JIKA TUN MAHATHIR PATUT KEMBALI JADI DOKTOR, APA PULA YANG SEPATUTNYA BUAT NAJIB DAN HADI SENDIRI?



Kenyataan Presiden Pas, Hadi Awang yang menyatakan Tun Mahathir Mohamad lebih patut menjadi doktor di klinik 1Malaysia berbanding menjadi calon di Langkawi, secara tidak langsung memperlihatkan  bahawa Pas mahu Najib Razak terus menang dalam pilihanraya 9 Mei depan ini.

Kata-kata beliau itu adalah gambaran ketakutan dan keengganannya menerima kemunculan semula Tun Mahathir bertanding dalam pilihanraya, menjadi Perdana Menteri dan seterusnya berusaha menyelamatkan  rakyat dan negara daripada "kerosakan" yang diakibatkan oleh Najib selama ini. 

Hakikatnya, kesediaan Tun Mahathir bertanding dan aktif semula dalam politik bukanlah perkara baru, sebaliknya ia sudah pun diketahui umum sejak dua atau tiga tahun yang lalu lagi.

Cumanya, apabila semalam nama beliau disahkan akan bertanding di Langkawi, ia adalah bukti betapa Pengerusi Pakatan Harapan itu benar-benar serius untuk menyingkirkan Najib dan menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Kenapa baru sekarang Hadi risau dengan kembalinya semula Tun Mahathir serta menyarankannya menjadi doktor di klinik 1Malaysia saja?

Bukankah Tun Mahathir pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum ini, maka apa yang hairannya jika beliau kembali semula ke jawatan itu?

Lagi pula, selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir telah terbukti cemerlang memajukan negara dan menaikkan imej Malaysia di mata dunia, bukannya seperti Hadi yang gagal waima cuma sepenggal sebagai Menteri Besar Terengganu.

Dengan rekod cemerlangnya itu dan keinginan Tun Mahathir cuma untuk menyelamatkan negara, mengapakah Hadi begitu takut dengan kembalinya semula beliau menjadi Perdana Menteri?

Adakah dengan menunjukkan ketakutan kepada kembalinya Tun Mahathir itu bermakna Hadi lebih mahu Najib terus dikekalkan lagi?

Tetapi, kenapa Hadi tidak berterus-terang saja dengan menyatakan sokongan terbukanya kepada Najib?

Untuk apa Hadi berselindung dengan mengatakan lebih baik Tun Mahathir kembali menjadi doktor saja daripada bertanding dalam pilihanray, walhal maksudnya begitu mudah difahami sebagai suatu sokongan kepada Najib?

Antara Najib dan Rosmah dengan Tun Mahathir dan Siti Hasmah, apakah Hadi tidak sedar siapa yang lebih merosakkan dan mendatangkan kemudaratan kepada rakyat dan negara?

Sesuatu yang lain yang harus juga Hadi sedari, walaupun Tun Mahathir adalah seorang doktor, tetapi kerjaya itu sudah lama ditinggalkannya apabila menyertai politik dan memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan, termasuk menjadi Perdana Menteri selaka  22 tahun sebelum ini.

Jika Tun Mahathir disuruh kembali menjadi doktor, kenapa Hadi sendiri yang terbukti jauh lebih teruk kegagalannya dalam politik, baik sebagai MB Terengganu dahulu atau sebagai pemimpin Pas yang dilihat banyak merosakkan pemikiran dan menyebabkan perpecahan dalam masyarakat, tidak mahu kembali semula menjadi  penceramah agama sepenuh masa saja?

Kalau Tun Mahathir dianggap lebih baik membuat kebajikan kepada rakyat dengan menjadi doktor saja, tidakkah menjadi guru agama atau mengajar mengaji sepenuh masa merupakan suatu kerja kebajikan yang mungkin lebih patut menjadi pilihan buat Hadi sendiri?

Apakah Hadi tidak pernah memikirkan mengenai apa yang patut mengenai dirinya sendiri?

Dengan pelbagai skandal dan "kerosakan" yang diakibatkan Najib selama ini, kenapa Hadi tidak pernah menyarankan apa yang sepatutnya menjadi pilihan kepada pendekar Bugis itu?  (ShahbudinHusin 16/04/2018)

SURAT TERBUKA UNTUK SUDIN CECOPONG ANJING KURAP YANG CELAKA !!

OLEH WAN FAUDZIN


Image may contain: 1 person



Kalau walaun yang bodo bercakap aku tak kisah sangat. Tapi bila level dia dulu Exco agama, dari mulut dia hari-hari keluar ayat suci Al-Quran tapi hati dia sebusuk bangkai. Sudin cecopong yang beri hukum "Taklik dulu, baru Nikah", kali ini mengungkit kembali kes fitnah liwat Anwar tahun 1998, sematamata dendam peribadi keapda Tun M. Mungkin kerana Tun M menolak untuk menjadi ahli Pas sewaktu parti itu menghulurkan borang ahli kepada Tun M.

Aku nak bgtahu Sudin jahil dan busuk hati ini, tahukah dia bahawa kes fitnah liwat ke atas Anwar itu telahpun dibicarakan, dan akhirnya Anwar didapati tidak bersalah, cuma beliau disabitkan kes kononnya menyalahgunakan kuasa terhadap Polis. Ertinya, kes fitnah liwat ke atas Anwar itu terbukti Anwar tidak bersalah. Mengapa Sudin cecopong bersungguh-sungguh ungkit dan tanyakan soalan yg boleh aibkan Anwar dan keluarganya?

Apakah kamu tak malu dengan serban dan jubah kamu bila ungkit kembali aib orang, wahai bangsat dan celaka??? Apa perasaan kamu jika kamu, anak bini kamu, diaibkan sedangkan terbukti tidak bersalah? Kerana dendam kamu pada Tun M, maka kamu aibkan Anwar dan keluarganya? Mana ilmu dan ayat2 suci yang kamu bacakan setiap hari itu, wahai celaka??

Kamu memang lebai celaka lagi bangsat. Setiap hari baca Al-Quran untuk kamu niagakan dengan suara tinggi bagaikan anjing gila. Kamu hina Anwar dan keluarganya seolah-olah tiada langsung jasanya kepada politik parti kamu. Memang layaklah kamu menjadi anjing kurap. Hanya Iblis dan syaitan saja yang tidak suka melihat Anwar dan Tun M berbaik. Kamu adalah ejen kepada iblis laknatullah !!

Sekarang aku mahu tanya kepada Sudin cecopong bangsat ni.

Dulu Pas kata mati syahid lawan Umno kerana Umno kekalkan perlembagaan penjajah. Sekarang Umno masih tidak ubah perlembagaannya tapi Pas mahu bertaawun dgn Umno. Malah, Pas kata lebih mudah laksanakan Islam di bawah Umno.
Soalan aku, Mati katak atau mati syahid di Memali dulu?




MAHFUZ CABAR PAS TERENGGANU SAMAN SESEGERA MUNGKIN

DAP UMUM NGO KOR MING CALON TELUK INTAN

Tengku Zulpuri tawar khidmat cemerlang di Parlimen Raub


Bagai sirih pulang ke gagang; pengumuman Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji sebagai bakal calon DAP bagi mempertahankan kawasan Parlimen Raub (P80) menerima dokongan dan disambut baik pengundi kawasan ini.
Dengan rekod kerja yang cemerlang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mentakabmerangkap Ketua Pembangkang DUN Pahang, beliau percaya amanah yang diberikan parti pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini bakal meneruskan kecemerlangannya di Parlimen Raub.
Dengan sikap yang mudah mesra, kecemerlangan khidmat masyarakat yang diberikan di DUN Mentakab sebelum ini bukan sahaja diketahui masyarakat tempatan malah pusat khidmatnya sering dikunjungi oleh penduduk daripada kawasan-kawasan berjiran.
“Saya akan menggunakan pengalaman saya sebagai Adun Mentakab dan Ketua Pembangkang DUN Pahang dalam kempen PRU14 di Raub.
“Saya amat mengharapkan para pengundi di sini dapat memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat Di Parlimen Raub pula Kali ini,” katanya kepada Roketkini.
Menurut Tengku Zul, terdapat empat isu utama yang akan disuarakannya di Parlimen sekiranya diberi mandat pada PRU14 iaitu isu kekerapan gangguan bekalan air di Pahang, masalah kos sara hidup rakyat, kesesakan jalan raya dan peluang pekerjaan.
Tengku Zul ketika bersama masyarakat Orang Asli di Pos Lenjang.
“Saya percaya, kemenangan Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan bukan sahaja mampu menyelesaikan isu-isu ini tetapi juga masalah ekonomi dan ketelusan secara keseluruhannya.
“Kita merayu kepada penduduk Raub khususnya dan seluruh rakyat Malaysia supaya memberi peluang kepada Pakatan Harapan untuk mentadbir di Putrajaya,” katanya lagi.
Pada PRU13 lalu, DAP yang diwakili Datuk Mohd Ariff Sabri memperoleh 23,415 undi menewaskan calon BN Hoh Khai Mun dengan majoriti sebanyak 2,814 undi daripada 44,943 undi yang diperoleh.
Kawasan  ini menyaksikan sebanyak 50% pengundi Melayu, 40% Cina, 6% India dan lain-lain sebanyak 4% dengan mencatatkan jumlah pengundi berdaftar seramai 54,214.
Tengku Zul bukanlah tokoh yang asing bagi rakyat di Raub. Beliau yang ketika itu Timbalan Pengerusi DAP Pahang lantang mengkritik ‘pelaburan berisiko’ kerajaan BN Pahang.
Pada tahun 2012, beliau bersama pemimpin DAP tempatan, aktivis alam sekitar dan penduduk Bukit Koman giat menjalankan kempen membantah perlombongan emas oleh sebuah syarikat emas, Raub Australian Gold Mining Sdn. Bhd. (RAGM) yang dipercayai menggunakan sianida yang mengancam kesihatan penduduk sekitar.
Kontroversi tapak perlombongan yang terletak hanya beberapa ratus meter dari kawasan perkampungan yang didiami kira-kira 400 keluarga itu dipercayai telah menyebabkan pelbagai masalah kesihatan khususnya melibatkan masalah kulit.
Selain itu, Tengku Zul juga amat dikenali sebagai pemimpin yang bersuara membela kepentingan dan hak masyarakat Orang Asli yang terancam akibat pembalakan dan penerokaan kawasan tanah yang sepatutnya dilindungi sebagai Tanah Hak Adat.

HUSAM MUSA: PENGARAH PERHUTANAN KELANTAN SAHKAN WUJUDNYA MESYUARAT: POHON PENJELASAN LANJUT


Husam Musa added 5 new photos.


Image may contain: 1 person, standing, tree, grass, outdoor and nature
Image may contain: 7 people, people smiling, indoor and food

PENGARAH PERHUTANAN KELANTAN SAHKAN WUJUDNYA MESYUARAT: POHON PENJELASAN LANJUT
Saya merujuk kepada kenyataan media daripada Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan sebagai tindak balas Notis Bantahan Kelulusan Pembalakan sewaktu Kerajaan caretaker yang saya serahkan di Pejabat MB Kelantan pagi ini.
A. Kenyataan itu dengan sendirinya mengesahkan dakwaan saya bahawa wujudnya mesyuarat berkenaan pada hari ini.
B. Dakwaan tiada cadangan kelulusan dalam agenda mesyuarat pada pagi ini perlu diteliti lebih lanjut.
Jika Pengarah Perhutanan berani, saya mencadangkan beliau mendedahkan kertas agenda mesyuarat pada pagi Ini yang disahkan benar oleh Dato Setiausaha Kerajaan dan Penasihat Undang-undang.
C. . Apa pun, saya menganggap Notis dan Kenyataan Media saya telah berjaya mencapai matlamatnya, jika benar tiada sebarang kelulusan baru dikeluarkan. Saya telah berjaya melaksanakan tanggung jawab saya sewajarnya
D. Saya percaya maklumat dari sumber saya adalah benar.

Image may contain: one or more people, people standing, mountain, sky, grass, tree, outdoor and nature








E. Saya juga memohon penjelasan beliau tentang lawatan bermain golf ke Selatan Thai baru-baru ini yang sedang viral di media sosial.

Image may contain: 2 people, people on stage


Foto-foto itu menunjukkan beliau bersama dengan taukeh balak yang terkenal di Kelantan.
Penjelasan itu perlu untuk mempastikan tiada pertindihan kepentingan serta integriti beliau terjaga.
Husam Musa
2.20pm
16 April 2018







Wan Azlan added 3 new photos.
4 hrs
Haji Husam bersama Lawyer Hisyam Fauzi selepas hadir membantah Kerajaan sementara Pas Kelantan yang bermesyuarat hari ini untuk meluluskan kawasan balak kepada Syarikat proksi Nik Amar (Nudin 100).
Mesyuarat jawatankuasa kecil perhutanan (Jkkp) yang bersidang sebentar tadi melibatkan kawasan hutan simpan lebih kurang 15 ribu ekar.
Andaikata ia diluluskan hari ini, bermakna kerajaan sementara Pas Kelantan jelas melanggar S.O.P yang ditetapkan.


Najib, UMNO tertekan ‘Tsunami Melayu’ jadi kenyataan


Keadaan terdesak menyebabkan pemimpin UMNO-Barisan Nasional (BN) terus melemparkan tuduhan basi tidak berasas terhadap Pakatan Harapan (HARAPAN) setelah gagal menjawab pelbagai dakwaan skandal rasuah yang telah merosakkan imej dan ekonomi negara.
Ketakutan ini menyebabkan mereka terpaksa menyebarkan ‘berita palsu’ bertujuan menakut-nakutkan rakyat negara ini khususnya orang Melayu semakin jelas tidak berpihak kepada UMNO-BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Dalam ucapannya di hadapan pelajar alumni MARA di Subang Jaya semalam, Presiden BN, Najib Razak menuduh pembangkang tidak senang dengan institusi bumiputera yang ada di Malaysia.
Najib mendakwa kononnya pembangkang akan melakukan sesuatu kepada institusi bumiputera yang tidak selaras dengan Malaysian Malaysia.
“Mereka (pembangkang) akan melihat kalau ada institusi bumiputera yang tidak selaras dengan konsep Malaysian Malaysia pasti mereka akan melakukan sesuatu terhadap institusi itu.
“Sebab itu amat penting bagi kita untuk pastikan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini tidak akan berlaku tsunami Melayu,” katanya lapor Malaysiakini.
Tuduhan membabitkan konsep Malaysian Malaysia yang menjadi prinsip DAP bukan pertama kali digunakan pemimpin UMNO untuk ‘mengugut’ orang Melayu.
Sebelum ini, momokan ‘berita palsu’ sedemikian turut digunakan Najib semasa berucap pada majlis makan malam bersama anggota polis dan tentera baru-baru ini kononnya Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) mungkin kerana tidak sesuai dengan konsep ‘Malaysian Malaysia’.
Bagaimanapun, dakwaan Najib itu disanggah tokoh Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari yang menjelaskan RAMD tidak mungkin dibubar walau apa juga keadaan kerana pasukan itu dilindungi Perlembagaan Persekutuan dan Majlis Raja-Raja.
Tegasnya, perkara yang sama ujarnya terpakai terhadap segala dakwaan dan momokan UMNO selama ini yang bertujuan menakut-nakutkan orang Melayu.
“Sama seperti dakwaan UMNO yang kononnya DAP akan memansuhkan institusi raja, kedudukan Islam, bahasa Melayu dan juga kedudukan istimewa Melayu,” kata calon HARAPAN DUN Tebing Tinggi itu. 

‘BN senang hati kalau rakyat tidak pulang mengundi’


Sikap negatif yang ditunjukkan pemimpin UMNO-Barisan Nasional (BN) seolah-olah ‘tidak menggalakkan’ rakyat negara ini pulang membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei hadapan menunjukkan wujudnya kebimbangan di kalangan mereka.
Perkara ini jelas dapat dilihat daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dilapor media sebelum ini.
Menurut calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Ayer Hitam, Liew Chin Tong, kenyataan Zahid pada Jumaat lalu bahawa rakyat Malaysia di Singapura tidak perlu pulang mengundi pada PRU14 amat dikesali.
“Jika benar ada kemungkinan majikan Singapura tidak mahu memberi cuti kepada pekerja Malaysia pada 9 Mei depan, Zahid sebagai pemimpin kerajaan sementara sepatutnya berani dan tegas meminta kerjasama negara jiran untuk membolehkan rakyat Malaysia pulang mengundi,” katanya dalam kenyataan.
Chin Tong berkata, Zahid tidak boleh lepas tangan dengan hanya berkata, “Jika majikan Sijngapura tidak izinkan, maka saya fikir perkara yang baik adalah jangan balik mengundi.”
“Ini jelas tidak bertanggungjawab dan mencerminkan rasa takut di kalangan pemimpin BN,” kata beliau.
Beliau turut mengkritik Nur Jazlan yang cuba membangkitkan hujah-hujah lemah kononnya mengajak pengundi pulang mengundi adalah “muslihat” pembangkang.
“Dia juga menentang usaha syarikat-syarikat penerbangan menawarkan kemudahan penukaran tiket serta tambang murah untuk membolehkan pengundi pulang mengundi.
“Persoalannya, mengapa Zahid dan Nur Jazlan takut sangat jika pengundi Malaysia pulang mengundi pada 9 Mei depan?” soal Pengerusi DAP Johor itu.
Jelasnya, perkara paling ditakuti oleh pemimpin UMNO-BN ialah kebangkitan rakyat Malaysia khusunya pengundi Melayu yang semakin menjauhkan diri dari parti yang kononnya memperjuangkan nasib rakyat itu.
“Mereka mula panik dan takut pengundi Melayu tidak akan memilih mereka lagi.
“Mereka tahu krisis ekonomi, tekanan kos sara hidup dan sikap tidak peduli pimpinan Najib menyebabkan orang Melayu marah terhadap BN.
“Mereka juga amat takut apabila tsunami politik di kawasan bandar pada PRU 2008 dan PRU 2013 akan merebak ke kawasan luar bandar dan separa bandar seluruh negara.
“Mereka tahu jika rakyat semua kaum di Malaysia bangun menentang pentadbiran Najib melalui peti undi, ia akan menyebabkan berakhirnya era BN,” kata Chin Tong lagi.