Woooo..... tarak malu ka Muhyiddin...mana mau tarok muka.lu punya sewa rumah pun olang ada bayar maaaa
Kesilapan penjumlahan undi DAP tidak libatkan wang rakyat yang berbillion
Saya mengambil sedikit masa untuk
memberikan komen tentang isu yang dipanaskan oleh pihak UMNO dan pemimpinnya,
iaitu isu kesilapan DAP membuat perkiraan tentang penjumlahan undi dalam
konvensyen DAP 15 Disember lepas. Saya mengambil masa untuk memberikan komen
sebab saya terlalu asyik membaca komen dari pimpinan UMNO yang menggunakan isu
itu untuk melarikan pandangan ramai dari isu-isu besar yang mereka (UMNO)
hadapi sekarang.
Dengan mengalihkan pandangan
terhadap apa yang berlaku di dalam parti itu UMNO berpendapat ia akan
mengurangkan sedikit tekanan terhadap mereka kerana isu mereka sendiri terlalu
besar dan tidak terjawab oleh mereka (UMNO). DAP telah mengambil ‘accountability’ dan
mengakui kesilapan yang berlaku dan memperbetulkan keadaan secara terbuka dan 'transparent' tanpa rasa takut.
Bagi saya tidak ada apa yang
perlu disebut tentang kesilapan penjumlahan itu kerana ia telah diperbetulkan
dan kita berhenti menyebut di situ. Tetapi yang terpenting sekarang ialah bagi
UMNO menyelesaikan masalah mereka sendiri. Masalah mereka masalah dengan orang
ramai. UMNO telah melakukan kesalahan kepada rakyat dengan terlalu banyak isu
yang berbangkit. Ia melibatkan masa depan rakyat yang ramai. Ia melibatkan
rompakan besar-besaran segala harta rakyat melalui Kementerian-Kementerian
serta Jabatan-Jabatan yang bersangkutan dengan rakyat.
Apa yang berlaku di dalam DAP
bukannya melibatkan wang ringgit rakyat. Ia bukannya melibatkan jumlah wang
rakyat yang beratus billion yang diselewengkan oleh DAP seperti yang dilakukan
oleh mereka dalam BN, dan UMNO khususnya. UMNO mesti berikan jawapan bagaimana
wang sejumlah RM250 juta yang diberikan untuk NFC. Selesaikan dan beritahu
rakyat bagaimana kerajaan boleh ambil kembali wang sebesar itu yang telah disalahgunakan
oleh syarikat yang berkepentingan kepada keluarga Shahrizat Jalil.
UMNO wajar memberitahu bagaimana
sejumlah wang yang begitu besar telah diambil sebagai komisyen dalam pembelian
Scorpene dari Perancis itu. Selesaikan bagaimana isu RM40 juta yang berkaitan dengan
Musa Aman dari Sabah. Bagaimana dengan isu
yang membabitkan Deepak dan Raja Ropiah yang melibatkan ratusan juta ringgit
dan bagaimana Kementerrian Pertahanan terlibat dengan skandal yang se begitu
besar.
Beritahu rakyat kenapa semua
pemimpin UMNO terutamanya dalam Kabinet selalu terlibat dengan penyelewengan
harta rakyat. Setiap isu yang timbul mesti melibat penggunaan wang rakyat yang
ratusan juta ringgit jumlahnya. Kenapa di dalam UMNO mereka bergaduh sesama
sendiri dan semuanya pergaduhan itu melibatkan rompakan terhadap harta rakyat?
Kenapa mereka tidak bergaduh
kerana mencari jalan untuk membina rakyat sebaliknya mereka bergaduh kerana
wang ringgit dan harta rakyat.
UMNO tidak payah menyibuk dengan
kesilapan penjumlahan undi dalam konvensyen DAP itu. Kesilapan itu tidak
melibatkan wang rakyat walaupun satu sen. Kalau mereka dalam DAP berselisih
faham di antara satu dengan lain pun ia tidak melibatkan rompakan wang rakyat.
Kepada pemimpin UMNO terutamanya
mereka yang besar-besar pangkatnya itu, jangan sibuk dengan apa yang berlaku di
dalam UMNO itu sendiri. Kita bukan tidak nampak apa yang sedang berlaku dalam
UMNO itu.
Mereka (UMNO) itu akan mula
berpecah dengan lebih besar sejurus nama calon di umumkan nanti. Selesaikan
masalah anda sendiri kerana masalah anda dalam UMNO itu melibatkan harta benda
rakyat. Jika boleh carilah jalan untuk mengembalikan wang rakyat kepada
Perbendaharaan Negara,
Cari jalan bagaimana hendak
memulangkannya kembali kepada rakyat. Apa yang berlaku di dalam DAP, usah di
sibukkan. Masalah anda di dalam UMNO itu terlalu serius dan jika anda semua masih
memberikan masa untuk menyibuk tentang DAP, ia menunjukkan yang UMNO tidak
serius untuk memperbaiki diri sendiri.
Jika itu sikap mereka tunggu
sahaja lah pilihanraya nanti. Saya ingin juga melihat bagaimana setengah
pimpinan UMNO begitu berkeyakinan yang UMNO serta BN akan mendapat 2/3 sokongan
dalam PRU ini.
Saya pun hendak juga tahu
bagaimana mereka mengira. Dr Mahathir dulu telah membuat dasar pelajaran yang
berbeza dan salah satu dari yang diperkenalkan ialah 3M…..membaca, menulis dan
mengira.
Itulah sebabnya saya pun sudah
tahu sedikit-sebanyak mengira, dan membaca dan boleh menulis sedikit sebanyak.
Hasilnya dalam perkiraan saya UMNO akan kalah lebih banyak kerusi dan MCA akan
kalah hampir kesemua kerusi yang mereka sandang sekarang.
Selain dari itu jika dulu Sabah hanya mempunyai satu kerusi pembangkang, kali ini
angka itu akan bertambah lagi dalam pilihanraya kali ini. Begitu juga di Sarawak. Dari dua kerusi pembangkang sekarang kekalahan
beberapa kerusi dalam pilihanraya kali ini akan membuatkan kedua-dua negeri
Melaysia Timur itu tidak lagi menjadi ‘fixed Deposit’ bagi BN. Kepada siapa
yang masih keliru tentang 3M anjuran Mahathir dahulu, elok ulang kaji kembali terutama
sekalai dalam cara mengira dengan betul.
Tetapi itu tidak perlu di
bahaskan. Hanya sebagai penutupnya anda di dalam UMNO itu gunakan sepenuh masa
untuk memperbaiki diri anda sendiri. Jika boleh mulakan perubahan anda semua
dengan bersama-sama berhimpun bersama Pakatan Rakyat pada 12hb yang akan datang
ini.