Harga barang naik: 'Bentuk jawatankuasa kabinet, ambil tindakan segera' - Anwar

 

Produk tempatan mampu bersaing di peringkat global | Lain-lain (Bisnes) |  Berita Harian


Kenaikan harga barang yang mencapai tahap krisis dan membebankan rakyat marhaen perlu ditangani segera dengan pembentukan jawatankuasa kabinet.

Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kenaikan harga bukan perkara baharu dihadapi pemerintah malah terdapat tindakan tindakan yang pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.

Kita dah cadangkan jika Menteri Pengguna tak mampu buat, kena (minta bantuan) Menteri Pertanian, kerana agensi banyak terlibat. Saya kata ambil tindakan segera, panggil jawatankuasa kabinet. Ini (kebaikan harga) bukan baru.

"Barang naik dari dulu. Barang naik, kita buat jawatankuasa kabinet, buat tekanan. Jadi harga lebih jauh terkawal. Sekarang tak ada siapa yang sibuk (bertindak)," katanya dalam sidang media selepas meninjau harga bahan mentah makanan di kedai runcit sekitar Parlimen Lembah Pantai, pagi tadi.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menambah, tindakan penguatkuasaan perlu diperkemas. Begitu juga mengenai permit import dan sebagainya perlu dibuka luas bagi tujuan menurunkan harga.

Malah beliau memuji pendekatan kerajaan Selangor yang mengambil sendiri sayur sayuran dari ladang untuk dijual kepada pengguna dengan harga murah

"Semalam saya pergi ke Shah Alam, PKPS bawa (sayuran) dari ladang dia, harga lebih rendah daripada harga pasaran.

Sebab itu saya di Parlimen semalam, (tegaskan) kerajaan kena ambil berat. Dia ada 4 - 5 kementerian, buatlah cepat. Ambil tindakan kepada yang sorok bekalan. Keduanya, perlu liberal sikit tentang import, jangan pegang monopoli. Kobis ke, ayam ke, bebaskan. Ada langkah yang perlu diambil.

"Di antara sebab kos sayur tinggi dikatakan sebab pengangkutan, yang FAMA buat apa? Jadi semua badan badan kerajaan , Lembaga Kemajuan Ikan misalnya, masa inilah ambil langkah bantu supaya kos diturunkan

"Gaji tak naik, elaun tak naik. Melainkan elaun Menteri, Penasihat Menteri, yang tu naik," sinis Anwar.

Beliau yang juga pengerusi Pakatan Harapan berharap kerajaan akan segera mengawal harga. Sekiranya tidak, ujar Anwar, rakyat akan sukar untuk membeli makanan berkhasiat untuk diri mereka dan keluarga, terutama golongan B40.



Anwar Cadang Jawatankuasa Parlimen Pantau RMK12 - Utusan Timur


"Barang naik bukan sedikit. Saya sebut semalam di Parlimen, menggila. Dari RM9 naik RM19.

"Sekarang sayur (orang) tak makan. Jadi saya harap dengan contoh begini kerajaan ambil tindakan segera. Semalam Menteri jawab 'kita sedang merancang, sedang mengambil tindakan'. Amende ni? Kita sedang hadapi krisis. Kehidupan rakyat B40 sudah jadi krisis.

"Ayam ada RM9.90 sekilo. Jadi tak makan ayam sekarang. Saya tak mahu cakap di Parlimen saja, turun ke bawah dengar sendiri rungutan orang ramai," katanya.

Harga yang menggila mengejutkan peniaga dan pengguna

Segera tampan kenaikan harga barang, contohi Selangor' -Anwar - Utusan  Digital


Sebelum itu, Anwar bertanya kepada seorang peniaga runcit yang memberitahu harga ayam terkini sekitar RM9.70 sekilogram. Kalau dahulu harganya RM7.20 sekilo.

Begitu juga harga sayur. Dahulu sebakul bunga kobis berharga RM65 tetapi sekarang RM170 sebakul. Untuk sekilogram harga beli RM17 dan terpaksa dijual RM20.

Lobak merah pula harga beli sekotak RM8 tetapi kini melambung RM19 sekotak.

Keadaan itu, kata beliau menyukarkan peniaga dan tentunya mengurangkan pengguna membeli sayur sayuran.

Harga barang melambung, pengangguran meningkat, apa nasib anak muda?





Nasib anak muda memasuki tahun 2022 mungkin lebih buruk dengan melambungnya harga barang dan semakin sempitnya peluang pekerjaan.

Bagi Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Muhammad Adzlan Adzhar, laporan media arus perdana baru baru ini yang menyebut rakyat bakal berdepan kenaikan harga barang antara 30 hingga 200% adalah tamparan hebat buat anak muda yang baru memulakan kehidupan.

Menurut beliau, kerajaan seharusnya punya pelan penyelesaian jangka panjang terutama ke atas masalah pengangguran dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam kalangan belia di negara ini

"Saya merujuk laporan di dada-dada akhbar dan media elektronik yang melaporkan kebimbangan awam terhadap kenaikan harga barang. Hal ini sudah pasti meresahkan banyak pihak dalam mendepani cabaran ekonomi, sekaligus krisis kesihatan akibat wabak Covid-19. Namun, bagaimana pula nasib anak muda yang tidak terkecuali menerima kesannya?

"Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran melonjak kepada 5.0 peratus. Kadar ini meningkat 48.8 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 778.8 ribu orang. Ini merupakan peningkatan tertinggi sejak 34 tahun lalu. Manakala pengangguran dalam kalangan graduan terus mencatatkan peningkatan

"Berdasarkan Statistik Siswazah 2020, bilangan penganggur siswazah sekitar 28% atau seramai 202,400 orang. Hal ini sangat meresahkan kita, jika harga barang terus meningkat, jurang pengangguran dalam kalangan graduan terus melebar, bagaimanakah caranya anak muda mampu bertahan? Siapa yang peduli? Adakah kerajaan Perikatan Nasional cukup prihatin?" tanyanya.

Tegas Ketua AMK Cabang Balik Pulau itu, kerajaan PN sepatutnya mempunyai solusi menangani kos sara hidup dalam kalangan anak muda dan bukan hanya mengutamakan isu isu pentadbiran yang menguntungkan diri mereka sahaja.

Kata Adzlan, pembaziran harus dielakkan dan dana khusus pembangunan atau latihan semula belia wajar difikirkan untuk mendapatkan kemahiran baharu yang tidak diajarkan di sekolah tetapi diperlukan dalam bidang pekerjaan.

"Kebimbangan ini didasarkan dengan laporan-laporan yang terus menjengkelkan dari Dewan Rakyat. Pelantikan penasihat Perdana Menteri, pertambahan saiz kabinet dan keperluan untuk menukar “kenderaan selesa” (Toyota Vellfire) dilihat menjadi keutamaan kerajaan berbanding memikirkan jalan keluar dari permasalahan ini. Mampukah anak muda mengharapkan kerajaan membela nasib mereka, sementara realiti menunjukkan sebaliknya.

"Oleh itu, sebagai anak muda, saya menggesa kerajaan lebih memberi perhatian kepada golongan belia.

"Pakej rangsangan yang diperkenalkan dilihat belum cukup untuk membantu mengurangkan masalah pengangguran apatah lagi harga barang. Jangan biarkan anak muda terkontang kanting menjalani kehidupan ketika krisis ekonomi dan kesihatan terus menghimpit mereka," katanya lagi

Justeru, Adzlan mahu kerajaan PN bermuhasabah dan merenung kata-kata hikmah dari Imam AL-Ghazali “Jika kamu ingin melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah keadaan generasi mudanya pada hari ini” bagi memperbaiki nasib anak muda Malaysia.