TANPA ZURAIDA PUN PKR TERUS HIDUP:AMK Ampang anjur sambutan bulan kemerdekaan



 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Ampang bersama Pertubuhan Pembangunan Intelektual Insan (PPII) menganjurkan sambutan bulan kemerdekaan di Pangsapuri Ampang Saujana, Ampang baru-baru ini.

Program tersebut turut mengundang wakil dari Jabatan Bomba dan pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk menyampaikan taklimat keselamatan dan kesedaran sivik kepada penduduk.

Penyelaras AMK Ampang Awalluddin Shariff berucap


Selain ucapan dari Penyelaras AMK Ampang, Awalluddin Shariff.

Menurut aktivis AMK Ampang yang juga Setiausaha PPII, Faizul Zaiful Yazan, program itu berjaya mengeratkan hubungan siratulrahim antara penduduk, ahli polilik setempat dan jabatan kerajaan bagi meningkatkan kualiti persekitaran dalam kejiranan.

"Dengan bertemakan Malaysia Prihatin, AMK Ampang mengambil inisiatif ke arah menjayakan program-program kemasyarakatan.

"AMK Ampang berharap program berkenaan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada penduduk Lembah Jaya dalam bersama-sama meraikan kemerdekaan pada tahun ini dengan penuh semangat patriotik," katanya dalam satu kenyataan.
 
Menurut Faizul lagi, program itu juga diselangi aktiviti santai bagi warga Pangsapuri Ampang Saujana seperti Jualan Murah Ikan dan Ayam serta Pertandingan Mewarna Kanak-kanak yang mendapat sambutan hangat.

Selain kempen menaikkan jalur gemilang sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-63.


Runding terus: Usaha malukan PH gagal, rakyat lihat ketelusan



 

Usaha kerajaan 'tebuk atap' Perikatan Nasional (PN) untuk memalukan Pakatan Harapan (PH) kononnya telah memberi projek runding terus berjumlah RM6.61 bilion gagal sama sekali dalam sesi Parlimen yang lepas.

Sebaliknya, kata Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai, rakyat melihat ketelusan PH dalam merundingkan semula projek runding terus era BN yang membazir.

"Usaha PN untuk memalukan mantan Kerajaan Malaysia, iaitu Pakatan Harapan menemui jalan buntu dan digagalkan oleh bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dari DAP.

"Ini menunjukkan Ahli-ahli Parlimen PH sewaktu mereka menjadi menteri telah menjalankan tugas mereka dengan baik, sempurna dan terperinci," kata Ming Kai dipetik.

Menurut beliau lagi, ketelusan yang ditunjukkan itu sepatutnya menjadi daya penarik kepada rakyat untuk mengundi PH semula dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Oleh itu, saya berharap untuk PRU15 yang akan datang ini, rakyat akan memilih dengan bijak untuk masa depan negara yang maju dan makmur supaya rakyat dapat hidup dalam aman sejahtera dengan kos sara hidup berpatutan serta ekonomi yang tumbuh pesat," katanya lagi.

Pada 26 Ogos lalu, dalam sidang Parlimen, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, memberitahu Dewan Rakyat PH memuluskan 101 projek runding terus bernilai RM6.61 bilion.

Namun sehari kemudian, bekas Menteri Kewangan Guan Eng membentangkan bahawa projek rundingan terus di bawah PH hanya RM352 juta, selepas Kementerian Kewangan mendedahkan senarai penuh projek yang diluluskan.


Perkasakan semula JPK Kesaksamaan Gender dan Pembangunan Keluarga





Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Merbok mempersoalkan tindakan Speaker Parlimen yang mencicirkan Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Kesaksamaan Gender dan Pembangunan Keluarga dalam pengumuman perlantikan terbaharu.

Bagi Nurul Izzah Anwar serta Nurin Aina, JPK Kesaksamaan Gender dan Pembangunan Keluarga amat penting untuk membincangkan isu-isu wanita atau warga emas.

"Pengumuman lapan ahli JPK telah dilakukan pada hari terakhir persidangan parlimen - dikenali antara entiti melengkapkan fungsi demokrasi berparlimen.

"Pun begitu, kami terkilan apabila JPK yang menyentuh khusus berkaitan Kesaksamaan Gender dan Pembangunan Keluarga tidak tersenarai. Sedangkan jawatankuasa ini dilihat sebagai salah sebuah JPK barisan hadapan.

"Golongan seperti warga emas, yang lazimnya menjadi isu perbincangan JPK ini merupakan golongan yang paling berisiko lebih-lebih lagi dalam zaman penularan Covid 19," kata mereka dalam satu kenyataan.

Menurut mereka lagi, laporan terbaru yang diterbitkan oleh UNICEF dan UNFPA, “Families on the Edge”, iaitu satu kajian yang melibatkan 500 keluarga termasuk 20% daripadanya ketua isi rumah wanita yang menetap di PPR, Kuala Lumpur, bagi meninjau kesan Covid 19, mendapati golongan wanita dan kanak-kanak adalah golongan yang paling terjejas sepanjang pandemik.

Puratanya, pada Jun 2020, pendapatan wanita yang mengetuai isi rumah jatuh kepada RM675. Manakala 50% berpendapat keadaan kewangan mereka bertambah buruk, sementara 42% kanak-kanak dalam isi keluarga tidak mempunyai peralatan e-pembelajaran.
 
Ahli Parlimen Merbok Nurin Aina

Maka timbul persoalan mengenai kecekapan bantuan daripada kerajaan apabila 40% daripada responden, yang mana 45% wanita sebagai ketua keluarga tidak menganggap Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebagai tepat dalam memenuhi keperluan mereka.

"Menyorot kembali kerajaan Pakatan Harapan yang mewujudkan JPK bagi Kesamarataan Gender dan Pembangunan Keluarga dan ketika itu dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Merbok serta kekerapan JPK tersebut mengulas isu wanita dan kanak-kanak maka sewajarnya ia diteruskan.

"JPK Kesaksamaan Gender dan Pembangunan Keluarga sebelum ini juga melibatkan wakil daripada KEADILAN, DAP, Umno dan Pas. Tugas utama, beserta iltizam dan input para pemegang taruh telah melahirkan versi terkini Rang Undang-Undang Gangguan Seksual dan Kesaksamaan Gender.

"Namun, segala usaha murni JPK tersebut terbantut dengan perubahan pemerintahan pada Mac 2020 lalu dan kemudian jawatankuasa ini tidak tersenarai dalam pengumuman terkini," kata mereka.

Walaupun, kata mereka, usaha mewujudkan atau tidak sebarang JPK adalah melalui saranan kerajaan memerintah namun Speaker yang memuktamadkan pewujudannya di Dewan Rakyat.

Speaker, kata mereka, boleh memutuskan untuk jawatankuasa tersebut dikekalkan.

"Oleh itu, kami menggesa Tuan Yang di-Pertua agar memperkasa semula JPK Kesaksamaan Gender dan Pembangunan Keluarga dalam memastikan dasar dan perundangan diteliti dengan secukupnya agar tiada yang terkecuali dalam mendapat keadilan," kata mereka lagi.


Salam, saya orang Pahang



Saya nak tanya beberapa soalan.

1. Siapa punya Genting Highlands 12,300 ekar dan siapa beri?
2. Siapa punya Berjaya Hill Resort 3,000 ekar, siapa beri?
3. Siapa punya Bukit Gambang Resort 1,200 ekar, siapa beri?
4. Kebun Sayur Cameroon Highlands lebih 5,000 ekar kpd tauke-tauke Cina...siapa bagi?
5. Tanah 300 ekar di Pulau Tioman kepada Berjaya Group siapa beri?
6. Tanah Berpuluh ribu ekar di daerah Raub, Bentung dan Temerloh untuk projek tanaman Musang King kepada  Tauke-tauke Cina (em cee A) siapa beri?

Ok, cukup dulu maklumat @ persoalan tentang kejahatan UMNGOK untuk hari ini.

Untuk makluman, majoriti rakyat Pahang sendiri...sampai mati, mohon tanah 1 ekar pun tak pernah diluluskan!. Kalau dapat jilat lubang bontot MB...mungkin la dapat tanah TOL.

Justeru itu, nak jgk saya bertanya kepada
Melayu-melayu Pentaksub UMNO...semua itu kerja siapa? DAP ker?. Ingat dulu, kita bolehlah mengharapkan PAS (parti IsIam yg kuat dan besar), malangnya kini, Lobai2 Pas sudah tinggal sekelambu pula dgn mereka dan bersubahat utk MENUTUP Kemungkaran yg dilakukan oleh UMNO sebelum2 ini.

Memang mereka itu puak-puak Melayu yang hina lagi dina. Perkara seperti itu bukan sahaja berlaku di Pahang tetapi di semua negeri yang di kuasai oleh UMNO.

Oiiiiiii...Salah CINA ker?. Saya tanya ikhlas ni dan ada bantahan tak?.

Ikhlas tapi dekat,

Mohd Asri Bakar.


KENAPA PN MAHU TAMBAH SEKOLAH CINA?

VIDEO: Mat Sabu: UMNO Umum Akan Tanding Semua Kerusi Menang, 1 Kerusi Tak Bagi Bersatu, Bersatu Pergi Mana?



VIDEO: Lim Guan Eng: Pendedahan Senarai Rundingan Terus Daripada PH Sahaja Sebagai Serangan Politik Kotor



VIDEO: Lim Guan Eng: Azmin Ali Telah Mengeluarkan Kenyataan Palsu Yang Menuduh PH Telah Meratifikasi CPTPP



BERITA VIDEO: RENTASAN 079 | PROJEK DIRECT TENDER KPKT LEBIH RM170 JUTA DISUB-KONTRAK BERNILAI RM120 JUTA DIDEDAH?



MENARIK DALAM RENTASAN MINGGUAN 079

1. BOHONG SANA BOHONG SINI, BILA NAK JAGA EKONOMI? 2. YANG CUBA MELONDEH PULA TERLONDEH 3. PATUTKAH RCI DIADAKAN UNTUK RUNDINGAN TERUS? 4. JANGAN ADA UNDANG-UNDANG DUA DARJAT




VIDEO: MENTERI LANGGAR SOP COVID-19, TAK PERLU DIBELA


Kenyataan Hanipa ini jelas mempertikai kompaun RM1,000 terhadap Khairuddin, sedangkan seorang wanita tua berusia 72 tahun dikenakan hukuman penjara satu hari dan denda RM8,000. "Kenapa rakyat yang langgar perintah kuarantin boleh dibicara di mahkamah dan dijatuhi hukum oleh mahkamah tetapi Menteri Gomen Tebuk Atap yang Khianat Mandat Rakyat yang langgar perintah kuarantin sampai hari ini masih tidak diheret ke mahkamah?" soal Hanipa dalam kenyataan yang dikirim ke JOM Channel.

VIDEO : ISU RUNDINGAN TERUS SIAPA YANG TERLONDEH?



Malah beliau mempercayai kata-kata perencana Kerajaan TEBUK ATAP itu apabila menyarankan Guan Eng perlu dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, kerana berbohong. "Rakyat tentu terkejut dengan pendedahan tersebut, kerana selama ini PAKATAN HARAPAN melaungkan slogan tiada projek runding terus, bahkan dalam Manifesto PAKATAN HARAPAN semua projek akan dibuat secara tender terbuka," ujarnya.


TERIMA KASIH ZAFRUL BERITAHU KEBAIKAN PH

BULETIN EKONOMI


RINA HAMZAH

Kanu yang tuduh PH perompak dan buat report SPRM.. Lepas tu DELETE post bila kantoi menfitnah.. Itu tak berpolitik ke?
Nak-nak masa tengah hangat #PrkSlim. Habis semua kempen tabur fitnah.. Siap buat coordinated attack di Parliament lagi. Sembang jer lebih

Image may contain: 1 person, text that says "m malaysiakini FAHMI: TERIMA KASIH TENGKU ZAFRUL 'JARINGKAN GOL SENDIRI' UNTUK PN LANGGAN SEKARANG"

Image may contain: 2 people, text that says "SR suara rakyat HENTI POLITIK ISU 101 DIRECT NEGO"



TANYA PN APASAL DIRECT NEGO?

DUIT DERMA MASUK KOCEK PAK LEBAI???


Al Kisahnya Tersebutlah Kisah...

Ustaz ni kalau temberang Dalam Masjid macam macam...Alam jin, Alam kubur semua depa tahu.. Bagi tahu Jemaah, besar macam mana pun masalah..Hutang.. kena minta dengan Allah..

Depa pun ajar lah makcik pakcik hat ternganga dengar labun Ustaz, Dia pun ajar lah amalan murah rezeki.. Amalan boleh selesaikan hutang..Amalan boleh hilang sakit..Selesaikan masalah... kononnya dia pun dah amal.. memang murah rezeki.. mahu tak murah rezeki..last kuliah minta derma..

Last lastnya semua masalah. Habis mengadu kat Facebook... letak no akaun.. mana pergi amalan amalan tu.. Tapi itulah Ustaz..Sembang deras.. last2 depa hidup dengan derma orang..Hidup dengan duit tabung Masjid... ada masalah macam ujian besar sangat....Sembang lah..

rasa aku Tabung Masjid seluruh Negara ni.. Banyak duit tabung Masjid bagi kat Ustaz dari bagi kat orang miskin.. Rasanya orang Islam sekarang dah ulang sejarah zaman kegelepan Eropah dulu menguasai politik..Zaman Paderi dan Gereja jadi alat orang Politik..  🙂

Kredit kepada...


Ipohmali

Image may contain: 1 person, text that says "Agama itu menerangi bukan membenci. Agama itu mengajak, bukan menyepak Agama itu rahmat, bukan kebencian. Agama itu tidak hanya teriak Allahu Akbar di pinggir jalan. Jangan lihat jenggotnya. Jangan lihat jubahnya Jangan lihat Allahu Akbarnya. Tapi lihat PERILAKU nya. Bisri KH.BisriMustofa Mustofa"

ZAMZURI ARDANI


Saya setuju dengan tulisan ini. Banyak derma kutipan masjid dan surau akhirnya masuk kocek ustaz-ustaz yang pandai 'goreng' masa kuliah.
Ada ustaz yg pandai bagi penonton ketawa. Ada ustaz yang pandai bagi penonton menangis. Ada ustaz yang pandai bagi penonton suspend. Ada ustaz yang pandai menyanyi. Ada ustaz yang pandai bermadah. Ada ustaz yang pandai macam-macam. Tapi tak ramai yang berjaya mendidik pendengar dengan kefahaman yang benar.

Sebab itulah, kalau kita nilai balik ... terlalu banyak kuliah dan majlis ceramah agama yang dibuat tetapi kesannya sangat minima ke atas umat Islam.

Khutbah Jumaat setiap minggu. Kuliah di TV sehari dua tiga sessi. Tambah lagi ceramah kat radio dari pagi sampai malam. Ada channel khas untuk kuliah para ustaz dan ustazah sahaja. Buat lagi program realiti TV untuk cungkil bakat-bakat 'kaki goreng' ceramah agama. Di surau dan masjid, saban hari ada kuliah. Tak cukup kuliah mahgrib dan subuh, buat lagi kuliah dhuha. Sebelum khutbat Jumaat pun ada kuliah lagi. 

Di pejabat-pejabat kerajaan pun sama. Ada kuliah mingguan, bulanan, dan harian. Semua ada envelopnya. Ada yang tebal, dan ada juga yang sangat tebal. Penceramah dan pengkuliah ramai naik kereta mewah dari masjid ke masjid, dari pejabat ke pejabat, malah ada juga dari rumah ke rumah.
Tapi apa hasilnya? Penagih dadah majoritinya orang Islam. LGBT di kalangan umat Islam terus merebak. Kes mengandung luar nikah meningkat. Kes perceraian di kalangan umat Islam meningkat. Kes hutang dengan 'along' meningkat. Kes dera meningkat. Kes kebangkrapan meningkat. 

Umat Islam paling mudah ditipu dengan pemimpin politik mereka. Majoriti umat Islamlah yang menyokong kepimpinan politik yang tidak amanah. Sentimen perkauman dan bigotri yang dibenci agama semakin subur di kalangan umat Islam.
Fikir-fikirkanlah ... !!!