Adakah Zahid kembali semata-mata demi ‘Bossku’?

Dalam gaya penuh dramatik, Ahmad Zahid Hamidi semalam, mengumumkan kembali menerajui UMNO selaku presiden setelah bercuti selama enam bulan. 
Adakah beliau akan mengalas semula tugas Ketua Pembangkang Parlimen atau mengakui bahawa Presiden UMNO tidak semestinya perlu menjadi pemimpin UMNO di Parlimen?

Tiga perkara yang perlu diberi perhatian tentang berita kembalinya Zahid daripada bercuti, seperti berikut:

  • Pertama, Zahid kembali mengemudi UMNO beberapa hari selepas beliau dikenakan tuduhan rasuah yang baharu, sekaligus menempa nama dalam sejarah perundangan Malaysia apabila dikenakan 87 pertuduhan jenayah berkaitan rasuah;
  • Kedua, penentangan pemimpin UMNO terhadap keputusan Zahid untuk menamatkan cutinya, seperti yang ditunjukkan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang dilapor berkata bahawa Zahid perlu terlebih dahulu meminta pandangan Majlis Tertinggi (MT) UMNO sebelum kembali menjalankan tugas presiden; dan 
  • Ketiga, campur tangan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang menolak suara-suara penentangan dan membuka jalan seluas-luasnya untuk Zahid kembali menjadi Presiden, malah bertegas bahawa Zahid tidak memerlukan keizinan MT UMNO untuk kembali menerajui UMNO kerana segala keputusan tertaluk secara mutlak kepada kehendak Zahid. 
Adalah menarik untuk kita singkap semula peristiwa yang menyebabkan Zahid mengambil cuti sebagai Presiden UMNO pada enam bulan lalu. 

Zahid merujuk syarat-syarat “hukuman” yang dikenakan terhadap UMNO dan penghinaan yang terpaksa dilaluinya dalam beberapa mesyuarat yang beliau hadiri.

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menempa nama dalam sejarah perundangan Malaysia apabila dikenakan 87 pertuduhan jenayah berkaitan rasuah. – Foto oleh Hasful Zainuddin.
Katanya: “Bukan penolakan secara literal tetapi penolakan untuk penghinaan dan juga suatu tindakan untuk seolah UMNO ini berada di dalam najis mughallazah. Najis ini paling berat sekali, seolah seperti najis binatang-binatang haram,” katanya.

“Ada dua permintaan. Pertama UMNO mesti dibubarkan, ahli-ahli UMNO mesti melompat ke sebuah parti baru. 

“Ertinya sejarah UMNO selama tujuh dekad itu mahu dipadamkan dan oleh kerana kononnya semua rakyat benci kepada UMNO. ‘UMNO rasuah, perompak, penyamun’.”

Akibatnya, beliau terpaksa membayar harga yang mahal kerana bertegas UMNO tidak boleh dibubarkan.

Adakah Zahid kini sudah sedar bahawa segala penghinaan yang diterima itu sebenarnya disebabkan oleh kerja-kerja kotor yang dilakukan oleh pemimpin UMNO sendiri, apabila mereka menggagalkan UMNO dan Malaysia serta bersengkongkol dengan bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam skandal pengubahan wang haram 1MDB dan skandal rasuah lain membabitkan Tabung Haji, Felda, Felcra dan MARA, yang mana membawa malu dan keaiban kepada Malaysia kerana digelar di seluruh dunia sebagai kleptokrasi global?

Adakah Zahid kini memimpin UMNO untuk menunjukkan bahawa pemimpin UMNO sudah menyesal dan bertaubat di atas tindakan keji, malah khianat yang mereka lakukan terhadap negara!

Atau beliau hanya kembali untuk memastikan UMNO kekal sebagai perkakas “Bossku” dan memainkan peranan sebagai proksi “Bossku”, lebih-lebih lagi setelah “Bossku” kini dapat menghidu yang beliau mungkin semakin hilang kawalan ke atas UMNO

Dalam beberapa jam akan datang, rakyat Malaysia akan mengetahui sama ada Zahid akan kembali menjadi Pemimpin Pembangkang Parlimen dan konfigurasi pembangkang baharu di Parlimen! 


PENGANJURKAH CUAI ATAU KEMENTERIAN PENDIDIKAN? DIMANA KREADIBILITI KPM ?

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang berdiri


KAH..KAH..KAH....KEMENTERIAN PENDIDIKAN KENA SABOTAJ ?


Penganjur pertandingan tarian di Perak memohon maaf berikutan dakwaan beberapa peserta yang berpakaian tidak sepatutnya pada satu acara Sabtu lalu.Program ini yang telah dilaksanakan sejak 7 tahun lepas oleh kerajaan Umno/Bn tidak pun menjadi kecoh. Sebab itulah , dikatakan program ini disabotaj gamaknya ? kah..kah..kah ianya diadakan kali ke 7 pada tahun 2017. Makna kata, memang dah lama la benda ni berjalan. Bukanlah baru dibawah kerajaan PH.

Imej mungkin mengandungi: 9 orang, orang senyum, orang berdiri




Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang senyum, teks
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman


Penganjur Perak Muda Medalist Dancesport Competitions 2019 dan 7th Perak Show Dance Champonships 2019, JJ & Alice Danceworld, memohon maaf kerana tidak mematuhi kod pakaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan Persatuan Tarian Malaysia Bersatu (Muda).

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman

Bagaimanapun, penganjur mendakwa bahawa peserta tidak tahu mengenai syarat pakaian, memandangkan mereka tidak dimaklumkan mengenanya.
“Atas sebab yang tidak dapat dijangka, kami sebagai penganjur, gagal untuk memaklumkan kepada para peserta mengenai kod pemakaian.Demikianlah alasan yang diberikan oleh pihak penganjur.
Pertandingan yang menjadi bahan lelucon di media sosial dan mempersalahkan kerajaan PH itu sebenarnya menggunakan lambang KPM dibanner yang mempromosikan tarian tersebut.
Soalnya, siapakah dari Kementerian Pendidikan yang  bertanggungjawab dalam menjaga dan mengendalikan acara ini? masih nak salahkan penganjur? atau memang kena sabotaj atau memang kelemahan. Sebelum itu timbalan menteri dari kementerian yang sama menimbulkan persepsi berkaitan dengan penilaian subjek agama bagi sekolah rendah untuk dinilai oleh semua kaum.
Adakah tugas menteri memantau? Tentu sekali tidak ? Jadi unit atau bahagian manakah yang memantau melalui Kementerian Pendidikan?
Jawapannnya mudah...selagi membiarkan adanya cap Umno Bn di Kementerian, selagi itulah perkara ini akan berulang. Jangan salahkan orang lain atau rakyat jika teguran dan lecehan yang diviralkan ini menjadikan pengendali KPM dilihat lemah.

Sementara itu, penganjur juga memohon maaf atas penggunaan logo Kementerian Pendidikan sebagai latar belakang acara tanpa mendapat nasihat terlebih dahulu dengan kementerian itu.






BERGAMBAR : RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KEADILAN DI PERMATANG PAUH


Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran KEADILAN Pulau Pinang dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Permatang Pauh di Dataran Rakyat Guar Perahu, Permatang Pauh.

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang ramai
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang ramai

BERGAMBAR: ANWAR MERASMIKAN IBU PEJABAT KEADILAN PULAU PINANG



Merasmikan ibu pejabat KEADILAN Pulau Pinang hari ini dan bermesyuarat bersama pimpinan negeri di Bayan Baru, Pulau Pinang.


Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang berdiri dan luaranImej mungkin mengandungi: 5 orang, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri, orang ramai dan luaran
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, orang ramai dan dalaman


Mahu jatuhkan PH, perangai pemimpin Pas macam Abu Jahal – Nik Omar



YANG Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz menyifatkan perbuatan menjatuhkan hukum tanpa sebab munasabah, adalah perangai Abu Jahal dan Abu Lahab.
Ahad lalu, ketika ucapan penggulungan Muktamar Pas ke-65 di Kuantan, Ketua Dewan Ulama Pas, Nik Zawawi Salleh secara terbuka menyuarakan pendirian parti itu bahawa ‘wajib’ menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Susulan kenyataan kontroversi itu, Ustaz Nik Omar berkata, penerangan mendalam perlu dilakukan jika mahu menyebut ‘wajib’ dari sudut politik supaya tidak menimbulkan keresahan kepada rakyat di negara ini.
“Kalau mereka keluarkan kenyataan seperti itu, kita juga boleh sebut bahawa ‘wajib’ juga untuk kita mempertahankan kerajaan yang ada sekarang ini.
“Apabila sesuatu perkara itu disebut ‘wajib’, itu bermakna perkara yang lain akan jatuh hukum sebagai ‘haram’.
“Jadi, jangan hanya sebut wajib dan terhenti setakat itu. Penjelasan secara terperinci perlu dilakukan dan kita juga kena faham maksud Fastabiqul Khairat (berlumba-lumba membuat kebaikan).Imej mungkin mengandungi: 2 orang



“Apabila kita hendak melakukan sebarang kebaikan, kita juga kena mengiktiraf peranan individu dan organisasi lain yang mempunyai tanggungjawab sama untuk membangunkan sesebuah negara termasuk Malaysia,” katanya ketika ditanya media berhubung isu itu.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Yadim, di pejabatnya, hari ini yang turut dihadiri Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yadim.
Mengulas lanjut, Ustaz Nik Omar berkata, kenyataan berkenaan keluar daripada pihak parti politik dan kebiasaanya mereka mahu mendapatkan sokongan rakyat.


Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
“Walau apa pun, kita kena berkerja keras menjalankan tanggungjawab kita sebagaimana tuntutan Allah.
“Pada masa sama, kita juga harus menonjolkan kedudukan masing-masing termasuk di Yadim untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa kerajaan sekarang sememangnya memberi perhatian serius kepada pembangunan negara termasuk pembangunan Islam itu sendiri.
“Contoh paling jelas adalah, kerajaan bersetuju untuk menambah peruntukan pembangunan Islam daripada RM1.1 bilion kepada RM1.2 bilion iaitu pertambahan sebanyak RM100 juta.
“Itu salah satu gambaran jelas dan kami lihat Kementerian (Hal Ehwal Agama) begitu bersungguh-sungguh memastikan cita-cita ini berjaya dengan mewujudkan beberapa kluster utama dan Yadim juga diberi mandat menjayakan kluster dakwah,” tambahnya lagi.

HAZIQ RAYU TUN M AMBIL TINDAKAN


Rayuan seorang rakyat hina mencari keadilan di Malaysia Baru

Kisah saya mungkin sudah diceritakan banyak kali tetapi kali ini saya merayu kepada Tun Mahathir Mohamad untuk mempertimbangkan semula bukti salahlaku Azmin Ali.
Sejak pertemuan pertama dengan insan bernama Azmin tidak pernah terlintas yang kami akan menjadi kawan mesra.
Disebabkan terlalu naif dan mempercayainya sebagai seorang yang memiliki keperibadian tinggi, hidup saya kini sudah terpalit dengan sejarah hitam.
Jika masa depan saya sebelum ini lebih terjamin sebagai seorang penjawat awam di dalam kerajaan Malaysia yang baru, kini saya sekeluarga telah dihukum dan sentiasa berada di ambang ketakutan hanya kerana bercakap benar.
YAB Tun Mahathir, rakyat Malaysia masih menghina saya kerana video pengakuan sebelum ini.
Setelah Hilman datang berjumpa pada waktu siang fikiran saya semakin bercelaru kerana arahan yang telah diberikan olehnya.
Saya disuruh untuk membuat video penafian dan pengakuan tipu bahawa orang kedua di dalam video tersebut bukanlah Azmin.
Saya tahu kedudukan Azmin sebagai seorang menteri dan ahli politik yang berkuasa sebagaimana sering diperkatakan sepanjang tempoh kami mengenali satu sama lain.
Saya berasa amat marah tetapi takut pada masa yang sama kerana sedar tiada siapa yang akan melindungi saya dari pihak berkuasa.
Berpegangkan prinsip berani kerana benar dan berlatar belakang dalam jurusan undang-undang, saya yakin dengan keputusan untuk membuat video pengakuan itu.
Pada waktu itu saya yakin dengan kerajaan Pakatan Harapan sebagai pembela nasib rakyat.
Namun sehingga kini ramai pihak masih sangsi mengapa perlu menyaran SPRM untuk melakukan siasatan atas tuduhan korupsi.
Sewaktu kami intim saya sering mendengar kisah perbelanjaan isteri dan anak-anaknya di mana jumlah yang disebut kadang kala mengejutkan.
Saya juga bekerja sebagai penjawat awam dan saya tahu gaji dan elaun kerajaan dan jawatan politik diterima Azmin tidak mungkin dapat menampung gaya hidup keluarganya.
Kadangkala apa yang diceritakannya membuat saya malu dengan sikap hipokritnya setelah apa yang diperjuangkan parti selama ini.
Hubungan kami pada mulanya berlandaskan sifat kagum dan ingin melakar masa depan dalam karier seperti Azmin. Namun hari demi hari saya mula sangsi dengan hubungan kami.
Video lucah yang telah direkod itu adalah satu perbuatan khianat dan saya telah dijadikan sebagai kambing biri-biri hitam.
Adakah rakyat Malaysia ingat saya begitu cetek untuk menjahanamkan masa depan saya dan keluarga?
Penyebaran video itu telah membuka aib dan saya benar-benar ingin kembali ke jalan yang benar dengan penuh keinsafan sejak dulu tetapi lemah.
Sejak peristiwa hitam ini saya sentiasa menunggu respon Azmin melalui perkembangan media masa.
Setelah melihat sikap ego Azmin yang masih boleh menghadapi khalayak ramai sambil berlagak biasa, saya yakin bahawa video itu telah direkod untuk milik peribadinya dan telah jatuh ke tangan orang yang berhasad dengki tanpa mengira nasib saya dan sekeluarga.
Mungkin bagi Azmin dia sedar akan tetap selamat kerana kedudukan darjatnya yang lebih tinggi jika dibandingkan hidup saya.
Lemparan tuduhan ke atas saya sebagai penfitnah walaupun setelah dikemukakan bukti-bukti yang kukuh masih tidak dapat diterima segelintir pihak hanya kerana Azmin mampu mempergunakan pengaruhnya demi kepentingan diri.
Adalah mustahil jika dilihat secara objektif dan melalui usaha pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan bahawa segalanya adalah tidak sahih.
Saya pinta hentikan Azmin dari terus memperbodohkan semua orang melalui sifat egonya yang merasakan dia bebas dari segala kesalahan.
Saya pinta suara saya didengarkan dan tidak diperlekehkan hanya kerana menentang kata-kata dusta seorang pemimpin yang selama ini digambarkan sebagai bebas dari salah laku lebih diagungkan oleh orang ramai.
Maafkan saya rakyat Malaysia dan saya rayu agar lihatlah peristiwa ini dari sudut pandangan saya sebagai mangsa.
Saya berharap YAB Tun Mahathir dapat bersikap adil dalam hal ini kerana keluarga saya bukanlah dari orang berada dan amat sukar untuk menghadapi masa hadapan.
Saya pinta agar YAB Tun dapat menjaminkan apa yang terbaik buat negara kita.
Yang ikhlas dan benar,
Haziq Aziz
(Dipetik daripada FB Haziq Aziz)

PEMBANGUNAN BUKAN SEGALANYA, RAKYAT DIUTAMAKAN – ANWAR

PERANG DAGANG CHINA – AS MUNGKIN BERAKHIR JULAI?

KERJASAMA UMNO – PAS TAK BERI ANCAMAN KEPADA AMANAH

PENJELASAN LATHEEFA KOYA

Kah..kah..kah...Jangan salah terjun beb.....nanti masuk lokap..




Image result for pakaian tentera najib






Kes Beng Hock: DAP minta penjelasan peguam negara



DAP memohon penjelasan Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung arahannya kepada polis untuk mengklasifikasikan semula siasatan terhadap kematian Teoh Beng Hock.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, beliau terkejut apabila mendapat tahu kes itu kini sedang disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan bagi penahanan secara salah.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu pihak polis sedang menyiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan penahanan secara salah, seperti yang diarahkan oleh Jabatan Peguam Negara.

“Berikutan perkembangan ini, saya telah menulis satu lagi surat kepada (peguam negara) Tommy Thomas pada 25 Jun dan kami sedang menunggu jawapan beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Penghakiman Mahkamah Rayuan pada 2014 memutuskan bahawa terdapat elemen jenayah dan pembunuhan serta pihak yang bertanggungjawab dalam kematian Beng Hock.

Siasatan kes itu sebelum ini dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai atau membunuh tanpa niat.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, beliau sebelum ini telah menulis surat kepada peguam negara pada 23 November 2018 bagi memohon supaya kes kematian Beng Hock dibuka semula selepas mendapat persetujuan Kabinet pada 20 Jun tahun lalu. 

“Peguam negara telah menjawab dalam suratnya pada 4 Disember 2018 bahawa dia telah menulis kepada ketua polis negara pada 17 Julai 2018 untuk berbuat demikian.

“Dalam jawapannya, ketua polis negara menyatakan rasa kesal kerana tidak ada perkembangan dan dia akan menekan polis untuk meneruskan siasatan,” katanya sambil menegaskan kes kematian Beng Hock adalah melibatkan kepentingan awam.

Menurut Menteri Kewangan itu, meskipun telah dibangkitkan beberapa kali dalam mesyuarat Kabinet, tidak ada perkembangan terbaharu dalam siasatan kes itu. 

“Walaupun perkara itu dibangkitkan dalam kabinet beberapa kali, iaitu kali terakhir pada 15 Mei 2019, masih belum ada perkembangan baru,” katanya. 

‘Jajaran LRT Bayan Lepas tak masuk walau sedikit tanah wakaf’


Tapak asal Masjid Sungai Nibong Besar dan tanah perkuburan Islam di situ tidak akan sama sekali terjejas dengan cadangan jajaran transit aliran ringan (LRT) Bayan Lepas, kata Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Katanya, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah bermesyuarat dan bersetuju cadangan jajaran LRT tersebut diletakkan bersebelah dan selari dengan jejambat Jalan Sultan Azlan Shah tanpa menjejaskan kawasan tanah wakaf. 

“Persetujuan ini mengambil kita jejambat LRT yang dicadangkan tidak memasuki walau sedikit pun tanah wakaf kubur dan juga wakaf Masjid (Jamek) Sungai Nibong Besar, baik yang berada di atas tanah, mahupun ruang udara kedua-duanya,” katanya dalam sidang media di Komtar, Pulau Pinang, hari ini. 

Katanya lagi, keputusan itu juga selari dengan fatwa dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

“(Fatwa) itu antaranya, tidak memasuki tapak dan juga ruang udara kubur dan juga tapak masjid oleh sebarang struktur,” katanya sambil menambah projek pembinaan masjid di tapak berkenaan boleh diteruskan mengikut jadual asal. 

Ahmad Zakiyuddin yang juga Exco Hal Ehwal agama Islam, Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat berkata, kerajaan negeri sentiasa komited dan menghormati setiap garis panduan dan hukum hakam Islam yang diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri sebelum membuat sebarang keputusan berhubung projek berkenaan. 

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang kesal dengan apa yang berlaku sekarang merujuk semua jenis penyebaran maklumat, kenyataan media dan sebarang bentuk sebaran melalui apa juga saluran media oleh sesiapa pun yang berniat jahat, bersifat fitnah dan tohmahan tidak berasas tanpa merujuk dan mendapatkan maklumat terkini yang sahih dan tepat dari pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” ujarnya yang juga.

KONTRAK INTERNET SEKOLAH YTL TIDAK DISAMBUNG, KERAJAAN TELUS?