PADAN NGAN MUKA WALAUN...HADI PUNYA TINDAKAN ATAU PUNAHSIHAT PAS MANA ADA DAH. DAH LARI MASUK AMANAH..YANG ADA PUN IQ 65 SAJA.


 

KISAH SYED IBRAHIM




 

LAIN KALI AMBIL BUAT KAJIAN...DIMANA DATA DAN DIMANA SILAP.


 

BUKAN SAJA TAK BAIK BILA BERKAWAN, JUMUD ,BODO, TAKSUB....MAIN SOKONG BUTA TULI. OAS BUKAN AGAMA..MALAHAN OARTI POLITIK SAMA SAJA DENGAN OARTI LAIN. BEZANYA CUMA GUNA AGAMA, DAN LEBIH TERUK SUKA KHIANAT DENGAN SIAPA SAJA PAS BERKAWAN.



 PAS BUKAN KAWAN YANG BAIK, NEGERI KECIL PUN BERKECAMUK, APATAH LAGI MENTADBIR MALAYSIA





1. PAS adalah bom jangka dalam mana-mana hubungan politik. Sejak 1973 hingga 2025, PAS telah menyertai sekurang-kurangnya 7 pakatan utama, tetapi hampir kesemua hubungan ini tidak bertahan lama dan sering berakhir dengan konflik, perpecahan dasar atau pembubaran.


2. Gabungan ketika ini iaitu Perikatan Nasional (PN) juga sudah semakin nazak. Umum mengetahui PAS menjadi punca perpecahan dan kali ini giliran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula menjadi mangsa. Semuanya adalah untuk menghalalkan keghairahan PAS menjadi bos besar PN atau mana-mana pakatan  politik.


3. Selagi PAS berada dalam sesuatu pakatan, risiko perpecahan, ketidakstabilan dasar dan krisis kepercayaan sentiasa menghantui. Ini bukan soal persepsi, tetapi fakta yang berulang kali berlaku. PAS ibarat ‘kambing apabila didekati, pasti ada yang lari kerana baunya’. 


4. Tiada parti tunggal yang boleh mentadbir negara berdasarkan rekod 15 pilihanraya umum, maka peluang PAS untuk mentadbir negara sangat berisiko kerana ketidakstabilan yang boleh wujud apabila mentadbir kelak. Terbukti berlaku ketika mana Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri sebelum ini, di mana ketika itu, UMNO yang dikhianati PAS kerana PAS memilih Bersatu (PN) dan bukannya UMNO (Muafakat Nasional). 


5. PAS juga gagal memerintah dengan bersih seperti yang dituntut oleh Islam. Ini diakui oleh presiden PAS sendiri. Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata bahawa krisis politik Perlis timbul apabila banyak projek besar tidak mengikut peraturan dan terlibat dengan rasuah. Seharusnya, Presiden PAS yang mengetahui tentang jenayah rasuah tersebut membuat laporan kepada SPRM, yang mana gagal boleh menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen 25 Akta SPRM 2009. 


6. Pengurusan yang cacamerba dan berkecamuk, di samping prestasi ekonomi yang buruk di negeri-negeri SG4, membuktikan PAS-PN tidak berkemampuan mengemudi tampuk pemerintahan negara. Ini adalah kerana, data Jabatan Perangkaan membuktikan negeri-negeri SG4, terutamanya Kelantan dan Perlis, menduduki tangga tercorot dalam ranking upah median sektor formal. Dari segi kemiskinan mutlak pula, Kelantan dan Kedah berada pada kedudukan paling bawah di Semenanjung Malaysia. 


7. Negeri-negeri bawah pimpinan PAS-PN juga terkebelakang dalam menarik pelaburan domestik dan antarabangsa. Di Kedah, pelaburan tertumpu di lokasi seperti Kulim Hi-Tech Park dan Kedah Rubber City yang mana agensi-agensi persekutuan memainkan peranan utama dalam membawa masuk pelaburan. Oleh itu, dari sudut prestasi pentadbiran dan pengurusan ekonomi, ternyata PAS gagal. PAS terus membuktikan mereka tidak mampu memberikan suatu pemerintahan yang stabil, berkualiti dan berdaya maju, serta pro masyarakat Malaysia. 


8. Masalah PAS berakar pada kepimpinan dimana kesetiaan dan kualiti kepimpinan diganti dengan kepentingan diri. Bagaimana nak diharapkan membela Melayu, apabila jawatan MB pun direbutkan, sepertimana jawatan Perdana Menteri sebelum ini. Ternyata, yang diperjuangkan PAS bukanlah orang Melayu, tetapi istilah Melayu dan Islam dipergunakan untuk kepentingan politik PAS. 


FAIZ FADZIL

27 Disember 2025




JENIS TAK DAK TELUR, GELAK KE ORANG JA OANDAI DIA NI.


 Che Ibrahim


Mengapa YB Syahir Sulaiman tidak dedahkan kepada Dr Maza taklik Pas yang satu lagi ni????




ELOK KO LETAK JAWATAN SUPAYA KO NAMPAK ADA INTERGRITI.


 Abdul Manaf Syafie


AKMAL Saleh akan letak jawatan 








1. Ketua Pemuda UMNO

2. EXCO Melaka 


Berkuatkuasa SERTA MERTA. 

Beliau akan kekal ADUN merlimau. 


CATATAN

JIKA itu berlaku UMNO jadi lebih dihormati. 


JIKA TIDAK terjadi , ia memalukan. Rafizi letak jawatan atas faktor INTERGRITI.



PAS LAWAN PAS, KRISIS TEBUK ATAP DI PERLIS PALING HINA - MAHFUZ




Amanah melihat pergolakan kerajaan Perlis adalah potret sebenar kegagalan PAS dan PN apabila diberi kuasa tanpa disiplin dan keupayaan mentadbir sekali gus menyaksikan 'tebuk atap' paling hina berlaku.


Naib presidennya Mahfuz Omar berkata, kemelut yang berlaku bukan lagi perbezaan pandangan sebaliknya perang terbuka dalam sebuah kerajaan apabila exco, Adun PN dan PAS melawan menteri besar dan parti itu sendiri.


"Krisis ini bukan baru, tetapi telah berlarutan lebih setahun. Pelbagai pertukaran kepimpinan dilakukan, pesuruhjaya PAS ditukar, pengerusi PN dilantik baru, rundingan tertutup diadakan namun semuanya gagal.


"Ini membuktikan satu hakikat yang tidak boleh disangkal. Masalah sebenar ialah perebutan kuasa dalaman PAS dan kegagalan PN mengawal gabungan sendiri.


"Perlis ialah sebuah negeri yang kecil keluasannya lebih kecil daripada sebuah daerah di Kedah, jumlah rakyatnya juga tidak ramai. Namun amat memalukan apabila negeri sekecil ini menjadi negeri paling tidak stabil, paling bercelaru dan paling memalukan dari sudut tadbir urus politik. Jika negeri kecil pun gagal diurus, ini bukan soal cabaran, ini soal ketidaklayakan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Bekas ahli parlimen Pokok Sena itu berkata demikian sebagai mengulas pergolakan kerajaan Perlis selepas tiga Adun PAS diumumkan terhenti keahlian parti serta-merta. - Sumber MalaysiaKini.



LAWYER PUN DA KES...TUNGGU DIA LAK KENA.


 Reza Zainal


Bayangkan keluarga Di Raja bagi derma kepada Najib lebih RM2 billion.






Lepas tu Najib kena tangkap penggubalan wang haram pasal duit itu dan masuk penjara.


Ahli keluarga Di Raja tak mahu pun menolong Najib dengan memberi keterangan di mahkamah untuk menyatakan pemberian itu ikhlas dan wang itu memang dari keluarga Di Raja.


Dengan keterangan ini, Najib boleh dibebaskan.


Tetapi seorang pun tidak sanggup datang ke sini.


Amacam boleh percaya ke..???


Hanya yg lembab pemikiran atau taksub percaya.


NI DIA..


Osop Tempoyak


Ketidakjujuran muhyidin terhadap Pas bermula dari hari pertama dia jadi PM.


Pas dengan 18 MP tetapi👇👇👇



-menteri kanan langsung tiada dari pas.

-Pas tidak diberi fotfolio kanan dalam kabinet Dan hanya dapat Fotfolio BIASE2 saja😏


Tapiiiii Betapa sayangnya Muhyidin pada azmin walau dia bawa 10 MP dilantik menteri kanan Dan hampir semua MP dibawah azmin diberi jawatan dalam kabinet,Menteri Dan Tim. Menteri.


Pas perlu tegas untuk mohon muhyidin berundur sebagai Pengerusi PN atau pas perlu keluar dari PN  segera Dan kembali fokus pada masalah rakyat.




PAS BAGI NEGERI KE BERSATU

 


Akhirnya BERSATU dah ada negeri, sekali lagi PAS beralah dengan BERSATU..haji, apa cerita ni??

🎉🎉🎉






KEH KEH KEH.. LEBIH KURANG PEMUDA UMNO.. ELOK GABUNG UNTUK MELINGKUPKAN NEGARA


 Che Ibrahim. 


Pihak yang empunya titah pun serah ke mahkamah untuk putuskan, tetiba ada bebudak lebih lajak dari laju, macam kereta takde brake.






HUKUMAN KERANA JELAS BUKTI NAJIB KUASAI WANG.

 Che Ibrahim


Beban untuk membuktikan duit rm2.6b sebagai derma anak raja Saudi kepada Najib terletak atas bahu Najib melalui peguamnya, bukan pendakwa atau mahkamah. 









Pendakwa telah berjaya membuktikan wang tersebut adalah Wang 1MDB, bukan Wang derma dari anak raja Saudi.  

Peguambela pula gagal menimbulkan keraguan menasabah ke atas dakwaan pendakwa. Bukti bukti pembelaan (surat derma photostat) disahkan palsu oleh mahkamah. 


Maknanya dakwaan Najib bahawa Wang tersebut adalah derma Anak Raja Saudi tidak ada bukti, sebaliknya pendakwa berjaya buktikan Wang tersebut adalah Wang 1mdb yang telah diselewengkan/pecah amanah.



SEMUA DIA BERKAWAN, TAPI AKHIRNYA DIA YANG KHIANAT.

 





PAS PATUT TANDING SENDIRI. BUKAN JADI PENGIKUT ASYIK TUMPANG ORANG SAJA.

 


INILAH MASANYA UNTUK PAS BERGERAK SOLO DAN ISYTIHAR PN DIBUBARKAN


28 December 2025


Menteri Besar Perlis yang baru sudah pun diumumkan dan telah selesai mengangkat sumpah jawatan di Istana Arau, sebentar tadi.


Pengerusi Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai Menteri Besar yang baru bagi menggantikan Shukri Ramli yang sebelum ini meletak jawatan.


Yang nyata, pertukaran Menteri Besar Perlis ini tidak akan berlaku jika ia tidak dimulakan dengan gerakan menarik sokongan terhadap Shukri oleh sekumpulan lapan Adun negeri itu.


Lima Adun Bersatu telah berjaya memujuk tiga Adun Pas untuk bersama-sama menarik sokongan itu yang bermakna mereka memperolehi majoriti mudah lapan Adun daripada 15 jumlah keseluruhan Adun di negeri itu.


Di situlah permulaan kepada apa yang dinamakan pengkhianatan kepada sebuah perjuangan di Perlis itu.


Selain lima Adun Bersatu itu dianggap pengkhianat kepada Pas yang sedang mengetuai kerajaan negeri,  tiga Adun PAS yang setuju bersekongkol dalam gerakan itu juga merupakan pengkhianat kepada parti sendiri.


Memang ketika ini diakui Pas sedang bersedih, tetapi kesedihan itu bukan sangat disebabkan oleh kehilangan jawatan Menteri Besar, tetapi lebih kerana dikhianati rakan dan ahli parti sendiri.


Dalam bahasa mudah, inilah dinamakan kawan makan, menang pilihan raya pun banyak dibantu oleh jentera Pas, tetapi hilang kesetiaan semata-mata kerana jawatan.


Walaupun Menteri Besar yang baru ini tetap mewakili PN, tetapi PAS tidak harus membiarkan pengkhianatan ini berlalu begitu saja tanpa pengajaran.


Langkah awal yang harus dilakukan ialah PAS mesti  segera memutuskan hubungan dengan Bersatu, bukan saja di Perlis, tetapi juga di seluruh negara.


Itulah pengajaran terbaik untuk mereka belajar erti setiakawan.


Bubarkan sajalah PN dan lebih 

baik PAS memulakan langkah untuk bergerak solo selepas ini.


Terus berkawan dengan kawan yang khianat ialah ibarat terus membiarkan diri berada di dalam air di tepi sungai biar pun sebelah kaki baru lepas digigit buaya.


Pokoknya Bersatu terlalu perlahan dalam bertindak untuk menangani isu perlantikan Menteri Besar Perlis itu.


Jika awal-awal lagi kepimpinan Bersatu Pusat memaklumkan mereka menarik diri daripada persaingan untuk mengisi jawatan Menteri Besar, pasti apa yang berlaku sekarang tidak akan berlaku.


Tapi nasi sudah jadi bubur, yang berlalu biarkan ia berlalu dan tak guna ditangisi lagi.


Biarlah PAS selepas ini bergerak solo bersandarkan kekuatan akar umbi sedia ada yang dimiliki.


Jika tidak lama selepas ini, UMNO pula keluar daripada kerajaan dan sama-sama bersedia untuk menghidupkan kembali Muafakat Nasional atau MN, anggap sajalah ia rezeki yang sudah diatur Tuhan.


Yang pasti, bersatunya semula UMNO dan PAS melalui MN adalah pilihan terbaik untuk Melayu/Islam dapat memenangi PRU akan datang.


Jika itu tidak berlaku pun tidak mengapa, yang penting dengan PAS memilih bergerak solo selepas dikhianati akan menjadikan ia parti yang lebih dihormati oleh rakyat negara ini. – ShahbudinHusin 28Disember2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/12/inilah-masanya-pas-bergerak-solo-dan-isytihar-pn-dibubarkan/



Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh ni dah tahu plot perpecahan PN di Perlis.

Syam Ghaz



 Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh ni dah tahu plot perpecahan PN di Perlis.






Comfirm PAS akan marah besar, sebelum ini mrka yang tebuk atap, kalini Kerajaan mrka kena tebuk dengan Bersatu. 


Perang Bersatu - Pas makin melebar 


Tambahan lagi Muhyiddin Yassin yang hantar nama calon ke Mb Perlis. 


2 nama Yb Pas yang dicalonkan oleh Abdul Hadi Awang ditolak.


Bagi saya Akmal ni puppet, ada yang suruh di belakang dia.


Agaknya yang suruh tu nak bagi “Umno Keluar Kerajaan Perpaduan” kot?


Main isu keputusan Hakim seolah olah ia keputusan Kerajaan. 


Benda basic tak boleh nak beza ke? Pengasingan kuasa eksekutif dan legislative.


Jika Umno nak sangat parti politik kuasai Mahkamah, ia jelas satu tindakan undur ke belakang. 


Ini faktor Rakyat marah ke Umno sejak Pru13 lagi. Undi Umno terus merosot.


Iye lah kamu boleh jadi Juara di mata Pemuda Umno, tapi tidak dimata Rakyat Awam. 


Malah Ahli Pas yang sokong Muafakat Nasional dulu pun Akan U Turn ke Kerajaan Perpaduan semula. 


Ginilah jika Kp Umno nak sangat main politik tikam belakang ni, agak agak lah dgn tertubuhnya MN 2.0.


Bersatu tu nak ke duduk dengan MN2.0? Selepas gaduh besar harini? Jawapannya tidak. Pas akan tolak terus Bersatu.


Bersatu ada 25 Ahli Parlimen, BN ada 29. 


Timbang tolak tarik Bersatu masuk Kerajaan, baru sort 4. 


Takkan Umno nak jadi Pembangkang dgn Pas? Lepaskan semua jawatan Timbalan PM, 7 Menteri dan 5 Timbalan Menteri? 


Pandangan peribadi 😉




KEH KEH KEH....

 

Kemain lagi dia puji 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺 ni. Kalau bidang agama tu, mungkin betul la Tuan Ibharim ni bagus. Memang dia lulusan bidang tu. Tapi nak memerintah negara, itu je tak mencukupi.





Contoh bidang ekonomi. Tuan Ibharim terkenal amat bebal bidang ekonomi. Contoh paling klasik, dia dan gerombolan PAS secara terbuka kata 𝗯𝗲𝗿𝗽𝘂𝗮𝘀 𝗵𝗮𝘁𝗶 dengan penjelasan tentang 1MDB.


Dan sekarang terbukti 1MDB tu kes rompakan paling besar dalam sejarah? Apa punya bebal dia boleh kena tipu macam tu je? Otak dia ni sebaris dengan walajib kampungan. Atau mungkin dia tak bebal tapi sebab dah termakan duit Najib. Allah lebih mengetahui.


Yang janji PTPTN dihapus pun dia juga. Bukan janji PR tu. Sebab dia siap buat perbandingan. BN kekal PTPTN, PH tangguh, PAS hapus terus. Maknanya masa tu PR dah pecah. 


Itu tak kira janji RUU355. Memang Hadi yang bentang tapi dia pun sibuk sebut. Kemudian sendiri mengaku masa pembangkang boleh cakap ikut suka tapi bila memerintah baru tahu banyak benda kena buat.


Terbaru, dia tak tahu pun perkembangan negeri dia sendiri. Suruh Pahang ikut jejak Terengganu sediakan tabung bencana. Rupanya Pahang dah buat dulu dan jumlahnya 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿. Kan dungu tu?


Ilmunya dalam bidang agama belum cukup untuk dia berjaya memimpin negeri. Apatah lagi negara. Lagilah dengan sikap ego dan pendirian yang berbolak-balik. Pilih orang begini mengetuai pentadbiran hanya akan mengundang bencana buat negara. Guane boh?


 

Raja Gelap II 




LANGKAH TAK BIJAK PAS.

 


MAIN CAKAP SAJA.. KAJI TAK PERNAH.. RAJA PERLIS NAK TAHU, RAKYAT NAK TAHU... HASIL KEBIJAKAN 7 KONONNYA.


 

WOIII BUKAN PROGRAM KO LA.. TU MAIDEN JENGKA.. YANG KO TERSENGEH SENGEH MACAM PROGRAM KO DAH KENAPA?

 


KEH KEH KEH... NOHHH 7 DALAM SATU.. BERSATU JADI MB.

 Che Ibrahim


Hasil perancangan bijak tuan guru presiden... Manfaat 7 dalam 1....




LAST SEKALI ADUN BERZATU JADI MB, ATAS KEBIJAKSANAAN TUAN GURU. 




KELUAR LAH... UMNO JADI MACAMANA NANTI


Syam Ghaz


 PAS kini nak bersama UMNO, nak bentuk Muafakat Nasional (MN) kembali?







Seperti dijangkakan pertembungan BESAR perebutan Kerusi MB Perlis antara BERSATU dan PAS 


PAS marah, disuarakan oleh Sanusi Md Nor, Pengarah Pilihanraya Pas Pusat.


Sebelum tu Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh kata akan buat Perhimpunan Khas untuk tentukan kedudukan samada KEKAL bersama Kerajaan Perpaduan ataupun KELUAR Sabtu ini, 3 Januari 2026.


Semua tu untuk drag satu momentum ke Persidangan Agong UMNO pada 13hb Januari 2026.


Adakah Dato Seri Zahid Hamidi, Dato Seri Dato’ Seri Mohamad Bin Haji Hasan nak bersama PAS balik? 


Adakah pemimpin PH sedar usaha Akmal dan Sanusi ni? 


Jika sedar dah boleh cancel cuti dan bawa ke Mesyuarat Kerajaan Perpaduan untuk tindakan tegas pada Akmal dan mereka yang mainkan naratif senada dengan PAS yang selalu mainkan sentimen yang tidak patut ini. 


Syam Ghaz




ELOK PARTI KO ADA 30 KERUSI.. BUKAN 90 KERUSI.

 

Syafiq Fadly


Tahniah YB Dr Akmal Saleh.


Satu langkah berani dan diperlukan segera bagi menentukan hala tuju parti.





.

Soalan : "Adakah pembelian Su-57 tiada risiko sekatan dari Amerika Syarikat ?"

 


Soalan : "Adakah pembelian Su-57 tiada risiko sekatan dari Amerika Syarikat ?" 







Jawapannya : "Boleh dikenakan", TETAPI dalam hal "jual-beli" aset tentera, ini semua berdasarkan "negotiating skill".


Semua jenis pesawat yang ditawarkan oleh pengeluar mempunyai harapan untuk diterima, sebab itu ada proses EVALUATION.


Semua bergantung kepada apa yang negara seperti Malaysia boleh offer untuk Amerika Syarikat dan maybe sekali the West.


Untuk rekod, ketika Malaysia membeli MiG-29N dan Su-30MKM dahulu Amerika Syarikat still boleh lakukan sekatan, TETAPI tidak lakukan, sebab apa ?


Sebab "to validate their tactics against Russian fighters", tu yang hantar F-22, F-15, Super Hornet.


Jadi, JIKA membandingkan beli Felon, Malaysia boleh "offer the same", sebenarnya advantage yang Malaysia ada adalah 'friendly' to the US ✅


Bagaimana jika perolehan beralih kepada Gripen atau J-10 atau Rafale ?  


Ini adalah ibarat plan B dan C jika Hornet Kuwait atau Next MRCA menemui jalan buntu. So "Anything is possible".


Kalau Malaysia membeli Gripen atau J-10 pun tidak rugi, kemudian sampai satu tempoh akan terus ke "true 5th gen", Gripen atau J-10 boleh dijadikan "2nd tier air defence to supplement the 5th gen fighter"


Jadi Malaysia memiliki hi-lo fighter mix ✅


Boleh semak posting-posting admin sebelum ini berkaitan perolehan zaman sekarang, macam-macam cara ada, negara yang beli aset banyak-banyak pun bukan mereka bayar cash pun, netizen mereka ja yang berlagak sebakul 😅


Sebagai contoh Hungry dan Republic Czech sewa pesawat pejuang, mungkin ada contoh lain yang boleh dirujuk...


Perlu faham, semua pesawat-pesawat ini hanyalah contoh sahaja, bukan muktamad...


Seiring perubahan masa, jet pejuang baharu akan memasuki list, mungkin selepas ini KAAN dan Boramae block 3 akan tersenarai, namun adakah Malaysia akan tunggu selama itu, apa pilihan dan langkah yang akan diambil ?


Untuk sekarang, INI lah pilihan yang ada... 

Oleh Salman Al Farisy


#uniformsoriginal

#salmanalfarisy

#aviationnavalarmour

#UOCG


KEH KEH KEH... MELEPAS HADI AWANG NAK TENGOK PAS TERAJUI PERILUS.



 MB PERLIS: PAS TERLEPAS KERUSI MB.






Raja Perlis tolak 2 calon MB oleh Presiden PAS.


Adun BERSATU dilantik menjadi MB Perlis yang baru.


3 YB PAS dipecat sia sia, jadi Kambing Hitam.


Pemecatan mrka tanda Abdul Hadi Awang PAS sangat teruk berpolitik, Akhirnya usaha untuk removed MB Perlis besan dia makan diri balik bila Sultan pilih Bersatu jadi Mb.


Naik Abu Bakar Hamzah ni, mcm naik Shahidan Kasim lah sebagai MB. Anak butir.


Shahidan Kasim Pengerusi PN Perlis, Abu Bakar ni Pengerusi Bersatu Perlis merangkap Timbalan PN Perlis.


Shahidan kawal 100% Perlis.


Ahli Pas yang ditarbiyah, solid jemaah hanya mampu melopong tengok “kebijaksanaan” Presideng berpolitik yang makan diri sendiri.



Hutang RM1.3 Trilion: Siapa Sebenarnya Rosakkan Malaysia dan Siapa Cuba Selamatkan?





Ramai rakyat Malaysia bercakap tentang hutang negara seolah-olah ia jatuh dari langit atau muncul hanya kerana satu dua individu. Hakikat yang pahit tetapi benar ialah hutang negara dibina sedikit demi sedikit oleh semua Perdana Menteri bermula PM ke-4 hingga hari ini. Bezanya bukan pada ada atau tiada hutang, tetapi berapa banyak, seberapa pantas, dan untuk apa hutang itu dibuat.


Zaman Mahathir Mohamad sebagai PM ke-4, hutang kerajaan persekutuan mula meningkat selari dengan pembangunan pesat negara. Pada awal 1980-an, hutang negara masih rendah, namun menjelang krisis kewangan Asia 1997–1998, hutang kerajaan melonjak melebihi RM300 bilion. Projek mega seperti lebuh raya, KLIA, Putrajaya dan penswastaan besar-besaran memang membawa pembangunan, tetapi ia juga menanam budaya bahawa hutang ialah jalan mudah untuk bergerak laju. Negara membangun dengan pantas, tetapi disiplin fiskal tidak dibina dengan kukuh. Ibarat rumah yang diperbesarkan tanpa pelan jangka panjang, cantik di luar tetapi asas mula retak.


Masuk era Abdullah Ahmad Badawi, hutang negara terus meningkat tetapi secara lebih senyap. Menjelang tahun 2008, hutang kerajaan persekutuan berada sekitar RM240 bilion, kira-kira 40% daripada KDNK. Negara tidak runtuh, tetapi banyak pembaharuan struktural gagal dilaksanakan. Rasuah dan ketirisan tidak ditangani dengan tegas, menyebabkan hutang bertambah tanpa lonjakan produktiviti yang sepadan. Ini seperti rumah yang bocor perlahan-lahan, tetapi tuan rumah hanya menadah baldi tanpa membaiki punca.


Kemudian datang era paling kontroversi, iaitu zaman Najib Razak. Dalam tempoh 2009 hingga 2018, hutang kerajaan persekutuan melonjak daripada sekitar RM240 bilion kepada hampir RM686 bilion. Jika dicampur dengan liabiliti, jaminan kerajaan, dan tanggungan berkaitan syarikat milik kerajaan, jumlah keseluruhan melepasi RM1 trilion. Ini bermakna dalam masa kurang 10 tahun, hutang negara hampir berganda. Lebih parah, sebahagian hutang ini dikaitkan dengan skandal 1MDB yang menyebabkan berpuluh bilion ringgit bocor. Ibarat sebuah keluarga yang membuat pinjaman besar, bukan untuk menambah pendapatan, tetapi untuk menutup lubang lama dan membiayai gaya hidup palsu, akhirnya anak cucu yang terpaksa membayar bil.


Apabila Mahathir Mohamad kembali sebagai PM ke-7 pada 2018, rakyat dikejutkan dengan pendedahan rasmi bahawa hutang dan liabiliti kerajaan sebenar mencecah sekitar RM1.09 hingga RM1.1 trilion. Penting difahami bahawa angka ini bukan semuanya hutang baharu, tetapi hutang lama yang sebelum ini tidak diterangkan secara telus. Namun ketidakstabilan politik menyebabkan usaha pembaikan tidak sempat dilaksanakan secara menyeluruh.


Zaman Muhyiddin Yassin pula menyaksikan dunia dilanda pandemik COVID-19. Hutang kerajaan meningkat dengan ketara kerana kerajaan terpaksa membelanjakan puluhan bilion ringgit untuk bantuan tunai, subsidi upah, vaksin, dan pakej rangsangan ekonomi. Menjelang 2021, hutang kerajaan persekutuan menghampiri RM1 trilion. Ini hutang darurat untuk menyelamatkan nyawa dan ekonomi, tetapi tetap menambah beban jangka panjang kerana hasil negara merosot pada masa yang sama.


Pentadbiran Ismail Sabri Yaakob mewarisi hutang tinggi dan ekonomi yang masih lemah. Menjelang 2022, hutang kerajaan berada sekitar RM1.07 trilion, dengan nisbah hutang kepada KDNK menghampiri 60%. Pentadbiran ini lebih bersifat bertahan, memastikan negara tidak jatuh lebih teruk, tetapi gagal melakukan reformasi besar untuk mengubah struktur kewangan negara.


Apabila Anwar Ibrahim mengambil alih pada hujung 2022, hutang negara sudah berada sekitar RM1.3 trilion. Ini bukan angka kecil dan bukan warisan ringan. Namun perbezaannya jelas dari sudut pendekatan. Di bawah Anwar, kadar pertumbuhan hutang mula diperlahankan, defisit fiskal dikurangkan secara berperingkat, dan subsidi mula disasar bagi mengelakkan pembaziran berbilion ringgit setiap tahun. Pada masa yang sama, pelaburan asing mula meningkat semula, keyakinan pasaran dipulihkan, dan usaha memerangi rasuah diperkukuh kerana rasuah adalah “hutang tersembunyi” yang paling mahal kepada negara.


Untuk rakyat faham dengan mudah, bayangkan hutang negara ini seperti hutang rumah yang sudah mencecah ratusan ribu ringgit. Kita tidak boleh hapuskan hutang itu dengan maki ayah atau ibu. Kita hanya boleh selesaikan dengan tiga perkara. Pertama, hentikan kebocoran, iaitu rasuah dan salah guna kuasa. Setiap satu bilion ringgit yang bocor kerana rasuah adalah hutang yang perlu dibayar oleh rakyat melalui cukai dan kos sara hidup. Kedua, tingkatkan pendapatan negara melalui pelaburan, produktiviti, dan ekonomi bernilai tinggi, bukan dengan menambah pinjaman. Ketiga, disiplin berbelanja, iaitu berani menolak budaya subsidi membuta tuli dan projek mega yang hanya menguntungkan segelintir dan sebagai mileage politik.


Kesimpulannya, semua Perdana Menteri dari PM ke-4 hingga sekarang menyumbang kepada hutang negara. Ada yang berhutang untuk membangun, ada yang berhutang kerana gagal mentadbir, ada yang berhutang kerana skandal, dan ada yang berhutang kerana krisis global. Tetapi hari ini, buat pertama kali dalam tempoh yang lama, kita melihat usaha serius untuk mengurus hutang, bukan menafikannya, dan untuk mencipta keuntungan masa depan, bukan mewariskan masalah lama. Jika rakyat benar-benar mahu negara ini keluar daripada belenggu hutang, perjuangan itu bukan hanya di Parlimen, tetapi juga dalam sikap kita sendiri. Sokong usaha membanteras rasuah, tolak salah guna kuasa, dan hentikan politik yang meraikan penipuan. Tanpa semua ini, hutang akan terus bertambah walau siapa pun Perdana Menterinya.


Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad

Kangar, Perlis




BETULKAH UMNO NAK JADI PEMBANGKANG ? IKUT CAKAP MAMAT IQ 65 NI MELINGKUP UMNO.

 


Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mendesak UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan susulan keputusan mahkamah yang menolak Titah Adendum berkaitan tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak. 





Beliau menegaskan lebih baik UMNO menjadi pembangkang bermaruah daripada terus dihina oleh pihak tertentu yang dianggap tidak menghormati parti.


Dr Akmal turut menyeru para perwakilan supaya "menggegarkan" Perhimpunan Agung UMNO (PAU) akan datang dengan membawa suara berani akar umbi Melayu. 


Keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan bahawa permohonan tahanan rumah tersebut adalah tidak sah, menyebabkan Najib Razak kekal menjalani baki hukuman di Penjara Kajang.


Sumber: Utusan Online 

Gambar: FB Akmal Saleh





𝗞𝗘𝗦 𝟭𝗠𝗗𝗕: 𝗡𝗔𝗝𝗜𝗕 𝗥𝗔𝗭𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗥𝗔 𝟭𝟱 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡, 𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔 𝗥𝗠𝟭𝟭.𝟰 𝗕𝗜𝗟𝗜𝗢𝗡



​Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah menjatuhkan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melibatkan 25 pertuduhan dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



​Berikut adalah ringkasan keputusan yang ditetapkan oleh Hakim Collin Lawrence Sequerah:


​📌 Perincian Hukuman:

1. ​Salah Guna Kuasa (4 Pertuduhan): Penjara 15 tahun bagi setiap pertuduhan.


2. ​Pengubahan Wang Haram (21 Pertuduhan): Penjara 5 tahun bagi setiap pertuduhan.


3. ​Hukuman Serentak: Hakim memerintahkan semua hukuman penjara dijalankan secara serentak. Ini bermakna, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 15 tahun bagi kesemua 25 pertuduhan tersebut.


​💰 Denda :

​Selain hukuman penjara, beliau dikenakan denda keseluruhan berjumlah RM11.4 bilion. Jika gagal membayar denda ini, beliau berdepan hukuman penjara tambahan sehingga 40 tahun.


​🗓️ Status Hukuman:

​Hukuman penjara 15 tahun ini tidak bermula sekarang. Ia hanya akan bermula selepas Najib selesai menjalani hukuman penjara bagi kes SRC International yang sedang dilaluinya ketika ini.



5 ADUN BERSATU KHIANAT...


 

TUANKU SOH SEBUT PROJEK DIMANA?


 

BETUL KAH PN NAK TAWAN PAHANG?


 

JANGAN SENTAP SANGAT LA UMNO


 

MAHIADDIN TAKUT


 

MASA UMNO KENA HENTAM CEPAT PULAK NAIK ANGIN..PKR DULU RELAX SAJA DOK KENA HENTAM


 

KALAU DUA DUA NI ..JANGAN BIMBANG SEBAB DUA DUA IQ 65

 Asyraf Khbar



UMNO isytihar keluar PH, kita bincang wujudkan MN - Fadhli Shaari 



Entah la. Dah buat SD pun kita banyak kali terkena. Susah nak percaya ayat - 'buat dulu - bincang kemudian".


#CakapMulut




JIKA INI BERLAKU. NYATA PAS AKAN SINGKIRKAN BERSATU SECARA DIAM.

 


CALON MB PERLIS - AGAR PN KEKAL HARMONI, BERSATU SEBAIKNYA TARIK DIRI


28 December 2025


Krisis politik di Perlis dijangka akan berakhir tidak lama lagi sebaik saja nama Menteri Besar yang baru diumumkan.


Tetapi, krisis itu sedikit sebanyak bukan saja mencalarkan imej PN,  bahkan juga mencetuskan bibit-bibit keretakan antara PAS dan Bersatu.


Ia bukan saja disebabkan tindakan lima Adun Bersatu menarik sokongan terhadap Shukri Ramli sebagai Menteri Besar bersama tiga lagi Adun PAS, bahkan juga kerana tiga nama daripada Bersatu  dihantar kepada Istana Perlis sebagai calon pengganti untuk menerajui negeri itu.


Namun demikian, episod mahu menyingkirkan Shukri itu sudah boleh dianggap berakhir berikutan tindakan  PAS mengumumkan tiga Adunnya yang turut menarik sokongan itu terhenti keahlian masing-masing, diikuti kemudian Shukri pula telah meletakkan jawatan.


Sisulan itu, PAS telah menghantar dua nama untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Perlis yang baru.


Berikutan tiga Adun PAS sudah dianggap terhenti keahlian dan kerusi mereka kosong serta PRK bakal diadakan pilihan raya kecil, PAS masih lagi mempunyai enam Adun, manakala Bersatu kekal lima orang.


Demi keadilan, PAS mendesak agar Bersatu mengambil tindakan disiplin terhadap lima Adun mereka itu, selain mahukan isu berkenaan dibincangkan dalam mesyuarat PN akan datang.


Bersatu melalui kenyataan Muhyiddin Yassin bagaimanapun mahu mendapatkan penjelasan daripada kelima-lima Adun berkenaan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lanjut mahu diputuskan.


Yang dinanti-nanti kini ialah siapakah Menteri Besar baru yang akan diperkenankan oleh Raja Perlis?


Pelbagai laporan menyebut ia adalah sama ada antara dua Adun Pas yang dicalonkan oleh parti itu atau salah seorang daripada tiga Adun Bersatu yang nama mereka telah dikemukakan bersama penarikan sokongan terhadap Shukri sebelum ini?


Mengikut logik yang diperkukuhkan melalui persefahaman politik sedia ada, calon Menteri Besar Perlis sepatutnya kekal milik PAS. 


Ini kerana PAS memiliki kerusi DUN yang lebih banyak (9 orang) berbanding Bersatu (6 orang).


Selain itu, apabila tiga Adun PAS telah diumumkan terhenti keahlian mereka, calon daripada Bersatu yang dicalonkan sebagai Menteri Besar sebelum ini sudah dikira terbatal dengan sendirinya, di samping jumlah sokongan mereka juga tidak melebihi apa yang dipunyai PAS.


Sepatutnya lima Adun Bersatu itu tidak terus bersaing, tetapi mungkin mereka tidak berbuat demikian kerana masih berangan-angan tetap ada peluang untuk dilantik sebagai Menteri Besar.


Dalam ini, Bersatu harus melihat kepada masa depan dan lebih memikirkan keharmonian PN yang patut dikekalkan bagi mendepani PRU akan datang.


Makanya dan agar pemilihan Menteri Besar lebih mudah diputuskan oleh Istana Perlis, sebaiknya tiga Adun Bersatu itu segera mengumumkan menarik diri dengan serta merta.


Jika Adun berkenaan tidak berbuat demikian, lagi cantik kiranya  Bersatu pusat dapat mengarah dan mengumumkan ketiga-tiga Adun berkenaan menarik diri sebagai tanda menjaga semangat setiakawan dengan PAS.


Dengan penarikan diri itu, terserahlah kemudian kepada Istana Perlis untuk melantik salah seorang daripada dua nama yang telah dikemukakan oleh PAS sebagai Menteri Besar yang baru.


Melalui cara ini, isu perlantikan Menteri Besar Besar boleh dianggap selesai, hubungan PAS dan Bersatu kembali damai dan PN sebagai parti masa depan tidak lagi dilihat berserabai. – ShahbudinHusin 28Disember2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/12/agar-pn-kekal-harmoni-bersatu-sepatutnya-tarik-diri-calon-mb-perlis/




NOHHH.....

 Norshidah Md Daud


Sebagai rakyat, aku marah gile kt bangsat2 ni



1. Pemimpin UMNO yg tutup mulut isu 1MDB. Mustahil diekor seorang pun xtau pasal ni. Bodo sgt ke ape? Atau terpaksa walak sebab yg wt jahat tu pemimpin korang?


2. Lebai2 PAS yg terang2 perdagangkan agama. 1MDB xtau ape, almaklumla bodo. Tp beria2 wat statement berpuashati. Pegi mampos lg bagus dari idop xde manfaat. Korang kalau mampos pun sahih masuk sorga dah kan? Haaa p mampos cepat 


3. Azam Baki & SPRM. Seluruh badan ni kena rombak semula & menjadi bebas. Bukan bawah pengaruh mana2 ahli politik. Tu yg Azam Baki jd bangang. Dulu dah kenalpasti penderma, skang tiba2 penderma x wujud. Camsial camtu pun boleh naik pangkat & disambung kontrak berkali2


4. Penyokong Najib. Dahla idop x senang mana. Bodo pulak p sokong lg org yg rompak duit kau & buat negara berhutang teruk


5. Team MAMAI & ceplos yg beria2 nafikan sumbangan Rafizi dlm pembongkaran isu 1MDB ni mcm Mohd Noor lahanat


Dan aku akan jadi bertambah marah sekiranya ada pihak yg nk bg pengampunan kt dia kelak 😏


Elok segala pingat pangkat semua tu ditarik balik

Ni bukan kecik2 punya kes



TERBAIK HAKIM YANG BEKERJA KERAS


 Faizal Riduan


Tunduk hormat saya kepada YA Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang bekerja lebih masa hampir 12 jam sehingga jam 10 malam untuk membacakan keputusan penghakiman kes 1MDB, DS Najib Razak yang berprofil tinggi.






🧑‍⚖️ 25 pertuduhan

🧑‍⚖️ 50 saksi pendakwaan 

🧑‍⚖️ 26 saksi pembelaan

🧑‍⚖️ 303 hari perbicaraan

🧑‍⚖️ 7 tahun kes berlangsung

🧑‍⚖️ 900 transaksi kewangan

🧑‍⚖️ RM2.28b pengubahan wang haram


Selamat berehat Yang Arif!




MB Perlis: Muhyiddin Cari Peluang?





Politik Perlis bergolak disebabkan Bakar Hamzah gelojoh nak jadi MB. Sebab tu MB mati mati tak mau lantik Bakar Hamzah sebagai Exco. 


Tapi selepas Muhyiddin lantik Bakar jadi Pengerusi Bersatu Perlis, Muhyiddin juga desak MB lantik Bakar jadi Exco. Diap hantar surat kepada MB, walaupun tak oernah direstui oleh MT Bersatu.


Ingatkan bila dah jadi Exco, Bakar akan senyap sikit. Tapi rupanya dia goncang habis sampaikan hari ni MB pun goyang. 


Muhyiddin sekarang beriya iya nak supaya Bakar jadi MB supaya ada negeri yang dipegang oleh kem Muhyiddin. Padahal semua orang yang kenal Bakar tahu perangai sebenar dia macam mana. Rosak Perlis kalau dia jadi MB.


Tapi Muhyiddin tak peduli. Biarlah bergaduh dengan PAS. Biarlah Perlis dijual. Biarlah PN pecah. Asalkan orang yang jadi MB tu dari kem dia. Gila Muhyiddin.




KEH KEH KEH...


 

AKIBAT TAMAK KUASA DAN KHIANAT SAMA BANGSA. TAK DAK SEKOQ PUN CINA JADI WAKIL RAKYAT. RAKYAT PERLIS TOBAT BUANG LA PILIH PARTI NI.PELINGKUP JA.


 

MELAYU NGAN MELAYU GADOH...BUKAN ADA CINA DAP PUN..PADAN MUKA ORANG PERILIS.....KIOK LA..LAIN KALI PILIH YANG ELOK..UMNO ADA AMANAH ADA..PKR ADA...


 

WOIII HADI..MANA SATU NI..KERAJAAN BEREBUT PROJEK..KA ..RESYUAH KA..ATAU..LAGU MANA..KA KERAJAAN PERILIS NI SHUBAHAH ? AIKKKK..GUANO DEMO...KIOK.

 


JOM KITA BICARA HUKUMAN PAS IKUT NEGERI, TERMASUK BAIH CERAI ISTERI..NOH...NI MAIN MAIN CERAI BINI NI...TALIBAN KA ROSAK AGAMA ?


 

Bolehkah Guna MyKad Orang Lain Beli Petrol Subsidi RON95?

 

KPDN menahan seorang lelaki warga tempatan dalam satu operasi di Gemenceh, Negeri Sembilan pada 26 Disember 2025.

TAMPIN, 27 Dis – Bolehkah kita menggunakan MyKad orang lain untuk membeli petrol RON95 tanpa pengetahuannya walaupun menggunakan wang sendiri?

Situasi ini terjawab apabila seorang lelaki warga tempatan ditahan selepas disyaki menggunakan MyKad milik orang lain bagi menebus bantuan program Budi Madani RON95 (Budi95) di sebuah stesen minyak di Gemencheh, dekat sini, semalam.

Bahagian Penguatkuasaan (BSK) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya dalam satu kenyataan memaklumkan, tangkapan dibuat susulan aduan daripada pemilik sebenar MyKad selepas mendapati berlaku penebusan Budi95 tanpa pengetahuannya.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 42 tahun telah menggunakan MyKad tersebut di stesen minyak di Gemencheh. Lelaki itu ditahan di sebuah Rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Baru, Sungai Lerek pada pukul 12.00 tengah hari,” katanya di sini hari ini.

Menurut JPN, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini dan kes disiasat di bawah Peraturan 25(1)(e) dan 25(1)(o), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) kerana memiliki serta menggunakan kad pengenalan bukan miliknya.

Dalam pada itu, JPN menegaskan bahawa memiliki atau menggunakan MyKad milik orang lain untuk apa-apa tujuan termasuk penebusan bantuan kerajaan adalah satu kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.