MEMBAYANGKAN SEPERTI HANG TUAH,ADAKAH BELIAU DIFITNAH, DAN SIAPAKAH HANG JEBAT



Seolah-olah terus tidak puas hati dengan arahan Perdana Menteri yang memintanya berhenti, Dr. Mazlee Malik mengibaratkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan baru-baru ini dengan hikayat Hang Tuah yang pernah dihukum oleh Sultan Melaka.
Katanya, sewaktu menerima surat daripada Perdana Menteri itu, beliau kini mengerti perasaan Hang Tuah ketika menerima hukuman.
“Saya waktu terima surat Tun minta saya letak jawatan, waktu itu saya kata: Eh, baru aku faham perasaan Hang Tuah.
“Maksudnya, Hang Tuah tak lihat apa yang berlaku itu, dia lihat selama ini raja bagi dia peluang banyak.
“Kalau raja tak bagi dia peluang, dia tak ada peluang hendak pertahankan Melaka, nak lawan lanun, nak berjasa, kan?” kata Dr. Mazlee dalam sebuah video pendek yang tersebar luas di media sosial.
Dalam video itu, Dr. Maszlee turut mengimbau bagaimana Hang Tuah hanya mengikut saja arahan raja ketika dihukum, sebelum diselamatkan oleh Bendahara.
“Sampai waktu, bila berlaku Jebat mengamuk, raja kata….eh kalau ada Hang Tuah dan Bendahara cari Hang Tuah,” katanya lagi.
Dengan mengumpamakan kesnya diarah meletak jawatan oleh Tun Mahathir semacam peristiwa Hang Tuah yang dihukum oleh Sultan Melaka, walaupun setuju menerima hukuman itu, adakah Dr. Mazlee membayangkan ada unsur fitnah dalam pemecatannya iaitu sama seperti Hang Tuah yang difitnah bermukah dengan dayang Sultan?
Siapakah yang dimaksudkan Dr. Mazlee telah menabur racun fitnah kepada Tun Mahathir sehingga Perdana Menteri mengurus surat 17 perenggan kepadanya?
Adakah ia orang politik dalam PH sendiri atau taikun-taikun tertentu yang rapat dengan Tun Mahathir?
Seterusnya, apabila Dr. Mazlee juga mengimbau peristiwa Hang Jebat mengamuk yang kemudian menyebabkan Sultan Melaka menyesal menghukumnya, lalu Bendahara akhirnya mengeluarkan Hang Tuah yang sebelum itu hanya disembunyikan, gambarannya ialah bekas Menteri Pendidikan itu tidak akan bersara daripada dunia politik.
Beliau membayangkan akan kembali semula segagah Hang Tuah selepas berlakunya peristiwa “Hang Jebat mengamuk” suatu hari nanti.
Siapakah watak Hang Jebat dalam PH yang akan mengamuk itu nanti?
Dan siapa pula Bendahara yang menyelamatkan nyawa Dr. Mazlee ini?
Benar-benar gagahkah Dr. Mazlee dalam dunia politik sehingga membayangkan beliau suatu hari nanti akan muncul seperti Hang Tuah yang mampu “membunuh” Hang Jebat? (ShahbudinHusin 07/01/2020)

KENAIKAN BEBERAPA CUKAI DI PAHANG


PERTEMUAN ANWAR DAN MAHATHIR HARI INI



Hari ini saya mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri di Putrajaya.

Dalam pertemuan tersebut saya dan Tun Dr Mahathir Mohamad membincangkan perkembangan isu-isu semasa mutakhir ini sama ada dalam atau luar negara.

Antara yang turut disentuh termasuk hal ehwal berkaitan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Selain itu kami berdua juga berkesempatan membincangkan tentang penganjuran KL Summit 2019 yang baharu berlangsung penghujung tahun lalu.

*Anwar Ibrahim*

https://www.facebook.com/16194831839/posts/10160033429731840/?d=n




ASRAF WAJIDI KELENTONG APA PULAK...



MIQDAD ZAKARIA.



Tular oleh Asyraf Wajdi beliau akan bergegas ke Saudi menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Liqa Dunia Islam sehingga dia terpaksa meninggalkan rakan pemuda BN dalam kempen PRK Kimanis.

Hasil semakan dibuat dengan pihak Ar-Rabitah Al-Alami Al-Islami didapati tiada ahli majlis bernama Asyarf Wajdi bin Dasuki.

Apa keperluan dan niat dia ke sana itu diluar pengetahuan kita, hanya Allah yang Mengetahui, tapi jika niat untuk berbohong, agak-agaklah dalam dunia maklumat tanpa sempadan ini.

Untuk rekod, Rabitah Islami ni satu bentuk badan sukarela ditubuh Kerajaan Saudi sejak tahun 1962 untuk tujuan kebajikan di seluruh dunia Islam.

Ada beberapa organisasi bernaung bawahnya antara lain : 

1. The Islamic Fiqh Council (Majlis Fiqh Islam)

2. The World Supreme Council for Mosques (Majlis Tertinggi Pengurusan Masjid)

3. International Organization for Relief, Welfare & Development (Organisasi Bantuan, Kebajikan dan Pembangunan Antarabangsa)

Manakala Majlis Tertinggi pula dilantik secara sukarela, tiada elaun atau gaji secara tetap.

Setiausaha Agong Rabitah Islami sekarang ialah Dr. Mohammad Aleesa.



SWASTA PULA TANGGUNG SARAPAN MURID?



Ray Hunter

TAHUKAH ANDA.. Program Sarapan Percuma (PSP) membabitkan peruntukan antara RM800 juta hingga RM1.67 bilion.

BANYAK TU !!! BILION RINGGIT.. Nasib baik tak RM2.6 bilion.

Selepas saja Maszlee Malik diarah letak jawatan dari jawatan Menteri Pendidikan oleh Tun, tiba-tiba Program Sarapan Percuma tersebut dibiayai pihak swasta pula ??!

Apa dah jadi pada peruntukan PSP tersebut & ke mana ia digunakan jika pihak swasta yang tanggung ??!

Adakah Tun Mahathir ini begitu 'allergy' bg projek- prijek  untuk bantu murid- murid miskin ??.. Program makanan percuma untuk budak sekolah jer pun..

PRK Kimanis kan dah nak dekat ni... 😁😁😁

~SR


KISAH TOK MAT HASSAN


Amir Sulaiman


Tokmat ni baik.kalau tanya orang umno n9…mrk akan cerita tokmat ni pg beli nasi lemak naik basikal,pergi tesco pakai selipar,pergi psr mlm berbaju pagoda,pergi kenduri beratur amik nasi sendiri.

Itu je la yang mampu diorg ulang.😅
Nk cerita pencapaian dia...memang xde la melainkan dapat jual tanah peneroka sendayan dan claim dia buat jln baru bukit putus (padahal projek pusat).

Kalau zaman Isa Samad dulu dia jd 'mb PD' dan abai daerah lain,tokmat pulak jadi 'mb Sendayan' dan sangat jarang ke daerah-daerah lain.

Satu lagi dasar dia yang rakyat suka semua peniaga kecil boleh berniaga tanpa lesen dan x perlu permit.tapi peniaga-peniaga ni tetap diganggu mps atas faktor-faktor lain seperti ganggu lalu lintas dan keselamatan.bila ada isu...dia akan jadi  hero peniaga atas dasarnya tadi.

Tapi  apa nk buat,dia duduk dalam umno,parti perkumpulan perompak- perompak berlesen.dan dia juga terhukum oleh rakyat msia pd pru14.terima kasih rakyat Malaysia.

Berbeza dgn zaman Tokmin sekarang.tiada lagi  agihan kontrak pd kroni,adikberadik dan sepupu sepapat.perolehan negeri makin meningkat walaupun kemelut ekonomi dunia kritikal.

Dasar-dasar kebajikan rakyat juga sangat menebal kini.malah tiap minggu tokmin akan mempunyai program rakyat dan pelan pembangunan  disetiap daerah.Tokmin betul2 menunjukkan sifat seorg mb N9 dan bukan MB satu daerah.


AKHIRNYA ABU LEMAN MEMANDU E HAILING

Ibrahim mat Isa



Abu Leman Kini Memandu E-hailing
Walaun tentu sudah melupakan si Abu ini. Kalau dulu, pantang ada fitnah dari blog dia, macam ulat taik walaun berebut share ke FB Twitter bagai tanpa peduli halal haram dosa pahala dah.. Hanya untuk sakitkan hati penyokong PH!

Akhirnya Abu Leman kantoi oleh pihak berkuasa, ditangkap, didakwa dan kini merayu walaun untuk bagi sumbangan untuk settle lawyer fee..

Kasihan 😁😁😂😂

KENAPA SUKA MEMBELA GOLONGAN KAYA



Dalam perhimpunan bulanan JPM semalam, Tun Mahathir Mohamad berkata, demi mengejar pembangunan negara, semua pihak tidak harus ada perasaan iri hati kepada golongan kaya.
Katanya, selain Malaysia mengamalkan dasar ekonomi bebas yang membenarkan sesiapa saja mengumpul kekayaan asal rajin berusaha, golongan kaya juga menyumbang kepada pembangunan negara melalui cukai yang dibayar kepada kerajaan.
“Ada daripada kita yang berasa iri hati melihat mereka begitu kaya, terutama apabila mereka menjadi kaya hasil daripada sumbangan kita.
“Tapi perasaan iri hati ini perlu dipendam, jangan dibiar untuk mempengaruhi diri kita.
“Kerana yang kaya ini diperlukan supaya mereka membayar cukai yang tinggi, kadang-kadang ratusan juta dibayar kepada kerajaan, dan wang inilah yang kita guna untuk membayar gaji kita semua dan untuk membangunkan negara.
“Kalau semua penduduk negara kita ini miskin belaka, atau tak (mempunyai) keupayaan untuk membayar cukai, dari manakah kita akan dapat dana untuk mentadbir negara?
“Ini adalah perkara yang kita harus fikir sepanjang masa,” tegas beliau.
Dalam waktu yang sama, Tun Mahathir menjelaskan bahawa kemiskinan tidak mungkin dapat diatasi dengan subsidi dan bantuan, tetapi dengan produktiviti.
“Kenapa mereka miskin? Sebabnya ialah kerana mereka tidak produktif, tidak menyumbang sesuatu kepada masyarakat yang mana masyarakat akan membalas dengan memberi upah dan balasan kepada mereka,” tambahnya lagi.
Dengan nada ucapan yang sedemikian rupa, untuk kesekian kalinya, Tun Mahathir terus menampakkan kecenderungannya membela golongan kaya dan memperlekeh orang miskin.
Ingatan itu boleh jadi bukan saja ditujukan kepada rakyat secara keseluruhannya, tetapi barangkali juga disasarkan kepada anggota kabinetnya.
Ia dengan maksud agar mereka sentiasa membantu orang kaya memperolehi kontrak dan perniagaan daripada kerajaan di mana mereka kemudian akan membalasnya dengan membayar cukai kepada kerajaan.
Dalam konteks yang lain, adakah maksud ingatan Tun Mahathir agar jangan iri hati dengan orang kaya itu bertujuan mewajarkan tindakannya meminta Dr. Mazlee Malik berundur di mana salah satu sebabnya yang diperbualkan ramai adalah kerana tekanan taikun kaya yang ditamatkan kontrak Bestarinet oleh Kementerian Pendidikan?
Apakah kerana golongan kaya telah membayar cukai yang banyak kepada kerajaan, bermakna kerajaan harus tunduk dan mendengar cakap mereka?
Itukah sebenarnya maksud Tun Mahathir?
Jika sebelum ini Tun Mahathir kerap melabel orang Melayu (tentunya Melayu yang miskin) sebagai malas dan kurang berdisiplin, beliau kali ini mengatakan orang miskin tidak produktif pula.
Kenapakah Tun Mahathir kerap membela orang kaya dan menyalahkan orang miskin?
Apakah orang kaya saja yang menyumbang kepada pembangunan negara, manakala orang miskin yang bekerja biasa langsung tidak memberi apa-apa sumbangan?
Jika Tun Mahathir mengatakan kalau semua penduduk negara ini miskin dan tiada keupayaan membayar cukai, daripada manakah kita akan mendapat dana untuk mentadbir negara, persoalan lain ialah kiranya tiada pekerja bawahan yang miskin, bolehkah orang kaya menjadi kaya atau mengekalkan kekayaan mereka? (ShahbudinHusin 07/01/2020)

HANIF PUN PERLU TARIK DIRI DARI JADI PEGUAM YUSOF RAWTHER



Bila sebut peguam Hanif ni, semua tahu dia peguam yg sering mewakili Tun M.  Dia pun tahu, peralihan kuasa di antara Tun M dan Anwar bukan lama lagi dah, beberapa bulan saja lagi.  

Bila dia mewakili Yusof Rawther di dalam kes mamat ni menuduh Anwar mencabulnya di rumah Anwar, ramai yg pelik begitu laju dia bersedia untuk jadi peguam mamat ni.  Tapi takpelah, dia guna alasan dia peguam profesional, dia berhak mewakili sesiapa saja yang dia suka.  Bertuah mamat sekor ni, bukan mudah mahu guna khidmat peguam yg pernah mewakili Tun M.  Berhati mulia si Hanif ni.

Tapi, mengapa pula Hanif minta peguam negara tarik diri dalam menentukan samada terdapat kes atau tidak terhadap Anwar?  Atas alasan kononnya peguam negara di suatu ketika pernah menulis bahawa Anwar di dalam kes2 sebelum ini memang tidak bersalah dan ianya merupakan fitnah dan konspirasi.  Maksud Hanif, kalau dulu peguam negara menulis seakan menyebelahi Anwar, mana mungkin Yusof Rawther dapat keadilan untuk kes kali ini?  Dia cuba beri gambaran seolah2 Anwar pasti terlepas.  

Jika itulah hujahnya yg berdasarkan persepsinya terhadap peguam negara, saya cadangkan agar Hanif juga patut tarik diri dari menjadi peguam kepada Yusof.  Saya serta ramai lagi di luar sana pun punyai persepsi terhadap Hanif.  Hanif adalah peguam yang berkhidmat dgn Tun M iaitu PM sekarang.  Anwar pula adalah bakal PM selepas Tun M.  Peralihan kuasa tidak beberapa lama lagi dan Tun M kelihatan tidak bersedia untuk serah jawatan kepada Anwar di dalam tempuh dua tahun yang akan berakhir Mei 2020 ini.  Persepsinya adalah, pastikan Anwar dikenakan pendakwaan mahkamah bagi melambat-lambatkan proses peralihan kuasa kepada Anwar.  

Oleh kerana kaitan Hanif dengan Tun M itu rapat, dan peralihan kuasa di antara Tun M dengan Anwar itu masih kabur tarikhnya dan menjadi isu kontroversi akibat sikap Tun M yang berubah-ubah janjinya, maka persepsi yang tidak boleh dielak adalah Hanif mewakili Yusof ada kaitan dengan usaha menggagalkan peralihan kuasa dengan segera.  Oleh itu, maka wajar Hanif tarik diri dari mewakili Yusof Rawther? 

WFAUZDIN NS

SEKOLAH CINA, MURID MELAYU.


ISU AIR ZAM ZAM: PERLU JELASKAN PROSEDUR IMPORT

JANGAN HINA ORANG MISKIN JIKA KAPITALIS DIBELA



Unkon





Untuk berlaku adil, Tun ada cakap yang kerajaan komited bantu orang miskin. Dan orang miskin kena sambut peluang yang kerajaan bagi untuk meningkatkan pendapatan masing-masing.

Tapi macam tak betul je nak kata orang jadi miskin kerana tak produktif.

Pernah fikir tak tiba-tiba ada anak sakit? Orang tua sakit? Kemalangan? Penyakit? Hilang kerja? Hilang ketua rumah tangga? Banyak kes yang orang kita miskin kerana tersepit secara mendadak. Bila kerajaan buat GST, berapa banyak kedai tutup. Bila kerajaan tukar SST, sekat subsidi berapa ramai nelayan & petani yang terjejas. Upah mereka dah la kecil, kena jual hasil murah-murah, subsidi dipotong lepas tu nak cakap orang miskin tak produktif???

Yang sampai potong elaun kritikal RM700 dari penjawat awam lepas tu beli kereta vellfire, itu produktif ke?

Pasal Dego Ride. Bila Vincent Tan dah beli saham Dego Ride tiba-tiba dah boleh beroperasi. Itu produktif ke?

Setakat bela kroni dan tolong orang kaya dengan polisi mesra perniagaan kapitalis tak usah sembang mengutuk orang miskin la Tun. Ingat semua rakyat Malaysia ni pencacai kamu ke.



SIAPA YANG CURI DUIT 1 MDB






 Aset-aset  1MDB milik negara dah byk tergadai ke komunis China. 1MDB jatuh bangkrap & meninggalkan saki baki hutang berpuluh bilion ringgit yg akhirnya terpaksa ditanggung dibayar oleh k'jaan skrg. Malah dana 1MDB berpuluh bilion ringgit juga diselewengkan dilesapkan oleh penyangak & penyamun berstatus VVIP.

Najib kata Jho Low dalang 1MDB..
Jho Low pula kata Najib dalang 1MDB..
Siapa berani nak mengaku dalang 1MDB !!

Menariknya.. Setelah 5 org lebai duduk berbincang meja bulat secara tertutup bersama Presiden 1MDB Arul Kanda, PAS terus puas hati... 😂😂🤣

Silap² tak mustahil mereka/ pembangkang akan kata skandal 1MDB dalangnya adalah DAP.

Malah peguam Najib, Shafee bgtau Najib pula yg menjadi mangsa dlm skandal 1MDB..

~SR

DR. MASZLEE MALIK & PERCATURAN POLITIK DR MAHATHIR



1. Sekarang saya boleh dedahkan beberapa perkara penting yang saya rahsiakan selama ini susulan peletakan jawatan YB Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik semalam. 

2. Ramai yang bertanya bagaimana saya boleh kembali menulis dan menegur dasar-dasar kerajaan selepas diarahkan untuk tidak lagi menulis isu politik yang sensitif pada tahun lepas. 

3. Jika ada yang masih ingat, saya diberi arahan sedemikian selepas menegur tindakan kerajaan Pakatan dalam isu penjualan aset negara secara besar-besaran tanpa digantikan dengan sebarang pelaburan pembelian aset baru yang kredibel (hingga ke hari ini).

4. Selama ini saya mengambil pendirian untuk tidak mengampu atau memuji-muji kerajaan Pakatan sama sekali kerana pertimbangan konflik kepentingan – terutama sekali Dr. Maszlee Malik kerana beliau adalah dikira sebagai merangkap ‘bos’ saya selaku Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).  

5. Sebaliknya, saya memilih untuk menegur kerajaan dengan tegas – dengan harapan supaya kepentingan Islam, negara, dan rakyat dipelihara semaksimum yang mungkin oleh para Menteri dan seluruh ahli Kabinet – termasuklah Dr. Maszlee sendiri.

6. Tentulah saya tidak sangka selepas 10 tahun berkhidmat di UKM akhirnya saya dikenakan larangan sedemikian rupa – hanya semata-mata kerana tekanan oleh segelintir ‘Penasihat’ yang cukup berpengaruh.  Saya tidak akan lupa bagaimana para Ulama seperti Dato Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Idris Ahmad dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tampil membela saya ketika itu.

7. Namun begitu, arahan larangan ke atas saya daripada menulis isu politik yang sensitif itu kemudiannya telah terbatal dengan pendirian Dr. Maszlee Malik yang menegaskan kebebasan kami para ahli akademik. 

8. Malah, Dr. Maszlee ketika itu menegaskan tentang usaha beliau dan Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan pindaan terhadap Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 – Akta 605.

9. Di sebalik tekanan daripada ‘Penasihat’ tertentu, beliau tetap mempertahankan saya – bahkan hingga ke dalam Mesyuarat Kabinet.

10. Dr. Maszlee juga bersama-sama pentadbiran UKM telah bertindak untuk memastikan bahawa saya tidak dikenakan sebarang tindakan semata-mata kerana teguran saya ketika itu.

11. Jasa Dr. Maszlee ini – dengan doa sokongan rakan-rakan dan para ulama seperti Dato Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Idris Ahmad – telah membolehkan saya untuk kembali menulis dengan kritis tentang isu-isu politik semasa – sesuai dengan posisi saya sebagai Pensyarah Program Sains Politik.

12. Berkenaan isu terkini, saya juga dihujani pertanyaan yang tidak henti-henti sejak semalam tentang keputusan Dr. Maszlee Malik memulangkan semula jawatan Menteri Pendidikan selepas dinasihati YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

13. Keputusan ini tentulah mengejutkan dan mengecewakan jutaan pelajar, guru, dan ibu bapa di seluruh negara kerana faktanya jelas bahawa Dr. Maszlee Malik merupakan Menteri yang terbaik dalam kerajaan hari ini.

14. Data dan fakta jelas menunjukkan bahawa dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Dr. Maszlee benar-benar memberi impak langsung kepada golongan berpendapatan pertengahan dan rendah, menyediakan anak-anak kita untuk persaingan di pentas global pada masa hadapan, di samping tegas dalam isu Melayu-Islam sebagai teras pembangunan negara bangsa kita.  

15. Anak-anak kita dilengkapi kemahiran belajar ‘coding’ dan ‘programming’, tiada lagi pemisahan ekstrem aliran Sains dan Sastera, pemerkasaan sekolah agama dan tahfiz, TVET, berpeluang untuk menikmati sarapan percuma, penyamarataan peluang kepada anak-anak B40, pembebasan tekanan murid darjah 1 hingga 3 daripada peperiksaan, dan sebagainya.  

16. Itu belum lagi keringanan beban para guru seperti penghapusan pengisian kehadiran manual dan pertukaran guru secara suka sama suka.  Semua ini beliau lakukan dalam keadaan terpaksa berhadapan dengan tekanan ekstremis yang berpengaruh di dalam dan di luar kerajaan.

17. Tentulah ramai yang mempersoalkan mengapa Dr. Maszlee Malik yang ‘dinasihati’ (baca: dipecat) oleh Tun Mahathir?  Bukankah ada ramai lagi menteri lain yang jauh lebih buruk dari segi pencapaian berbanding beliau?  

18. Dan mengapa pula beliau akur menuruti ‘nasihat’ Tun Mahathir itu?  Mengapa Dr. Maszlee tetap setia dengan ‘Ayahanda Tun’ dan ‘Parti Bersatu’?  Mengapa tidak beliau melawan, pertahankan kedudukan selaku Menteri Pendidikan dan lancarkan gerakan ‘Reformasi’ seperti mana Datuk Seri Anwar Ibrahim lakukan dahulu?

19. Jawapannya tidak lain tidak bukan: kerana kuasa politik.  Tun Mahathir tidak perlukan seorang Menteri Pendidikan yang tidak mampu untuk dikawal.  Dr. Maszlee bebas daripada sebarang prestasi buruk ketika memegang jawatan apatah lagi rekod anasir rasuah mahu pun salah laku – sekali gus menjadikan beliau tidak mudah dikawal.  

20. Akibatnya, Dr. Maszlee tidak mudah tunduk pada desakan rakan Pakatan yang tidak berkongsi aspirasi beliau dan juga orientasi Melayu-Islam.  Contohnya seperti dalam isu Jawi mahu pun dalam isu kontrak projek 1Bestarinet dari YTL Communications yang berjumlah keseluruhan RM4 bilion yang ditukar kepada Telekom Malaysia Berhad, Celcom Axiata Berhad, dan Maxis Broadband Sdn Bhd.  Kesemua isu ini disebut sendiri oleh Dr. Maszlee ketika sidang media khas semalam.

21. Dr. Maszlee juga jelas berusaha menempatkan rakan-rakan beliau dari IKRAM – yang juga meski pun layak dari segi kepakaran – ke posisi yang strategik untuk jangka panjang.  Langkah sebegini menimbulkan kebimbangan yang amat sangat kepada para ‘hulubalang’ parti Bersatu yang bukan IKRAM.  

22. Tambahan pula, langkah ini menimbulkan kecurigaan dari segi kesetiaan Dr. Maszlee kepada Tun Mahathir – adakah beliau akan menyokong Tun Mahathir atau Datuk Seri Anwar Ibrahim jika pertembungan meletus kembali antara dua seteru lama itu?  Dalam keadaan Dr. Maszlee tiada tekanan rekod rasuah dan berimej Islamik, kemungkinan beliau tidak akan terikat untuk memberi sokongan kepada Tun Mahathir dan berpotensi untuk menyokong peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

23. Pada sisi yang lain, Kementerian Pendidikan merupakan kementerian yang memiliki peruntukan kewangan yang terbesar – Dr. Maszlee boleh diganti oleh Tun Mahathir dengan mana-mana pemimpin Bersatu bekas ahli UMNO.  

24. Langkah ini akan memberi isyarat ‘menarik’ kepada ahli-ahli Parlimen UMNO-BN sekiranya mereka bersedia untuk memberi sokongan kepada Tun Mahathir dalam pertembungan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim nanti.  

25. Sasaran utama isyarat ini pastilah kepada 21 ahli Parlimen UMNO-BN yang menghadiri pertemuan sulit bersama Datuk Seri Azmin Ali di kediaman beliau tahun lalu.  Begitu juga buat para ahli parlimen PKR yang tidak semestinya setia dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

26. Begitu juga tindakan Tun Mahathir ini memberi isyarat bahawa beliau tidak teragak-agak untuk memecat mana-mana ahli kabinet saat ini yang tidak setia dengan beliau.

27. Pastinya, sebagai seorang manusia biasa, Dr. Maszlee Malik tidak maksum.  Namun begitu, tugas yang telah beliau laksanakan benar-benar memberi impak yang positif buat berjuta warga pendidik di seluruh negara sepanjang 600 hari yang lalu.  Terima kasih Dr. Maszlee.

Semoga Allah peliharakan Dr. Maszlee Malik sekeluarga. 

Semoga Allah peliharakan sistem pendidikan kita.

Semoga Allah peliharakan kestabilan politik negara kita.

Amin Ya Rabb.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

SIDANG MEDIA EZAM MD NOR


Betul kah ini....masih dapat dedak..

Amir Sulaiman

Dengar cerita, bebudak UMNO ni masih dapat elaun sebanyak rm2400 sebulan dengan syarat wajib setiap seorang uruskan 100 akaun facebook palsu/fake yang aktif untuk fitnah kerajaan dan bersihkan identiti penyamun dari seorang penyamun hingga menjadi suci murni  seolah olah kesalahan sebelum ni tak pernah berlaku..

Dengar cerita lagi, di Negeri Sembilan aje ada 300 orang yang ditugaskan untuk buat kerja bangang ni.. 300 X 100 = 30,000 akaun palsu

BETUL KE?

Kalau betul, tak hairan la facebook page penyamun pun boleh sampai 20 ribu - 30 ribu like.. Diharap pengundi atas pagar/silent voters bijak la membuat keputusan dalam membuat sokongan.. Jangan sampai terjun lombong dah la..

Persoalannya jika benar, mana ambil duit? 😛

AKU RASA ORANG SEBERANG JAYA PUN TAK LAMA DAH NAK TENDANG HANG NI



Nizam Aka




Kalau kamu rasa,tak perlu ambil tahu,tak perlu perduli atau atau perlu sibuk ttg peralihan kuasa,maka tak perlulah kamu terus berada dlm parti Keadilan krana semua parti inginkan presiden parti masing2 diangkat sbgai PM..
Maaflah,itu pendapat peribadi..Aku yakin,semasa perjuangan reformasi bermula thn 1998,kamu mungkin masih budak mentah dan berhingus..


NASIHAT...



Salam sejahtera semua. Info dari salah seorang pekerja letrik ini boleh memberi peringatan kpd kita dan anak2 kita utk sentiasa beringat sebelum terkena.

"Saya selaku org letrik ingin menyampaikan satu ilmu..

"Boleh ke elektrik masuk ke dlm badan kita melalui flash atau kamera digital?" 

Ya betul.. 100% boleh jadi.

Ini kejadian yg benar. Terjadi kepada pelajar Engineering yg berumur 21 tahun dan meninggal dunia di hospital dlm keadaan dia yg terbakar/hangus.

Puncanya time dia menunggu keretapi dgn kawan2 dia. Ramai yg amik gambar cam biasa selfie lah kan. Pakai kamera dgn phone. 

Lelaki pun try nak selfie or wefie ramai2. Dari jarak dia berdiri. Dia tak boleh nak selfie dgn semua kawan2 dia. Jadi dia pun ke belakang sikit..

Tempat yg dia berdiri tu ada wayar elektrik yg voltannya 40,000 volt sedang mengalir.

Sebaik je dia tekan button kamera tu, elektrik yg 40,000 volt tu terus masuk ke kamera melalui flash dan terus ke seluruh badannya.

Kejadian ini berlaku dalam beberapa saat. 50% dari badannya terbakar. Dgn keadaan macam tu dia dibawa ke Hospital Keshwani dgn ambulans. Dia tak sedarkan diri utk sehari setengah. Badannya 50% terbakar dan doktor pun rasa dia takde harapan. Tak lama lepas tu dia meninggal dunia.

Benda ni boleh jadi kat semua orang.

❌elakkan penggunaan phone di pam minyak

❌elakkan penggunaan phone ketika memandu

❌jangan angkat call bila phone tgah cas...kalau nak angkat call pun, cas kena bukak baru angkat call

❌bila phone tgah cas jgn letak kat katil atau perabot kayu

❌jangan guna flash kamera atau phone kat tmpat kereta api atau tmpat yg ada voltan tinggi

..ini utk keselamatan. Selepas baca ni tolong sebarkan sebab semua nyawa boleh diselamatkan.

Pesanan yg sangat penting utk semua terutamanya kepada mereka yg rajin selfie.


Siapakah Qasim Suleymani?



Ibrahim Md Isa.




Syaitan yang didoakan syahid oleh  presiden parti BULAN itu!

Siapakah Qasim Suleymani?

Mejar Jeneral Qasim Suleymani adalah pegawai tertinggi kepada IRGC atau Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran dan juga Briged Quds (Iran). Dia aktif sejak perang Iran-Iraq sebagai pengawal khas tentera revolusi yang menjadi pasukan elit bagi kerajaan Iran atau pembela kerajaan Walayatul Faqih.

Jenayah yang dilakukannya ialah membekalkan tentera bantuan (upahan) kepada rejim Assad semasa awal kebangkitan rakyat Syria pada tahun 2011. Dia antara penggerak utama kepada rejim Assad dengan taktik kekerasan. Cara tersebut digunakan dalam rangka usaha melumpuhkan kebangkitan rakyat Syria yang sunni demi mempertahankan ideologi syiah di kalangan pimpinan Syria. 

Dia juga bertanggungjawab membekalkan rejim Assad dengan senjata dari Iran, memberikan bantuan pasukan ketenteraan di medan dan juga secara logistik serta dana kewangan dari Iran pada tahun 2012.

Pada masa yang sama dia turut membantu rejim Iraq dengan secara langsung membawa campur tangan IRGC, Hezbollat dan militia ke dalam politik Iraq dan Syria. Mereka memburu sunni, menahan, mendera dan membunuh tanpa sebab yang akhirnya membangkitkan gerakan mujahidin sunnah di sekitar wilayah sunnah seperti di al-Anbar dan selainnya. Akhirnya, mereka terpaksa membentuk beberapa kekuatan kecil di bawah Styura Mujahidin Sunnah serta Alqaeda dan selanjutnya berpecah kepada beberapa kumpulan yang lebih besar termasuk IS.

Dia telah menggempur pejuang Syria di beberapa tempat seperti Latakia, Homs dan Aleppo. Malah kota Aleppo dan beberapa buah kota Sunni yang lain hampir lenyap sama sekali akibat pengeboman yang dilakukannya. Ratusan ribu masyarakat Sunni sama ada menjadi korban, gelandangan atau pelarian atas nama kempen memerangi pengganas yang dilaksanakan. 

Dikatakan lebih 70 ribu militia dari Iran, Iraq, Afghanistan, Tajikistan, Lubnan dan Pakistan yang dibawa masuk untuk menjadikan masyarakat Sunni sebagai sasaran dalam proses memadamkan revolusi rakyat Syria. Namun apa yang berlaku adalah persengitan dalam merebut kuasa politik atas kepentingan kelompok tertentu atas kemaslahatan politik Iran di rantau tersebut.

Seorang yang amat disayangi oleh pemimpin agung Iran dengan digelarkan sebagai 'sang syahid yang masih hidup' dan 'lambang bagi negara walayatul faqih' kerana ketokohannya.

Jenayahnya adalah dengan membawa 100 ribu tentera sukarelawan syiah yang diupah menurut sumber Amerika, semata-mata untuk 'memadamkan' pemberontakan sunni di Iraq dan Syria yang mengorbankan ratusan ribu nyawa muslim yang tidak berdosa. 

Selain itu dia juga ditugaskan membersihkan tokoh2 yang memberi ancaman kepada negara Iran di dalam atau pun di luar negara. 

Sepanjang 2012-2013 dia telah merancang beberapa plot serangan kepada individu sejauh Thailand, India, Nigeria dan Kenya yang melebih 30 percubaan bunuh.

Di samping itu, dia memainkan peranan penting dalam membantu kelompok teroris Syiah di seluruh dunia dan antara penggerak dalam usaha membunuh beberapa orang tokoh diplomatik seperti duta dan menteri luar Saudi yang berjaya digagalkan sekitar tahun 2011. 

Selain itu, dia juga antara orang yang sedia membekalkan senjata kepada gerakan Syiah di luar negara seperti gerakan Syiah Houthi di Yaman, Bahrain, Kuwait dan selainnya. 

Moga Allah Taala mengamankan dunia dengan kematiannya. Amin!

#SharingIsCaring

DAH DAPAT....INGAT NAJIB SAJA BOLEH BAGI?


BERHATI-HATI STRATEGI PASNO UTK MELEMAHKAN PH***



Azizan Tj

Saya mendapat maklum PAS DAN UMNO (Pasno) akan menyusun beberapa strategi utk mempengaruhi rakyat supaya tidak bersama  PH dalam PRU15. Antaranya:-

1) Menggunakan isu bangsa dan agama khususnya di kawasan melayu.
2) PH dikatakan kerajaan boneka DAP
3) Anwar akan melantik DAP sebagai TPM ataupun  sebagai TPM2
4) DAP adalah kuasa pemutus setiap kali kabinet bermesyuarat
5) PASNO mahu mengekalkan Tun Mahathir sebagai PM sehingga PRU15. Jika Anwar jadi PM8 maka PH akan terus berkuasa dan PAS akan kehilangan kuasa di Kelantan dan Terengganu
6) Kelas TADIKA dan PASTI telah diajar kepada  murid-muridnya bila menyebut kerajaan Pakatan Harapan bermaksud kerajaan cina DAP
7) Semua kader Pasno diminta menggunakan isu DAP adalah anti Islam/anti melayu/anti tulisan jawi
8) DAP akan meletak ramai calon melayu dlm PRU15 di negeri pantai barat utk membolehkan DAP dilantik sebagai MB dan Ketua Menteri andainya DAP menang banyak kerusi
9) PASNO mahu DAP bertanding di Terengganu  dan Kelantan senang bagi PASNO berkempen kononnya DAP mahu menguasai negeri-negeri majoriti melayu
10) PASNO mahu DAP membuka ranting/cawangan dan melantik orang melayu sebagai ketuanya sebagai bukti PH boneka DAP
11) Menggunakan surau/masjid menyerang PH secara halus. Ustaz-ustaz diarah supaya memberi syarahan kuliah gambaran bahawa PH tidak selamat utk masa depan orang melayu kerana DAP yang berkuasa.
12) Menggunakan ustaz tertentu supaya mempengaruhi orang muda-muda menyokong PASNO untuk selamatkan islam di Malaysia angkara DAP
13) PASNO akan menawan semula Putrajaya. PM akan dilantik dari orang UMNO Dan TPM adalah dari PAS.
14) Menggunakan cyberytroper untuk memfitnah kerajaan PH dan memutarbelitkan isu supaya fitnah mereka adalah benar.
15) PASNO mahu melaga-lagakan komponen PH supaya berpecah dan semakin lemah melalui Geng Kartel di seluruh negara.
PASNO diminta membela Azmin Ali utk menggagalkan Anwar Ibrahim dari menjadi PM8 bulan Mei 2020.

*** ANDA SEMUA BERHATI
-HATI STRATEGI PASNO***
HARTA NEGARA DAN RAKYAT AKAN TERUS DI CURI OLEH PENYAMUN2 PAS.UMNO DGN ALASAN UTK MELAYU @ ISLAM SEDANGKAN MELAYU DAN ISLAM TERUS DIPINGGIR.

LEBAI MOKHTAR SENIK GUNA KITAB PENCACAI UMNO SEBAGAI RUJUKAN UNTUK HENTAM MUJAHID



Malang sungguh Moktar Senik, seorang yang dianggap ilmuan bahkan olamak oleh para walaun Pas, boleh menjadikan sumber dari Tun Carlos sebagai hujahnya.  Semua tahu, Tun Carlos adalah pendokong kuat Najib, MO1 yang juga kleptokrasi terhebat di dunia.  Kata2 dari Tun Carlos dijadikan sandaran oleh 'olamak'?  

Kiasan yang diberi oleh Mokhtar Senik langsung tidak kena.  Kalau beliau berkias tentang rompakan, hakikatnya parti beliaulah sekarang ini bersekongkol dengan parti Najib kleptokrasi, bahkan penasihat parti pun dipilih dari ketua yang pernah merompak harta negara.  Parti Mokhtar Senik sebenarnya yang bersekongkol dengan parti kleptokrasi.  Parti Mokhtar Senik juga bersekongkol dengan MCA yang jelas menentang tulisan jawi dan hudud.

Mokhtar Senik tidak perlu buat kiasan yang menyimpang kerana satu dunia tahu kes rompakan terbesar 1MDB berlaku di era Umno/Bn memerintah, kes penyelewengan Tabung Haji, Felda, LTAT itu kesemuanya berlaku di era Umno/Bn memerintah.  Parti inilah yang didakap oleh parti Mokhtar Senik sekarang.  Jangan ingat perompak boleh disucikan apabila seekor lebai berserban dan berjubah telah mendakap dan menciumnya.

WFAUZDIN NS


SIAPA YANG BERBOHONG...HADI , RAISUNY ATAU SAYUTI..



https://malaysiadateline.com/ulama-bantah-anwar-jadi-pm-hadi-raisuny-atau-sayuti-yang-berbohong/#more



Apakah benar dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Ketua Persatuan Ulama Dunia, Dr Ahmad Raisuny,  tidak menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia kini menjadi tandatanya.

Ini kerana, Raisuny yang ketika ini berada di Malaysia ditanya secara berterus terang tentang dakwaan Hadi ini.

Raisuny bukan sahaja menafikan perkara itu bahkan berkata, beliau sendiri akan datang ke Malaysia jika Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas ini, bagi meraikannya.

Inilah juga yang akan dilakukan oleh bekas Ketua Persatuan Ulama Dunia, Dr Yusof Qaradhawi, iaitu datang ke Malaysia raikan Anwar selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, kata Raisuny.

Perkara ini dinyatakan oleh bekas pengikut setia Hadi yang kini menyertai Amanah, Ahmad Sayuti Basiron kepada Malaysia Dateline.

Cerita ini kini menjadi viral di kalangan penyokong politik Islam dan Melayu di negara ini sekarang terutama di kalangan penyokong dan aktivis Islam di Malaysia.

Sayuti buat pertama kali bertemu Hadi selepas Pas berpecah dan melahirkan Amanah.

“Saya jumpa sendiri Tok Guru Haji Hadi di rumahnya dekat Rusila baru-baru ini selepas lama tidak berjumpa.

“Tok Guru mulakan minit-minit pertama pertemuan itu dengan terus cuba yakinkan saya bahawa, pengkhianatan paling utama Amanah adalah kerana “jadi alat” pada DAP dan alat pada Anwar Ibrahim. Kata Tok Guru, itulah kesalahan paling besar pimpinan Amanah sekarang,” kata Sayuti.

Aktivis Amanah ini turut merekodkan pertemuan beliau dengan Hadi itu dalam Facebooknya. Turut disertakan adalah gambar-gambar pertemuan beliau dengan Hadi.

Menurut Ahmad Sayuti, dalam pertemuan itu, Hadi berkata, Anwar telah bertemu dengan semua pemimpin Islam di dunia bagi membuat kempen agar menyokong beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Termasuklah juga yang telah ditipu oleh Anwar itu adalah (antaranya) Dr Yusuf Qaradhawi dan juga Presiden Turki sendiri, Racep Tayyip Erdogan.

“Keduanya ditipu, dan keduanya memujuk sungguh-sungguh saya agar sokong Anwar,” kata Hadi kepada Ahmad Sayuti.

“Kecuali kata Tok Guru, hanya seorang sahaja, iaitu Syeikh Prof Dr Ahmad Raisuny (Pengerusi baru, Persatuan Ulamak Dunia) yang tidak berjaya ditipu Anwar,” kata Sayuti.

Menurut Sayuti, Hadi membuat dakwaan ini berdasarkan pertemuan selama dua jam antara beliau dengan Raisuny di Rusila sebelum beliau berjumpa Sayuti baru-baru ini.

“Ini menimbulkan tanda tanya kepada saya dan saya ingin tahu cerita sebenarnya sesuai dengan konsep Islam iaitu tabayyun atau siasat dulu.

“Selepas itulah saya sendiri bertemu dengan Raisuny yang kebetulan berjumpa juga dengan Anwar,” cerita Sayuti.

(Tabayyun maknanya tangguh seketika berita yang sampai kepada kamu sehingga kamu makrifah, iaitu yakin akan kebenarannya atau kebathilan sesuatu berita itu.)

Selepas pertemuan dengan Hadi itu, Sayuti telah ke majlis bersama Raisuny untuk mengetahui cerita sebenarnya yang kebetulan bersama dengan Anwar dalam satu majlis.

Menurut Sayuti, soalan bertalu-talu ditanya oleh orang ramai lkepada Ketua Ulama Dunia itu termasuklah persoalan apakah benar beliau tidak menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri dan beliau mahukan Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sehingga akhir

“Jawab Syeikh sangat ringkas, tapi straight forward; Aku tidak pernah dengar (perkara yang disebut itu) dan inilah kali pertama aku dengar perkara itu”.

Tidak berpuashati dengan jawapan Raisuny itu, Sayuti telah bertemu sendiri dengannya dan bertanya lagi persoalan itu dan mendapat jawapan dari Raisuny.

*“Saya dah sampaikan pada Anwar pesanan Qaradhawi melalui saya – Qaradhawi berkata walau pun agak uzur hari ini, tapi dia sendiri berjanji akan datang ke Malaysia ziarahi Anwar jika Anwar berjaya jadi PM nanti,”* kata Raisuny sebagaimana yang diceritakan Sayuti.

Kata Raisuny lagi, *“Saya sendiri berjanji pada Anwar, saya pun akan datang menemani  Qaradhawi ziarahi Anwar jika kamu jadi PM nanti…”*

** Sekali lagi Hadi Awang menipu.  Tidak pelik, sebelum ini Hadi pernah dakwa Dr Yusuf Qardhawi itu pekak.

YA KAH...TAPI PARTI KAMU TAK BERANI ISTIHAR HARTA....


KES VIDEO INTIM DIKETAHUI DALAM MASA TERDEKAT



KUALA LUMPUR: Satu kenyataan bersama akan dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara berhubung laporan analisa video intim yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam masa terdekat.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed dalam sidang media di ibu negara pada Isnin.

Ujarnya, laporan analisis dari pakar penganalisis video luar negara itu telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara akhir tahun lalu.

“Ada media mengatakan kita akan buat pengumuman. Tidak begitu. Apa saya kata dulu (adalah) kita akan dapat analisis pakar luar negara sebelum akhir tahun lalu.

“Memang betul bukan semestinya saya buat pengumuman tentang laporan tersebut. Untuk makluman akhir tahun lalu, kita dah menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara dan PDRM akan buat kenyataan media dalam masa terdekat," katanya.

Dalam perkembangan sama, Huzir turut menjelaskan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman akan mengadakan perjumpaan bersama Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas pada petang Isnin untuk membincangkan tiga kes berprofil tinggi.

Kes tersebut adalah berkaitan video intim lelaki yang dikaitkan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu, laporan analisis poligraf Yusoff Rawther dan akuan bersumpah (SD) bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri berhubung pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

“Kes tersebut (Yusoff Rawther) dan bagi kes SD Azilah, pegawai daripada Unit Bahagian Siasatan Terkelas petang ini berjumpa dengan Peguam Negara membincangkan ketiga-tiga kes berkenaan.

“Kita bincang pada petang ini, kita tengok apa arahan selanjutnya daripada pihak Peguam Negara,” kata Huzir.

UGUTAN BUNUH UNTUK MENTERI



Mohd Shah Rim

Apabila doktrin khawarij menguasai palotak, dia tidak kira lebai mengaku alim, atau haprak tak reti agama ataupun agamawan songsang hafiz quran. Mereka punya iktiqat ialah aku saja yang betul... KAMU SEMUA SALAH..

Sampai sanggup membunuh.

Lihat kesan doktrin khawarij dalam sejarah Islam. Ibnu Muljam terkenal hafiz quran, diraikan sebagai mahaguru quran oleh Saidina Umar Alqattab ke Misri untuk mengajarkan, dan sampai ke zaman Saidina Ali Ibn Abi Thalib, Abdullah jadi songsang.. Kerana sikap khawarij, Abdullah Ibn Muljam merodok pedang ke perut Saidina Ali hingga wafat!

Demikian kejamnya khawarij. Fitnah akhir zaman lagilah kejam. Orang sanggup membunuh kerana merebut makanan sekalipun!



MCA ANTI-JAWI, PH KENA MAKI

PRK KIMANIS: PH KOMITED MENANGKAN CALON WARISAN