Pemimpin PKR mahu tarikh akhir rundingan Azmin-PAS





PKR perlu memberikan tarikh akhir sekiranya mahu berbincang dengan PAS, kata seorang pemimpin parti itu ketika berlaku perselisihan berikutan keputusannya untuk berunding dengan PAS.

Anggota Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul berkata tarikh akhir perlu diberikan satu atau dua minggu selepas Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 1 September.
"Kita tidak boleh terus bincangkan perkara-perkara ini sementara pada masa yang sama rakan-rakan Pakatan Harapan (HARAPAN) kita tidak pasti sama ada kita teguh pada gabungan itu," kata Johari kepada Malaysiakini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Anggota Parlimen Selayang William Leong untuk berundur daripada Biro Politik PKR.

Leong tidak bersetuju dengan rancangan parti itu meneruskan rundingan dengan PAS ketika pilihan raya semakin hampir, dengan mengatakan PKR sepatutnya bersedia berdepan pertandingan tiga penjuru melawan parti Islam itu.
Mengulas mengenai mesyuarat Biro Politik berhubung keputusan Leong, Johari berkata Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali telah merayu kepada biro berkenaan untuk memberi peluang kepada parti itu berunding dengan PAS buat kali terakhir.
"Tetapi kami memberikan cadangan balas dengan mengatakan ia mesti dibuat pada peringkat HARAPAN, dan bukan pada peringkat individu.
"HARAPAN mesti tahu apa pendirian kami mengenai perkara itu," kata Johari.



SABAH BAKAL BERUBAH

Alhamdulilah...syukur program berjalan dgn lancar...terima kasih atas gerak kerja wanita dn wirawati sepanggar. Shabas dan tahniah jga buat tuan Md Salleh atas kerja keras sehingga berakhirnya FORUM ini...Amanat MA63 dari Ketua Wira pusat Datuk Aziz jaman .!!!!
Image may contain: 11 people, people sitting and crowd

Image may contain: 7 people, people sitting

Image may contain: 6 people, people sitting and crowd
Image may contain: 2 people, people sitting
Image may contain: one or more people
Selamat pagi warga Sabah. Persoalan yang harus kita tanya ialah KENAPA SARAWAK HANTAR MENTERI & WAKIL KERAJAAN KE LONDON untuk mengkaji MA63? 


Jawapanya ialah SEJARAH kita tidak lengkap. Apabila kita tidak ada sejarah maka anasir luar akan melengkapkan sejarah kita dengan Agenda mereka. Akibatnya Sabah yang lahirnya sebuah Wilayah yang statusnya sama taraf dengan Malaya menjadi sebuah salah sebuah Negeri dalam Malaysia. Kaji balik dan perbetulkan Sejarah kita.

RCI Memali perlu siasat sekali Amanat Haji Hadi


KUALA LUMPUR, 23 OGOS: Pemuda Amanah hari ini mempersoalkan sama ada PAS berani untuk menuntut suruhanjaya siasatan diraja (RCI) menyiasat tragedi Memali secara menyeluruh, merangkumi aspek punca serta elemen asas terjadinya peristiwa berdarah itu.
Persoalan itu dibangkitkan Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Ithnin, memandangkan pihak kerajaan sebelum ini telah membentangkan Kertas Putih berhubung kejadian itu di Parlimen pada 1986 yang antara lain menyentuh mengenai peranan ‘Amanat Haji Hadi’ terhadap tragedi itu.
“Menurut perenggan 15, 16 dan 17 Kertas Putih tersebut, tragedi Memali dipercayai berakar daripada ketaksuban terhadap ‘Amanat Haji Hadi’, merujuk kepada pidato Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Banggol Peradong pada 1981.
“Bahkan lebih spesifik dalam perenggan ke-17, Muhamad Yusof bin Husin mengakui bahawa dirinya berpegang teguh dengan amanat itu dan berfahaman bahawa orang-orang UMNO itu kafir,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Hadi Awang yang mendesak agar RCI berhubung tragedi yang berlaku pada 1985 dan meragut 14 nyawa orang awam dan empat anggota polis di Memali, Kedah itu.
Pemuda Amanah, katanya, berpendirian bahawa siasatan berkenaan – jika dijalankan – perlulah meliputi aspek penting antara lain mengenai kesan ‘Amanat Haji Hadi’ terhadap tragedi berkenaan dan punca yang menyebabkan fenomena takfiri (kafir-mengkafir) merebak.
Selain itu, katanya, siasatan itu juga perlu menjawab persoalan mengenai punca yang mendorong kepada arahan penangkapan Ibrahim Libya, keganasan yang dilakukan pihak polis ketika itu selain langkah yang diambil kerajaan bagi membendung kegiatan takfiri.
“Besar harapan Pemuda Amanah agar RCI ini mampu meleraikan segala kekusutan dan tidak akan dibangkitkan lagi. Sejarah adalah tentang keteladanan dan iktibar daripada satu-satu peristiwa,” tambah beliau.

PEMIMPIN AMANAH TAWAR DIRI JADI SAKSI RCI MEMALI

PAS termakan perangkap UMNO lagi, main isu Memali pula – Tengku Zulpuri


MENTAKAB, 23 OGOS: Situasi kehilangan sokongan akar umbi menyebabkan PAS terpaksa memainkan sentimen kaum dan agama untuk mengembalikan semula sokongan terhadap parti itu, kata Ahli Jawatankuasa DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilapor media baru-baru ini yang membangkitkan isu kepimpinan Melayu dan Islam.
Dalam kenyataannya, Hadi berkata kepimpinan ‘kaum dominan’ haruslah diambilkira menjadi tonggak kepimpinan negara meliputi jawatan kehakiman, keselamatan dan sebagainya.
Namun, Hadi gagal menjelaskan konsep kepimpinan dalam konteks Malaysia sebagai negara pelbagai kaum dan perlu berteraskan amanah, integriti dan keadilan.
“Dalam suasana rakyat tidak lagi mempercayai PAS, isu-isu Melayu dan agama akan di mainkan.
“Hadi akan menggunakan apa sahaja untuk menyakinkan akar umbinya supaya apa yang diperjuangkan PAS di eranya adalah betul dan adalah perjuangan Islam yang sebenar,” kata Adun Mentakab itu.
Tengku Zul yang juga Ketua Pembangkang Pahang berkata, keterdesakan politik UMNO dan PAS yang dilihat sangat ketara saat ini menyebabkan kedua-dua parti itu menjalinkan kerjasama.
Kerjasama UMNO-PAS itu katanya termasuk tindakan PAS yang dilihat ‘bekerjasama’ dengan UMNO membangkitkan semula isu Memali yang berlaku lebih 30 tahun lalu.
“UMNO kini menggunakan PAS untuk memainkan semula isu Memali kerana mungkin mereka telah sedar umbi mereka tidak memihak kepada mereka lagi.
“Tiada jalan lain untuk menagih simpati daripada akar umbi PAS supaya mereka berdendam dengan Tun Mahathir kononnya telah ‘membunuh’ orang yang tidak berdosa.
“Isu perkauman dan agama penting untuk mereka (UMNO) terus berkuasa malah saya tidak menolak kemungkinan wujudnya cubaan menangkap pemimpin pembangkang seperti DAP yang didakwa pelbagai dakwaan,” ujar beliau.
Kerjasama tersebut katanya lagi merupakan ‘perangkap’ kepada PAS memandangkan UMNO dan kepimpinan Najib Razak sedang berhadapan dengan dakwaan penyelewengan puluhan bilion ringgit membabitkan dana pelaburan negara 1MDB

Hukuman penjara 18 bulan terhadap Rafizi kekal




Hukuman penjara 18 bulan terhadap Rafizi kekal


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi mengekalkan sabitan bersalah dan hukuman penjara 18 bulan ke atas Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli kerana mendedahkan halaman 98 laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mac lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan yang dikemukakan Rafizi terhadap sabitan dan hukuman penjara 18 bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 14 November lalu.
Mahkamah bagaimanapun melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Pandan itu daripada pertuduhan memiliki laporan audit berkenaan yang juga dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan sebelum ini.

 Mahkamah turut membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman pemenjaraan itu bagi memberi peluang Rafizi melalui peguamnya Gobind Singh Deo merayu di Mahkamah Rayuan.

Pada 14 November tahun lepas, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Mohd Rafizi yang menghadapi dua pertuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Hukuman tersebut diperintah berjalan serentak, sebelum Rafizi memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.

Mengikut pertuduhan pertama, Rafizi didakwa memiliki satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24 Mac 2016, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun.

Bagi pertuduhan kedua pula, Mohd Rafizi, turut didakwa mendedahkan kandungan laporan tersebut dalam sidang media di tempat dan masa sama pada 28 Mac 2016, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.


TUBUHLAH RCI, SIASAT SEMUA ORANG – TUN M

WILLIAM LEONG LETAK JAWATAN BIRO POLITIK BANTAH RUNDINGAN PKR – PAS

HARAPAN tidak akan ikut gaya BN bangunkan kawasan luar bandar Johor


JOHOR BAHRU, 23 OGOS: DAP dan parti komponen lain dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak akan meniru cara kerajaan Barisan Nasional (BN) membangunkan kawasan luar bandar, kata Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor, Mahdzir Ibrahim.
Ini kerana, katanya, daerah Pengerang di Kota Tinggi, Johor, sebagai contoh, dibangunkan secara sambil lewa oleh kerajaan BN sehingga industri pengeluaran udang kara yang terkenal di kawasan luar bandar itu merudum dan terjejas.
“Kawasan luar bandar yang menghijau seluas 22,500 ribu ekar, kini bertukar menjadi kawasan asing khususnya bagi penduduk asal Pengerang yang telah mendiami kawasan tersebut sejak ratusan tahun dahulu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Malah, katanya, projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang yang melibatkan pelaburan berjumlah RM60 bilion dengan pendapatan berjumlah RM250 juga hanya “indah” di atas kertas ekoran prestasi tidak menentu industri petroleum.
“Jika dilihat pada impak projek ini kepada penduduk, rupa-rupanya ia hanya indah khabar dari rupa. Penduduk yang dijanjikan dengan pelbagai peluang pekerjaan dan kediaman yang lebih selesa, hanya tinggal janji.
“Majoriti para nelayan, hanya mendapat bantuan kerajaan negeri sebanyak RM1,000 setiap kali menjelang hari raya aidilfitri, pada masa yang sama punca pendapatan mereka sebagai nelayan telahpun hilang selama-lamanya,” ujarnya.
Kata Mahdzir, janji untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada anak tempatan di Pengerang juga tidak dilaksanakan kerajaan BN apabila buruh dari negara luar diambil untuk bekerja.
“Janji kerajaan untuk menyediakan kediaman baru, rupa-rupanya penduduk kampung kena beli rumah yang dijanjikan tersebut, bukan percuma.
“Wang untuk membeli rumah tersebut, datangnya dari hasil pampasan penjualan tanah orang kampung dengan harga yang murah. Bertambah payahlah nasib penduduk kampung,” ujarnya.
Tambahan pula, katanya, rumah yang dibina bagi penduduk di kawasan luar bandar tersebut tidak disiapkan dengan sempurna dan tidak mengikut masa yang ditetapkan.
“Sejak tahun 2015, terdapat kes yang dilaporkan oleh media bahawa beberapa pemilik rumah dari kalangan penduduk kampong yang datang dari 8 kawasan Pengerang yang baru mendiami rumah tersebut menghadapi masalah apabila rumah baru itu retak dan pecah-pecah.
“Ini amat berbeza dengan kediaman komersil dikawasan sekitar yang cukup mahal harganya, tidak mampu dibeli oleh para penduduk asal Pengerang,” ujarnya.
Mahdzir berkata, DAP tidak mempunyai agenda yang serupa seperti kerajaan BN dalam membangunkan kawasan luar bandar.
“Kami tidak sanggup membangunkan kawasan luar bandar dengan cara sedemikian.
“Sebaliknya, DAP dan rakan-rakan parti HARAPAN, PPBM, PKR dan Amanah akan bersama-sama membangunkan kawasan luar bandar dengan cara yang lebih berhati-hati.
“Ia adalah dengan cara memastikan kelestarian alam berkekalan, kebudayaan serta warisan dipelihara dan kehidupan desa yang lebih nyaman dan terus terbela disamping impak ekonomi yang lebih mapan dan adil,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menuduh DAP dan parti komponen HARAPAN  tidak akan mengutamakan pembangunan luar bandar jika berjaya merampas Putrajaya kelak. 

Situasi Johor sudah ranum untuk ditadbir HARAPAN


JOHOR BAHRU, 23 OGOS: Mesyuarat Pakatan Harapan (HARAPAN) peringkat negeri Johor hari ini mengumumkan struktur kepimpinannya bagi memperkukuhkan persiapan untuk merampas pentadbiran negeri berkenaan daripada UMNO-Barisan Nasional (BN).
Perkara itu diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yasin yang sebulat suara dipilih untuk menerajui HARAPAN Johor sebagai pengerusi.
“Manakala kesemua ketua-ketua (atau pengerusi) parti-parti (komponen HARAPAN) peringkat negeri dilantik sebagai timbalan pengerusi,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PPBM Johor di sini sebentar tadi.
Mereka adalah Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, Pengerusi PKR Johor, Hassan Abdul Karim; Pengerusi PPBM Johor, Datuk Dr Shahruddin; dan Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan.
“Setiausaha HARAPAN Johor adalah Datuk Osman Sapian iaitu Setiausaha PPBM Johor. Bendaharinya adalah Gan Peck Cheng daripada parti DAP,” ujarnya.
Selain itu, menurut Muhyiddin, HARAPAN Johor turut bersetuju untuk melantik Salahuddin Ayub yang juga Timbalan Presiden Amanah sebagai Pengarah Pilihan Raya di peringkat negeri.
“Yang akan membantu beliau (Salahuddin) adalah Timbalan Pengarahnya iaitu Ir Nasir dari PPBM,” ujarnya.
HARAPAN Johor juga, kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu, telah memutuskan untuk membentuk Biro Penerangan dan Mobilisasi yang akan diketuai oleh Suhaizan Kayat daripada Amanah.
“Selain itu, Biro Tawaran dan Dasar (diketuai) Dr. Ramakrishnan daripada DAP, Biro Perpaduan (diketuai) Kuzan Abu Bakar daripada PKR, Biro Guaman (diketuai) Jimmy Pua daripada PKR, Biro Ekonomi dan Pembangunan (diketuai) Mazlan Bujang daripada PPBM,” katanya.
Suhaizan, Dr. Ramakrishnan dan Kuzan pula masing-masing akan dibantu oleh Sheikh Omar daripada DAP, Zulkifli Ahmad (Amanah), dan Ir Khairuddin Abd Rahim (Amanah).
Muhyiddin berkata, mesyuarat yang dipengerusikan beliau sebentar tadi turut membincangkan mengenai persiapan pilihan raya.
“HARAPAN Johor yang saya pimpin berpendapat bahawa situasi dan keadaan yang ada di peringkat negeri Johor ini sudah sampai ke tahap matang untuk HARAPAN mengambil alih sampai pilihan raya yang akan datang nanti.
“Dan ini berdasarkan kepada fakta, data dan juga tinjauan-tinjauan yang telahpun kita buat sejak beberapa tahun dan bulan kebelakangan ini. Maka sebab itu strategi untuk HARAPAN negeri Johor ialah untuk menawan negeri Johor daripada UMNO-BN,” tegasnya.

Lawan Umno-Pas disamakan menentang Melayu Islam hujah terdesak


Khalid Samad02
Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Samad menegaskan, bukan sekadar Umno dan Pas sahaja parti politik yang mewakili orang Melayu dan penganut Islam di negara ini seperti yang digembar-gemburkan.
Menurutnya, AMANAH, Bersatu, PKR dan DAP juga dipimpin dan dianggotai ramai Melayu Islam sekaligus menjamin masa depan golongan majoriti rakyat berkenaan jika Pakatan Harapan (PH) diberi mandat menjadi kerajaan pusat.
"Bersatu, AMANAH, PKR bukan Melayu? Dalam DAP, 15 peratus daripada ahlinya Melayu Islam.
"Kalau lawan Umno-Pas menentang Melayu Islam. Ini satu hujah terdesak nak pertahankan Umno-BN guna sentimen Melayu Islam," ujarnya dalam ceramah Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi di Telok Emas, Melaka baru-baru ini.
Beliau berkata, kesedaran palsu bangsa dan agama yang dimainkan hanya untuk mempertahan rejim kleptokrasi sedia ada yang pada masa ini menyaksikan sejumlah fail mahkamah dibuka oleh banyak negara luar.
"Nabi pesan akan datang selepas diriku mereka adalah penipu, melakukan kezaliman. Maka sesiapa yang mengiyakan pembohongan mereka dan membantu mereka dalam kezaliman mereka, dia bukan daripada aku dan aku bukan daripada dia.
"Tapi sekarang ini tidak boleh (lawan) walaupun zalim sebab dia Melayu Islam, kena dipertahankan. Macam mana ni? Seolah-olah Umno-BN dan Pas sahaja Melayu Islam? Agama, bangsa diperalat untuk mempertahankan rejim yang zalim," bidasnya.
Mengulas sikap pimpinan Pas mutakhir ini yang dilihat banyak menyebelahi kerajaan Umno-BN, Ahli Parlimen Shah Alam itu berpendapat parti yang dianggotainya lebih tiga dekad itu semakin hilang punca.
"Tidak boleh jatuhkan kerajaan Melayu Islam, haram kecuali kalau ditukar kepada Pas. Ini 'fatwa' baru. Terbaru ini, tidak boleh jatuhkan kerajaan Islam, nasihat dengan cara baik, jangan malukan dia (Umno).
"Itu hujah cara Umno dulu. Tiba-tiba parti lama saya bawa. Parti lama saya sudah tidak tentu. Kiri pun tidak, kanan, tengah pun tidak. Tidak tahu mana dia mahu pergi.
"Saya dengan Pas ini 32 tahun, lebih daripada separuh hayat cuba jadikan Pas parti yang bawa risalah Islam agar boleh diterima masyarakat umum.
"Jangan jadi parti Islam yang hanya tahu gaduh dengan bukan Islam sebab Islam ini untuk seluruh manusia," luahnya.
Tambah Khalid, Pas sebelum ini tetap pendirian dengan bertindak dalam usaha menentang ketidakadilan rejim Umno-BN bukan sekadar berdoa dengan berharap situasi menjadi lebih baik.
"Islam tidak ajar begitu (berdoa tanpa melawan). Seolah-olah ajaran Islam itu berdoa. Dulu parti lama saya tolak, sekarang bawa pula fahaman begitu," tegasnya lagi dalam program anjuran AMANAH Kawasan Kota Melaka itu.