Jubah saja cantik tapi hati busuk, selar bekas pimpinan Pas

ARIF ATAN

Saifudin Nasution mengangkat sumpah sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau PinangSaifudin Nasution mengangkat sumpah sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang
Pelantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat tidak disenangi pihak Pas.
Portal rasmi parti itu, Harakahdaily kelmarin menyiarkan artikel bertajuk "Saifuddin 'penimbang tara' kepentingan DAP?" dengan antara lain mendakwa jawatan tersebut bermotif kepartian bukan demi kepentingan rakyat.
Memulakan artikel sebanyak 16 perenggan itu dengan terjemahan Surah Al-Imran, penulis Izwan Abdul Halim menuduh pelantikan tersebut sebagai "dedak yang ditabur supaya individu atau pihak dilantik akan terikat."
Mengulas artikel yang dilihat membenci DAP itu, bekas Exco Pemuda Pas, Zulhazmi Shariff yang menjadi ahli DAP sejak Jun 2015 menyifatkan pandangan tersebut "sudah seperti tulisan Awang Selamat di Utusan (Malaysia) yang penuh dengan syak wasangka, prasangka buruk dan busuk."
"Dalam ramai-ramai yang mengucapkan tahniah, ada juga yang mengutuk, mengata, mempersoal dan yang paling syahdu ialah HarakahDaily melalui wartawan kurang sukunya Izwan Abdul Halim," bidasnya.
Beliau turut menganggap Pas cenderung bersikap menghukum terhadap sebarang perkara yang bukan berkaitan dengannya sebaliknya menghalalkan apa sahaja yang diperoleh.
"Dasar busuk hati lebai. Bila orang lain dapat semua tak kena. Bila orang lain buat semua tidak halal tapi jika mereka dapat, mereka buat, yang tidak halal akan jadi halal hanya kerana mereka lebai dan pandai memutarbelit ayat suci dan hadith," ujarnya dipetik dari status Facebook beliau hari ini.
Zulhazmi selanjutnya berhujah dengan mempersoalkan pelbagai jawatan yang dinikmati Pas di Selangor selain pernah diperolehi di Pulau Pinang serta dalam pertubuhan tertentu yang berkaitan dengan kerajaan Umno-BN.
"Di Selangor, mereka diberikan jawatan penting di GLC dengan gaji puluhan ribu. Mereka dilantik menjadi Ahli Majlis. Di Pulau Pinang dulunya ketika mereka hanya satu kerusi pun mereka diberikan pelbagai jawatan. Paling seronoknya dalam keadaan mereka pembangkang, mereka dapat jawatan dalam NGO atau agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan pimpinan Umno Najib.
"Tak rasa ka Umno bagi jawatan tu sebagai 'dedak'? Tak rasa ka Azmin bagi jawatan dan kekalkan jawatan diGLC Selangor itu juga sebagai "dedak". Waaaaaa kami tak apa la sebab dasar kami Islam. DAP buat baik pun masuk neraka sebab dasar tidak Islam. Dengki, busuk hati. Jubah saja cantik tapi hati busuk," bidasnya lagi.
Dalam hal berkaitan, tinjauan Malaysia Dateline terhadap penyiaran artikel itu mendapati rata-rata netizen turut mengkritik sikap pimpinan Pas pada masa ini yang dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Antaranya, Abdul Rahman Hashim yang menganggap pelbagai muslihat strategi pimpinan Pas sejak tujuh tahun lalu kini telah terdedah.
"Segala 'tembelang' busuknya strategi yang dimainkan oleh HH (Haji Hadi) dan konco-konconya sejak 2009 lagi telah terbongkar dan sampai sekarang tidak berani bersemuka dengan G18 mahupun menafikannya secara terbuka berdebat/wacana.
"Dengan sedikit habuan dunia dengan berbekalkan falasafah 'walak' yang ditanam kepada penyokong Pas ... memudahkan Dr Zuhdi memainkan peranan untuk mengucar-kacirkan Pakatan Pembangkang (PR) yang dibina semasa era TGNA (Tuan Guru Nik Aziz)," ujarnya.
Sementara itu, Mohd Rahim pula menulis, "Allah hukum Abdul Hadi Awang kerana engkar arahan Rasul-Nya. Manusia bernama Abdul Hadi Awang dah celaka negeri Kelantan & Terengganu."
Pemerhatian Malaysia Dateline juga mendapati Harakahdaily tidak melaporkan sebarang berita berkaitan pelantikan Saifuddin bagi jawatan berkenaan.

10 gambar menarik Operasi Banjir Amanah di Kelantan


Ustaz Hasanudin mengetuai pasukan bantuan banjir Amanah dari pusat.Ustaz Hasanudin mengetuai pasukan bantuan banjir Amanah dari pusat.

Banjir melanda lagi di Kelantan. Sesetengah pihak mendakwa, banjir kali ini sama besar dengan tahun 2014 lalu untuk sesetengah tempat khasnya di Rantau Panjang.
Parti Amanah Negara (Amanah) nampaknya bersiap sepenuhnya kali ini bagi membantu mangsa banjir.
Mereka membuka bilik gerakan utama di Kubang Kerian serta bilik operasi di Rantau Panjang.
Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamad telah diamanahkan mengetuai operasi ini manakala Pengerusi Biro Kebajikan Amanah Pusat, Ustaz Hasanudin Mohd Yunus menggerakkan jentera bantuan dari pusat.
Turut turun bertemu mangsa banjir adalah timbalan presiden parti baru itu, Salahudin Ayub.
Berikut adalah gambar-gambar menarik mengenai operasi ini.
Che Ibrahim mengetuai Operasi Banjir peringkat negeri Kelantan. Mereka bermesyuarat mengatur operasi bantuan.Che Ibrahim mengetuai Operasi Banjir peringkat negeri Kelantan. Mereka bermesyuarat mengatur operasi bantuan.
Datuk Husam juga turun membantu mangsa banjir.Datuk Husam juga turun membantu mangsa banjir.
Salahudin Ayub juga turun ke Kelantan bagi melihat sendiri keadaan sambil menyampaikan bantuan. Salahudin Ayub juga turun ke Kelantan bagi melihat sendiri keadaan sambil menyampaikan bantuan.
Hasanudin dan isteri mengharungi banjir bagi menyampaikan bantuan.Hasanudin dan isteri mengharungi banjir bagi menyampaikan bantuan.

Hasanudin mengharungi air banjir menuju ke rumah mangsa banjir untuk menyampaikan bantuan.Hasanudin mengharungi air banjir menuju ke rumah mangsa banjir untuk menyampaikan bantuan.
Hasanudin menyampaikan bantuan kepada mangsa yang tidak berpindah walaupun keadaan sekeliling sudah tenggelam.Hasanudin menyampaikan bantuan kepada mangsa yang tidak berpindah walaupun keadaan sekeliling sudah tenggelam.
Sekolah Pasti dan bangunannya turut tenggelam dalam banjir kali ini.Sekolah Pasti dan bangunannya turut tenggelam dalam banjir kali ini.

Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan mengharungi air sambil membawa barangan bantuan untuk dihantar kepada mangsa banjir.Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan mengharungi air sambil membawa barangan bantuan untuk dihantar kepada mangsa banjir.
Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan juga turun ke Kelantan bagi menyertai operasi bantuan.Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan juga turun ke Kelantan bagi menyertai operasi bantuan.

HARI INI NIK AMAR MENGELUARKAN KENYATAAN MENYATAKAN AMANAH AKAN BERSEKONGKOL DENGAN UMNO..SEBENARNYA KEHADIRAN AMANAH ADALAH UNTUK MENGELAK KELANTAN JATUH KE TANGAN UMNO...SUDAHLAH ISU HUDUD TERIAK TANGIS UMNO MENYOKONNYA..KINI ISU TANAH BALAK MASAALAH BANJIR YANG MASIH BELUM SELESAI


BAGAIMANA PULA JIKA UMNO MEMAINKAN PERANAN MENYATAKAN BAHAWA MEREKA JUGA SOKONG HUDUD DI KELANTAN..DAN LIHAT RUU355 YANG AKHIRNYA BUKAN PAS AKAN MEMBENTANGKANNYA , TETAPI AKAN DIAMBIL ALIH OLEH UMNO UNTUK MEMBENTANGKANNYA DIDALAM DEWAN NANTI.






SABARLAH DULU USTAZ....


Dalam satu sidang media pagi semalam, Pas dengan bangganya mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan mega berkaitan Akta 355 di Dataran Merdeka, pada 18 Februari depan.

Dillaporkan bahawa seramai 300 ribu orang dijangka akan menghadiri perhimpunan tersebut yang bermula jam 3 petang hingga 11 malam.
Alternatif lain ada, tapi kita yakin dapat Dataran Merdeka, ujar Tuan Ibrahim tanpa ragu-ragu.

Himpunan yang disokong oleh ratusan NGO itu turut juga menjemput parti-parti politik lain, sama ada yang menyokong, mahu pun yang tidak bersetuju dengan Akta 355 itu.

Ketua Penerangan Pas, Nasharuddin Hassan diberitakan memberitahu, selain DAP dan Amanah, "malaikat" pun dijemput sama untuk menaungi dan memberi rahmat kepada program tersebut.

Perghhh....
Bagaimanapun, petang semalam juga Datuk Bandar Kuala Lumpur menegaskan Pas tidak akan dibenarkan menggunakan Dataran Merdeka untuk mengadakan perhimpunan itu.

Tidak dan tiada rundingan, kata Mhd Amin Nordin.

Agaknya Pas sedikit terlupa bahawa perhimpunan Akta 355 adalah berbeza dengan perhimpunan Bersih yang sudah beberapa kali diadakan sebelum ini di Dataran Merdeka, itu pun tanpa kelulusan rasmi, apabila dengan penuh yakin menyebut tempat yang sama sebagai lokasi program anjuran mereka.

Perhimpunan berkaitan Akta 355 bukanlah perhimpunan yang boleh dianggap perhimpunan rakyat, ia adalah anjuran parti politik dan sudah tentu Dataran Merdeka bukanlah tempat yang wajar untuk mengadakannya.
Lagi pun, Pas masih lagi dalam kedudukan sebagai parti pembangkang, meskipun berkawan rapat dan dua tiga kali sudah "berdating" dengan UMNO.

Apakah Pas merasakan oleh kerana ia  berkawan baik dengan UMNO dan sudah dibawa sampai ke London untuk bercakap mengenai Akta 355, maka seolah-olah ada keistimewaan untuk menggunakan Dataran Merdeka?

Sabarlah dulu Ustaz....(SH 08/01/2017).

Asal-usul fitnah kaitkan DAP dengan komunis





Penipuan yang diulang-ulang mampu menjadikan ia diterima sebagai kebenaran. Keadaan ini dikenali sebagai ‘illusory truth effect’ yang mula mendapat perhatian pakar-pakar psikologi pada tahun 1977 seiring munculnya Pink Floyd, Johnny Deep, Ramones, Santana dan banyak lagi-anda namakannya sendiri.
Mungkin akan lebih difahami jika saya katakan, teori itu wujud sejurus Amerika Syarikat tewas dalam perang di Vietnam yang berakhir pada 1975.
Tujuh tahun kemudian iaitu pada 1982, filem First Blood-Rambo muncul. Siri-siri Rambo, selain hiburan seisi keluarga, ia dilihat sebagai langkah menangani persepsi negatif dunia ke atas Amerika yang tewas kepada angkatan bersenjata rakyat Vietnam.
Kejayaan palsu Amerika di Vietnam itu diulang-ulang, afirmasi dalam bentuk filem dan laporan berat sebelah media antarabangsa sehingga kita percaya bahawa Amerika telah menang perang di Vietnam dan dia adalah hero dunia dari komunisme. Inilah auta terpimpin.
Teori ini berkembang dan boleh saya sifatkan sebagai contoh klasik yang telah menjadi nadi kepada asas pengiklanan produk atau perkhidmatan dalam ekonomi pasaran bebas.
Kita tidak boleh menolak hakikat bahawa pembohongan yang diulang-ulang mampu mengubah tanggap dan kepercayaan tetapi tetap tidak mampu mengubah fakta dan realiti sebenar.
Komunis oh komunis
Perkara yang sama berlaku dalam senario politik tanah air. Suka saya sebut mengenai nasib malang yang menimpa DAP, khususnya orang lamanya, pakcik Lim Kit Siang.
Baru-baru ini isu basi mengaitkan DAP dan komunis dijelmakan semula. Dalam satu perkongsian seorang peguam di twitter, belliau mendakwa ada individu memuat naik poster dalam aplikasi Whatsapp mengaitkan Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin DAP dengan pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng dan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew.
Selain Kit Siang, pemimpin lain yang dikaitkan mempunyai pertalian keluarga dengan Chin Peng itu ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok; Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua; Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke; Timbalan Setiausaha Agung, Datuk Ngeh Koo Ham; Penolong Bendahari, Nga Kor Ming dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
Apapun dakwaan itu, sejak tertubuh pada tahun 1966, DAP sudahpun digambarkan sebagai ‘komunis’ oleh musuh politiknya.
Ini bukanlah perkara baharu dan ini adalah contoh klasik bagaimana sesebuah pembohongan diulang-ulang. Ia adalah ‘pengiklanan ilusi’ besar-besaran jentera propaganda Umno-BN.
Apapun pembohongan yang dilontar, Lim Kit Siang tetap bukan sepupu Chin Peng. Ini fakta sebenar!
“Chin Peng atau nama lainnya Ong Boon Hua berketurunan Hockchia dan dilahirkan di Sitiawan pada 21 Oktober 1924.
“Lee Kuan Yew adalah seorang bersuku Hakka dan dilahirkan di Singapura pada 16 September 1923.
“Saya pula berketurunan Hokkien dan lahir di Batu Pahat pada 20 Februari 1941! Bagaimana mungkin boleh kami jadi sepupu!” katanya dalam satu kenyataan.
Fitnah besar yang berlaku ke atas DAP dan pemimpinnya bukanlah sesuatu yang asing memandangkan imiginasi palsu itu sengaja diulang-ulang untuk memberi gambaran buruk kepada DAP.
Meski dihujani tuduhan jahat, DAP tetap sebuah parti yang sah di sisi undang-undnag negara dengan komitmennya yang tidak berbelah bahagi menjunjung Perlembagaan Persekutuan.
DAP dituduh komunis, BN pula bagaimana?
DAP dituduh komunis, ironinya, kerajaan Malaysia menjalinkan hubungan baiknya dengan negara China yang berfahaman komunis.
Kemesraan hubungan kerajaan BN yang diterajui UMNO bersama Parti Komunis China (CCP-China Communist Party) membuahkan hasil apabila semakin banyak tanah dan kepentingan negara ‘diusahakan’ oleh syarikat-syarikat gergasi China.
Ini bukan satu lagi rahsia. Ia dapat dilihat apabila Perdana MEnteri Datuk Seri Najib Razak  mengumumkan penjualan 486 ekar bandar Malaysia kepada sebuah konsortium yang diketuai sebuah syarikat China pada harga RM12.35 bilion.
Malaysia juga telah menandatangani 14 perjanjian melibatkan pelaburan bernilai lebih RM143 bilion meliputi ekonomi, pertahanan, pertanian, pendidikan, kewangan dan sektor pembinaan.
Penglibatan besar China juga dapat dilihat dalam pembangunan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion!
Anehnya, sewaktu semua keadaan ini berlaku, DAP dituduh komunis…
BN tidak berani nafi kepayahan rakyat
Apapun dakwaan dan pengulangan fitnah ke atas DAP, realiti sebenar yang tidak dapat dinafikan sesiapa; rakyat semakin terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.
Daripada menaiki kereta, rakyat memilih menaiki motorsikal malah berbasikal atau menggunakan pengangkutan awam lain demi secalit rasa bahagia menjelang hujung bulan.
Semakin ramai juga kalangan kita melakukan dua pekerjaan bagi menampung kenaikan petrol, ikan, sayur, keperluan harian dan GST!
Selain itu, media mendedahkan wujudnya semakin banyak pusat-pusat judi haram dan penipuan pelaburan seperti skim cepat kaya. Ini semua menifestasi kedudukan ekonomi negara yang lemah.
BN tidak akan berani menafikan bahawa rakyat, anak-anak muda negara ini sedang bertarung untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik, malah semakin ramai golongan muda terpaksa berhijrah ke negara lain demi kehidupan yang lebih terjamin.
Namun, di sebalik cabaran dan rintangan yang terpaksa ditanggung. Kita tetap menaruh walau setitis harapan supaya Malaysia kembali pulih. –Roketkini.com

ANTARA SAIFUDDIN DENGAN NASHARUDDIN, SIAPA MAKAN DEDAK?


Bukannya apa..setelah gaduh dengan DAP, ramai yang tersingkir dari pelbagai jawatan walau pun menang hanya 1 kerusi..tetapi kerana pakatan rakyat, kerajaan negeri mengambil banyak ahli Pas menjadi JKKK..bila disebut bab Nasaruddin, sehingga kini tidak ada tindakan diambil sedangkan ianya jelas apa yang diterangkan Nasaruddin penyatuan Melayu...lihat video ini walau berulangkali walaun tetap menyatakan Amanah makan dedak DAP....





PKR dan DAP adalah dua daripada tiga parti yang menganggotai Pakatan Harapan. Satu lagi parti yang turut menjadi anggota Pakatan Harapan ialah Amanah.

Apabila Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dilantik sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada DAP, lidah rasmi Pas iaitu Harakahdaily menyifatkannya sebagai "dedak" untuk mengikat PKR.

Itulah dedak yang ditabur supaya individu atau pihak yang dilantik akan terikat, kata tulisan itu lagi.
Di mana logiknya lantikan itu adalah dedak yang bertujuan mengikat sedangkan PKR dan DAP sudah saling bersama, bekerjasama dan mempunyai ikatan rasmi dalam Pakatan Harapan?

Lebih dari itu, dalam kerajaan negeri Pulau Pinang sendiri, wakil PKR sudah pun diberi jawatan Timbalan Ketua Menteri dan beberapa Exco sejak 2008 lagi.

Yang demikian, apa peliknya jika seorang lagi wakil PKR diberi jawatan penting dalam kerajaan negeri?

Bandingkan pula dengan Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas dan masih merupakan ahli Pas yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global  sejak 2015 lagi.

Yayasan tersebut ditubuhkan oleh Najib Razak atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri daripada UMNO dan BN yang bertujuan untuk memupuk semangat kesederhaan.

Sebelum itu, jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global disandang oleh Saiffudin Abdullah, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi setelah tewas dalam pilihanraya 2013.

Saifuddin  Abdullah melepaskan jawatan apabila membuat keputusan meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR. Maknanya, Saifuddin sedar prasyarat memegang jawatan itu ialah sama ada ahli UMNO atau mesti menyokong Najib.
Berbeza dengan perlantikan Saifuddin oleh Lim Guan Eng dalam kerajaan negeri Pulau Pinang di mana PKR dan DAP saling mempunyai ikatan rasmi, sebaliknya perlantikan Nasharuddin oleh Najib dalam keadaan Pas dan UMNO tidak mempunyai sebarang ikatan persefahaman langsung.

Jadi, siapa sebenarnya sedang ditabur dedak bertujuan untuk mengikat? SH 06/01/2017).

APAKAH PAS SUDAH MULA LEMBUT HATI UNTUK BERKOMPROMI?

Apabila RUU 355 kini diambil alih oleh Umno untuk dibentangkan..Pas ternyata di pergunakan sahaja dalam isu ini.Pas juga gagal menyatakan pendirian jelas terhadap berbagai tindakan najib terutamaya dalam soal 1 MBD dan skandal lainnya sebagaimana yang dijelakan Hadi untuk menjadi penasihat kepada kerajaan.Pas tidak boleh mendabik dada ketika bersama parti lain sehingga mendapat beberapa kerusi dan negeri.Malahan peristiwa pemecatan Anwar yang telah di garap dengan cantik oleh Ustaz Fadzil Noor dan Tok Guru Nik Abdul Aziz menjadikan Pas mendapat temmpat dikalangan berbagai bangsa yang memberikan sokongan kepada parti itu. Kini ianya akan berubah 100% apabila bulat nekad  bersendirian.




http://cikguzain.blogspot.my/2015/07/pas-di-selangor.html





Pas hari ini memberi amaran kepada parti-parti pembangkang  lain untuk sama-sama berbincang mengenai kerusi bagi menghadapi PRU 14 akan datang.

Pesuruhjaya Selangor yang juga Naib Presiden Pas, Iskandar Abdul Samad berkata, sekiranya parti-parti lain boleh bersetuju untuk pertandingan dua penjuru, Pas sedia menghormatinya.

Namun, sekiranya ia tidak berlaku, beliau seakan memberi amaran bahawa "sama-samalah kita menanggung akibatnya."
Apakah "ajakan untuk sama-sama berbincang"  itu menunjukkan Pas sudah mula berlembut sikapnya dan amaran "sama-samalah kita menanggung akibatnya" pula sebagai isyarat pelawaan untuk berunding dengan baik?

Apakah ia dengan sendirinya menandakan Pas tidak lagi berpegang kepada blok ketiga Gagasan Sejahtera yang diumumkan sebelum ini?

Memang bagus jika Pas sudah bersikap terbuka dan sedia berunding baik-baik sesama parti pembangkang lain untuk mencapai matlamat satu lawan satu, sesuai dengan kedudukan dan matlamat bersama parti-parti pembangkang untuk menumbangkan UMNO dan BN.

Cuma, jika benar Pas sama-sama ingin mengalahkan UMNO dan BN, janganlah diletak syarat yang bukan-bukan sebelum perbincangan diadakan, terutama berkaitan 70 kerusi yang seolah-olah tidak boleh langsung untuk dikompromi.

Yang penting, dalam usaha menyelamatkan negara dan mengalahkan UMNO dan BN serta menyingkirkan kepimpinan Najib Razak yang sudah menukar demokrasi kepada kleptokrasi, bukanlah berapa banyak kerusi yang ingin ditandingi, sebaliknya banyak mana yang boleh dimenangi melalui kerjasama yang dipersetujui.

Tidak guna bertanding banyak kerusi jika banyak juga yang kalah akhirnya. Biarlah berkompromi asalkan jumlah kerusi yang dimenangi memuaskan hati dan matlamat yang ingin dicapai menghasilkan kejayaan. (SH 02/01/2017).

Felda rugi: Najib, Umno kena tarik balik ucapan dasar PAU


Mahfuz OmarMahfuz Omar
Krisis yang melanda Felda hari ini sangat bertentangan dengan ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016, kata ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
"Najib cuba menimbulkan ketakutan bangsa Melayu kononnya jika Umno BN kalah PRU14 ini maka DAP yang akan menerajui kerajaan Malaysia dan Cina DAP yang akan jadi Perdana Menteri.
"Bila Cina DAP jadi PM dan terajui kerajaan Malaysia maka habis semua institusi Melayu dan Islam akan ditutup termasuk agensi-agensi seperti Felda akan ditutup.
"Ternyata ucapan tersebut adalah satu 'kurafat' yang ditanam untuk memperbodohkan bangsa Melayu khususnya ahli Umno sedangkan apa yang berlaku kini terhadap Felda adalah kerana ketidakcekapan mengurus," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, Felda yang berada dalam keadaan tenat serta tidak setabil dan saham Felda Global Venture Holdings Bhd (FGVH) yang jatuh ke paras rendah menimbulkan kerisauan peneroka dan rakyat tentang krisis pengurusan kewangan Felda.
Ini katanya, ditambah lagi dengan pembelian 37 peratus saham Syarikat Eagle High Plantations (EHP) yang dimiliki PT Rajawali Capita dengan kadar harga dua hingga tiga kali ganda melebihi harga pasaran.
Pembelian Felda ini menggunakan syarikat khas milik penuh Felda iaitu FIC Properties Sdn Bhd (FICP).
"Pembelian saham EHP dengan kadar harga yang tinggi tidak menjadikan FICP sebagai pemegang saham yang mempunyai kuasa pemutus atau kuasa pengawal dalam pengurusan EHP kerana majoriti saham EHP tetap dipegang PT Rajawali Capita walaupun FICP memiliki 37 peratus saham syarikat itu.
Mahfuz mempersoal jenis plan perniagaan yang dilakukan oleh Felda apabila pembayaran RM2.26 bilion hanya sekadar menjadikan FICP pemegang saham minoriti (minoriti share holder) yang besar dalam kalangan pemegang saham minoriti dan tidak memiliki kuasa untuk pengawal pengurusan.
"Sepatutnya FICP hanya perlu membayar pada harga RM826 juta sahaja. Apa yang berlaku FICP membayar 173% atau RM1.43 bilion, lebih dari harga sebenar.
"Adakah titik akhir RM1.43 bilion berakhir dalam akaun peribadi Malaysian Official One (MO1) sebagai 'derma' dari Felda?
"Kebimbangan dan kerisauan warga Felda dan rakyat Malaysia sekarang ialah apakah ini skandal 1MDB part 2 yang akan meranap ekonomi Malaysia".
"Di samping itu EHP juga terkenal sebagai sebuah syarikat perladangan yang gagal menjual stok sahamnya sejak Julai 2012," jelasnya.
Justeru kata Mahfuz, tindakan menyalahkan bangsa Cina dan DAP atas perbuatan jenayah yang dilakukan pimpinan Umno adalah satu perbuatan yang memalukan bangsa Melayu dan umat Islam.
"Adakah Najib sedar bahawa reputasi beliau sebagai perdana menteri akan rosak, selain menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada peneroka Felda yang dipujuk untuk melabur dalam saham FGVH?
"Tindakan perwakilan Umno bersama ahli Majlis Tertinggi meluluskan dan menerima ucapan dasar Najib dengan tepukan gemuruh suatu tindakan yang bodoh dan merelakan diri diperbodohkan oleh Najib.
"Ternyata sebelum Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan BN tumbang pada PRU14 nanti, Felda yang menjadi tulang belakang 'institusi kebanggaan bangsa Melayu' terlebih dahulu sedang dirobohkan oleh Umno bersama Najib," katanya.
Beliau mencadangkan Umno mengadakan sidang khas untuk membawa usul bagi menarik balik kelulusan dan penerimaan ucapan dasar dan membawa usul baharu menolak ucapan dasar tersebut.
"Apa yang sedang berlaku pada Felda pada hari ini mewajar dan mewajibkan untuk seluruh rakyat khususnya bangsa Melayu menolak Umno BN pada PRU14 demi menyelamatkan kelangsungan kuasa politik Melayu yang bermaruah, beretika dan beramanah bagi menegakkan kerajaan 'Malaysia Baru' tanpa Umno BN," katanya.

TAHUN BARU RAKYAT IALAH AZAM TUKAR KERAJAAN



TAHUN BARU, AZAM BARU, KERAJAAN BARU


Hari ini adalah hari terakhir tahun 2016 dan esok akan bermulalah lembaran baru tahun 2017. Selamat tinggal 2016, selamat datang 2017.

Sebagaimana biasa, apabila tiba saja tahun baru, ramai orang mula memasang azam dan impian baru. Dalam semua azam dan impian baru itu, keseluruhannya adalah inginkan keadaan yang lebih baik bagi diri mereka bersama hadirnya tahun baru.

Begitulah lumrahnya manusia kerana setiap orang inginkan sesuatu yang lebih baik bagi diri sendiri, kerjaya, keluarga, anak-anak dan sebagainya.

Dalam konteks kita sebagai rakyat Malaysia, kita juga sebenarnya perlu memasang azam dan impian baru bersama kedatangan tahun 2017. Ini kerana tahun 2016 lalu telah meninggalkan luka dan sengsara yang bukan sedikit kepada rakyat yang cintakan kebenaran serta keadilan.

Kemelut 1MDB masih lagi tidak menampakkan sebarang cahaya, meskipun di Singapura sudah tiga orang dihukum penjara dan dua buah bank turut ditutup kerananya.

Di Amerika, bukan saja harta-harta yang terkait dengan dana 1MDB yang didakwa dilencongkan sudah mula memasuki kamar mahkamah untuk proses penyitaan, bahkan "Malaysia Official 1" juga disebut secara nyata menerima AS$731 juta atau lebih RM3,000 juta daripadanya.

Duit RM2,600 juta yang kononnya derma dan RM42 juta daripada SRC International yang masuk ke akaun peribadi Najib, meskipun diakui oleh empunya badan sendiri, sebaliknya yang dipecat dan diganti ialah Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Felda yang terus rugi beribu-ribu juta dan peneroka yang semakin sengsara langsung tidak diambil kira dengan membeli pula ladang di Eagle High di Indonesia dengan harga RM1.43 bilion lebih tinggi daripada harga pasaran semasa.

Ringgit terus merudum, hutang meningkat dan harga barang-barang kian melonjak yang sekaligus memberi makna tidur malam rakyat tidak lagi senyenyak tahun-tahun sebelumnya.

Dalam masa yang sama, hutang negara ditambah lagi dengan penganugerahan projek-projek kerajaan kepada syarikat negara China, tidak saja melalui konsep "buat dulu bayar kemudian", malah juga diperkatakan oleh pakar-pakar dengan harga yang berlipat kali ganda tingginya.

Terbaru, lemahnya ekonomi negara turut dizahirkan melalui dividen ASB yang paling rendah dalam sejarah sejak ia diwujudkan.

Jika mahu disenaraikan, banyak sekali luka dan parut 2016 yang membuatkan rakyat berasa sedih, sengsara dan menangis. Negara kita pada hakikatnya tidak mungkin menjadi lebih baik jika terus dipimpin oleh Najib dan barisan menteri yang sedia ada kerana mereka sendiri bergantung kepada kuasa UMNO untuk menentukan masa depan mereka.

Oleh kerana mereka sendiri pun berharap kepada kekalnya kuasa UMNO untuk menyelamatkan kedudukan dan masa depan daripada segala onar yang telah dilakukan, tentulah mustahil untuk mereka mampu memberi yang lebih baik buat rakyat.

Dengan yang demikian, apakah azam dan impian yang paling baik bagi rakyat Malaysia?

Jawapannya tidak lain ialah perlunya sebuah kerajaan baru untuk melindungi kita semua dan menyelesaikan semua masalah-masalah yang disenaraikan di atas tadi. 

Tanpa kerajaan baru, bukan saja masalah lama tidak akan diselesaikan, bahkan ia akan ditutup dengan mencipta masalah baru yang lebih besar lagi bebannya untuk ditanggung oleh rakyat.

Bermula esok, sempena tahun baru 2017, selain kita memasang azam dan impian baru untuk diri sendiri, kerjaya, keluarga dan anak-anak, menjadi kewajipan juga untuk disematkan sama azam serta impian kepada kelahiran sebuah kerajaan baru bagi Malaysia.

Azam dan impian kepada kerajaan baru itu perlu sentiasa diperkukuhkan dalam hati setiap rakyat kerana PRU 14 paling mungkin akan diadakan pada tahun 2017.

Azam dan impian untuk diri sendiri, kerjaya, keluarga serta anak-anak kadangkala akan menjadi lebih mudah untuk dicapai dengan adanya sebuah kerajaan baru.

Selamat tahun baru kepada semua pembaca dan penjenguk blog ini, selain berazam baru, jangan lupa juga perlunya kepada sebuah kerajaan baru. (SH 31/12/2016).

MUKA TAK MALU....

Tahun 2014 masih menjadi ingatan buat rakyat bila banjir besar melanda ..dia jumpa dan main golf bersama Obama...bini pulak shooping di merata tempat..dan juga dikesan di Thailand...Tahun ini sama juga...guna duit dan hak kerajaan macam harta sendiri...Setakat inilah..aku tak jumpa lagi PM teruk cam ni..Mahazalim pun  tak nampak anak anak guna harta kerajaan macam harta keturunan mak bapak sendiri...malu la sikit.

Beberapa  lebai nak nasihat pun dengar cerita sama juga ...pergi meeting di Bandung..yang itu kena tanya Husam Musa..Rakyat Kelantan nak tenggelam tok ketua ke Bandung mesyuarat...ha..ha..ha..



Rakyat berang minyak naik, Najib sekeluarga bercuti di Australia


Gambar di Instagram Norashman, anak lelaki perdana menteri menunjukkan mereka sedang bercuti di AustraliaGambar di Instagram Norashman, anak lelaki perdana menteri menunjukkan mereka sedang bercuti di Australia
Ketika rakyat mengeluh dengan kenaikan harga petrol dan diesel sehingga ada terpaksa beratur panjang di stesen minyak menjelang tahun baharu 2017, lain pula halnya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekeluarga yang tersenyum riang menikmati percutian panjang di Australia.
Demikian juga banjir yang sedang melanda di Kelantan dan Terengganu sehingga mengakibatkan sesi persekolahan di kawasan terjejas terpaksa ditunda, anak Najib, Mohd Norashman seronok berswafoto bermain golf, menonton persembahan penguin dan berbasikal.
Lokasi percutian keluarga Presiden Umno itu dapat dikenal pasti apabila Norashman menghantar sejumlah gambar berkaitan aktiviti liburnya di Instagram bersama tag "#perth", ""#goldcoast"dan "#meadowsprings".
Dalam perkongsian beliau semalam di Instagram misalnya, Norashman yang juga fasih berbahasa Cina itu memberitahu berbasikal dengan ayahnya.
Pada masa sama, portal berita Malaysiakini dalam laporannya malam tadi turut mendedahkan data penerbangan pesawat kerajaan Malaysia jenis Airbus A319 berpandukan laman pengesanan penerbangan Flight Aware.
Pesawat kerajaan Malaysia jenis Airbus A319 merentasi Australia serentak dengan tarikh percutian keluarga PMPesawat kerajaan Malaysia jenis Airbus A319 merentasi Australia serentak dengan tarikh percutian keluarga PM
Maklumat tersebut termasuklah ketika pesawat dengan nombor pendaftaran 9M-NAA itu terbang merentasi Australia yang serentak dengan tarikh percutian keluarga Najib.
Pesawat 9M-NAA berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya pada 22 Disember pukul 12.07 malam dan tiba di Gold Coast pada 10.06 pagi.
Dari Gold Coast, 9M-NAA berlepas pada tarikh yang sama pukul 11.47 pagi dan tiba di Brisbane pada 12.09 tengah hari.
Akaun Norashman di Instagram kemudiannya menunjukkan anak bongsu Najib itu bermain golf di Gold Coast pada 23 Disember diikuti keesokannya melawat Sea World Gold Coast.
Selanjutnya pada 26 Disember, Malaysiakini melaporkan 9M-NAA berlepas dari Brisbane pukul 9.11 pagi dan tiba di Gold Coast pukul 9.35 pagi.
Pada hari sama juga, 9M-NAA berlepas dari Gold Coast pukul 12.22 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 2.47 petang.
Seterusnya, Instagram atas nama Norashman pada 28 Disember memaparkan anak Najib itu bermain gitar dalam sebuah bilik di Perth dan esoknya dilihat berbasikal di Perth.
Akhirnya, pada 30 Disember, Norashman bermain golf di Golf Meadow Springs & Country Club di Mandurah, sejam perjalanan dari Perth.
Sementara itu, tinjauan Malaysia Dateline di akaun rasmi Facebook Najib lewat malam tadi mendapati ramai warga internet mengecam keputusan kerajaan menaikkan harga RON 95 sebanyak 20 sen, RON 97 (15 sen) dan diesel 20 sen berkuatkuasa mulai 1 Januari.
Deretan #20sen membanjiri ruangan komentar pada Facebook Najib yang dilihat sebagai menyindir kenaikan harga bahan api itu selain sindiran netizen antaranya Bi Isma menulis, "Selamat tahun baru Najib. Terima kasih hadiah tahun baru ini. Naik 20 sen seliter apalah sangat pada kita, kan?"
Turut membidas Hemaraj Balachandran, "Happy New Year. Thanks for the 20 sen"; Simon Riley pula secara sinis menyebut, "Salam 20 sen" manakala Gn Winnie mengucapkan, "Selamat menyambut tahun barang naik tanpa gaji naik."
Namun, pada masa sama #RespectMyPM turut memenuhi ruangan berkenaan yang sebahagian besarnya datang daripada akaun palsu seperti lazim berlaku sebelum ini.


PAS BELUM FAIL SAMAN TERHADAP SARAWAK REPORT