KENA BALIK ...MASA HANG JADI ..APA PUN HANG TAK BUAT.MOHONG JA..

 




Seronok tengok Saifuddin Nasution ayam-ayamkan Taki. Konon Taki nak ungkit tentang penghapusan Akta Hasutan. Siap kata PH dah lama sebut tentang tu. Tapi tak sedar masa PH letak dalam manifesto dulu (ketika itu BA kemudian PR) Taki dan PAS ada dalam pakatan itu.


Yang best tengok Saifuddin tanya Taki, 33 bulan dia dalam kerajaan ada buat tak? Tergagap-gagap Taki nak jawab. Akhirnya pakai jawapan skema, nak buat tapi tak sempat. Itu je mampu dia jawab. RUU355 pun macam tu juga dia jawab. Semua tak sempat. Sakau sempat pulak.


Aku rasa jawapan Saifuddin tu yang paling sesuai untuk muka hipokrit macam Taki dan pemimpin PN yang lain. Masa dalam kerajaan dulu, hapah satu kebaikan pun dia tak buat. Tiba-tiba ari ni nak jadi hero pulak. Tak sedar diri. Sendiri tak mandi, nak kata orang lain busuk. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


ZAHID HAMIDI BAKAL PM11….


Beberapa hari lalu, sahabat saya penulis Mohd Sayuti Omar atau MSO menulis satu artikel bertajuk – Siapa Perdana Menteri selepas Anwar Ibrahim?


Saya segera tercuit hati dengan tulisan beliau itu, lantaran saya juga terfikir isu yang sama sejak dua tiga minggu kebelakangan ini.


Cuma, berikutan Anwar belum lagi setahun memegang jawatan Perdana Menteri, saya merasakan agak terlalu awal jika saya menulis mengenai pengganti beliau buat masa sekarang ini.


Tetapi, terlanjur MSO sudah menulis mengenainya, maka saya berasakan tidak perlu lagi saya pendam apa yang saya rasa itu.


Siapa sebenarnya paling berpotensi untuk jadi Perdana Menteri selepas Anwar?


Anwar, sementara hampir pasti akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga PRU16 yang dijangka akan diadakan pada tahun 2027, PH dan BN juga dipercayai akan terus bekerjasama dalam menghadapi PRU tersebut.


Gabungan PH/BN secara realitinya adalah kerjasama paling ideal dan saling melengkapi, bukan saja bagi memimpin negara, tetapi juga untuk bertahan memenangi pilihan raya dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia ini.


PH dengan empat parti gabungan di dalamnya, begitu juga dengan BN hanya tinggal empat parti komponen bersamanya, tidak sesuai lagi bertanding secara sendirian, sebaliknya lebih cocok dan mantap jika saling bekerjasama antara satu sama lain.


Dalam masa yang sama, seiring dengan Bersatu yang makin melemah dengan seorang demi seorang Ahli Parlimennya memberi sokongan kepada Anwar, ini sekaligus akan memberi kesan yang ketara kepada kekuatan PN bagi menghadapi PRU16 akan datang.


Selain Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Labuan yang sudah berbuat demikian, difahamkan ada lagi lima atau enam Ahli Parlimen Bersatu lain yang condong untuk mengambil langkah yang sama.


Jika itu berlaku, PN dengan sendirinya tiada lagi masa depan yang cerah dan hanya Pas yang mampu bertahan di kerusi dan negeri sedia ada yang dimenanginya.


Lantaran perpecahan yang berterusan dalam Bersatu, selain beberapa pemimpinnya pula barangkali sudah didapati bersalah oleh mahkamah ketika PRU16 nanti dilangsungkan, sentimen Melayu/Islam yang didendang PN tidak lagi mampu menjelmakan kemenangan kepada gabungan itu.


Dengan yang demikian, PH/BN bersama sokongan daripada GPS dan GRS, lebih berpotensi untuk menang PRU16 dan dalam masa yang sama, Anwar pun kekal lagi sebagai Perdana Menteri bagi penggal yang kedua.


Memandangkan Anwar sudah berusia 80 tahun pada tahun 2027 ketika PRU16 diadakan, penggal tersebut mungkin yang terakhir baginya.


Dalam hal ini, penyerahan kuasa akan berlaku sama ada sebelum tiba PRU17 atau PRU17 itu Anwar tidak bertanding lagi, sekaligus terus bersara.


Pada ketika itu, pemimpin paling berpotensi untuk menjadi PM11 selepas Anwar tidak lain ialah Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.


Selain ada rekod dua kali menjadi Timbalan Perdana Menteri serta banyak pengalaman menerajui beberapa kementerian, istimewanya Zahid Hamidi ialah beliau seorang pemimpin yang cekal dan berjaya mengatasi segala rintangan di hadapannya sejak memegang jawatan Presiden UMNO bermula 2018 lalu.


Beliau berjaya mengatasi semua rintangan di hadapannya, berjaya mengusir semua musuhnya dalam UMNO, membebaskan dirinya daripada igauan kes mahkamah, berjaya kembali memegang kuasa sebagai orang nombor dua dalam kerajaan dan kini hampir tidak tergugat lagi di kedudukan singgahsana kepresidenan parti Melayu itu untuk beberapa tahun akan datang.


Di samping cekal, tidak pernah putus asa, malah licik, Zahid Hamidi dan UMNO juga dikira berjasa besar dalam memastikan Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri setelah berjuang selama 25 tahun lamanya.


Dengan demikian, dirasakan tidak sukar bagi penyokong PH menerima Zahid Hamidi sebagai PM11 bila tiba masanya nanti, meskipun bagi penyokong PH sekarang ini, rata-ratanya lebih cenderung mahukan sama ada Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution Ismail atau Nurul Izzah Anwar menjadi Perdana Menteri selepas Anwar.


Tiga pemimpin tersebut dianggap pelapis paling berpotensi yang dirasa dan diharapkan oleh penyokong masing-masing akan memimpin negara ini selepas Anwar.


Bagi saya, meskipun ketiga-tiga mereka itu ada bakat kepimpinan yang baik, tetapi kesemuanya masih dikira mentah daripada segi pengalaman untuk mengambil alih kepimpinan negara sebagai sebagai PM11.


Mereka hanya sesuai jadi PM12, PM13, PM14 dan yang seterusnya, dalam erti kata lain selepas PM11 dirangkul Zahid Hamidi terlebih dahulu.


Firasat dan rasa hati saya dalam hal ini mungkin betul dan mungkin juga salah, bahkan barangkali ramai yang tidak setuju, tetapi kita boleh sama-sama simpan tulisan ini untuk melihat sama ada ia akhirnya akan menjadi kenyataan atau sebaliknya. –ShahbudinHusin 02/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/02/zahid-hamidi-bakal-pm11.html



𝗡𝗔𝗥𝗔𝗧𝗜𝗙 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗕𝗘𝗟 𝗣𝗠𝗫 𝗠𝗨𝗡𝗔𝗙𝗜𝗞 𝗕𝗨𝗞𝗧𝗜 𝗞𝗨𝗔𝗧 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗣𝗡-𝗣𝗔𝗦



1. PN-PAS telah jadi Mazhab & Firqah Akidah baru dalam Islam.


2. Penyokong2 PN-PAS label PMX sebagai Munafik kononnya 3 ciri telah ada.


3. Selain Kafir mengkafir, munafik, liberal, sekular, musuh Islam. Semua ini naratif akidah.


4. PAS enggan dipanggil Khawarij, tapi ideologi politik PAS adalah Khawarij.


5. Kenapa isu akidah? kerana PMX tiada isu Rasuah peribadi.


6. Sebelum menuduh PMX, apa kata PAS amati 3 Ciri Munafik pada pemimpin PAS ini:


7. 👉 Berbohong (Hj Hadi fatwa WAJIB bohong bila pertahan Nik Abduh berbohong).


8. 👉 Khianat Amanah (Jadi Duta Khas tapi makan gaji buta, jd ahli parlimen tapi lebih banyak Ponteng).


9. 👉 Mungkir Janji (RUU355 mana? Hudud mana?).


10. Bila PAS hidupkan balik Kapir Mengkapir dan isu akidah, itu bukti kuat Khawarij-nya PAS.


11. PAS tak persoal polisi PMX kerana pemahaman ekonomi dan pentadbiran PAS lemah dan dangkal. Definisi 'Ekonomi Merudum' dan data Inflasi pun tak faham.


12. Jadi untuk kekal relevan, naratif akidah dan agama jadi senjata PAS, bukan lagi jadi nilai panduan yang jauhkan ahli PAS dari dosa.


هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ


"Musnahlah golongan yang melampau.” [HR Muslim]


Ahmad Mursi



ULASAN ISU NEGARA TERKINI OLEH ISWARDY


 

KERAJAAN MADANI SEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN ANAK NEGARA KITA


 

ZUL YAHYA HENTAM JA MACAI PAS NI.


 

RENTASAN 1477 | GEMPAR!! MP PAS-PN PERLEKEH ANCAMAN NEGARA BARAT TERHADA...




MENARIK DALAM RENTASAN 1477

1. BUKTI KESOMBONGAN ULAMA PAS 2. APA YANG LUCU DAN PELIK SANGAT BAGI TAKIYUDDIN? 3. FITNAH KEMUDIAN MINTA MAAF




[gempak] MP PENDANG PAS MEMALUKAN DIRI TAHU CAKAP SEMBERONO & MAIN LANGGAR!

[Panas] MP PAS KOYAK HABIS DI PARLIMEN, JAWAPAN & PENDEDAHAN DS SAIFUDDIN!

RUGI RAKYAT MUAR ADA MP SEMACAM SYED SADDIQ



 




ZAINUDDIN OMAR


Selepas Kuala Kangsar, Labuan pula sokong PMX.

PMX sudah ada 149 MP menyokong beliau dan ini melebihi 2/3.

Syed Saddiq bila mahu U-turn?

Vodoh betul Syed Saddiq jadi pembangkang dan semua peruntukan di tarik balik.

Orang Muar juga yang rugi.

 


Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon kerajaan terdahulu diteruskan




 Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) berhasrat untuk meneruskan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB) meskipun dasar tersebut dirangka kerajaan terdahulu.


Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata sebarang kerangka yang baik akan diteruskan asalkan perancangan tersebut mempunyai strategi dan tindakan yang baik untuk negara.


"Sememang apa yang baik kita akan teruskan dan LCMB ialah dokumen yang mengariskan fokus dan strategi bagi merealisasikan mobiliti rendah karbon dalam pengangkutan darat sekali gus dapat mengurangkan pelepasan gas dan menjimatkan," katanya menerusi ucapan penggulungan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, LCMB pada ketika ini melengkapi Dasar Automotif Negara yang khusus membantu pengeluaran kereta tempatan berteras teknologi pintar.


"Selain itu, LCMB juga memberi fokus kepada empat bidang utama iaitu; penambahbaikan kecekapan bahan api dan pelepasan GHG kenderaan; penggunaan mobiliti elektrik; penggunaan bahan api alternatif serta mod peralihan.


"Oleh itu, pelaksanaan LCMB merentas sektor dan melibatkan pelbagai kementerian yang lain.


"Justeru, kita sememangnya komited untuk melaksanakan perkara ini selaras dengan perkembangan di peringkat antarabangsa," katanya.


Nik Nazmi berkata demikian bagi menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut-PN) mengenai mengenai status Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 (LCMB) sama ada diteruskan atau sebaliknya.

Kerajaan pertimbang pelarian UNHCR dibenar bekerja


 Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan sedang memperhalusi cadangan membenarkan pelarian yang mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk mendapatkan pekerjaan bagi menyara hidup mereka.


Menerusi ucapan pengulungan di Dewan Rakyat, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, KDN menerusi Sistem Pengesan Maklumat Pelarian (TRIS) mengadakan kerjasama perkongsian data UNHCR mengenai jumlah terkini pelarian secara komprehensif selain membantu mereka mendapatkan peluang pekerjaan.


"KDN telah memulakan kerjasama UNCHR mengenai data lengkap (pelarian) yang didaftarkan di badan kemanusian itu.


"Ia bagi mengurus daripada membiarkan mereka (pelarian) menimbulkan pelbagai potensi masalah (seperti) sosial, ekonomi keselamatan dan sebagainya," katanya.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Howard Lee (PH - Ipoh Timur) berkenaan cadangan pelarian UNHCR diberi peluang pekerjaan.


Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, KDN pada ketika ini juga bercadang memberi akses kesihatan dan pendidikan bagi pelarian di Malaysia melalui kerjasama swasta dan awam.


Jelasnya, golongan pelarian juga berhak mendapat kemudahan dan akses itu bagi membela nasib mereka.


"Oleh itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk menyelesaikan secara komprehensif terhadap isu pelarian," ujarnya.

BEKAS MENTERI AYAQ SUAM TAK MAU JAWAB KA ?

 

Macam ni pun ni 🤦🤦


Jawatankuasa itu mendapati 104 daripada 136 ventilator yang dibekalkan oleh Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB) kepada Kementerian Kesihatan semasa wabak itu rosak, tetapi tiada pihak yang dapat bertanggungjawab.




MADU ATAU RACUN


Semalam KJ pertahankan dirinya melalui podcast Keluar Sekejap, mengenai skandal V-Gate (V for vaksin and ventilator). 


Katanya Ventilator order ala Shoppee (case on point melalui WhatsApp) bukan masa zaman dia, dilakukan pada zaman Menteri sebelumnya. 


Vaksin pula dia ulas panjang. Katanya negara ini bazir 10% sahaja dari yang dah diorder. Negara lain lagi banyak pula. Jadi jangan lah salahkan dia. PAC pun dah berapa kali siasat dan dah clear! 


Dia juga katakan, seperti ada juak2 yang nak tengok dia dipenjarakan. Cari la segala isu yang ada. Nak pastikan dia terkena. 


***************


KJ kita tak boleh deny, a prominent star dalam dunia politik negara. Ramai yang predict suatu hari , dia akan jadi Perdana Menteri Malaysia. 


Bermula sebagai anak menantu kepada PM5, ramai yang geram dengannya. Tambah pula PM5 tak berapa function. Ramai yang tuduh “Budak Tingkat 4” lah yang memerintah negara. 


Pelbagai skandal orang lontar padanya. Dari isu ECM Libra kepada skandal KBS seratus juta. Dalam kes UKSB Zahid pun nama dia keluar. Katanya dalam mahkamah mereka kongsi funder yang sama. Terbaru isu vaksin pula. Dan bagaimana ia impak Pharmaniaga. 


But each and everytime, tidak bukti kukuh. Makanya, semua tuduhan itu jadi tidak ampuh. Dia pun nampak makin lama makin angkuh ✌🏼


***************


KJ pada saya a stellar politician. He knows his ways to make himself relevant. Dari jadi mouthpiece lawan Presiden, buat kamikaze move bertanding di Sungai Buloh. 


Walau kalah PRU pun namanya disebut2. Jadi DJ dan model kambing perap. Idea podcast KS pun brilliant. Maknanya dia ada a strong team behind him, warchest pun jitu. Tiada lagi team orang politik yang strong sebegitu. 


Satu saja pasal KJ ni. Cakap la dia budak helicopter tingkat 4 ke, korup dengan pelbagai skandal ke. Kalau kita tengokkan lifestyle dia, masih membumi. Takde la pergi lawat kawasan pakai Burberry. Standard dia  pakai Jersey atau Baju T. Jam di tangan pun kita tengok biasa saja. Takde harga sebijik rumah atau kereta. 


Wife dan family pun sama. Humble. Punya anak kelainan upaya. Kita pun tengok mereka struggle macam kita. Tengok gambar and video pun mereka chill aje. 


Di kalangan orang politik, baik dari Kerajaan atau Pembangkang, little bird bagitau he’s not that likeable. Nampak sangat pushing his way untuk jadi Perdana Menteri Malaysia. Ada perangai toksik juga. 


Pada saya, mereka semua ini competitors. Dalam dunia dogs eat dogs, apa mereka kira. Toksik itu merata. Kawan pun boleh tikam kawan sebab kuasa. Inikan pula lawan mereka. 


Halatuju KJ dalam dunia politik negara masih samar. Kita tak tahu apa penghujungnya. Bagi peminat nya, dia mungkin anekdot kepada kelompongan pemimpin lama. Bagi pembenci dia pula, nak dibakul sampahkan dia. Ada yang sampai kata, karier politik dia sudah boleh ikat tepi. 


With all the propaganda and black ops dalam dunia politik, kita pun tak tahu nak percaya apa. Sama ada KJ ini madu atau racun untuk negara, hanya masa akan tentukan. Semua dalam tangan Tuhan. Kita doa dia ditunjukkan jalan. Ke arah kebenaran, perhaps Tuhan tetapkan inilah PM masa depan. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki




INI REAL.


 

TEDIAAA....


 

MAAF SEKADAR MEMBETUL SALAH FAHAM (JIKA ADA)


Che Ibrahim


Haji seorang yang telah mati hanya dianggap "hutang" yang wajib dibayar oleh warisnya jika ianya wajib ditunaikan spt nazar atau qadha' haji. Bagi kes kes spt ini, maka harta si mati wajib diambil untuk disempurnakan hajinya, bakinya baru boleh di faraidkan kerana ianya dianggap "hutang" dengan Allah. 

Adapun seorang yang mati tetapi belum mengerjakan haji kerana tak naik nama, tak sampai seru atau seumpamanya, harta yang ditinggalkan itu tidak boleh digunakan untuk upah haji kecuali dgn izin semua ahli waris...... Wallahu'alam



PM BELANDA ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT DAN PERNIAGAAN.

 














Hari ini saya menerima kunjungan hormat rakan sejawat, Mark Rutte, Perdana Menteri Belanda, di Kompleks Seri Perdana sempena Lawatan Kerja ke Malaysia. 


Platform ini termasuk pertemuan empat mata, adalah penting bagi mengadakan perbincangan dan mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Belanda.


Sayugia, kunjungan ini juga membolehkan kami bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang terkait dan juga demi kepentingan bersama. 


Antara isu terkait adalah industri kelapa sawit, kerjasama digital, kecerdasan buatan, teknologi semi-konduktor, yang pastinya banyak untuk dikongsikan antara kedua-dua negara.


Moga hubungan Malaysia-Belanda akan terus bertambah baik dan kukuh pada masa hadapan, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI