Pendidikan masa hadapan demi Malaysia lebih baik - Nurul Izzah Anwar
December 21, 2013
Ditakdir sudah bila Safiyah berumur sekitar lima tahun soalan yang
ditanyakan kepada mamanya; selain soalan lazim seperti “mama buat apa di
Parlimen; atau kenapa ceramah selalu kena malam-malam?;” adalah soalan:
“Siapa yang cipta telefon? Atau piano? Atau televisyen? Takde ke orang
Malaysia?,” yang mengingatkan saya kepada kata-kata John Adams, Presiden
Amerika Syarikat kedua [1735-1826];I must study politics and war that my sons may have liberty to study mathematics and philosophy. My sons ought to study mathematics and philosophy, geography, natural history, naval architecture, navigation, commerce, and agriculture, in order to give their children a right to study painting, poetry, music, architecture, statuary, tapestry, and porcelain.
Begitulah persoalan yang dianjurkan oleh Safiyah; yang seharusnya ditanyakan oleh kita semua. Begitulah kita - yang bernaung di tempat lahirnya Kesultanan Melaka; pelabuhan yang menemukan seantero dunia; namun terhad buah fikirannya hinggakan hadiah Nobel yang sudah dimenangi negara seperti Bangladesh, bukan sahaja tidak mampu disebut oleh bibir, jauh pula terlintas di benak fikiran.
Realiti sebegini yang memaknakan kerelevan tenaga dan buah fikir Teach
For The Need (TFTN); yang berhasil dalam: melaksana konvensyen
pendidikan yang begitu gilang-gemilang tanpa sesen pun dana kerajaan dan
lebih penting lagi melontar cabaran baru di tengah belantara pendidikan
Malaysia yang terkedu berterusan dengan pengumuman seperti:
Tiba saja TFTN di persada pendidikan negara, maka bermula era politik pendidikan jujur dan berani; jujur mengkritik kelemahan sedia ada, dan berani menongkah arus dalam cubaan menyelesaikan masalah struktur pendidikan tanah air.
Kata TFTN, bagi setiap sekolah, atau kelas, sekurang-kurangnya 10 peratus daripada anak-anaknya sudah tentu terjerumus dalam perangkap buta huruf - tidak boleh membaca dan menulis.
Walau saya mulanya sinis, terkedu juga saya apabila ditemukan dengan 40 pelajar darjah 6 yang buta huruf sedang saya menghantar jambangan bunga sempena Hari Guru di sebuah sekolah rendah di Lembah Pantai.
Saya hanya boleh memasuki premis sekolah kebangsaan secara spontan membawakan sejambang bunga ros - kerana dihalang secara rasmi gara-gara Pekeliling keluaran Menteri Pendidikan.
Setelah dipertemukan sendiri dengan anak-anak bijak namun buta huruf ini, jalan penyelesaian terbaik adalah dengan membawa sukarelawan TFTN masuk; Mereka yang apolitikal, tidak partisan, dan bersedia menabur bakti untuk memperbaiki lompang buta huruf sedemikian - supaya semua anak di Malaysia diselamatkan dengan keupayaan asas untuk maju ke depan.
Menongkah arus jangan tanpa Pendayungnya! Berbilion ringgit buat PPSMI; segenerasi tikus makmal terkorban
Negara kita kaya dengan hasil mahsul bumi yang tidak pernah putus bermulanya daripada bijih timah, kelapa sawit, getah, kayu balak dan terkini minyak dan gas. Daripada Petronas sahaja sejak 1974 sehingga kini menyumbangkan RM732 bilion kepada negara. Berapakah yang disalurkan kepada dana pendidikan negara? Dan daripada jumlah besar itu, berapa pula disalurkan kepada pembangunan guru dan anak murid selain daripada bilion wang untuk infrastruktur dan projek yang penuh ketirisian?
Dalam mengambil mana-mana pendekatan drastik, kerajaan memerlukan perancangan serta kajian yang rapi sebelum ianya dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia.
Saya merujuk penulisan Majalah Saintifik Malaysia yang menyimpulkan: Harus adanya lebih banyak keterbukaan daripada segi perkembangan inisiatif dasar; termasuklah dalam mewujudkan kumpulan inkuiri yang independen dengan kaji selidik yang berkala. Bluprin yang disedia kerajaan harus diganding dengan sasaran masa pelaksanaan yang jelas untuk memantau keberkesanan pelaksanaan dasar tersebut.
Ingatlah; Malaysia masih terkebelakang dalam memenuhi standard negara-negara OECD - yang punyai profil kukuh dalam pencapaian sains dan teknologi, serta keluaran ekonomi - dan negara tersebut bukanlah negara di mana bahasa pengantarnya Bahasa Inggeris.
Malangnya, PPSMI dilaksanakan sebelum kita sempat melatih serta meningkatkan keupayaan bahasa Inggeris di kalangan guru. Ceritera bermula dengan kisah seorang perdana menteri yang mendapat ilham untuk memperbaiki mutu penggunaan Bahasa Inggeris dengan menggunapakai bahasa tersebut sebagai bahasa pengantar dalam matapelajaran Matematik dan Sains. Pedulikan kaji selidik; pedulikan persediaan mengajar guru; pedulikan pendapat pakar - all one needed at the time was to be in power.
Being futurustic without sound knowledge is akin to digging a sand hole.
Malangnya jua, yang tenggelam di dalam pasir jerlus ini merupakan segenerasi anak kita yang kini terbelakang berbanding Vietnam.
Sistem pendidikan adalah sesuatu yang serius yang akan memberi kesan langsung kepada masa depan negara dan bukan dilakukan sewenang-wenangnya seperti menukar pakaian ataupun pelaksanaan satu idea yang muncul di benak pemikiran pemimpin di waktu minum petang.
Masalah sebegini yang amat membimbangkan, dan saya yakin pada ketika itu yang ini akan memberi kesan kepada kualiti pendidikan yang diterima anak kita. Unesco melaporkan bahawa “Forcing children, or adults, to attend schools that use a language they neither speak nor understand hinders rather than helps them to develop their potential as productive members of society.”
Selain itu, dalam sebuah laporan yang lain, UNESCO telah berkata bahawa: “UNESCO and other international agencies concerned with early education, children’s rights, and linguistic diversity argue strongly for the pedagogical imperative of using a child’s own language as the medium of instruction, at least in the early years of formal schooling.”
Pada 2011, Laporan TIMMS melaporkan kejatuhan kedudukan Malaysia untuk subjek Matematik iaitu dari 16 (1999), 10 (2003), 20 (2007), dan 26 (2011) sementara subjek Sains pula ialah 22 (1999), 20 (2003), 21 (2007), dan 32 (2011).
Kejatuhan markah purata bagi subjek Matematik iaitu 519 (1999), 508 (2003), 474(2007) ke 440 (2011); jatuh 79 mata sementara subjek Sains iaitu 492 (1999), 501 (2003), 471 (2007) ke 426 (2011).
Yang menghairankan adalah kontradiksi yang diperlihatkan menerusi Laporan Lembaga Peperiksaan - rekod pelajar yang mendapat A dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut semakin meningkat dari tahun ke tahun di dalam peperiksaan PMR. Apakah yang sebenarnya berlaku?
Menjelang 2013, sebuah lagi laporan pendidikan diterbitkan. Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) telah mengeluarkan laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) 2012. Sekali lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan prestasi pelajar Malaysia yang semakin merudum. Terkini, Pelajar Tingkatan 3 Malaysia setaraf dengan pelajar Darjah 5 dari Singapura dan Korea Selatan!
Laporan Bank Dunia mengenai Kualiti Pendidikan Malaysia mendedahkan beberapa perkara. Salah satu perkara yang positif yang dilaporkan ialah, akses kepada pendidikan di Malaysia secara puratanya amat tinggi, dengan lebih 95% daripada pelajar menerima pendidikan menengah rendah. Malaysia juga memberikan peruntukan yang tinggi dalam nisbah KDNK berbanding negara lain.
Tetapi laporan itu mengesahkan apa yang kita bimbangkan selama ini. PPSMI menyebabkan pencapaian pelajar Malaysia semakin merudum
Tahun 1970, penukaran bahasa pengantar dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu meningkatkan daya saing pelajar Melayu, dan mempunyai tidak mempunyai apa-apa impak yang jelas kepada pelajar etnik lain. Penukaran ini membuatkan pelajar Melayu mendapat peningkatan 0.3 tahun pembelajaran. Ini mungkin disebabkan penerimaan ilmu itu lebih mudah sekiranya aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu dibuat dalam bahasa lebih difahami. Penukaran itu juga meningkatkan pendapatan warga Malaysia sebanyak 4.6%, dan pekerja Melayu secara khususnya sebanyak 5.7%.
Pun begitu, saya tidak menidakkan peri pentingnya penguasaan Bahasa Inggeris. Dan kerana itulah, kita berhak merungkai mengapa kita mampu menghantar guru-guru kita ke Maktab Perguruan di Kirkby, Liverpool untuk melahirkan kumpulan pendidik terbaik dengan pantas bagi mengasuh anak-anak kita di tanah air pada 1950 an - bagaimana pula sekarang?
PPSMI hanyalah simptom kepada masalah yang lebih serius – pelaksanaan berpandukan fakta, kaji selidik, persediaan konkrit, dan kebenaran.
Saya membawa isu pelaksanaan program terbaru yang diwujud Kementerian Pendidikan yang menamatkan peperiksaan PMR tahun ini - sistem Pentaksiran Berdasarkan Sekolah - kepada perhatian pembentang Laporan Pendidikan World Bank ke atas Malaysia - Frederico Gil Sanders.
Jawab Frederico mudah; seperti juga kesimpulan Majalah Saintifik Malaysia terdahulu: Laksana saja inkuiri yang independen beserta kaji selidik untuk meneliti keberkesanan perlaksaan PBS. Kemudian, dipersembah untuk tatapan umum.”
Malangnya, bila dibawa ke perhatian Menteri di Parlimen, sikap defensif yang menjelma. Adakah menjadi tanggungjawab pelaksana, iaitu guru yang sekarang jua terpaksa menjadi hakim dan penimbang tara menerusi laman Facebook yang berjudul Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan dengan 58,000 Likes? Kalau begini, siapa mahu menjadi cikgu?
Inilah jawapannya buat puteri saya Safiyah. Selagi mana pendidikan kita dipenuhi politisasi dan komersialisasi yang melampau, pendidikan hilang rohnya sebagai proses pengutuhan dan penyempurnaan insan.
Selagi pendidikan kita terus menjadi proses dehumanisasi oleh sang penguasa seperti kupasan Paulo Freire, selagi itulah pendidikan kita tidak akan bakal melahirkan idea ataupun menuju peradaban yang agung.
Maqasid atau objektif pendidikan pada akhirnya adalah untuk merungkai potensi maksima dalam manusia.
Percaya atau tidak, saya merupakan produk sekolah kerajaan. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara dan kemudiannya Sekolah Menengah Perempuan Assunta. Jangan disalah sangka; saya amat berterima kasih kepada guru yang memberikan saya ilmu di dada; pun begitu, berbekalkan latar pendidikan ini memaksa saya bekerja dua kali ganda lebih berbanding dengan pelajar lain sewaktu saya menjalani pembelajaran peringkat sarjana di Johns Hopkins.
Alhamdulillah, berkat doa daripada ibu bapa, rezeki yang diberikan oleh Allah, serta dokongan teman dan tenaga pengajar, saya mampu berjaya.
Pengalaman ini membawa saya kepada sebuah persoalan yang penting. Apakah sebenarnya tujuan sekolah? Adakah ia sebuah institusi untuk membangunkan sumber manusia, atau ia kilang robot? Apakah kita mahukan anak kita cuma menjadi burung kakak tua, yang cuma tahu mengulang sahaja apa yang diajar?
Lanskap pendidikan negara pada hari ini tidak menjuruskan pelajar kepada penjanaan idea dan pemikiran kritis. Individualisme dan perbezaan setiap kanak-kanak tidak diraikan oleh sekolah, malah ditekan sehingga pelajar kehilangan identiti. Kita terlalu takut untuk membenarkan anak kita berfikir melangkaui sempadan akademik.
Dahulu sebelum merdeka kita mendidik dengan sistem berasingan daripada sekolah pondok, sekolah Inggeris, sekolah kebangsaan dan vernakular mengikut bangsa. Pasca merdeka memperlihatkan beberapa rangkaian penyelesaian seperti Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib demi penambahbaikan pendidikan. Terkini, sebuah Blueprint yang bernilai hampir RM20 juta dikeluarkan.
Soalnya, setiap kali sistem pendidikan dirubah, satu generasi akan terkesan dan apakah sistem pendidikan yang kita mahukan untuk anak kita?
Dahulu selepas merdeka, anak muda berebut untuk menjadi askar, polis ataupun cikgu. Ini merupakan pekerjaan tersohor di waktu itu. Tidak lama selepas itu, apabila negara menyambut arus pembangunan, anak pula digalakkan untuk mengambil bidang kejuruteraan atau perubatan. Sama ada anak itu mampu atau tidak itu soal kedua.
Melihat masa hadapan, satu pembangunan holistik adalah dituntut. Pendidikan perlu di terbalikkan. Pendidikan dahulu menetapkan penghujung jalannya. Anak ditetapkan untuk menjadi jurutera atau doktor dari kecil. Pendidikan sepatutnya merungkai potensi anak semaksima mungkin.
Pendidikan sewajarnya meraikan pilihan setiap individu anak itu sendiri. Pendidikan masa hadapan harus meraikan potensi anak yang tiada batasannya. Pendidikan yang mampu mencipta bidang baru, mencipta pekerjaan baru yang tidak terbatas sama ada daripada bidang matematik, falsafah, geografi, sejarah, pelayaran, musik, syair, lukisan, atau apa-apa pun.
Ibnu Khaldun di dalam Muqadimah menjelaskan dengan terperinci bagaimana sistem pendidikan yang kukuh diperlukan untuk memastikan pemerkasaan sistem ekonomi yang seterusnya menjana kekuatan dan kedaulatan sesebuah negara. Adalah satu kegagalan apabila sistem pendidikan dilepaskan kepada institusi swasta.
Menurut Dato Dr Siddiq Fadzil, konteks pendidikan harus dilihat daripada lensa tahririy-tanwiriy (pembebasan-pencerahan). Keberanian dituntut untuk membangunkan satu sistem pendidikan alternatif yang bersemangat memperkasa, membebas dan mencerahkan. Selama ini yang terhasil daripada sistem pendidikan sekarang hanya melahirkan generasi yang lemah, meminta-minta, tidak mampu mencipta, dan tidak mandiri. Anak diasuh menjadi generasi penakut, mementingkan diri sendiri, hipokrit dan berpandangan sempit. Ramai juga yang mengalami pemandulan daya kreatif, penumpulan sikap kritis dan tidak lagi memiliki idealisme. Malah ramai yang bangga menjadi budak suruhan sang penguasa. Inilah hasilnya dari satu sistem pendidikan yang gagal.
Jadi ke arah mana Malaysia?
Kaedah pemikiran yang kehadapan (forward thinking) dengan memikirkan implikasi sesuatu tindakan di dalam sesuatu situasi atau ‘Maalatul-Af'al’ menjadi asas kepada pendekatan 'Fiqh Tawaqqu' dalam penulisan Sheikh Abdullah Ben Bayyah yang bermata airkan perbahasan al-Imam al-Syatibi dalam kitab beliau yang popular, iaitu al-Muawafaqat.
Fiqh itu sains - sains mengenai sesuatu - dan tawaqqu itu bermaksud meramalkan sesuatu yang bakal berlaku berdasarkan sama ada bukti empirikal, anekdoktal, atau berdasarkan pengalaman.
Apakah tawaqqu’ kita? Apakah masa depan kita?
Jika tiada perubahan yang dilakukan - kita boleh bayangkan keputusan TIMSS, Pisa yang akan terus merudum, kualiti mahasiswa yang terus merudum dan pembangunan ekonomi merudum yang hanya bersikap sweat shops tanpa inovasi dan kreativiti.
Makanya, kita wajar bersikap berani untuk melakukan perubahan drastik yang mengambil kira aspirasi semua lapisan masyarakat. Tidak cukup dengan melakukan blueprint bernilai RM20 bilion. Pengalaman kita cukup, kajian empirikal pendidikan dari seluruh dunia memadai untuk kita melaksanakan sampel kajian yang lengkap dan dengan niat jujur melaksanakan perubahan. Pengkaji pendidikan, nazir sekolah wajib turun padang untuk mendapatkan dapatan yang tepat dan melahirkan sistem pendidikan untuk masa hadapan.
Malik Bennabi memperjelas bahawa tidak ada salahnya pun untuk mengambil sistem negara luar tidak kira sama ada negara Islam ataupun tidak, yang pentingnya kita mengambil sistem terbaik dan mengadaptasikannya untuk memenuhi keperluan tempatan.
Perubahan itu mungkin - Jepun ketika melalui Meiji Restoration (1868) menghantar ribuan kakitangan kerajaan dan guru ke Barat untuk mengkaji cara pemerintahan dan pendidikan selama bertahun-tahun.
Para pendidik dan pembuat polisi wajar mengubah fokus sistem sekolah. Sewajarnya untuk masa hadapan yang lebih baik kanak-kanak dibekalkan dengan alat untuk mereka berfikiran kritis dan mampu menjana sendiri kebolehan intelek. Kanak-kanak perlu digalakkan untuk meneroka dan mencari jawapan-jawapan mereka sendiri, berbanding disuapkan jawapan oleh guru.
Pendidikan masa hadapan wajib bersifat menyeronokkan. Bayangkan sekolah yang menarik anak. Anak teruja, tidak mahu ponteng malah menangis jika tidak dapat hadir ke sekolah. Mereka ke sekolah untuk bertanya, belajar, dan mencabar semua ilmu pengetahuan.
Sejarah tamadun membuktikan bagaimana membaca memberi sumbangan yang kukuh dalam pembentukan tamadun manusia dan meningkatkan kualiti hidup manusia. Untuk masa hadapan, Malaysia wajib menuju ke arah pembentukan sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan. Sebuah masyarakat yang dipenuhi oleh para ilmuwan, cendekiawan dan rausyanfikir.
Pendidikan masa hadapan perlu menerap dan menggalakkan pemikiran kritis. Jika kita terus menyekat pemikiran, negara akan terus mundur.
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (13:11). Surah Ar-Raad ayat 11.
Bagi saya, pendidikan adalah penyelesaian bagi semua masalah dunia dan boleh merubah perjalanan dan nasib sesuatu negara. Zaman berzaman, generasi berganti generasi membuktikan bahawa pendidikan adalah agen perubahan yang paling berkesan.
Impian tidak akan dicapai dengan minda terhalang; yang terpasung. Impian tidak akan dapat direaliasikan dengan hanya sekadar minda analitik untuk mengira dan menganalisis semua maklumat yang ada. Minda kita sering diisi dengan halangan semula jadi apabila kita ingin melakukan sesuatu yang baru. Minda kita harus diubah untuk mencapai masa depan lebih baik.
Revolusi Meiji merubah rakyat Jepun daripada petani yang malas dan sambil lewa kepada sebuah negara ekonomi kedua terbesar dan maju dengan teknologi robotik mereka melalui pendidikan. Sejarah juga menyaksikan bagaimana orang arab Badwi yang dahulunya buta huruf menguasai dunia dengan pendidikan.
Sejarah juga memberi pengajaran kepada kekuasaan Mongol yang tidak mementingkan pendidikan ketika meluaskan empayar mereka sehinggakan mereka langsung tiada sumbangan yang boleh dibanggakan kepada dunia sehingga hari ini.
Tinggal kira-kira 6 tahun sebelum 2020 menjelma. Apakah impian Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju akan tercapai? Adakah kita sudah terlambat untuk mencapai wawasan yang dicanangkan selama ini? Bank of America Merril Lynch sudah pun meramalkan Malaysia menjadi negara yang muda dan miskin menjelang 2030. Apakah tindakan yang akan diambil untuk membetulkan serta menidakkan ramalan ini? – 21 Disember, 2013.
* Nurul Izzah Anwar ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai dan beliau menyampaikan ucaptama ini di Konvensyen Pendidikan TFTN2013.
Mana janji Najib mansuh Akta Mesin Cetak & Penerbitan?
Mana janji Najib mansuh Akta Mesin Cetak & Penerbitan?
“Penggantungan The Heat membuktikan kata-kata Najib pada 2012 untuk meminda PPPA hanya tindakan kosmetik untuk menipu orang supaya percaya kepada ‘pendemokrasian BN’.,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
“Penggantungan ini tidak demokratik, sewenang-wenangnya dan serangan terhadap kebebasan akhbar. Ia dibuat untuk mengekalkan ketakutan, kepatuhan dan melemahkan media,” kata Surendran yang juga ahli parlimen Padang Serai.
Kata Surendran, langkah itu bercanggah dengan janji Najib sendiri dalam perutusan Hari Malaysia pada 15 September 2011 yang mengumumkan pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Tambah Surendran, penggantungan The Heat adalah perbuatan balas dendam kerana akhbar mingguan itu mengkritik Najib dan isternya Rosmah Mansor.
“Apakah mengkritik perdana menteri dan isterinya boleh dianggap mengancam keselamatan negara, ketenteraman awam dan moraliti?
“Penggantungan (The Heat) jelas melanggar Perkara 10 perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak kebebasan bersuara , termasuk kebebasan akhbar,” tegas Surendran.
Najib jual aset negara untuk capai sasaran defisit
Najib jual aset negara untuk capai sasaran defisit
PETALING JAYA 20 DIS: Laporan Bank Dunia mendedahkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak menjual aset negara untuk menampung perbelanjaan negara dan mengurangkan hutang, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
“Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentadbiran Najib sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta-harta negara (melalui securitization of government mortgages) untuk menampung keborosan dan pembaziran kerajaannya,” kata Rafizi.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN,, hari ini.
Katanya, laporan terkini dari Bank Dunia iaitu ‘Malaysia Economic Monitor:December 2013′ pada muka surat 10 menyatakan kerajaan ingin mencapai sasaran defisit 4 peratus bagi 2013 melalui keuntungan cukai tambahan berjumlah RM11.8 bilion.
Menurut Rafizi, RM1.4 bilion itu dijangka diperoleh daripada jualan aset dan RM4.2 bilion daripada cagaran harta-harta negara.
“Saya syak rancangan menjual aset negara ini telah pun berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit 4 peratus bagi 2013 yang sebenarnya telah gagal.
Menurut Rafizi, beliau akan menggesa satu sidang Parlimen tergempar dipanggil secepat mungkin bagi membincangkan tindakan menjual dan mencagarkan aset negara seperti yang didedahkan di dalam laporan Bank Dunia.
“Perkara ini akan saya bawa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan malam ini (20 Disember) supaya permohonan sidang tergempar Parlimen boleh dibuat secepat mungkin,” katanya.
Tak perlu universiti pertanian baru, kembalikan peranan UPM
Tak perlu universiti pertanian baru, kembalikan peranan UPM
KUALA LUMPUR 19 DIS: Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang berkata, kerajaan tidak perlu mewujudkan Universiti Pertanian Agropolitan kerana ia merupakan pembaziran.
“Tak perlulah nak membazir untuk bina universiti baru. Kita telah ada UPM. Disana kemudahannya cukup. Ada tanah yang luas untuk menjalankan pelbagai kajian berkaitan dengan pertanian.
“Cuma kesilapan kerajaan yang sebelum ini tidak mahu terus memperkasakan universiti tersebut sebagai intistusi yang menumpukan kepada bidang pertanian dianggap sesuatu yang merugikan,” kata Abbas kepada Keadilandaily.
“Kerajaan boleh mengembalikan fungsi UPM sebagai pusat perkembangan dan pengajian berkaitan pertanian,” jelas Abbas lagi.
Abbas (gambar) yang kurang bersetuju dengan cadangan pembinaan bangunan Universiti baru berkata, subjek yang berkaitan dengan pertanian harus dikembalikan kepada UPM bagi mengembalikan semula kegemilangan universiti tersebut.
“Pertanian elok dikembalikan kepada UPM. Kemudian bila sudah kukuh, baru boleh difikirkan untuk mendirikan kolej-kolej lain berkaitan dengan pertanian ini di negeri-negeri lain,” katanya.
SD Mat Zain: Najib kemuka afidavit palsu sorok salahlaku Gani
SD Mat Zain: Najib kemuka afidavit palsu sorok salahlaku Gani
Dalam perakuan bersumpah Mat Zain yang didedahkan 7 Oktover lalu, Najib mengemukakan afidat pasli untuk menyorokkan salahlaku Peguam Negara, Tan Seri Abdul Gani Patail.
Menurut Mat Zain, pada September 2011 satu sapina diserahkan kepada Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk memberi keterangan dalam kes perbicaraan fitnah II keatas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun Najib Razak menerusi peguamnya mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk mengetepikan sapina berkenaan.
Najib mengikrarkan afidavit sokongan dan pembetulan pada September 2011 bagi menyokong permohonannya.
Najib didalam Afidavit tersebut memohon supaya sapina tersebut diketepikan kerana beliau tidak dapat memberikan sebarang keterangan yang relevan yang dapat membantu mahkamah dalam perbicaraan tersebut.
Datuk Mat Zain Ibrahim didalam akuan bersumpahnya mendedahkan, ikrar dikemukakan Najib dalam perenggan 5 dan 13 dalam afidavit tersebut palsu dan tidak benar.
Ini kerana menurut Mat Zain, Najib telah ditaklimatkan olehnya berkaitan perbuatan pemalsuan keterangan dalam penyiasatan insiden mata lebam sejak Oktober 2008.
Kata Mat Zain, tidak munasabah dan satu pembohongan apabila Najib bersumpah bahawa beliau tidak dapat memberikan maklumat releven kepada mahkamah berkaitan isu yang dibawa pihak pendakwaan.
“Saya menekankan bahawa dengan mengikrarkan afidavit sedemikian rupa menunjukkan bahawa Datuk Seri Najib, secara bersungguh-sungguh dan dengan sengaja membenamkan apa-apa keterangan salahlaku Gani Patail,” tulis Mat Zain dalam akuan bersumpahnya.
KITA BUKAN GILA KUASA,TAPI NAK AMBIL KUASA DARI ORANG GILA...
Lebih dari separuh responden yang ditinjau oleh pusat kajian Merdeka
Center berkata mereka “tidak percaya dengan kenyataan kerajaan mengenai
ekonomi”.
Malah, seorang dari setiap lima orang yang diselidik dalam tinjauan itu berkata mereka “amat tidak percaya” dengan kenyataan berkenaan.
Tinjauan berkenaan meminta responden menyenaraikan masalah utama yang dihadapi negara ini dan mendapati isu ekonomi menjadi kebimbangan utama yang digariskan oleh 67 responden.
Kebimbangan lain yang disenaraikan di tahap lebih rendah ialah isu kaum, isu politik, jenayah dan masalah sosial.
Selain itu, kira-kira 55 peratus dari 1,000 rakyat Malaysia yang menjadi responden dari seluruh Malaysia berkata mereka tidak memahami Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dibentangkan oleh perdana menteri dalam Bajet 2014.
Malah, seorang dari setiap lima orang yang diselidik dalam tinjauan itu berkata mereka “amat tidak percaya” dengan kenyataan berkenaan.
Tinjauan berkenaan meminta responden menyenaraikan masalah utama yang dihadapi negara ini dan mendapati isu ekonomi menjadi kebimbangan utama yang digariskan oleh 67 responden.
Kebimbangan lain yang disenaraikan di tahap lebih rendah ialah isu kaum, isu politik, jenayah dan masalah sosial.
Selain itu, kira-kira 55 peratus dari 1,000 rakyat Malaysia yang menjadi responden dari seluruh Malaysia berkata mereka tidak memahami Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dibentangkan oleh perdana menteri dalam Bajet 2014.
Pemuda Umno ni cerdik sikit drp Wahid... (LM)
SHAH ALAM - Kenyataan menteri yang meminta pengguna lebuh raya menggunakan laluan biasa sekiranya tidak bersetuju dengan kenaikan tol, dikritik Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun (gambar kiri).
Khairul Azwan dalam satu sidang media semalam menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri...
Seterusnya: Pemuda Umno ni cerdik sikit drp Wahid...
.
Rafizi sambut tawaran semak akaun Gani Patail
Rafizi sambut tawaran semak akaun Gani Patail
PETALING JAYA 17 DIS: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini menyambut baik tawaran Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail yang menjemput beliau untuk meneliti semua akaun miliknya di dalam dan luar negara.
Rafizi berkata, bagi memastikan seluruh proses semakan kedudukan kewangan Gani Patail berjalan dengan lancar, adil dan telus, beliau akan menghantar surat rasmi yang mengandungi perincian kebenaran tersebut kepada Gani Patail hari ini.
“Surat kebenaran kepada Bank Negara Malaysia dan pihak berkuasa untuk menyerahkan maklumat akaun bank yang dimiliki beliau dan ahli kelurga terdekat dengan maklumat perbankan setiap akaun dari Januari 2005 hingga Disember 2010 iaitu tempoh masa sebelum dan selepas kes Batu Putih,” kata Rafizi dalam sidang media PKR yang diadakan di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.
Rafizi dalam suratnya itu juga akan meminta surat kebenaran Gani untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa di Hong Kong yang bertanggungjawab dengan pendaftaran syarikat dan pihak yang berkuasa dalam menyelia industri bank untuk menyerahkan semua maklumat yang diperlukan dalam jangka masa sama.
“Jika dia berdolak-dalik dengan hanya setuju memberi akses kepada akaun tertentu sahaja akan menimbulkan banyak persoalan. Siasatan hendaklah secara menyeluruh bukan satu dua akaun yang dipilih-pilih, sedangkan ada lagi akaun lain.
“Selain itu juga timbul persoalan mengapa dia tidak tawarkan perkara yang sama kepada Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Adakah kerana kalau SPRM, dia tidak boleh pilih-pilih akaun mana nak beri tetapi SPRM boleh akses kepada semua akaun,” katanya lagi.
Rafizi berkata lagi, jika siasatan terhadap akaun Gani Patail mendapati tiada baki atau transaksi besar berlaku dalam tempoh masa yang dinyatakan, peguam terkenal, Tan Sri Shafee Abdullah perlu meminta maaf kepada Gani Patail.
Ia kerana mengaitkan beliau dengan kes sogokan wang seperti mana terkandung dalam Akaun Bersumpah bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zin Ibrahim.
Sebelum ini, Gani Patail secara terbuka menjemput Rafizi untuk mendapatkan surat kebenaran beliau untuk meneliti semua akaun-akaun beliau dalam dan luar negara sebagai membuktikan tiada unsur rasuah ketika beliau mengendalikan kes perebutan Pulau Batu Puteh antara Malaysia dan Singapura.
Dalam perbicaraan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Singapura diberikan hak milik pulau terbabit selepas delegasi Malaysia yang diketuai Gani sebagai Ketua Undang-undang dikatakan gagal memberikan bukti serta hujah kukuh semasa perbicaraan berlangsung.
Kenaikan tol untuk isi kantung Putrajaya
Kenaikan tol untuk isi kantung Putrajaya
(Ainudin Othman)KUALA LUMPUR 17 DIS: Kenaikan tol tahun depan tidak lebih dari sekadar untuk mengisi kantung Putrajaya, kata pengarah strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Ini kerana keuntungan syarikat pemegang konsesi yang dimiliki kerajaan akhirnya kembali ke kantung Putrajaya untuk diboroskan oleh Datuk Seri Najib Razak dan kabinetnya.
“Sebarang kenaikan kadar tol menghina rakyat pada kala kerajaan dan pemegang konsesi bermewah dengan keuntungan yang sudah pun terlalu tinggi,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Lima belas lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur bakal menaikkan kadar tol antara 50sen hingga RM2 bermula 1 Januari 2014.
Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof hari ini dilaporkan berkata, jumlah sebenar kenaikan belum diputuskan.
Lebuh raya terbabit: Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sprint, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Maju (Mex), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Smart dan Sistem Lingkaran-Lebuh Raya Kajang (Silk).
Menurut Rafizi, keuntungan itu ditunjukkan dalam rekod kewangan syarikat masing-masing antara ratusan juta hingga berbilion ringgit.
Manakala Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), mencatatkan keuntungan berganda terkumpul (CAGR) sehingga 12 peratus antara tahun kewangan 2008 hingga 2012 seperti dilaporkan kajian bank.
“Pampasan yang dibayar oleh kerajaan bukanlah satu bentuk subsidi yang diwar-warkan oleh BN.
“Subsidi bermakna belanja yang dikeluarkan kerajaan untuk menampung kos sesuatu barangan atau perkhidmatan supaya harganya boleh dikekalkan pada paras yang lebih rendah,” tegasnya.
Cukai naik 300 peratus, 20,000 surat bantahan dihantar ke DBKL
Cukai naik 300 peratus, 20,000 surat bantahan dihantar ke DBKL
KUALA LUMPUR 16 DIS : Lebih 20,000 surat bantahan daripada pelbagai kawasan di Kuala Lumpur berjaya dikumpulkan dan diberikan kepada DBKL sebagai bantahan terhadap kenaikan cukai taksiran sehingga 300 peratus.
Himpunan turut disertai Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
“Lebih 20,000 surat bantahan termasuk dari Parlimen Lembah Pantai iaitu lebih 3,000, Parlimen Batu lebih 5,000 dan selebihnya dari kawasan lain dihantar ke pihak DBKL bagi menyatakan bantahan ke atas kenaikan cukai ini,” katanya.
Bagaimanapun, surat bantahan berkenaan hanya dapat diserahkan di kaunter di tingkat bawah DBKL, dengan tidak mengendahkan laungan tuntutan orang ramai yang mahukan Datuk Bandar Kuala Lumpur turun mengambil surat bantahan itu.
Sementara itu, Tian Chua berkata, DBKL perlu memandang serius bantahan rakyat demi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.
Orang ramai mula bersurai pada pukul 11.45 pagi sejurus semua borang bantahan diberikan kepada pihak DBKL.
Pelbagai kenaikan harga dengan ketara, BN buat rakyat makin sengsara
Pelbagai kenaikan harga dengan ketara, BN buat rakyat makin sengsara
Rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta golongan fakir miskin bakal berdepan dengan pelbagai kenaikan selepas PRU13 bermula dengan kenaikan petroleum.
Kenaikan gula turut diikuti selepas pembentangan bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan.
Sedangkan Menteri Penerangan,Komunikasi dan Multimedia mempunyai kuasa terhadap mengawal dan menentukan harga pakej langanan yang ditawarkan Astro.
Bermula Januari 2014 pula rakyat Malaysia pula akan berdepan dengan kenaikan elektrik sepertimana yang diumumkan oleh Datuk Seri Maximus Ongkili baru-baru ini sebanyak 15 peratus atau 4.99 sen setiap kilowatt, manakala di Sabah dan Labuan berjumlah 5sen.
Satu kenaikan yang sangat ketara.
Wargakota Kuala Lumpur pula bakal berdepan dengan kenaikan tambang LRT dan Monorel berkuatkuasa pada 2014 sudah pasti akan membebankan para pengguna pengangkutan awam tersebut.
Kerana LRT dan Monorel adalah merupakan pengangkutan golongan berpendapat rendah dan sederhana, mahasiswa, pelajar-pelajar dan warga miskin.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar pula telah mengesahkan bahawa kadar TOL akan dinaikkan pada tahun 2014 dengan alasan terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuhraya.
Kerajaan UMNO BN terus gagal memberikan kelegaan dan keselesaan kepada rakyat tetapi memberikan tekanan tanpa rasa belas kasihan dan perikemanusiaan ekoran kenaikan yang bakal dihadapi dan diterima oleh rakyat seluruhnya.
Kenaikan harga barang makanan dan barang-barang keperluan terus meningkat manakala gaji dan pendapatan rakyat tidak naik malah berdepan dengan cukai yang terus membebankan mereka.
JINGGA 13 Malaysia mendesak Kerajaan UMNO BN menghentikan segala siri kenaikan dengan mengambil kira kesengsaraan majoriti rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah dan serderhana serta golongan fakir miskin.
* Zainal Abidin Abu Bakar ialah Koordinator Panatia Ekonomi Jingga 13.
KERAJAAN DAP PULAU PINANG ZALIM?
1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
Tahun 2008 (BN) ..............RM25.7 juta
Tahun 2009 (PR)...............RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)...............RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)...............RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)...............RM64.03 juta
2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA
Tahun 2008 (BN)..............RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)...............RM879,000.00
Tahun 2010 (PR)...............RM913,200.00
Tahun 2011 (PR)...............RM900,000.00
Tahun 2012 (PR)...............RM900,000.00
3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
Tahun 2008 (BN).............TIADA
Tahun 2009 (PR)..............RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)..............RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)..............RM1.75 juta
4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL HUFFAZ
Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM75,000.00
Tahun 2010 (PR).............RM100,000.00
Tahun 2011 (PR).............RM130,000.00
5. SUMBANGAN EKHYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)
Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri
6. PROGRAM BULANAN AL QURAN
Tahun 2008 (BN)..........TIADA
Tahun 2009 (PR)...........RM100,000.00 setahun
*FAKTA ADALAH DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG Kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP bertambah "KEJAM" kerana luluskan Surau bernilai RM400 000.00
Tahun 2008 (BN) ..............RM25.7 juta
Tahun 2009 (PR)...............RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)...............RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)...............RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)...............RM64.03 juta
2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA
Tahun 2008 (BN)..............RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)...............RM879,000.00
Tahun 2010 (PR)...............RM913,200.00
Tahun 2011 (PR)...............RM900,000.00
Tahun 2012 (PR)...............RM900,000.00
3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
Tahun 2008 (BN).............TIADA
Tahun 2009 (PR)..............RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)..............RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)..............RM1.75 juta
4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL HUFFAZ
Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM75,000.00
Tahun 2010 (PR).............RM100,000.00
Tahun 2011 (PR).............RM130,000.00
5. SUMBANGAN EKHYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)
Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri
6. PROGRAM BULANAN AL QURAN
Tahun 2008 (BN)..........TIADA
Tahun 2009 (PR)...........RM100,000.00 setahun
*FAKTA ADALAH DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG Kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP bertambah "KEJAM" kerana luluskan Surau bernilai RM400 000.00
Betul ke Umno penyelamat manusia dunia dan akhirat? - Aspan Alias
December 15, 2013
Isu Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah yang dihebohkan sekarang
ini tidak ada kena-mengena dengan akidah atau perjuangan Islam. Itu
hanya permainan politik pimpinan Umno yang kini semakin terhakis
daripada pandangan rakyat. Pemimpin yang mengeluarkan isu Syiah sejak
perhimpunan agung yang lalu sehingga sekarang ini tidak pun mengamalkan
cara dan kehendak Ahli Sunnah Wal Jamaah itu.Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam Umno itu telah dan masih melanggar pantang larang sebagai ASWJ itu. Ketandusan idea politik mereka menyebabkan ada pihak yang mahu di kalangan kita orang Islam ini bergaduh, kerana sejak beberapa ketika dahulu Umno itu ‘survive’ di atas perpecahan orang Melayu yang rata-rata beragama Islam itu.
Malahan Umno yang didaftarkan pada Februari 1988 dahulu diasaskan oleh perpecahan orang Melayu khususnya ahli Umno. Umno tidak mungkin ‘survive’ dalam situasi tenang dan aman, kerana jika keadaan politik itu aman, maka Umno takut rakyat memberikan fokus untuk menilai prestasi mereka terhadap rakyat.
Umno sentiasa merasakan mereka sedang berjalan dalam keadaan gelap
gelita dan sunyi dan terpaksa membuat bising dengan menyanyi atau
membakar mercun untuk memecah kesunyian yang amat mereka takuti. Semasa
kampung saya belum mendapat kemudahan eletrik, keadaan pada malam hari
amat gelap.
Bermacam-macam lagi saya dengar. Ada yang menyanyikan lagu P Ramlee, malah ada juga menyanyikan lagu Mat Sentul. Ada yang membakar mercun dan berbagai-bagai cara untuk menghilangkan rasa takut itu sementara sampai ke rumah atau tempat lain.Pendeknya mereka akan berbuat bising untuk menghilangkan rasa takut itu.
Tetapi sekarang keadaan itu tidak berlaku lagi kerana elektrik sudah sampai di setiap rumah dan di jalan raya pula sudah ada lampu yang dipasang oleh Lembaga Letrik Negara atau sekarang ini TNB. Anak-anak muda sekarang tidak tahu kerana mereka tidak mengalami keadaan itu. Lahir mereka ke dunia ini sudah ada lampu eletrik dan air. ‘Air dalam bosi, potik ditopi di tongah menyalo’.
Tetapi masih ada lagi manusia yang masih mempunyai rasa takut dan tidak meyakinkan itu, tetapi bukan dirasai oleh orang kampung saya. Perasaan itu masih ada di dalam jiwa pemimpin Umno dan ramai ahli-ahlinya. Perasaan takut seolah-olah ada hantu di depan dan di belakang dan dalam kesunyian mereka itu membuatkan mereka mencari apa sahaja jalan untuk memecah kesunyian untuk menghilangkan rasa takut dan gementar itu.
Mereka sekarang tidak menyanyikan lagi lagu P Ramlee atau Mat Sentul, mereka menyanyikan lagu ala rap yang bertajuk Syiah dan Sunni. Mereka mahu menghilangkan rasa takut mereka dengan berbuat bising. Selalunya orang yang penakut ini akan bercakap besar dan garang seperti yang kita dengar di kalangan mereka yang entah macam mana duduk di atas dan memimpin kita itu. Pemimpin seperti ini terpaksa melakukan banyak perkara pelik bagi menutup kelemahan mereka yang mudah dilihat oleh orang ramai.
Kenapa Umno memilih untuk menjadikan isu agama sebagai cara mendinding diri mereka daripada kejatuhan itu diketahui ramai? Umno tahu cabaran kepadanya ialah PAS. Parti Islam itu merupakan parti yang digeruni oleh Umno walaupun dalam ucapan pemimpin mereka, mereka cuba untuk melindungi rasa takut mereka dengan kata-kata ego dan pengecut mereka. Mereka tidak berani untuk menunjukkan jiwa besar dengan mengakui kelemahan mereka.
Umno sarat dengan pemimpin palsu yang hanya menunjuk-nunjuk kehebatan mereka sedangkan rakyat semakin hari semakin memahami hakikat ini. Mereka menunjuk-nunjukkan kekayaan mereka yang rakyat tahu adalah hasil manipulasi wang rakyat juga dalam sistem pentadbiran yang begitu sarat dengan rasuah dan salah guna kuasa itu.
Bagi saya, isu Syiah dan Sunni ini elok kita abaikan sahaja kerana ia diperbesarkan oleh mereka yang mengaku Ahli Sunnah tetapi segala larangan ahli Sunnah itu dilakukan secara terbuka. Bagi mereka, Umno sahaja yang dibenarkan melanggar segala kehendak agama itu.
Umno seolah-olah maksum dan tidak ada siapa yang mesti meragui mereka. Merekalah pejuang bangsa, merekalah pejuang pembangunan negara dan yang lebih dahsyat lagi merekalah pejuang dan pelindung agama kita.
Mereka lebih hebat daripada aulia dan anbia yang ditugaskan menjaga dunia dan alam ini selepas kewafatan Nabi Muhammad lebih seribu tahun dahulu.
Bagi mereka Umno adalah segala-galanya. Tidak makbul doa seseorang itu dan tidak sampai hajat sesiapa pun tanpa dikehendaki oleh Umno. Umno sahaja yang menentukan nasib semua orang dunia dan akhirat.
Saya baru sahaja tahu yang dunia dan alam ini diwariskan kepada Umno untuk menjaganya. Kalau tidak ada Najib, Muhyiddin dan Zahid serta Tengku Adnan Mansor, tentu kacau-bilau dunia ini.
Kalau boleh, masukkan Anwar Ibrahim sekali sebaris dengan mereka, mungkin pasti kita semua selamat di dunia dan akhirat. Mati kita mungkin mati dalam iman, bak kata P Ramlee dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk. Di akhir kalam nak mati pun kita akan bangun seketika, dan senyum.
Mengikut jalan cerita dalam filem itu mereka yang sudah merompak pun mati mereka dalam iman. Itulah cerita yang dilakonkan kembali oleh pemimpin-pemimpin Umno sekarang ini. Selamat menonton! – aspanaliasnet.blogspot.com, 15 Disember, 2013.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
TUDUH MAT SABU SYIAH...LAWAK TAK HABIH-HABIH..ADA BUKTI GRED A,B,C
Sejak menuduh Mat Sabu sebagai syiah..ianya menjadi bahan lawak.Bermula dengan kenyataan bahawa Mat Sabu ni minat Komeini, budak-budak sekolah mula menyoal mak bapa.kata budak-budak sekolah, kalau minat kat K-Pop , kita boleh jadi korea ka mak? ..mampus aku nak jawab macamana.
Punya la bengong..kemudian tuduh orang, lepas tu suruh orang kena tuduh bukti tak bersalah....hai..hukum malaun mana pulak la...macam ni. kalau dah tuduh kemuka la bukti...yang nak suruh orang kena tuduh bukti dia tak salah ..mampus la aku nak jawab pulak dengan anak-anak..
Tak pa jugak....anak aku yang dok belajaq kat Universiti ada call aku. katanya ayah, la ni bukti ada gred lak ka? aku jawab ya abang long..kerajaan la main bukti ada gred..negara pak pandir memang cam tu...ada bukti gred A, tapi tak mau tunjuk bukti. Abang long periksa nanti minta-minta dapat Gred A semua ya..baru sama dengan Bukti Gred A...dalam hati aku nak mampus dah kerajaan cam ni...ada bukti tapi kena simpan....
Jakim jangan jadi boneka politik BN, kata Anwar
Anwar gesa Jakim tidak jadi boneka BN. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Disember, 2013.
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) tidak seharusnya membenarkan diri mereka menjadi boneka untuk menjatuhkan musuh politik Barisan Nasional (BN).
Mengulas tuduhan Syiah terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Anwar berkata, sekiranya kerajaan sudah cukup mempunyai bukti maka teruskan pendakwaan dan jangan hanya retorik semata-mata.
Menurut Anwar, Mohamad yang mesra dengan penggilan Mat Sabu perlu diberi peluang untuk membela dirinya diatas tuduhan menganut fahaman Syiah semata-mata kerana kagum dengan Ayatollah Ruhullah Musawi al-Khomeini "Dalam perundangan Islam pun sudah termaktub yang menuduh harus kemukakan bukti kemudian barulah dituduh membela diri.
"Jadi biarlah beliau diberi ruang dan peluang," kata Anwar kepada media selepas melancarkan buku "Spirit of Merdeka" di Hotel Empire, Subang Jaya hari ini.
Susulan dari pendedahan 10 bukti Kementerian Dalam Negeri (KDN) Mohamad terlibat dengan fahaman Syiah, Jakim pula tampil memberi kenyataan untuk menggesa pemimpin PAS itu mengemukakan bukti.
"Saya ingin bertanya kepada pegawai Jakim adakah beliau mengikut arahan dari Naib Presiden Umno atau berdasarkan undang-undang Islam?" soal Anwar merujuk kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Kerana sebelum ini ada kes yang saya bawa di Mahkamah Syariah, Jakim tidak pernah menolong, Jakim perlu tetapkan pendirian dulu," katanya.
Anwar turut mengatakan beliau pernah melawat Imam Khomeini pada awal tahun 1980 di atas kapasitinya selaku Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia.
"Saya merupakan rombongan kedua ke Tehran selepas Revolusi di Iran untuk bertemu dengan Khomeini.
"Adakah ini juga bermaksud saya turut mengamalkan fahaman Syiah? Saya pergi pada tahun 1980 kerana diundang dan semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri tiada orang dakwa saya pula?" soal beliau sambil menambah Mohamad sendiri tidak pernah berjumpa dengan Imam Khomeini.
Anwar pada masa sama turut menggesa untuk tidak terus menggunakan Syiah sebagai isu politik.
"Mereka kata sudah kumpul bukti maka kalau dah ada sudah sah buktinya terus saja dakwa kenapa perlu berdolak-dalih orang tertuduh pula kena kemukakan bukti sistem apa ini?" soal Anwar.
Tambahnya lagi kenyataan KDN yang mengatakan mempunyai bukti "gred A" merupakan sesuaatu yang tidak berasas apabila kerajaan sekali lagi gagal mengemukakan bukti kukuh.
"Ini yang saya tidak faham apa dia gred A, gred B ini? Kita tidak tahu dulu tidak ada, bulan lepas tidak dengar pula alih-alih ada gred A.
"Kalau betul kementerian mempunyai gred sedemikian, maka jelaskan kepada rakyat apa itu gred yang dikatakan," katanya.
Mohamad sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya berfahaman Syiah, tetapi tidak menolak beliau mengagumi Imam Khomeini dan Setiausaha Agung Hezbollah, Sayyid Hassan Nasrallah. – 15 Disember, 2013.
Punya la bengong..kemudian tuduh orang, lepas tu suruh orang kena tuduh bukti tak bersalah....hai..hukum malaun mana pulak la...macam ni. kalau dah tuduh kemuka la bukti...yang nak suruh orang kena tuduh bukti dia tak salah ..mampus la aku nak jawab pulak dengan anak-anak..
Tak pa jugak....anak aku yang dok belajaq kat Universiti ada call aku. katanya ayah, la ni bukti ada gred lak ka? aku jawab ya abang long..kerajaan la main bukti ada gred..negara pak pandir memang cam tu...ada bukti gred A, tapi tak mau tunjuk bukti. Abang long periksa nanti minta-minta dapat Gred A semua ya..baru sama dengan Bukti Gred A...dalam hati aku nak mampus dah kerajaan cam ni...ada bukti tapi kena simpan....
Jakim jangan jadi boneka politik BN, kata Anwar
Anwar gesa Jakim tidak jadi boneka BN. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Disember, 2013.
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) tidak seharusnya membenarkan diri mereka menjadi boneka untuk menjatuhkan musuh politik Barisan Nasional (BN).
Mengulas tuduhan Syiah terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Anwar berkata, sekiranya kerajaan sudah cukup mempunyai bukti maka teruskan pendakwaan dan jangan hanya retorik semata-mata.
Menurut Anwar, Mohamad yang mesra dengan penggilan Mat Sabu perlu diberi peluang untuk membela dirinya diatas tuduhan menganut fahaman Syiah semata-mata kerana kagum dengan Ayatollah Ruhullah Musawi al-Khomeini "Dalam perundangan Islam pun sudah termaktub yang menuduh harus kemukakan bukti kemudian barulah dituduh membela diri.
"Jadi biarlah beliau diberi ruang dan peluang," kata Anwar kepada media selepas melancarkan buku "Spirit of Merdeka" di Hotel Empire, Subang Jaya hari ini.
Susulan dari pendedahan 10 bukti Kementerian Dalam Negeri (KDN) Mohamad terlibat dengan fahaman Syiah, Jakim pula tampil memberi kenyataan untuk menggesa pemimpin PAS itu mengemukakan bukti.
"Saya ingin bertanya kepada pegawai Jakim adakah beliau mengikut arahan dari Naib Presiden Umno atau berdasarkan undang-undang Islam?" soal Anwar merujuk kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Kerana sebelum ini ada kes yang saya bawa di Mahkamah Syariah, Jakim tidak pernah menolong, Jakim perlu tetapkan pendirian dulu," katanya.
Anwar turut mengatakan beliau pernah melawat Imam Khomeini pada awal tahun 1980 di atas kapasitinya selaku Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia.
"Saya merupakan rombongan kedua ke Tehran selepas Revolusi di Iran untuk bertemu dengan Khomeini.
"Adakah ini juga bermaksud saya turut mengamalkan fahaman Syiah? Saya pergi pada tahun 1980 kerana diundang dan semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri tiada orang dakwa saya pula?" soal beliau sambil menambah Mohamad sendiri tidak pernah berjumpa dengan Imam Khomeini.
Anwar pada masa sama turut menggesa untuk tidak terus menggunakan Syiah sebagai isu politik.
"Mereka kata sudah kumpul bukti maka kalau dah ada sudah sah buktinya terus saja dakwa kenapa perlu berdolak-dalih orang tertuduh pula kena kemukakan bukti sistem apa ini?" soal Anwar.
Tambahnya lagi kenyataan KDN yang mengatakan mempunyai bukti "gred A" merupakan sesuaatu yang tidak berasas apabila kerajaan sekali lagi gagal mengemukakan bukti kukuh.
"Ini yang saya tidak faham apa dia gred A, gred B ini? Kita tidak tahu dulu tidak ada, bulan lepas tidak dengar pula alih-alih ada gred A.
"Kalau betul kementerian mempunyai gred sedemikian, maka jelaskan kepada rakyat apa itu gred yang dikatakan," katanya.
Mohamad sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya berfahaman Syiah, tetapi tidak menolak beliau mengagumi Imam Khomeini dan Setiausaha Agung Hezbollah, Sayyid Hassan Nasrallah. – 15 Disember, 2013.
ADOIII...RAKYAT TURUN BANTU SEBAB TAK NAMPAK KELIBAT BANTUAN KERAJAAN YANG LEMBAB
kalau nak kata rakyat bantu..malu la aku kalau jadi Perdana Menteri ni....
www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/keprihatinan-rakyat-bantu-mangsa-banjir-membanggakan-kata-najib
www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/keprihatinan-rakyat-bantu-mangsa-banjir-membanggakan-kata-najib
Teguran Suci Seorang Pemuda kepada Sultan Johor
Teguran Suci Seorang Pemuda kepada Sultan Johor
On
12 Dec, 2013 In
Isu Semasa |
|
7 comments
Teguran Suci Rakyat Marhaen kepada Sultan Johor
Bismillahirrahmannirrahim,
Adapun patik rakyat biasa, tiada harta berjuta ria, cukup dengan sekadar yang ada. Tidak selayaknya menasihati tuanku yang disanjung merata-rata.
Tiadalah berita yang mendukacitakan selain membaca keratan akhbar tentang enam 6 bidang tanah seluas 46.94 hektar pegangan bebas oleh vendor (tuanku) telah dijual kepada pelabur asing pada harga RM 4.5 billion.
Urusniaga tersebut menyaksikan transaksi rekod jualan lebih sekali ganda daripada urusniaga jualan tanah di Danga Bay juga kepada pelabur asing pada Disember tahun lepas iaitu pada RM 860 kaki persegi.
Penarikan pelaburan asing dari China itu bagi membangunkan segmen pasaran hartanah disamping segmen pendidikan, pelancongan dan lain-lain. Hal ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk maju seperti Singapura, begitu menurut laporan akhbar.
Bentuk pelaburan asing secara langsung begini memang mendatangkan pembangunan infrastruktur yang pantas dan rancak. Namun, sejauh manakah rakyat seperti kami mendapat limpahan daripada projek-projek pembangunan ini? Ini antara perkara yang perlu diperhalusi.
Pertama , melihatkan kepada harga tanah
sekaki persegi RM860 itu, sudah pastinya unjuran harga premis-premis
bangunan akan melonjak kepada sekurang-kurangnya RM1400-1500 kaki
persegi.
Andai sebuah kediaman berkeluasan 22″ x 70″ iaitu anggaran biasa
kediaman rumah teres setingkat seluas 1540 kaki didarab dengan harga
premis RM1400 kaki persegi (sekurang-kurangnya) menjadikan nilai
hartanah tersebut sekitar RM2.15 juta.Bagaimana pula dengan kediaman semi D, banglo, pusat komersial serta premis perniagaan lain yang sudah tentunya jauh lebih mahal. Sudah pastinya harga-harga tersebut jauh dari kemampuan rata-rata rakyat biasa seperti kami.
Akhirnya, akibat ketidakmampuan pemilikan hartanah tersebut pastinya ekuiti tersebut akan jatuh ke tangan pelabur asing akibat didorong oleh kuasa beli yang tinggi, faktor permintaan yang baik serta lokasi yang strategik.
Jika perkara sebegini berterusan, maka tidak hairanlah jika lambat laun generasi warisan kita hanya akan mampu menyanyikan lagu “anak kecil main api” yang antara liriknya ..”nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda” sebagai salah satu subjek kurikulum menaikkan semangat survival di sekolah pada masa akan datang. Pada ketika itu, segalanya sudah terlambat.
Kedua 2, kepesatan pembangunan mestilah sejajar dengan purata pendapatan rakyat dan pembangunan modal insan. Andai ia tidak sejajar, dibimbangi rakyat marhaen akan ibarat merempat di bumi sendiri. Tinggal di sekitar bangunan pencakar langit dan premis-premis mewah. Namun hakikatnya seperti di drama-drama melayu yang sembang projek berjuta, anak orang kaya tapi hakikatnya tidaklah seperti yang disangka.
Pembangunan modal insan meliputi aspek pendidikan yang baik, ilmu kemahiran termasuklah pengetahuan asas perniagaan dan perdagangan haruslah dibangunkan seiring dengan pembangunan infra. Patik percaya di bawah pentadbiran ke bawah Duli Tuanku, Johor akan membangun sebagai sebuah kerajaan yang maju malah setanding dengan Singapura satu hari nanti insyaa Allah.
Ketiga 3, patik sebagai rakyat lebih gembira Khazanah Nasional mahupun Johor Corp sebagai peneraju dalam kesemua pelaburan hartanah di Iskandar Malaysia. Itu lebih mengembirakan berbanding melihat pelabur asing menguasai dan mendominasi Iskandar Malaysia satu persatu. Biarlah pembangunan itu sedikit perlahan berbekalkan modal sedia ada juga suntikan dana dari kerajaan negeri dan pusat tapi bukan dengan menjual bidang-bidang tanah secara langsung kepada pelabur asing.
Sebagai rakyat yang menjunjung kasih tuanku, patik gembira andai Johor boleh kembali gah sebagai tempat perdagangan maju dan masyhur seperti yang diceritakan dalam buku sejarah di sekolah suatu ketika dahulu.
Semoga Allah kurniakan kesihatan kepada tuanku untuk terus mentadbir Johor dengan adil, saksama dan penuh hikmah untuk manfaat sekian rakyat jelata. Maafkan patik andai ada kata-kata yang ‘beraja di mata, bersultan di hati’ yang mungkin mengguris.
Patik mungkin tidak dapat menyampaikan surat dari hati ini kepada tuanku tapi sekadar mampu berkongsi di ruangan maya agar ada insan-insan yang boleh panjangkan kepada tuanku. Patik yang menjunjung kasih.
Keratan
akhbar: 6 bidang tanah seluas 46.94 hektar pegangan bebas oleh vendor
Sultan Johor telah dijual kepada pelabur asing pada harga RM 4.5
billion.
Rakyat Marhaen,
Syafik Yahya
p/s: Tahniah kami ucapkan, kerana kelantangan anda untuk bersuara walaupun hanya di alam maya, tetapi pada hemat kami ramai dikalangan rakyat Malaysia khususnya orang Johor merasai perkara yang sama, cuma takut untuk meluahkan pendapat, diharap dengan perkongsian anda ini, dapat membuka mata pihak-pihak tertentu untuk mengambil berat tentang hal ini, biarlah kita berjuang pada hari ini agar generasi akan datang tidak menyalahkan kita, tidak menuding jari atas kesilapan yang telah kita lakukan hari ini.. Pamerkan hak kita sebagai rakyat untuk bersuara.
SIDANG MEDIA KETUA SETIAUSAHA KDN MENYEBUT NAMA MAT SABU
Aku tak tau la ada bukti hanya kerana bercakap,mengagumi,cenderung,mencontohi kepimpinan melalui teladan baik,mengulas,melawat,kelas pengajian,bersahabat,guna batu,cerita orang.....wah mudah benar....
Adakah kerana mengaku sebagai balik kampung boleh dituduh sebagai bukan warganegara atau tidak setia kepada negara ini?
Adakah kerana mengaku sebagai balik kampung boleh dituduh sebagai bukan warganegara atau tidak setia kepada negara ini?
KECOH DI STESEN LRT? TAMBANG NAIK....
Seorang warga kota mengadu dan mengirimkan gambar apa yang berlaku di Stesen Lrt Putra Klcc sekejap tadi. Beliau yang merupakan seorang penumpang tetap melahirkan rasa kecewa dengan sistem lrt yang sering kali mengalami kerosakan,dan apabila ada khabar angin tambang lrt akan dinaikkan beliau orang yang pertama mengamuk di ofis. Beliau turut mengakui bahawa beliau merupakan seorang pengundi BN tempoh hari yang menyebabkan rakyat Malaysia sengsara dengan kos hidup. Beliau mengambil kesempatan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan berjanji akan bersama-sama berjuang menumbangkan regim buas BN,serta rela dipanggil macai sehingga PRU akan datang.
HMT: Antara air banjir dan air mata... (LM)
HMT: Antara Air Banjir dan Air Mata- Cukupkah RM500 untuk setiap keluarga mangsa banjir? - Marhaintua
Banjir besar fasa pertama di pantai timur sudah reda kini dan ramai mangsa banjir sudah pulang untuk membersihkan rumah sambil menilai apa lagi yang ada untuk diselamatkan.
Seterusnya: HMT: Antara air banjir dan air mata...
.
“Budak-budak baju merah” yang bantu kami, kata mangsa banjir.
"I really salute ini budak-budak baju merah. Every time ada disaster you boleh nampak dia orang. They come in quietly, do their work, and then quietly they leave. No fanfare, no TV3," komen seorang bukan Melayu yang kini tersebar luas dalam media sosial.
(Saya sangat tabik budak-budak baju merah ini. Setiap kali ada musibah, awak boleh nampak mereka. Mereka datang senyap-senyap, buat kerja mereka, dan kemudiannya pergi senyap-senyap. Tanpa laporan media, tanpa TV3).
Budak-budak baju merah adalah anggota Unit Amal Dewan Pemuda PAS. Kini ribuan daripada mereka sedang membantu mangsa banjir khasnya di Kuantan dan Kemaman, kawasan yang paling teruk dilanda banjir.
Mereka bukan dari Pahang dan Terengganu sahaja bahkan datang dari
seluruh negara. Bahkan untuk memudahkan urusan, mereka yang bukan
anggota Unit Amal juga memakai baju merah Unit Amal ketika datang untuk
menolong mangsa banjir. Dengan cara itu, semua orang tahu mereka sedia
menjalankan apa saja tugas untuk membantu mangsa.
Dalam beberapa kali perhimpunan Bersih, budak-budak baju merah ini yang mengawal orang ramai. Dengan disiplin yang tinggi dan tanpa mengharapkan sebarang upah, mereka menjadi pasukan sukarela yang sangat berkesan.
Dengan moto "Beramal kerana Allah", Unit Amal menjadi barisan depan PAS dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir.
Ketika Squad Sayang Umno sibuk dengan Perhimpunan Agung mereka di Kuala Lumpur, Unit Amal PAS bertugas siang dan malam membantu mangsa banjir.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin terpaksa memohon maaf kepada mangsa banjir berikutan kelewatan bantuan bekalan makanan tiba semasa banjir kali ini di seluruh negara.
Menurutnya,apa yang berlaku adalah perkara yang tidak diduga mengakibatkan penyaluran bekalan bantuan turut terjejas.
"Saya keluarkan arahan kepada pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara) supaya menyediakan stok bekalan makanan yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya tiga hari. Amaun yang boleh digunakan tidak menjadi isu. Soalnya bekalan yang boleh kita ambil, mesti disimpan di setiap pusat pemindahan dan saya minta supaya perkara ini diteliti, sehalus-halusnya berdasarkan keperluan,” kata Muhyiddin.
Beliau berkata demikian selepas meninjau kawasan dan penempatan mangsa banjir di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol, Paya Berenjut, Kemaman Jumaat lalu.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said juga mengamuk apabila menyedari kelemahan agensi kerajaan dalam melaksanakan bantuan banjir tambahan lagi apabila beliau mengetahui petugas PAS sangat aktif membantu mangsa.
Di Kemaman, Tuanku Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin turut turun untuk melihat sendiri kemusnahan dan mangsa banjir.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi pula turun bertemu mangsa banjir dengan menaiki bot.
Di Kuantan, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membantu mangsa dan dilihat mengharungi banjir dan memanjat rumah dengan membawa bantuan untuk membantu mangsa.
BERITA BERGAMBAR: AHLI PARLIMEN SUNGAI SIPUT MENGHULUR BANTUAN
![]() |
| sebahagian kanak-kanak yang membantu |
Kuantan- Lagi sumbangan dari ahli Parlimen. Kali ini sumbangan di sampaikan oleh Ahli Parlimen Sungai Siput . Difahamkan kutipan dibuat sendiri oleh YB Dr Jayakumar di Pasar Sungai Siput.
Menurut wakil Dr Jayakumar, sumbangan ini dilakukan sebagai tanda persahabatan dari rakyat Sungai Siput terhadap mangsa banjir yang menimpa di Pahang.
Sementara Datin Khamisah, isteri Dato' Fauzi menyampaikan cek yang diserahkan kepada beliau oleh dermawan. Sumbangan ini dilakukan di pejabat pengumpulan dan agihan di Indera Mahkota
![]() |
| stor keeper |
![]() | ||||||
| kanak-kanak turut membantu |
![]() |
| membantu tanpa mengira umur |
![]() |
| Penyelaras Bantuan Banjir Parlimen Indera Mahkota Dr Azlie Faizal Abdul Rahman menerima sumbangan tunai yang disampaikan oleh wakil DrJayakumar |
![]() |
| Sementara Datin Khamisah, isteri Dato' Fauzi menyampaikan cek yang diserahkan kepada beliau oleh dermawan. |
Kerja-kerja pembungkusan untuk agihan sedang dilakukan oleh sukarelawan di Pusat Pengumpulan dan Agihan Parlimen Indera Mahkota.
Jika kanak-kanak ini membantu, bagaimana pula anda yang sedang bercakap tentang banjir , kesusahan , dan kesengsaraan , sedangkan anda sedang bersenang lenang tanpa memberikan bantuan khasnya penduduk pahang dan sekitarnya. Banyak team dari luar Pahang yang hadir membantu,Unit amal dari seluruh Malaysia,AMK,SAMM,Pelajar UIA,NGO's, persendirian, malahan di kawasan kaum Melayu, bangsa Cina bukan sahaja datang bertanya khabar, malahan bertanya apakah keperluan yang diperlukan. Kadang-kadang kita merasa malu dengan bangsa asing yang datang membantu.Tidak ada batas perkauman dan ini amat memalukan,lebih-lebih lagi yang sihat ,tenaga muda, yang seharusnyalah turut membantu dengan sukarela.
Terimakasih kepada yang menderma,membantu dengan tenaga,kepakaran lainnya, Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas apa yang telah anda lakukan.
Pak cik dan Mak Cik yang juga hadir.sedangkan anda yang sihat,segar,yang sering berbual dan bercakap tentang soal kehidupan, masih lagi tidak berbuat apa-apa untuk menyumbangkan tenaga dan wang ringgit anda....Fikir-fikirkan lah.
Agihan sedang dibuat oleh team agihan. Keluarga ini mempunyai 14 anak di mana hanya anak sulong yang bekerja. Di pingir Perkampungan Cenderawasih.
BERITA BERGAMBAR - EXCO KERAJAAN SELANGOR MENYAMPAIKAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR
![]() |
| YB Elizebeth Wong,YB Chen Chung dan Yb Elizebeth Wong |
WRLR
KUANTAN .Pengerusi Perhubungan negeri Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman ,Menerima penghantaran barang makanan dan keperluan asas dari Rawang, Selangor yang diketuai oleh YB Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan / Exco Selangor. Pengagihan terus dilakukan kepada mangsa banjir di Taman LKNP Bukit Setongkol.
![]() |
| YB Gan Pei Nei bersama Datuk Fauzi |
![]() |
| Mangsa banjir bergambar bersam pimpinan |
Jumlah mangsa banjir Pahang kini lebih 40,000
KUANTAN 8 DIS: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang meningkat kepada 40,819 berbanding 40,008 orang malam tadi.Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, dipetik berkata, kesemua mangsa daripada 11,746 keluarga itu ditempatkan di 149 pusat pemindahan dari 154 penempatan di sembilan daerah yang tertejas akibat banjir.
“Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 34,426 orang di 42 pusat pemindahan,” katanya dipetik Bernama di sini, hari ini.
Di Pekan, masih terdapat 3,329 mangsa di 31 pusat pemindahan, Maran (1,034 orang di 19 pusat pemindahan), Temerloh (1,002 di 22 pusat), Jerantut (520 di 11 pusat), Raub (209 di 10 pusat), Bera (189 di tujuh pusat), Rompin (57 di tiga pusat) dan Lipis (53 di empat pusat).
Subscribe to:
Posts (Atom)



















