The making of.... Dyana Sofya (1)
June 1, 2014 at 12:44pm
Pada
mulanya aku menjangka Dyana akan menang, dan cuba menulis kembali
rentetan perisitiwa dari mula Dyana dikenali ramai sehinggalah dia
menjadi satu fenomena.
Daripada seorang yang tidak
dikenali ramai, Dyana sudah menjadi selebriti paling panas dalam masa
tidak sampai 3 minggu dan ini satu pencapaian yang paling memeranjatkan.
Bukan
aku nak bodek apa-apa, tapi apa yang berlaku adalah diluar jangkaan
ataupun perancangan. Dan apa yang aku nak kongsikan ialah tentang
bagaimana media sosial mampu mencipta kejutan. Media sosial bukan saja
mampu menaikkan seseorang dalam sekelip mata, malah ia juga boleh
meruntuhkan seseorang itu dalam sekelip mata juga.
Pada 1
Mei 2014, Ahli Parlimen Teluk Intan, Seah Leong Peng meninggal dunia.
Ia berlaku hanya dua minggu selepas Karpal Singh meninggal dunia dalam
kemalangan jalanraya dan ini menyebabkan berlaku dua pilihanraya kecil,
Bukit Gelugor dan Teluk Intan.
Media dan orang ramai memberikan tumpuan kepada Bukit Gelugor dan hanya DAP Perak yang memberikan tumpuan kepada Teluk Intan.
Aku
juga turut bertumpu ke Bukit Gelugor, mencuba untuk menjolok Mat Sabu
sebagai calon Bukit Gelugor. Memang boleh dikatakan kerja bodoh..nak
calonkan Mat Sabu di tempat Karpal Singh. Tambahan pula calon favourite
ialah Ram Karpal. Ditambah pula, Mat Sabu orang PAS. Hampir mustahil.
Tapi
aku mengharapkan DAP akan melakukan sesuatu yang mengejutkan, melakukan
sesuatu diluar kebiasaan. Tapi akhirnya gagal juga. Ok…tolak ketepi
cerita Mat Sabu bertanding di Bukit Gelugor.
Kematian Seah
menyebabkan DAP Perak bergolak lagi. Tapi, sebagai menghormati kematian
beliau, tidak ada lobi melobi secara terbuka untuk tujuh hari selepas
kematiannya. Mungkin adat mereka kot..aku tak tau la.Tapi dalam
diam-diam, usaha melobi ini sudah bergerak.
DAP Perak
terbahagi kepada dua team. Satu team Nga-Ngeh, manakala satu lagi team
Kula. Masing-masing mahukan calon dari kem masing-masing.
Team
Kula pula terbahagi kepada dua team lagi….aku sebut team A dan B. Team A
ialah team Kula dan majoritinya India manakala team B majoritinya Cina.
Pada
6 Mei, sorang kawan jumpa aku dan minta aku tolong untuk melobi calon
pilihan mereka. Dia ni dari Team B dalam team Kula. Bila disebut Leong
Mee Meng, bekas ADUN Jalong, aku tak berapa setuju.
Bukan
aku tak suka amoi ni..secara peribadi, aku memang suka dia. Cukup bagus
buat kerja, sentiasa senyum dan kalau jumpa aku mesti dia tegur. Siap
dakap lagi wooo…belum kawin pulak tu!!
Tapi aku tak setuju
sebab peranan Ahli Parlimen bukan macam ADUN. Mee Meng kurang fasih
berbahasa Melayu atau Inggeris. ..dan tak ada yang luar biasa. Kalau nak
lawan Mah Siew Keong, susah sikit. Lagi pun, aku mahu DAP berbuat
sesuatu yang diluar kebiasaan.
Perbincangan kami selesai disitu dan kawan aku marah sebab aku tak mau tolong.
7
Mei adalah hari terakhir mereka berkabung dan pada 8 Mei, aku tengok
kawan aku dah mula menonjolkan wajah Mee Meng dalam Facebooknya.
Sambutan
terhadap Mee Meng agak dingin. Tak banyak sokongan yang diperolehi,
sebaliknya, Kula mula membalas dengan mencadangkan Manogaran, bekas Ahli
Parlimen Teluk Intan (2008-2013). Tapi sebagai ahli politik yang
senior, Kula pandai bermain politik.
Dia
tidak terus menamakan Manogaran, sebaliknya mencadangkan empat nama dan
tersiar dalam akhbar berbahasa Tamil pada 9 Mei 2014. Aku cuma ingat 3
nama.. pilihan pertama Ambiga, kedua Manogaran dan ketiga Suresh (?).
Semua orang tau, Ambiga bukan nak bertanding..dan bila Ambiga menolak,
dah tentu pilihan kedua menjadi favourite.
Bila Kula
mencadangkan Manogaran…nama Mee Meng terus tenggelam. Antara Mee Meng
dengan Manogaran, Manogaran lebih menyerlah. Dan apabila Kula sendiri
tidak menyokong Mee Meng, bertambah sikitlah peluang untuk dicalonkan.
Team
B cuba membalas balik cadangan Kula dengan mencadangkan seorang lain
yang lebih power dari Manogaran, iaitu Hew Kuan Yau. Kuan Yaw juga
dikenali sebagai “Superman” dan anak jati Teluk Intan. Ini sudah tentu
memberikan kelebihan kepada beliau berbanding Manogaran.
Dalam masa yang sama juga, team Nga Kor Ming mencadangkan setiausaha politknya, Chong Zhemin sebagai calon.
Pada 9 Mei 2014, dah ada tiga nama. Manogaran, Hew Kuan Yaw dan Chong Zhemin.
Kedua-dua
belah pihak..Manogaran dan Kuan Yau menghantar ejen mereka berjumpa aku
minta aku bantu depa. Huh..tak sangka…dalam wanted-wanted pun, depa
panggil aku jugak!! Team Nga Kor Ming tak payah cakap la..dah memang
musuh tradisi.
Bagi aku, pertarungan sebenar adalah
diantara Manogaran dan Kuan Yau. Chong Zhemin terlalu novis. Tak sampai
setahun join DAP. Lagipun, DAP Teluk Intan semasa Seah , tak ngam dengan
Nga dan Ngeh. Kalau letak Chong Zemin, lingkup la.
Tapi..halangan besar buat Manogaran dan Kuan Yau adalah dari Nga dan Ngeh..dan Nga pulak adalah Pengerusi DAP negeri.
Entah
macam mana, ketika bersembang dengan team Manogaran, nama seorang lagi
disebut-sebut. Nama tersebut ialah Dyana, setiausaha politik Kit Siang.
Sapa budak ni?
Aku cuma pernah dengar sekali nama budak ni
melalui Siti Aishah, Ketua Serikandi PKR, bila depa berceramah
sama-sama. Tapi aku sendiri tak dapat nak bayangkan macam mana rupanya.
Bila balik kerumah, aku cuba google dan cuma dapat satu gambar dia. Wow..cun woooo!!
Aku
cuba dapatkan info tentang Dyana melalui kabel aku dalam DAP. Dan aku
diberitahu, Kit Siang tak akan lepaskan budak ni sebab Kit Siang sedang
melatih Dyana untuk PRU 14 dan kemungkinan besarnya akan diletakkan di
Johor. Aku cakap..go to hell la..
Aku nak cuba sesuatu
yang baru. Macam meletakkan Mat Sabu di Bukit Gelugor atas tiket DAP.
Baru la ada kick. Kalau asyik letak muka recycle saja..aku pun tak minat
dengan pilihanraya.
Dan keesokan harinya, 10 Mei 2014, aku mula jolok Dyana Sofya. Tapi tak ramai yang dapat tangkap. Maklum la…sapa pun tak kenai.