Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
PANAS! DATU ZAHARIN BANTAI ZAHID HAMIDI BAKAL DIPECAT!
KELANTANGAN DATUK ZAHARIN DALAM MENGKRITIK PRESIDEN PARTINYA UMNO MENGKIN MENGUNDANG BAHAYA KEPADANYA BAKAL DIPECAT DALAM UMNO!! MARI TONTON!!
Sumber Video
FB Datuk Zaharin
BERHENTILAH MENYALAHKAN NEGARA LAIN
Menurut beliau kenaikan harga barang makanan, antara lain adalah disebabkan peperangan Rusia-Ukraine yang mengakibatkan bekalan gandum dunia terjejas teruk kerana satu pertiga pengeluaran gandum dunia adalah dari dua negara itu.
"Beberapa negara pula menyekat pengeksportan gandum kerana mengutamakan bekalan untuk diri sendiri. Jadi jika mengikut teori ekonomi, apabila permintaan melebihi penawaran, sudah tentu harga meningkat," tegasnya.
APA IKTIBAR DARI SRI LANKA?
“Saya juga tidak mencipta atau memulakan apa-apa transmisi yang “lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau menyinggung dengan niat untuk mengganggu, mendera, mengugut atau mengganggu orang lain”, tetapi saya bersedia untuk dipenjarakan kerana memberi amaran kepada rakyat Malaysia supaya tidak menjadi satu lagi Sri Lanka,” kata bekas pemimpin kanan DAP itu.
Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan mengenai “kenyataan dengan niat mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum untuk melakukan kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum yang lain hendaklah dihukum penjara yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.
Menjelang Hari Raya AidilAdha, harga lembu untuk korban naik sampai 40 peratus

May 24, 2022
Umat Islam yang ingin menunaikan ibadah korban ternakan sempena Aidiladha tahun ini, dijangka berdepan kenaikan harga di antara 35 hingga 40 peratus, berikutan kos operasi yang tinggi ditanggung penternak.
Pengerusi Persatuan Usahawan Ruminan Negeri Sembilan (PURNS), Maarif Maarof, berkata penternak menghadapi pelbagai kenaikan kos operasi ternakan lembu, terutama bahan makanan iaitu dedak selain ubat-ubatan yang tinggi.
Beliau berkata, harga seekor lembu ketika ini sudah meningkat sekurang-kurangnya RM5,200 berbanding tahun lalu di bawah RM5,000 seekor.
“Kita menjangkakan kadar kenaikan harga korban ternakan antara 35 hingga 40 peratus. Berbanding tahun lalu, satu bahagian korban mungkin antara RM650 hingga RM700 tetapi tahun ini mencecah antara RM750 hingga RM850.
“Kami tidak mampu elak kenaikan harga kerana penternak menghadapi kenaikan kos operasi yang tinggi, terutama aspek bahan makanan serta ubat-ubatan ternakan.
“Harga makanan ternakan mendadak naik dan penternak terpaksa menyerap segala kos itu dengan menaikkan harga lembu korban tahun ini,” katanya di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengarah Urusan Sumobek Sdn Bhd, Mohd Nasir Samat, berkata pihaknya terpaksa menaikkan kadar lembu korban kerana stok yang diterima daripada pembekal tinggi.
Beliau berkata, kenaikan itu tidak dapat dielakkan berikutan kekurangan bekalan haiwan berkenaan dan kos penternakan yang mahal selain permintaan tinggi lembu pada masa ini.
“Pada masa ini secara purata harga lembu seekor sudah mencecah lebih RM5,200 naik lebih daripada RM400 bagi menampung kenaikan kos yang berterusan.
“Selain harga makanan yang meningkat, saya turut menghadapi kesukaran membeli lembu kerana kebanyakan penternak tidak mahu menjual ternakan mereka ekoran kerana kenaikan harga sawit,” katanya yang mengusahakan pusat ternakan dan sembelihan di Kampung Melayu Panchor di sini.
Mohd Nasir berkata, permintaan terhadap lembu korban tetap ada namun pihaknya terpaksa menyediakan ternakan itu yang bersaiz lebih kecil sesuai dengan kemampuan pelanggan.”Setiap ekor lembu mungkin pada kadar berat 220 kilogram (kg) berbanding tahun lalu mencecah 300kg dan lebih. Ikut kemampuan pelanggan,” katanya, memetik laporan Berita Harian.
Menurutnya, semua penternak di Negeri Sembilan menghadapi perkara yang sama dan mereka terpaksa melakukannya kerana kos operasi yang berterusan tinggi.
Beliau berharap kerajaan dapat membuat kawalan terhadap harga kos makanan dan ubat-ubatan ternakan bagi meringankan beban penternak.
“Dengan adanya kawalan harga bahan makanan ternakan, mungkin kadar ini dapat dikurangkan sekali gus meringankan beban pengguna,” katanya.
“SKANDAL 1MDB TIDAK SELESAI SELAGI PELAKUNYA TIDAK DIHUKUM”
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki berkata, pelaku skandal 1MDB mesti dibawa ke muka pengadilan atas tindakan “jahat” mereka.
Dalam ucaptama pada Forum Pencegahan Rasuah Malaysia 2022, beliau menegaskan masih ada kerja yang perlu dilakukan sebelum skandal itu boleh diselesaikan.
“Tugas belum selesai. Rakyat Malaysia mesti menuntut akauntabiliti penuh ke atas setiap sen yang dilaburkan dalam 1MDB.
“Diharap orang ramai yang berada di sini turut sama menyeru setiap pelaku jenayah ini didakwa atas perbuatan jahat mereka,” katanya.
Azam menegaskan bahawa pengalaman Malaysia dalam mendapatkan semula sejumlah besar aset dipuji pelbagai pihak sekali gus menyebabkan pegawai SPRM berkongsi pengalaman tidak ternilai mereka di platform antarabangsa.
Katanya, pada 2020 dan 2021, SPRM mendapatkan semula kompaun dan penyelesaian berjumlah RM19.11 bilion, termasuk penghantaran pulang hasil jenayah berhubung 1MDB.
Azam berkata, agensi itu membuka 829 kertas siasatan yang membawa kepada 851 penahanan pada 2021.
Menurutnya, dalam empat bulan pertama tahun ini, SPRM membuka 376 kertas siasatan yang membawa kepada 415 penahanan.
Katanya, semasa penularan pandemik, SPRM juga sentiasa sibuk dengan siasatan berkaitan Covid-19.
“Kita tidak pernah mendedahkannya sebelum ini tetapi SPRM sedang menyiasat rasuah dalam perolehan perkhidmatan perubatan dan salah guna kuasa dalam menyalurkan bantuan serta pakej rangsangan.”
Katanya, SPRM turut menyiasat penipuan berhubung pemalsuan peralatan perlindungan perubatan seperti pelitup muka dan sarung tangan serta rasuah penguat kuasa yang menyelia perintah kawalan pergerakan (PKP).
“Menyedihkan walaupun dalam pandemik ini…beberapa pembelian ini dicemari rasuah. Ini menunjukkan ada sesetengah orang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan mendapatkan duit secara haram daripada kesakitan dan keadaan malang orang lain.
MEDIA PKR SENDIRI TIDAK BANYAK BERFUNGSI. SEOLAH OLAH MEDIA PKR UNTUK AHLI DAN BUKAN UNTUK RAKYAT MEMBACA....ADAKAH PKR MENGHARAP SUKARELAWAN YANG AKAN MEMBANTU SENTIASA ?
PKR terima ‘amaran awal’, hanya 12% ahli keluar mengundi pada pemilihan

PETALING JAYA: Pemilihan kebangsaan PKR menyaksikan sambutan suram dengan hanya 12.26% daripada 1.1 juta ahlinya keluar mengundi dan sumber dalaman parti memberi amaran bahawa PKR mungkin menuju bencana pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Menurut dokumen kiraan akhir yang dilihat oleh FMT, hanya 137,127 daripada 1,118,423 ahli yang layak keluar mengundi secara fizikal atau secara dalam talian.
Ini tidak termasuk lapan cabang yang perlu melalui pemilihan semula selepas terdapat gangguan dalam pemilihan pada hujung minggu lepas.
Jumlah itu menunjukkan undian dalam talian disambut baik dengan 70,200 daripada 76,932 yang mendaftar mengundi.
Bagaimanapun peratusan keluar mengundi secara fizikal sangat rendah dengan hanya 59,056 daripada 1.04 juta pengundi yang layak keluar mengundi.
Peratusan keluar mengundi tertinggi di cabang-cabang di Selangor di mana PKR menerajui kerajaan, bagaimanapun purata bagi negeri itu adalah 13% daripada mereka yang layak mengundi.
Peratus tertinggi adalah di Shah Alam dan Sabak Bernam di Selangor di mana kira-kira 24% pengundi mengundi secara fizikal dan dalam talian. Paling rendah adalah di Saratok, Sarawak, di mana hanya 0.27% atau 4,405 orang mengundi.
“Ini adalah yang terendah keluar mengundi dalam sejarah pemilihan PKR,” kata sumber dalaman parti kepada FMT.
“Pemimpin harus menganggapnya sebagai amaran kerana ia membabitkan kepentingan parti yang dipandang enteng ahli sendiri. Tak perlulah meneka apa tanggapan orang ramai.”
Katanya, sama ada pengundi sudah lesu atau tiada lagi keyakinan terhadap pemimpin utama, Anwar Ibrahim, termasuk isu persengketaan kepimpinan, PKR perlu mengambil perkara ini sebagai petunjuk berhubung prestasi parti itu pada PRU15.
Seorang calon di Perak berkata, beberapa cara kempen membabitkan “beli undi” pada pemilihan parti menyebabkan banyak ahli tidak berminat turut serta, justeru menjadi persoalan mengenai integriti parti yang mahu melakukan pembaharuan di negara ini.
“Akar umbi terjejas mengambil kira kurangnya jumlah keluar mengundi dan bimbang mungkin parti akan kalah teruk pada PRU15,” katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa, mengesahkan jumlah keluar mengundi rendah, dengan menyatakan ia mungkin dikaitkan dengan banyak jawatan tidak ditandingi di semua peringkat dan membabitkan kesemua sayap.
“Bagi perebutan jawatan tertinggi, ramai ahli tidak mengundi kerana menganggap persaingan berlaku secara kekeluargaan, terutama membabitkan jawatan timbalan presiden,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua, menggambarkan jumlah keluar mengundi sebagai “agak baik”.
“Kita hilang beberapa pemimpin utama akar umbi yang mungkin menyumbang kepada jumlah keluar mengundi rendah di beberapa bahagian susulan kurangnya persaingan.” katanya kepada FMT.
“Saya fikir ada 20% atau lebih ketua bahagian juga menang tanpa bertanding. Selain itu kita mengadakan pemilihan parti dengan notis singkat dan juga ketika musim perayaan.”
Dr Dzul mahu undur diri, beri laluan pada calon muda pada PRU15

May 24, 2022
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berhasrat mengundur diri dan memberi laluan kepada calon muka baharu atau muda untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dr Dzulkefly menyifatkan hasrat berkenaan sebagai perhitungan peribadi selepas beliau menjadi wakil rakyat di kawasan itu selama dua penggal.
“Calon muda perlu diberi peluang dan ruang untuk menjadi pemimpin yang disifatkan lebih ‘segar’.
“Jika diizinkan, saya secara jujurnya mahu berundur dan cenderung memberi laluan kepada muka baharu pada PRU akan datang.
“Bagaimanapun, segala keputusan akhirnya bergantung pada pucuk pimpinan Parti Amanah Negara (AMANAH) kelak,” katanya.
Beliau yang juga Pengarah Strategi AMANAH berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri di Balai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Kampung Kuantan, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly juga berharap sekiranya beliau mengundur diri, calon blok sama yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Kuala Selangor nanti adalah daripada AMANAH.
“Sekiranya seseorang itu berundur, maka calon juga perlu daripada parti berkenaan sendiri.
“Calon juga harus bersedia sepenuhnya untuk menyandang kerusi yang ditandingi,” katanya, memetik laporan Berita Harian.
Pesta kenaikan harga barangan .Kini harga sayur pula naik sehingga 80 peratus

May 24, 2022
Timun dan sawi antara sayur-sayuran yang mengalami kenaikan harga sebanyak 70 hingga 80 peratus sejak dua minggu lalu.
Tinjauan Harian Metro di Pasar Dato Keramat, di sini, hari ini, mendapati peniaga mendakwa harga sayur terpaksa dinaikkan kerana bekalan yang diterima dibeli pada harga yang tinggi.
Peniaga, Roslam Gasim, 54, berkata, kenaikan harga sayur sebelum Aidilfitri yang berterusan sehingga ke hari ini menjejaskan ekonomi peniaga serta pelanggan.
“Selain itu, harga kacang panjang dan bendi dahulu dijual pada harga RM8 sekilogram tetapi sekarang naik ke RM13 hingga RM14 sekilogram malah cili merah juga naik sehingga RM20 sekilogram dari RM16.“Timun merupakan sayur yang paling ketara sekali naik, dahulu timun dijual kira-kira RM4 hingga RM5 sekilogram, sekarang saya terpaksa jual RM8 sekilogram kerana harga timun yang dihantar pembekal sebanyak RM5.50 sekilogram.
“Jika kami (peniaga) tidak menaikkan harga, untung yang diterima tidak setimpal dengan modal yang dikeluarkan. Isu kenaikan harga ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi pelanggan, malah kami juga mangsa,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Roslam berkata, sebelum ini harga terung untuk sekilogram meningkat sehingga RM12 namun ia kembali menurun kepada RM10 sekilogram.
Seorang lagi peniaga, Sulaiman Ali, 53, meluahkan rasa kesal dengan pembekal yang mendakwa faktor kenaikan harga sayur disebabkan stok dari ladang tidak mencukupi.
Katanya, apabila harga sayuran meningkat, ia menyukarkan peniaga untuk menetapkan harga baharu kerana pelanggan sudah mula membandingkan harga yang ditetapkan oleh setiap peniaga.
“Terdapat juga pelanggan yang mempersoalkan sesetengah harga sayur, namun kami tiada jalan lain selain memberi penjelasan faktor kenaikan harga.
“Namun, kenaikan harga timun merupakan soalan yang sering disoal pelanggan kerana sebelum Aidilfitri, timun boleh dibeli dengan harga RM5 sekilogram tetapi sekarang sudah naik RM3 lagi,” katanya.
Menurutnya, kebanyakan peniaga sayur di sini dimaklumkan pembekal bahawa kenaikan harga disebabkan masalah bekalan yang kurang di Cameron Highlands.
BEKALAN AYAM TAK BOLEH KAWAL, BN TAK LAYAK PERINTAH NEGARA

Bekalan ayam tak boleh kawal, BN tak layak perintah negara
on:
Penutupan kedai atau tiadanya bekalan ayam di kawasan tertentu hari ini membuktikan kerajaan BN – PN gagal total menangani isu kenaikan harga dan bekalan ayam di pasaran.
Menurut mantan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, penutupan kedai yang menjual ayam akibat ketiadaan bekalan daripada pembekal bukanlah suatu tindakan yang disengajakan tetapi kerena penternak sejak beberapa minggu kebelakangan ini tidak mendapat subsidi yang dijanjikan daripada kerajaan.
“Ada petani kecil sudah tutup (reban) kerana rugi berpanjangan dan pelbagai halangan dan cabaran.
“Persoalannya, apa terjadi kepada rantaian pembekalan ayam negara yang sekian lama ini berjaya membekalkan 98.2% SSL negara atau Self Sufficiency Level?
“Pasaran daging ayam dipengaruhi oleh bekalan dan permintaan. Dari segi permintaan, musim Hari Raya ini antara paling meriah selepas dua tahun lockdown.
“Maka kita mengalami kesesakan jalanraya kerana banyak open house dan ziarah menziarahi. Permintaan daging ayam sangat luar biasa (yang memerlukan makanan untuk jamuan),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Oleh kerana permintaan luar biasa, kata Sim, sedangkan penawaran pula tidak begitu banyak setelah penternak mengadapi kenaikan kos dedak 150% maka bekalan berkurangan.
Memburukkan lagi, tambah Ahli Parlimen Bayan Baru itu, Kerajaan menetapkan harga siling ayam pada RM8.90 sekilo selama 121 hari, iaitu tempoh paling lama dalam sejarah.
“Janji subsidi, tapi duit tak sampai. Dan saya telah bangkitkan isu ini sejak 22 Mac di Parlimen.
“Kerajaan turut gagal mengatasi masalah kekurangan pekerja. Keadaan bertambah meruncing apabila Kerajaan membatalkan kawalan AP yang menjejaskan survival penternak tempatan,” ujarnya.
Hal itu, menurut Sim menyebabkan penternak mengalami pelbagai masalah serius, risiko semakin tinggi dan menghadapi kerugian berpanjangan yang tidak boleh ditampung oleh penternak berskala kecil.
“Berita penutupan beberapa ladang ternakan mungkin dianggap remeh tetapi ia telah menjejaskan SSL yang hanya mencapai 98.2%.
“Apabila permintaan tinggi, tapi bekalan tak cukup, maka berlaku kekurangan sebagaimana yang kita hadapi sekarang.
“Namun masalahnya Menteri dan 2 Timbalannya buat apa?” tanya Sim lagi.
Tegas Pengarah Strategi KEADILAN itu, tanpa keupayaan untuk menyelesaikan masalah biar pun telah dikritik oleh banyak pihak maka kerajaan BN – PN ketika ini terpaksa pasrah menerima cacian rakyat apabila bekalan ayam segar terputus.
Oleh itu, kata Sim, wajarkah rakyat diminta terus meninggu sedangkan mereka tidak mendengar apa apa formula penyelesaian daripada kerajaan.
KENAPA SIASAT KIT SIANG, EKONOMI MALAYSIA SUDAH MEMANG BURUK

Kenapa siasat Kit Siang, ekonomi Malaysia sudah memang buruk
Tindakan menyiasat supremo DAP Lim Kit Siang kononnya menghasut rakyat Malaysia untuk bertindak sebagaimana rakyat Sri Lanka yang merusuh akibat kehancuran ekonomi negara itu tidak mencerminkan BN sebuah kerajaan yang toleran.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, realitinya rakyat melihat ekonomi Malaysia bertambah buruk di bawah pemerintahan BN – PN berbanding ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan pada 2018 – 2020 lalu, dengan kenaikan harga dan kekurangan bekalan bahan mentah makanan.
Oleh itu katanya, para pemimpin Umno tidak seharusnya memutar belit kenyataan Kit Siang atau menggunakan strategi lapuk menggambarkan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu sebagai pemecah keamanan negara.
“Peringatan Kit Siang itu menjadi ‘tekan butang merah’, maknanya kena segera ambil tindakan untuk perbaiki keadaan negara kerana inflasi begitu tinggi selepas pandemik Covid 19.
“Kerajaan baru baru ini mengaku mansuhkan AP import makanan kerana bekalan makanan asas tidak mencukupi. Isu harga barang mahal dan isu pekerjaan pula masih belum selesai. Lebih teruk lagi isu 1MDB kembali menjadi sebutan dan kita seolah-olah ‘dibogelkan’ oleh media antarabangsa berkenaan isu rasuah yang teruk itu
“Jadi jangan sampai rakyat negara kita merasa keadaan semakin buruk. Sepatutnya pemimpin-pemimpin Umno insaf dan beri tumpuan utama untuk cari penyelesaian, bukan hasut rakyat” katanya.
Mengenai komen huru hara sebagaimana disebut Kit Siang, Azan menjelaskan bahawa jika kerajaan masih berdiam diri dan tidak memperbaiki ekonomi, tidak mustahil Malaysia akan merasai bahang ketidaktentuan biar pun tidak seteruk Sri Lanka.
“Jika sesebuah negara itu tidak menguruskan sosio ekonomi dengan baik, sebagai contoh apabila inflasi melonjak tanpa kawalan, harga barang meningkat, bekalan makanan asas tidak mencukupi, gaji rendah, tekanan hidup meningkat dan kerajaan berhutang terlalu tinggi, memang mana-mana negara pun akan berlaku ketidakstabilan (ekonomi).
“Contohnya negara Greece alami kemelesetan ekonomi kerana pengurusan ekonomi yang tidak cekap. Di Malaysia pula, rakyat tahu rasuah menjadi punca utama. Jadi tindakan itu tak perlu kepada hasutan pun, rakyat boleh tengok maklumat di hujung jari mereka. Sekarang zaman IT dan bukan zaman 20 tahun dulu.
“Kita tidak boleh sorok maklumat nak sapu bawah karpet, kita mesti bersikap bertanggungjawab,” katanya.
Justeru, Azan mahu rakyat berfikir lebih matang menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 nanti kerana terbukti kerajaan pintu belakang BN – PN gagal bertanggungjawab, gagal kawal kemelesetan ekonomi dan seolah olah tidak mempunyai perancangan ke hadapan untuk mentadbir negara.
MRT 3: MENGAPA PEMUDA MCA BELA SANGAT KERAJAAN?

MRT 3: Mengapa pemuda MCA bela sangat kerajaan?
Kenyataan Naib Pengerusi Pemuda Kebangsaan MCA, Chua Hock Kuan yang mempersoalkan kenyataan Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang berhubung projek MRT 3 dibidas oleh Pengerusi Biro Profesional Muda KEADILAN, Seah Jhen Pei.
Menurut Seah, Chua seolah olah tidak memahami isu yang ditimbulkan oleh Chang yang menuntut projek sambungan MRT 3 itu diteliti oleh jawatankuasa peringkat parlimen memandangkan projek MRT 1 sebelum ini tidak begitu mendapat sambutan pengguna.
“Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang membangkitkan kebimbangan mengenai tambahan jaminan pinjaman RM50 bilion yang perlu dikeluarkan oleh kerajaan untuk MRT 3 ini, di samping pinjaman sedia ada sehingga RM114.9 bilion untuk DanaInfra dan Prasarana.
“Walaupun Chang membentangkan data yang diperoleh daripada Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Chua bagaimanapun menganggapnya sebagai “tindak balas yang tidak berasas, tidak profesional dan tidak masuk akal”.
“Chua harus sedar tanggungjawab penggubal undang-undang yang dipilih adalah untuk menyemak dan mengimbangi terhadap eksekutif, bagi pihak rakyat untuk memastikan kepentingan negara terpelihara. Justeru, komen Chua mengenai kenyataan Chang seolah olah memperlekeh badan perundangan,” katanya.
Tambah Seah, saranan Chang untuk perkara itu dirujuk kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen amat tepat kerana kosnya yang amat tinggi sehingga RM50 bilion.
Bagi beliau, dengan kos yang begitu besar projek tersebut sewajarnya dilaksanakan secara profesional dan kegagalan MRT 1 dalam jumlah penumpang tidak mencapai skala penuh seboleh bolehnya jangan diulangi.
“Justeru, dalam hal itu mengapa pula Chua menasihati Chang supaya melaporkan projek MRT 3 kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia? Sekiranya Chua mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang cara sistem demokrasi kita berfungsi, dia mungkin tidak menerbitkan kenyataan jahil itu.
“Saya mengingatkan Chua sebagai pemimpin pemuda gabungan pemerintah, beliau harus mempertahankan pemimpinnya dengan fakta dan angka. Dengan Prasarana melaporkan kerugian tahunan antara RM3 hingga 5 bilion untuk 3 tahun yang lalu, bagaimana Prasarana boleh membayar hutangnya jika perkhidmatan kereta api dan bas gagal mencapai sasaran penumpang mereka?
“Dengan pembukaan MRT 2 tahun ini, dan MRT 3 pada masa hadapan, kerugian operasi dijangka meningkat secara eksponen jika tiada penambahbaikan penumpang. Apakah dasar baharu kerajaan untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian?
“Ini adalah beberapa soalan yang mungkin seorang ketua pemuda MCA seperti Chua harus membantu untuk menjawab dan menyedarkan semua rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Seah tidak setuju dengan hujah Chua sekiranya MRT 3 tidak dibina waktu ini, dan dibiarkan tertangguh maka kosnya akan meningkat lebih tinggi
Katanya, hutang Prasarana telah meningkat RM12.3 bilion sejak tahun pembukaan MRT 1 pada 2017 dan lebih baik hal itu diselesaikan dahulu sebelum membuat pelaburan baharu.
Beliau sebaliknya memberi peringatan sekiranya hutang meningkat pada tahun mendatang maka tidak mustahil dana rakyat pula yang akan digunakan untuk menyelamatkan syarikat berkaitan kerajaan yang gagal membayar hutang itu.
BILA KERAJAAN MELAYU ISLE MEMERINTAH
FITNAH ZAMAN PH KINI KEMBALI KEPADA ZAMAN KERAJAAN MELAYU ISLE.SELAIN REGA MINYAK DIZAMAN PH ANTARA 16-18 BAGI MINYAK MASAK..KINI REGA TELAH MENJADI 36+...PADAN MUKA MELAYU ISLE.....KAH..KAH....
“SETIAUSAHA YANG CUAI, SAYA YANG KENA”…OOHHHH…IA KE?
Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa bekas setiausaha eksekutifnya telah melakukan pelbagai kecuaian dalam mengendalikan pengurusan kewangan peribadinya dan Yayasan Akalbudi (YAB).Ahmad Zahid, 69, berkata Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly telah melakukan kecuaian antaranya gagal memahami dan membaca penyata kad kredit miliknya sehingga menyebabkan pembayaran kad kredit yang dibuat oleh bekas setiausaha eksekutifnya itu tidak mencukupi dan berlebihan.“Kesalahan yang dibuat oleh Mazlina termasuk membuat bayaran kad kredit secaraberlebihan sebanyak RM71,283 sedangkan jumlah yang perlu dibayar adalah RM65,153.32.
Selain itu dia (Mazlina) terkurang menjelaskan bil kad kredit dan hanya membayar RM2,600, walhal dia sepatutnya membayar RM64,668.24,” katanya ketika membacakan penyataan saksi pada hari ketiga prosiding membela diri atas 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.Beliau berkata Mazlina telah memberi keterangan di mahkamah bahawa beliau tidak tahu, tidak pasti dan tidak ingat berkenaan pengurusan bil-bil kad kreditnya selain mengaku cuai dalam mengendalikan perbelanjaan kad tersebut.“Sebagai banker (jurubank) yang terlatih dan berpengalaman, saya menyatakan bahawa sekiranya saya tahu Mazlina berkelakuan sebegini saya tidak akan memberi kebenaran dan akan memberhentikan perbuatannya serta-merta,” katanya.Kepada soalan peguamnya Datuk Ahmad Zaidi Zainal mengenai bagaimana Mazlina boleh mendapat jumlah lebihan dalam penyata kad kredit sehingga menyebabkannya membuat pembayaran lebih, Ahmad Zahid menjawab: “Inilah yang saya tak faham, kenapa bayar lebih dan kadang-kadang bayar kurang, ertinya ini cuai, yang kena saya.
Adakah ini satu keadilan?Ahmad Zahid berkata Mazlina tidak pernah menunjukkan penyata bulanan kad kredit kepadanya walaupun pernah diminta.“Dia (Mazlina) kata akan memberi penyata kad kredit kepada saya dan dia akan ke pejabat saya, saya tunggu tetapi dia tidak datang dan buat-buat lupa, tiap kali tanya pelbagai alasan diberikan kepada saya.“Yang Arif, saya seorang yang sangat sibuk… saya mengutamakan tugas untuk kementerian dan negara sebab itu saya tidak dapat mengesan berlakunya kecuaian oleh Mazlina dalam menguruskan kewangan peribadi saya dan Yayasan Akalbudi,” katanya.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata Mazlina telah menggunakan cek milik YAB untuk membuat pembayaran kad kredit miliknya tanpa arahan, pengetahuan atau persetujuannya.“Mazlina telah menggunakan cop tandatangan saya pada cek Yayasan Akalbudi untuk membayar kad kredit persendirian milik saya dan isteri (Datin Seri Hamidah Khamis) tanpa pengetahuan saya, sebaliknya cop tersebut sepatutnya digunakan untuk sijil-sijil penghargaan dan kad-kad perayaan.“Saya tidak pernah mengarahkan Mazlina untuk menggunakan cek-cek Yayasan Akalbudi yang telah saya pratandatangan untuk tujuan selain daripada kegunaan kebajikan dan amal jariah Yayasan Akalbudi dan saya tidak pernah membenarkan Mazlina untuk menggunakan cop tandatangan atau cek pratandatangan bagi tujuan pembayaran kad kredit peribadi atau polisi insurans kenderaan saya,” katanya.Ahmad Zahid juga tidak mengetahui bahawa terdapat cek-cek yang menggunakan cop tandatangan dan pratandatangan yang digunakan oleh Mazlina sepanjang 2013 sehingga 2016 dan sekiranya mengetahui perkara itu berlaku beliau akan terus memberhentikan wanita itu kerana telah menyalahguna cek yayasan tersebut.“Disebabkan kegagalan-kegagalan Mazlina ini, saya terpaksa mengambil keputusan untuk melantik Tetuan Lewis & Co sebagai pemegang amanah kepada dana Yayasan Akalbudi,” katanya.
Ditanya Ahmad Zaidi, mengapa anak guamnya itu tidak mengambil tindakan terhadap Mazlina, sedangkan saksi pendakwaan ke-90 itu telah melakukan beberapa kesalahan.“Saya seorang yang profesional… saya melayani pegawai-pegawai bawahan saya yang bertugas di bawah agensi dan jabatan bawah saya dengan profesional. Saya tidak pernah menurunkan pangkat mana-mana pegawai, sebaliknya saya memberikan nasihat dan panduan serta menaikan pangkat dengan cara tertentu supaya pegawai itu tidak lagi bertugas di pejabat atau kementerian yang saya ketuai.“Biarpun Mazlina membuat kesilapan beberapa kali, namun sebagai seorang yang profesional, saya merasakan nasihat, panduan serta tunjuk ajar perlu diberikan.
Saya menukar cara di mana saya menasihati seseorang pegawai itu kerana mereka merupakan aset kepada jabatan, agensi atau kementerian yang saya ketuai, dengan cara itu saya tidak menzalimi dan menganiaya atau merendah-rendahkan mana-mana orang dan tidak merosakkan kerjaya seseorang itu,” katanya.Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.Pada 24 Jan lepas, mahkamah memerintahkan Ahmad Zahid membela diri terhadap kesemua pertuduhan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. – Bernama
AHLI PKR AKAN TENTUKAN PARTI KALAH MENANG
MOHD SHAH RIM
Aku minta maaf, tak
dapat replied inbox rakan rakan yang tanya status terkini pemilihan PKR, sebab
tak follow sgt, cuma dari hint rakan rakan, kem khemah besar akan menang
mengalahkan kem Ayuh Malaysia.. jika benar dakwaan ini, aku ucapkan tahniah
pada yang menang, dan yang tewas teruskan usaha membantu parti menjelang PRU
yang dijangka tidak lama lagi..
Pengundi tidak
berparti mengharapkan Rafizi Ramli akan menang tapi ahli parti ada kuasa
menentukan pemimpin mana yang mereka rasa
terbaik
untuk parti. Ini
bermakna PKR terpaksa mengharapkan sokongan ahli parti untuk menang di PRU
nanti, dan bakal mengulangi pencapaian di PRN Sarawak, Melaka dan Johor dimana
pengundi fence sitter voters kurang minat untuk menyokong calon calon PKR dan
PH.
Aku merasakan kedudukan
Rafizi Ramli jika menang pemilihan PKR dapat menarik kembali sokongan penyokong
tidak berparti walaupun mereka tidak menyokong Anwar Ibrahim, mungkin sokongan
akan meningkat kerana posisi Rafizi Ramli sebagai Timb Presiden PKR.
Ni pandangan aku
saja, boleh tidak bersetuju dan meraikan perbezaan pandangan...nak kritik dan
hentam aku pun tak de masalah tapi ni prinsip aku, sedia mengkritik dan
bersedia dikritik..
Assalam dan Selamat
Malam FnF dimana saja ANDA berada.
RMS.
GANG KLEPTO
GENG KLEPTO
1. Geng Klepto semakin terdesak sekarang. Yelah, kes Mahkamah
Persekutuan dah nak dekat. Nak panggil Queen Counsel pun tak tentu lepas.
2. Yang lagi sorang pulak, kantoi banyak benda. Wang rasuah
diberi setiap bulan dalam dollar Singapura. 4 tahun lamanya. Beratus juta juga.
Dia kata bukan duit Kerajaan pun yang dia guna.
3. Habis tu duit tu datang dari mana? Kalau bukan duit mark-up
projek yang beliau beri pada syarikat. Ingat syarikat nak rasuah guna duit
sendiri. Of course diaorg masukkan sekali dalam kos projek. Seboleh2 nak
bodohkan rakyat.
4. Sekarang kalau kita tengok Geng Klepto ni dah start cuci
tangan. Kerajaan sekarang yang tengah berhempas pulas nak urus negara ketika
krisis, dikatakan bukan Kerajaan UMNO. Geng2 ni dah start hentam Kerajaan lagi.
5. Ingat dulu masa Perikatan Nasional memerintah, walau pun UMNO
dalam Kerajaan, mereka inilah yang meroyan tak sudah. Turut sama dengan
Pembangkang naikkan sentimen Kerajaan Gagal. Sebab mereka lah Kerajaan PN
tumbang.
6. Kalau nak hentam Pakatan Harapan tu kita paham. Memang seteru
abadi sejak dulu. Tapi yang geng sekolam pun ko tak habis2 tak puas hati?
Nasihat la PM tu kalau dia salah. Bukan ke satu parti? Takpun group whatsapp
dah kena delete?
7. Ada yang cakap, corrupt leaders are better than incompetent
leaders. Pengsan saya mendengarnya. Teruk sangat ke Malaysia, sampai kita nak
kena hadap pemimpin korup jadi Perdana Menteri?
8. Satu je nak cakap, geng Klepto ni sebenarnya nak naik
kembali. Bukan sangat pasal negara tapi sebab nak lepaskan tekak sendiri.
9. Tengokkan Pakistan apa jadi, selepas geng perasuah rampas
Kerajaan dan jadi Perdana Menteri, kes mereka dilepaskan saja. Negara jadi
pariah.
10. At the rate we are going, jangan terkejut kalau Klepto
berkuasa kembali.
Salam hormat,
APA YANG BOLEH DIPELAJARI DARIPADA PENGUNDI AUSTRALIA?
“Malam ini, saya telah bercakap dengan Ketua Pembangkang dan Perdana Menteri yang akan datang, Anthony Albanese. Dan saya telah mengucapkan tahniah atas kemenangannya dalam pilihan raya petang ini,” kata Morrison, yang meletakkan jawatan sebagai ketua partinya.
Dasar Scott Morrison hancur dibedil kumpulan Greens dan "teal independent", yang berkempen mengenai dasar integriti, kesaksamaan dan menangani perubahan iklim.
RENTASAN 1133 | GEMPAR!! 'REDHA' DIHUKUM PENJARA, KENYATAAN LIM KIT SIAN...
MENARIK DALAM RENTASAN 1133
1. BERHENTILAH MENYALAHKAN NEGARA LAIN
2. APA IKTIBAR DARI SRI LANKA?
3. INFLASI MENINGKAT, RAKYAT TERTEKAN
4. APA YANG BOLEH DIPELAJARI DARIPADA PENGUNDI AUSTRALIA?
JANGAN JOIN DENGAN PARTI YANG ADA PAS. SEBAB UTAMA KERANA MEREKA BANYAK MENIPU DAN AKAN TEM[IAS KEPADA MANA MANA PARTI YANG BERSEKONGKOL DENGAN PARTI PAS
PAS tolak idea PN gabung dengan PH, kata Idris

PETALING JAYA: PAS berkemungkinan tidak akan menyertai khemah besar bersama parti pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti, namun akan terus mempertahankan permuafakatan yang dibentuk bersama Perikatan Nasional (PN) dan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN).
Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata, setakat ini kepimpinan parti tidak pernah mengadakan perbincangan secara khusus mengenai pembentukan khemah besar bersama Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRU15 nanti.
“Malah, PAS hanya akan mengadakan perbincangan dengan parti mewakili orang Melayu/Islam serta parti bukan Melayu yang tidak ekstrem.
“Kita juga sedia menerima Amanah jika mereka bersedia meninggalkan DAP,” kata menurut laporan Sinar Harian.
Idris yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama) berkata, biarpun jawatankuasa induk MN sudah lama tidak mengadakan mesyuarat, namun beliau sering bertemu dengan pemimpin Umno bagi membincangkan kepentingan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam di negara ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, usaha untuk memperkukuhkan MN perlu dilakukan secara berterusan oleh pemimpin PAS dan Umno dari semasa ke semasa.
“PAS sentiasa bersedia mengadakan perbincangan dengan Umno dan parti lain mengenai soal untuk memperkukuhkan kerjasama dalam MN dan perpaduan dalam kalangan umat Islam di negara ini.
“Oleh itu, saya berharap semua parti dipimpin oleh orang Melayu/Islam supaya tidak terlalu mementingkan diri sendiri dan ego demi kemaslahatan ummah.
“Kalau pemimpin parti berkenaan berasa ego tolong tunjukkan kepada saya kerusi dan negeri mana mereka boleh memerintah secara solo selepas PRU15 nanti,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)