"Dalam pertemuan pada 9 Jun, Mahathir mengatakan Perdana Menteri mestilah orang Melayu dan seseorang yang memimpin parti Melayu," dakwanya. Kata Saifuddin, kerana itu Tun Dr Mahathir tidak dapat menerima Anwar kerana pengerusi PAKATAN HARAPAN itu merupakan presiden parti berbilang kaum. "Bagi saya, itu bukan sekadar kenyataan saja-saja, itu ada dalam DNAnya," katanya. Saifuddin berkata KEADILAN tidak boleh jatuh ke dalam lubang yang sama berkali-kali.
GABUNGAN PAKATAN HARAPAN MASIH UTUH, KATA KEADILAN
"Dalam pertemuan pada 9 Jun, Mahathir mengatakan Perdana Menteri mestilah orang Melayu dan seseorang yang memimpin parti Melayu," dakwanya. Kata Saifuddin, kerana itu Tun Dr Mahathir tidak dapat menerima Anwar kerana pengerusi PAKATAN HARAPAN itu merupakan presiden parti berbilang kaum. "Bagi saya, itu bukan sekadar kenyataan saja-saja, itu ada dalam DNAnya," katanya. Saifuddin berkata KEADILAN tidak boleh jatuh ke dalam lubang yang sama berkali-kali.
PEMUDA PH PERAK SELAR MENTERI BESAR TUKAR KERETA MEWAH
Mereka berpendapat keputusan menjual sebuah unit kenderaan rasmi kerajaan negeri, memperlihatkan sikap beliau yang sewenang-wenangnya mengambil kesempatan untuk membeli sebuah kereta lain yang lebih mahal daripada Toyota Camry untuk menggantikannya.
Ketua Pemuda AMANAH, DAP dan KEADILAN itu menegaskan: "Dengan terjelmanya sikap beliau ini, rakyat akan membuat penilaian semula terhadap prestasi beliau dan menggunakan kuasa dalam Pilihan Raya akan datang untuk mengajar pemimpin yang khianat dan hipokrit seperti beliau."
AMANAH NAFAS REFORMASI, KEKAL SETIA KEPADA ANWAR
Amanah nafas Reformasi, kekal setia kepada Anwar
Dr Muhaimin Sulam
ULASAN: Mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional pada hari Sabtu baru-baru ini bermula jam 10.25 pagi dan tamat pada jam 2.35 petang. Mesyuarat paling lama setakat ini. Dan sudah tiga (3) bulan kami terhalang bermesyuarat secara biasa. Untung kerajaan hari ini, kerana mendapat barisan pembangkang yang tidak ghairah ‘main politik kayu tiga’ semasa musim berkurung ini.
Sepanjang sekatan pergerakan, pimpinan Pakatan Harapan (PH) mencari jalan terbaik membina kekuatan semula. Puluhan rundingan dibuat oleh pemimpin PH sebagai perunding bersama. Para perunding AMANAH telah mengutamakan keputusan mesyuarat dan semangat PH untuk mengembalikan mandat rakyat dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Malaysia (PM). Itulah pilihan pertama. Para perunding AMANAH membawa persetujuan dalam PH hingga sampai ke dinding. Itulah komitmen AMANAH hingga saat ini.
Adalah suatu yang sangat mengelirukan apabila terdapat suara yang mendakwa AMANAH tidak setia dengan agenda reformasi. AMANAH sendiri wujud dari nafas reformasi dan sebahagian besar pimpinan AMANAH kekal memiliki semangat kesetiakawanan yang sekian terjalin dua dekad lalu hingga kini. Sejarah tidak pernah berbohong soal integriti AMANAH dan pimpinan.
Di saat paling getir, AMANAHlah yang menjadi galang ganti kepada jambatan PH yang hampir runtuh. Sesekali AMANAH tidak rasa kesal berkorban demi masa hadapan politik negara yang lebih baik. Hanya kesabaran sahaja yang mendamaikan hati-hati kami.
Episod ‘selasa’ yang ‘gagal’ memperolehi bilangan ahli parlimen yang cukup bukanlah titik pengakhiran mengembalikan mandat rakyat yang dirampas. Selagi ada kudrat dan ruang, AMANAH akan berusaha tanpa lelah bagi memastikan kepentingan negara lebih afdal daripada kepentingan peribadi atau parti sendiri. AMANAH akan lakukan dari pimpinan tertinggi termasuk Penasihat Umum AMANAH hinggalah kepada ahli di peringkat akar umbi.
MEDIA MALAYSIA SEMAKIN TIDAK DIPERCAYAI RAKYAT?
Media Malaysia semakin tidak dipercayai rakyat?
Oleh: Redzuan RF8 Media
Ketika era BN rakyat Malaysia sukar mempercatai berita dalam media Malaysia yang sering berpusing-pusing mempotretkan kebaikan kerajaan.
Sebaik sahaja Pakatan Harapan (PH) mengambilalih pada 2018 kepercayaan rakyat meningkat lebih baik. Namun selepas PH jatuh indeks kepercayaan rakyat ke atas media merudum kembali.
Menurut Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi kerajaan wajar tidak mengawal media dan melihat kemerosotan dalam laporan yang diterbitkan Institut Reuters, Digital News Report yang mendedahkan bahawa kepercayaan rakyat Malaysia terhadap media mencorot daripada 31 peratus pada tahun 2019 kepada 25 peratus pada tahun ini.
Laporan itu juga mencatatkan hanya satu per empat dari responden yang percaya dengan berita yang diperoleh.
Tegas Shu Qi, penurunan peratus kepercayaan terhadap media ketika ini membimbangkan oleh kerana Malaysia sering menduduki tempat keempat dari bawah sejak 2017 kecuali pada tahun 2019 yang menunjukkan sedikit peningkatan.
“Bukanlah mahu meremehkan dan mengatakan bahawa kredibiliti media kita berada di ambang kehancuran. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini dan kita tidak boleh membiarkannya kerana ia boleh membahayakan demokrasi kita.
“Punca masalah ini adalah jelas, percambahan maklumat dan berita palsu menimbulkan kekeliruan dalam penggunaan media.
“Malah, orang ramai tidak mengetahui berita sebenar dan berita palsu, sumber berita mana yang boleh dipercayai dan umumnya siapa yang harus dipercayai,” katanya dipetik.
Pada masa sama, Ahli Parlimen DAP itu berkata, tanpa kepercayaan masyarakat kepada sumber utama maklumat awam (media), akan menyumbang kepada rendahnya tahap kepercayaan masyarakat terhadap kerajaan.
Jelasnya, untuk membendung isu ketidakpercayaan itu, beliau mencadangkan agar dilaksanakan program literasi media secara meluas yang boleh diajar di sekolah-sekolah.
Secara ringkas katanya, masyarakat akan dididik mengenai cara mengakses dan menilai media secara kritis.
Selain itu katanya, kebebasan media mesti dijaga di mana menerusi aspek ini, majlis media yang ditubuhkan sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan awal tahun ini, perlu dihidupkan semula untuk memainkan peranannya sebagai pemantau kepada kebebasan media dalam negara.
“Kerajaan tidak boleh ada campur tangan dalam media dan tidak boleh jadikan media sebagai suara politiknya untuk melayani kepentingan pemerintah sahaja.
“Terakhir, perlunya undang-undang yang tidak hanya menghukum pesalah berita palsu, tetapi juga untuk memastikan jaminan kelangsungan media,” katanya lagi.
MASIHKAH ADA JALAN MENANG-MENANG?
Beliau berkata, sekiranya PAKATAN HARAPAN masih berpegang kepada formula maka mereka akan menghadapi masalah sekiranya berlaku pilihan raya umum dalam masa terdekat ini. "Persoalan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15, saya rasa, mempunyai angkubah yang berbeza, yang mana mungkin pada pengamatan kami di lapangan dalam tempoh sekarang ini ialah kemerosotan populariti Tun Dr Mahathir," katanya dipetik Astro Awani. Beliau berpendapat, pada Pilihan Raya Umum yang lepas, kehadiran Tun Dr Mahathir dan BERSATU membantu dalam kemenangan PAKATAN HARAPAN.
Elak jatuh banyak kali di lubang yang sama – Saifuddin

PULAU PINANG – Masa bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengajar kami untuk mengelak daripada terjatuh ke dalam lubang yang sama banyak kali, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution.
Walau bagaimanapun, Saifuddin juga tidak menolak kemungkinan untuk meneruskan kerjasama dengan Dr. Mahathir atau mana-mana pihak pada masa akan datang bagi mencukupkan Ahli Parlimen dalam pembentukan kerajaan.
Ketika menerima wawancara Kwong Wah Yit Poh, Saifuddin berkata, dalam mesyuarat bersama Dr. Mahathir dan Warisan di ibu pejabat PKR pada awal bulan ini, Dr. Mahathir mengakui bahawa beliau tidak menyerah kuasa kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim berasal dari parti multirasial.
“Dr. Mahathir berpendapat seseorang harus memenuhi dua syarat untuk menjadi PM. Pertama, dia harus orang Melayu dan kedua, berasal dari parti Melayu. Pandangan ini telah tersimpan dalam genetik beliau.
“Inilah sebab Dr. Mahathir enggan menyerah kuasa kepada Anwar dan sebab PKR tidak menyokong Dr. Mahathir menjadi PM sekali lagi,” katanya kepada Kwong Wah Yit Poh.
Saifuddin berkata, beliau sedar bahawa ramai penyokong PKR resah dan berharap parti segera memegang semula kuasa pentadbiran melalui rundingan dengan parti lain.
“Saya faham keresahan penyokong kami dan secara umumnya ada dua suara. Selain mahu Pakatan Harapan (PH) dapat berkuasa semula, ada juga yang berpendapat biarlah kerajaan yang dibentuk itu kukuh dan stabil dengan kerusi yang mencukupi,” katanya.
Beliau menasihatkan para penyokong PKR agar bersabar kerana proses pemulihan kuasa daripada Perikatan Nasional perlu dijalankan secara berhati-hati.
Mengenai kerjasama dengan Dr. Mahathir, Saifuddin berkata ia memerlukan masa sambil mengungkapkan perlu mengelak pisang berbuah dua kali dan mengelak jatuh ke lubang yang sama.
Saya tidak ingin bersama Muhyiddin – Tun M

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau enggan bekerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan meramalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bakal kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang selepas ditinggalkan oleh UMNO.
“Dalam PRU 15 UMNO akan lawan dengan Bersatu yang tinggal terkuntang-kanting tanpa sokongan PH. Bukan sahaja Muhyiddin yang akan kalah tetapi semua calon Bersatu akan kalah.
“Maka tamatlah riwayat Bersatu dan bermaharajalela UMNO dengan “Cash is King”nya.
“Sejarah akan catat pengkhianatan Muhyiddin kepada rakyat yang telah beri kemenangan kepada PH.
“Saya tidak ingin bersama dengan Muhyiddin dan pengkhianatannya,” katanya dalam blognya hari ini.
Bekas Pengerusi Bersatu yang akhir-akhir ini kerap memberi sokongan teguh kepada DAP menyatakan, parti tersebut tidak mampu menghancurkan orang Melayu seperti dimomokkan sebelum ini.
Katanya, Muhyiddin menggunakan DAP untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya mereka menyertai gerakan menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) serta menyokong beliau untuk menjadi Perdana Menteri.
“Bukan DAP yang boleh hancur orang Melayu. Orang Melayu yang boleh hancur DAP jika Menteri Dalam Negeri Melayu hanya batal sahaja pendaftaran DAP.
BANK DUNIA SAHKAN EKONOMI MALAYSIA MELESET TAHUN 2020
Bank Dunia sahkan ekonomi Malaysia meleset tahun 2020
Oleh: Redzuan RF8 Media
Bertentangan dengan maklumat yang diberi kerajaan Malaysia kononnya ekonomi stabil walaupun menghadapi wabak Covid 19, Bank Dunia mengumumkan pertumbuhan ekonomi Malaysia 2020 dijangka negatif 3.1%
Kemelesetan ekonomi ini pertama kali dialami sejak Krisis Kewangan Asia pada 1998 yang menyaksikan pertumbuhan ekonomi negatif dan hanya pulih kira-kira tiga tahun kemudian.
“Unjuran dalam jangka masa terdekat, bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pada masa ini.
“Pandemik ini, disertai dunia pekerjaan yang berubah turut meningkatkan keperluan sistem perlindungan sosial yang lebih baik di Malaysia,” kata Bank Dunia dalam laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia yang terkini bertajuk ‘Surviving the Storm.’
Katanya pelaburan agregat merosot untuk suku kelima berturut-turut sebanyak 4.6 peratus pada suku pertama 2020 berbanding penyusutan 0.7 peratus pada suku keempat 2019 dengan kemerosotan yang meluas dalam pelaburan swasta dan awam.
Menurut laporan itu, berikutan permintaan luaran yang lemah, eksport barangan dan perkhidmatan Malaysia susut bagi suku ketiga berturut-turut sebanyak 7.1 peratus pada suku pertama 2020 (suku keempat 2019: -3.4 peratus), penurunan terbesar sejak krisis kewangan global pada 2009.
Penggunaan swasta adalah sederhana kepada 6.7 peratus pada suku pertama 2020, merosot daripada 8.1 peratus pada suku keempat 2019, sebahagian besarnya menggambarkan impak besar COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan ke atas perbelanjaan runcit, perjalanan, libur dan rekreasi dan penggunaan barang-barang tahan lama bagi tempoh sebelum ini.
Pengurus Negara Bank Dunia bagi Malaysia Firas Raad berkata langkah perlindungan sosial yang penting diperlukan untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang menerima perhatian untuk mengharungi badai ekonomi semasa dan menjadi lebih baik dalam realiti pasca pandemik baharu.
“Melindungi punca pendapatan adalah penting, justeru, mereka yang kehilangan pekerjaan dan perniagaan mampu untuk kembali berdikari dan menyumbang kepada pemulihan ekonomi Malaysia,” katanya.
Laporan itu turut menyarankan usaha kerajaan dalam masa terdekat untuk memberi tumpuan kepada usaha membantu dan pemulihan dengan meningkatkan bantuan sosial kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, menambah baik penyampaian program perlindungan sosial dan mempromosi pemulihan pekerjaan.
Berikutan pemulihan yang berterusan, pusingan pindahan tunai yang selanjutnya kekal penting untuk mengurangkan kekangan kewangan yang meruncing bagi kumpulan paling tidak mendapat perhatian di Malaysia, dan menyokong penggunaan domestik dan pembangunan modal insan semasa kelembapan ekonomi yang teruk.
Bagi jangka sederhana dan panjang, sokongan kepada golongan berpendapatan rendah boleh diperluas secara berperingkat bagi memastikan sistem sokongan sosial di Malaysia menyediakan perlindungan paling minimum kepada isi rumah dan individu yang memerlukan.
Tidak Dipendekkan Tapi Dikurangkan
BOB KELANANG
Menteri kata cuti sekolah akhir tahun tidak dipendekkan akan tetapi ianya dikurangkan dari 41 hari kepada 13 hari sahaja...
Adoilah... bermain dengan frasa ayat jer la menteri sorang nih... Dia ingat orang bodoh macam dia ke? Aper ke jadahnya...
Huhuhuuu…

KATAKAN PM 6 BULAN? MSO
P M 6 B U L A N ? ?

Katakan lah Mahathir jadi PM 6 bulan. Beliau bentuk kabinetnya. Baru menteri basuh kaki masuk opis, sempat mkn gaji 6 bulan, kononnya Anwar pula jadi PM. Anwar pula bentuk Kabinet baru.
Ertinya, sepanjang tempuh 6 bulan itu, PM tak boleh buat apa, kecuali Mahathir akan sibuk utk dapatkan balik partinya dan batalkan pemecatannya dari Bersatu. Kompom Pegawai atau Pengarah ROS kena tukar lagi sebab sahkan pemecatan dia dari partinya dulu. Mahathir akan balas dendam utk pecat Muhyidin pula.
Tempuh 6 bulan tu PM akan sibuk dgn agenda peribadinya. Menteri pun tak sempat buat apa. 6 bulan negara tak terurus, apatah lagi dgn masalah Covid dan ekonomi yg semakin teruk. Pelabur pula teragak2 untuk datang melabur samada datang sekarang waktu Mahathir atau lebih baik tunggu Anwar selepas 6 bulan.
Semua tu Anwar dah fikir panjang. Sbb itu dia tolak opsyen 2. Opsyen 2 itu melucukan, tidak masuk akal dan seolah2 mempersendakan Agong. Opsyen 2 itu bukan untuk mendapatkan mandat rakyat, tetapi mendapatkan mandat Mahathir semula dan menyusahkan rakyat. Tidakkah kelian terfikir wahai pimpinan ku dlm PH? - Wfauzdin Ns
Macam mana Mahathir hendak bekerjasama dengan DAP dan Amanah sahaja, sedang kewujudan PH itu hasil daripada tiga buah parti itu. Menolak PH bemakna menolak pengasas gabungan itu. Bersatu menyertai PH sesudah waktu subuh berakhir, waktu makruh.
Jelasnya di sini yang Mahathir lakukan itu adalah untuk menyihir agar PH berpecah. Jika PH sudah berpecah dan PKR akan berdiri sebatang tubuh, maka hasrat dan dendam jahat, busuk dan celaka Mahathir untuk tidak mahu melihat Anwar jadi PM itu akan berjaya. Apakah DAP dan Amanah akan tersihir setelah mereka pernah kagum dengan silap mata Mahathir. Zam2 Alakazam... - mso.
APA LAGI YANG MAHATHIR CARI
Barangkali ramai yang terfikir-fikir, mungkin juga ada yang pening kepala memikirkannya, dalam usia menuju 95 dan sudah dua kali menjadi Perdana Menteri, untuk apa lagi Tun Mahathir Mohamad masih bermati-matian untuk memegang jawatan tersebut buat kali yang ketiga?
Apa lagi konon ikrarnya kali ini hanya mahu jadi Perdana Menteri selama enam bulan saja.
Malah, apabila Anwar Ibrahim menolak untuk bekerjasama dengannya, Tun Mahathir mahu mencari jalan lain pula, ternampak asalkan hajat menjadi Perdana Menteri tetap dapat dicapainya.
Apa lagi yang mahu dicarinya?
Benarkah beliau mahu menyelamatkan negara?
Apakah semata-mata mahu menjatuhkan Muhyiddin Yassin atas faktor marah dan dendam yang bersarang dalam dadanya?
Atau untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri?
Mungkinkah juga Tun Mahathir mahu kembali sebagai Perdana Menteri bagi menutup kes-kes lama yang dikaitkan dengan era lamanya yang nampak kian banyak didedahkan oleh Najib Razak kebelakangan ini?
Ataukah beliau masih belum cukup “menyamun” kekayaan negara untuk keluarga, anak-anak dan para kroninya?
Yang mana satu agaknya?
Dalam diri manusia normal, perlakuan Tun Mahathir ini memang nampak luar biasa dan sukar difahami.
Sebagaimana beliau dianggap manusia luar biasa oleh sesetengah pihak, keinginannya untuk kembali berkuasa sekali lagi jauh lebih luar biasa sebenarnya.
Di Malaysia dan mungkin di dunia, hanya beliau satu-satunya yang ada nafsu luar biasa seperti itu.
Inikah kejayaan sebenar Wawasan 2020?
Tinjauan umum dengan pelbagai pihak turut tidak dapat menyimpulkan apa yang sebetulnya dimahukan oleh Tun Mahathir sekarang ini.
Setiap orang yang ditanya, jawapan yang diperolehi selalu saja berbeza-beza.
Ada yang percaya untuk menyelamatkan negara, ada yang percaya kerana dendam kepada Muhyiddin, ada yang percaya untuk menghalang Anwar, ada yang percaya untuk menutup kes-kes lamanya dan tidak kurang ada yang percaya beliau masih belum cukup untuk mengenyangkan keluarga, anak-anak dan kroninya dengan kekayaan yang luar biasa.
Jika begitu, bolehkah disimpulkan tujuan besar Tun Mahathir untuk kembali berkuasa sekali lagi buat kali ketiga ini adalah untuk mencapai semua tujuan itu secara sekaligus, kecuali untuk menyelamatkan negara yang barangkali merupakan faktor terkecil sekali ada dalam hatinya kerana tanpa beliau jadi Perdana Menteri pun, realitinya tiada sesiapa yang terancam kehidupannya di negara ini? (Shahbudindotcom 25/06/2020)
KISAH LEBAI DAN KERETA MB PERAK

Sama perangai dengan lebai pas kelantan
Masa MB Perak masih dalam PH beli kereta rasmi kerajaan Perak Toyota Camry, seluruh warga walaunPAS termasuk pemimpin tertinggi PAS kecam bantah kerana ia 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗭𝗜𝗥𝗔𝗡.
Tapi bila MP Perak yg sama dah bersekongkol dalam PN dan PAS, takder pulak suara PAS kecam maki hamun terhadap MP Perak tersebut walaupun dibelinya kereta LEXUS ES yg lebih mewah 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗠𝗔𝗛𝗔𝗟 𝗗𝗨𝗔 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗚𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗱𝗿𝗽𝗱 𝗖𝗮𝗺𝗿𝘆 tu kenapa?
PH TAK JADIKAN ISU PENGGUNAAN BAHASA SEBAGAI ISU POLITIK.MANA DIA ISMA?


MOHD SHAH RIM
PH tak jadikan isu penggunaan bahasa Mandarin/Tamil sebagai isu politik, PAS. UMNO dan NGO Melayu yang jadikan isu politik. PH diserang macam isu ni isu besar, lebai PAS bertempik macam gila babi, ISMA macam babi gila..
Tapi bila dah jadi kerajaan, MCA selamba jer guna bahasa Mandarin untuk tujuan rasmi.. senyap terus spesis gila babi dan babi gila... kita fire balik, tapi tak beri kesan, kerana tiada NGO Melayu yang dulu bukan main garang lagi bantah bangkitkan isu ini lagi.. NAMPAK..???
HAH...BAGI NAK GUNA EPF...INGATLAH HARI TUA NANTI
MUHD MUKHLIS MOHD SYARIFF

Ingat 2 minggu lepas saya kata jarang serigala puji bulu anak ayam cantik dalam reban ayam.
Ni pun kira-kira hint la tu, ingat main lulus pakej stimulus ni tak kena backup dengan monetary ke? Nanti pak Salleh yang ada baki 30k dalam akaun satu kwsp tu pun boleh la start mengemis lepas bersara 56 tahun. Nak tunggu 9 tahun lagi baru boleh keluar EPF , buat la kerja sampingan bawak Grab ker, Food Panda ke.
Ha jangan mengeluh, bukankah kami sudah warning dulu? Kerajaan tebok atap tak ada manifesto, tak ada tanggungjawab. Macam kawin mutaah minus all the responsibilities. 


ELOK BUAT LAPORAN POLIS
HAMSINA HAMZAH

Eloklah buat report polis kami pun nak tahu siapa dalangnya. Dari dia clone tar senik punya fone baik dia clone muhyiddin punya fone no. Setakat tar senik penat jer belajar lama2 utk jadi hacker, korang ingat kerja mudah ker kehkehkeh. Hanya yg pernah buat kerja hacked shj tahu mcmana remehnya kerja Ni.
Tak dapat upah yg besar Tak berbaloi pun. Baik hantar virus shj rosakkan fone atau computer atau lappy, itu pun sakit hati yg gila2lah kannnnn. Ehhhhh mcm tercerita pula Kikikikiki 



RENTASAN 701 | PANAS!!! INI PUNCA PM-8 DIGESA BUBAR PARLIMEN DALAM MASA TERDEKAT?
MENARIK DALAM RENTASAN 701
1. PEMIMPIN UMNO CABAR PERIKATAN NASIONAL BUBAR PARLIMEN 2. GABUNGAN PAKATAN HARAPAN MASIH UTUH, KATA KEADILAN 3. JADILAH PENDAMAI, KATA AMANAH 4. PEMUDA PH PERAK SELAR MENTERI BESAR TUKAR KERETA MEWAH
MERDEKAKAN DIRI (Tabik hormat Sdr Anwar)
MERDEKAKAN DIRI
(Tabik hormat Sdr Anwar)
Tabik hormat saudaraku Anwar
Kamu telah buat keputusan tepat
Dinanti-nanti ramai rakyat negara ini
Terbaik dari kamu
Bahkan inilah kamu sebenar
Anwar Ibrahim pemimpin Malaysia itu
Disebut-sebut disanjung sejak 1970an
Waktu aku sedang muda gila berteater
Kamu sudah menjulang idealisme bersama
Idealisme kemanusiaan-kerakyatan-keadilan
Yang kamu cuba berkompromi sejak 80an
Lalu kamu dikhianati dianiaya di akhir 90an
Hari ini kamu berdiri semula dengan berani
Keberanian seorang pemimpin PKPIM-Abim itu
Tabik hormat dariku-kami seniman-budayawan
Sekian lama menanti kepulangan idealisme ini
Selamat kembali sebuah kemerdekaan peribadi
bernama Anwar Ibrahim. Mempertegaskan
Bahawa politik itu bukan semuanya sama
Sahabat-sahabatku ilmuwan intelektual
Ulamak pun ada yang baik ada yang jahat
Usahlah kita takut mengenal kebenaran
Usahlah kita malu menolak pengkhianatan
Merdekakan diri, merdekakan kebenaran!
DINSMAN
24.6.2020
TANPA SOKONGAN DAN JANJI UNTUK ANWAR SELEPAS 2 TAHUN JUGA RAKYAT DAN ANAK MUDA TIDAK MENGUNDI PH

NIZAM AKA
Nampak tak?Asyik DSAI yang diminta mengalah,mengalah dan mengalah..Dah beberapa banyak Dsai berkorban untuk kepentingan Tun..Walaupun PKR merupakan parti yang banyak kerusi parlimen,tapi PKR antara parti yang paling sedikit diberi jawatan menteri dan Bersatu dan Amanah yang paling sedikit kerusi Parlimen diberi banyak jawatan menteri.Ada DSAI merajuk dan sentap?DSAI hanya redha dengan pilihan yang Tun buat..Kamu hanya fikir kerjasama DSAI dengan Tun M tapi kamu tak fikir kebaikan dan kelebihan bila Tun bekerjasama DSAI..Kalau Tun tak kerjasama dengan DSAI dan PKR ,tak mungkin Tun berpeluang dilantik sebagai PM7 dan kamu juga tak mungkin dapat merasai jawatan sebagai Menteri..Jangan asyik DSAI sahaaj yang nak dijadikan kambing hitam dalam isu ini..
Tanpa bekerjasama dengan Mahathir, Anwar masih dalam penjara
Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad menyorot kembali manfaat diperoleh apabila Pakatan Harapan (PH) bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) .
Katanya, langkah menerima Mahathir sebagai Perdana Menteri (PM) ketujuh lalu menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya menerima pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pihak yang pada masa ini menolak Dr Mahathir sebagai calon PM kesembilan agar berpegang pada pesanan pimpinan termasuk Anwar yang mahu PH diperkukuhkan.
“Apabila kita (PH) menang, Tun jadi Perdana Menteri. Antara perkara pertama yang dilakukannya, dia (Mahathir) dapatkan pengampunan bagi Anwar.
“Lalu, bagi pihak yang persoal apa untungnya kerjasama dengan Tun, itu (pengampunan) satu, yang menyebabkan Anwar berada di luar (penjara).
“Kalau tidak, Anwar masih dalam penjara sampai hari ini. Tak selesai lagi tempohnya,” katanya dalam slot Bicara YB Khalid Samad (Siri 62) menerusi Jom Channel FB Live semalam.
Untuk rekod, seminggu selepas PH meraih majoriti mudah di Parlimen untuk membentuk kerajaan Persekutuan iaitu pada 16 Mei 2018, Anwar diberikan pembebasan serta-merta selepas mendapat perkenan pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong.
Pengampunan penuh tanpa sebarang syarat itu membolehkan Anwar bergiat semula dalam politik.
Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Anwar terhadap sabitan kesalahan meliwat bekas pembantunya dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi.
Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, masing-masing akan mendapat manfaat daripada pendekatan menarik rambut dalam tepung.
“Itu manfaatnya. Kalau dia (Anwar) keluar (penjara) pun, lima tahun tidak boleh terlibat dalam politik. PRU15 pun tidak boleh sebab ada tempoh lima tahun.
“Antara keuntungan terbesar apabila kita berjaya bekerjasama, Tun dapat apa yang dia nak, kita pun dapat apa yang kita mahu,” kata bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu.
Zero sum
Sebaliknya, beliau mengingatkan pendekatan zero sum iaitu keuntungan untuk satu pihak tetapi menyebabkan kerugian untuk pihak lain tidak akan menjadikan Dr Mahathir menyokong PH Plus.
“Masing-masing dapat sebahagian walaupun bukannya semua. Itulah namanya rundingan. Itulah keadaan menang-menang yang kita usahakan.
“Kalau zero sum, aku menang, kau kalah, kalau begitu, bagaimana dia (Dr Mahathir) yang kalah akan bersama kita?
“Kita (PH) pun tidak boleh menang. Kita menang sorak tapi akhirnya negara tergadai,” tegasnya dalam program bertajuk ‘PH dan PH+ : Menarik Rambut dalam Tepung?’ itu.
Justeru, beliau menasihatkan agar semua pihak termasuk penyokong PH tidak berterusan menyerang Dr Mahathir sehingga sampai tahap memecahkan PH Plus bahkan PH sendiri.
“Adakah dengan cara itu pasti Anwar dapat menjadi Perdana Menteri? Tanpa sokongan semua pihak peluang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri adalah lebih sukar.
“Kuncinya kalau nak Tun setuju kita mesti pastikan Tun selesa bersama kita (PH Plus). Kalau dia jadi Menteri Mentor sekali pun, dia rasa kita dengar dan hargai pandangan dia,” jelas Khalid lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)

