4.2 juta warga emas: Malaysia perlu bersedia hadapi status negara tua

 


Malaysia perlu memperkukuh sistem sokongan dan penjagaan warga emas lebih awal susulan jumlah penduduk berusia 60 tahun ke atas yang kini mencecah 4.2 juta orang atau 12.3 peratus daripada populasi negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata jumlah itu dijangka terus meningkat sehingga Malaysia mencapai status Negara Tua pada 2036, apabila warga emas membentuk sekurang-kurangnya 15 peratus daripada keseluruhan penduduk.

Menurutnya, berdasarkan unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah penduduk negara pada 2026 dianggarkan 34.4 juta orang, dengan 4.2 juta daripadanya terdiri daripada warga emas.

Katanya, perubahan demografi berkenaan memerlukan persediaan menyeluruh, khususnya dari segi peluang pekerjaan, jaminan pendapatan serta sistem kesihatan awam yang mampu memenuhi keperluan golongan tersebut.

“Kita tidak melihat warga emas sebagai beban, sebaliknya sebagai aset berharga negara. Mereka adalah penyimpan pengalaman, penghubung generasi dan pemacu pembangunan berteraskan nilai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan 2026 di Grand Ballroom, Melaka International Trade Centre (MITC), hari ini.

Nancy berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus memperkukuh sistem sokongan warga emas melalui pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN).

Usaha itu turut merangkumi pengukuhan jaringan perlindungan sosial serta pembangunan komuniti mesra warga emas melalui Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), PAWE@3A, program kesukarelawanan dan platform digital kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Katanya, kerajaan turut memberi keutamaan kepada pendekatan penjagaan berasaskan keluarga dan Penuaan Setempat (Ageing-in-Place) supaya warga emas dapat terus menjalani kehidupan dalam komuniti masing-masing.

Antara bantuan yang disediakan ialah Skim Bantuan Warga Emas (BWE) sebanyak RM600 sebulan secara bersasar kepada individu yang layak.

Sehingga Julai lalu, katanya, sebanyak RM711.8 juta telah disalurkan menerusi skim berkenaan dengan 171,236 warga emas menerima manfaat.

Penjagaan warga emas perlu dilihat sebagai ekosistem

Dalam masa sama, KPWKM sedang memperkukuh ekosistem penjagaan menerusi Kerangka Strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan di Malaysia 2026–2030.

Nancy berkata kerangka itu memberi tumpuan kepada keperluan serta penawaran penjaga profesional, jurang kepakaran, kesan ekonomi dan aspek berkaitan dasar, perundangan serta insentif kepada industri penjagaan.

Menurutnya, pendekatan tersebut penting bagi memastikan peningkatan jumlah warga emas pada masa depan tidak hanya dilihat sebagai isu kebajikan, sebaliknya turut melibatkan keluarga, komuniti, sektor swasta dan pelbagai pihak berkepentingan.

Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan 2026 tahun ini membawa tema “Warga Emas Disayangi, Negara Harmoni” dan menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perubahan demografi negara.

Ia turut memberi penghargaan serta pengiktirafan terhadap sumbangan warga emas, selain memperkukuh kerjasama antara kementerian, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta, komuniti dan individu.

Sambutan Hari Warga Emas Sedunia mula diperkenalkan pada 1990 selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menetapkan 1 Oktober sebagai hari khusus bagi warga emas, manakala Malaysia mula mengiktiraf sambutan itu pada 1992.

Sambutan peringkat kebangsaan tahun ini diadakan pada 3 Oktober bagi memberi peluang kepada lebih ramai warga emas menyertainya.

Dengan jumlah warga emas yang terus meningkat, persediaan untuk menghadapi status Negara Tua tidak lagi boleh dilihat sebagai agenda jangka panjang semata-mata, sebaliknya memerlukan tindakan berterusan bagi memastikan golongan itu kekal produktif, terlindung dan dihargai dalam masyarakat.




‘Kes berlaku 2020, masa itu masih ahli Umno’ – Akmal ditempelak kes pelaburan RM10 juta

 


Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh ditempelak selepas mempersoalkan tindakan media mengaitkan seorang individu yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan parti itu.

Menerusi hantaran di Facebook, Akmal mempersoalkan penggunaan gelaran “bekas Exco Pemuda Umno” terhadap Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin dengan alasan individu terbabit sudah dipecat daripada parti sejak 2023.

“Walaupun dah dipecat dari Umno sejak 2023 tetapi tetap juga nak gunakan nama Umno ya?

“Ke sebab ada agenda lain nak burukkan nama Umno?” tulis Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau.

Malah, dia turut membuat perbandingan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Ketua Pemuda Umno.

Akmal mempersoalkan sama ada media selepas ini juga boleh menggunakan gelaran tersebut apabila memetik Anwar.

Bagaimanapun, pemerhati politik, Jason Yew membalas kenyataan itu dengan membangkitkan tempoh kejadian yang sedang disiasat SPRM, iaitu pada penghujung 2020.

“Dah kantoi, baru kata dipecat Umno pada 2023?

“Kalau kes berlaku pada 2020, bukankah ketika itu dia masih ahli Umno?

“Janganlah cuba cuci tangan dengan tarikh pemecatan,” katanya.

Pelaburan RM10 juta

Semakan mendapati, Nazir dalam rekod laporan media pada 2020 ketika itu memang memegang jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa.

Perkara itu menjadi perhatian kerana siasatan SPRM yang sedang berjalan membabitkan dakwaan perbuatan terbabit yang berlaku pada penghujung 2020, bukannya selepas 2023.

Terdahulu, dilaporkan dua tokoh korporat yang juga adik-beradik berusia 40-an dan 50-an itu direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung urusan pelaburan bernilai kira-kira RM10 juta.

Siasatan awal SPRM mendapati mereka disyaki bersubahat dengan seorang pegawai sebuah yayasan berasaskan pendidikan untuk meluluskan pelaburan kira-kira RM10 juta kepada sebuah syarikat pelaburan milik abang kepada suspek pertama pada penghujung 2020.

SPRM turut menyita 15 kereta mewah, 12 motosikal berkuasa tinggi, lima jam tangan mewah, tiga gelang tangan serta wang tunai kira-kira RM30,000 dalam siasatan berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.




PANAS! LEBIHAN RM2.1B KKDW DIUNGKIT: Guan Eng Gesa SPRM Siasat Zahid, Bandingkan Kes UiTM!


 

PAS PARTI PALING HIPOKRIT. LOGO SENDIRI PUN SANGGUP DIGADAI. DENGAR PENDEDAHAN INI




PRN Melaka: Ada sebab PAS tunduk pada kehendak Umno, tiba-tiba setuju guna logo BN (Pendedahan)





 

BONGKAR KARTEL SEMPADAN: Taktik Kotor Bolos Pintu Masuk Terdedah!


 

@thekapitanMY TEMBERANG MAT HASAN


 

PANAS! KATA GUNA KUASA TAPI BERSATU SENDIRI REPORT: Dr Akmal Ditempelak Netizen Isu Logo BN!


 

@thekapitanMY MUJUR UMNO TAK DIHARAMKAN HARITU


 

Anak Muda, Belia Diseru Kuasai AI, Teknologi Baharu Pacu Ekonomi – PM Anwar

 

IMG_7159

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Forum Ekonomi Belia 2026 di Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa golongan muda serta para belia menguasai teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan perkomputeran kuantum (quantum computing) secara serius bagi memperkukuh pembangunan serta ekonomi negara.

Beliau berkata, belia perlu bersedia meneroka disiplin ilmu baharu itu bagi memastikan kemajuan teknologi negara dapat dipandu mengikut acuan, etika serta nilai tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Forum Ekonomi Belia 2026 di Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2026. Foto PMO

“Transformasi digital perlunya AI, kalau tidak kita ketinggalan dalam pembangunan, kecepatan untuk mengangkat kekuatan ekonomi.

“Saya telah sebut di Shanghai baru-baru ini ketika bersama Premier China (Li Qiang), kita mesti menguasai AI. Jika tidak, AI akan menguasai kita,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Forum Ekonomi Belia 2026 di Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2026. Foto PMO

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Forum Ekonomi Belia 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim; Presiden Persatuan Alumni Felo Perdana, Fanitsyara Kam Phon, serta Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Forum Ekonomi Belia 2026 di Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2026. Foto PMO

Anwar berkata, walaupun transformasi digital dan pembangunan ekonomi berteknologi tinggi menjadi satu kemestian, kemajuan tersebut tidak seharusnya mengorbankan etika, moral dan nilai kemanusiaan.

“Menggapai yang di langit, di samping itu mengakar di bumi. Maknanya new technology, new sciences, new research… tetapi jangan AI itu meleburkan nilai moral, etika dan kemanusiaan,” kata beliau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Forum Ekonomi Belia 2026 di Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2026. Foto PMO

Sehubungan itu, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memperkasa mutu pendidikan, memperkasakan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, serta memberi ruang untuk anak muda menguasai pelbagai bahasa lain seperti Bahasa Cina, Tamil, Arab, Perancis dan Jerman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Forum Ekonomi Belia 2026 di Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2026. Foto PMO

Dalam pada itu, Anwar mengingatkan belia supaya menggunakan kebebasan berfikir secara kritis dan tidak menjadi ‘alat’ atau taksub kepada individu mahupun parti tertentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Forum Ekonomi Belia 2026 di Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2026. Foto PMO

Sebaliknya, beliau mahu generasi muda taksub kepada kebenaran, keadilan, pencarian ilmu serta integriti untuk memimpin negara ke arah kejayaan.

“Saya yakin, kalau ini semangat baru, kita akan lihat negara kita memacu dengan kepantasan dan dalam tempoh 10 tahun, kita bukan kenal Malaysia hari ini, tapi kita akan lihat a new, vibrant, progressive, successful Malaysia,” kata beliau. – Bernama





Kes Bunuh Pelajar: Fadhlina Arah Semua Pihak Diperiksa Secara Menyeluruh

 

IMG_7233

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menziarahi keluarga pelajar yang meninggal dunia di Yong Peng, Johor pada 4 Oktober 2026. Foto Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek meminta semua pihak di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan (KPM) diperiksa secara menyeluruh susulan kes membabitkan kematian seorang pelajar perempuan tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, semalam.

Menerusi hantaran di media sosial, Fadhlina berkata, pemeriksaan menyeluruh akan dilakukan termasuk rekod kehadiran murid ketika kelas tambahan dan aspek kawalan keselamatan serta rondaan di sekolah.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menziarahi keluarga pelajar yang meninggal dunia di Yong Peng, Johor pada 4 Oktober 2026. Foto Fadhlina Sidek

Selain pentadbiran sekolah, kerjasama daripada syarikat kawalan keselamatan turut diminta melakukan semakan terutama aspek keselamatan.

“Jika terdapat kecuaian atau tanggungjawab yang tidak dilaksanakan sebagaimana sepatutnya, tindakan tegas akan diambil.

“KPM akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tidak akan mendahului siasatan pihak polis.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menziarahi keluarga pelajar yang meninggal dunia di Yong Peng, Johor pada 4 Oktober 2026. Foto Fadhlina Sidek

“Sokongan kaunseling juga sedang diberikan kepada murid dan warga sekolah yang terkesan,” katanya.

Susulan itu, Fadhlina bergegas ke Yong Peng, pagi tadi bagi mendapatkan gambaran sebenar insiden yang menggemparkan seluruh negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya menerima taklimat daripada pihak PDRM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat dan pihak sekolah mengenai kronologi kejadian serta tindakan yang sedang dijalankan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menziarahi keluarga pelajar yang meninggal dunia di Yong Peng, Johor pada 4 Oktober 2026. Foto Fadhlina Sidek

“Saya turut bertemu keluarga mangsa di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat. Dalam saat begini, tiada siapa yang merasakan kehilangan ini lebih dalam daripada keluarga. Seorang anak sudah pergi. Keluarganya berhak mendapat jawapan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus bagi mengenal pasti punca serta perkara sebenar berhubung kematian pelajar perempuan berusia 16 tahun itu.

Arahan tersebut dikeluarkan Anwar menerusi hantaran di media sosial seraya berkata, sekiranya terdapat unsur jenayah dalam kejadian itu, tindakan tegas hendaklah diambil mengikut undang-undang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita atas pemergian pelajar berkenaan serta mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris Allahyarham pada 4 Oktober 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya telah meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus bagi mengenal pasti punca serta apa yang sebenarnya berlaku.

“Jika terdapat unsur jenayah, tindakan tegas hendaklah diambil mengikut undang-undang,” tegas Anwar.

Sebaik menerima berita sedih itu, Anwar turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian pelajar cemerlang dalam akademik itu serta mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris Allahyarham.





Video AKPS tular: Yang benar kita pertahankan – ADUN Kota Lama bersuara

 


Integriti penjawat awam yang menjalankan amanah penguatkuasaan perlu dipertahankan, namun sebarang dakwaan salah laku juga wajar disiasat berdasarkan fakta dan undang-undang, kata ADUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.

Beliau berkata prinsip itu perlu menjadi pegangan dalam menilai video tular membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

“Bagi saya, perkara paling penting ialah kita mesti menyokong penjawat awam yang berani menjalankan amanah dengan benar serta menolak rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa,” katanya dalam kenyataan.

Video berkenaan tular selepas memaparkan Mohd Shuhaily ketika menjalankan operasi penguatkuasaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu. AKPS mengesahkan rakaman itu adalah daripada sistem kamera litar tertutup (CCTV) KLIA Terminal 1.

Menurut Hafidzah, pada masa sama, sekiranya benar rakaman tersebut dibuat atau diperoleh tanpa kebenaran ketika proses pemeriksaan di ruang terkawal, perkara itu juga perlu disiasat.

“Kerahsiaan dan integriti sesuatu operasi penguatkuasaan perlu dihormati,” katanya.

AKPS sebelum ini memaklumkan laporan polis dibuat berhubung rakaman dan penyebaran video berkenaan bagi membolehkan siasatan dijalankan, termasuk bagaimana rakaman itu diperoleh dan kemudiannya tersebar.

Mohd Shuhaily pula berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut dan bersedia menerima sebarang keputusan kerajaan berhubung insiden tersebut.

Hafidzah berkata laporan polis yang telah dibuat membolehkan siasatan menentukan fakta sebenar serta tanggungjawab setiap pihak tanpa membuat kesimpulan awal.

“Yang benar kita pertahankan.

“Yang salah kita tegur.

“Yang berintegriti kita lindungi.

“Undang-undang mesti berlaku adil kepada semua,” katanya.

Menurutnya, penjawat awam perlu diberi ruang untuk menjalankan amanah dengan tegas dan berani, terutama dalam usaha membanteras rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa.

Pada masa sama, katanya, institusi penguatkuasaan juga perlu berdiri bersama penjawat awam yang melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti.

“Kita mahu penjawat awam berani kerana benar, dan institusi yang berdiri bersama mereka apabila mereka menjalankan amanah dengan penuh integriti,” katanya.





DAP : Kerjasama politik Malaysia perlu anjal

 


Menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), dengan Setiausaha Agung DAP, Antony Loke Siew Fook mengakui keadaan politik Malaysia kini menuntut parti lebih anjal dalam menentukan rakan dan strategi.

Loke berkata DAP tetap mahu mempertahankan Pakatan Harapan (PH), namun tidak menolak kemungkinan parti itu bekerjasama dengan pihak lain atau mengambil pendekatan berbeza pada pilihan raya akan datang.

Dalam satu wawancara bersama The Straits Times Singapura, Loke mengurai lanjut tentang keputusan DAP bekerjasama dengan Umno selepas PRU15 bagi membentuk kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan bahawa realiti politik Malaysia memerlukan parti mengambil kira keperluan membentuk kerjasama lebih luas.

“Saya tidak menutup pintu kepada sesiapa. Saya percaya kita sudah sampai ke satu tahap di mana politik perlu lebih anjal.

“Sudah tentu bukan tanpa prinsip atau syarat tertentu kerana semuanya bergantung kepada keadaan dan apa yang terbaik untuk negara bergerak ke hadapan,” katanya.

Loke berkata DAP tidak mungkin membentuk kerajaan secara bersendirian dan perlu menerima hakikat bahawa pelaksanaan agenda parti bergantung kepada persefahaman dengan rakan gabungan.

“DAP tidak mungkin dapat membentuk kerajaan secara bersendirian tanpa bekerjasama dengan pihak lain. Ini realiti yang perlu kita terima.

“Kita hanya boleh memperjuangkan sesuatu setakat yang termampu dengan menggunakan hujah yang objektif dan meyakinkan untuk melaksanakannya dalam sistem sedia ada,” katanya.

Dalam masa sama, Loke berkata DAP perlu membina semula sokongan di luar kelompok pengundi tradisinya menjelang PRU16, selain mempertahankan sokongan masyarakat Cina.

Beliau percaya DAP masih mampu memperoleh sekitar 80 peratus sokongan pengundi Cina berdasarkan keputusan pilihan raya negeri baru-baru ini, namun mengakui sasaran untuk mendapatkan 90 peratus adalah sukar.

Katanya, sokongan masyarakat Cina tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang kekal.

“DAP tidak akan sesekali mengambil mudah sokongan masyarakat Cina,” katanya.

Mengulas kemunculan parti atau gerakan kuasa ketiga, Loke berkata parti yang membawa idealisme tinggi lazimnya berdepan kesukaran mengekalkan momentum dalam politik Malaysia.

Beliau mengambil Muda sebagai contoh apabila parti berkenaan tampil dengan calon baharu, golongan muda dan profesional, tetapi gagal mengekalkan pengaruh selepas pilihan raya.

“Contoh paling terkini ialah Muda. Mereka tampil dengan matlamat yang sangat idealistik, calon baharu, golongan muda, profesional dan sebagainya.

“Tetapi selepas pilihan raya, mereka langsung tidak kelihatan,” katanya.

Loke turut menegaskan beliau tidak menutup pintu untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berpotensi menjadi rakan politik DAP pada masa depan.

Mengenai kemungkinan DAP bertanding secara bersendirian pada PRU16, Loke berkata beliau sedaya upaya mahu mempertahankan PH.

Bagaimanapun, katanya, strategi pilihan raya perlu dinilai dari semasa ke semasa berdasarkan keadaan semasa dan kepentingan semua rakan gabungan.

“Seboleh-bolehnya saya mahu mempertahankan gabungan PH.

“Tetapi strategi pilihan raya kita perlu dinilai semula dari semasa ke semasa. Kita perlu melihat strategi terbaik bukan sahaja untuk DAP, tetapi juga rakan-rakan kita,” katanya.