TAK MUNASABAH BANDING GAJI ADUN KELANTAN DAN NEGERI MAJU


(Ucapan Penuh) Anwar Ibrahim: Perbahasan Belanjawan 2021 Ketua Pembangkang(ULANG SEMULA ATAS PERMINTAAN RAMAI )

MUHYIDDIN PM MALAYSIA PALING SINGKAT, RAKYAT MULA MEMBENCI

PANAS! AZHAR HARUN DIBASUH KERANA JADI BARUA MUHYIDDIN?DIA PUN BARUA ATOK JUGA

POTONGAN DAN BAJET UNTUK JASA. POTONGAN DARI KKM......???


 

WAKIL RAKYAT DAP SEDIA DISIASAT

 

November 9, 2020 Wakil rakyat DAP rela disiasat jika langgar SOP PKPB

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman bersedia untuk disiasat pihak berkuasa sekiranya melanggar sebarang prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pemimpin Wanita DAP yang dikenali sebagai Rara itu dalam masa sama memohon maaf susulan kecaman warganet yang menuduhnya ingkar SOP PKPB yang sedang dilaksanakan di Selangor.

“Saya memohon maaf jika tindakan saya melanggar sebarang SOP Covid-19. Saya tidak menggunakan sebarang kelebihan sebagai seorang wakil rakyat untuk bergerak di dalam Selangor, negeri saya bermastautin.

“Saya rela disiasat oleh pihak berkuasa jika tindakan saya melanggar sebarang SOP Covid-19,” katanya menerusi ciapan di Twitter beliau malam ini.

Terdahulu, Rara memuat naik foto di Instagram memperlihatkan dirinya dan empat individu lain berkelah di pantai dekat Avani Sepang Goldcoast Resort di Sungai Pelek, Selangor.

Gambar itu dikatakan diambil semalam tetapi dimuat naik di Instagram pada hari ini. Bagaimanapun, hantaran gambar tersebut telah dipadam.

Ekoran itu, warganet mengkritik tindakan Rara Ekoran itu, warganet mengkritik tindakan Rara termasuk menyebarkan kembali tangkap layar ciapannya pada 22 Ogos lalu sebagai maklum balas terhadap permohonan maaf Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali kerana melanggar SOP kuarantin.


'HUTANG NEGARA AKAN JADI RM1.3 TRILION, MACAM MANA NAK BAYAR?'

 

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa curiga terhadap unjuran kerajaan berkenaan pemulihan ekonomi tahun depan.

Kerajaan meramal pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada kadar 4 ke 7.5 peratus.

Tetapi menurut Mahathir, ramalan ini “terlalu optimistik”, dengan hutang kerajaan dijangka mencecah RM1.3 trilion selepas pinjaman untuk melaksanakan belanjawan.

“Hasil kerajaan pasti menyusut semasa wabak ini. Tetapi kerajaan perlu tawarkan pakej rangsangan. Ini menelan banyak wang.

“Tambahan pula, kerajaan perlu membayar pinjaman dan mengurangkan wang pokok (pinjaman).

“RM35 bilion diperlukan untuk ini. Jumlah perbelanjaan caj ialah RM72.3 bilion, atau 30.6 peratus daripada perbelanjaan mengurus RM236.5 bilion.

“Saya harus akui, saya betul-betul takut. Ini ialah belanjawan gergasi, tetapi bolehkah kita cari duit untuk membiayainya? Hutang kerajaan akan menjadi RM1.3 trilion.

“Macam mana kita nak bayar?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, hasil kerajaan akan menyusut setelah perniagaan yang terjejas tidak dapat membayar cukai, atau membayar kurang kepada kerajaan.

Katanya, prestasi Petronas dan industri pelancongan adalah tidak memberangsangkan dan ini memberikan kesan kepada hasil kerajaan.

“Semua industri teruk terkesan. Saya tak fikir cukai korporat dan cukai pendapatan akan dapat mencapai separuh pun daripada angka normal ketika waktu biasa,” katanya.

Tegas Mahathir, pemulihan ekonomi tidak akan terjadi dalam kadar segera - sebaik negara memasuki tahun 2021.

“Bukan polisi yang menumbuhkan ekonomi, tetapi pelaksanaan polisi (itu sendiri).

“Pernah terjadi, projek berbilion ringgit tetapi tertangguh beberapa tahun.

“Kalau pelabur desak, dia akan berdepan penangguhan yang lebih lama lagi.

“Jadi janganlah sangka sebaik tiba 1 Jan, industri akan mula berjalan semula atau dilancarkan.

“Angan-angan bahawa pemulihan ekonomi akan berlaku segera sebaik wabak Covid-19 di atasi, tidak akan berlaku.

“Wabak ini takkan berakhir menjelangnya tahun baru,” tambahnya.

Dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz di parlimen baru-baru ini, pentadbiran Perikatan Nasional (PN) mengunjurkan hasil kerajaan akan meningkat ke RM236.9 bilion, berbanding jangkaan RM227.3 bilion untuk tahun ini.

Penganalisis juga turut menegaskan bahawa unjuran pertumbuhan KDNK antara 6.5 ke 7.5 peratus adalah tidak realistik.

 

 

TOLAK BELANJAWAN 2021 DEMI SELAMATKAN RAKYAT

 

Shahbudin Husin

Majoriti rakyat secara umumnya menolak tiga perkara berikut sebagaimana yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2021, 6 November lalu.

#Pertama, rakyat menolak dan tidak gembira dengan keputusan kerajaan tidak membenarkan pencarum mengeluarkan wang daripada Akaun 1 KWSP dengan jumlah maksimum RM10,000.

#Kedua, rakyat juga menolak, kecewa dan tidak gembira kerana kerajaan enggan melanjutkan moratorium pinjaman bank antara tiga hingga enam bulan lagi.

#Ketiga, rakyat turut menolak, kecewa dan marah dengan keputusan kerajaan mahu menghidupkan semula Jasa serta memberi peruntukan besar untuk jabatan itu memulakan operasinya tahun depan sebanyak RM85.5 juta.

Tanpa ragu-ragu, boleh dikatakan lebih 90 peratus rakyat didapati menolak tiga perkara di atas, malah ia juga dipercayai akan menjadi inti perbahasan Ahli-Ahli Parlimen PH, BN dan lain-lain yang sealiran dengannya yang bermula hari ini.

Dalam erti kata lain, penolakan itu adalah suara besar rakyat yang jelas tidak setuju dan ia boleh didengar di mana-mana – di kedai kopi, lobi hotel, dalam perbualan suami isteri di meja makan, dalam media sosial dan sebagainya.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong ada bertitah agar Belanjawan 2021 diluluskan oleh Ahli-Ahli Parlimen, tetapi asas baginda mengeluarkan titah demikian tentulah dengan harapan agar kepentingan dan keperluan rakyat sentiasa diambil kira oleh kerajaan.

Ternampak sekarang, di sebalik titah Agong itu, kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin seolah-olah cuba mengambil kesempatan daripadanya dengan merangka belanjawan yang tidak berpihak kepada rakyat, bahkan lebih menjurus kepada agenda politik peribadi.

Bagi Ahli-Ahli Parlimen pula, oleh kerana mereka sendiri dipilih oleh rakyat, sudah tentulah mereka akan dianggap songsang jika menyokong Belanjawan 2021 yang nyata tidak disukai rakyat.

Keutamaan bagi Ahli-Ahli Parlimen ialah mereka berperanan melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk rakyat dan menolak perkara-perkara lain yang tidak dipersetujui rakyat.

Jika mereka menyokong juga perkara yang tidak dikehendaki rakyat, kemungkinan mereka ditolak dalam PRU seterusnya adalah cerah sekali.

Tidak guna sebenarnya bagi Ahli-Ahli menyokong Belanjawan 2021 ini jika hasilnya tidak memberi manfaat, malah terus menjadikan kehidupan rakyat dalam derita yang lebih panjang.

Untuk itu, adalah penting bagi Ahli-Ahli Parlimen berbahas secara kritikal, mengemukakan cadangan yang pro rakyat serta mengambil sikap berani menekan kerajaan agar tiga perkara di atas yang ditolak rakyat itu dapat ditarik balik oleh kerajaan sebelum hari pengundian.

Jika kerajaan berkeras juga mahu melaksanakannya, maka pilihan yang ada ialah menolaknya ketika pengundian diadakan.

Bukan saja Ahli-Ahli Parlimen PH, BN dan lain-lain yang harus menolaknya, bahkan mereka daripada kelompok PN sendiri pun seharusnya berani mengambil pendirian yang sama.

Hanya dengan sikap sedemikian, Ahli-Ahli Parlimen benar-benar akan dilihat berperanan secara terpuji untuk kepentingan rakyat serta layak digelar wakil rakyat.

Buat apa menyokong Belanjawan 2021 yang dalam waktu yang sama sokongan itu juga bererti memanjangkan lagi hayat politik Muhyiddin, sedangkan tindakan sedemikian boleh menyebabkan kemarahan serta kebencian rakyat.

Menolak belanjawan yang tidak memberi manfaat rakyat bukanlah bermakna Ahli-Ahli Parlimen ingkar kepada titah Agong, malah lebih untuk mengutamakan rakyat yang berada di bawah naungan Agong itu sendiri.

Lagi pula, untuk jangka panjang, yang lebih diperlukan oleh Ahli-Ahli Parlimen ialah sokongan dan berbuat apa yang disukai rakyat, bukannya menyukakan hati Muhyiddin.

Sama ada dengan penolakan Belanjawan 2021 akan menyebabkan sebuah kerajaan baru dibentuk atau PRU mengejut terpaksa diadakan, mereka yang bersikap mengutamakan rakyat pasti sentiasa ada dalam hati dan jiwa rakyat, selain tiga perkara yang menjadi kebencian itu dapat diubahsuai segera.

 

MORATORIUM; SAYA NAK DENGAR JAWAPAN SEORANG MENTERI KEWANGAN BUKAN SEORANG PENGURUS BANK - ANWAR

 

Kerajaan perlu pertimbangkan langkah peluasan moratorium, walaupun ia mungkin akan menyebabkan penyusutan keuntungan untuk sektor perbankan di negara ini, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, berdasarkan laporan yang diterima, keuntungan sektor perbankan setiap tahun dianggarkan sekitar RM30 bilion, dan penyerapan sedikit kos untuk memperluaskan moratorium tidak akan mengurangkan keuntungan secara mendadak.

Tegasnya lagi, kajian mendapati bukan sahaja golongan B40 yang terjejas teruk, malahan golongan M40 sudah mula bergelut dengan kos yang terpaksa ditanggung setiap bulan.

“Cuba lihat keuntungan bank…dia tak ada beban. Keuntungan sebelum cukai pada suku tahun pertama 2020 adalah RM8.5 bilion. Suku tahun kedua RM8.3 bilion. Keuntungan untuk 2020 dijangka RM30 bilion.

“Dan bank ini tak ada beban langsung. Tak boleh ke supaya diluaskan lagi moratorium sebab yang hadapi masalah, golongan B40. Tapi sekarang M40 ini sudah bergelut, dan ramai di kalangan mereka akan turun jadi B40.

Kalau masih M40, mereka adalah M40 yang bergelut dengan tekanan kewangan,” katanya lagi.

Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, berkata demikian sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim-Bandar Baharu) ketika bangun mencelah berkata, beliau hampir pasti Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz sewaktu menggulung nanti, akan menjawab bahawa kerajaan harus mengambil kira masalah kecairan.

“Saya hampir pasti Menteri Kewangan akan berkata, kalau lanjutkan tempoh moratorium, masalah dengan bank ialah aktiviti principal mereka memberi hutang. Jadi kalau pinjaman tak dibayar balik atas nama moratorium, bank akan hadapi masalah kecairan.

“Itu core business dia. Dan itu akan memberikan kesan kepada rating agency, rating bank, dan juga komitmen bank kepada pemegang saham,” katanya lagi.

Menjawab persoalan itu, Anwar berkata, Kerajaan perlu terus memberi keutamaan menjaga kebajikan rakyat, tatkala negara sedang dihimpit dengan masalah pandemik COVID-19.

“Saya nak dengar jawapan seorang Menteri Kewangan, bukan seorang Pengurus Bank. Angka yang disebut, exposure, katalah 5%. Itu hanya RM2.6 bilion berbanding keuntungan RM30 bilion sektor perbankan,” katanya lagi.

Menyambung perbahasan, Anwar berkata, beliau juga turut menzahirkan kegusaran terhadap peningkatan perbelanjaan pembangunan (CapEx) dalam Belanjawan 2021, iaitu sebanyak RM69 bilion.

Beliau berkata, tidak ada masalah sekiranya projek mega seperti Lebuhraya Pan-Borneo diteruskan, tetapi mungkin dapat dipertimbangkan sekiranya skalanya dikecilkan dahulu.

Ujarnya lagi, lebih baik peningkatan perbelanjaan pembangunan itu diasingkan, dan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang COVID-19.

“Saya usulkan RM19 bilion yang dimasukkan kepada Dana Pembangunan itu, mesti dipindahkan dan diperbetulkan supaya dapat selesaikan masalah pengangguran, dan juga beberapa kegiatan kecil-kecilan berkaitan pelancongan, pendidikan, kemudahan digital, komputer untuk pembelajaran dalam talian dan sebagainya.

“Peruntukan yang diwar-warkan sebagai Belanjawan COVID-19 ini tidak menepati kerana tak dapat tangani masalah petani, termasuk penanam padi, nelayan dan jumlah besar yang menganggur, atau yang diminat bekerja dekat rumah, tapi tidak diberi elaun seperti bil elektrik, dan internet,” katanya lagi.

 

 

*KENYATAAN MEDIA* *Isnin | 9 November 2020* *KESIHATAN RAKYAT SABAH TIDAK DIBERI KEUTAMAAN DALAM BAJET 2021*

 

*KENYATAAN MEDIA*

*Isnin | 9 November 2020*

*KESIHATAN RAKYAT SABAH TIDAK DIBERI KEUTAMAAN DALAM BAJET 2021*

Wanita Keadilan Sabah mengambil maklum akan Belanjawan 2021 yang telah dibentang oleh Menteri Kewangan.

Walau bagaimanapun Wanita KEADILAN Sabah terkilan apabila peruntukan untuk perubatan dipotong dalam belanjawan kali ini walaupun Belanjawan 2021 merupakan belanjawan tertinggi iaitu lebih 10.6% dari belanjawan 2020.

Umum mengetahui situasi Covid-19 di Sabah sangat meruncing sehingga pernah mencapai 1,199 kes baharu dalam tempoh sehari. Kes kematian tertinggi juga dicatat di Sabah dengan semua kematian memounyai sejarah penyakit kronik.

Selain mengekang penularan Covid-19, rawatan penyakit kronik dan kesihatan awam seperti paediatric (Kanak-Kanak), rawatan buah pinggang, farmasi, onkologi (kanser), cardiothoracic dan respiratory perlu diberi keutamaan dan serta memerlukan peruntukan yang lebih besar.

Di mana logiknya peruntukan untuk perubatan dan kesihatan dipotong ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19?

Ini jelas memperlihatkan kerajaan Perikatan Nasional tidak serius dalam menyediakan belanjawan kerana gagal memahami keutamaan yang seharusnya diberikan dalam Belanjawan 2021 ketika negara berdepan dengan wabak pembunuh yang bukan sahaja menjejaskan kesihatan malah menjatuhkan ekonomi dalam usaha memutuskan rantaian wabak.

Saya mengambil contoh peruntukan sebanyak Rm81juta kepada JASA yang merupakan unit propaganda kerajaan yang telah dimansuhkan dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.

Ini meruoakan satu pembaziran yang jelas. Sepatutnya peruntukan sebesar itu diserap samada ke belanjawan kesihatan mahupun pemulihan ekonomi rakyat.

Wanita Keadilan Sabah juga amat terkilan apabila sebanyak Rm100juta peruntukan untuk Sabah dipotong berbanding Nelanjawan 2020.

Dengan hasil bumi yang menjadi penyumbang utama kepada kantung negara, tidak sepatutnya Sabah dianak tirikan terutama dari segi pembangunan infrastruktur dan kesihatan.

Wanita KEADILAN Sabah berpandangan belanjawan yang dibentangkan tidak menepati keperluan pada masa kini ketika negara berdepan dengan Covid-19 dan kejatuhan ekonomi rakyat akibat pelaksanaan PKPB.

Kami juga berpandangan belanjawan yang hanya menguntungkan pihak tertentu ini harus ditolak.

*RUBIAH BINTI HAJI ONGA*

_Ketua Wanita Keadilan Sabah_

 

SABAHAN MULA RESAH ( VIDEO AKAN DI LINKKAN KE FB NORA JAMILAH) TUAN TUAN BOLEH MELIHAT VIDEO TERSEBUT.AMBIL BEBERAPA SAAT.



NIRA JAMILAH

Sementara itu, di Lahad Datu, Sabah petang tadi, marhaen sudah mula mengamuk....Terlalu lama terkurung di perumahan tanpa pendapatan, tdk cukup bantuan makanan, ccm rumah, kereta yg tdk dpat dibayar....Isu begini telah mendapat perhatian di parlimen oleh DSAI pagi tadi....Stress! Stress! Stress!