KES KEMATIAN ADUN..

03 August 2010

Gambar-gambar Bekas Adun BN Yang Ditembak Mati Dengan Pembantunya

Gambar-gambar di tempat kejadian oleh Jurukamera NST

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Selangor, Datuk Abd. Aziz Mohd. Noor, 63, dan pembantu peribadinya, Siti Rohana Ihsamat, 43, ditemui mati dengan dua kesan tembakan di kepala dalam sebuah kereta di Kilometer 445, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Sungai Buloh hari ini.

Lagi Gambar:
Bekas Adun, Dato Abdul Aziz Mohd Nor dan Pembantu Peribadi Mati Ditembak

UCAPAN DSAI DI BAGAN SERAI






RAKYAT PERLU BANGKIT TENTANG KERAJAAN NAJIB ROSMAH



OLEH: Mohd Firdaus Ilham



Bagan Serai- Sewaktu menghadiri jamuan makan malam anjuran PKR Bahagian Bagan Serai pada 30 Julai baru-baru ini di dewan cina Bagan Serai, DSAI menjelaskan bahawa kehadiran golongan rakyat marhaen di Bagan Serai adalah kerana rakyat mahukan perubahan dan perubahan yang di nantikan itulah menyebabkan kedatangan ribuan orang bagi mendengar ceramah adalah kerana mahukan kebenaran dalam menuntut keadilan buat mereka.



“Kehadiran rakyat tanpa Mohsin , dilihat bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana pemimpin yang meninggalkan parti ini adalah pemimpin yang hanya mementingkan diri mereka semata-mata dan bukannya untuk kepentingan rakyat” demikian jelas Anwar lagi.



Menurut Anwar lagi, pemimpin bn adalah kerana nak kayakan diri mereka semata-mata dengan membebankan rakyat dengan kenaikan harga barangan.Kerajaan bn menurut Anwar tidak langsung memberikan perhatian kepada rakyat dan dengan itu memberi alas an bahawa kenaikan barangan yang sedikit itu hanyalah sebagai bagi mengurangkan subsidi kerajaan ,kini duit untuk membantu dan memberikan kepada APCO dibayar. 4 tahun Pakatan Rakyat berjuang bagi mendedahkan isu PKFZ dan sehinga kini barulah Ling Liong Sik di tahan.Kerajaan bn tipu rakyat dan di berikan gelaran Tun walau menipu rakyat.



Kini kerajaan Bn makin tertekan apabila perhimpunan untuk berceramah pun telah di sekat. Malah kerajaan semakin menggeruni rakyat yang di lihat mula memahami keadaan sebenarnya walau pun berada di kampong-kampong. Malah menurut DSAI lagi, walau ada di kalangan golongan warga emas yang membaca utusan Malaysia, namun dalam masa yang sama juga dilihat undi kepada bn masih tidak meningkat malah ada yang kalah. Ini membuktikan bahawa Umno tidak boleh lagi menipu orang kampong.



Kerajaan Perak kini telah di rampas dari kerajaan Pakatan Rakyat dengan membeli beberapa kerat pemimpin . Kini kita perlu satukan rakyat dan ambil kembali hak rakyat. “untuk mengangkat martabat rakyat dan kembalikan kita berkuasa bukan orang atasan, namun rakyat yang perlu bangkit dan tentukan kekuasaan rakyat.Jika kita mahukan perubahan, kita perlu bangkit dan bersatu. Kerajaan hanya mementingkan golongan kaya dan mementingkan golongan ini dan tidak memperdulikan rakyat. Malah Jho Low membelanjakan jutaan ringgit untuk hiburan kerana mendapat kontrak besar yang di berikan kerajaan bn.” Jelas anwar lagi.



Kerajaan bn menurut Anwar lagi perlu diberi pengajaran yang supaya tidak angkuh kerana dengan adanya goongan kaya yang diberikan subsidi. Misalnya IPP yang diberikan susidi sehingga 20 billion ringit.Tanah di Sungai Besi yang punya harga yang tinggi diberikan kepada orang kaya dan berbelanja di Amerika. Saya yakin rakyat memahami situasi dan bersedia untuk menghukum kerajaan bn dalam pilihanraya nanti.Marilah kita bersatu dan bangkit untuk memberi kemenangan kepada rakyat.






BILA MAT EZAM REKRUT ALLAH SAYA SERENDER


Awalnya saya langsung tidak kenal siapa dia Ezam Mat Nor ini. Malah saya tidak ambil pot sangat apa kerja dan tugas dia. Untuk saya sesiapa yang bekerja untuk United Malays National Organisation ini pastilah orang sesat, kurang membaca, kurang berilmu dan kaki bodek. Pandangan saya ini tidak pernah berubah hingga ke hari ini.

Tapi apa yang hendak saya kesahkan disini bukan hal United Malays National Organisation tapi hal Mat Ezam. Secara jujur saya katakan disini, saya tidak pernah ambil tahu siapa setiausaha politik, setia usaha akhbar atau siapa setiausaha sulit Anwar Ibrahim. Untuk saya semua mereka ini hanyalah aparachik kalau pun bukan tukang bodek. Pandangan saya ini berasakan budaya politik yang wujud hari ini.

Pada awalnya – saya terdengar - apabila Anwar di tangkap pada 20 September 1998 - ramai juak-juak Anwar termasuk Mat Ezam telah melarikan diri ke Indonesia. Ada yang lari membawa duit dan ada yang lari membawa harapan. Apa yang mereka lakukan di Indonesia tidak pula ingin saya ketahui.

Gerakan Reformasi muncul sesudah penangkapan Anwar. Gerakan ini menobatkan jalanraya sebagai wadah politik. Kami tidak ambil pot tentang juak juak Anwar yang lari dan yang tidak lari. Malah juak juak Anwar ini tidak pernah masuk dalam perhitungan politik jalan raya kami. Kami juga langsung tidak ambil pot terhadap ‘polong-polong’ piliharaan Anwar yang saku mereka telah penuh dengan ‘darah saham’ dan ‘pink form’.

Gerakan politik jalan raya hanya bercita-cita untuk menghumbankan United Malays National Organisation ke dalam tong sampah sejarah. Untuk saya jenayah besar United Malays National Organisation hanya satu : membodohkan orang Melayu selama 50 tahun.

Saya pun kurang ingat bila Mat Ezam muncul kembali – mungkin sesudah tertubuhnya Parti Keadilan. Fakta sejarah ini tidak penting. Apa yang penting ialah Mat Ezam terpaksa menerima wadah jalan raya yang telah kami teroka. Kami sedar ada beberapa bengolan juak Anwar yang tidak berapa setuju dengan wadah politik jalan raya.Tetapi kerana ombak jalan raya bagitu besar maka mereka terpaksa membuat ‘teater’ berlakon bersama kami.

Juak-juak Anwar ini sedar dan faham bahawa politik jalan raya inilah sahaja jalannya untuk menumpaskan United Malays National Organistion. Tetapi perjuangan juak juak ini bukan hendak menumpaskan United Malays National Organistion. Justeru mereka selalu ‘memberatkan’ Gerakan Reformasi. Sebenarnya mereka berjuang agar Anwar Ibrahim dinobatklan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dalam congak politik mereka apabila Anwar menjadi PM maka mereka akan sekali lagi berkenduri kendara dan mengumpul ‘pink form’ dan memungut zakat harta kekayaan.

Harus dinyatakan jelas disini - Gerakan Reformasi tidak peduli hangguk sama ada Anwar Ibrahim jadi PM atau malaon mana pun yang menjadi PM. Yang penting Mahathir Muhamad di dobrak dan United Malays National Organistion dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah.

Akhirnya setelah sepuluh tahun - sebahagian panennya Reformasi telah kita tuai pada 8 March 2008 dahulu. Inilah contoh yang dinamakan perjuangan berjangka panjang. Menabur benih kesedaran selama sepuluh tahun. Ini kerja politik yang ulit dan bertahan lama. Turun ke jalan raya itu ialah untuk membajak dan menyemai benih kebencian terhadap kuasa politik United Malays National Organisatgion.

Pada ketika ini Mat Ezam telah mudek kembali ke sarang lamanya. Saya sifatkan Mat Ezam ini terkena penyakit KKS – kurang kasih sayang . KKS ini adalah satu penyakit tidak berkuman yang selalu menyerang orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Hasil dari serangan KKS ini Mat Ezam telah mundar mandir ke hulu ke hilir berceramah membantai dan menelan kembali semua air lior basinya yang diludahkannya dahulu.

Nasib saya agak baik, beberapa hari yang lalu ada kawan menghantar klip potongan salah satu dari ceramah Mat Ezam. Menurut kawan saya ini klip ini dari siri ceramah perdana ‘Selamatkan Selangor Dari Khir Toyo’.

Saya kurang faham apakah Khir Toyo seorang Jawa sudah bertukar menjadi Jepun dan menyerang Selangor. Lalu saya pukul talipon dan bertanya apakah Khir Toyo telah ada bala tentera – kawan saya ini ketawa berdekah dekah dan meminta saya kembali ke sekolah untuk belajar ilmu politik. Ciss….bongek punya kawan. Maka tidak dapat tidak saya pun terpaksalah melihat klip ceramah Mat Ezam.

Mat Ezam telah mempotokopi gaya berceramah Anwar Ibrahim. Saya tahu tentang hal ini kerana saya pernah – satu masa yang lama dahulu - berkongsi pentas dengan Mat Ezam. Mat Ezam telah cuba meniru lenggok dan deram maarunah termasuk tajwid dan sengau si Anwar Ibrahim. Untuk saya gaya ini agak ‘geli’ tetapi menarik perhatian setengah orang yang mendengar ketika Anwar dalam penjara. Tetapi sekarang ini apabila yang ori telah ada maka Mak Cik Felda tidak akan terpaut untuk datang ke ceramah cap ayam Mat Ezam.

Saya pernah meminta kawan-kawan untuk pergi mendengar ceramah Mat Ezam ini. Sekurang-kurangnya meramaikan orang yang nampaknya semakin susut. Malu menengok kawan lama ‘bertandak atas tong’ seorang diri. Saya sendiri tak berani pergi kerana umum tahu saya bukan Orang Selangor. Kalau tidak – dalam dalam gelap itu - boleh juga saya menebeng untuk meramaikan pendengar ceramah.

Seperti di zaman Reformasi , Mat Ezam akan ke hulu ke hilir melaung sambil mencabar dari atas pentas ceramah. Ezam mencabar sesiapa sahaja yang berani mempertikai apa yang dicakapkannya. Hebat. Gugat. Cukup macho.

Tetapi sayang sekali, semuanya telah menyakitkan hati Mat Ezam – bukan kerana yang mendengar tak ramai; ini pun satu hal – tapi tidak ada sesiapa pun yang ambil pot dan menyambut cabarannya itu. Semua orang buat dek sahaja. Malah Lokman Adam seorang pemikir dalam gerakan pemuda gerombolan yang lebih kurang sama hebatnya dengan Mat Ezam pun terus memperlekehkan Mat Ezam yang tidak sudah-sudah mencabar.

Sesiapa yang ada pergi mendengar ceramah akan tahu bagaimana di pembukaan si penceramah akan melafaz doa berjela-jela dan was soli was soli dimasukkan ke sana sini untuk menunjukkan betapa alim dan waraknya si penceramah. Pada anggapan si penceramah lagi panjang was soli was solinya maka lagi sucilah apa yang diperkatakan. Mat Ezam juga tergulung dalam kumpulan was soli was soli ini.

Tetapi ada sesuatu yang paling menakjubkan dalam ceramah Mat Ezam yang saya tonton. Lebih hebat dari semua was soli was soli. Saya tidak berbohong. Saya takjub apabila saya terdengar apa yang dikatakan oleh Mat Ezam ini. Mat Ezam sebenarnya telah mendapat bantuan dari Allah. Betul. Ini bukan bohong.

Mat Ezam berkata yang dia bersyukur kerana dengan pertolongan Allah dia telah mendapat tahu bahawa Anwar ini adalah peliwat dan penyondol. Bagaimana Allah memberi maklumat ini kepada Mat Ezam tidak pula jelas. Tidak ada pula Ezam menyebut Batu Caves , Gua Herak, bersuluk, berkhalawat atau dia pergi bertapa.

Mengikut ceramah Mat Ezam semenjak mendapat ‘ info’ dari Allah maka dia telah mengambil keputusan untuk meninggalkan bos lamanya Anwar Ibrahim. Kini Pak Sheikh Anwar yang menjadi idolanya dahulu bukan sahaja seorang peliwat malah seorang pengkhianat bangsa. Betul. Anwar dikatakan oleh Mat Ezam sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Dibahagian ini saya minta maaf. Saya agak kurang jelas. Tentang pengkhianat bangsa Melayu – saya agak kabur , apakah ‘info’ ini juga datangnya dari Allah atau datang dari Muhyiddin Yassin. Kalau ingatan saya betul, si Muhyiddin inilah orang yang pertama mengatakan si Anwar ini pengkhianati Melayu. Kalau saya silap saya minta maaf.

Sebenarnya , merekrut Tuhan dalam politik ini bukan sesuatu yang baru. Kalau kita rajin membaca sejarah kuno Europah, maka kita akan bertemu dengan para padri yang mengakui diri mereka mewakili Tuhan di bumi ini. Bayangkan betapa kecutnya telor Pak Tani apabila si Padri datang melawat kampong mereka. Bukan sahaja panen Pak Tani ini akan diambil Sang Paderi malah silap-silap hari bulan anak dan isteri juga akan dibungkus sama. Ini semua dilakukan atas permintaan tuhan. Khalas. Period.

Apabila Mat Ezam merekrut Allah maka saya angkat tangan serender. Saya mengaku kalah. Saya angkat tangan dan angkat topi. Bandingkan, maklumat yang saya terima hanya melalui laporan hospital Pusrawi yang mengatakan Saiful tidak diliwat. Saya juga membaca maklumat dari laporan tuan doktor dari Hospital Kuala Lumpur. Kemudian saya mengikuti laporan akhbar tentang perbicaraan ini. Ini lah sumber maklumat saya. Dari maklumat ini saya membuat rumusan bahawa jubur Saiful tidak diusik.

Bandingkan pula maklumat saya dengan maklumat Mat Ezam. Apabila Mat Ezam mendapat info dari Allah – saya tak terkata apa-apa. Siapa yang boleh mempertikaikan hal ini. Saya tidak memiliki kudrat dan iradat untuk mempertikai maklumat Mat Ezam ini.

Tetapi – saya ada sadikit kekalutan dan merasa resah. Sebenarnya saya ingin bertanya dengan Mat Ezam apakah Allah tidak ada memberi dia tahu maklumat yang lain – tentang siapa sebenarnya membunuh Altantuya. Atau tentang adik Shahlinie yang selama ini masih hilang. Renung punya renung, saya merasa amat pelik mungkinkah Allah juga ada sikap ‘double standard’ - hanya tahu tentang Anwar sebagai peliwat dan tak ada info tentang Altantuya.

Semua ini pelik. Untuk saat ini saya hanya berani berkata seperti dalam kitab Sulalatus Salatin - wallah hu alam bissawab – hanya Allah yang maha mengetahui. TT

p/s: Sesiapa berjumpa Mat Ezam sila tanykan hal ini agar kita semua dapat menyambut bulan Ramadan dengan penuh ketenangan.

I.S.A



GITU GINI



SETAHUN PEMERGIAN ALLAHYARHAM YB DATO HAMDAN

Sudah 1 tahun Allahyarham Dato Hj Hamdan Abdul Rahman meninggalkan kita.
Tarikh July 31 2009 - Kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir dari PAS, Allahyarham Dato Hj.Hamdan Abd. Rahman yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) .
Kenangan 2009 yang saya tidak dapat lupa.
Al-Fatihah.....
Saiful

KEMPEN SAMAN EKOR

Kempen 10 juta tandatangan bantah saman ekor
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 30 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menggerakkan satu kempen memungut sepuluh juta tandatangan rakyat bagi membantah tindakan kerajaan meneruskan saman ekor terhadap pengguna jalan raya.

Menurut ketuanya, Nasruddin Hassan at-Tantawi, semua jentera pemuda seluruh negaraa akan dikerah bagi memastikan kempen tersebut sampai ke semua lapisan masyarakat.

"DPPP akan menggunakan seluruh keupayaan jentera kita di semua peringkat untuk mendapatkan sepuluh juta tandatangan rakyat yang tidak bersetuju dengan saman ekor," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tandatangan yang berjaya dikumpul akan dilampirkan bersama memorandum yang akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

"Kita akan lampirkan tandatangan yang dikumpul ini dengan memorandum yang akan kita serahkan kepada kerajaan atau kementerian terbabit," katanya lagi.

Beliau juga berkata, beberapa kain rentang akan dipasang di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan umum dan rakyat boleh menurunkan tandatangan mereka di situ.

DPPP juga akan bermesyuarat bagi menyelaraskan kempen berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh pemuda agar mengambil perhatian dan bersiap sedia untuk menggerakkan kempen berkenaan.

"Mari sertai kempen ini dan saya harap semua pemuda di semua peringkat mengambil perhatian untuk tugas besar ini," katanya.

Beliau sebelum ini menyifatkan saman ekor sebagai ‘ISA Kedua' kerana ianya menyebabkan penerima notis saman terpaksa membayar saman tersebut tanpa mereka diberi peluang melalui proses pengadilan di mahkamah.

MALAM ISA

Aturcara

9.00 pm Berkumpul / ucapan aluan (pengacara – Eng Kiat)

9.05 pm Ucapan wakil Aliran

9.10 pm Ucapan wakil DEMA – Khaw Seng Hean

9.15 pm Ucapanwakil JIM – Isahak

9.20 pm Deklamasi sajak – Ahmad Fadli

9.25 pm Ucapan wakil PAS

9.30 pm Ucapan wakil PKR – Law Choo Kiang

9.35 pm Ucapan wakil DAP – Chow Kon Yew

9.40 pm Ucapan wakil PRM – Gary Nair

9.45 pm Ucapan PSM – Choo Chon Kai

9.50 pm Lagu – Min

9.55 pm Ucapan bekas tahanan – Cecilia Ng

10.00 pm Ucapan wakil LLG – Dr Toh Kin Woon

10.05 pm Ucapan wakil pelajar – Hanif

10.10 pm Ucapan Suaram

10.15 pm Gimik / penutup

10.20 pm Lagu suara rakyat

10.30 pm Bersurai secara aman dan teratur

SAMAN PKM TIDAK BERHASIL

Parti Komunis Malaya gagal hidupkan semula saman
Jul 28, 10 10:12am
Kongsi 5
Bekas Parti Komunis Malaya (PKM) dan anggotanya hari ini gagal dalam permohonan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan di Putrajaya untuk menghidupakan semula saman sivil terhadap kerajaan Malaysia.

Panel tiga hakim, diketuai Datuk Sulong Matjeraie memutuskan kerajaan Malaysia tidak melanggar perjanjian yang dimeterai dengan setiausaha agung PKM, Chin Peng, pada 1989.

Katanya aduan mengenai kenyataan dipersoalkan oleh PKM adalah jelas di luar terma yang tercatat dalam aturan pentadbiran yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dan PKM dalam usaha mencari objektif bersama untuk mencapai keamanan dan menamatkan segala aktiviti persenjataan dengan serta merta.

Dua hakim lain ialah Datuk Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Mohamed Apandi Ali.

Klausa 1.2 dalam perjanjian pentadbiran juga menyediakan supaya kedua-dua pihak tidak mengeluarkan kenyataan memburukkan atau berbaur fitnah antara satu sama lain.

Ia menyebut bahawa semua kenyataan akhbar oleh mana-mana pihak perlu dibuat atas semangat perjanjian dan tidak mengandungi sebarang terma mencemarkan atau fitnah seperti 'serah diri beramai-ramai' dan 'penyerahan'.

Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua, dan anggota PKM mendakwa kerajaan Malaysia menerusi Timbalan Menteri Penerangan ketika itu telah melanggar klausa 1.2 kerana membuat kenyataan memfitnahkan.

Dalam keputusannya, Sulong, berkata mahkamah tidak boleh menerima klausa 1.2 yang memperuntukkan tiada penerbitan semua bentuk fitnah.

Katanya dengan meneliti klausa itu, mahkamah mendapati ayat 'terma fitnah' dalam klausa 1.2 hanya terbatas kepada perkataan yang tidak boleh diterbitkan berhubung 'serah diri beramai-ramai' dan 'penyerahan'.

Hakim juga berpendapat kedua-dua pihak dalam perjanjian itu mempunyai keupayaan untuk menguatkuasakan dan/atau memohon untuk memguatkuasakan perjanjian itu sejak ia merupakan asas biasa untuk mewujudkan perjanjian antara kerajaan Malaysia dan PKM.

Mahkamah Tinggi sebelum ini memerintahkan PKM tidak boleh dikenakan tindakan saman atau disaman kerana ia tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan.

Korum itu sebulat suara menolak rayuan yang dikemukakan oleh Chin Peng dan anggota PKM dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Sept tahun lalu untuk terus membatalkan saman tersebut.

Saman itu dikemukakan berikutan laporan media pada 21 Mac dan 6 Mei, 2005, oleh Timbalan Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Zainuddin Maidin, yang
mengumumkan RTM akan menyiarkan dokumentari mengenai kekejaman penganas komunis
selepas Perang Dunia Kedua dan selama sedekad berikutan kemerdekaan Malaysia.

Chin Peng, 86, yang lahir di Sitiawan, Perak, memfailkan saman itu bagi pihak dirinya dan anggota parti dengan menuntut ganti rugi dan perintah injunksi yang melarang kerajaan Malaysia atau ejennya daripada menerbitkan perkataan berbaur fitnah yang serupa terhadapnya.

Mereka juga menuntut perisytiharan bahawa perjanjian bertarikh 2 Disember 1989 yang ditandatangani di Haadyai, Thailand, adalah sah dan sebarang kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak tidak harus mengandungi perkataan berbaur fitnah.

Dalam penyataan pembelaan, kerajaan Malaysia berkata mengikut sejarah dan pengetahuan awam, reputasi Chin Peng dan anggota lain parti itu sudah terjejas selama ini.

Chin Peng, yang kini tinggal di Thailand, telah memohon kepada mahkamah di Malaysia supaya membenarkannya pulang ke Malaysia untuk menghabiskan sia-sia hidupnya di negara ini.

Bagaimanapun, beliau gagal mendapatkan Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan terhadap dua keputusan mahkamah yang meminta dia menunjukkan dokumen pengenalan
diri bagi membuktikan dia adalah seorang warga Malaysia sebelum memulakan tindakan mahkamah terhadap kerajaan Malaysia.

- Bernama

BN PASANG PERANGKAP

Guru dibenar berpolitik, awas perangkap Umno-BN
A.Nuri

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik.

Berita ini pastinya disambut gembira oleh ahli dan penyokong Umno-BN. Bagi ahli dan penyokong Pakatan Rakyat kenyataan ini silap hari bulan sebagai satu perangkap kepada mereka.

Jika sebelum ini bagi ahli dan penyokong Pakatan Rakyat segala sokongan dan aktiviti mereka dilakukan secara senyap-senyap kerana pelbagai tekanan dan ugutan yang diterima. Ancaman itu datang daripada guru besar atau pengetua yang menjadi penyokong kuat Umno atau pemimpin Umno setempat.

Bagi mereka yang dikesan terlibat dengan politik selain daripada Umno mereka berdepan risiko dikenakan pelbagai tindakan. Antaranya ditukar ke pedalaman atau tempat berjauhan dengan keluarga serta dinafikan Anugerah Cemerlang dalam perkhimatan walaupun menunjukkan prestasi dan sumbangan yang jauh lebih baik daripada penyokong dan pengampu Umno di sekolah.

Manakala ahli dan penyokong Umno selama ini secara terbuka terlibat aktif dalam politik. Pentadbir sekolah akan hanya memekakkan telinga dan memandang sebelah mata seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Mana-mana guru besar dan pentadbir yang menyokong Pakatan Rakyat juga tidak berani menegur kerana bimbang daripada pengaruh pemimpin Umno setempat.

Kenyataan KSN ini sebenarnya akan menjadikan ahli dan penyokong Umno di sekolah lebih 'besar kepala' dan bermaharajalela menyebarkan dakyah politik mereka.

Bagi guru-guru kumpulan A yang pro Pakatan Rakyat yang hendak tunjuk berani pastinya akan berdepan pelbagai risiko. Bagi saya kebenaran kepada kumpulan A berpolitik sebenarnya hanya menguntungkan politik Umno semata-mata bagi ahli dan penyokong Pakatan Rakyat langkah ini sebenarnya hanyalah satu perangkap dan jerat kepada mereka.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.


MELAYU PULAU PINANG TERPINGGIR??

IPOH 25 Julai - Melayu Perak akan mengalami nasib yang sama seperti Melayu di Pulau Pinang jika membenarkan DAP memerintah.

BERITA LAMA YANG SERING DI MAINKAN UNTUK MENGABUI MATA MASYARAKAT.SEDANGKAN MELAYU DI TERENGANU ADALAH ANTARA MELAYU TEMRISKIN DI MALAYSIA SELEPAS SABAH.

MANA SATU YANG BETUL? ADAKAH MELAYU PULAU PINANG TERPINGIR SEMASA PEMERINTAHAN DAP?? BILA DAP MEMERINTAH SELAMA 50 TAHUN?? RASANYA PENULIS INI KETINGGALAN 50 TAHUN KEBELAKANG.

DULU MCA DAN GERAKAN BERSEKONGKOL DENGAN UMNO MENYEBABKAN SEMUA ORANG MELAYU BUKAN SAHAJA DI PULAU PINANG BAHKAN SELURH MALAYSIA MELAYU ADALAH BANGSA KELAS KE 3.....

BULETIN CAT



HIMPUNAN WARGA FELCRA

Oleh: PAS BUkit Bendera

Satu himpunan warga Felcra Kebangsaan kali 1 akan diadakan pada 31 Julai-1 Ogos (Sabtu dan Ahad) di Felcra Bandar Seberang Perak Changkat Lada Pasir Salak Perak anjuran bersama Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah Pas Pusat dan Pas Perak.

Untuk makluman :

KELUASAN LADANG DIMAJUKAN FELCRA BERHAD MENGIKUT NEGERI

BIL

NEGERI

BIL LADANG

LUAS (HA)

1.

PERLIS

11

2,437.58

2.

KEDAH

129

10,839.08

3.

PULAU PINANG

18

502.75

4.

PERAK

225

31,662.47


SEBERANG PERAK

20

12,107.13

5.

SELANGOR

43

5,641.49

6.

NEGERI SEMBILAN

184

14,547.24

7.

MELAKA

63

3,357.88

8.

JOHOR

182

32,252.06

9.

PAHANG

302

47,664.09

10.

TERENGGANU

192

23,390.46

11.

KELANTAN

89

10,466.11

12.

SARAWAK

96

22,139.74

13.

SABAH

39

9,154.41


JUMLAH BESAR

1,593

226,162.49

BILANGAN PESERTA MENGIKUT NEGERI

NEGERI

BIL

PERLIS

516

KEDAH

5,297

PULAU PINANG

445

PERAK

23,305

SELANGOR

4,326

NEGERI SEMBILAN

10,702

MELAKA

4,927

JOHOR

11,062

PAHANG

17,134

TERENGGANU

5,321

KELANTAN

2,862

SARAWAK

4,808

SABAH

1,766

JUMLAH BESAR

92,472

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan.Penukaran entiti korporat ini membolehkan FELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional.

Banyak isu Felcra bakal dibangkitkan ,segala penyelewengan dalam pertemuan sulung para peserta Felcra Kebangsaaan kali 1.

JUTAWAN YANG PALING DI KENALI




Lihat beberapa gambar dari halaman Berlin BZ di sini here dan foto-foto pesta di forum website Celebutopia di sini here. .

Lihatlah orang-orang ini botol-botol arak besar. Banyak wang untuk dibelanjakan dan mengalir di sana - yang mengherankan siapakah yang dibayar untuk pesta itu. Rupanya, ada jejaka lain kaya di belakangnya juga, Zhen rendah, yang dilaporkan oleh akhbar The New York Post , memuat 2.6 juta bagi sebuah party?

Parti ke atas pihak lain yang paling glamour telah membuatnya menjadi kepada yang paling terkenal di abad ini..
Read more


translate from anill blog...

RAJAWALI

BERITA UNTUK DI PUTARKAN OTAK ORANG KAMPUNG

FDI susut rahmat tersembunyi

KUALA LUMPUR 23 Julai - Penyusutan pelaburan langsung asing (FDI) dari negara-negara membangun ke Asia Selatan, Asia Timur dan Asia Tenggara merupakan suatu rahmat tersembunyi kerana ia mencetuskan peningkatan pelaburan sesama serantau.

"FDI sesama serantau kini menguasai hingga separuh daripada keseluruhan FDI yang mengalir masuk ke rantau ini," kata Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) dalam Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan di Geneva pada Khamis.

Malaysia, India dan China adalah antara sumber-sumber besar FDI ke Afrika dengan syarikat milik kerajaan, Petronas dan Telekom Malaysia bertanggung jawab bagi lebih 24 peratus daripada semua pembelian penggabungan dan pengambilan alih (M&A) di benua Afrika dalam tempoh 1987 hingga 2005, katanya.

Justeru itu, kata UNCTAD, meskipun rantau ini mengalami penyusutan terbesar FDI sejak 2001, ia adalah antara yang mula-mula keluar dari kelembapan semasa.

Pengaliran masuk ke rantau ini merosot 17 peratus kepada AS$233 bilion (RM745 bilion) tahun lepas, pada asasnya mencerminkan penyusutan pembelian M&A rentas sempadan, paling teruk dalam sektor perkhidmatan, dengan pengurangan sebanyak 51 peratus.

Jumlah pengaliran keluar dari rantau ini turun sebanyak lapan peratus kepada AS$153 bilion (RM489.6 bilion), dengan pembelian M&A rentas sempadan susut sebanyak 44 peratus, kata badan antara kerajaan itu.

"FDI di Asia Selatan, Asia Timur dan Asia Tenggara telah mula pulih dan berkemungkinan semakin pesat kerana rantau ini memainkan peranan peneraju dalam pemulihan ekonomi global," katanya dalam laporan setebal 220 muka surat itu.

Khususnya, pengaliran masuk ke China dan India mulai pesat seawal pertengahan 2009, dan pengaliran keluar FDI masing-masing dijangka mendorong pelaburan di luar rantau ini kembali ke tahap pertumbuhan pada 2010.

Bagaimanapun, pemulihan FDI dalam dan dari empat ekonomi yang baru menuju ke arah ekonomi perindustrian iaitu Hong Kong, Korea Selatan, Singapura dan Taiwan, berkemungkinan lembap.

Pelaburan sesama serantau yang semakin berkembang di Asia telah bertindak sebagai jentera bagi pembauran teknologi, 'pengitaran semula' kelebihan perbandingan dan peningkatan daya saing, kata UNCTAD.

Kata UNCTAD, integrasi serantau dan perkembangan China kini mempercepat proses ini, sekali gus mewujudkan peluang pembangunan bagi lebih banyak negara, termasuk negara-negara paling kurang membangun seperti Kemboja, Laos dan Myanmar.

Pelaburan dari ekonomi maju seperti China, India, Malaysia dan Afrika Selatan ke negara paling kurang membangun semakin meningkat.(MALAYSIA MASUK EKONOMI MAJU KAH?)

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, pemindahan kegiatan perkilangan dari ekonomi-ekonomi Asia yang kini lebih maju seperti China dan Malaysia telah memberi peluang kepada negara-negara yang baru membangun untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian pengeluaran serantau syarikat-syarikat transnasional Amerika.

UNTUNG RUGI JUAL PASIR

Semasa Kerajaan UMNO/BN memerintah Selangor dahulu, keuntungan revenue kepada Kerajaan tidak pernah melebihi RM4.37 setahun.

Pada tahun 2005, Kerajaan Selangor memperolehi RM3.54 juta; pada tahun 2006, RM4.37 juta dan 2007, RM4.29 juta.

Apabila Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, keuntungan revenue kepada Kerajaan Negeri Selangor telah bertambah dengan pesatnya.

Pada tahun 2008, RM8.17 juta; pada tahun 2009, RM13.76 juta dan sehingga bulan Jun 2010 pendapatan telah melonjak kepada RM15.30 juta.

BUAT ELOK2...JANGAN DOK RUNDING aaaaaaaaaaaaaaaa

OOOOO TARAK MASYUKKKKKKK

Kroni poket kosong, Umno S'gor tertekan'
Salhan K Ahmad
Jul 23, 10
4:27pm
Kongsi 5
Pemimpin Umno cuba menggugat kerajaan Selangor dengan menimbulkan isu kecurian pasir dan bekalan air di negeri itu kerana kepentingan kroni mereka kini terjejas, kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua.

Usaha untuk menggugat pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor itu dilakukan timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan ketua perhubungan Umno negeri Datuk Noh Omar dan ketua pembangkang di DUN Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, katanya.

Tony berkata Muhyiddin, Noh dan Mohd Khir dengan jelas berang bagi pihak kroni Umno dalam percubaan untuk menggugat kerajaan negeri dan membalas dendam kerana dasar Pakatan Rakyat mendahulukan kebajikan rakyat.

"Kesungguhan kerajaan negeri untuk mengurangkan pemberian kontrak dan rasuah, memaksimumkan hasil kerajaan dan memperbaiki kualiti perkhidmatan awam tanpa meningkatkan beban kewangan rakyat, telah menyakitkan poket kroni Umno di Selangor yang telah biasa dengan cara BN," kata Pua.

Ali Baba

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menjelaskan, kemarahan itu timbul apabila Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) ditubuhkan bagi menguruskan pengeluaran permit perlombongan pasir di Selangor.

Melal
ui kaedah tender terbuka, kaedah rundingan terus tidak lagi dilayan dan hanya pengusaha tulen sahaja yang boleh mendapatkan lesen tersebut.

HE..HE.....LAGI CINTA BUTA

Dakwaan ‘cinta’ Saiful, DPP hantui pasukan pendakwa kes liwat Anwar

July 22, 2010

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwa kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam hubungan 'romantik' dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan mula menghantui pendakwa raya, tetapi status staf muda berkenaan masih belum diputuskan.

Pasukan pendakwa raya belum memutuskan sama ada akan menggugurkan rakan mereka itu apabila perbicaraan disambung semula pada 2 Ogos ini.

Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin awal hari ini mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan mereka, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.

Mohd Yusof enggan mengatakan sama ada anggota wanita itu akan digugurkan kelak.

“Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini.

“Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pasukan saya dan kita akan melihat pada 2 Ogos ini sama ada dia akan bersama pasukan kami atau tidak,” kata Mohd Yusof kepada The Malaysian Insider.

Mohd Yusof menekankan, peranan staf itu adalah kecil memandangkan dia bukan “anggota rasmi” dalam pasukan itu apabila kes itu mula didengar.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina Latif.

Saiful dan Farah belum dapat dihubungi untuk reaksi.

Kata Mohd Yusof, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.

“Jadi, saya tidak boleh mengatakan dia telah digugurkan daripada pasukan ini kerana dia sebenarnya bukan sebahagian daripada pasukan saya, tidak seperti (timbalan pendakwa raya) Noorin (Badaruddin) atau Wong (Chiang Kiat), atau diri saya.

“Dia dibawa untuk membantu tetapi kini kami ada sekurang-kurangnya tiga peguam yang boleh melakukan kerja-kerja menghimpunkan (data) dan kadangkala Noorin juga mengambil nota,” katanya.

Selain itu menurut beliau, anggota berkenaan juga pendakwa raya yang turut mengendalikan kes-kes lain.

“Jika kami memutuskan untuk tidak menyertakan dia dalam pasukan kami, ia adalah kerana kami boleh mengendalikan kes ini tanpa dia... ini kerana dia juga ada kes lain untuk dikendalikan,” kata Mohd Yusof lagi.

Mohd Yusof sambil berkata beliau tiada maklumat mengenai tuduhan terbaru ini, apa yang dilakukan oleh anggota pasukannya adalah urusan peribadi.

“Saya tidak periksa kehidupan peribadi mereka... jadi saya tidak tahu. Saya tidak boleh komen. Apakah anda boleh percaya Raja Petra? Dia selaku menyebarkan khabar angin,” katanya.

“Saya memberitahu anda yang ini... saya perlu menemui anggota pasukan saya (terlebih dahulu) dan saya akan kembali kepada anda. Bagaimanapun dia bukan bahagian penting dalam pasukan saya, dia hanya akan membantu kami bila kami memerlukannya,” tegas Mohd Yusof.

Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes liwat Anwar, Ketua Pembangkang, ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh, memperolehi cuti sakit selama dua minggu.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

PENIAGA DI TINDAS LAGI??

TANDA PILIHANRAYA-PUTERI LANCAR BILIK PILIHANRAYA BERPUSAT DI PWTC


mmmmmmm....mungkin agak hampir....kenapa dalam diam-diam lancar bilik gerakan pilihanraya ???? mungkin makin hampir gamaknya..

Anwar wajib dilantik Penasihat Ekonomi P.Pinang-DIN BINJAI


Sudah sampai masanya Anwar Ibrahim dilantik menjadi penasihat ekonomi P.Pinang. Sharpshooter amat bimbang dengan isu-isu roboh gerai di P.Pinang terutamanya gerai Melayu yang menjadi isu besar yang dimainkan oleh media arus perdana.

Isu terbaru adalah gerai Melayu yang dirobohkan berdekatan bulatan Queens Bay. Sharpshooter dimaklumkan bahawa yang diroboh adalah gerai yang baru didirikan dan yang lain akan dirobohkan selepas raya.

Bila ditanya bukankah gerai tu dulu dah lama dah dari zaman BN perintah, tak dak pula depa nak roboh pun. Jawapannya 3 persatuan dok komplen termasuk yang pengerusinya orang Melayu. Baru 3 persatuan pun hangpa dah gelabah. Pandai-pandailah bagi alasan. Katanya lagi gerai tu dah 2 tahun terima notis. Baru dua tahun...bukan 12 tahun pun..

Bila ditanya mengapa yang hangpa kalut sangat nak roboh gerai Melayu yang modal pun tak berapa besar mana pun. Gerai Melayu bukan banyak di P.Pinang. Nak sewa rumah kedai sebulan mencecah RM5 ribu di P.Pinang. Kalau di Auto City Seberang Perai sewa mencecah RM10 ribu sebulan. Ini bukan auta tetapi fakta kalau tak percaya pergilah tanya sendiri.

Mengapa tidak fokus kepada kilang-kilang haram yang bersepah dan berleluasa di P.Pinang yang ditinggalkan oleh zaman BN dulu. Di Seberang Perai sahaja ada 150 buah kilang haram. Itu sharpshooter tahulah sebab semasa jadi Ahli Majlis MPSP perkara ini ditimbulkan. Sebelah pulau tak tahulah pula kena tanya Ahli Majlis MPPP. Mengapa hangpa tak mau roboh kilang haram tetapi hangpa nak buat pemutihan yang mana kilang haram akan jadi kilang halal.

Tetapi bila mai bab gerai Melayu, mengapa hangpa tak mau buat pemutihan seperti kilang haram. Yang hangpa buat bagi tempat berniaga lain yg kadang-kadang memang tak sesuai langsung. PBT atau pemaju pula bila buat gerai, satu gerai dua meja. Nak berniaga macamana dengan dua meja? Kepala hotak hangpa.

Sharpshooter ketika menjadi Ahli Majlis, pernah MPSP mahu roboh gerai terutamanya gerai burger dan Char Koay Teaw. Sharpshooter bawa peniaga tersebut dan berjumpa dengan pengarah MPSP, bincang dan akhirnya dapat berniaga dan tidak dirobohkan. Sharpshooter bagitahu mereka, yang mana tak dak lesen, lesenkan mereka, bukan roboh gerai mereka. Lepas itu letak syarat dan peraturan. Adalah budi bicara sikit bila berurusan dengan peniaga-peniaga kecil.

Gerai di Sg Tiram juga mahu dirobohkan. Bila ditanya mengapa, katanya Guan Eng yang mahu robohkan. Mujur Hj Malik bertahan dan bergaduh dengan Ahli Majlis MPPP yang juga mahu roboh gerai. Mansor Othman kan ada, takkan dok diam kot. Bersuaralah sikit. Berani buat keputusan. Jangan sampai semua isu berbangkit Guan Eng yang jawab, isu Aminul Rashid, APCO, Batu Nisan di Pantai Bersih, Judi bola dan berbagai lagi semuanya Guan Eng yang buat sidang media sampai tenggelam pimpinan lain di P.Pinang termasuk Keadilan dan DAP yang lain. YB Chow Pengerusi DAP P.Pinang pun ramai yang tak kenal.

Guan Eng memang pemimpin yang hebat, tetapi jangan sampai yang lain tenggelam bak kapal Titanic atau kapal selam Altantuya.

Surau di KOMTAR mujur Anwar yang rasmi, tu pun ada suara sebelum ini yang suruh Guan Eng rasmi. Nak bodek pun agak-agak lah. Betul dari satu sudut mungkin kita akan kata Guan Eng bagus sampai surau pun dia rasmi. Tetapi dalam masa yang sama kita fikir juga dari sudut lain. Anwar Ibrahim kan orang P.Pinang, MP Permatang Pauh, jangan sampai lupa pula pada Anwar sebab nak bodek Guan Eng.

Sebab itulah sharpshooter merasakan sudah sampai masanya Anwar dilantik menjadi Penasihat Ekonomi P.Pinang. Orang Melayu mungkin boleh meletakkan harapan pada Anwar untuk menjaga kepentingan mereka di P.Pinang. Ini tidak bermakna sharpshooter nak bodek Anwar pula. Anwar tak perlu dibodek tetapi perlu ditegur bila ada yang tak kena. Ini budaya baru politik Keadilan. Kalau nak bodek Anwar apa beza dengan zaman UMNO dulu. Tetapi ada sebilangan besar pimpinan Keadilan dok bodek Anwar macam zaman UMNO naik menyampah tengok gelagat mereka.

Pandangan Sharpshooter untuk kepentingan Melayu di P.Pinang. Ingatlah majoriti kawasan Melayu, Pakatan Rakyat kalah. InsyaAllah dengan terlantiknya Anwar Ibrahim menjadi Penasihat Ekonomi P.Pinang, kawasan tersebut akan dapat ditawan oleh Pakatan Rakyat.

KEM MOTIVASI

Pejabat TKM 1 akan menganjurkan satu program Motivasi Insan Cemerlang
dibawah Majlis Perundingan Mahasiswa Pulau Pinang


Pada : 24hb Julai 2010 (sabtu)
Masa : 8.00 pg hingga 2.00 ptg
Tempat : Yayasan Aman Penanti


Dirasmikan oleh YB Dato’ Mansor Othman pada jam 8.30 pg

* Sarapan pagi dan makan tengah hari disediakan

* Tuan/puan diminta menghantar peserta seramai mungkin. Sekian terima kasih


* Sila hantar nama pelajar, alamat, no. kad pengenalan, no. telefon, sekolah, tingkatan (form) dan nama ibu/bapa@penjaga selewat-lewatnya 23 Julai 2010 jam 10 pagi ke email ini. Harap maklum