Peserta baharu tiba, himpunan hari kedua hebat
Makluman: Gambar yang dikatakan pndemo memijak gambarHadi dan Najib adalah satu fitnah.Sehingga demontrasi ini berjalan...aku tidak nampak ada yang melakukan demikian , malah lebih tertumpu kepada hasrat mahukan kerajaan yang bersih cekap dan amanah...ini yang pendemo nak lakukan.
Jika perkara ini berlaku di luar dari kawalan,atau superimpose maka tidak perlu melatah. Perlu disiasat terlebih dahulu .Isu kaum yang ramai..memang benar..cumanya kali ini kaum Tiong Hua lebih ramai hadir,Dari Masjid Negara hampir 10k pendemo Melayu hadir. Jika 20000 peserta anggaran kaum Melayu dalam 20k dan lebih sedikit.
Rata-rata yang hadir adalah anak muda dan peniaga , malahan ada yang tidak hadir sebelum ini, hadir malahan yang menjadi jutawan dan mereka merasakan bahawa polisi Najib dalam mencari pelaburan dan peluang baru hampir tiada. Duit nilai telah merudum malahan tidak laku di China , Arab dan beberapa negara lain menurut seorang peniaga.Ramai yang mula memindahkan simpanan mereka ke Singapura.
Gambar gambar akan di terbitkan dalam akhbar Suara Keadilan minggu hadapan.
Peserta baharu tiba, himpunan hari kedua hebat
Dari Masjid Jamek kelihatan lebih kurang 1000 orang yang baru tiba dan berarak menuju ke Dataran Merdeka untuk menyertai para peserta yang lain.
Sebahagian dari peserta Bersih 4 ini telah bermalam di sepanjang jalan, kaki lima dan khemah di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak termasuk beberapa pemimpin seperti Mat Sabu, Lim Kit Siang, Tony Pua dan beberapa pemimpin lain.
Masuk hari kedua ini, warga Bersih masih kelihatan bersemangat dan masih kekal meneruskan matlamat masing-masing menyertai himpunan tersebut yang utamanya menuntut perdana menteri Datuk Seri Najib meletak jawatan.
Sebelum ini pihak polis telah mengistiharkan perhimpunan Bersih 4 ini adalah haram dan memberi amaran kepada rakyat Malaysia untuk tidak hadir.
Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi juga turut mengharamkan kepada sesiapa sahaja berpakaian kuning dan yang memiliki tulisan Bersih 4.
Walaubagaimanapun, majoriti rakyat Malaysia yang telah membanjiri bandaraya Kuala Lumpur telah berpakaian kuning dan bertulisan Bersih 4.
Setakat ini juga, peserta Bersih 4 telah memberi kerjasama sepenuhnya dengsn pihak polis dengan berhimpun secara aman dan tiada sebarang provokasi dari mereka.
Himpunan Bersih 4 ini dijangka akan berakhir pada 11.59 malam ini dan mencukupkan 34 jam rakyat Malaysia berhimpun.
Jika perkara ini berlaku di luar dari kawalan,atau superimpose maka tidak perlu melatah. Perlu disiasat terlebih dahulu .Isu kaum yang ramai..memang benar..cumanya kali ini kaum Tiong Hua lebih ramai hadir,Dari Masjid Negara hampir 10k pendemo Melayu hadir. Jika 20000 peserta anggaran kaum Melayu dalam 20k dan lebih sedikit.
Rata-rata yang hadir adalah anak muda dan peniaga , malahan ada yang tidak hadir sebelum ini, hadir malahan yang menjadi jutawan dan mereka merasakan bahawa polisi Najib dalam mencari pelaburan dan peluang baru hampir tiada. Duit nilai telah merudum malahan tidak laku di China , Arab dan beberapa negara lain menurut seorang peniaga.Ramai yang mula memindahkan simpanan mereka ke Singapura.
Gambar gambar akan di terbitkan dalam akhbar Suara Keadilan minggu hadapan.
Peserta baharu tiba, himpunan hari kedua hebat
Peserta baharu tiba, himpunan hari kedua hebat
on:
Hari kedua perhimpunan Bersih 4 masih ramai lagi peserta berada dan tidak berganjak dari sekitar tempat berhimpun.Dari Masjid Jamek kelihatan lebih kurang 1000 orang yang baru tiba dan berarak menuju ke Dataran Merdeka untuk menyertai para peserta yang lain.
Sebahagian dari peserta Bersih 4 ini telah bermalam di sepanjang jalan, kaki lima dan khemah di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak termasuk beberapa pemimpin seperti Mat Sabu, Lim Kit Siang, Tony Pua dan beberapa pemimpin lain.
Masuk hari kedua ini, warga Bersih masih kelihatan bersemangat dan masih kekal meneruskan matlamat masing-masing menyertai himpunan tersebut yang utamanya menuntut perdana menteri Datuk Seri Najib meletak jawatan.
Sebelum ini pihak polis telah mengistiharkan perhimpunan Bersih 4 ini adalah haram dan memberi amaran kepada rakyat Malaysia untuk tidak hadir.
Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi juga turut mengharamkan kepada sesiapa sahaja berpakaian kuning dan yang memiliki tulisan Bersih 4.
Walaubagaimanapun, majoriti rakyat Malaysia yang telah membanjiri bandaraya Kuala Lumpur telah berpakaian kuning dan bertulisan Bersih 4.
Setakat ini juga, peserta Bersih 4 telah memberi kerjasama sepenuhnya dengsn pihak polis dengan berhimpun secara aman dan tiada sebarang provokasi dari mereka.
Himpunan Bersih 4 ini dijangka akan berakhir pada 11.59 malam ini dan mencukupkan 34 jam rakyat Malaysia berhimpun.
PAS SEMAKIN GANJIL
Pas semakin ganjil
Oleh: Dr Hamzah Jaafar
Secara zahirnya, kita nampak Pas mula jadi ganjil semasa meletakkan calon-calon di 6 daripada 7 kawasan PRU 13 yang mengakibatkan pertndingan tiga penjuru.
Tak kira pandangan negatif atau positif, Langkah Kajang telah mbongkar wajah pimpinan Pas yg sebenar.Dari menolak keputusan AJK Pas Pusat, hingga keluar kenyataan yang menghina Presiden Parti rakan.
Senario 1 : ‘ Wan Azizah tak ada kebolehan memimpin ‘- disambut redha oleh Wan Azizah. Wan Azizah dan PKR tidak melenting balik, malah mempamirkan sikap Islami terpuji.
Senario 2 : ‘ Hadi mungkir janji dan ponteng mesyuarat ‘ – disambut oleh Pimpinan Pas dgn putuskan hubungan dgn Dap, sekaligus menguburkan PR.
Jika dikira dari segi timbangan berat, 2-2 senario sama-sama berat.Tapi PKR masih boleh lapang dada, agaknya krn mereka tau politik.
Apabila Pas putus hubungan dgn Dap, secara sedar atau tidak, Pas telah membuat satu keputusan trajis:
PR berkubur, Pas pecah 2, G18 keluar Pas, GHB terbentuk, PR 2.0 bakal wujud, dan Pas kemungkinan besar jadi parti solo.
PR berkubur, Pas pecah 2, G18 keluar Pas, GHB terbentuk, PR 2.0 bakal wujud, dan Pas kemungkinan besar jadi parti solo.
Dari apa perkiraan pun, Pas paling rugi-imej tercalar, Cina tak nak undi, Pas balik kampung.
Dgn keluarnya GHB, ianya bukan ‘ pembersihan’ tapi pendarahan ‘.
Tak pasti, putus dgn Dap ini merupakan satu keputusan reaksi emosi, atau agama atau politik.
Yg pasti ia tak bawa untung kpd politik negara yg dibawa PR.
Yg pasti ia tak bawa untung kpd politik negara yg dibawa PR.
Kerana pindaan mahkamah syariah(bukan hudud), habis bagai bende yg baik yg terbina selama ini rosak.
Dari sejarah, kita tahu Pas tak menang bila ia jadi solo.
Walaupun ada yg berkata Pas kuat bila sendirian, ttp sejarah tidak mbuktikannya.
Walaupun ada yg berkata Pas kuat bila sendirian, ttp sejarah tidak mbuktikannya.
Makin masa berlalu, Pas makin menjadi ganjil. Dgn kenyataan-kenyataan yg seiras suara Umno. Kenyataan pra-matang, marah-marah, keras dgn politik aku lebih suci, politik angkuh sehingga Pas sendiri keliru dgn kenyataannya sendiri.
Nak kawan/lawan dgn PKR, taknak Bersih 4.0, sekejap pujuk, sekejap halau GHB dan sebagainya. Ditambah lagi dgn gelaran kasar dan tak bersopan.
Nak kawan/lawan dgn PKR, taknak Bersih 4.0, sekejap pujuk, sekejap halau GHB dan sebagainya. Ditambah lagi dgn gelaran kasar dan tak bersopan.
Sudah sekian lama, tidak kedengaran dari Pas ayat2 politik lunak, politik budiman, politik rahmat.
Tapi yg pasti, hala tuju Pas menjadi tak pasti.
Dan Pas jadi makin ganjil.
Tapi yg pasti, hala tuju Pas menjadi tak pasti.
Dan Pas jadi makin ganjil.
Dr ustaz Hamzah Jaaffar adalah penyelaras GHB Pahang
AJK PAS PAHANG SERTAI GHB
AJK Pas Pahang sertai GHB
Pas Pahang menerima satu lagi tamparan hebat apabila AJK Pas Negeri seorang peguam bernama Fadly mengumumkan secara rasmi menyertai Gerakan Harapan Baharu.
Pengumuman itu dibuat dalam majlis GHB di Rompin malam tadi yang turut dihadiri oleh pemimpin GHB Pusat Mazlan Aliman dan Penyelaras GHB Pahang Dr Hamzah Jaaffar.
Fadly merupakan bekas calon Pas Dun Pulau Tioman dalam pilihan raya umum ke 13
HARAPAN BARU AMBIL ALIH PEJABAT PAS JELEBU
Harapan Baru ambil alih pejabat Pas Jelebu
JELEBU – Seramai 24 orang daripada 28 Ahli Jawatankuasa termasuk ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) kawasan itu mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa hari ini.
Sehubungan itu, Pejabat Pas kawasan itu ditutup dan akan menjadi pejabat operasi Harapan Baru kawasan berkenaan.
Timbalan Pengerusi Harapan Baru Jelebu, Muhammed Zabidi Abdullah (dua dari kanan) berkata, mereka akan menghantar surat perletakan jawatan kepada Pas Pusat minggu depan dan keahlian mereka juga akan terlucut selepas menyertai parti baharu.
“Setakat ini kita telah menerima keahlian seramai 180 orang dan dijangka akan lebih ramai lagi penyertaan.
“Kita menjangkakan seramai 500 keahlian Harapan Baru sehingga hujung tahun ini,”katanya pada sidang media 27 Ogos lalu
Hadir sama, Pengerusi Harapan Baru Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar dan Timbalan, Muhamad Taufek Abdul Ghani.
Menurut Zabidi lagi, tindakan itu diambil kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pas sekarang yang membiarkan ‘mungkar fitnah’ berleluasa semasa pemilihan di dalam Muktamar Ke-61 lalu
BERSIH 4: LIMA LOKASI TELAH DITETAPKAN
Bersih 4: Lima lokasi telah ditetapkan
Terdapat lima lokasi yang telah ditetapkan bagi perhimpunan aman Bersih 4 untuk menuju ke Dataran Merdeka pada 29 dan 30 Ogos nanti.
Antara lokasi yang terlibat adalah, Masjid Negara, Brickfields, Pasar Seni, Menara Maybank dan di hadapan komples beli belah Sogo.
Menurut Pengerusinya, Maria Chin Abdullah, kelima-lima lokasi tersebut merupakan kawasan yang berdekatan dengan dataran Merdeka dan memudahkan rakyat di negara ini turun beramai-ramai ke dalam perhimpuan itu.
“Dua hari sahaja lagi sebelum rakyat Malaysia turtun beramai-ramai ke jalanan bagi menyatakan desakan terhadap lima tuntutan kita, iaitu pilihanraya bersih, kukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah dan selamatkan ekonomi kita.
“Bukan sahaja di Kuala Lumpur, malah perhimpunan ini juga diadakan di Sarawak dan Sabah. Di Kinabalu mereka akan berkumpul di letak tapak kereta Sabah Tarde Center (Likas Square) dan berarak ke Tanjung Lipat Public Park. Di Kuching, mereka akan berkumpul di Padang Jubilee dan Pelita Car Park.
“Malah acara Global Bersih berjalan di lebih 60 bandar utama seluruh dunia, dan akan berjalan pada tarikh, masa yang sama mengikut zon waktu masing-masing,” katanya.
Selain itu, terdapat 2000 orang sukarelawan yang menjadi pemantau bagi menjaga keselamatan ketika perhimpunan itu sedang berlangsung dan mereka akan memakai bip yang tertera tulisan pemantau.
“Pasukan bantuan kecemasan akan berada di kawasan-kawasan strategik dan siap sedia dengan ambulans masing-masing sekiranya memerlukan sesiapoa dievakuasi dari tapak perhimpunan akibat kecederaan atau masalah kesihatan,” ujarnya.
Di samping itu, Bersih 4, menyediakan khidmat medik, dan peserta yang memerlukan bantuan sila hantarkan SMS dengan maklumat lokasi, bangunan terdekat dan maklumat kejadian ke nombor 011-123-77118 atau 013-203-6911.
Dan sekiranya ditangkap, sila bertenang dan hubungi pasukan ‘urgent arrest’ menggunakan SMS dengan memberikan anam, nombor kad pengenalan dan lokasi balai plos ke nombor 018-3160-214 atau 018-3907-780 atau 018-3135-988.
‘DERMA’ RM2.6 BILION: ADAKAH NAJIB DIBIARKAN BEGITU SAHAJA?
‘Derma’ RM2.6 bilion: Adakah Najib dibiarkan begitu sahaja?
Oleh: Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
Rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu berita yang hangat diperkatakan oleh masyarakat kampung di kedai kopi sehinggalah masyarakat antarabangsa di Sidang Parlimen mereka disebabkan sumbangan derma kepada seorang yang bernama Dato’ Sri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak.
Rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu berita yang hangat diperkatakan oleh masyarakat kampung di kedai kopi sehinggalah masyarakat antarabangsa di Sidang Parlimen mereka disebabkan sumbangan derma kepada seorang yang bernama Dato’ Sri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak.
Siapa tidak kenal Dato’ Sri Najib yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Malaysia dan juga Presiden Umno yang menerima sumbangan derma yang ‘dikatakan’ berjumlah AS$ 700 Juta (RM 2.6 Bilion), adakah ianya benar?
Melalui carian enjin Google dengan menaip ‘Najib RM 2.6 Bilion’ terdapat pelbagai kisah tersebut termasuk paparan gambar Dato’ Sri Najib yang berjumlah lebih 700 Ribu jaringan dalam pelbagai bahasa yang menunjukkan ramai yang berminat akan kisah yang berlaku.
Bermula pada 5 Julai 2015 dengan laporan The Wall Street Journal (WSJ) yang juga sebuah syarikat akhbar harian antarabangsa yang berpengaruh yang diterbitkan di New York City, Amerika dengan peredaran di seluruh negara dengan cetakan hampir 2.6 Juta naskah jualannya.
WSJ untuk rekod pernah disaman oleh hartawan kasino Amerika, Sheldon Adelson pada 2 Mac 2013 kerana dikatakan memfitnahnya berikutan artikel Kate O’Keeffe pada 22 Februari 2013 yang diterbitkan pada 5 Disember 2012 yang bertajuk ‘Fired Executive Rankles Casino Business’.
Pelbagai pihak mentaksif artikel WSJ (http://www.wsj.com/articles/scandal-in-malaysia-1436113149) tersebut sebagai satu yang mengejutkan, sungguh memanaskan politik Malaysia sehinggakan berlakunya rombakan Kabinet Malaysia pada 28 Julai 2015 yang lalu.
WSJ telah mendedahkan tentang sebuah bank yang dikaitkan dengan sebuah Negara dari Timur Tengah iaitu Negara Kuwait yang sebelum ini dikejutkan tentang kes pembunuhan Pengasas Arab-Malaysian Bank (sekarang AmBank Group), Hussain Ahmad Najadi pada 29 Julai 2013.
Pada Mac 2015 yang lalu, Pascal Najadi Pengasas dan Presiden Firma Penasihat Antarabangsa Perbankan Switzerland, Najadi and Partners Ltd anak kepada Pengasas Arab-Malaysian Bank tersebut mengatakan masih menunggu kes pembunuhan bapanya yang belum selesai.
Untuk rekod, sejumlah RM 1.63 Juta zakat perniagaan Kumpulan AmBank bagi tahun kewangan 2013 dan bagi tahun kewangan 2012 pula ianya menunjukkan lebihan RM 9,000 perbezaan tahun tersebut yang lebih baik bersifat tahun kewangannya.
Manakala bagi bayaran cukai perniagaan Kumpulan AmBank pula bagi tahun 2012 ialah RM 499 Juta berbanding tahun 2013 sebanyak RM 484.7 Juta yang jelas menunjukkan pencapaian kewangan pada tahun 2012 adalah lebih baik walaupun terdap
at pendeposit wang yang besar pada tahun 2013.
Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) pada 5 Mei 2013, Barisan Nasional (BN) di bawah Dato’ Sri Najib telah memenan
gi 133 kerusi parlimen daripada 222 kerusi keseluruhannya dan selebihnya dimenangi oleh Pakatan Rakyat (PR) sebanyak 89 kerusi parlimen.
gi 133 kerusi parlimen daripada 222 kerusi keseluruhannya dan selebihnya dimenangi oleh Pakatan Rakyat (PR) sebanyak 89 kerusi parlimen.
Umum mengetahui bahawa Timbalan Presiden Umno yang juga merangkap Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin adalah Pengerusi Pengurusan Pentadbiran Umno yang juga sering diberikan tugas sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil beberapa kali.
Manakala Bendahari Agung Umno yang juga Bendahari BN adalah Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan beliau juga adalah Menteri Kewangan 11 dimana bosnya adalah Dato’ Sri Najib yang boleh menjawab isu dana pilihan raya serta isu derma yang panas tersebut.
Jika kembali kepada sejarah berkaitan tokoh politik dengan skandal kewangannya, pada 11 April 1998 ianya berlaku terhadap Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib, bekas Menteri Besar Negeri Selangor yang terpaksa meletak jawatannya setelah Mahkamah Majistret Brisbane, Australia memutuskannya bersalah.
Beliau ditahan di Lapangan Terbang Brisbane, Australia pada 16 Disember 1996 kerana tidak mengisytiharkan wang milik adiknya untuk membeli tanah di Queensland, membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 Juta ke Negara Australia dalam bentuk ringgit Singapura, Malaysia dan New Zealand.
Beliau didakwa di dibawah Financial Transaction Reports Act 1988, Australia, perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Brisbane pada 19 Ogos 1997 kerana gagal memaklumkan membawa wang lebih A$ 5,000 yang bertujuan membina rumah mewah di Gold Coast , barat Queensl
and di atas tanah seluas 4,500 hektar.
and di atas tanah seluas 4,500 hektar.
Malaysia telah memperkenalkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti
Haram 2001 (Akta 613) di dalam usaha mencegah ‘kuasa ketiga’ menentukan suasana dan keadaan dalam negara kita dengan kewangan yang disalurkan.
Haram 2001 (Akta 613) di dalam usaha mencegah ‘kuasa ketiga’ menentukan suasana dan keadaan dalam negara kita dengan kewangan yang disalurkan.
Bank Negara Malaysia bertanggungjawab telah meminda Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan untuk memperkukuh lagi sistem kewangan dalam negara kita yang diperkenalkan pada Oktober 2013 yang lalu.
Pelaburan wang haram dalam undang-undang Amerika Syarikat adalah amalan melibatkan urusan kewangan untuk menyembunyikan pengenalan, sumber, atau destinasi wang yang diperolehi secara haram yang diberikan kepada pihak yang ketiga.
Dalam undang-undang United Kingdom, takrifan common law tentang harta milik dalam bentuk yang sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya hasil jenayah yang akan menyamarkan fakta bahawa harta milik itu adalah hasil jenayah atau mengaburkan kepemilikan bermanfaatan harta milik itu.
Istilah ‘pelaburan wang haram’ telah digunakan hanya pada urusan kewangan berkaitan jenayah terancang, kini takrifannya diperluas kepada mana-mana urusan kewangan yang menghasilkan aset atau suatu nilai disebabkan tindakan haram, yang mungkin melibatkan tindakan seperti
pengelakan cukai atau perakaunan palsu.
pengelakan cukai atau perakaunan palsu.
Hasil kutipan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tahun 2013 adalah sebanyak RM 129 Bilion, bagi tahun 2014 pula sebanyak RM 133.7 Bilion berjaya dikutip dan sebanyak RM 124.87 Bilion pada 2012 yang menunjukkan peningkatan setiap tahun, adakah termasuk cukai RM 2.6 Bilion tersebut?
Kepada yang diketagorikan dikenakan bayaran cukai, LHDN tersedia Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menetapkan kesalahan, denda dan penalti kepada mereka yang disenaraikan (http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=5&posi=3&unit=7000&sequ=11)
Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Pasukan penyiasat khas terdiri daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Rakyat Malaysia adalah ‘hakim terakhir’ untuk memutusakan kisah Dato’ Sri Najib berdasarkan ‘hujah-hujah’ oleh pelbagai pihak yang menjadi ‘peguam rakyat’ dengan tujuan untuk menyelamatkan Malaysia daripada ‘dakwaan dan kesalahan’ yang perlu dijatuhkan ‘hukuman’!
Nota : Penulis adalah Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (PENYEDAR)
HIMPUNAN BERSIN 4.0 PERTAHAN KUASA MORAL RAKYAT – MAT SABU
Himpunan Bersin 4.0 pertahan kuasa moral rakyat – Mat Sabu
KENYATAAN MEDIA: Negara kita sedang berhadapan dengan pelbagai skandal yang sangat menjolok mata, pembohongan melampau, pemerkosaan hak rakyat, dan salah urus kekayaan negara, seolah tiada lagi batasnya.
2. Pemimpin negara bertindak sesuka hati, para pegawai pelaksana undang-undang disingkir, suara yang menegur diugut dan ditekan, dan rakyat dibohongi saban hari.
3. Ekonomi negara pula sangat tenat. Nilai Ringgit merudum tiada kawalan. Harga rumah, barang keperluan harian, dan kos perniagaan meningkat di luar tahap kemampuan kebanyakan rakyat. Sedang harta negara diratah sesuka hati oleh para penguasa. Amanah hilang entah ke mana.
4. Kebejatan ini tidak mungkin berlaku di dalam negara yang punya KUASA MORAL yang tinggi. Tetapi, kuasa moral rakyat kelihatan cuba dihakis terus. Dhamir rakyat yang masih punya kuasa moral sangat terluka dengan keadaan ini. Mereka mesti bangkit menyatakan sikap dan pendirian.
5. Gerakan Harapan Baru menyeru semua pendokong dan penyokongnya, serta seluruh rakyat negara ini, agar turut serta dalam Perhimpunan Aman Bersih 4.0, yang akan berlangsung pada 29hb hingga 30hb Ogos ini, bermula jam 2.00 petang di ibu negara.
6. Himpunan ini sangat penting bagi mempertahankan kuasa moral rakyat sekaligus demi menyelamatkan Malaysia daripada segala kebejatan yang tidak berpenghujung ini.
Amanah. Progresif. Peduli.
Amanah. Progresif. Peduli.
Hj Mohammad Bin Sabu
Pengerusi Gerakan Harapan Baru
Pengerusi Gerakan Harapan Baru
AHLI UMNO SAMAN NAJIB, TUNTUT SEBAHAGIAN DARI AS$650J
Ahli Umno saman Najib, tuntut sebahagian dari AS$650j
Keadaan menjadi semakin panas dalam Umno, apabila seorang anggota yang mendakwa mewakili parti, memfailkan saman terhadap Presidennya, Datuk Seri Najib Abdul Razak, untuk mendapatkan kembali sebahagian daripada RM2.6 bilion yang diakwa sumbangan derma untuk parti itu yang dikatakan telah dipindahkan ke luar negeri.
Sebahagian besar daripada dana itu, yang mana Wall Street Journal, mendakwa telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib, didakwa dipindahkan ke Singapura dua tahun lepas.
Umno, melalui seorang pemimpin akar umbinya, telah menamakan Najib dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusof sebagai defendan dalam saman yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Ahli Umno itu mendakwa bahawa tindakan undang-undang itu diambil untuk kepentingan dan bagi pihak parti tersebut dan ahli-ahlinya.
AS$650 juta itu dikatakan baki daripada jumlah asal AS$681 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Pemindahan itu berlaku sekitar 30 Ogos 2013, hari yang sama Najib menutup akaun tersebut, seperti yang didakwa oleh Sarawak Report.
Difahamkan saman itu difailkan hari ini selepas tiada tindakan didakwa diambil terhadap aduan yang dibuat terhadap Najib, kepada lembaga disiplin.
Ahli Umno itu memohon injunksi terhadap Najib dan Abdul Rauf atau ejen dan/atau pekerja dalam lembaga disiplin, Majlis Tertinggi, badan perhubungan negeri,bahagian, dan cawangan, supaya dihalang daripada membuang, menggugurkan, menggantung dan/atau mengambil sebarang disiplin terhadapnya sementara menunggu pelupusan kes itu.
Beliau juga memohon pembayaran balik berjumlah AS$650 juta – jumlah yang dilaporkan didepositkan oleh Najib ke dalam sebuah akaun di bank Singapura – dan sebuah akaun dengan semua wang yang beliau telah terima dalam bentuk derma.
Turut dituntut ialah butir-butir mengenai semua wang dalam AmPrivate Perbankan – No Akaun 2112022009694 – yang didakwa milik Najib, bersama-sama dengan ganti rugi, kos dan relif lain.
Dalam pernyataan kenyataan tuntutan yang dilihat oleh Malaysiakini, ia menyatakan bahawa Umno, yang tertakluk bawah Akta Pertubuhan 1966, ditadbir oleh perlembagaan parti.
Parti itu ditadbir oleh Majlis Tertinggi, yang terdiri daripada anggota yang dipilih dan dilantik oleh parti, dan badan pengawasan terdiri daripada lembaga disiplin dan badan perhubungan Umno negeri.
Dokumen tersebut menyatakan bahawa antara 21 Mac dan 25 Mac 2013, AS$680,999,976 (RM2.6 bilion) masuk ke dalam dua akaun peribadi Najib di Ambank, melalui Falcon Private Bank di Singapura.
Dinyatakan bahawa RM2.6 bilion itu adalah sumbangan yang dibuat kepada Najib untuk kegunaan dan faedah Umno dan Najib mengakui menerima jumlah itu dan bukan untuk kegunaan peribadi.
Menurut pernyataan tuntutan, Najib secara terbuka menyatakan bahawa RM2.6 bilion itu adalah sumbangan derma daripada dermawan Timur Tengah yang tidak dinamakan.
Ia juga berkata Majlis Tertinggi Umno menyatakan Najib telah dilantik sebagai pemegang amanah bagi Umno dan bahawa ia telah menerima jumlah wang yang besar daripada presiden parti, yang berasal dari akaunnya.
Oleh itu, pernyataan tuntutan itu menyatakan Najib memegang RM2.6 bilion sebagai pemegang amanah dan kegunaan Umno.
Penyataan tuntutan juga seterusnya mendakwa bahawa Umno dan dengan itu, Najib, dikawal oleh Akta Pertubuhan dan perlembagaan parti.
Ia menyebut bawah seksyen 14(d) akta tersebut, Umno perlu menyediakan akaun teraudit setiap tahun kewangan kepada Pendaftar Pertubuhan.
Tahun kewangan Umno adalah dari 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun, dan wang kepunyaan Umno hendaklah disimpan di bank perdagangan atau simpanan.
Sebagai plaintif, beliau menyatakan bahawa Najib sebagai pemegang amanah, telah melanggar perlembagaan Umno, peruntukan Akta Pertubuhan, dan common law sebagai pemegang amanah.
Beliau seterusnya berkata jumlah RM2.6 bilion itu tidak ada dalam akaun Umno yang telah diaudit bagi tahun kewangan 2013 dan 2014.
Ia juga mendakwa bahawa sebahagian daripada RM2.6 bilion itu telah dipindahkan ke satu akaun bank di Singapura pada 30 Ogos 2013.
Akaun bank dikatakan bukan milik Umno. Najib juga didakwa tidak memaklumkan atau mengisytiharkan jumlah RM2.6 bilion itu kepada Umno.
Pernyataan tuntutan itu menyebut bahawa Najib telah membayar atau mengeluarkan daripada parti itu sejumlah asal wang berjumlah AS$650 juta, dan ini adalah pelanggaran secara langsung Perlembagaan Umno.
Ia juga mendakwa bahawa presiden Umno itu telah menggunakan atau menyimpan sebahagian wang yang bagi faedahnya sendiri dan tanpa mengambil kira Umno.
Dengan sebab itu, penyataan tuntutan mendakwa Najib telah bertindak dengan pecah amanah dan kepercayaan yang diletakkan kepadanya sebagai pemegang amanah Umno.
Untuk ini, beliau berkata presiden Umno dan Majlis Tertinggi telah bertindak ultra vires (di luar kuasanya) dalam perlembagaan parti itu dan telah melakukan penipuan.
MT tak sedia bertindak
Anggota Umno itu seterusnya menyatakan bahawa oleh kerana Najib didakwa pesalah yang mengawal parti, maka parti itu bukan dalam kedudukan untuk membuat tuntutan untuk faedahnya sendiri terhadap Najib.
Ia juga berkata bahawa Majlis Tertinggi tidak berupaya atau tidak bersedia untuk mengambil tindakan terhadap presiden Umno berikutan kuasa dan pengaruhnya ke atas parti.
Perwakilan Umno Langkawi itu seterusnya mendakwa lagi Najib telah menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri apabila menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kekal sebagai timbalan presiden parti.
Anggota Umno itu berkata akibat daripada kedudukan dan kuasa Najib, dan juga cara bagaimana Umno ditadbir oleh Majlis Tertinggi, jawatankuasa perhubungan negeri, bahagian dan cawangan, tidak akan menyaman atau meminta akaun RM2.6 bilion.
Tindakan undang-undang ini adalah yang kedua yang dihadapi oleh Najib atas kapasiti peribadinya.
PKR dan beberapa anggota pembangkang telah memfailkan saman terhadap Najib, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 1MDB, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang dikaitkan dengan derma RM2.6 bilion itu.
Najib mendakwa wang itu adalah sebahagian daripada sumbangan politik untuk digunakan bagi pilihan raya umum ke-13.
GAMBAR DAN BERITA PRESIDEN PKR DI PERMATANG PAUH
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..program Kak Wan hari ini Ahad (23 Ogos 2015) di Permatang Pauh seperti berikut:
10.00 pagi ; Melawat mangsa ribut , Che Nah bte Abd Rauf , Permatang Tengah
11.00 pagi ; Ziarah rumah Sdr Fauzi , Permatang Pasir
12.30 tghri ; Ziarah orang sakit di Guar Perahu
3.00 ptg ; Program wanita Cabang di Yayasan Aman
5.00 ptg ; Penyerahan mesin rumput di Kg Mak Sulong
6.30 ptg ; Majis ramah mesra bersama penduduk Siam , Wat Siam Tanah Liat.
Ziarah dan sampaikan sumbangan kepada mangsa ribut , Che Nah bte Abd Rauf , Permatang Tengah pagi ini..moga Allah permudahkan rezeki keluarga ini..


Terima kasih AMK dan Wanita Cabang Permatang Pauh yang sama2 turun bergotong-royong membantu rakyat..

Menziarahi anak Sdr Mohd Fauzi Abu Bakar di Kg Permatang Pasir.. Alhamdulillah ada rezeki untuk kita jamah bersama rakyat pagi ini.



Ziarah isteri Exco Dr Afif dan anak Sdr Izzat, Exco AMK Pusat yang dirawat di KPJ..semoga Allah berikan kesembuhan segera..


Ziarah di Taman Guar Perahu, santuni rakyat dan aktivis pejabat Parlimen Permatang Pauh..


Program santai bersama Wanita Cabang Permatang Pauh ..usaha2 untuk hasilkan gerak kerja yang lebih baik dan berkesan..harus dipertingkatkan..





Majlis serahan mesin rumput kepada pemuda-pemuda di padang Mengkuang Mak Sulong petang ini..alhamdulillah, semoga mesin ini dimanfaatkan sebaik2nya..




majis ramah mesra bersama penduduk Siam , Wat Siam Tanah Liat, Penanti..



WAKIL RAKYAT SERTAI GHB TIDAK PERLU LETAK JAWATAN – AHMAD AWANG
Wakil rakyat sertai GHB tidak perlu letak jawatan – Ahmad Awang
Posted By: Redzuanon:
KENYATAAN MEDIA: Saya memandang berat kenyataan Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang mahukan wakil rakyat PAS yang bakal menyertai parti baru oleh Harapan Baru untuk meletakkan jawatan mereka sebagai wakil rakyat.
Rakyat telah memilih mereka kerana mereka mewakili Pakatan Rakyat yang menjanjikan agenda untuk membuat perubahan politik dalam negara dengan matlamat menjatuhkan rejim pemerintahan UMNO/BN.
Selagi mana wakil rakyat yang dipilih kekal memperjuangkan matlamat ini, maka mereka layak untuk terus menggalas amanah rakyat.
Di satu segi lain, tidak ada peruntukan perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun amalan secara konvensional yang mengisyaratkan keperluan meletakkan jawatan.
Kenyataan PAS mendesak mereka meletakkan jawatan dalam keadaan mereka terus memperjuangkan hasrat rakyat yang telah mengundi mereka adalah membelakangkan kepentingan pengundi.
Seperkara lagi pada saat ini, rakyat mendesak supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan atas skandal wang RM2.6 billion di dalam akaun peribadi beliau dan kegagalan pengurusan ekonomi negara.
Nilai ringgit terus menyusut dan simpanan asing juga mengecil ke paras yang mencemaskan.
Maka sewajarnya seluruh ahli-ahli parlimen pembangkang bersedia untuk mengisytiharkan sokongan mereka terhadap undi tidak percaya yang akan dibawa ke atas Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Saya berkeyakinan adalah lebih baik untuk Dato Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan mendesak mana-mana ahli parlimen pembangkang yang tidak menyokong undi tidak percaya ini untuk meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi mereka.
Kenyataan seperti ini lebih mewakili kehendak rakyat.
Yang pasti, wakil-wakil rakyat telah mengangkat sumpah di dalam dewan untuk menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah dan tanggungjawab untuk kepentingan negara.
Sikap mereka yang menampilkan komitmen yang tinggi (di dalam dan di luar dewan) untuk terus memperjuangkan aspirasi dan kehendak rakyat bagi menuntut perubahan untuk negara, tanpa mengira parti mana yang mereka wakili, seharusnya diberi pujian dan sokongan, bukannya diminta untuk melepaskan jawatan.
USTAZ AHMAD AWANG adalah Penasihat Umum GERAKAN HARAPAN BARU
PERLETAKAN JAWATAN BESAR-BESARAN PAS KELANA JAYA, SUBANG JAYA
Members of Gerakan Harapan Baru (New Hope Movement) hold placards after a press conference at a restaurant in Shah Alam on August 23, 2015. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli
Perletakan jawatan besar-besaran Pas Kelana Jaya, Subang Jaya
Posted By: Pentadbiron:
PAS hari ini menyaksikan peletakan besar-besaran jawatan tertinggi di peringkat kepimpinan Selangor yang membabitkan kawasan Kelana Jaya dan cawangan Subang Jaya bagi menyertai parti serpihan, Gerakan Harapan Baru (GHB).
Yang Dipertua PAS Kawasan Kelana Jaya Isham Hashim berkata, tindakan itu membabitkan 87 jawatan di peringkat PAS kawasan, manakala di Subang Jaya, sebanyak 64 jawatan dilepaskan.
“Peletakan jawatan berkuatkuasa hari ini dibuat bersama dengan 18 orang lagi ahli jawatankuasa (AJK) Pas Kawasan Kelana Jaya bagi sesi 2015 dan 2017.
“Selain itu, timbalan ketua muslimat, bendahari dan 2 lagi AJK Dewan Muslimat PAS kawasan turut sama meletakkan jawatan.
“Naib ketua Pemuda serta 3 lagi AJK Dewan Pemuda PAS kawasan juga meletakkan jawatan,” kata Isham pada sidang media di Shah Alam hari ini.
Katanya, peletakan jawatan tersebut berkuatkuasa hari ini dan notis akan diserahkan kepada PAS Pusat pada esok hari.
Bagaimanapun, beliau berkata, mereka hanya meletakkan jawatan dalam parti sahaja tetapi semua mereka yang terlibat masih kekal sebagai ahli PAS.
Beberapa hari lepas, Naib Yang Dipertua PAS Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud bersama 183 lain mengumumkan pelepasan jawatan parti mereka bagi tujuan yang sama.
Comments
UNDI TAK PERCAYA: TIBA MASANYA MP BN CINTA SEJARAH!
Undi tak percaya: Tiba masanya MP BN cinta sejarah!
Posted By: Pentadbiron:
KENYATAAN MEDIA: Ahli parlimen BN perlu berganding bahu sebulat suara menyokong undi tidak percaya terhadap pentadbiran semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi semua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
Sehingga kini tidak ada jawapan yang memuaskan daripada beliau melainkan meminta rakyat untuk melupakan wang derma 2.6 billion yang kononnya telah dimasukkan dalam akaunnya. Tambahan lagi, semua kakitangan yang terlibat dalam proses penyiasatan tersebut akan diambil tindakan samada diberhentikan kerja atau dipindahkan.
Apakah ini pemimpin yang kita mahukan? Kredibiliti Perdana Menteri itu dipersoalkan apabila dalam keadaan ekonomi negara yang tidak stabil dan skandal kewangan negara yang semakin parah, semuanya berkaitan dan melibatkan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Bermula dengan skandal Scorpene, KWSP, 1MDB, dan yang terbaru wang derma 2.6 Billion. Kontroversi demi kontroversi yang menjejaskan imej negara dan membantutkan matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Pemimpin BN bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita dan salah satunya cara adalah bebas rasuah dan hentikan pembaziran wang negara.
Ini adalah mesej saya kepada rakan-rakan BN: Berani melangkah kehadapan. Nyatakan sokongan undi tidak percaya terhadap Najib. Tidak perlu takut pada kuasanya! Untuk sekian kalinya, lakukanlah perkara yang betul untuk generasi akan datang. Percayalah anak-anak kita akan berterima kasih pada anda satu hari nanti. Ketika itu, kamu akan berjalan dengan perasaan bangga dan menjadi wira kerana menyelamatkan Malaysia. Anda akan menjadi sebahagian daripada sejarah Malaysia yang melakukan perubahan.
YB Zuraida Kamaruddin adalah Ahli Parlimen Ampang
Subscribe to:
Posts (Atom)


















