Malah, Tun (DS Dr Mahathir masa tu) telah memilih Tun Ahmad Badawi sebagai PM. Manakala Jibby pulak di lantik sebagai TPM.

Agenda DIA pun bermula dengan mengapi-apikan Tun M. Berusaha sungguh-sungguh untuk merosakkan reputasi Dollah dan DIA tu sanggup membuat ROAD SHOW bagi menelanjangkan DS Dollah. Tidak tahan lagi dengan kebusukan hati DIA..Dollah pun lepaskanlah jawatan. Dapatlah DIA jawatan TPM tersebut.

Ingatkan DIA tu dah berubah....rupa-rupanya, Najib pulak DIA nak makan. Walaupun masa tu...memang layaklah Najib di pecat tetapi sebaliknya yang berlaku. DIA telah di pecat dari UMNO.

Terhegeh-hegeh lah dia mencari simpati kepada Tun dan pemimpin Pakatan Rakyat (kecuali PAS). DIA berjanji taat setia kepada gabungan yang baharu di bentuk..iaitu PH. Tetapi selepas nama Anwar jugak yang naik...DIA gunakan kepakaran semburit Azmin untuk laga-lagakan Tun n Anwar serta menyusun strategi jahat bagi merampas kuasa.

Dalam masa yang sama..otak jahatnya berjaya MEMBELI dan MERACUNI pemikiran lebai-lebai khawarij dan bekas-bekas pencuri @ penjahat negara..bagi membentuk gabungan PN yang kemudiannya berjaya memecahkan pintu belakang dan menebuk atap demi untuk di gelar sebagai PERDANA MENTERI.

Orang seperti DIA tu..doanya di terima ker?. Sandiwara DIA di hadapan kaca tv lebih mengundang kepada petaka lebih teruk dengan kenaikan kes-kes Covid-19. Solat Jumaat pun dah tiada. Sekolah dan universiti/kolej turut di tutup. Lebih malang...lebih 700,000 orang kini hilang pekerjaan. Dah la raya tahun ni, tak MCM SEMALAM.

Kini..kita patut bersyukur bila ada hati-hati mulia yang sanggup menjatuhkan REGIM 'DIA' yang memberikan jawatan kosong GLC kepada MP-MP yang sudah mempunya kerja dan gaji. Malah, Tarif eletrik mula naik melebihi 45%. Harga minyak (fosil) pun dah mula naik walaupun harga minyak dunia masih di bawah sifar.

MAKA DI SINI, SUKALAH SAYA MENYATAKAN BAHAWA SAYA MENYOKONG AGAR  'DIA' DI JATUHKAN....KERANA 'DIA'..BUKANLAH ORANG BAIK SEPERTI YANG ANDA SANGKAKAN. JANGAN SAMPAI SAYA TULIS PULAK BERKAITAN JUAL BELI ISTERI KE-2 DIA.

Soalan terbaik hari ini..SIAPAKAH 'DIA'?. Tanya jer ni.

Yang benar, ikhlas, jujur, bijak, tampan dan beriman (kpd Allah),

Akmal Hafiz Sidik



BELUM JADI HARI INI



TIDAK BERLAKU HARI INI.AKAN BEELAKU DALAM SEHARI DUA LAGI..DIANJAK...TETAPI  KAPAL TETAP AKAN BOCOR...

HAYAT PN TAMAT SEBELUM JULAI?

SELAGI TUN ADA , MUHYIDDIN SUSAH MENANG?

SIAPA KOMUNIS, SIAPA YAHUDI SUDAH TERDEDAH

UMNO MAHU JATUHKAN MUHYIDDIN?

ORANG TAK MAU,KITA KEBULOQ KUTIP AMBIK..NAMPAK LEKEH AIHHH..

MUFTI PUN DAH JADI PAK LAWAK DAH...


Miqdad Zakaria.


Rakyat mahu Kabinet bersih, jujur - Mufti Perlis | Nasional ...

Mula-mula jawapan DrMaza pun ana dah tergelak.. Yer la.. Orang tanya "adakah selesa dengan kerajaan PN..?" Boleh pulak dia jawab "ada juga tawaran jawatan yang sampai.. tapi saya tolak.."

maknanya benarlah audio mirip suara Muhyidin yang tersebar tengah merancang sebuah kerajaan berasaskan segokan "jawatan" tu yer..?

Ohh hina sungguh kau Maza.. Ingatkan seorang Mufti sepertinya mempunyai jiwa dakwah yang tidak pernah kenal erti mengalah.. Rupanya kena perli dengan Khalid Samad pun boleh koyak..

Masa hang duk kritik orang.. Sedap sangat.. Orang jawab balik.. Mula la duk tuduh orang mempertahankan kafir dan seumpamanya.. Macamlah kita ni jahil sangat.. Dalam sirah.. Nabi tak pernah bela orang kafir ke..?

Ha ha..

Mufti pun dah jadi pak lawak zaman PN ni.. Patutlah kebanyakan agamawan turut jadi badut kepada kebatilan dan kesesatan.. Duk buat hukum dari sumber Cybert Trooper rupanya..

Ha ha..

Selamat Pagi Putrajaya..

😊😊

Video kanak-kanak datang minta bantuan YB Norhizam undang sebak netizen



VIDEO ni nak kata lakonan, aku rasa tak juga, sebab kadang budak seumur 8 tahun ni gagap juga kalau nak suruh berlakon. Aku faham keadaan ini sebab aku berkerja sebagai seorang pendidik dan ini bukan senang kalau nak suruh buat lakonan. Budak ini selain berani, nampaknya dia punya kelebihan tersendiri kerana tidak gagap dalam percakapan kalau nak suruh berlakon.Sikit sikit tu memang la ada tunjuk ajar.

Walau pun YB ni kena kecam bagai, tapi aku rasa dia juga manusia dan ada sikap prihatin dia.YB lain pun banyak juga tolong, tapi ada juga yang suka tunjuk gambar keluarga, jalan jalan cari makan, melancong,almaklumlah dah jadi YB..buruk buruk dia pun kena maki hamun dan dia pun maki hamun orang,ada la juga video dia tolong orang kawasan dia .....yang jadi masalahnya,ada YB  video lain pun tak nampak, yang nampak dengan kawan kawan,makan sana sini , meeting sana sini, lawat sana sini, Tak pula dok tunjuk bagi bantuan ...orang nak tengok..rakyat pun nak tengok juga YB buat kerja..rakyat tak kisah lah keluarga YB dengan siapa siapa anak cucu cicit bagai...tapi kerja kena nampak jalan. Tu saja....dunia sekarang kan...tak nampak video atau gambar, makna kata macam tak da pula kerjanya...









MUNGKIN ADA BERITA PANAS HARI INI...WRLR AKAN MEMBAWA SECEPAT MUNGKIN



ADA BERITA PANAS GAMAKNYA HARI INI...SAMA SAMA KITA TUNGGU

 Andai kata saya perlu letak jawatan sebagai .............., saya akan letak jawatan, demi memperkukuhkan Bersatu, supaya masa sepenuhnya dapat saya tumpukan pada Bersatu. Sebagai SUA pertama saya kenal KB, Srikandi dan Armada. Mengajak dan memujuk ahli-ahli yang ramai di bawah sana supaya tidak berbalah yang hanya akan melemahkan Bersatu. Ada yang dah merajuk, dah nak keluar Bersatu,… saya kata,.. JANGAN LAH BERTINDAK BEGITU!! Please,… BERSATU LAH,…


RENTASAN 688 | PANAS!!! SUMBER DANA RM58 JUTA PRESIDEN MCA UNTUK TAR-UC DIDEDAH?

MENARIK DALAM RENTASAN 688
1. SIAPA SEBENARNYA PEMIMPIN PERIKATAN NASIONAL? 2. BAGAIMANA SOKONG BOLEH MEMBAWA REBAH? 3. POLITIK MALAYSIA SEPERTI PASAR YANG KOTOR 4. PUNCA PRESIDEN MCA DIGELAR DEWA TERJAWAB




BOLEHKAH AHLI PARLIMEN MEMEGANG JAWATAN BERPENDAPATAN?





Pada 12 Mei lalu, Kerajaan Tebuk Atap yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik bekas Menteri Pendidikan Dato' Seri Mahdzir Khalid sebagai Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB). "Tahun lepas, Pengerusi TNB menerima bayaran elaun dan lain-lain berjumlah RM876,790.57 (setahun). Jadi pendapatan Mahdzir setahun akan mencecah RM1 juta!" Kata Ahli Parlimen KEADILAN Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad. Mahdzir dilanda kontroversi apabila terbabit dengan kes pembekalan sistem solar hibrid kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion. Mahdzir adalah saksi pendakwaan ke atas Datin Seri Rosmah Mansor yang menghadapi tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah daripada Jepak Holdings sebagai pertukaran mendapatkan kontrak daripada Kementerian Pendidikan.

TIBA-TIBA PERAMPAS PULA GELAR MANGSANYA GILA KUASA






Anwar dalam kenyataannya mengecam PERIKATAN NASIONAL dalam tatacara mereka mengendalikan syura atau sistem demokrasi itu sendiri. Kata Anwar terdapat orang yang tidak layak diangkat menjadi Ketua, termasuk pihak yang terlibat dalam rasuah. Beliau juga menyindir pemimpin-pemimpin yang disebutnya sebagai pengkhianat, tetapi mengata pihak yang memperjuangkan keadilan sebagai 'gila kuasa'. Kata Anwar, yang penting ialah mengikat komitmen Kerajaan demi rakyat, menolak rasuah, kezaliman dan memartabatkan Islam.

Anwar Ibrahim: Jabatan Perangkaan Malaysia Terkait Kadar Pengangguran Sangat Membimbangkan


Anwar Ibrahim: Soal Tentang Moratorium Bayaran Sewa



Anwar Ibrahim: Ulasan & Pandangan Mengenai Kes Pemandu Mabuk


Adakah Pakatan Harapan bersedia untuk kembali memimpin?

Adakah Pakatan Harapan bersedia untuk kembali memimpin?

TIDAK ABSAH, ANWAR TEKAD TERUS 'GONCANG PN'



Shah nazli ishak

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) wajar dicabar bagi menunjukkan keabsahannya,

Anwar berkata sejak PN ‘merampas’ Putrajaya, mereka gagal membuktikan bahawa ia merupakan sebuah kerajaan yang dibina atas prinsip demokrasi.

“Kerajaan yang ada pada hari ini bukan sahaja kontang keabsahan, malah ia terus melanggar prinsip dan norma demokrasi di negara ini.

“Sehingga hari ini, ia masih gagal membuktikan keabsahannya. Maka amat wajar kerajaan ini terus dicabar dan digoncang dalam ruang lingkup demokrasi,”

Dato Seri Anwar Ibrahim

PN MEMANG DAH GOYANG

PN dah goyang. Baru padan muka...!

Mendapat perkhabaran duka hari ini. Daripada sumber yang rapat dengan Majlis Presiden PH, mereka kini miliki 120 MP yang membolehkan mereka menurunkan PN dari tampuk kuasa.

Yang menyedihkan usaha untuk jatuhkan TSMY tidak akan dibuat menerusi undi tak percaya di parlimen yang dijadualkan pada Julai ini tapi dalam masa terdekat dengan persembahkan SD sokongan para MP di hadapan YDP Agong seperti mana dibuat TSMY sebelum ini.

Yang lebih menyedihkan antara MP yang bakal 'menyeberang' menyokong PH ialah dari parti TSMY sendiri iaitu PPBM dan beberapa MP dari pasukan DS Azmin Ali yang keluar dari PKR tempoh hari. Betul-betul pengkhianat kalau maklumat ini benar. Sungguh tak disangka. Madu diberi dibalas dengan cuka.

Mohon semua penyokong PN berdoa ke hadrat Ilahi agar PN kekal. Semoga mandat YDP Agong ini dipertahan hingga PRU15. Mohon juga TSMY hubungi seorang demi seorang MP dari PN untuk sahkan kesetiaan mereka kepada beliau sebagai ketua kerajaan PN.

JATUH BANGUNNYA PERJUANGAN ANWAR


Anwar Ibrahim: Dari penjara ke istana – Daily Rakyat


"Satu Malaysia ni semua istana saya makan . santapan dengan raja"

"tapi saya juga makan di lokap paling hina"

"pakaian elok , pakaian lusuh , telanjang pun sudah"

"besok kalau Allah takdirkan kamu pemerintah , kamu kena ingat apa erti KEZALIMAN"

"apa erti sakit di PUKUL walaupun kamu TAK SALAH"

"apa erti kamu dizalimi dan dipenjara pada hal kamu di FITNAH"

"apa rasa sengsara Azizah dan anak-anaknya"

"apa erti rasa kamu derita dizalimi BERTAHUN-TAHUN"

ATGNA kata . "Anwar , tidak banyak orang lalui macam kamu . Pemangku Perdana Menteri sudah . bintang ni penuh dah"

"yang kawan saya , sumbat saya dalam penjara . yang lawan saya dulu , tolong bela saya"

"kamu mesti pastikan bila kamu ada kuasa , kamu kenang nasib mereka , setiap rakyat ini kerana tidak ramai orang yang rasa macam kamu rasa . rasa susah derita macam mereka rasa"

"jaga mereka seperti anak-anak kamu sendiri , maka IN SHAA ALLAH kamu menjadi pemimpin yang baik"

- lelaki ini adalah insan yang dinafikan HAK untuk menerajui kepimpinan negara 20 tahun lepas .

- lelaki ini adalah insan yang di AIB kan maruah diri selama lebih 10 tahun hanya kerana mahu MEMBELA rakyat bawahan & membersihkan negara daripada korupsi .

- insan yang dihormati pemimpin negara luar baik ISLAM mahupun BUKAN ISLAM .

- beliaulah pejuang sebenar DEMOKRASI Malaysia .

#Reformasi

Memahami Perlembagaan Negeri Johor


Ahli Parlimen PKR Hassan Abdul Karim desak polis bebaskan pengan*s ...

Dalam kemelut pertukaran kerajaan, pembubaran Dewan Undangan Negeri dan kuasa Sultan.

Di dalam Perkara 23(2) Perlembagaan Johor disebut "The Ruler may prorogue or dissolve the Legislative Assembly."

yang ditafsirkan bahawa Sultan boleh membubarkan Dewan Undangan Johor.

Tetapi Perkara 23(2) ini tidaklah muktamad dan tidaklah boleh berdiri sendiri.Ia hendaklah dibaca bersama Perkara 7(1) Perlembagaan Johor yang menyatakan:

"In the exercise of His function under this Constitution or any law or as a member of the Confererence of Rulers the Ruler shall act in accordance with the advice of the State Executive Council...."

Ini bermakna Sultan tidak boleh dengan secara sendiri membubarkan Dewan Undangan Negeri.Jika Menteri Besar mengadap Sultan dan menasihati Sultan supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri barulah Sultan boleh membubarkan DUN.

Hal yang sama juga terpakai di bawah Perlembagaan Persekutuan di mana Yang di-Pertuan Agong tidak ada kuasa membubarkan Parlimen kecuali dinasihati oleh Perdana Menteri.

Manakala dalam Perkara 7(2) Perlembagaan Johor disebut:

"The Ruler may act in His discretion in the performance of the following function (in addition to those in the performance of which He may act in His discretion under the Federal Constitution) that is to say-

(a)

(b) the withholding of consent to a request for the dissolution of the Legislative Assembly;

(c)....

Perkara 7(2)(b) Perlembagaan Johor menyatakan Sultan ada kuasa budi bicara untuk tidak memberi izin ke atas permintaan untuk membubarkan DUN.

YB Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
3 Jun 2020