MINYAK NAIK HASSAN MALIK SURUH BERSYUKUR

Kenyataan menteri ini agak kurang ilmiah sebagai seorang menteri,,,,,Ini sebahagian kecil komen untuk menteri yang kurang pandai mengambil hati rakyat......dan seperti biasa, rakyat marah hanya tahi tahi ayam...lama lama diam..kerana malaysia aman..rakyat redho....ini pula harga minyak negara lain.....Mahathir nyanyuk kata masih murah..aku bagi ruang la pada Mahathir supaya senyapsebab dulu dah banyak dah tibai dia..Anggap dia nyanyuk dah la..







 

  • Putra Kb ·  Top Commenter · Gali terowong at Gaza University
    Hassan, lebih baik awak diam sajalah..makin byk awak bercakap makin benci rakyat sebab makin merapu alasan yg diberi. Jgn tambahkan sakit hati dan marah rakyat dgn ucapan2 tak cerdik awak...jgn fikir rakyat skrg bodoh mcm zaman 70an dahulu, dan jgn fikir org yg jadi menteri tu cerdik. Diam lebih baik dr berkata2 yg sia2 dan merapu meraban entah apa2
    • Mohd Sirat Saadmdsom ·  ·  Top Commenter · Works at Kim Kardashian - My
      Hasan lbh baek brambos..jmt kpla hotak lu!nk hrmt hampa konon..pirah mabok
    • Azlan Azhar ·  Top Commenter
      Apakata pengundi2 UMNO/BN khususnya di Pengkalan Kubor & Teluk Intan dan majoriti di Sabah & Sarawak!.
    • kamrulbj6107 (signed in using yahoo)
      Mohd Sirat Saadmdsom ... dia kalau berambus pon dgn gaya BRABUS .... kita lak kalau berambus dgn gaya BERABUKS..... keh keh....
  • Raja Mohd Shahrim ·  · Cattle Feeder at NFC · 12,694 followers
    UMNO kata kenaikan harga minyak 20 sen dpt jimatkan wang negara dari bantu rakyat.. dlm masa yang sama kjaan masih tanggung RM21 billion subsidi minyak ...tu kata UMNO... tapi aku nak tanya.. RM42 billion yang lesap ditangan 1MDB apa ceta..?? RM52 billion ASNB yang lesap apa ceta..?? tu subsidi sapa..?? rakyat atau kroni..?? kenapa kalo kroni.. UMNO buat bodoh babi saja..?? kalo rakyat.. konon demi negara..??
    • Mnazrima Mdb ·  Top Commenter · UTM
      Plan penyelamatan MAS, brp billion bro RMS???..
    • Mnazrima Mdb ·  Top Commenter · UTM
      Pandai suh rkyat bersyukur.. Aku nk tanya hang tu, bersyukur x???..






Hasan berkata demikian ketika ditanya sekiranya beliau menjangkakan bantahan ke atas kenaikan 20 sen seliter untuk petrol RON95 dan diesel.

“Itu hak merekalah (untuk buat bantahan), kita di kementerian akan jalankan tugas.

“Ops Titik (banteras penyeludupan) yang kita buat ini telah menyelamatkan banyak wang negara. Anda semua patut (ucap) tahniah.

“Budaya kita kita kena ubah balik kepada budaya menghormati pemimpin, menghormati negara dan bersyukur dengan apa kejayaan kita,” katanya.

Safwan Anang Kena Gertak Dengan Pemuda PAS.

TAHAP KUSYUKKK

RAKYAT MALAYSIA BERPETA DI STESEN MINYAK MENYAMBUT PENGURANGAN SUBSIDI











 

Rakyat Malaysia berpesta di stesen stesen minyak menyambut pengurangan subsidi.
LikeLike ·  · 

TAHNIAH LAGI...SETIAP TAHUN MERAYAKAN KENAIKAN MINYAK....









Petrol RON95, diesel naik 20 sen seliter

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.

Berikutan itu harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa ini ialah RM2.58 seliter dan harga diesel RM2.52 seliter.

KPDNKK dalam kenyataannya hari ini menyatakan walaupun kadar subsidi dikurangkan, kerajaan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion untuk subsidi petrol RON95, diesel dan LPG bagi tahun 2014.

Langkah ini juga adalah selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan dalam memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.

Kerajaan juga dijangka dapat mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan oleh golongan tidak bertanggungjawab. - Bernama

NIK ABDUH KENA TIBAI

Menurut tulang besi..Nik Abduh ni selalu sangat suka guna nama bapak beliau Dato Nik Aziz.."nanti saya rujuk ayahda saya" itu kata tulang besi memperlekekhkan Nik Abduh. Sehingga kini tak terdengar pula suara beliau dalam  Parlimen...tapi cergas dalam FB menghentam orang.Semalam Ustaz Ridzwan tibai ..La ni PAS Selangor pulak tibai...Memang 3 orang ni jadi liabiliti pada PAS. Tak mau ambil tindakan kah???




Membaca komentar Ustaz Nik Abduh berkaitan "kisah buli" menimbulkan tiga tanda tanya lanjut :

 1. Apakah Ustaz Nik Abduh sebagai AJK PAS Pusat sudah tidak ada ruang untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya melalui mesyuarat JKPP?

 2. Sememangnya ruang terbuka seperti FB ini adalah ruang terbaik untuk meluahkan rasa? ( ada yang kata gunalah saluran, nah sekarang Ustaz Nik Abduh dah tunjuk salurannya).

 3. Atau memang inilah "satu satunya" kaedah yang paling berhikmah untuk terus beristiqamah mempertahankan tahaluf siyasi yang masih sah?.

 Sekadar bertanya, kalau bertanya pun salah hilanglah nilai "manusia".

~ Ridzwan Abu Bakar 
10.48 pagi Teratak Mubarakah

ISU PAS DIBULI OLEH PKR DAN DAP - PEMUDA PAS SELANGOR PULA SANGGAH NIK ABDUH....


Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Syarhan Humaizi Abd Halim menafikan sekeras-kerasnya parti itu menjadi mangsa buli sekutunya dalam Pakatan Rakyat kerana dilihat sukar untuk menentukan pegangannya terutama dalam pergolakan yang berlaku baru-baru ini.

Tegas beliau, dakwaan tersebut yang mengatakan PAS terus menjadi mangsa kepada dua rakan komponen mereka iaitu PKR dan DAP adalah tidak berasas dan dangkal.

"Saya tidak setuju, dakwaan itu adalah dakwaan yang tatkala tidak ada asasnya.
"Perselisihan itu satu perkara yang normal, kita dalam sebuah keluarga suami isteri pun kadang-kadang akan berselisih pandangan," katanya kepada Antarapos.

Sebaliknya Syarhan Humaizi berkata perselisihan serta perbezaan pandangan yang berlaku disifatkan sebagai perkara biasa dalam mana-mana kerjasama dan hubungan.

"Itu perkara biasa, kalau istilah (Allahyarham) Tan Sri P. Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit.
"Lidah dalam mulut tergigit juga, maknanya tak boleh nak elak krisis atau situasi itu berlaku," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bahawa PAS menjadi mangsa buli DAP dan PKR yang dipercayai merujuk kepada situasi terbaru PAS dalam tahaluf siyasinya bersama PKR dan DAP.



Respon awal Tulang Besi pada tulisan Din Ayam Isu ESOS dan Kereta

Respon awal Tulang Besi pada tulisan Din Ayam Isu ESOS dan Kereta-Ayuh Din Ayam..dah ramai pulak yang kata guna hadis  pulak nak jawab  bab yang sendiri untung.Sila Jawab Tulang Besi

Respon awal Tulang Besi pada tulisan Din Ayam:

1) Berkenaan dgn kereta BMW, Tulang Besi berterima kasih di atas penerangan beliau. Tulang Besi terpaksa menaikkan isu ni krana sudah ada dokumen berkenaan kereta tersebut. Eloklah Din Ayam dah terangkan semuanya.
Cumanya, nak tengok bukti samada Syarikat yang dinyatakan oleh Din Ayam itu bena-benar dalam nama beliau. Kurang-kurang cerita Din Ayam lebih logik dari cerita Vellfire. 

2) Juga, bolehkan Din Ayam mempunyai perniagaan lain dalam keadaan beliau memegang jawatan yang tinggi dalam sebuah syarikat public seperti Perangsang? Tidakkah berlaku conflict of interest?

Bagaimanakah dari segi pembahagian masa kerana bekerja di syarikat public di tahap tinggi biasanya memakan masa yang lebih dari jam 9 ke 5?

3) Berkenaan dgn isu ESOS, sila rujuk gambarajah di bawah.

4) Sepanjang perjelasan Din Ayam yang panjang itu tidak sekali pun dia menyatakan bahawa dia tidak exercise ESOS tersebut. Din Ayam hanya perlu menyatakan bahwa beliau TIDAK MENGGUNAKAN tawaran ESOS dan isu nya selesai. Tetapi tiada pernyataan sebegitu langsung.
5) Din Ayam kata waktu ESOS ditawarkan (17 Oct 2012) harga saham berada di tahap Rm1.00 per unit. Ini adalah betul. 
Namun sewaktu offer ESOS tersebut hampir tamat yakni akhir September 2013 harga saham Perangsang telah naik mencapai Rm1.90 per unit hasil dari penstrukturan air yang tengah hangat pada waktu itu. 
6) Walaupun pemberian ESOS diluluskan dalam AGM tetapi nama-nama mereka yang ditawarkan ESOS di calonkan melalui JK ESOS yg didalam nya duduk Raja Idris sendiri. Apakah hebatnya DIn Ayam sampai boleh dapat ESOS. Itu yang orang nak tau tu? Kena jawab soalan ni sebab sampai sekarang tak jawab 
7) Jadi, untuk menyelesaikan ESOS isu ini Din Ayam perlu menyatakan: 
a. Samada dia menggunakan tawaran ESOS ini atau tidak
b. Bilakah beliau telah menggunakan tawaran ini 
8) Seawal Julai 2013 lagi kesah kenaikkan saham syarikat-syarikat yang berkaitan penstrukturan air di Selangor kerana Perangsang mempunyai bisness berkaitan fasilitas air di Selangor melalui Konsortium Abbass, Aquaflo and Hydrovest. 
a. Kawan-kawan Tulang Besi yang terlibat dalam pasaran Saham pada waktu itu sudah pun ternanti-nanti berita supaya mereka dapat membeli saham Perangsang waktu murah dan menjualnya bila sudah jadi mahal.
Pokoknya ESOS ni datang pada masa cerita-cerita kenaikan harga Saham Perangsang sedang hebat diperkatakan.


Sekian.

MINTA MAAF PAS..ISU EXCO DAH SELESAI...WALA...WALA PADA MB BARU



Kalau Khalid Ibrahim boleh sokong ...tak kan Azmin tak boleh sokong? Kan itu namanya Tahalus Siyasi. Tahniah YB Azmin....Perlu diingatkan kepada PAS Selangor bahawa kamu telah derhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku apabila kamu mempersoalkan bilangan exco yang diperuntukan kepada PAS.
Senarai exco telah pun di perkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku seharusnya kamu PAS Selangor wajib patuh dan taat sepenuhnya.
Tindakan mempersoalkannya adalah tindakan derhaka yang cukup jijik.
Lain kali nak wala' biarlah pakai o....... Jgn wala' membabi buta. Yang untungnya Din Ayam sbb dapat ESOS. Apa yang PAS Selangor dapat?

Kata orang tua-tua  Sesal Dahulu Pendapatan. Sesal Kemudian Tiada Berguna.

TULANG BESI

Benarkah atau benarkan PAS meninggalkan PR

OLEH: AMIRULMUKMININ








Seusai upacara angkat sumpah MB baharu Selangor sepatutnya parti-parti dalam Pakatan Rakyat mengalihkan tumpuan ke arah usaha untuk memperkukuh gabungan itu. Pepatah Melayu ‘Buang yang keruh ambil yang jernih’ wajar diutamakan dalam beberapa bulan mendatang.
Sekurang-kurangnya, jika pemimpin tertinggi Anwar Ibrahim, Guan Eng dan Hadi lambat berbaik-baik, pemimpin yang lebih rendah atau anak muda yang tidak terlibat dengan pertelagahan politik di Selangor sudah boleh memulakan sessi dialog membina dan memperbaharui persahabatan.

Namun perkara sebaliknya ditunjukkan Naib Ketua Pemuda PAS Mohd Khairil Nizam Khiruddin yang seolah-olah mahu meneruskan keangkuhan pemimpin unity government (UG) PAS seperti Zuhdi, Tantawi, Zaharudin dan lain-lain. Kenyataan Khairil yang disiar oleh Sinar Harian online hari ini amat menyinggung serta mengocakkan kembali suasana reda dan tenang politik Selangor.

“Sejauh mana kesabaran kita, saya yakin dan percaya, apabila tiba masanya untuk kami keluar daripada PR, kami akan keluar," katanya dipetik.

Situasi ini menimbulkan pertanyaan rakyat apakah PAS akhirnya akan meninggalkan gabungan itu. Persoalan sebelum muktamar lalu benarkah PAS akan meninggalkan Pakatan, selepas ini mungkin ditulis dengan perkataan: ‘Benarkan PAS pergi!.’

Terdapat tanda-tanda puak UG dalam PAS mahu meneruskan projek mereka untuk membuktikan PAS adalah saudara kembar Hizbollah di Lubnan. Hizbollah walaupun parti berteraskan perjuangan Islam tetapi mendapat undi daripada puak sekular dan Kristian di sana.

PAS dengan 1 juta keahlian, bagi puak ulama, tidak lagi perlu bergabung dengan mana-mana parti untuk memerintah. Kelab penyokong Cina dan India cukup hebat dan mampu menangani pengundi bukan Islam.

Sekurang-kurangnya itulah visi pemimpin puak yang mendapat pendidikan di Mesir dan Jordan. Jangan terkejut sebahagian daripada mereka ini mempunyai garis fikiran ekstrem seperti ISIL di Iraq dan Syiria.

Namun, untuk survive dalam situasi politik Malaysia, ahli PAS wajib mengambil jalan perjuangan Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat yang sederhana dan praktikal. Bukannya mengikut jalan perjuangan ekstrem puak dari Mesir dan Jordan ini.

Nik Aziz juga mengaji di Mesir tetapi beliau sering bertolak ansur dan faham erti persahabatan bersama rakan-rakan politik. Nik Aziz memerhati terlebih dulu perkembangan politik tanah air, realiti dan risiko sebelum memikir bagaimanakah PAS akan bertindak dengan sebaik-baiknya.

Manakala pemikir dari Timur Tengah yang mengelilingi Hadi tidak mengambil pendekatan sedemikian. Mereka tanpa merujuk banyak perkara terus sahaja memutuskan sesuatu isu dengan pandangan agama yang sempit. Kemudian cuba memaksa keputusan yang tidak praktikal itu dengan mencari seberapa banyak hujah agama bagi mensucikannya.

Islam tidak pernah mengajar kaedah penyelesaian sedemikian. Pertentangan pendapat dibenar selagi tidak merugikan jemaah. Begitu juga strategi perkongsian kuasa seperti mana dalam Pakatan. Semuanya berpandukan realiti sekeliling.

Sekiranya ahli dan pemimpin PAS berada dalam perjuangan yang mementingkan hukum praktikal dan realiti maka apa yang berlaku di Selangor tentunya menggembirakan mereka.

Tetapi jika mereka mengambil jalan keras dan menganggap diri mereka sahaja yang betul maka tindakan meninggalkan Pakatan adalah yang terbaik buat PAS.

Malah pemimpin Pakatan pun tidak berminat sekiranya PAS duduk dalam gabungan dan berkhidmat sepenuh masa mencipta huru-hara agar PR gagal menjadi pesaing yang ampuh kepada BN dalam PRU 14.

Rakyat sudah cukup menderita dengan kenaikan harga barang, GST, minyak dan pelbagai lagi. Kini pemimpin PAS pula menambah derita rakyat dengan kerenah mereka.

Inikah parti yang akan menggantikan Hezbollah? Jika PAS di Lubnan pun belum tentu mereka boleh menggantikan Hezbollah dengan perjuangan lebih mengutamakan bangsa berbanding Islam  sebagaimana ditunjukkan dalam perbahasan muktamar lalu.

Perpecahan PAS punca utama kekalahan Pengkalan Kubur

OLEH : AMIRULMUKMININ








PAS menafikan perpecahan dalaman sebagai punca utama kekalahan parti itu dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor. Bagaimanapun, bersetuju faktor utama tidak kembalinya pengundi anak perantau telah menjejaskan peluang parti itu untuk menundukkan Umno.
Kelemahan  itu sewajarnya menyedarkan PAS mengenai realiti perjuangan. Anak perantau tidak merantau dan bekerja di Terengganu yang mana PAS muncul sebagai kuasa terhebat dan tidak memerlukan Pakatan Rakyat sebagai rakan politik.

Sebaliknya anak rantau berada di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Baharu dan Pulau Pinang. Kota-kota ini jelas perjuangan Pakatan jauh mengatasi perjuangan walak sempit PAS. Apabila PAS mengakui anak rantau tidak kembali maka mereka harus sedar sikap berdolak-dalik Presiden Hadi Awang dan kepimpinan ulama dalam kemelut politik Selangor sebagai penyumbang terbesar kehilangan sokongan anak perantau terhadap parti agama itu.

Mungkin pemimpin PAS Pantai Timur apabila turun ke bawah, para pengikut PAS masih lagi berbisik mereka akan walak walau apa pun terjadi. Walaupun Hadi mencaci pemimpin Pakatan, ia tidak menjadi masalah kepada golongan tersebut.

Tetapi sekiranya pemimpin PAS bertanya penyokong mereka di Pantai Barat maka telinga mereka akan panas dengan kritikan pedas, kepimpinan ulama telah merosakkan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan yang diharap akan mengganti BN. Maka sudah tentu anak perantau yang lebih terdedah dengan pemikiran politik Pantai Barat tidak bersetuju dengan pemimpin PAS Pantai Timur dan membiarkan mereka bersendirian melawan BN seandainya benar PAS hebat.

Kekalahan di Pengkalan Kubor juga merupakan langkah ‘terjun jurang’ kepada puak UG. Calon PAS yang bertanding ialah Wan Rosdi Wan Ibrahim, seorang penyelaras DUN dan dikatakan disenangi oleh pengundi di kawasan tersebut melalui perkhidmatannya. Tetapi mengapakah beliau kalah lebih teruk berbanding calon PKR sebelum ini?

Ketika PKR bertanding, calon mereka hanya kalah dengan 1700 undi majoriti tetapi calon PAS kalah 2,600 undi. Sebelum pilihan raya Menteri Besar Ahmad Yaakob, Timbalan MB Nik Amar, Hadi, Tuan Ibrahim dan lain-lain semuanya meramalkan Rosdi akan menang atau sekurang-kurangnya merapatkan jurang majoriti PAS.

Ada dua perkara yang jelas daripada kekalahan PAS ini. Pertama, selepas pemimpin UG PAS mencaci PKR, rakyat Kelantan sendiri melihat PAS tidak ada masa depan lewat ancaman untuk keluar Pakatan berulang-kali.

Bagi mereka, tanpa Pakatan PAS akan kembali ke zaman lama yang tidak terbuka. Tiada lagi ciri-ciri moderat, dinamik, akauntabiliti dan sebagainya. Pemerintahan PAS akan kembali ke era ala kadar dan tanpa perancangan masa depan yang baik.

Oleh ketana itu, penyokong PAS lebih mudah mengundi BN yang mampu memberi pembangunan dan membelanjakan kewangan yang banyak kepada rakyat. Strategi BN ini hanya mampu dilawan oleh Pakatan. Dengan imej kepimpinan Anwar Ibrahim dan rakan-rakan beliau dalam DAP maka harapan rakyat lebih menyerlah untuk menyaksikan BN digantikan oleh sekumpulan pentadbir yang lebih baik.

Kedua, kekalahan PAS juga adalah kerana kurangnya perancangan pembangunan oleh kepimpinan ulama Kelantan. Memang Nik Aziz juga seorang ulama, tetapi beliau lebih proaktif dan progresif. Beliau tidak bermasalah untuk bekerjasama dengan Husam Musa dalam merancang pembangunan Kelantan. Hasilnya adalah Bandar Baru Tunjung, pembinaan stadium baru dan pelbagai prasarana yang menaikkan imej Kota Bharu.

Pentadbiran Ahmad Yaakob dilihat hanya mengikut pelan bercita-cita tinggi Husam tanpa melakukan sesuatu yang baru. Bagi rakyat, petanda kelemahan PAS sudah tiba. Dan sepertimana diakui oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, bahawa tanpa pengundi anak rantau maka Kelantan mungkin jatuh ke tangan BN.

Pengajaran yang perlu diambil dari peristiwa Pengkalan Kubur ialah pengaruh PAS di Kelantan telah sampai ke penghujung. Strategi yang mereka amalkan tidak sesuai. Apatah lagi Kelantan telah masuk ke dalam perangkap Umno dan berkerjasama ingin meluluskan undang-undang Hudud di peringkat persekutuan.

Apabila Umno juga inginkan Hudud maka dosa mengundi Umno telah lupus. Fatwa yang terpakai di kalangan penyokong PAS, Umno adalah sekular dan berdosa mengundi mereka lenyap apabila Umno juga inginkan undang-undang Islam. Jadi dengan itu lebih baik rakyat Kelantan mengundi Umno yang mewah serba serbi berbanding kerajaan PAS yang hanya mengharap peruntukan Persekutuan tanpa berusaha sendiri mencari sumber kewangan.

PAS hanya akan selamat apabila mereka berjuang bersama Pakatan. Tetapi dengan perangani Ahmad Yaakob dan Nik Amar yang setuju parti itu menghentam Anwar, Azizah dalam krisis Selangor, tiada rakyat Kelantan percaya PAS akan bekerjasama baik dengan Pakatan selepas ini.

PAS perlu sedar sekelilingnya telah jauh berubah. Mereka juga perlu berubah dan tidak mengutamakan ijtihad ulama untuk menang. Hadi telah luput tarikh. Dia kalah mentadbir Terengganu. Faktor Hadi mempertahankan Azizan Razak juga punca kekalahan di Kedah.

Tetapi jika PAS hanya inginkan gerakan agama dan tidak mahu memperbaiki diri dalam pemerintahan maka lebih baik ia bertukar menjadi gerakan tabligh. Sekurang-kurangnya rakyat tidak perlu membantah jika tidak selesa dengan perjuangan sebuah pertubuhan dakwah.

BARISAN EXCO BARU SELANGOR? APA PAS AKAN KATA ATAU WALA PADA AZMIN?




Sekarang ni PAS dah terperangkap.
Selama ni Haji Hadi warwarkan mereka PAS taat setia dgn sesiapa yang dipilih istana.
Dan istana dah pilih Azmin Ali. Maka, kalau PAS engkar pada Azmin Ali serupa dengan 
PAS engkar pada istana.
Kalau Azmin Ali kata semua 4 exco wajib dibuang demi menjaga nama baik Pakatan 
Rakyat, maka PAS wajib wala'.
Kalau Azmin Ali kata wakil PAS dlm exco hanya 2 orang sahaja yakni Hasnul dan Saari,
 maka seluruh PAS wajib wala'
Kalau Azmin kata Raja Idris wajib dipecat dari Perangsang pun PAS wajib wala'.
Kalau Azmin Ali kata Din Ayam, Raja Idris, Sabky dsbnya wajib disiasat mengapa mereka
 mendapat ESOS pun PAS wajib wala'.
Pendeknya PAS wajib wala' pada Azmin kalau PAS tidak mahu derhaka pada Sultan.
Juga, Azmin tak perlu sokongan 13 ADUN PAS di DUN sebab dia sudah ada 30 ADUN di 
belakangnya.
Maklumat saya dapat tekanan dari pengundi2 Cina dan India mungkin memaksa MB baru 
untuk membuang kesemua exco2 PAS.
Kalau tidak bye bye kerajaan PR Selangor PRU 14 kelak
Wala' pada Presiden jgn sampai gadai parti



MB baharu Azmin dapat sokongan PAS

OLEH: Amirulmukminin


Kemelut politik Selangor yang berakhir sebaik sahaja Adun Bukit Antarabangsa  Azmin Ali mengangkat sumpah jawatan mungkin menyaksikan PAS akan kembali semula berpadu dengan Pakatan Rakyat.

Sebelum ini pun timbul spekulasi Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mencatur agar Azmin menjadi MB Selangor. Azmin dilihat calon paling layak dan pemimpin tertinggi PAS mempunyai ruang untuk bekerjasama dengan beliau berbanding Wan Azizah.

Dispekulasikan juga wujud rundingan sulit antara pemimpin PAS dan Azmin, serta restu pemimpin PAS bagi menguatkan pertimbangan sultan Selangor untuk memilih Azmin. Mungkin rakyat Selangor sedikit hairan kerana empat exco PAS yang berkhidmat di bawah Khalid Ibrahim sejak terpecatnya bekas MB itu dari PKR tidak akan ditukar oleh Azmin. Bagitu juga sokongan padu Adun PAS Selangor yang diumumkan Mustafa Ali sebaik sahaja Azmin mengangkat sumpah jawatan.

Begitu juga lantikan politik pada zaman Khalid ke atas beberapa orang PAS di dalam GLC Selangor tidak akan terjejas. Din Ayam, abang raja Petra, Tantawi dll selamat tanpa disentuh oleh sentuhan politik Azmin.

Namun disebalik kemenangan PAS itu tugas berat bagi Azmin adalah mengembalikan sokongan rakyat Selangor ke atas Pakatan Rakyat. Tugas yang lebih berat lagi adalah memastikan Pakatan akan terus berpadu selepas ini.

Anwar mungkin akan dipenjarakan oleh kerajaan BN selepas rayuannya di Mahkamah Persekutuan didengar pada Oktober. Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR mempunyai peranan besar apabila beliau dipercayai oleh pemimpin PAS.

Azmin boleh memastikan tragedi yang menimpa Barisan Alternatif pada 2000 apabila DAP meninggalkan gabungan itu lewat isu Negara Islam tidak akan berlaku lagi kali ini.

Bagaimanapun, sebagaimana ungkapan Naib Presiden PAS Husam Musa perlantikan Azmin di Selangor bukanlah jalan penyelesaian mudah krisis antara PAS dan PKR, Azmin perlu berhati-hati dan bijaksana memainkan peranan.

PAS daripada parti yang tidak mempunyai perancangan politik sebelum 2008 dan mengikut rentak politik Anwar kini bertukar sebagai parti ‘keras kepala’ dan mahu memaksa gabungannya mengikut dasar parti itu.

Sikap tersebut tidak disenangi oleh PKR dan DAP kerana mirip perangai pembuli Umno dalam BN. Bagaimanapun tidak seperti Umno yang mempunyai perancangan politik dinamik, PAS tetap tidak mempunyai pemimpin yang mampu merancang untuk menawan Putrajaya sebagaimana Anwar Ibrahim.

Maka ketiadaan Anwar akan dirasakan satu kehilangan besar kelak. Rakyat bukan Islam tidak akan bertolak ansur dengan Hadi yang perkauman. Begitu juga golongan yang progresif akan sinis terhadap kepimpinan ulama PAS yang tidak mendepani zaman.

Azmin mempunyai tugas berat. Selain menyempurnakan Langkah Kajang, menggunakan Selangor untuk menawan Putrajaya beliau juga perlu menjadi seorang ahli politik sehebat Anwar. Malah sekiranya PR tiada calon untuk menjadi perdana menteri maka Azmin boleh dipertimbangkan menjadi pilihan masa depan.

Tanpa menunjukkan kredibiliti beliau sebagai pemimpin penyatu maka PKR akan tenggelam di dalam percaturan politik PAS yang tidak mementingkan fakta. PR telah dilihat sebagai parti pesaing BN yang amat dinamik sebelum krisis Selangor pada Jun 2014.

Dua faktor yang melemahkan PR adalah Khalid dan kerosakan yang ditimbulkan pemimpin garis keras PAS.

Jadi, Azmin bertanggungjawab untuk memulihkan keyakinan rakyat seluruh negara. Azmin juga wajar meneruskan projek tertangguh menggunakan sedikit kewangan Selangor bagi mendanai projek penerangan menawan Putrajaya.

Sekiranya berjaya maka nama Azmin akan sebaris dengan Anwar, Hadi, Kit Siang, Guan Eng dan nama-nama besar lain. Hanya masa yang akan menentukan.

[LIVE][230914][BM2]-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

[LIVE][100914][BM21]-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Selepas pemergian Khalid: Selangor Kini mahu kebebasan media


KENYATAAN MEDIA: Selangor Kini sebagai sebuah akhbar rasmi Kerajaan Selangor merakam ucapan terima kasih kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas sumbangannya dalam memajukan media.

Pentadbirannya mengangkat nilai kebebasan media ke tahap lebih baik berbanding akhbar negeri ketika zaman pemerintahan Umno BN yang menggunakan nama Era Jaya.

Namun, tahap kebebasan media perlu dipertingkat - tanpa mengikut telunjuk mana-mana pemimpin mahupun parti politik baik pemerintah mahupun pembangkang, sebaliknya menjadi saluran suara rakyat akar umbi.

Ini penting kerana operasi media negeri dijana melalui wang rakyat, sama sekali berbeza dengan penerbitan akhbar kepartian seperti Harakah dan Suara Keadilan. Semua media negeri yang ditadbir Umno BN juga harus mengambil langkah ini

Selangor Kini berharap pentadbiran Menteri Besar yang baharu - walau sesiapapun - bersedia untuk memerdeka akhbar negeri ini dari sudut editorial dengan tiadanya campurtangan politik sebaliknya tertumpu kepada suara rakyat selain menjulang dasar kerajaan negeri.

Oleh itu, usaha tertentu harus dibuat tanpa menjejaskan kebajikan kakitangan sedia ada supaya proses kemajuan media negeri terus berlanjutan melalui pentadbiran baharu.



Fazallah Pit
Ketua Pengarang Selangor Kini

Azmin: Jawatan timbalan MB S'gor tidak akan diwujudkan

KIAMAT

Wan Azizah terima Azmin dilantik MB Selangor

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima pelantikan Mohamed Azmin Ali dengan hati terbuka. Gambar fail The Malaysian Insider.Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima pelantikan Mohamed Azmin Ali dengan hati terbuka. Gambar fail The Malaysian Insider.Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau menerima secara terbuka pelantikan timbalannya Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor yang baharu selepas pengumuman rasmi hari ini.
Azmin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa hari ini disahkan menjadi MB Selangor berkuatkuasa esok selepas menerima surat pelantikan hari ini, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai jawatan penting di negeri terkaya tersebut.
"Saya menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang dibuat Tuanku Sultan Selangor yang memperkenankan Azmin, timbalan presiden PKR, sebagai menteri besar Selangor yang baharu," kata Dr Wan Azizah dalam satu kenyataan.
Beliau sebelum itu menghadiri satu mesyuarat tergempar di ibu pejabat PKR petang tadi yang turut dihadiri Azmin dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada 29 Adun PKR dan DAP, serta 2 Adun PAS yang menyokongnya sebelum ini sebagai calon MB baharu.
"Saya menghargai kesepakatan 29 Adun ini yang meletakkan kepentingan menjaga mandat rakyat mengatasi kepentingan peribadi mereka," katanya.
Dr Wan Azizah berkata, beliau sebelum ini sudah membuat keputusan menarik diri daripada pencalonan sebagai menteri besar Selangor yang baharu dan keputusan muktamad tersebut diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini.
Menurutnya, MPP juga sebulat suara menyokong Azmin sebagai menteri besar Selangor.
"Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang bermesyuarat pada hari ini juga sebulat suara bersetuju dengan cadangan itu," katanya.
Walaupun kesal dengan layanan yang diberikan istana, Dr Wan Azizah berkata keputusan tersebut perlu diterima demi kepentingan rakyat Selangor.
"Saya mengambil keputusan ini demi kepentingan rakyat atas kesedaran krisis ini perlu diselesaikan secepat mungkin," katanya.
Dr Wan Azizah juga menggesa supaya usaha membela rakyat perlu kembali menjadi tumpuan utama di Selangor.
Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor akan diadakan pada pagi esok di Istana Alam Shah, Klang.
Spekulasi sebelum ini mengatakan Azmin akan dilantik sebagai MB Selangor yang baru, namun tiada pengesahan daripada pihak istana hingga surat pelantikan didedahkan hari ini.
PKR sebelum ini mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai calon MB tunggal, bagaimanapun mendapat tentangan daripada rakan PR, PAS dan Sultan juga enggan menerima cadangan tersebut. – 22 September, 2014.

Azmin Ali dilantik sebagai MB Selangor baharu

Azmin Ali dilantik sebagai MB Selangor baharu


SHAH ALAM 22 SEPT: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu berkuatkuasa 23 September 2014.
Azmin Ali MBPelantikan itu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa menerima surat pelantikan yang ditandatangani Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, petang tadi.
Menurut surat itu, majlis angkat sumpah akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada pukul 10.30 pagi esok.
“Sukacita dimaklumkan bahawa Sultan Selangor telah berkenan melantik YB (Yang Berhormat) tuan untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor berkuat kuasa 23 September (Selasa).
“Sehubungan itu, YB diminta hadir ke istiadat angkat sumpah jawatan dan ikrar aku janji serta pengurniaan surat cara pelantikan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor,”
“Kerjasama pihak YB dalam menyempurnakan perkara Sultan Selangor amat dihargai dan diucapkan terima kasih,” jelas surat berkenaan.
Pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu sekaligus menamatkan spekulasi pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.