MP MAHU DR. LATIFF JUGA DISIASAT
Saya sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia dan menjadi anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Kebebasan Asasi dan Hak-Hak Di Bawah Perlembagaan memandang berat laporan portal Malaysiakini semalam 31/08/2022 jam 4.28 petang yang melaporkan kenyataan Ketua Polis Sentul, Beh Eng Lai bahawa Rafizi Ramli akan disiasat di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta komunikasi dan multimedia 2005.
Saya mengakui hak Polis untuk memulakan siasatan apabila penolong kepada Abdul Latiff Ahmad, Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri membuat satu laporan polis terhadap Rafizi Ramli berhubung isu kapal tempur persisir (LCS).
Namun Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menunjukkan sikap yang adil dan telus. Adakah pihak PDRM telah membuka Kertas Siasatan terhadap Abdul Latiff, Menteri Tugas-Tugas Khas tersebut sebaik sahaja Rafizi Ramli membuat laporan rasmi terhadap Abdul Latiff berhubung isu 6 buah kapal tempur LCS tersebut?
Kenyataan Ketua Polis Sentul itu amat membimbangkan kerana ia berupa satu ancaman dengan menggunakan Kanun Keseksaan dan Akta komunikasi dan Multimedia untuk menakutkan ahli-ahli politik dan aktivis masyarakat agar tidak mengeluarkan suara yang dianggap mengkritik menteri-menteri Kerajaan.
Ancaman dan amaran tidak langsung dari Ketua Polis Sentul itu jelas bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan iaitu setiap warganegara mempunyai hak terhadap Kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat.
Sekiranya Abdul Latiff secara peribadi merasakan dirinya telah difitnah oleh Rafizi Ramli maka dari segi Undang-undang sivil, Menteri Tugas-Tugas Khas tersebut ada Hak untuk Saman Rafizi di Mahkamah sivil.
Pihak polis adalah silap dari segi Undang-undang jika menggunakan seksyen 500 Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia untuk melundungi Menteri kabinet.
Menteri kabinet atas jawatannya dan diri peribadinya boleh ditegur dan dikritik, malah boleh disaman di Mahkamah.Tetapi Menteri tidak boleh menggunakan polis untuk melindungi dirinya.Begitu juga Polis tidak boleh menggunakan ugutan undang-undang bagi melindungi menteri- menteri Kerajaan.
Undang-undang dalam hal ini telah mantap dinyatakan di dalam Kes Abdul RahmanTalib v Seenivasagam & Anor (1965)1MLJ 142.
Menteri Pelajaran ketika itu Abdul Rahman Talib telah kemukakan saman fitnah (defamation) di Mahkamah sivil terhadap S.P. Seenivasagam, Presiden People Progressive Party.
Hal itu berlaku pada Tahun 1965 di zaman Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertama.
Polis ketika itu tidak menggunakan Seksyen 500 Kanun Keseksaan terhadap S.P. Seenivasagam.
Pihak Polis Sentul perlu menasihatkan Menteri Tugas-Tugas Khas, Abdul Latiff Ahmad supaya memfailkan tuntutan Saman terhadap Rafizi Ramli di Mahkamah sivil.
Malah Rafizi Ramli secara terbuka telah menyatakan bersedia untuk dia disaman oleh Abdul Latiff bagi membolehkan dirinya (Rafizi) membela diri.
Pada hemat saya Rafizi Ramli mempunyai pembelaan bermerit, antaranya ialah (a) fakta-fakta yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden Keadilan itu benar; (b) untuk kepentingan awam; (c) tiada niat jahat, dan (d) komen yang berpatutan.
Dalam hal yang demikian tidak wajar pihak Polis membuka Kertas Siasatan di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia terhadap Rafizi Ramli.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
dan
Anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Kebebasan Asasi dan Hak-Hak Di Bawah Perlembagaan
01/09/2022
Rafizi sedia beri keterangan kepada polis

Kes rasuah solar: Raja Petra tiada kredibiliti, hanya tahu bersembunyi di UK - Gopal Sri Ram

TERKINI: MAHKAMAH mendapati Rosmah bersalah atas ketiga-Ttiga tuduhan. Berapa tahun penjara akan diketahui sebentar lagi!
Kes rasuah solar: Rosmah Mansor bersalah atas tiga pertuduhan

DAH JATUH DAN KENCING KAWAN AJAK SEMULA.
Layak sangat dah...
2019 JADI PENGKHIANAT MANDAT RAKYAT 2018.. BEGABUNG DENGAN UMNGOK BN UNTUK JADI PM.. LEPASTU KENE GULING DENGAN UMNGOK BN LEPAS 17 BULAN... KIFARAH ... HARINI AJAK PH BERGABUNG UNTUK LAWAN UMNGOK BN SEMULA.. APA BODO PUNYA MANUSIA NI!!
INGATLAH PESAN OSTAZAH
Ostazah PESAN DAN
NASIHAT menasihati jangan aibkan Kerajaan
Kedah, nanti aib kera
jaan lain pula terdedah..
SEBURUK BURUK ZAMAN PH- TUANG PRESIDENG TAK KENA SIASAT- UJIAN DATANG DALAM BERBAGAI BENTUK...
Zaman PH jadi kerajaan dulu tak pernah pulak presideng parti
ana kena siasat…. Mungkin dah jadi kerajaang rasa diri kebal?
Bole cakap apa saja….
CUBAAN KONAR BARING GAGAL
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF
Nampaknya cubaan pembelaan untuk konar baring hampir gagal;
sebab hakim punya somersault berpusing lagi power.
Siap pembelaan terpaksa panggil yang konon-kononnya bukti tadi
adalah "sampah".
Jadi pihak pendakwaan adalah betul dari awal dengan mengatakan
yang "bukti" tadi hanyalah khabar angin sahaja.
SENANG BANYAK LA...NAK BICARA ..TAK SUKA HAKIM SURUH TAREK DIRI....
Kes rasuah projek solar: Pendakwaan bantah permohonan Rosmah agar hakim tarik diri

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan hari ini membantah permohonan Rosmah Mansor supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar kes rasuahnya membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion.
Rosmah, 70, memfailkan permohonan itu di saat akhir atas alasan tular di media massa dan elektronik pada 26 Ogos lepas berkenaan berlakunya kebocoran penghakiman kes itu yang disediakan oleh pihak lain.
Pendakwa raya ad hoc Gopal Sri Ram berkata “penghakiman” bocor yang dirujuk oleh Rosmah bukanlah penghakiman bertulis.
“Jelas daripada dokumen itu sendiri bahawa ia adalah penyelidikan dan penulisan pendapat yang disediakan oleh Unit Penyelidikan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” katanya.
Sri Ram berhujah bahawa permohonan itu sepenuhnya berdasarkan kepada keterangan dengar cakap serta niat jahat.
Pemohon juga tidak mengemukakan sebarang bukti yang boleh dipercayai dan kukuh untuk menyokong tuduhannya terhadap Mohamed Zaini, tambahnya.
“Kami sedia berhujah dan kami membantah sebarang permohonan penangguhan dan penyampaian penghakiman.
“Jika mereka tidak bersedia, kami minta ia (permohonan) ditolak,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi membalas permohonan peguam Jagjit Singh supaya menangguhkan prosiding permohonan itu kerana mereka memerlukan lebih masa untuk mengumpul fakta.
Peguam itu membangkitkan perkara tersebut ketika prosiding bermula pada 9.28 pagi.
Jagjit juga berkata, pihak pembelaan memerlukan masa untuk menjawab afidavit disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn yang membantah permohonan Rosmah.
Hakim berkata, pihak pembelaan telah memfailkan sijil perakuan segera dan ini biasanya bermakna perkara itu harus didengar secepat mungkin.
“Jika tidak pada hari yang sama, ia harus didengar pada hari berikutnya. Apabila kamu memfailkan sijil perakuan segera sehari sebelum Hari Merdeka, saya mengarahkan pegawai saya supaya menyediakan prosiding hari ini,” katanya.
Hakim bertanya kepada pihak pembelaan idea siapa permohonan itu difailkan dan Jagjit menjawab, “Kami bertindak atas arahan.”
“Kamu mahu (prosiding) permohonan itu ditangguhkan ke hari lain? Permohonan ini akan bersifat akademik selepas saya menyampaikan keputusan saya,” kata hakim.
Beliau juga mengambil maklum dakwaan dalam permohonan agar beliau menarik diri itu berkaitan kononnya penghakiman ditulis oleh pihak ketiga bagi pihaknya.
Bagaimanapun, hakim itu berkata, beliau seorang sahaja yang akan menjawab perkara itu dan meminta pihak pembelaan berhujah mengenai permohonan tersebut sebelum menangguhkan prosiding itu.
“Saya akan tunggu. Beritahu saya apabila sudah bersedia,” katanya.
Hakim dijadual menyampaikan keputusan kes itu hari ini.
MALAYSIA KAYA TAPI DIMISKINKAN PEMIMPIN?
NORMAN RADZUAN
MALAYSIA KAYA TAPI DIMISKINKAN PEMIMPIN
Mengapa negara tidak beragama lebih beragama?
RAHSIA CHINA MENJADI NEGARA HEBAT
Di kala negara kita berhutang trillion hasil ‘rompakan’ pemimpin-pemimpin politik sejak sekian lamanya negara ini masih boleh bertahan dan pembangunan
masih berlaku walaupun terbatas. Ini menunjukkan betapa kayanya Malaysia ini.
Jadi kenapa Malaysia ekonominya tidak boleh mengatasi Singapura
malah semakin ke belakang dari negara Asean yg lain? Sedangkan Singapura jangan
kata minyak, air pun tiada. Percayalah Malaysia sebuah negara yang sangat kaya
tetapi telah dimiskinkan oleh pemimpin-pemimpin nya.
Sepertimana Sabah negeri yang kaya dengan hasil bumi tetapi menjadi
antara negeri termiskin di Malaysia atau anologinya sepertimana orang berniaga
pelanggannya ramai tetapi sewa kedai tidak mampu dibayar.
Jadi negara apakah yang patut kita jadikan sebagai ikon?
Jawapannya pandang ke China.
China adalah negara yang mengamalkan fahaman komunis. Komunis
diasaskan Karl Marx yang terkenal dengan falsafah ‘Agama Adalah Candu Masyarakat’.
Ia digunakan hanya untuk membenarkan seseorang.
Bila Soviet jatuh pada tahun 1991 ramai meramalkan Parti Komunis
China akan tumbang. Seorang penulis di Amerika menulis dalam bukunya ‘The Comming
Collapse Of China’ meramalkan parti PKC akan terbubar pada 2001.
Tapi sebaliknya kini China begitu hebat hingga dicemburui
Amerika kerana menguasai segala aspek samada ekonomi, ketenteraan dan
teknologi. Untuk mencapai pencapaian luar biasa itu bagaimana? Kita ke belakang
lagi untuk mencari rahsia yang tersembunyi.
Tahukah anda China 60 tahun dahulu adalah negara yang sangat miskin.
Suatu ketika perkapita pendapatan rakyat China 54 US dollar berbanding dengan
rakyat Amerika 2.349 US dollar.
Saya memilih Diang Xioping sebagai pemimpin teragung yang mengubah
lanskap kerajaan China. Di mana China sebelum itu mengamalkan dasar tertutup telah
membuka ekonomi mereka kepada dunia luar. Rakyatnya secara individu boleh mencari
rakan perniagaan di luar negara dan bermacam lagi peluang perniagaan.
Tapi ia tidak cukup utnuk China menjadi gah seperti sekarang. Pada
tahun 1952 Mae Zedong telah menghukum mati di khayalak ramai terhadap dua
pegawai tertingginya sedangkan keduanya adalah pegawai yang brilliant .
Tapi Mae Zedong tidak peduli dan katanya, “Perasuah adalah musuh
rakyat. Mereka sudah bukan kawan kita lagi. Jadi mereka perlu dihapuskan. Tidak
patut ada belas kasihan kepada perasuah.”
Pemimpin-pemimpin China selepas itu meneruskan tradisi yang ssangat tegas kepada rasuah. Zhu Rongji negarawan China berkata, “Di Sini aku siapkan 100 keranda,
99 untuk perasuah dan 1 untuk aku jika aku mengamalkan rasuah.”
Presiden China sekarang ini, Xi Jinping juga bila menjadi Presiden
melawan rasuah secara besar besaran dengan falsafah ‘Menangkap harimau mestilah
dengan lalatnya sekali.’
Maksud melawan rasuah tak kira besar atau kecil sama sahaja
mesti dihapuskan sama sekali. Beribu rakyat China menjalani hukuman mati tanpa
mengira pangkat, umur dan jantina.
Itu rahsia China bagaimana mereka menjadi kuat dari segala aspek
hingga ditakuti Amerika. Fahamilah pemimpin yang rasuah akan membuatkan rakyat
kurus dan menjadikan dirinya gemuk.
Tidak perlu kita bersimpati dengan pemimpin yang korup sedangkan mereka
tidak pernah memikirkan nasib rakyat. Mereka hanya bersenang senang atas
penderitaan rakyat. Ada benar kata Karl Marx , “Agama menjadi candu untuk
membenarkan diri”.
Ingatlah perasuah atau pemimpin korup ini lebih jahat dari
perompak kedai. Perompak hanya membuat pemilik kedai rugi tetapi pemimpin yang
rasuah membuatkan seluruh rakyat menderita.
China tidak perlukan sebarang agama begitu juga agama Islam dalam
pentadbiran tetapi mereka mengamalkan apa yang diajar oleh Islam denagn tegas. Kunci
kejayaan negara maju atau kaya yang paling utama hapuskan rasuah. Negara yang korup
pasti akan membuat rakyatnya menderita.
TUDM PAMER ASET KEKUATAN UDARA NEGARA
Tiga buah kenderaan prime mover telah digunakan oleh TUDM untuk membawa aset-aset persenjataan bagi dipertontonkan kepada ribuan orang ramai yang membanjiri Dataran Merdeka untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara selepas dua tahun tiada sambutan kemerdekaan diadakan kerana pandemik COVID-19.
Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM) turut mempamerkan aset-aset persenjataan yang dimiliki oleh angkatan itu pada perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang berlangsung di Dataran Merdeka hari ini.
Tiga buah kenderaan prime mover telah digunakan oleh TUDM untuk membawa aset-aset persenjataan bagi dipertontonkan kepada ribuan orang ramai yang membanjiri Dataran Merdeka untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara selepas dua tahun tiada sambutan kemerdekaan diadakan kerana pandemik COVID-19.
Kenderaan prime mover pertama membawa peluru berpandu yang digunakan oleh pesawat Sukhoi Su-30MKM iaitu 1 x Misil KH-31A yang merupakan “air to surface missile” dan berfungsi sebagai “anti ship missile”.
Kenderaan itu turut membawa 1 x Misil KH-31P yang merupakan “air
to surface missile” dan berfungsi sebagai “anti ship missile” dan 1 x Misil
KH-59 adalah “air to ground missile” yang berfungsi sebagai “land attack
missile”.
Kenderaan
prime mover kedua pula membawa 1 x Misil KH-29 yang merupakan “air to surface
missile” dan berfungsi untuk memusnahkan sasaran yang luas dan menghancurkan
struktur bangunan yang besar serta 3 x Misil 190ul.

Manakala kenderaan prime mover ketiga pula membawa 1 x Misil AIM-120 AMRAAM dikenali sebagai “Advanced Medium-Range Air-to-Air Missile” yang digunakan oleh pesawat Hawk dan Hornet, 1 x Misil AIM-7 SPARROW iaitu peluru berpandu dari jenis “Medium-range, semi-active radar homing air-to-air missile” yang digunakan oleh pesawat Hornet.
Kenderaan juga membawa 1 x Misil AGM84 HARPOON
iaitu “air to surface missile” dan berfungsi sebagai “anti ship missile”, 1 x
Mk 82 JDAM iaitu “general purpose bomb” yang dipasang dengan “guided kit” bagi
mengawal pergerakan bom apabila dijatuhkan.
Berat bom adalah 500 lb dan digunakan untuk serangan “air to
ground” dan 1 x Mk 83 JDAM iaitu “general purpose bomb” yang
dipasang dengan “guided kit” bagi mengawal pergerakan bom apabila
dijatuhkan_Berat bom adalah 1000 lb dan digunakan untuk serangan “air to
ground”.
Selain sistem-sistem persenjataan, pesawat-pesawat TUDM termasuk Su-30MKM, F/A-18D Hornet, Hawk, C-130, A-400M, helikopter EC-725 dan Pilatus turut ke udara untuk bersama-sama mengadakan pertunjukan udara sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara.
RAKYAT DAPAT MERASAKAN ERTI ‘MERDEKA’??
NORMAN RADZUAN
Secangkir Kopi meraikan kemerdekaan
Kenapa sambutan rakyat luar biasa?
RAKYAT DAPAT MERASAKAN ERTI ‘MERDEKA’
Sambil melayani video2 menarik dirakam netizen di medsos yg
berkunjung ke Dataran Merdeka, saya melayani White Coffee Old Town. Nak layan
caramel macchiato tak mampu. Lain la org tu duit Coffee pun pakai duit rakyat.
So kita layan ikut kemampuan asal Coffee.
Sepanjang saya mengikuti sambutan hari Kemerdekaan sejak kecil
lagi, tahun ini sambutan daripada rakyat Malaysia luar biasa. Saya jangkakan
100 ribu hadir utk menyaksikan sambutan tersebut.
Adakah mereka benar2 menghayati erti kemerdekaan? Mungkin ya bila
Najib sudah ke dalam mereka merasakan benar2 erti kemerdekaan kata kawan saya.
Mereka merasakan keadilan itu masih ada. Kemerdekaan erti kata lainnya
Keadilan.
DOKTOR..DOKTOR....NAK "KENCING"....
BUAT DIKEDAH..BUKAN DI PENANG ..INGAT SEMUA WAHAI RAKYAT MALAYSIA. MUKTAMAR NANTI PAS ELOK BICARA SOAL INI YA...JANGAN DOK BINCANG SOAL DAP KA..PH KA...
NI PAS...SAJA NAK BAGI TAU LA...DALAM MUKTAMAR HANGPA...KERJASAMA DENGAN PH BAIK BUANG LA...BUAT DOSA JA HANGPA DOK MENGATA KE PH....DAH KENA SAMAN BANYAK DAH PAK LEBAI...BUANG..BUANG BAB KERJASAMA DENGAN PH...DAP ADA LAM PH...
Isu logo, Umno dan ‘kerjasama’ dengan PH dijangka dominasi Muktamar PAS

PETALING JAYA: Muktamar PAS yang bermula hari ini dengan mesyuarat tahunan sayap, dijangka menghantar mesej jelas kepada Bersatu dan Presidennya, Muhyiddin Yassin untuk membatalkan sebarang niat menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Muktamar itu juga dijangka memfokuskan tahap keyakinan PAS terhadap Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin, selepas beberapa negeri di bawah teraju PAS dilaporkan tidak mahu menggunakan simbol PN untuk PRU, sebaliknya mahu kekal dengan logo bulan.
Sejak Selasa lalu, Muhyiddin “diasak” pemimpin PAS selepas bekas perdana menteri itu dilaporkan “terbuka” kepada kerjasama dengan parti lain, termasuk PH untuk memastikan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak memenangi PRU15. PAS menganggap PH, khususnya DAP, sebagai seteru politik utamanya.
Pimpinan PAS mungkin boleh menarik nafas lega kerana perkembangan setakat ini menunjukkan usaha Muhyiddin selaku presiden Bersatu dan pengerusi PN untuk menjalin kerjasama sedemikian belum berhasil.
Namun, ia bukan disebabkan Muhyiddin tunduk kepada sentimen PAS menolak kerjasama dengan PH, tetapi lebih kepada pelawaan Ahli Parlimen Pagoh itu ditolak keras pemimpin PH sendiri, termasuk Lim Guan Eng (DAP), Rafizi Ramli (PKR) dan Mohamad Sabu (Amanah). Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad pula menyifatkan Muhyiddin hanya berminat menjadi perdana menteri semula.
Meskipun hasrat Muhyiddin itu boleh dianggap “terbatal” dengan reaksi PH itu, isu berkenaan dijangka tetap akan dibangkitkan perwakilan PAS.
Kalangan akar umbi dan pimpinan PAS melihat usaha Muhyiddin mencari sekutu baharu seperti PH, seolah-olah menidakkan pendirian parti itu berhubung kerjasama politik.
“Pada muktamar kali ini, PAS akan memberi mesej jelas kepada mana-mana parti yang ingin bergabung dengan PAS supaya pendirian mereka dalam isu kepentingan umat Islam harus diberi perhatian dan mereka perlu dihormati sebagai parti gergasi dalam negara,” kata penganalisis politik, Noor Nirwandy Noordin dari Universiti Teknologi Mara.
“Muhyiddin jangan sewenang-wenang mengeluarkan kenyataan atas nama PN tanpa persetujuan rakan komponen lain, terutama PAS, lebih-lebih lagi membabitkan perkara dasar dan strategik besar.
“Saya harap PAS terus bertegas dalam isu ini supaya tidak dilihat sebagai ‘pak turut’ untuk agenda pihak tertentu,” tegas bekas pesuruhjaya PAS Melaka Kamarudin Sidek.
Selain isu Muhyiddin terbuka kepada kerjasama dengan PH, akar umbi PAS juga dalam dilema mengenai penggunaan logo PN pada PRU15. Wujud desakan dalam kalangan pemimpin PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah yang menolak logo PN, sebaliknya mahu logo tradisi parti itu terus digunakan.
Tindakan sedemikian, jika dibenarkan pucuk pimpinan PAS, tentunya mengundang persepsi parti itu tidak mempunyai keyakinan penuh terhadap PN mahupun Muhyiddin sebagai tonggak utama berdepan PRU15.
“Isu (logo) ini pasti akan diungkit, bukan oleh presiden, tetapi ahli lain dan ia akan mempamerkan betapa PAS tidak begitu yakin dengan PN atau lebih tepat, Bersatu sebagai tonggak PN. Saya rasa penggunaan logo akan menjadi keutamaan agenda muktamar,” kata penganalisis Azmi Hassan dari Akademi Nusantara.
“(Ia) akan menjadi perbincangan hangat pada muktamar,” kata beliau.
Muktamar PAS juga dijangka mengupas hubungan parti itu dengan Umno yang kerap dibayangi “perang mulut” antara pemimpin utama dua parti itu, walaupun Umno dan PAS masing-masing tidak mahu memansuhkan secara rasmi Muafakat Nasional (MN) yang ditubuhkan pada 2019.
Perwakilan parti dijangka menunggu “amanat khas” atau “petunjuk” daripada Presidennya, Abdul Hadi Awang berhubung hala tuju parti itu, selepas Umno bertekad bertanding “solo” di bawah panji BN pada PRU15.
Meskipun Hadi lantang membidas pemimpin tertentu Umno, pemimpin PAS seperti Tuan Ibrahim Tuan Man dan Hashim Jasin dilihat masih berusaha “memujuk” Umno kembali ke meja rundingan.
Namun, usaha itu tentunya menjadi lebih sukar susulan hasrat Muhyiddin mengatur penubuhan gabungan perdana untuk melawan BN.







