KES BERMULA 230 PETANG ESOK.

Perbicaraan kes Anwar disambung selepas penangguhan
02/02/2010 3:12pm
KUALA LUMPUR 2 Feb. – Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan petang ini selepas ditangguhkan pagi tadi atas alasan beliau ingin berjumpa Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi terlebih dahulu.



Anwar dan peguam-peguam bela beliau bagaimanapun gagal bertemu Ketua Hakim Negara untuk mendapatkan tarikh semakan rayuan bagi mendapatkan dokumen penting untuk pihak pembelaan terhadap kes liwat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang bermula pagi tadi.
Mereka sebaliknya diarahkan bertemu dengan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff pagi esok untuk semakan rayuan tersebut.


Sementara itu, jumlah wakil media di dalam dewan mahkamah dihadkan ekoran terlalu ramai yang ingin mengikuti perbicaraan berprofil tinggi ini.


Penyokong-penyokong Anwar yang memenuhi ruang lobi mahkamah pula dilihat membawa kain rentang sebagai tanda sokongan. Mahkamah kemudiannya meneruskan perbicaraan dan akan bersambung esok.




No comments: