SEKUMPULAN PENDAKWA ERA PM NAJIB BERUNDUR?

TUN M PATUT LETAK JAWATAN SEKIRANYA BELIAU SENDIRI TIDAK PERCAYA KEPADA KABINET YANG BELIAU BENTUK


Jangkaan saya tepat, apabila Tun M sendiri mengakui bahawa perlantikan Lateefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak dibincangkan di dalam Majlis Presiden jauh sekali melalui Kabinet.

Kenyataan PM itu disahkan sendiri oleh Dato' Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung KEADILAN. Ini juga bermakna KEADILAN sendiri tidak dimaklumkan tentang perlantikan mengejut menjelang Aidil Fitri.

Tun M dengan selamba menyatakan bahawa beliau sendiri perlu buat keputusan tanpa rundingan dengan Kabinet bagi mengelakkan beliau terikat dengan keputusan yang beliau hajati. Apakah Tun M mahu mencorakkan kerajaan PH ini sama seperti kerajaan Umno/Bn yang beliau pernah terajui? Apakah Tun M telah bersedia untuk menjadi diktator kembali? Mengapa Tun M berfikir bahawa keputusan melalui perbincangan sesama rakan komponen PH akan menyusahkan beliau?

Tun M seharusnya menghargai kepercayaan rakan-rakan di dalam PH yang mengharapkan beliau berubah dan mampu melaksanakan reform di dalam negara ini apabila PH sebulat suara mengangkat beliau sebagai PM sejurus PH berjaya menumbangkan rejim Umno/Bn. Jangan menghilangkan kepercayaan rakyat kepada beliau. Negara tidak perlu kepada rejim Umno/Bn 2.0.

Apa hebatnya Lateefa Koya sehingga beliau dilantik secara bersendirian oleh Tun M? Wanita yang terkenal dengan sikap emosi dan sering berbicara kasar dan celupar itu dianggap layak mengetuai SPRM? Kita tidak nampak hebatnya Lateefa Koya ini, bahkan sepanjang beliau di dalam parti pun beliau tidak pernah dipilih oleh ahli-ahli parti untuk sebarang jawatan kecuali melalui lantikan. Beliau dikenali di dalam parti hanya kerana "mulut besar'nya itu sahaja.

Ini bukan soal peribadi. Ini bukan soal Lateefa Koya mampu menyelesaikan kes RM90 juta yang dibabitkan dengan Pas atau mampu mencari salah laku pemimpin Umno/Bn. Ini soal ketelusan dan integriti serta maruah PH. Di mana maruah kerajaan PH sekiranya keputusan yang penting ini dibuat secara mengejut oleh satu kepala iaitu Tun M? Apakah Tun M sudah tidak yakin dengan kabinet atau Majlis Presiden?
Kalau Tun M merasa beliau sering ditekan atau diikat di dalam perbincangan di dalam Kabinet mahupun Majlis Presiden, beliau tidak seharusnya malu untuk mengumumkan meletak jawatan sebagai PM dan menyerahkan kepada Anwar.

Kita menerima Tun M sebagai PM kerana kita yakin Tun M akan bekerjasama dengan PH bagi merealisasikan reform ke atas negara ini. Malangnya, sedikit demi sedikit Tun M mahu mengheret PH ke arah cara Umno/Bn.

Tun M dipilih sebagai PM atas perbincangan sesama PH. Susah senang kita tanggung bersama sebelum ini. Mengapa setelah berada di kedudukan PM, Tun M tidak lagi mahu mendengar pandangan rakan-rakan di dalam PH bahkan Kabinet sendiri? Kita beri masa kepada Tun M mengikut masa yang beliau sendiri tetapkan iaitu lebih kurang dua tahun untuk melaksanakan tugas sebagai PM bukannya untuk dia membuat keputusan ikut kepalanya sendiri. Jika beliau beranggapan sedemikian, beliau ternyata silap. PH bukan tempatnya.

Saya mengharapkan Tun M masih waras untuk memikirkan semula keputusan yang telah beliau buat. Tolong hormati pimpinan-pimpinan PH, Majlis Presiden dan Kabinet yang beliau bentuk sendiri. Kalau dengan Kabinet yang beliau bentuk itu pun beliau tidak percaya untuk dibawa berbincang, eloklah beliau letak jawatan.

WFAUZDIN NS

TUN M BINCANG DENGAN SIAPA SEBELUM LANTIK LATHEEFA?


Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mengesahkan perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah merupakan pilihannya.
Beliau juga mengakui tidak berbincang dengan kabinet berhubung perlantikan itu.
“Saya tidak bincang dengan kabinet.
“Biasanya saya buat keputusan sendiri sebab saya tak perlu minta kebenaran kabinet siapa yang harus saya luluskan,” katanya.
Meski demikian, Tun Mahathir berkata, beliau ada berbincang dengan beberapa pihak lain sebelum melantik Latheefa Koya memegang jawatan tersebut.
Siapakah mereka yang Tun Mahathir ajak berbincang itu?
Adakah ia Tun Daim Zainuddin?
Adakah ia anaknya Marina dan Mukhriz?
Adakah ia Azmin Ali?
Adakah ia Ketua Setiausaha Negara?
Siapa? Siapa? Siapa?
Kenapa dalam memutuskan perlantikan memegang jawatan yang begitu penting dalam kerajaan, Tun Mahathir boleh mengenepikan kabinet?
Apakah beliau mengurus kerajaan ini secara bersendirian?
Namun, mengapa pula dalam masa yang sama terdapat beberapa pihak lain diajaknya berbincang sebelum melantik Latheefa Koya itu?
Bolehkah Tun Mahathir mendedahkan siapa beberapa pihak yang diajaknya berbincang itu?
Atau adakah Tun Mahathir fikir beliau sekarang ini bukan kerajaan PH dan beliau masih seperti Presiden UMNO dan Pengerusi BN dahulu? (Shahbudindotcom 05/06/2019)

ADAKAH LANTIKAN LATEEFA MELALUI SALURAN YANG BETUL ?


Malaysia gazette
Image result for maria chin


KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta memberi penjelasan sama ada pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu adalah melalui Jawatankuasa Pemilihan Parlimen mengenai pelantikan Awam Utama.
Itu antara beberapa perkara utama yang diutarakan Maria Chin Abdullah terhadap kerajaan Pakatan Harapan.
Ahli Parlimen Petaling Jaya itu berkata pengumuman bekas ahli biasa PKR serta Pengarah Lawyer For Liberty itu mencetuskan beberapa soalan penting.
Malah Maria juga menyatakan keterujaannya kerana terdapat had penggal dalam pelantikan itu sambil mengharapkan terma itu digunapakai untuk semua institusi utama dan penting di negara ini khususnya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan Suruhanjaya Pilihan Raya.
Ketika ini tiada sebarang had pelantikan ditetapkan untuk jawatan pengerusi SPR sambil menegaskan ia juga harus dilaksanakan apabila terbentuknya Suruhanjaya Aduan Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) kelak.
“Saya juga ingin melihat pelantikan pesuruhjaya baharu Suhakam pada masa akan datang dan proses itu dilaksanakan menerusi secara betul dan telus.
“Ia salah satu langkah untuk menambah keyakinan dan kepercayaan awam terhadap institusi berkenaan,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette
“Saya memanjangkan setinggi tahniah kepada Latheefa berkenaan pelantikannya sebagai wanita pertama menerajui jawatan tertinggi SPRM itu namun ia mencetuskan beberapa persoalan penting.
“Pertama saya nak tanya sama ada pelantikan itu melalui Jwatankuasa Pemilihan Parlimen dalam Pelantikan Awam Utama kerana ia dibentuk untuk pelantikan seumpama (Ketua SPRM) demi memastikan wujud ketelusan dalam soal pelantikan utama.
“Keduanya dalam Manifesto PH sudah menjelaskan ia bercanggah dengan janji politik,” katanya dalam kenyataan terbaharu sambil menggesa Latheefa perlu melepaskan jawatannya sebelum kenyataan pengunduran Latheefa sebagai ahli biasa PKR menyusul dalam Twitternya.

LATHEEFA TINGGALKAN PKR, PERSEPSI TETAP NEGATIF – WILLIAM

JANJI MANIFESTO PH DINODAI LAGI, PERANGAI TUN M SAMA SAJA MACAM NAJIB


Tindakan Tun Mahathir Mohamad melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru dengan jelas telah menodai janji manifesto PH dalam PRU14 yang lalu.
Perlantikan ini adalah pilihan paling buruk di sebalik janji untuk meletakkan SPRM di kedudukan benar-benar bebas kerana Latheefa Koya, seorang peguam adalah bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR.
Walaupun beliau sudah keluar PKR sebaik diumumkan diberikan jawatan baru ini, hakikatnya perangai Tun Mahathir tidaklah berbeza dengan Najib Razak.
Najib sebelum ini dihujani kemarahan rakyat kerana melantik Apandi Ali sebagai Peguam Negara pada 2015 kerana beliau adalah bekas Bendahari UMNO Kelantan serta pernah menjadi peguam UMNO.
Kemudian apabila Najib melantik Madinah Mohamad sebagai Ketua Audit Negara pada 2017, perlantikan itu juga dikecam rakyat kerana suaminya, Rizuan Hamid adalah Ketua UMNO Bahagian Kepong.
Tetapi, dengan melantik Latheefa Koya ini, apakah bezanya perangai Tun Mahathir dengan Najib?
Atau perangai Tun Mahathir sebenarnya lebih teruk lagi berbanding Najib?
Lebih daripada itu, perlantikan Latheefa Koya mengetuai SPRM ini dengan sendirinya menjadikan janji manifesto PH dalam PRU14 lalu untuk meletakkan badan pencegah rasuah itu bebas dengan dinaikkan taraf serta diletakkan dibawah Parlimen hanya tinggal janji kosong saja.
Jika sebelum ini PH begitu bangga dengan dasar tidak mahu melantik ahli politik menjadi pengerusi mana-mana GLC, tetapi meletakkan orang politik menerajui SPRM ternyata suatu tindakan yang jauh lebih buruk lagi.
Ini bukan saja menunjukkan satu lagi janji manifesto dimungkiri di siang hari, bahkan Tun Mahathir nampaknya sedang memusnahkan agenda reformasi yang diperjuangkan PH dan PR sejak 20 tahun sebelumnya.
Keadaan ini dengan sendirinya meletakkan PH dalam keadaan kian bahaya dan semakin hilang sokongan rakyat.
Meskipun ramai yang turut memperkatakan perlantikan Latheefa Koya juga memperlihatkan agenda halus Tun Mahathir untuk menyingkirkan Anwar Ibrahim sebagai bakal penggantinya semakin jelas boleh dibaca, realitinya PH mungkin hancur lebih cepat daripada itu.
Perdana Menteri dengan satu demi satu melakukan sesuatu yang bercanggah dengan PH seperti sedang menghancurkan gabungan dan menyediakan laluan untuk BN berkuasa semula dalam PRU15 akan datang.
Dengan semakin banyak janji dimungkiri, agenda reformasi dinodai dan Tun Mahathir menjadi lebih teruk perangainya berbanding Najib, di mana logiknya pengundi mahu terus memilih PH dalam PRU15 akan datang?
Dalam hal ini, parti-parti gabungan dalam PH mesti cepat mengingatkan Tun Mahathir dan jangan sampai dek kerana ada agenda peribadi yang tersembunyi, yang menjadi mangsa akhirnya ialah PH itu sendiri.
PKR, DAP, Amanah, malah Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu mesti berani bersuara dan menegur Tun Mahathir, bukan saja untuk beliau memenuhi janji dan mematuhi agenda reformasi, bahkan melaksanakan janji peralihan kuasa kepada Anwar yang telah pun dipersetujui.
Semua orang tahu, walaupun Latheefa Koya sudah keluar PKR, tetapi sejak akhir-akhir ini beliau dilihat selalu bercanggah pendapat dengan Anwar dan lebih memihak kepada Azmin Ali.
Dengan itu, apabila Tun Mahathir tiba-tiba melantik Latheefa Koya mengetuai SPRM, hanya beberapa hari setelah beliau mengulangi lagi janji mahu menyerahkan kuasa kepada Anwar, terlihat seolah-olah kata-katanya itu tidak bermakna apa-apa.
Persoalannya, mengapa tidak dilantik daripada kalangan penjawat awam untuk mengetuai SPRM?
Bukankah selama ini semua peneraju SPRM atau BPR sebelumnya adalah daripada kalangan penjawat awam belaka?
Mengapa mesti Latheefa Koya yang jadi pilihan Tun Mahathir? (Shahbudindotcom 04/06/2019)

JHO LOW SUDAH DITANGKAP?



Image result for jho low

Bilionaire playboy yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, Jho Low kini diperkatakan ramai sudah pun ditangkap dan sedang ditahan.
Beliau dikatakan sedang ditahan di suatu tempat dan hanya menunggu waktu yang sesuai, dijangka beberapa hari selepas Hari Raya Aidil Fitri, untuk diumumkan secara rasmi mengenai penangkapannya.
Dilaporkan juga pihak polis sudah pun berada di tempat di mana Jho Low ditahan dan sedang menyoal-siasatnya.
Beberapa hari sebelum ini, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador melahirkan keyakinan Jho Low akan ditangkap dalam waktu terdekat ini.
Beliau memberitahu, pihak polis sudah mengetahui di mana Jho Low bersembunyi dan sedang menunggu waktu yang sesuai untuk menahan dan membawanya balik ke Malaysia bagi menjawab pertuduhan berkaitan skandal 1MDB.
Semalam pula, Abdul Hamid meminta orangramai bersabar berhubung penangkapan Jho Low.
“Macam mana kita bersabar menunggu waktu berbuka puasa, begitulah juga kita perlu bersabar menunggu penangkapan bilionaire itu.
“Satu hari lagi kita genap berpuasa, maka kita perlu bersabar. Begitulah seterusnya dalam waktu terdekat,” katanya lagi.
Kata sumber yang layak dipercayai, keyakinan tinggi yang ditunjukkan oleh Abdul Hamidi berhubung penangkapan Jho Low bukanlah perkara main-main.
“Kenyataan demi kenyataannya berhubung penangkapan Jho Low memberi gambaran bahawa bilionaire tersebut sudah ada dalam kawalan pihak berkuasa dan hanya menunggu masa saja untuk dibawa balik atau diumumkan secara rasmi.
“Jika Jho Low belum ditangkap, tidak mungkin IGP ada keyakinan sebegitu tinggi,” kata sumber itu lagi.
Skandal 1MDB telah menjadi isu besar bagi PH dalam PRU14 sehingga gabungan itu berjaya menumbangkan BN.
Disebabkan skandal 1MDB juga, Najib Razak kini sedang dibicarakan berkaitan dengannya sama ada berkaitan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram.
Jho Low pula, sebaik BN kalah dilaporkan telah bersembunyi di beberapa tempat, antaranya Macau dan China.
Penangkapan Jho Low tentunya merupakan berita gembira buat rakyat Malaysia dalam era Malaysia Baru untuk mengetahui kebenaran skandal 1MDB yang diperkatakan di seluruh dunia itu.
Tanpa keterangan beliau, duduk perkara sebenar mengenai skandal 1MDB tidak akan sempurna jadinya.
Maka, rakyat Malaysia memang menunggu-nunggu dan tidak sabar menanti berita penangkapannya itu.
Apa agaknya perasaan Najib jika penangkapan Jho Low ini benar-benar menjadi kenyataan dalam waktu terdekat ini? (Shahbudindotcom 04/06/2019)

HADI HINA WAN AZIZAH..LIHAT BAGAIMANA SAMBUTAN TERHADAP BELIAU DI PERSIDANGAN OIC


sila ke fb otai BERSIH atau ke Fb saya untuk menonton video




https://www.facebook.com/OtaiBERSIH/videos/599627337210338/

https://www.facebook.com/OtaiBERSIH/videos/599627337210338/?t=65





Ini Video Wan Azizah dalam Sidang OIC.. Dan bagaimana Hj Hadi pernah menghina Wan Azizah masa krisis MB Selangor dulu.. Dituduh tak mampu jadi Pemimpin,tak boleh berbahas.. Sampai boleh bawa ahli PAS masuk Neraka..

Jadi pemimpin PAS nak menghina Mat Sabu tu, Belajar lah bagaimana orang yang dihina tu Allah angkat darjatnya.. Dan orang Menghina itu akhirnya terhina.. Wan Azizah hari ini jadi TPM pertama Wanita di Malaysia, dan ketuai banyak Delegasi negara dalam Dunia antarabangsa hatta sidang OIC..

Boleh tengok bagaimana Wan Azizah disambut di sidang OIC, Bagaiamana dia berbicara di Brussels Belgium dalam Sidang ASEM.. Belum tentu Haji Hadi mampu berinteraksi di dunia antarabangsa seperti Wan Azizah..

Jadi pengajarannya jangan menghina orang..Setiap orang ada kelebihan masing2.. 


RAMAI MELAYU MINAT BELAJAR MANDARIN

DISKRIMINASI PEKERJAAN: NGO MELAYU, CINA BERBEZA PENDAPAT

HORMAT SULTAN, PKR JOHOR TETAP PERTAHAN AKMAL

TERENGGANU MUFLIS JIKA PUSAT GAGAL PANTAU PENGGUNAAN ROYALTI