DR ROZAIMI TEGUR PAS AGAR JUJUR




Satu perkara yang penting apabila dilantik ke jawatan tertentu ialah mengiktiraf jasa dan berikan kredit kepada pihak yang berusaha sehingga jaya sesuatu perkara. Inilah yang menyebabkan Nabi sallallah alaih wasallam mengiktiraf jasa Mut'im bin 'Adiy yang tidak Islam ketika membantu baginda selepas peristiwa Taif berlaku.

Jangan pula pencapaian hasil usaha orang lama dibakulkan konon ia usaha kita sedangkan ia bukan usaha kita. Berikan hak kepada yang berhak dan iktiraf kejayaan orang walau mereka bukan dari kumpulan atau parti kita. Sabda Nabi sallallah alaih wasallam:

فأعط كل ذي حق حقه

Berikan hak kepada setiap pemilik hak. (HR al-Bukhari)

Ini adalah antara asas pentadbiran Islam selain daripada hudud.

Dr Rozaimi Ramle

BENARLAH KATA2 DR ROZAIMI. SEMUA TAHU, SEWAKTU TH BERADA DI ZAMAN UMNO/BN, PAS BERPUAS HATI DENGAN PENGURUSAN TH.

BILA KERAJAAN PH PERINTAH, DIDAPATI TERLALU BANYAK SALAH LAKU BERLAKU DI DALAM TH. PELABURAN TH RUGI BESAR, TETAPI DISEMBUNYIKAN DENGAN MEMBAYAR HIBAH YANG MELANGGAR PERATURAN TH. KERAJAAN PH TERPAKSA MEMPERBETULKAN SEMULA PENGURUSAN TH HINGGA KE LANDASAN YANG BETUL. TERBUKTI, .MENTERI AGAMA DI BAWAH KERAJAAN PN SEWAKTU PM MUHYIDIN, IAITU DR ZULKIFLI MENGAKU PENGURUSAN TH DI BAWAH KERAJAAN PH

TERBAIK

DAN CEMERLANG.

PEMBETULAN YANG DIBUAT OLEH KERAJAAN PH ITU LAH MENJADIKAN TH KINI MUDAH DIURUS. TIBA2 LEBAI AMBIL KREDIT KONONNYA ATAS USAHA MEREKA. MENTERI AGAMA DARI LEBAI BUAT APA UNTUK TH? SEKADAR BERITAHU BAHAWA KOS PERGI HAJI MENINGKAT, MAKA TIDAK WAJIB PERGI HAJI JIKA TIDAK MAMPU? ITU BUDAK2 TADIKA PASTI PUN TAHU.

WFAUZDIN NS

 

HOOLIGANS & BIGOTS

 








HOOLIGANS & BIGOTS

1. 3 hari lepas, seluruh dunia dikejutkan. 125 orang meninggal termasuk 32 kanak2, dalam satu rusuhan penyokong bola di daerah Malang, Indonesia. Kejadian yang memang malang dalam sejarah bola sepak dunia.

2. Pelbagai langkah dibuat supaya tak jadi rusuhan. Polis siap halang penyokong team lagi satu masuk stadium. 40,000 penonton dalam stadium hanya dari satu team. Disebabkan mereka kalah, mereka merusuh ke padang, lawan polis dan bakar kereta yang ada.

3. Polis tiada pilihan lain, selain tembak gas pemedih mata. Makanya, berpusu la penonton lain bertempiaran lari. Nak selamatkan diri. Makanya terjadi lah stempede. Sampai kanak2pun dipijak2 dan mati.

4. Penyokong bola sebegini, yang taksub team, kita gelar Hooligans. Mereka bukan saja pajak otak kepada pasukan bola, mereka pajak nyawa sekali. Nyawa melayang hanya kerana ikut perasaan. Pasukan yang disokong kalah dalam perlawanan bola. Bukankah kematian itu sia2?

5. Itu pentaksub dalam game bola. Hooligans namanya. Dalam politik lagi la banyak pentaksub. Kita gelar mereka BIGOT!

6. “Bigot” ni datang daripada perkataan Perancis bermaksud “By God”. Senang cerita, dia perasan dia orang kanan Tuhan. Menghukum dan mencemuh orang lain sewenang2. Terutama kalau benda yang dia tak senang.

9. Kenapa tak senang? Kerana taksubnya dia pada satu individu atau parti tertentu. Kalau orang lain kritik, dia yang haru biru. Tak senang duduk dibuatnya. Kemarahan meluap2 jua. Sampai boleh hilang kawan dan saudara.

10. Kalau anda ada ciri2 ni, beristigfarlah. Mana2 agama pun tak minta kita taksub dengan mana2 orang. Tambah sampai jadi mental pula, hati tak senang.

11. Kalau nak taksub, taksub lah kepada kebenaran dan keadilan. Tak kira dari mana ia datang. Mana baik kita sokong, mana salah kita bantah. Tak kira lah siapa pun orang/ pihak yang buat baik atau salah.

12. Sebagai pengundi yang bijak, kita tak boleh jadi penyokong taksub bola. Sama ada hooligans atau bigots. Peranan kita sebagai referee. Kita duduk tengah2.

13. Undi mana baik untuk negara. Untuk itu tepuk dada tanya selera. Yang penting banyakkan membaca, dan semak fakta. Supaya tak termakan propaganda.

14. Jangan taksub pemimpin, jangan totok parti. Jangan pajak otak dan nilai prinsip kita pada mereka2 ini.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

HOOLIGANS & BIGOTS

1. 3 hari lepas, seluruh dunia dikejutkan. 125 orang meninggal termasuk 32 kanak2, dalam satu rusuhan penyokong bola di daerah Malang, Indonesia. Kejadian yang memang malang dalam sejarah bola sepak dunia.

2. Pelbagai langkah dibuat supaya tak jadi rusuhan. Polis siap halang penyokong team lagi satu masuk stadium. 40,000 penonton dalam stadium hanya dari satu team. Disebabkan mereka kalah, mereka merusuh ke padang, lawan polis dan bakar kereta yang ada.

3. Polis tiada pilihan lain, selain tembak gas pemedih mata. Makanya, berpusu la penonton lain bertempiaran lari. Nak selamatkan diri. Makanya terjadi lah stempede. Sampai kanak2pun dipijak2 dan mati.

4. Penyokong bola sebegini, yang taksub team, kita gelar Hooligans. Mereka bukan saja pajak otak kepada pasukan bola, mereka pajak nyawa sekali. Nyawa melayang hanya kerana ikut perasaan. Pasukan yang disokong kalah dalam perlawanan bola. Bukankah kematian itu sia2?

5. Itu pentaksub dalam game bola. Hooligans namanya. Dalam politik lagi la banyak pentaksub. Kita gelar mereka BIGOT!

6. “Bigot” ni datang daripada perkataan Perancis bermaksud “By God”. Senang cerita, dia perasan dia orang kanan Tuhan. Menghukum dan mencemuh orang lain sewenang2. Terutama kalau benda yang dia tak senang.

9. Kenapa tak senang? Kerana taksubnya dia pada satu individu atau parti tertentu. Kalau orang lain kritik, dia yang haru biru. Tak senang duduk dibuatnya. Kemarahan meluap2 jua. Sampai boleh hilang kawan dan saudara.

10. Kalau anda ada ciri2 ni, beristigfarlah. Mana2 agama pun tak minta kita taksub dengan mana2 orang. Tambah sampai jadi mental pula, hati tak senang.

11. Kalau nak taksub, taksub lah kepada kebenaran dan keadilan. Tak kira dari mana ia datang. Mana baik kita sokong, mana salah kita bantah. Tak kira lah siapa pun orang/ pihak yang buat baik atau salah.

12. Sebagai pengundi yang bijak, kita tak boleh jadi penyokong taksub bola. Sama ada hooligans atau bigots. Peranan kita sebagai referee. Kita duduk tengah2.

13. Undi mana baik untuk negara. Untuk itu tepuk dada tanya selera. Yang penting banyakkan membaca, dan semak fakta. Supaya tak termakan propaganda.

14. Jangan taksub pemimpin, jangan totok parti. Jangan pajak otak dan nilai prinsip kita pada mereka2 ini.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

IYA....PKR HARUS UTAMAKAN CALON SENDIRI. BUKAN SEDIKIT NAMA YANG SETIA DAN SEHARUSNYA DIKETENGAHKAN.

 

Terima sebagai ahli, bukan calon PRU, pemimpin akar umbi bidas dakwaan Zaharin





Bekas ahli Umno, Zaharin Yasin dialu-alukan untuk menyertai PKR
 tetapi bukan sebagai calon di Parlimen Bandar Tun Razak, kata Ketua
 Bahagiannya, Azman Abidin. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Tidak mudah bekas ahli Umno, Zaharin Yasin mewakili PKR untuk bertanding di Bandar Tun Razak selepas pengkhianatan yang dilakukan bekas pemimpin mereka, Kamarudin Jaffar dalam Langkah Sheraton, dua tahun lalu.

Kamarudin, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, antara 11 Ahli Parlimen PKR termasuk Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin yang keluar parti susulan Langkah Sheraton, menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang selepas 22 bulan mentadbir Putrajaya.

Bercakap kepada FMT, Ketua Bahagian PKR Bandar Tun Razak, Azman Abidin berkata pengkhianatan itu menyebabkan setiap cabang lebih berhati-hati menerima “calon luar” agar tragedi hitam itu tidak berulang.

Bagaimanapun, Azman berkata parti itu mengalu-alukan veteran Umno itu menyertai PKR, tetapi bukan sebagai calon mewakili mereka pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Dia nak jadi ahli parti kita tiada masalah tetapi kalau nak bertanding, kita ada lagi banyak calon lebih layak yang boleh mempertahankan kerusi kita.

“(Bagi) seluruh cabang yang terlibat dalam Langkah Sheraton, pengkhianatan ini bukan saja membuatkan kita lebih berhati-hati tetapi kita akan pastikan tiada lagi pengkhianatan,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan Zaharin bahawa beberapa pemimpin dan rakan dalam PKR memaklumkan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk mencadangkan namanya bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak.

“Jika saya bertanding atas tiket PH (Pakatan Harapan), melalui PKR, saya boleh menang kerana saya mempunyai ramai pengikut di Bandar Tun Razak,” kata Zaharin di Facebooknya.

Tambah Azman, PKR Bandar Tun Razak mempunyai calon lebih layak berbanding blogger berkenaan yang dipecat dari Umno, Jumaat lalu.

“Selama ini tiada Zaharin pun kita menang tiga penggal, dan undi kita meningkat. Jadi nak kekalkan kemenangan itu tiada masalah.

“Tak mudah dia terus kena pecat, kita bagi dia kerusi (Parlimen). Kita kena ambil pandangan akar umbi,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah menghantar tiga nama untuk dipertimbang pucuk pimpinan sebagai calon pada PRU15, dan menyerahkan kepada Anwar untuk membuat pertimbangan sewajarnya.

“Cabang dah bagi tiga nama kepada pucuk pimpinan tetapi kalau Presiden (Anwar) kata nak bagi laluan dekat Zaharin itu kita tak boleh buat apa lah,” katanya.

Pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Jumaat lalu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan memaklumkan pemecatan Zaharin yang juga Ketua Cawangan Umno Projek Perumahan Awam (PPA) Sri Labuan daripada parti. Pemecatan Zaharin dilihat berkait tindakannya yang lantang menentang pemimpin parti sendiri.

DI MANA DIA BERTANDING ..SILA BENAMKAN DIA....TAK BOLEH BUAT KERJA...MERAPU SAJA.

 

PRU15: Wan Saiful mungkin tanding di Lembah Pantai atau Jerlun, kata sumber.




Wan Saiful Wan Jan (tengah) dilihat mempunyai peluang cerah untuk
 menang jika bertanding di Jerlun atau Lembah Pantai, yang kini
 dipegang oleh Mukhriz Mahathir dan Fahmi Fadzil.

PETALING JAYA: Walaupun sebelum ini diperkatakan akan bertanding di Kubang Pasu, sumber dalaman parti berkata ketua bahagian Bersatu di Lembah Pantai dan Jerlun mahu mencalonkan Wan Saiful Wan Jan di dua kawasan itu.

Sumber itu berkata ketua penerangan Bersatu itu mempunyai peluang cerah untuk bertanding di Lembah Pantai atau Jerlun pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Bila dekat pilihan raya umum (PRU)…pembahagian kerusi itu berlaku pantas dan tidak semestinya buat kempen dekat kawasan dia (Kubang Pasu), akan dapat kerusi itu…ada beberapa ketua bahagian (Bersatu) mencalonkan Wan Saiful untuk bertanding di Jerlun dan Lembah Pantai,” kata sumber itu kepada FMT.

PKR mengekalkan kerusi di Lembah Pantai yang dimenangi sejak 2008 menerusi calonnya, Fahmi Fadzil dengan majoriti 5,598 undi pada PRU14.

Mukhriz Mahathir yang mewakili Bersatu memenangi kerusi Parlimen Jerlun, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Othman Aziz dan PAS, Abd Ghani Ahmad, dengan majoriti 5,866 pada PRU14. Namun kini, Mukhriz telah menyertai parti Pejuang dan berkemungkinan mahu mempertahankan kerusi Jerlun pada PRU15.

Dalam pada itu, sumber itu berkata kajian dibuat Bersatu di peringkat bahagian Jerlun dan Lembah Pantai menunjukkan Wan Saiful mempunyai peluang cerah untuk menang jika bertanding antara dua kerusi itu. Ini berdasarkan rekod pencapaian terbaik ketika menerajui PTPTN, di samping menyumbang idea dari segi tadbir urus baik ketika berada dalam IDEAS.

Selain itu, katanya tahap sokongan Pejuang di Jerlun dan Fahmi yang mewakili PKR merosot berdasarkan kajian dibuat.

“Mukhriz mungkin pertahan kerusi dia di Jerlun atau pindah ke Kubang Pasu. Berdasarkan kepada kajian dalaman Bersatu, sokongan terhadap Pejuang kurang dan aura anak kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sudah tidak lagi relevan,” katanya.

Tambahnya, pengundi di Jerlun lebih sukakan konsep penyatuan Ummah antara PAS dengan Bersatu di situ.

Sumber itu juga berkata di Lembah Pantai, kajian dibuat menunjukkan rata-rata pengundi mahu memberi peluang kepada parti lain selain PKR yang sudah tiga penggal menerajui di situ. Menurutnya, ini ditambah lagi dengan penolakan sentimen ideologi kiri yang didakwa Wan Saiful sebelum ini diperjuangkan PKR dalam gabungan PH dipengaruhi ideologi DAP.

Katanya, imej PKR juga merosot sejak kekalahan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

“Sudah tiba masanya pengundi-pengundi di kawasan bandar beralih sokongan kepada perjuangan ‘right centre’, mewakili kuasa politik Melayu,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, apa-apa keputusan untuk mencalonkan pemimpin tertakluk kepada keputusan tertinggi parti, dan Wan Saiful sedia bertanding di mana-mana kawasan termasuk dua kerusi itu.

ISLAM TERANCAM


 

JANGAN BENARKAN PENJENAYAH INI JEJAK KAKI DI PARLIMEN


 

Akses Kepada Pendidikan Yang Berkualiti

 


Akses Kepada Pendidikan Yang Berkualiti

Semalam dalam majlis bersama para pelajar Sheikh Abu Bakar Ahmad, saya turut diberi kesempatan untuk memberi ucapan ringkas.
Saya menyentuh berkenaan pendidikan dan juga pendemokrasian pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak dan para pelajar, samada di bandar mahupun di desa.
Saya turut menggesa para pelajar untuk memanfaatkan keilmuan Sheikh Abu Bakar Ahmad dengan mementingkan penguasaan ilmu pengetahuan, memantapkan akidah serta sahsiah dan juga mempunyai daya fikir yang kritis dan terbuka.
Di Malaysia masih banyak yang perlu diupayakan, terutamanya akses kepada pendidikan yang berkualiti, agar matlamat dan cita murni mempaculkan tamadun dan bangsa yang berjaya tercapai.


INI DIA PERINGATAN BUAT RAKYAT-UNDI PH , TAPI UMNO BAGI AMBIL


 Mat Nawi Yaacob
masa kempen kerajaan turunkan harga minyak masak dan sayur sayuran, lepas pru harga balik asal, kena tipu sokmo



BERLAKU KAT NEGERI DIA PERINTAH PUN TAK DAPAT SELESAI SALAH SANA SINI.



W.FAUDZIN

Kesal je? Konsert tu senyap sunyi ke? Tak dengar dan tak diketahui oleh kerajaan negeri? Bayangkan kalau konsert tu sewaktu era kerajaan PH atau dibuat di Selangor atau P.Pinang...kompom macam2 dalil akan keluar dari mulut lebai....tapi berlaku kat negeri dia, pertandingan bina badan jantan betina ke..konsert ke...semuanya syarie...

BERILAH KELULUSAN TAPI DENGAN TANGAN BERGARI SEBAB DIA MEMANG BANDUAN DAN PENJENAYAH

 



KHAIRUL ANUAR AHMAD ZAINUDDIN

Peguam Najib Abdul Razak memberi tempoh sehingga 12 tengah hari esok(HARI INI) kepada Menteri Dalam Negeri berhubung rayuan mereka supaya Ahli Parlimen Pekan itu dibenarkan menghadiri parlimen.

Jika tidak, pasukan peguam bekas perdana menteri akan memfailkan tindakan undang-undang untuk membenarkan Najib berbuat demikian.

Peguam utama Najib petang tadi mendedahkan Jabatan Penjara minggu lalu tidak membenarkan permohonannya menghadiri persidangan Dewan Rakyat.




 

KEGILAAN APAKAH INI ?







Kegilaan apakah ini?

Ada banduan yang maknya nak meninggal pun tidak dibenarkan keluar penjara.

Ini ada banduan yang 9 Hakim putuskan dia bersalah salahguna kuasa dan ambil rasuah, nak saman Jabatan Penjara kerana tak bagi dia keluar hadir sidang Parlimen.

Mahkamah dia lawan, Kementerian Kesihatan dia tibai, sekarang Jabatan Penjara pun jadi mangsa.

Apa beza banduan marhein dan kayangan? Kita patut salute Jabatan Penjara. They know no one is above the law, termasuklah bekas Perdana Menteri.

Ketahuilah ini trick untuk stay relevant. Kalau takde stunt sebegini, rakyat mula dah lupakan dia.

Lepas ini kita tengok pula apa akai dia?

 

Bolehkah Yang di-Pertuan Agong tolak cadangan bubar Parlimen?


 Jika Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pernah menolak nasihat Perdana Menteri dan Kabinet untuk mengisytiharkan darurat pada Oktober 2020, maka tidak mustahil Seri Paduka juga menolak pembubaran Parlimen jika dinasihati oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat ini.

Khabar kemungkinan Perdana Menteri akan menasihati YDPA untuk pembubaran Parlimen semakin bertiup kencang. Desakan daripada UMNO ke atas Perdana Menteri untuk pembubaran kelihatan amat kuat.

Walaupun Kabinet dilaporkan tidak setuju, tidak mustahil Perdana Menteri akan bertindak juga mengikut kehendak partinya.

Jika berlaku demikian, adakah YDPA mesti membubarkan Parlimen? Jika mengikut konvensyen perlembagaan dan kefahaman peruntukan perlembagaan secara literal, jawapannya, ya.

Pembubaran Parlimen di bawah Perkara 55(2) termasuk dalam urusan yang dilaksanakan oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri berdasarkan Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.

Berbeza dengan pembubaran akibat hilang sokongan majoriti di bawah Perkara 43(4) dan 40(2)(b) yang boleh dilakukan atas budi bicara YDPA.

Namun, dalam situasi semasa jika Perdana Menteri menasihati YDPA untuk pembubaran Parlimen, terdapat kemungkinan amalan biasa itu tidak berlaku. Ada beberapa perkara yang wajar dilihat bagi memahami situasi ini.

Pertama: Tidak seperti sebelum ini, Perdana Menteri kini tidak mewakili sesebuah parti atau gabungan parti secara solid. Sebelum ini, nasihat Perdana Menteri secara individu dianggap mewakili Kabinet tanpa perlu dipersoalkan.

Namun kini, jika Perdana Menteri menasihati YDPA untuk pembubaran Parlimen, ia belum mewakili keseluruhan anggota jemaah menteri yang mewakili kerajaan.

Maka nasihat Perdana Menteri mungkin ditolak atas alasan ia tidak dibuat secara kolektif sedangkan Perlembagaan memberikan penekanan kepada konsep tanggungjawab bersama atau collective responsibility (Perkara 43(3).

MAHKAMAH

Kedua: Sebagaimana keputusan YDPA menolak nasihat pengisytiharan darurat berteraskan kepentingan awam, maka tidak mustahil nasihat Perdana Menteri untuk pembubaran Parlimen juga ditolak berasaskan kepentingan awam.

Kepentingan awam boleh merujuk kepada beberapa faktor termasuklah ketidaksesuaian pilihan raya umum (PRU) dilaksanakan pada musim tengkujuh, dan pembaziran jika PRU di peringkat Parlimen tidak berjalan serentak dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) di beberapa negeri.

Ketiga: Tindakan YDPA yang mungkin tidak membubarkan Parlimen serta-merta walaupun selepas dinasihati Perdana Menteri tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah (Perkara 32).

Keempat: Pembubaran Parlimen yang menyebabkan rakyat terpaksa mengundi sewaktu musim tengkujuh dan PRU sebelum urusan belanjawan negara tidak disempurnakan dengan baik oleh kerajaan serta risiko pembaziran akibat pilihan raya tidak serentak adalah satu langkah yang tidak popular dan bertentangan dengan sentimen umum rakyat.

Sebarang tindakan YDPA yang selari dengan kehendak rakyat sukar dipersoalkan walaupun ia kelihatan luar biasa. Maka atas empat faktor di atas, saya menjangkakan tidak mustahil nasihat pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri akan ditolak jika ia benar-benar berlaku.

Adalah lebih baik bagi Perdana Menteri untuk mengutamakan keputusan Kabinet berbanding keputusan partinya.

Waktu yang baik untuk mengadakan pilihan raya ialah selepas selesai musim tengkujuh dan selepas Bajet 2023 dapat dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan.

Dalam situasi pelbagai parti menguasai kerajaan-kerajaan negeri, maka langkah paling tepat ialah mewujudkan persefahaman dengan parti-parti berbeza berkaitan waktu pembubaran Parlimen dan DUN-DUN.

Sama-sama kita doakan agar pemerintah dan pemimpin negara sentiasa diberi petunjuk oleh Allah SWT untuk membuat keputusan terbaik demi maslahah agama, rakyat dan negara.

*Dr. Muhammad Fathi Yusof ialah Profesor Madya di Universiti Teknologi Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UTMKL).

Artikel ini kali pertama disiarkan di Utusan Malaysia dan tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Terkini : Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.70, kerajaan masih abai nasihat MPN


 Ringgit meneruskan tren kemerosotan apabila jatuh lagi pada penutupan hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat.

Pada sesi penutupan hari ini, ringgit ditutup 4.6470/6500 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.6360/6390.

Kejatuhan ini sama seperti minggu lalu dan dijangka menyusut sehingga menghampiri RM4.70 pada minggu ini, malahan Majlis Pemulihan Negara (MPN) juga sudah menyuarakan kebimbangan dan menggesa tindakan segera diambil bagi menstabilkan kedudukan nilai ringgit.

Laporan SPI Asset Management Stephen Innes berkata susulan kemerosotan aset berisiko United Kingdom (UK) minggu lepas, pasaran tidak berfungsi dengan baik dan permintaan untuk aset berisiko Asia adalah senyap.

“Anehnya, ringgit tidak lebih kukuh kerana minyak naik dua peratus, Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mungkin mengurangkan pengeluaran untuk meletakkan paras harga di bawah harga minyak.

“Pengekalan pengeksport dolar AS dan pelaburan luar negara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kekal sebagai hambatan utama di luar Rizab Persekutuan (Fed) yang hawkish,” katanya dipetik laporan Bernama.

Sementara itu, ketua ekonomi Bank Islam Bhd Firdaos Rosli berkata dagangan ringgit minggu ini akan bergantung kepada pengeluaran laporan gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) yang akan datang dan ucapan berterusan oleh pegawai Fed.

Beliau menambah bahawa pasaran juga akan memberi tumpuan kepada pengambilan utama daripada persidangan Parti Konservatif UK, data tinjauan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) untuk ekonomi utama dunia dan mesyuarat OPEC.

“Pergerakan ringgit juga akan mengambil petunjuk daripada pengumuman Bajet 2023 yang akan datang pada 7 Okt dan perkembangan sekitar Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan datang.

“Ini akan menunjukkan jangkaan inflasi dalam beberapa bulan akan datang dan menandakan keinginan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk kenaikan 25 mata asas lagi kadar dasar semalaman (OPR) pada awal November,” katanya.

Oleh itu, Firdaos menjangkakan ringgit akan diniagakan sederhana antara julat RM4.644 dan RM4.655 minggu ini.

Hari ini, Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata tidak ada keperluan untuk menyorok atau memuatkan pembelian dolar AS pada masa penyusutan nilai semasa ringgit disebabkan oleh kekuatan dolar AS.

Beliau juga berkata Korporat Malaysia boleh membantu dalam mengekalkan keadaan pasaran yang teratur dengan mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan.

Gabenor berkata BNM akan memastikan pasaran pertukaran asing dalam negara kekal cair dan perniagaan boleh diyakinkan bahawa semua keperluan mata wang asing mereka dapat dipenuhi dengan cekap.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.1963/1996 daripada 5.1728/1762 pada penutup Jumaat dan susut sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.2354/2379 daripada 3.2343/2368.

Ia menambah nilai berbanding yen Jepun pada 3.2015/2040 daripada 3.2103/2126 dan meningkat berbanding euro kepada 4.5355/5384 daripada 4.5428/5458 pada Jumaat lepas..


Rafizi Ramli: Ucapan Penuh Jelajah Trak Ayuh Malaysia Di Balik Pulau, Pu...

RAFIZI RAMLI! PASTI LEBAI DAN PENYAMUN PANAS DENGAR INI!



RAFIZI RAMLI! PASTI LEBAI DAN PENYAMUN PANAS DENGAR INI! JANGAN LEPASKAN PELUANG MESTI DENGAR APA YANG RAFIZI KATAKAN INI!! SUmber Video FB Rafizi Ramli

RIAK- Keajaiban Kehebatan Ustaz Budak / Syamsul Zaman



W.FAUDZIN

Riak dan ujub lebai sekor ni. Usahkan ulamak, jadi ustaz pun tak layak dia ni. Dia

hebat  kononnya pegang je mic, ilmu dah sampai. Nanti tunjuklah kehebatan ko

 tu dlm mahkamah...kes pegang 'mic" juga tu...


PRU BANJIR: LAWAN AHLI POLITIK GILA KUASA


JAHATNYA DAP- HARAP DAP AMBIL TINDAKAN UNDANG UNDANG-KITA BAGI DIA FAMUS


 

MENTERI PASOLA - HARI NI DAH 4.70....KEH..KEH

 


Penyatuan Ummah hanya agenda palsu Pas yang kemaruk kuasa



Penyatuan Ummah hanya agenda palsu Pas yang kemaruk kuasa

By NASUHA RAHMAN / October 3, 2022

Penyatuan ummah atau Muafakat Nasional merupakan agenda yang pernah digunakan untuk bersatu dengan Umno bagi menjatuhkan Pakatan Harapan (HARAPAN) sudah tidak kedengaran lagi kerana masing-masing bernafsu dengan pangkat dan jawatan.

Apatah lagi menjelang pilihan raya umum yang bakal diadakan pada bila-bila masa, Pas terutamanya semakin bergelut untuk memastikan kedudukannya dalam kerajaan tidak terlepas.

Timbalan Presiden AMANAH Datuk Seri Salahuddin Ayub menyifatkan Pas akan sanggup mendekati sesiapa sahaja termasuklah golongan dan pemimpin parti yang sedang dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan rasuah, demi kemaruk kuasa dan jawatan

“Tentulah ini bercanggah dengan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menolak golongan perasuah.

“Tetapi demi kuasa, Pas tidak peduli semua itu walaupun tindakan ini menjatuhkan maruah sendiri.

“Demi kuasa juga, Pas sanggup mencuci segala kekotoran yang pernah dilempar sendiri oleh Pas sebelum ini terhadap MCA dan Gerakan yang menolak hudud,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, awalnya agenda penyatuan ummah itu berhasil melalui pengkhianatan Langkah Sheraton, malangnya penyatuan ummah sudah tidak kedengaran lagi kerana masing-masing bernafsu dengan pangkat dan jawatan.

Bagi Salahuddin sepanjang Pas berada dalam kerajaan, tiada pencapaian yang membanggakan berjaya diraih untuk meninggikan kedudukan dan martabat orang Melayu dan Islam dalam negara ini.

“Malah RUU355 yang pernah dijadikan alat untuk PAS melabelkan pihak lain sebagai musuh Islam juga tidak diperjuangkan.

“Rata-rata nasib orang Melayu dan Islam di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang ditadbir Pas juga tidak terbela. Lihatlah apa yang dilakukan oleh Menteri Air dari PAS terhadap masalah bekalan air bersih di Kelantan.

“Sebaliknya, lebih banyak kemungkaran dan maksiat yang masih berlaku termasuklah di negeri yang ditadbir oleh Pas.

“Pas tidak mungkin mampu untuk menjawab dakwaan ini,” ujar beliau..

ALAHHHHH- JABATAN PENJARA..BAGI JA DIA HADIR DENGAN TANGAN BERGARI- ITU DASAR PENJARA MALAYSIA.BAGI JA DIA KE PARLIMEN...

 

Jabatan Penjara tolak permohonan Najib hadir ke Dewan Rakyat, kata Shafee.





Najib Razak kini menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dalam kes SRC International.

KUALA LUMPUR: Peguam Najib Razak berkata, jabatan penjara menolak permohonan bekas perdana menteri untuk hadir ke persidangan Dewan Rakyat bulan ini.

Shafee Abdullah memberitahu pemberita hari ini berkata, pasukan perundangan telah menulis surat kepada jabatan penjara minggu lalu tetapi pihak berkuasa menolak permintaan itu atas alasan “keselamatan”.

“Kami merayu kepada menteri dalam negeri (Hamzah Zainudin) dengan segera terhadap keengganan jabatan penjara tetapi beliau masih belum menjawab.

“Jika dia tidak menjawab esok, kami akan memfailkan kebenaran untuk semakan kehakiman,” katanya.

Shafee juga menolak alasan keselamatan yang disebut oleh jabatan penjara dalam menafikan permintaan Najib sebagai tidak rasional.

“Penjara dan polis (di Parlimen) boleh memastikan lebih banyak keselamatan di sana.”

Peguam itu turut mengeluh kerana beberapa pembantu politik Najib tidak dapat bertemu dengannya di penjara atau ketika Najib menghadiri mahkamah untuk mendapatkan arahan mengenai perkara berkaitan di Pekan.

“Pembantunya ada di sini (penjara Kajang) tetapi dia tidak dapat melihat anak guam saya (Najib),” kata Shafee, memetik bahawa hanya peguam dan ahli keluarga boleh melihatnya.

Shafee menambah, Najib masih seorang Ahli Parlimen dan harus dilayan seperti itu.

“”Tugas utama Ahli Parlimen adalah menghadiri Parlimen. Ia adalah saat genting sekarang (di Dewan Rakyat),” katanya merujuk kepada khabar angin bahawa Parlimen boleh dibubarkan dalam masa terdekat untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15.

Awal hari ini, Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun berkata, beliau tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan sama ada Najib boleh menghadiri prosiding di Dewan Rakyat atau tidak.

Tambahnya, terpulang kepada jabatan penjara untuk memutuskan perkara itu memandangkan Najib berada dalam tahanan mereka.

Bekas perdana menteri itu kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas sabitan kes SRC International dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada Ogos.

Bulan lalu, Azhar mengesahkan Najib kekal sebagai Ahli Parlimen Pekan sejak beliau memfailkan petisyen memohon pengampunan diraja atas sabitannya dalam kes SRC.

Najib telah memfailkan petisyen itu pada 2 Sept, dalam tempoh 14 hari selepas keputusan Mahkamah Persekutuan.

Azhar berkata, kehilangan kelayakan Ahli Parlimen itu hanya akan berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen pengampunan dibereskan.