Hebat AEON Kota Bharu. Selain dari pusat membeli belah, ia juga kini pusat bermandi-manda. Patutlah Nik Amar bangga sangat. Guane boh?
Raja Gelap
Hebat AEON Kota Bharu. Selain dari pusat membeli belah, ia juga kini pusat bermandi-manda. Patutlah Nik Amar bangga sangat. Guane boh?
Raja Gelap
Ni satu lagi permainan fitnah PN. Tiba-tiba dia kata Sardin Cap Ayam baik sampai RM13.30. Hari tu aku nampak di Hero Market harga RM9.60 tapi aku tak ambil gambar sebab aku tak terfikir harga sardin pun nak dijadikan isu.
Tapi dasar penipu dan pemfitnah. Semua benda dia nak tipu dan nak dijadikan fitnah. Tapi mujurlah ada seseorang yang ada resit beli sardin. Tarikh resit tu 4 Julai. Baru sangat dan harganya RM9.50. Murah sikit dari Hero Market.
Memang Sardin Cap Ayam pernah naik sampai ke RM10.80 tapi itu zaman PN. Masa tu aku pun beli sardin Botan sebab terkejut tengok harga Cap Ayam tu. Tapi sekarang harga barangan kembali normal. Nikmat apa yang walaun nak nafikan? Guane boh?
Raja Gelap
INILAH TEKTIK KOTOR PAS TERENGGANU MEMASANG BANNER MENYERANG PMX DAN MEMBERITAHU HARGA BARANG NAIK 20% MULAI OGOS 2023. GAMBAR MADANI ANWAR DIGUNTING
BERJUANG ATAS NAMA ISLAM PERANGAI WALLAUN NILAI SENDIRILAH WEH!!
Asyraff Jeffry
Terbaca artikel Ebit Lew tidak bayar sewa rumah dan bil utiliti yang dijanjikan kepada bekas gelandangan sampai gelandangan tersebut kembali ke jalanan semula selepas dihalau oleh pemilik rumah di atas kegagalan membayar sewa.
.
Wallahua’lam, saya tidak tahu betul atau tidak dan apa perjanjian antara mereka. Itu urusan mereka berdua. Cuma, saya nak cerita kepada anda, begitulah perangai sesetengah orang miskin. Mereka sudah dibantu tapi tidak ingin bantu diri sendiri.
.
Bayangkan, rumah sudah disediakan, sesetengah kelengkapan rumah sudah dibeli, hanya tinggal keluar rumah, cari kerja. Saya percaya pihak Ebit Lew bayar rumah tersebut sekurang-kurangnya lima bulan yang mana itu adalah satu tempoh yang lebih dari mencukupi untuk cari kerja dan berdikari.
.
Saya jumpa ramai orang miskin sebegini. Mereka suka merungut,daif dan tidak berdisiplin. Yang pelik, mereka ada smartphone dan internet untuk DM NGO minta bantuan walhal anak tidak dihantar ke Sekolah.
.
Ada satu keluarga di Kota Bharu,pernah dapat liputan media, tidak dapat elektrik lebih 16 tahun! Saya ke rumahnya. Memang daif. Kami bersembang di luar rumah. Anaknya yang berumur anggaran 2-3 tahun datang bermain di kaki dengan pisau, dia hanya tengok dan terus sambung berbual dengan kami.
.
“Anak-anak yang besar gi mano kak?”
.
“Lepas habis sekoloh biaso kak hata dia gi umoh adik. Mitok tolong adik jago sebab kak penat. Kak bayar la ngupoh sikit.”
.
Eh? Dia mesej minta bantuan bagitahu duit makan harian tiada tapi boleh bayar pengasuh? Saya tanya lagi, katanya rumah tiada elektrik lebih dari 16 tahun tapi bagaimana dia cas Smartphone?
.
“Kak tupe cas kat restoran nuh. Bayar dio siya (RM1) sekali cas.”
.
Asalnya nak bagi RM100 tapi lepas bersembang panjang, kami hulur RM50 sahaja. Pernah sekali kami panggil dia datang ambil makanan di Free Market bulan Ramadan di Kota Bharu. Lepas dapat makanan, dia tanya,” ni jah ko? Takdok ko benda-benda lain sekali?”
.
Memang ada orang miskin sebegini. Tapi ada juga mereka yang ‘terpaksa’ miskin di atas sebab-sebab tertentu. Cuma golongan ini biasanya rajin dan berdisiplin. Mereka ingin keluar dari kepompong kemiskinan tetapi situasi dan keadaan tidak mengizinkan.
.
Ada satu keluarga yang saya kenal, lepas ada anak empat orang, suami keluar rumah dan tinggalkan mereka tanpa sebarang nafkah. Dia terpaksa jaga semua anak kecil sendirian. Ibu ayahnya juga tiada. Dia bangun pukul tiga pagi untuk buat kuih, letak di kedai-kedai ketika hantar anak ke sekolah. Kemudian balik buat kerja rumah, pukul 11 keluar ambil duit dan ambil anak. Selapas itu balik ke rumah semula untuk jaga anak yang lain.
.
Semoga Allah merahmati mereka yang benar-benar berusaha.
Mat Man
Kuasa ditangan rakyat, dah 30tahun rakyat bagi kuasa kat lebai memerentah tetapi x ada apa yg rakyat dapat yg senang lebai dapat kereta mercedes elaun wakil rakyat naik, tapi servis utk rakyat mengecewakan.
Prn kali ni ubahlah bagi kepercayaan kerajaan perpaduan yg diketuai PMX yg mempunyai iltizam memajukan negara melawan rasuah salahguna kuasa.
Ha ni panas-panas dari Hero Market Tebrau City, JB. Baru tadi tengok dan aku sendiri yang snap gambar. Siapa yang kata mahal tu?
Walaun agak-agak la kalau nak menipu. Gula pasir melambak ada. Tu separuh je yang muat kamera fon aku. Harga masih RM2.85.
Tengok harga bawang tu, aku sendiri pun tirkijut la. Punya murah. Masa PN dalam kerajaan dulu berapa harga? Ingat? Guane boh?
Raja Gelap
.
Sanusi Nor didakwa mencuri REE di Kedah dan menggunakan peruntukan RM1.6 bilion Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya bagi tujuan lain.

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Sanusi Nor sudah menghantar notis tuntutan kepada Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail atas dakwaan memfitnahnya berhubung dua isu berasingan.
Katanya, surat tuntutan itu berkaitan dakwaan beliau mencuri unsur nadir bumi (REE) di Kedah dan menggunakan peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) sebanyak RM1.6 bilion bagi tujuan lain.
“Kalau dia tak jawab dalam tempoh diberikan, kita akan mulakan proses saman, wajib dah saman, tak boleh biar dah,” katanya menurut Harian Metro ketika berucap dalam Himpunan Munajat Perdana di Sik, Kedah malam tadi.
Ahad lalu, media melaporkan Sanusi mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Saifuddin atas isu dana Marris dan REE kerana menyatakan maklumat tidak benar yang disifatkannya mengelirukan, berniat jahat untuk memfitnah serta bermotifkan politik.
Katanya, beliau mempunyai dokumen lengkap semua isu itu dan menasihatkan Saifuddin tidak mencampuri urusan kementerian lain.
Saifuddin kemudian membalas dengan berkata, beliau sedia menghadapi sebarang tindakan undang-undang daripada Sanusi berhubung dakwaan kecurian REE kerana ada banyak bukti untuk menyokong dakwaan itu dan akan terus mempertahankan kenyataannya.

PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin akan memfailkan saman fitnah terhadap Anwar Ibrahim berhubung dakwaan perdana menteri itu mengenai pelupusan RM8.3 bilion hutang peneroka Felda yang tidak dilaksanakan kerajaan Perikatan Nasional.
Muhyiddin berkata, dua dokumen yang dikemukakan Anwar awal hari ini bukan berkenaan pelupusan hutang peneroka, sebaliknya mengenai terbitan sukuk dan kredit pusingan kepada Felda.
“Dokumen sukuk yang didedahkan juga menunjukkan Anwar tidak memahami kandungan dokumen yang beliau tandatangan sebagai menteri kewangan,” katanya.
“Ini bahaya. Entah apa lagi dokumen atau perjanjian yang beliau tandangan atas kapasitinya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan yang beliau tidak faham atau tidak tahu isi kandungannya.”
Semalam, Muhyiddin menuntut Anwar memohon maaf berikutan dakwaan perdana menteri itu bahawa hutang peneroka Felda, berjumlah RM8.3 bilion, tidak pernah dilupuskan bawah pentadbiran Muhyiddin.
Muhyiddin juga menuntut Anwar memberikan bukti bahawa beliau sebagai menteri kewangan telah menandatangani pelupusan hutang itu pada Jun.
Awal hari ini, Anwar mendedahkan dua dokumen, iaitu jaminan kerajaan yang dikeluarkan kepada Felda dan arahan pembayaran RM990 juta daripada kerajaan kepada Felda, sebagai bukti.
Pemimpin seperti Muhammad Sanusi Md Noor tidak layak diangkat sebagai ikon kepada Pas kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad.
Khalid dalam satu sesi bual bicara bertajuk, "Sanusi – Kepimpinan Berkualiti Pas?" membandingkan sikap Sanusi dengan bekas Mursyidul Am, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang jelasnya sangat jauh berbeza.
Malah Khalid menegaskan, perangai kebudak-budakan Menteri Besar Kedah itu jika diangkat sebagai ikon boleh menjatuhkan imej dan maruah Pas.
"Kalau banding Pas dahulu dengan sekarang, memang jauhlah bezanya. Pas dahulu ikon kepimpinannya adalah Allahyarham Nik Abdul Aziz, seorang ulamak yang lemah lembut, berakhlak mulia, berilmu, menghormati rakan dan taulan, malah lawan pun dihormatinya.
"Sekarang ini Pas sudah berubah sebab ikon kepimpinannya adalah orang macam Sanusi yang dianggap hero dan panglima perang, sedangkan macam-macam dibuatnya tidak betul. Salah satu yang jelas ialah yang dia fitnah Datuk Mahfuz Omar," katanya.
Khalid menjelaskan, cara kepimpinan Allahyarham Nik Abdul Aziz menjadi aspirasi kepada semua ahli Pas kerana berjaya mempertingkatkan ilmu, memperbaiki akhlak dan membentuk gerakan yang berdisiplin di kalangan ummah.
"Orang yang seperti Nik Abdul Aziz menjadi ikon Pas yang menyebabkan saya dan rakan menyertainya, selain ulamak Allahyarham Yusof Rawa dan Allahyarham Fadzil Noor.
"Ikon kepimpinan adalah mencerminkan perjuangan parti itu. Bila kita letak Nik Abdul Aziz sebagai ikon kepimpinan, beliau menguruskan kewangan negeri dengan baik sekali walaupun ketika itu Kelantan tidak dapat banyak peruntukan daripada kerajaan persekutuan," katanya.
Untuk rekod, Muhammad Sanusi pada April lalu gagal dalam rayuan saman fitnah terhadap bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu kemudian diperintah membayar RM120,000 susulan kenyataan yang mengaitkan Mahfuz selaku wakil rakyat Pokok Sena ketika itu - dalam isu pemindahan kedai judi nombor ekor Sport Toto ke kawasan terbabit
Sementara itu ketika mengulas pendakwaan terbaharu dihadapi Muhammad Sanusi susulan kenyataan yang menyentuh institusi Diraja, Khalid menyifatkannya sebagai keterlaluan.
Jelasnya, jika seperti itulah kepimpinan yang dikatakan berkualiti dalam Pas, maka politik orang Melayu serta Islam akan rosak dan negara bakal hancur.
"Ini kerana Pas tidak mengambil kira sifat kepimpinan yang diutamakan oleh Islam sebagaimana ditunjukkan oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz," jelasnya.
Jelasnya, kedua-dua negara menjalinkan hubungan amat baik dan Malaysia bersedia meningkatkan kerjasama serta hubungan istimewa sedia ada ke tahap lebih tinggi.
Pada ucapan di majlis makan malam rasmi yang dihoskan oleh rakan sejawatnya Pham Minh Chinh di Hanoi malam tadi, Anwar turut menyatakan kekaguman terhadap perjuangan Vietnam dan rakyatnya untuk pulih daripada kesusahan serta kesukaran yang dialami semasa pertempuran menentang penjajah.
"Berbekalkan kecekalan dan ketabahan di peringkat kepemimpinan serta rakyat, anda berjaya mengecapi kejayaan besar dalam tempoh beberapa dekad sahaja yang sekali gus menjadikan Vietnam sebuah negara penting di ASEAN dan kini dikenali sebagai antara negara membangun paling berpotensi di dunia," katanya.
Anwar sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Vietnam bermula Khamis atas jemputan rakan sejawatnya.
Kehadirannya semalam diberikan sambutan rasmi oleh Chinh di Istana Presiden sebelum kedua-dua pemimpin itu mengadakan mesyuarat bilateral di Government Office.
Hari ini Anwar dijadualkan akan menghadiri forum Perniagaan Malaysia-Vietnam sebelum ke Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri bersama diaspora Malaysia di Hanoi.
Anwar juga dijadualkan untuk mengadakan kunjungan hormat dengan Pengerusi Dewan Rakyat Vietnam Vong Dinh Hue di Bangunan Dewan Rakyat, sebelum ke Book Street di Dinh Le Street di mana beliau dan rakan sejawat akan bertukar-tukar buku, sebelum menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Al Noor.
Beliau juga akan mengadakan kunjungan hormat dengan Presiden Vietnam Vo Van Thuong di Istana Presiden, diikuti sidang media bersama media Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.