NAJIB BERBOHONG: TONY PUA
Pua berpendapat ini menunjukkan bahawa Berjaya Corp mempunyai mengiakan kerajaan, walaupun penolakan kerajaan bahawa taruhan sukan lesen telah diterbitkan untuk syarikat.
Dia merujuk kepada sebuah memorandum maklumat oleh anak syarikat Berjaya Corp Sukan Toto (M) Sdn Bhd, salinan yang diedarkan oleh Pua di lobi Parlimen hari ini.
Dokumen ini tarikh 11 Jun, hanya empat hari selepas Perdana Menteri Najib Abdul Razak, dalam kapasitinya sebagai menteri kewangan, menafikan bahawa taruhan sukan lesen telah dikeluarkan.
Pua, MP Petaling Jaya, menuduh Najib bermain dengan kata-kata dan berkata setengah kebenaran dengan membuat permainan istilah "persetujuan" dan "lesen".
"Saya fikir kelulusan telah diberikan tetapi lesen tersebut belum diterbitkan belum. Ini adalah bodoh bermain kata-kata, yang bersembunyi dari kebenaran," kata pemimpin DAP.
.
Dalam dokumen itu jelas dinyatakan bahawa salah satu perkembangan syarikat diajukan untuk pertimbangan pelabur adalah bahawa "Jabatan Kewangan telah memberikan kelulusan atas penerbitan- untuk Ascot lesen untuk melaksanakan operasi judi sukan".
Nota maklumat disokong oleh analisis kredit dari Malaysia Rating Corporation Berhad (MARC) yang memberikan prospek stabil untuk pinjaman dicari oleh anak syarikat Berjaya berdasarkan kebolehpercayaan arus kas Sukan Toto.
Laporan ini disebut Ascot Sukan "taruhan sukan lesen pembekal" yang akan memberikan sumbangan pendapatan Sukan Toto.
Ascot Sports anak syarikat lain Berjaya Corp yang digunakan untuk sukan taruhan lesen. Dalam notis kepada Bursa Malaysia pada tarikh 12 Mei, Berjaya Corp mengatakan bahawa taruhan sukan operasi akan dilakukan oleh Sukan Toto.
Asri : Masuk Umno? (atau PAS?) — Yusri Mohamad
21 JUN — Hari ni heboh kononnya Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan masuk Umno Jumaat ini bersama 100 orang ulama termasuk yang berkelulusan Phd. Berita Harian memetik kata-kata Setiausaha Kerja Umno dan Ketua Umno Bahagian Bukit Bintang sebagai berkata bahawa kemasukan Asri dan kumpulannya ini akan menyemarakkan sokongan orang Melayu kepada Umno. Beliau ini dilaporkan sebagai turut terlibat untuk membawa masuk Asri. Asri sendiri dalam kenyataan ringkas dalam laman webnya menafikan telah membuat keputusan untuk masuk mana-mana parti politik.
Sebelum timbulnya berita ini, akhir-akhir ini, Asri nampaknya lebih mesra dengan PAS. Ketika panas isu beliau ditahan, beliau membuat kunjungan strategik melawat Mursyidul ‘Am PAS di Kelantan. Gambarnya menghadiri Muktamar Pemuda PAS baru-baru ini tersiar di akhbar perdana. Beberapa kali beliau dijemput mengisi forum anjuran kerajaan Kelantan. Jadi berita terbaru ini mungkin mengejutkan dan menggusarkan peminat beliau di dalam PAS atau Pakatan Rakyat.
Mengenali beliau, saya tidaklah terlalu terkejut dengan semua gerak-geri Asri dengan orang-orang politik seperti di atas. Cuma saya simpati kepada mereka yang terlalu lurus dalam membaca gerak-geri politik Asri. Izinkan saya buat komen ringkas untuk bagi membantu menjelaskan letak duduk perkaranya...
1. Tentang benar atau tidak berita ini, saya rasa kalaupun tidak benar tetapi mesti ada asasnya. Kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang. Yang bercakap ini bukan sebarang orang. Dalam majlis yang sama ada Datuk Seri Shahidan Kassim, gandingan utama dan penyokong kuat Asri.
2. Bagi mereka yang cenderung kepada PR, sukakan Asri dan marah dengan berita ini saya katakan: Takkanlah tak tahu lagi hubungan rapat selama ini antara Asri dengan beberapa tokoh Umno terutama Shahidan Kassim yang merupakan “promoter” dan pendokong Asri yang sangat komited dan aggresif. Dari dulu saya agak hairan dengan bacaan politik pemimpin dan pendokong PR yang terlalu “berminat” dengan Asri.
3. Tentang dakwaan bahawa kemasukan Asri akan membawa keuntungan, seperti yang saya tegaskan dan jelaskan dalam beberapa tulisan saya sebelum ini ialah, Asri, aliran dan kumpulannya adalah merupakan suara minoriti dan janggal (syaz) dikalangan para ulama dan ilmuwan Islam di negara kita dan dalam peta aliran Islam global amnya. Cuma tak semua ulama dan ilmuwan arus perdana itu mahu bersuara secara terbuka. Jadi hakikatnya, mana-mana parti yang memberi ruang kepada Asri dan mereka yang seumpamanya sebenarnya telah tidak peka dan sensitif kepada pandangan dan perasaan sebegitu ramai ulama dan ilmuwan Islam yang lain. Para ulama dan ilmuwan ini bersikap demikian terhadap Asri berasaskan ilmu dan iman yang ada pada mereka. Mereka ini pula semuanya ada ruang pengaruh mereka masing-masing dan tidak hanya berdiam diri melihat sesuatu yang pada ilmu dan Iman mereka diyakini salah. Oleh itu, dalam realiti politik Malaysia, mana-mana parti politik yang memberikan ruang dan tempat kepada Asri dan mereka yang seumpamanya adalah sebenarnya mendedahkan diri mereka kepada risiko kehilangan sokongan dan bahkan tentangan daripada suatu kelompok yang begitu penting — baik dari segi prinsip agama mahupun perkiraan politik.
Maka, eloklah parti-parti politik yang berminat sangat untuk memberi ruang kepada Asri lebih banyak mengkaji, meneliti dan mengambil pandangan-pandangan yang patut diambil.
(Dalam konteks PAS, saya teringat Subki Latiff, tokoh veteran PAS yang luas pengalamannya, telah menulis dalam kolumnya di Harakah tentang Asri ketika hangat isu penangkapannya dulu. Secara halus dan berlapik, Subki menyatakan pandangannya bahawa PAS tidak sesuai bagi seseorang yang seperti dan mempunyai agenda seperti Asri.)
4. Tentang dakwaan bahawa ada 100 orang ulama berkelulusan tinggi yang akan bersama-sama Asri menyertai Umno, saya agak sangsi dengan maklumat ini. Tak semua maklumat yang berkaitan Asri mestinya benar seperti dalam kes “minum air ludah ustaz” yang beliau timbulkan baru-baru ini. Kalau dihitung-hitung rasanya tak cukup 100 orang ulama yang benar-benar ulama yang bersama dengan Asri. Memang ada mereka yang berkelulusan agama yang bersama Asri, tetapi hatta mereka ini belum tentu akan mengikuti langkah Asri jika betulpun beliau akan masuk Umno atau PAS. Saya ketahui dengan pasti bahawa hatta mereka yang berkongsi beberapa fahaman agama dengan Asri tidaklah sentiasa bulat menyokongnya.
Begitulah komen ringkas saya. Moga-moga ada manfaatnya dalam membentuk persepsi yang lebih betul. WaLlahu a’lam.
* Dr Yusri Mohamad ialah Bekas Presiden ABIM, Naib Presiden Majlis Amal Islami Malaysia, dan pensyarah UIAM.
Ahli UMNO disaran berani lakukan serang balas
| |
| Najib Tun Razak menerima tepukan gemuruh daripada para perwakilan semasa hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh di Hutan Melintang, Perak, semalam. |
BAGAN DATOH 20 Jun - Ahli-ahli UMNO diminta supaya berani melakukan serangan balas untuk memperbetulkan persepsi salah yang yang dilemparkan pihak pembangkang terhadap parti itu dan kerajaan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, ahli-ahli UMNO tidak boleh hanya dalam posisi mempertahankan sebaliknya perlu melakukan serangan balik untuk mengembalikan keyakinan rakyat.
"Macam kita tengok Piala Dunia sekarang ini. Boleh tengok, tapi bukan hanya untuk keseronokan semata-mata. Tengok dan cuba jadikannya dalam konteks politik.
"Jangan asyik mempertahankan benteng sahaja kerana kadang kala boleh bolos. Perlu ada pertahanan dan serangan balik untuk menang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh 2010 di sini hari ini.
Menurut beliau, adalah menjadi tanggungjawab semua ahli UMNO untuk memperbetulkan segala persepsi salah yang dibuat oleh pembangkang dan tidak tunduk dengan sebarang ancaman.
Tegas Perdana Menteri, perlu ada barisan yang ampuh untuk mempertahankan perjuangan UMNO dan mengembalikan kejayaan parti itu seperti pada Pilihan Raya Umum Ke-11 pada 2004.
"Bukan Barisan Nasional (BN) atau UMNO tidak baik, tetapi mainan persepsi pembangkang menyebabkan rakyat menjauhkan diri.
"Berbanding suasana politik pada tahun-tahun 70-an dan 80-an, bila kita bagi peruntukan sahaja, rakyat sudah boleh menerimanya. Tetapi sekarang lain, mereka masih ada rasa tidak puas hati. Jadi ini yang perlu kita perbetulkan" katanya.
Tambah beliau, prestasi merosot UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) lalu pula bukan kerana rakyat tidak berpihak pada parti itu tetapi kerana mereka menolak pemimpin yang tidak dekat di hati rakyat, tidak menunaikan janji serta bongkak.
Bagi mengembalikan kepercayaan rakyat katanya, UMNO tidak boleh ketinggalan dengan metodologi lama sebaliknya perlu menggunakan metodologi terkini supaya dilihat sebagai parti yang dinamik dan berkesan.
"UMNO adalah parti yang terlalu lama, jadi saya nampak pembaharuan adalah sangat perlu.
"Kita perlu cari jalan untuk menjadikan 'barang' yang lama itu lebih baik untuk dipandang dan kembali disukai," katanya.
BARANG LAMA KENA GANTI.JADI GANTI YANG BARU..PARTI BARU.MACAMANA AHLI NAK SERANG KALAU ASYIK BACA UTUSAN SAHAJA. RAKYAT BACA BANYAK MEDIA DAN TAHU BANYAK DARI AHLI UMNO.BILA BERDEBAT KAT KEDAI KOPI ATAU TEPI JALAN..AHLI UMNO TAK DAPAT JAWAB KERANA KESALAHAN YANG DILAKUKAN PIMPINAN.MACAMANA LAGI AHLI NAK JAWAB KALAU PIMPINAN BUAT HAL....YANG DOK SOKONG LA NI DENGAR KHABARNYA YANG GIGIT MEE DAH TAK PUTUS.......
ELOK JUGA DI PERCEPATKAN.SOKONGAN SUDAH KUKUH..PAKATAN PULA RAMAI YANG TENGAH KELUAR CARI MODAL
Kemungkinan PRU Ke-13 dipercepat — Ahmad Atory Hussain
20 JUN — Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 perlu diadakan lebih awal dengan alasan kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak mendapat sokongan rakyat ekoran kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dan Parlimen Hulu Selangor serta kedudukan ekonomi Negara yang semakin memberangsangkan.
Faktor lain ialah perkembangan mutakhir yang menyaksikan ramai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti dan menyertai UMNO serta beberapa anggota DUN dan Ahli Parlimen pembangkang yang juga keluar parti dengan menyatakan sokongan terhadap BN, ditambah pula kemelut berlaku dalam PKR.
Begitu juga isu dan konflik politik yang berlaku di kalangan pemimpin PKR dan PAS Selangor. Maka memang dirasakan BN dan Perdana Menteri perlu mengambil peluang ini untuk memperbaharui mandat baru daripada rakyat.
Pada pandangan pemimpin BN dan UMNO, selagi komposisi Parlimen yang diasak sebilangan ahli Parlimen pembangkang (termasuk sesetengah ahli Parlimen BN juga) yang kurang bersikap ‘parliamentarian’, yang semacam merosakkan nama baik Parlimen dan perbahasan yang pada keseluruhannya tidak menguntungkan atau tidak memberi banyak faedah kepada rakyat, maka pertimbangan mempercepatkan PRU Ke-13 kelihatannya adalah wajar.
Inilah kesempatan terbaik buat Perdana Menteri memilih bakal wakil rakyat terbaik berasaskan ‘pemimpin mendahului rakyat dan pencapaian diutamakan’. Hal ini dilihat tidak perlu mengambil kira akan kekalahan BN di Sibu yang mungkin dianggap sesuatu yang kurang impak berbanding faktor ekonomi yang sudah pulih dan sokongan secara umum rakyat terhadap BN dan Najib yang semakin meluas.
Pada hemat saya, saranan Dr Mahathir perlu dinilai secara serius kerana jika BN mengambil langkah terburu-buru, natijahnya akan memakan diri sendiri seperti berlaku ketika PRU Ke-12 yang sepatutnya tidak perlu diadakan pada 2008 kerana mandatnya boleh dilanjutkan sehingga akhir 2009.
Kecuali PRU Ke-6 pada 1982, semua PRU sejak merdeka diadakan sekitar empat tahun dan yang terpendek tempoh mandatnya ialah tiga tahun lapan bulan (1978-1982). Justeru, tidak janggal sekiranya Najib mahu mengadakan PRU Ke-13 pada bila-bila masa, mungkin awal tahun depan, iaitu tempoh mandat tiga tahun saja daripada tarikh PRU 2008.
Apapun, pada hemat saya, Perdana Menteri atau kerajaan yang ada mempunyai kuasa penuh untuk mengadakan PRU pada bila-bila masa yang pada pendapatnya wajar dan sesuai dengan kehendak kerajaan dan parti yang beliau pimpin.
Persoalan pokok di sini bukanlah lama atau cepatnya tempoh mandat pilihan raya umum itu, tetapi dari segi pertimbangan politik yang memerlukan kewajaran dan rasional bagi mengadakan PRU lebih awal.
Pertimbangan serius perlu dilihat, termasuk apakah kepemimpinan Najib benar-benar mendapat sokongan rakyat? Selain itu, apakah dengan pemulihan ekonomi dapat membantu melonjakkan lagi sokongan rakyat terhadap BN dan UMNO?
Pertimbangan sedemikian penting difikirkan. Soal mengadakan PRU Ke-13 – cepat atau lambat – tidak timbul kerana ia pasti diadakan juga, walaupun sehingga mandatnya mencecah lima tahun pada 2013, popular atau tidak popular BN dan kepemimpinan UMNO, PRU mesti diadakan juga, kecualilah jika kita mahu sistem Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) sekali lagi.
Pandangan sesetengah penganalisis nampaknya lebih melihat kepada kritik atau isu dibawa pembangkang, sedangkan kritikan dalam BN dan UMNO sendiri, pada hemat saya perlu juga diambil kira secara serius sebelum keputusan mengadakan PRU Ke-13 dibuat.
Sejarah menunjukkan kritikan atau isu dalam BN dan UMNO perlu ditangani dengan tuntas atau cekap. Bukan semua kritikan di kalangan ahli BN atau UMNO menentang kepemimpinan. Ini yang gagal difahami sesetengah pemimpin UMNO. Jika kritikan dalaman gagal diselesai, tidak mustahil UMNO sekali lagi berdepan masalah seperti sebelum ini.
Mengenai sokongan akar umbi di luar bandar, pemimpin UMNO khususnya perlu meneruskan usaha merakyatkan parti sehingga terjalin hubungan mesra rakyat. Soalnya adakah rakyat sekarang sudah mula menerima BN dan UMNO? Saya masih ragu-ragu tahap sokongan rakyat, terutama di bandar dan luar bandar.
Dalam beberapa pilihan raya kecil, sokongan orang Melayu terhadap BN dan UMNO tidaklah memberangsangkan, walaupun menunjukkan peningkatan.
Justeru, transformasi UMNO bukan saja harus ditumpukan kepada pimpinan peringkat atasan dan negeri, malah juga pada peringkat bahagian dan cawangan.
Jika semua faktor di atas dapat diambil kira dengan baik, tidak salah Najib mengadakan PRU Ke-13 lebih cepat. Beliau mahukan mandat semua rakyat, itu sudah menjadi lumrah politik demokrasi. Perdana Menteri berasakan bahawa mandat yang diberikan rakyat sejak 2008 lalu perlu diperbaharui.
Beliau perlu mendapat sokongan padu rakyat dan juga perlu mendapat semula kuasa kerajaan memerintah di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan jika tidak pun Kelantan. Agak keterlaluan dikatakan mandat PRU Ke-12 adalah mandat yang diberikan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, manakala Najib hanya meneruskan mandat itu yang sepatutnya berakhir pada 2013.
Perlu diingat, apakah semua isu rasuah perlu diselesaikan terlebih dulu, baru PRU Ke-13 hendak diadakan? Itu tidak mungkin. Yang penting, sudah ada kesungguhan kerajaan membanteras segala macam isu seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan ia sudah cukup sebagai suatu kewajaran mengadakan PRU Ke-13, jika mahu ia dipercepatkan.
Walau apapun faktor dikemukakan sebagai asas mengadakan PRU, pada hemat saya, faktor ekonomi adalah yang terpenting. Ini adalah reality politik demokrasi di Malaysia. Jika ekonomi lemah, lazimnya sokongan rakyat akan berkurangan.
Sebab itu, sekali lagi Dr Mahathir melihat faktor ekonomi sebagai asas cadangan beliau supaya PRU Ke-13 diadakan sekarang. Sebagai ahli akademik, saya juga berasa demikian. Sebabnya, kemerosotan BN/UMNO pada PRU Ke-3 (1969), Ke-10 (1999) dan Ke-12 (2008), jelas memperlihatkan faktor ekonomi yang kurang memberangsangkan ketika itu sebagai faktor nombor satu, selain faktor bukan ekonomi dalam mempertimbangkan sokongan rakyat terhadap kerajaan.
Dengan ekonomi makin berkembang, Keluaran Kasar Negara (GNP) dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang meningkat, dengan petanda gaji kakitangan swasta dan kerajaan akan naik, harga barang stabil, subsidi kekal dan pelbagai lagi petunjuk politik, maka kewajaran mengadakan PRU Ke-13 sekarang mungkin berasas. — Berita Minggu
* Ahmad Atory Hussain ialah pensyarah Pusat Pengajian Sains Sosial, USM.
100 ULAMAK AKAN SERTAI UMNO????ULAMAK APA INI???
"Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini," tulis beliau dalam blognya.
Laporan itu memetik setiausaha kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusof yang menyebut bekas mufti Perlis itu dan ulama yang lain akan menyertai Umno menerusi Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
KITA LIHAT SIAPA ULAMA ATAU ULAR DALAM SEMAK YANG AKAN MENYERTAI UMNO.KALAU 100 ULAMA TERSEBUT MENYERTAI CAWANGAN DATARAN MERDEKA , MAKA KITA MENGHARAPKAN ULAM-ULAMA INI TAMPIL DENGAN ISU JUDI,ISU RASUAH,DAN ISU KEADILAN DALAM ISLAM SEBAGAIMANA TUNTUTAN DALAM QURAN.
KALAU SEKADAR MASUK ULAMA INI UNTUK MENCARI PUBLISITI MURAHAN KITA RASAKAN ULAMAK INI ADA YANG TIDAK KENA DIMANA-MANA.
Parlimen Batu Milik Tian Chua
Satu persoalan telah timbul sama ada pemimpin pembangkang, Tian Chua perlu mengosongkan kerusi Parlimen Batu selepas Mahkamah Tinggi semalam mengurangkan dendanya kepada RM2,000 kerana menggigit seorang anggota polis pada Disember 2007.
Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini berkata, kerusi Parlimen itu perlu diisytiharkan kosong mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan.
Karpal berkata, mengikut Perkara 53 perlembagaan itu, seorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan serta-merta jika dia tidak merayu keputusan mahkamah dalam tempoh 14 hari.
Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, ialah Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Karpal yang juga seorang peguam memberitahu media di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bahawa pada 1975, Ahli Parlimen DAP, Fan Yew Teng terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen Menglembu selepas dia dihukum penjara enam bulan dan didenda RM2,000 selepas disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan.
Bagaimanapun, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Tian Chua bertegas bahawa anak guamnya masih kekal sebagai Ahli Parlimen dan hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf.
Hakim Datuk Ghazali Cha ketika mendengar rayuan Tian Chua, mengetepikan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 yang dijatuhkan Mahkamah Majistret pada Oktober tahun lepas dan menggantikannya dengan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara.
Dalam penghakimannya, hakim itu berkata, Tian Chua mungkin hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika hukuman terdahulu dilaksanakan dan satu pilihan raya kecil perlu diadakan.
Amer Hamzah berkata, dalam kes Leong Yin Ming pada 1993, Mahkamah Agung ketika itu memutuskan bahawa perkataan 'tidak kurang lima tahun' bermaksud lima tahun dan sehari, dan ini boleh diguna pakai dalam kes Tian Chua.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keputusan sama ada kerusi Parlimen Batu kosong atau sebaliknya setelah penyandangnya disabitkan kesalahan dan denda oleh mahkamah, akan hanya diputuskan oleh pejabat Speaker Dewan Rakyat.
Beliau berkata, perkara itu termaktub dalam Perkara 53 Perlembagaan Persekutuan bahawa pejabat Speaker Dewan Rakyat yang mempunyai kuasa bagi menentukan status sesebuah kerusi Parlimen berkenaan.
Perkara 53 (1) menyebut: ''Jika berbangkit apa-apa persoalan sama ada seorang ahli Majlis Parlimen telah hilang kelayakan, soal itu hendaklah diputuskan oleh Majlis Parlimen dan keputusan itu adalah muktamad.''
''SPR hanya menunggu notifikasi atau pemakluman rasmi daripada Pejabat Speaker Dewan Rakyat sama ada kerusi Parlimen Batu kosong atau sebaliknya. Buat masa ini, SPR tidak mengambil apa-apa tindakan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - BERNAMA
JANGAN ULANG PULAU PINANG DARUL SAMPAH:KONTRAKTOR DAN PEKERJA MAJLIS DALANG NYA
| Kontraktor Pembersihan Pantai Ini Jawapannya(foto: PAS BUKIT BENDERA) | | | |
Cukai berganda jika GST dilaksanakan
Penjelasan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Awang Adek Hussin di Dewan Negara 5 Mei lalu bahawa Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) akan diteruskan apabila sesi Dewan Rakyat disambung pada Jun depan amat mendukacitakan kebanyakan rakyat .
Sebelum ini mereka menarik nafas lega apabila pembentangan GST ditangguhkan pada sesi Mac untuk mendapat lebih banyak maklumat dan pandangan awam. Namun apabila disambung semula dalam tempoh dua bulan kemudian, banyak pihak bertanya maklumat apakah yang telah kerajaan perolehi dalam tempoh sebegitu singkat sehingga mereka tidak bertangguh lagi membentangkan rang undang-undang GST.
Bagi Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad kerajaan BN hanya melakukan muslihat apabila menangguhkan akta GST pada Mac lalu agar tidak mencemarkan pembukaan parlimen walaupun hakikatnya kerajaan amat memerlukan akta itu
“GST tidak ditunda sebenarnya. Rakyat pula tidak diambil pandangan. Pada saya semua ini satu taktik supaya pembukaan parlimen tidak dicemar dengan isu GST. Namun GST tetap akan menjadi rang undang-undang apabila kerajaan membentangkannya pada sesi Jun.
“Kerajaan tertekan kerana tidak memiliki aliran tunai yang banyak. Sebab itu kita lihat mereka menerbitkan bon luar negara. Jika GST dilaksanakan, kerajaan akan menikmati limpahan aliran tunai terutama dari sektor industri dan perniagaan yang membayar cukai,” katanya.
GST tidak rendahkan cukai
Dr Dzulkifly menolak andaian Awang Adek bahawa dengan GST cukai yang dikenakan kepada peniaga dan individu akan berkurangan daripada kadar sekarang. Kata Awang cukai akan dikurangkan selepas GST dilaksanakan sebanyak 2.17 peratus berbanding 2.38 peratus sekarang. Dr Zulkifly menempelak perbandingan sedemikian.
“Hujah pada angka memang kelihatannya benar sebab hanya 4 peratus (kadar GST). Namun keadaan sebenarnya jauh berbeza. Sistem cukai SST yang diamalkan sekarang amat berbeza dengan GST.
“Dalam falsafah SST (cukai jualan dan perkhidmatan) semua barang tidak dikenakan cukai melainkan dikatakan kena. Misalnya menginap di hotel, makan di restoran dan sebagainya dikenakan cukai. Dalam regim GST pula semua barangan dikenakan cukai kecuali dikatakan tidak kena. Hanya barangan yang ditarafkan sebagai sifar (0) peratus cukai seperti makanan dan perkhidmatan asasi yang tidak dikenakan cukai. Selain itu semuanya akan dicukai. Pada akhirnya rakyat akan dibebankan lebih daripada yang mereka perlu bayar dalam regim percukaian dahulu. Inilah perkara yang tersembunyi dalam GST yang tidak diterangkan kerajaan kepada rakyat,” jelas Dr Zulkifly.
Menurut beliau lagi, perkara yang lebih menonjol dalam isu GST bukan sahaja rakyat berpendapatan rendah yang menentang cukai ini namun Persatuan Pengilang-Pengilang Malaysia (SMM) juga menentangnya. Dalam sistem GST pengilang akan diberi ribet pengembalian cukai dalam tempoh 14 hari jika barangan yang dibuat itu dieksport namun pengilang tetap tidak menerima tawaran itu.
“Sepatutnya kelompok ini, pengilang, pembekal, pengeksport dan sebagainya menyokong kuat GST kerana dapat refund namun mengapa mereka membantah? Jawapannya GST akan menggugat aliran tunai mereka. Pada pendapat saya mereka tidak percaya dengan sistem refund kerajaan. Mereka tahu sangat tabiat kastam dan jabatan yang berkaitan dengan percukaian .
“Pada pandangan mereka kecairan tunai yang banyak pada pengilang, pengeskport dan sebagainya akan berpindah kepada kerajaan. Kerajaanlah yang akhirnya kaya tunai bukan usahawan atau pemodal.
“Selain itu, GST juga akan mencetuskan inflasi pada awal perlaksanannya. Sistem percukaian GST sangat rumit. Di Australia kos menukar sistem percukaian lama kepada GST menelan kos $ 4.8 bilion dollar. Di mana $2 bilion ditanggung oleh kerajaan dan $ 2.8 bilion ditanggung peniaga.
“GST memerlukan latihan semula kepada kakitangan syarikat. Ia bukan sahaja pertukaran sofeware komputer tetapi juga cara pengiraan cukai dan pemulangan cukai yang amat rumit. Akhirnya kos ini tentunya akan dipulangkan kepada pengguna dengan penambahan harga barangan,” ujarnya lagi.
gaji pekerja rendah
Kebaikan yang dikatakan kerajaan kecil berbanding kesan besar pada jangka panjang. Tambahan pula rakyat Malaysia masih ramai yang berpendapatan rendah dan hanya segelintir sahaja yang layak membayar cukai. GST hanya sesuai dilaksanakan sekiranya rakyat berpendapatan tinggi.
“Di negara ini daripada 12 juta yang berkerja hanya 15 peratus yang layak dicukai. Apabila dilaksanakan, GST mengenakan cukai atas perbelanjaan. Lebih banyak rakyat berbelanja lebih besar amaun cukai dikutip.
“Sedangkan 40 peratus dari rakyat Malaysia gajinya kurang RM1,500 dan 80 peratus yang berkerja hanya berkelulusan SPM. Najib berjanji akan menjadikan rakyat Malaysia golongan berpendapatan tinggi. Dari AS$ 7,500 sekarang kepada AS$ 14,000. Bagi saya unjuran itu tidak realistik.
“Bayangkan selama BN memerintah tidak berlaku peningkatan upah yang sepatutnya. Pada 1980an gaji permulaan pemegang ijazah adalah RM1,400 kini gaji permulaan mereka RM1,500 atau lebih sedikit. World Bank mengakui gaji di Malaysia hampir tidak ada peningkatan, hanya meningkat 2 peratus, sedangkan inflasi telah naik berkali ganda. Sedangkan gaji permulaan bagi graduan di Singapura S$2,500. Bagaimanakah sistem cukai baru hendak diperkenalkan dalam keadaan seperti ini,” bidas Dr Zulkify.
Tegas beliau, sistem SST masih relevan cuma kerajaan perlukan ketelusan dalam perlaksanaannya.
“Dengan gaji yang masih rendah sebaiknya sistem lama diteruskan. Untuk mendapat lebih dana menjana pembangunan tutup sahaja ketirisan. Mudah.Ketua Audit Negara dalam laporannya berkata RM28 bilion boleh dijimatkan jika tidak berlaku ketirisan dalam kerajaan.
“Amalkan tender terbuka dan galakkan persaingan. Hapuskan sistem penganugerahan kepada kroni. Kalau projek kerajaan seperti Istana Negara, landasan berkembar, mahkamah dan sebagainya digandakan kosnya maka kita tetap akan kekurangan wang biar pun GST dilaksanakan,” akhiri Dr Dzulkifly.
Dibekalkan laporan perubatan, permohonan Anwar ditolak
KUALA LUMPUR 18 Jun - Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya dibekalkan dengan laporan perubatan dan sampel serta dokumen berkaitan sebelum memeriksa balas pakar am Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan, dua hari selepas dia didakwa diliwat.
Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian selepas mendapati tiada peruntukan atau asas perundangan untuk membenarkan permohonan tersebut.
PENDEDAHAN EKSLUSIF HARTA KELUARGA TAIB MAHMUD-TERJEMAHAN WRLR
Tuesday, June 15th, 2010 GMT
Hotel /harta bernilai lebih dari seratus juta dolar di Kanada
Multi-million dollar complex
Menara berkembar kaca dan kompleks membeli-belah di Preston Square dalam bentuk pusat bandarOttawa hanya sebahagian daripada portfolio hotel besar asing di Kanada yang dikendalikan oleh keluarga Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud, mengikut siasatan,eksklusif kami .nilai bangunan ini sendiri patut sekurang-kurangnya berniai seratus juta dolar dan menghasilkan pendapatan sewa yang sihat dari beberapa syarikat atas Kanada, termasuk Xerox, Adobe dan Sun Life, yang menyewa ruang pejabat dan outlet runcit. Banyak Jabatan Kerajaan Kanada juga disenaraikan di bangunan ini .
Preston Square yang terletak di pusat kerajaan merupakan sebuah hotel besar di Kanada yang dijalankan oleh pemaju Sakto, yang ditubuhkan pada awal tahun 1980 oleh anak Taib Mahmud Abu Bekir Taib bersama rakan sepengajiannya , putrinya Jamilah dan saudaranya Onn Mahmud. Hal ini terus dikendalikan sebagai usaha keluarga 'sekarang ini di kendalikan oleh menantunya berbangsa Kanada, Sean Murray.
Skyscraper Komersial - Ottawa's 'Xerox Tower' Kompleks. Sun Life dan Adobe adalah diantara beberapa syarikat untuk menyewa ruang dalam hotel prestij di Ottawa.
Pembayar cukai di Sarawak berhak untuk menanyakan bagaimana mudahnya Ketua Menteri' yang bergaji 20.000 Ringgit Malaysia sebulan telah berjaya membantu menghasilkan hotel jutaan ringgit begitu banyak. Hal ini juga diketahui bahawa keluarga Taib memiliki aset yang cukup lebih banyak di Malaysia dan di tempat lain.
Sedozens lebih bangunan di Kanada
Bersebelahan dengan kompleks Square Preston komersil, Laporan Sarawak telah mengenalpasti lebih banyak binaan mewah , bangunan perumahan bertingkat, juga dibina oleh Taib dan membiarkan untuk disewa sejak tahun 2006. Keluarga beliau telah menamakan bangunan Adelaide, sebuah bandar di Australia dengan Taib Mahmud dan mendiang isterinya Laila.
Luxury Living - The Adelaide (left)
Publisiti Sakto berbangga bahawa "penyewaan bandar gaya yang mewah dan dilengkapi semua kemudahan" dengan "semua unsur bakat kontemporari" dan meyakinkan pelanggan bahawa "semua unit berkongsi kemudahan parkir yng berlimpah dan keindahan Preston Square dengan semua tatacara".
PENTADBIRAN YANG ANGKUH
Kami membawa ayat-ayat ini setelah pengakuan Ketua Menteri yang tua itu dipekan beberapa hari lalu bahawa Bumi Kenyalang tetap "miskin dan dalam kesulitan". Dengan cara ini, ia menjelaskan, mereka dapat diandaikan untuk tetap "rendah hati" dan teruskan untuk memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya seterusnya.
Banyak rakyat di Sarawak mempersoalkan mengapa Ketua Menteri telah melakukan begitu sedikit sahaja untuk memperbaiki kehidupan orang selama tiga puluh tahun dalam kekuasaannya dan di mana keuntungan dari dekad lalu dan ekstraksi minyak yang telah dikeluarkan. Sarawak adalah negara Malaysia terkaya dalam hal sumber daya alam, namun tetap rumah tidak mencukupi bagi sebahagian orang termiskin.
Sakto De
Pembangunan Corporation ditubuhkan pada bulan Ogos 1983, menurut catatan rasmi Ontario, dua tahun selepas merebut kekuasaan Taib Mahmud. Pengarah adalah saudara Taib itu, Onn Mahmud, putra Mahmud Abu Taib's Bekir (umur hanya 20) dan puteri Taib's Jamilah, keduanya masih mahasiswa.
Tiga bulan kemudian Onn juga mendirikan Richfold Investment Limited di Hong Kong. Dia melakukannya pada hari yang sama , Bupati Star Company Limited, ditubuhkan dengan pengarah bersama, Kin Kwok Shea, di alamat pejabat yang sama. Saat itu Bupati Bintang Syarikat yang dikenalpasti oleh Direktorat Jenderal Pajak Jepun pada tahun 2007 sebagai telah menerima 32.000.000 Ringgit Malaysia di rasuah daripada pengeksport kayu Jepun selama tujuh tahun sebelumnya terlibat dalam siasatan mereka. Kartel penghantaran Jepun diketahui telah membuat bayaran tersebut sejak awal 1980-an, sebanyak jumlah keseluruhan ratusan juta ringgit.
Mengesankan Pelaburan
publisiti Sakto menjelaskan bahawa mereka melakukan pelaburan yang besar pada tahun pertama (1983), "mendapatkan lebih dari 400 unit rumah tinggal" sesuai dengan halaman website sebelumnya.
Salah satu sifat perumahan Taib
nota Kewangan juga menunjukkan bahawa syarikat pelaburan lebih daripada $ 7.000.000 Dolar Kanada selama dua belas bulan pertama kegiatannya, $ 4.500.000 yang dibangkitkan dari pemegang saham. Dalam Kanada pemegang saham yang dibenarkan untuk tetap tanpa nama. Pada akhir dekad pertama (tahun 1993) Sakto Laporan Kewangan menunjukkan syarikat mempunyai aktiva dari Dolar Kanada hanya di bawah $ 40 juta. Mereka Akuisisi ini disokong oleh lebih daripada $ 25 juta pinjaman tidak bunga pemegang saham, yang "jangka waktu pembayaran yang belum ditubuhkan". Selain itu, Sakto telah menerima $ lebih 3 juta bukan-pinjaman tanpa bunga, $ 1.5 juta yang "hutang syarikat yang berkaitan dengan pemegang saham". Di antara perkembangan Sakto pekerjanya dalam pembangunan adalah apa yang digambarkan sebagai syarikat A "Class Office Tower", diselesaikan pada jadual dan anggaran pada bulan November 1989.
Dikenali sebagai 333 Preston Street, rumah, gedung ,pusat perusahaan saat ini. Di semua kecuali satu daripada tahun-tahun syarikat itu menyatakan rugi dan tidak membayar cukai.
IAquired pada tahun 2000 - Pejabat Kerajaan
Selama tahun 1990, syarikat mendakwa i "banyak membentuk [portfolio hotel] melalui pengambilalihan dan penjualan aktiva pelbagai" dan sejak tahun 2000 telah terlibat dalam beberapa urus niaga terbesar Ottawa's hotel. Ini termasuk membuat berita pembelian lebih dari seperempat juta kaki persegi ruangan komersial di daerah perniagaan berkembang berteknologi tinggi dari Kanata dan bangunan lain selama lebih dari $ 31.000.000 Dolar Kanada. Sebahagian besar
tanah ini kemudian dijual kepada sebuah 'calon' syarikat, namun terus Sakto sewa dan mengatur bangunan, ternyata di atas nama pembeli baru.Aquired in 2000 -
- Getting Bigger - Perluasan Plaza Komersial
Syarikat baru saja menyelesaikan pembangunan tahap kedua yang kompleks Street Preston Perdagangan Plaza, yang merangkumi 16 blok cerita kedua-dua menara dan pusat komersial yang besar. Halaman Sakto berbangga bahawa pusat mewakili "sangat definisi ruangan usaha Class A".Getting Bigger – Commercial Plaza Expansion
Sean Murray, the current Director of Sakto, is a Canadian of Irish Catholic extraction. Records show he became involved in Sakto’s affairs in 1987, having reportedly met Jamilah Taib at University. After marrying Jamilah, a process that involved his conversion to Islam, Sean Murray took over as a Director of a number of the Taib property interests, however there is no indication that he has become an actual shareholder. Mahmud Abu Bekir Taib ceased to be listed as a Director of Sakto some years ago, however Onn Mahmud, Taib’s brother only resigned as a Director in 2004.
Society Family
A number of Sean Murray’s family members are now employed at Sakto, which they describe as a family business. Some of Canada’s biggest commercial names rent space at their commercial and office properties, as well as numerous Canadian Government Ministries. Now prominent members
Syarikat baru saja menyelesaikan pembangunan tahap kedua yang kompleks Street Preston Perdagangan Plaza, yang merangkumi 16 blok cerita kedua-dua menara dan pusat komersial yang besar. Halaman Sakto berbangga bahawa pusat mewakili "sangat definisi ruangan usaha Class A".dari elit sosial Ottawa, Sean Murray dan Jamilah Taib sering difoto di kesempatan masyarakat dan disenaraikan sebagai penderma ke kota Galeri Nasional Kanada. Fungsi di rumah mewah Rockcliffe mereka telah memasukkan pengumpulan dana untuk sekolah Kanada atas, Ashbury College dan bagi badan amal beberapa Ireland, termasuk Katolik St Patrick's Home dan Dana Ireland Kanada.
Pasangan ini menarik perhatian ketika mereka baru-baru ini pindah ke rumah baru mereka, tercatat sebagai rumah peribadi kedua paling mahal di Ottawa dengan kos mereka lebih dari $ 9.600.000 Dolar Kanada. Para tetamu telah diketahui jenaka bahawa begitu besar sehingga sayap yang berbeza harus mempunyai kod pos yang berbeza.
Sean dan Jamilah - Pasangan Ottawa's Golden
Sambungan Politik
Pasangan itu, secara berasingan dan melalui Sakto, juga telah penderma biasa ke Ontario Parti Liberal. Ini sudah termasuk sumbangan sebanyak $ 6,000 untuk belanjawan kempen Premiere McGuinty Dalton pada tahun 2003. Pada tahun 2007 telah diumumkan bahawa sebelas Ontario Ministries adalah relokasi ke gedung Sakto's Square Preston. "Membawa bersama 11 kementerian di Preston Square, di jantung masyarakat kita, akan membuat kerajaan kita lebih mudah diakses masyarakat Ottawa dan lebih hemat
biaya," jelas Yasir Naqvi, MPP untuk Ottawa Pusat. Pejabat-pejabat secara rasmi dibuka oleh Dalton McGuinty sendiri pada bulan April 2008.Sean and Jamilah - Ottawa's Golden
- Pink Palace – Jamilah’s ‘tacky’ Ottawa Mansion
From trees to tower blocks
Sarawak Report’s exclusive revelations are likely to draw fierce criticism from Canadian environmentalists and human rights campaigners, who have highlighted the devastation caused by unsustainable logging in Sarawak. Over US$25 billion worth of timber has been exported from the state as a result of the rampant, unsustainable logging promoted by Taib Mahmud and the former Chief Minister, who was his uncle. Less than 3% of the original rainforest remains and many of its indigenous peoples are now destitute as a direct result.
TARIKH PILIHANRAYA HAK MUTLAK PM
Inilah dia Malaysia.Tarikh pilihanraya jadi hak mutlak PM..negara Jakun kata Mat Sabu.Negara Thai dan Indon nak pilihanraya rakyat dah setahun tahu tarikh..Malaysia jadi hak mak bapak Bn.
DAP NAK SAMAN DUA EKOR KATAKNYA

2 katak DAP yang lompat akan di saman oleh parti mereka kerana melanggar perjanjian semasa pilihanraya yang lalu dimana dalam perjanjian tersebut mana-mana calon yang ingin keluar dari parti haruslah melepaskan jawatan mereka dan jika mereka menjadi wakil rakyat mereka haruslah meepaskan jawatan dan diadakan pilihanraya..
undang-undang ini haruslah di lakukan oleh semua parti.....
LAGI KELUAR PARTI,LOMPAT
| ||||||
|
|
MAHATHIR PERLI NAJIB
KUALA TERENGGANU, 14 Jun — Tahap kepuasan hati rakyat terhadap prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang meningkat kepada 72 peratus mungkin boleh menjadi petunjuk bagi kerajaan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 dalam masa terdekat.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar, kanan) bagaimanapun berkata terpulang kepada kerajaan sama ada ingin mengadakan pilihan raya Umum dalam masa terdekat dengan mengambil kira kaji selidik yang dibuat Merdeka Centre.
“Alhamdullilah kalau dia (Najib) terima 72 peratus. Tapi ranking agensi itu kita nak kena tahu juga siapa mereka.
“Yang saya tahu semasa saya menang sehingga dua pertiga kerusi, kedudukan ranking saya 60 peratus saja. Tetapi kalau 72 peratus, kita harap boleh menang lebih daripada dua pertiga lah. Boleh buat sekaranglah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau mengulas hasil kaji selidik agensi itu yang mendapati tahap kepuasan hati rakyat terhadap prestasi Perdana Menteri meningkat 72 peratus bulan lepas berbanding 69 peratus pada April lalu.
Bancian yang dijalankan dari 6 hingga 16 Mei itu menyaksikan tahap kepuasan hati paling tinggi dicatatkan oleh kaum India iaitu 80 peratus berbanding Melayu (77 peratus) dan 58 peratus oleh kaum Cina.
Peningkatan tahap kepuasan hati itu adalah yang tertinggi sejak Merdeka Centre menjalankan kaji selidik untuk meninjau populariti Najib sejak Mac tahun lalu, iaitu hanya 44 peratus ketika beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada masa itu.
Menurut Merdeka Centre, sejumlah 1,028 rakyat MalaysiaPR PERLU SEDAR KEADAAN AHLI BAWAHAN
Rampas Penang : Mimpi Dato Azhar mungkin menjadi nyata..
0 comments Posted by Anak Sungai Derhaka at 11:08:00 AM
Dalam satu temubual dengan freemalaysiatoday Ketua Pembangkang Pulau Pinang Dato Azhar Ibrahim telah menyuarakan keyakinannya bahawa UMNO/BN akan kembali menguasai Pulau Pinang selepas PRU13 yang akan datang.
Keyakinannya berdasarkan beberapa faktor antaranya ialah UMNO yang kononnya kini semakin kuat di Pulau Pinang, Sokongan masyarakat India yang telah kembali kepada BN dan juga ramai pengundi yang dulunya mengundi PR kini telah sedar akan permainan politik PR.
Keyakinannya itu telah ditempelak hebat oleh penyokong –penyokong Pakatan Rakyat hinggakan ada yang menyarankannya agar terus bermimpi..
Sebenarnya… Mimpi Azhar itu ada asasnya dan mungkin jadi kenyataan..
Pakatan Rakyat Pulau Pinang pada dasarnya mungkin dilihat kuat dan amat sukar untuk digugat oleh UMNO/BN oleh penyokong – penyokong yang tidak pernah terlibat dengan aktiviti Parti baik PKR mahupun PAS malah DAP.
Urusan Pentadbiran oleh Ketua Menteri Lim Guang Eng memang tidak dapat dinafikan jauh lebih baik dari pentadbiran oleh UMNO/BN dulu.
Tetapi bagi yang aktif dalam menggerakkan parti diperingkat Ranting /Cawangan ataupun Cabang /Bahagian hanya sikap HIPOKRIT yang akan menafikan segala kebenaran.
Dalam mentadbirkan secara jauh lebih baik dari UMNO/BN pemimpin-pemimpin PR juga dikatakan mula jauh dari pengundi dan penyokong mereka sendiri.
Ini sebenarnya telah disuarakan sendiri oleh pengundi-pengundi, malangnya suara ini telah ditapis dari sampai ketelinga pemimpin-pemimpin PR. Ditapis oleh mereka-mereka yang mempunyai kepentingan peribadi yang berada disekeliling pemimpin-pemimpin PR yang mahu menjaga hati pemimpin-pemimpin PR.
Pernahkah anda sekelian mendengar apa rungutan dari akar umbi yang menyokong PR semasa PRU12 dahulu?
Pernahkah anda sekelian duduk mendengar luahan perasaan kecewa mereka yang menyokong PR semasa PRU12 yang lalu?
Jika tidak .. bacalah, ini hanyalah sebahagian dari luahan kekecewaan mereka..
Suatu ketika dahulu, ketika perayaan Deepavali menjelang tiba.. secara tidak dirancangkan telah berlaku pertemuan antara aku dan beberapa orang kenalan yang berpengaruh terhadap masyarakat India di Kawasan mereka.
Dalam pertemuan itu mereka telah mengatakan mereka merasakan diri mereka langsung tidak dihargai oleh PR walaupun sebelum PRU12 mereka telah bertungkus lumus membantu kempen pilihanraya PR.
Bila ditanya apa sebabnya mereka berkata begitu? Jawabnya selepas wakil parti yang disokong mereka telah menang, mereka tidak pernah dijenguk sekalipun oleh wakil yang menang itu.
Mereka sedar mereka adalah golongan minority, tetapi tidak tahukah wakil mereka yang telah menang itu menunjukkan sedikit penghargaan? Tunjukkanlah penghargaan biarpun dengan sekeping poskad kata mereka.
Ini tidak, jangankan poskad, Banner yang mengucapkan ‘Happy Deepavali‘ buat merekapun tidak kelihatan kata mereka lagi..
Rungut mereka lagi banyak majlis yang dianjurkan mereka yang sepatutnya dihadiri dan dirasmikan oleh Wakil Rakyat berakhir dengan Wakil Rakyat tak kunjung tiba biarpun telah berjanji..
Ayat ini tidak mungkin akan aku lupakan.. kata seorang dari mereka “INGAT! KAMI MASYARAKAT INDIA TIDAK MEMERLUKAN BIAR SATU SEN PUN SEDEKAH DARI PEMIMPIN PR.. TETAPI KERANA SEDEKAH (UNDI) KAMI PEMIMPIN PR BERADA DIKERUSI YANG EMPUK DAN BILIK BERHAWA DINGIN ITU”
Itu sebahagian ketidak puashatian pengundi dari Kaum Minoriti.
Dan ketika perayaan Deepavali tiba telah kelihatan kelibat seorang pemimpin UMNO mengunjungi hampir kesemua rumah mereka yang menyambut Deepavali diperkampungan mereka itu. Dengan meninggalkan kenderaan mewahnya ditepi jalan dia berjalan kaki dari rumah ke rumah mereka-mereka yang menyambut Deepavali hari itu..
Dimana Wakil mereka ketika itu? Wakil dari Pakatan Rakyat yang disokong mereka , Adakah sibuk dengan urusan pentadbiran menjadi alasan?
Sibuk?? Sibuk atau tidak itu pilihan mereka yang menjadi Wakil Rakyat, tiada paksaan, jangan lupa dengan tiadanya sokongan dari golongan yang dikatakan minoriti ini mereka tidak akan sibuk..
Manakala ini pula rungutan dari ketua-ketua Ranting/Cawangan yang kebanyakkan dari mereka kini menjadi Pengerusi JKKK.
Ramai dari Pengerusi JKKK ini telah merungut tentang kelewatan tindakan yang diambil oleh MPSP ataupun MPPPdalam menangani aduan mereka. Ada antara mereka yang mendakwa semasa Barisan Nasional memerintah dulu tindakan yang diambil untuk menyelesaikan aduan yang dibuat jauh lebih cepat dari masa yang diambil apabila Pakatan Rakyat menguasai Pulau Pinang.
Antara yang sering menjadi aduan mereka ialah kutipan sampah yang tidak tentu masa kutipannya hingga menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.
Akibat dari sampah yang dikutip tidak mengikut jadual itu ada antara mereka Pengerusi JKKK itu telah ditanya dan ada juga antara mereka yang bertanya dengan nada kecewa “ KENAPA SEMASA BARISAN NASIONAL MEMERINTAH DULU TIDAK TIMBUL ISU BEGINI TETAPI APABILA PAKATAN RAKYAT BERKUASA MASAALAH SAMPAH INI PUN TAK DAPAT NAK DISELESAIKAN?”
Hmm.. apa jawapan anda?
Yang menarik tentang Isu Sampah ini.. bila aduan dikemukakan kepada Wakil Rakyat mereka dari Pakatan Rakyat jawapannya ialah “Kami AKAN mengambil tindakan yang sewajarnya”..
Tetapi apabila aduan disampaikan kepada Wakil UMNO/BN yang kalah dalam PRU12 yang lalu dia tidak memberikan jawapan AKAN mengambil tindakan tetapi TERUS mengambil tindakan menghubungi pihak yang sepatutnya dan masaalah diselesaikan dalam masa 24 Jam.
Selain itu ramai juga Pengerusi JKKK yang merungut mengatakan ketika PRU12 yang lalu mereka telah menubuhkan Ranting/Cawangan hingga kehari ini mereka boleh melantik AJK mereka secara rasmi kecuali mengekalkan AJK Semasa Kempen Pilihanraya yang lalu..
Kenapa? Kerana Wakil Rakyat mereka tidak pernah mengambil tahu status Ranting/Cawangan yang mereka tubuhkan itu, masih ada atau telah berkubur tiada dipedulikan oleh Wakil Rakyat mereka.
Mereka juga masih tidak dibekalkan dengan Perlembagaan Parti walaupun telah lebih dari dua tahun memohonnya, maka lahirlah suara begini “PARTI KOMUNIS PUN ADA PERLEMBAGAAN TAHU TAK?”
Dan apabila tiada AJK yang boleh dilantik secara rasmi, maka bertanya lah penyokong atau pengundi PR dikawasan itu “ Ranting/Cawangan kita dah berkuburkah?”
Cukuplah sedikit rungutan itu untuk dikongsi bersama..
Sebenarnya keyakinan Ketua Pembangkan dari UMNO itu berasas kerana beliau menyedari semua diatas telah dan sedang berlaku dibeberapa kawasan yang UMNO/BN telah kalah semasa PRU12 yang lalu..
Jika tiada perhatian diberikan oleh Pemimpin – pemimpin PR, UMNO /BN pasti akan menguasai Pulau Pinang selepas PRU13 nanti…..