Mahathir Sokong PAS Jadi MB di Selangor Untuk UMNO Senang Rampas

Mahathir Sokong PAS Jadi MB di Selangor Untuk UMNO Senang Rampas

Adapun Dr Mahathir telah bersuara.

Dia meminta PAS mengembalikan kerusi MB Selangor kepada PAS.

Diberitkan Dr Mahathir berkata:


Kalo Mahathir dah sokong PAS jadi MB di Selangor maka konfirm la idea tu menguntungkan UMNO.

Bukankah anak Dr Mahathir berjaya menjadi MB Kedah dengan merampas kerusi tersebut dari PAS.

Jawatan MB Kedah itu tidak dirampas dari DAP mahupun PKR tetapi dari PAS.

Dr Mahathir ni penipu kelas satu.

Penipuan terbesar beliau adalah berjaya menyakinkan jutaan ahli UMNO bahawa beliau adalah berbangsa Melayu.

Sehingga hari ini jutaan orang Melayu menganggap beliau berbangsa Melayu.

Maka, "skill" silap mata Dr Mahathir ini adalah terbaik di Malaysia. 

Rasanya tiada orang dalam sejarah Malaya dan Malaysia yang mampu melakukan silap mata macam Dr Mahathir.

Namun bukan semua Melayu boleh berjaya ditipu Mahathir.

Bagi Tulang Besi, kenyataan ini adalah bertujuan untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Mahathir takut Anwar menjadi MB Selangor memandangkan ia mampu mengagalkan perancangan untuk menjatuhkan Najib (mengikut maklumat yang TUlang Besi dapat)

Harap2 tiada lah dalam PAS yang akan termakan umpan Dr Mahathir ni.

Khabarnya sudah ada rombongan dari PAS (suspek puak2 UG) yang berjumpa Tan Sri Khalid dan menjemput beliau masuk PAS.

Punyalah beriye-iye puak UG dalam PAS untuk menghalang Anwar menjadi MB. 

Dari luar, UMNO hentam. Dari dalam kita ada puak2 UG buat sabotaj.

Semuanya satu geng yakni geng UMNO.

Takut sangat hilang kerja kat Perangsang sampai sanggup buat kerja kotor untuk UMNO.

Rekod PAS menyerahkan 3 negeri pada UMNO tidak terkejutlah Mahathir beriye-iye mahukan PAS menjadi MB Selangor.

Maksudnya lagi cepat Selangor akan dirampas oleh UMNO.

Negara Terkaya di Dunia 2014 : Negara Jiran Malaysia, (Singapura RM203,527 & Brunei RM180,171 Tersenarai)

Negara Terkaya di Dunia 2014 : Negara Jiran Malaysia, (Singapura RM203,527 & Brunei RM180,171 Tersenarai)


negara terkaya dunia
Negara Terkaya Di Dunia 2014 : Apabila disebut negara terkaya di dunia pasti ada yang terbayang negara-negara popular seperti Amerika, Britain, Jerman dan lain-lain lagi selain dari negara-negara Timur Tengah.
Tetapi ada juga kalangan negara yang kurang diberikan perhatian oleh “dunia” tetapi masih mampu berada dalam kalangan negara-negara terkaya di dunia :

Senarai Negara Terkaya Di Dunia 2014

  1. #Qatar – KDNK per kapita lebih (~ $102,000 / ~ RM340,323)
  2. #Luxembourg – KDNK per kapita lebih (~ $77,000 / ~ RM256,911)
  3. #Singapore – KDNK per kapita hampir (~ $61,000 / ~ RM203,527)
  4. #Norway – KDNK per kapita (~ $55,000 / ~ RM183,508)
  5. #Brunei – KDNK per kapita sekitar (~ $54,000 / ~ RM180,171)
  6. #United Arab Emirates
  7. #United States
  8. #Hong Kong
  9. #Switzerland
  10. #Netherlands
  11. #Australia
  12. #Austria
  13. #Ireland
  14. #Canada
  15. #Kuwait

Faktor Kedudukan Sesebuah Negara Terkaya Di Dunia 2014 :

  1. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli
  2. Kuasa beli yang disesuaikan dengan KDNK telah digunakan oleh pakar ekonomi ketika membuat perbandingan, yang mana mengambil kira faktor perbezaan kos sara hidup dan kadar inflasi
Kedua-dua negara-negara jiran kita Malaysia turut sama tersenarai iaitu, Brunei dan Singapura :
  • Singapura tiada balak, tiada hasil minyak, pun masih mampu tersenarai dikalangan di negara terkaya di dunia. Mereka lebih bersandarkan status Singapura itu sendiri sebagai hab teknologi, pembuatan dan kewangan.
  • Brunei ada simpanan minyak seperti Malaysia, tetapi terus mengukuh kedudukan sebagai antara negara terkaya di dunia.
  • Brunei dan Singapura tidak memerlukan istilah projek super mega tertinggi, terpanjang, tetapi masih mampu tersenarai 5 negara terkaya di dunia
  • Dua negara – satu pernah sama-sama membentuk Malaysia, dan satu lagi hampir-hampir mahu membentuk Malaysia, sudah tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia.
  • Tetapi apa yang membezakan negara ini dengan negara-negara yang lain. Adalah pengurusan. Kedua-dua negara membuktikan kepada dunia, tidak relevan saiz negara menjadi penanda aras membuatkan sesebuah negara tu kaya ataupun miskin.
  • Bagaimana pemimpin negara tersebut menguruskan kekayaan negara mereka dan dipulangkan semula kepada rakyat untuk sama-sama “merasainya” tanpa merompak untuk kepentingan sendiri, itu yang paling penting sebenarnya.
Harapan Berita Semasa pula, jikalau tidak tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia sekalipun tidak mengapa tetapi cukuplah Berita Semasa mahu melihat :
  • Wang yang dibawa ke pasaraya contohnya untuk dibelanjakan bagi keperluan harian “sentiasa mencukupi”. Rakyat tidak perlu merungut dek kerana pendapatan yang mereka perolehi tidak setimpal dengan harga barang yang terus melambung tinggi
  • Seluruh rakyat Malaysia sekurang-kurangnya mendapat keperluan asas yang mencukupi tidak kira duduk di kawasan bandar mahupun di pedalaman. Mereka adalah rakyat Malaysia.
Kami terus ternanti-nanti saat ini. Apa pandangan & harapan anda pula anda pula?



Rafizi: PKR akan keluarkan bukti baru salah laku keluarga Taib Mahmud

Rafizi: PKR akan keluarkan bukti baru salah laku keluarga Taib Mahmud

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
February 13, 2014
Rafizi mengatakan dokumen berkaitan seperti didedahkan laman sesawang pembocor maklumat Sarawak Report semalam akan turut diserahkan bersama pada petang esok di Ibu Pejabat SPRM. - Gambar fail.Rafizi mengatakan dokumen berkaitan seperti didedahkan laman sesawang pembocor maklumat Sarawak Report semalam akan turut diserahkan bersama pada petang esok di Ibu Pejabat SPRM. - Gambar fail.PKR akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaitkan anggota keluarga Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan syarikat yang terlibat dalam salah laku berkaitan konsesi balak.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, dokumen berkaitan seperti didedahkan laman sesawang pembocor maklumat Sarawak Report semalam akan turut diserahkan bersama pada petang esok di Ibu Pejabat SPRM.

"Pendedahan terbaru Sarawak Report mengenai syarikat yang mengundang kontroversi iaitu Regent Star Company Limited menguatkan lagi tuduhan-tuduhan mengenai salah laku melibatkan konsesi balak di Sarawak," kata Rafizi pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.

"Pehin Seri Taib Mahmud pernah membuat kenyataan di Dewan Undangan Negeri Sarawak menafikan beliau tahu atau kena mengena dengan Regent Star. Kenyataan itu digunakan sebagai alasan untuk menutup skandal yang panas ketika itu."
 
Sementara itu, Rafizi mendakwa syarikat milik adik Taib juga pernah disiasat di Jepun atas dakwaan mengelak cukai atas komisen yang dianggapnya rasuah – bernilai ¥1 bilion (RM32.6 juta).

"Dengan bukti-bukti baru yang dikemukakan ini, jelas bahawa tuduhan rasuah terhadap Taib Mahmud akan terus berlegar. Malah, saya mengambil keputusan untuk membuat satu laporan SPRM baru terhadap Taib Mahmud supaya perkara-perkara ini digunakan di dalam siasatan yang dibuat.

"Oleh itu, saya menggesa supaya Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri yang bertanggungjawab menasihati DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong membuat pendirian tegas bahawa mana-mana calon yang dipertimbangkan bagi jawatan TYT perlulah diisytiharkan SPRM bahawa tiada siasatan yang masih belum ditutup terhadap calon itu," katanya.


Menurut Rafizi, beliau akan menulis secara rasmi kepada SPRM hari ini untuk mengesahkan masih ada siasatan yang dibuka terhadap Taib  dan selagi beliau tidak diisytiharkan tiada sebarang siasatan terbuka, beliau tidak boleh dipertimbangkan sebagai TYT. – 13 Februari, 2014.

Konsensus Nasional: Reaksi BN lembab

Konsensus Nasional: Reaksi BN lembab

saifuddinPETALING JAYA 13 FEB: Dalam keadaan rakyat dihidangkan dengan sentimen politik perkauman yang membimbangkan, reaksi kerajaan terlalu perlahan untuk menyambut cadangan Konsensus Nasional yang ditawarkan Pakatan Rakyat.

“Proses menyambut gesaan untuk mencapai Konsensus Nasional berlangung amat perlahan.
“Reaksinya lembab di pihak BN ketika diluar sana rakyat terus dihidangkan dengan sentimen politik perrkauman yang semakin membimbangkan,” kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution.

Menurut Saifuddin pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini, sekurang-kurangnya, tiga gesaan secara rasmi melalui kenyataan media dibuat pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Majlis Presiden.
Kata Saifuddin, pelawaan Pakatan Rakyat dibalas kerajaan melalui kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi 27 Januari lalu

Manakala yang terbaru oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri pada 2 Februari yang bercadang membawa cadangan tersebut ke jemaah Menteri.

Tambah Saifuddin, tema politik perkauman dan sentimen agama melampau pernah berlaku di negara ini dengan yang terakhir pada 1997 di Kg Rawa, Pulau Pinang.

Namun, ketika ini lebih serius apabila insiden berbaur perkauman berlaku hampir setiap minggu dengan seperti himpunan di depan gereja, aksi provokasi memotong ayam dan melumur darah di poster terpapar imej pemimpin Pakatan Rakyat.


“Kami meneliti perkembangan dan menggesa pemimpin BN melajukan (proses) supaya rakyat betul-betul dapat melihat kita serius dalam menangani isu-isu yang menggugat perpaduan,” kata Saifuddin.

KEADILAN buat laporan SPRM terhadap Taib

PETALING JAYA 13 FEB: KEADILAN akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah terbaru membabitkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, pendedahan terbaru laman Sarawak Report mengenai syarikat Regent Star Company Limited melibatkan konsesi balak di Sarawak.
Katanya, Regent Star adalah syarikat dikawal Onn Mahmud, iaitu adik kepada Taib dan pernah disiasat di Jepun atas tuduhan mengelak cukai mencecah 1 bilion yen.

Semalam, kata Rafizi Sarawak Report menunjukkan dengan jelas kaitan di antara Regent Star dengan Jamilah Taib, anak kepada Taib Mahmud sendiri.

Satu bukti dokumen pemindahan wang sebanyak USD20 juta dari Richfold Investments Limited iaitu syarikat pelaburan yang turut dikawal oleh Onn Mahmud (seperti juga Regent Star) kepada Sakto Development Corporation yang dimiliki oleh Jemilah Taib dan suaminya telah ditampilkan.

“Saya difahamkan bahawa bukti-bukti terbaru dalam bentuk dokumen yang mengaitkan Pehin Seri Taib Mahmud kepada syarikat-syarikat pelaburan luar negara yang disiasat oleh pihak berkuasa di sana akan dikemukakan untuk membantu siasatan.

KEADILAN buat laporan SPRM terhadap Taib

“Ini bermakna siasatan di Jepun mengenai tuduhan mengelak cukai sudah tentu akan melibatkan siasatan ke atas Taib Mahmud sendiri melalui bukti-bukti yang mengaitkan keluarga beliau sendiri dengan penerimaan bayaran komisen balak,” katanya dalam kenyataan media.

Menurut Rafizi, dengan bukti-bukti baru yang dikemukakan ini, beliau akan membuat satu laporan SPRM terhadap Taib Mahmud di Putrajaya, esok.

Beliau juga menggesa Perdana Menteri menasihati Yang Dipertuan Agong agar membuat pendirian tegas bahawa mana-mana calon bagi jawatan TYT perlu diisytiharkan bebas daripada siasatan SPRM.
“Ini untuk mengelakkan salah guna jawatan TYT untuk mendapatkan kekebalan dari pendakwaan,” katanya yang akan menulis secara rasmi kepada SPRM hari


Sehubungan itu, Rafizi berkata, selagi siasatan masih berjalan, Taib tidak boleh dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang baru selepas bersara sebagai ketua menteri.

ASTRO TIPU PENGUNA?

Sejak sebulan lepas ramai pengguna astro merungut kerana tidak dapat menikmati siaran dan seringkali tergendala.Walau pun bantuan teknikal dilakukan, namun masih gagal mendapat siaran.Apa yang memuskilkan pelangan astro ialah jika pembayaran lewat dibayar, pihak astro akan segera memotong, namun jika pihak astro gagal menyiarkan siaran sedangkan pelangan berhak mendapatkan siaran 24 ja, tindakan segera dan bantuan teknikal dari vendo lambat sampai, malahan mengambil masa semingu.Jika inilah servis yang semakin bercelaru, pelangan berhak menuntut gantirugi dari pihak astro.

PHIR BIR HEI HINDUSTANI-FILEM ARAHAN SHAHRUK KHAN/AZIZ MIRZA TENTANG REFORMASI

SAJA AKU NAK MAKLUMKAN BAHAWA FILEM LAMA KALU TAK SILAP THUN 2000-2001 ARAHAN SHAHRUK KHAN MENGENAI REFORMASI. BAGI GENERASI REFORMASI, ANDA PASTI INGAT TENTANG PERBICARAAN DAN REGIM MENTERI YANG MEROGOL RAKYAT,MALAM INI DI PRIMA JAM 11.GENERASI MUDA BOLEH MENONTONNYA.


Beliau datang atas jemputan Mahathir/Mahazalim waaktu itu,mungkin memahami kes DSAI yang terpenjara dan kisah menteri yang merogol perempuan, maka perbicaraan dan Hakim HACKS turut di ketengahkan....anda saksikan malam ini jam 11 di Prima.

PSM tak tanding PRK Kajang, sedia kerjasama lawan BN

PSM tak tanding PRK Kajang, sedia kerjasama lawan BN

PSMKAJANG 12 FEB: Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengumumkan tidak akan meletakkan calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Dalam kenyataannya hari ini, PSM tidak berhasrat memecahkan undi atau memberikan sebarang peluang untuk Barisan Nasional (BN) menang dalam PRK ini.

“PSM mungkin menggunakan peluang ini untuk terus berkempen kepada isu-isu yang kami rasa lebih penting untuk majoritu rakyat Malaysia iaitu isu membantah cukai GST, membantah perjanjian TPPA, pendidikan percuma dan memperkasakan Akta gaji Minima.

“Kami tidak sekali-kali menyokong atau menyeru rakyat menyokong BN yang merupakan punca kepada pelbagai masalah di negara kita,” kenyataan PSM dipetik.

Dalam pada itu PSM menyatakan berpegang kepada Resolusi dalam Kongres PSM ke 15 pada Jun 2013 iaitu PSM sedia berdialog dengan Pakatan Rakyat atas dasar saling hormat menghormati dam melawan Umno-BN.

Tambahnya, PSM komited membina gabungan dengan parti, individu dan organisasi kiri untuk melawan polisi neo-libeal dan kapitalisme di dalam dan luar negara.

“PSM akan terus menjana kuasa rakyat untuk mencapai keadilan sosial dan ekonomi bagi mewujudkan masyarakat demokratik yang aman, makmur, maju dan saksama.


“Kami sedia berjuang bersama rakyat untuk mencapai matlamat murni ini,” tegas kenyataan tersebut.


DEBAT NOH KHALID.....ADOIII NOH ..




Bantah SPPBS, guru himpun di Putrajaya 22 Februari ini

Bantah SPPBS, guru himpun di Putrajaya 22 Februari ini

SPPBSPUTRAJAYA 11 FEB: Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) akan mengadakan himpunan di hadapan Kementerian Pendidikan di Putrajaya pada hari Sabtu, 22 Februari ini membantah pelaksanaan Sistem Pentaksiran Pelajar Berasaskan Sekolah (SPPBS).

Ketua kumpulan kerja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata bantahan yang dinamakan #Himpunan222MansuhPBS turut mengalu-alukan sokongan warga pendidik dan ibu bapa dari seluruh negara.

“Kami mengadakannya pada Sabtu bagi memberi lebih ramai guru peluang menyertainya dan tidak lupa menjalankan tanggungjawab ini,” katanya yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Pahang.

Difahamkan himpunan tersebut turut mendapat sokongan Solidarti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan Badan Mobilisasi Rakyat Dewan Pemuda Pas Pusat.
Dalam pada itu, Izzat membantah kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan 1, Mary Yap bahawa SGMM mahukan SPPBS ditukar kepada sistem matrikulasi.
“Tindakan Mary Yap ini sangat memalukan kerana tidak mengikuti perkembangan kehendak SGMM yang mahu PBS dimansuhkan serta-merta.

“Jika beliau tidak tahu isu, lebih baik dapatkan nasihat pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia) sebelum mengeluarkan kenyataan yang memalukan diri,” kata Izzat dalam kenyataan.
Izzat berkata, Mary Yap dilihat cuba mengalih perhatian supaya tumpuan SGMM dalam kempen mansuhkan PBS disalah erti.

“Sebagai Timbalan Menteri, beliau jangan menipu rakyat dengan memanipulasi cerita yang tidak pernah disebut oleh SGMM.

“Saya malu ada Timbalan Menteri yang suka putar belit dan cuba mengada-adakan cerita.
“Sekali lagi, jika beliau mahu tahu perkara sebenar, sila tunggu Himpunan 222 pada 22 Februari ini,” tegasnya.

Bekas pemimpin Semangat 46 bertemu bincang kedudukan Najib?

Bekas pemimpin Semangat 46 bertemu bincang kedudukan Najib?

semangat_46KUALA LUMPUR 11 FEB: Sebuah pertemuan bekas pemimpin dan ahli parti Semangat 46 akan diadakan di ibu negara pada hari Ahad, 23 Februari ini bagi membincangkan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Keadilandaily difahamkan, pertemuan semula bekas pemimpin dan ahli parti Semangat 46 itu akan turut dihadiri ahli parlimen Gua Musang yang juga bekas Presiden parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah.
Pertemuan tersebut juga dikatakan bagi membincangkan peranan kem bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam politik tanahair sejak kebelakangan ini.

Namun. sumber yang memaklumkan Keadilandaily tidak memberitahu lokasi sebenar pertemuan tersebut di Kuala Lumpur.

KENAPA KAJANG KE PUTRAJAYA?



FLIP FLOP! Menjelang demonstrasi guru, Muhyiddin umum sistem penilaian pelajar dikaji semula

FLIP FLOP! Menjelang demonstrasi guru, Muhyiddin umum sistem penilaian pelajar dikaji semula

decrease font size
Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sekali lagi "flip-flop" apabila Kementerian Pendidikan memutuskan untuk mengkaji semula Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara menyeluruh hari ini seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).
Muhyiddin yang juga menteri pelajaran mengumumkan perkara itu pada selepas mendapat reaksi buruk dari golongan guru yang mengancam untuk mengadakan demonstrasi hujung bulan ini.
Katanya keputusan itu adalah bagi menangani segala permasalahan yang dibangkitkan guru berkaitan PBS."Sebelum ini, guru mengadu mengalami masalah untuk memasukkan data berkaitan pelajar ke dalam sistem berkomputer PBS.
"Sehubungan itu kita menangguhkan pelaksanaan aspek itu sehingga April tahun ini.
"Hari ini kita buat keputusan untuk kaji semula pelaksanaan PBS secara menyeluruh," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Terdahulu, Muhyiddin mengadakan perbincangan lebih sejam dengan guru SMK Presint 8(1) bagi mendengar sendiri permasalahan mereka.
Kumpulan pendesak guru merancang untuk mengadakan bantahan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 22 Februari bagi mendesak Putrajaya menghentikan program penilaian tiga tahun pelajar.
Bantahan yang jarang diadakan dari bidang perguruan itu menunjukkan rasa tidak puas hati warga pendidik yang semakin tinggi terhadap sistem PBS, kata jurucakap Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).
Himpunan ini dirancang juga biar pun berulang kali jaminan diberikan Putrajaya bahawa PBS satu keperluan kepada pembaharuan sistem pendidikan kebangsaan dan penambahbaikan kepada sistem akan diselesaikan April ini.
Ketua kumpulan kerja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata bantahan #himpunan222kpmputrajaya akan diadakan pada 22 Februari di hadapan KPM di Putrajaya.
"Kami mengadakannya pada Sabtu bagi memberi lebih banyak guru peluang menyertainya dan tidak lupa menjalankan tanggungjawab ini," katanya yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Pahang. - TMI

Scroll For More Headlines

DAP: Everyone loves Malaysia, only a few are traitors

Shafee ada kepentingan dalam kes Anwar – Latheefa Koya

Shafee ada kepentingan dalam kes Anwar – Latheefa Koya

Latheefa_KoyaPUTRAJAYA 11 FEB: Biro Guaman & Undang-undang KEADILAN, Latheefa Koya berkata, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempunyai kepentingan peribadi dalam kes rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tingi Kuala Lumpur yang memutuskan melepas dan membebaskan Anwar .
 
Kata Latheefa, Shafee antara individu yang hadir ketika Saiful Bukhari Azlan bertemu Datuk Seri Najib Razak di kediaman Perdana Menteri itu.

“Adalah jelas Shafee mempunyai kepentingan peribadi dalam kes ini,” kata Latheefa.
Malah kata Latheefaa, Shafee pernah bertindak sebagai penasihat kepada Tun Dr Mahathir sewaktu pemecatan Anwar pada 1998.

Tindakan Shafee adalah pelanggaran etika profesional peguam seperti terkandung dalam peraturan Profesion Guaman (Amalan dan Etika) 1978.

Selain diketahui rapat dan pernah mewakili beberapa pemimpin Umno dalam kes mahkamah terdahulu, Shafee turut melakukan kesalahan serius sebelum ini apabila tidak membuat laporan tentang tuduhan yang ditimbulkannya terhadap Peguam Negara.


Shafee gagal melaporkan salahlaku Peguam Negara Tan Sri Gani Patail berhubung kes Pulau Batu Putih dan kes mata lebam Anwar seperti disebut dalam afidavid bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.


Anwar mahu jadikan PRK Kajang landasan pertumbuhan ekonomi

Anwar mahu jadikan PRK Kajang landasan pertumbuhan ekonomi

(Lyn Nasir)
n25_kajangPUCHONG 9 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mahu menjadikan Pilihan Raya Kecil DUN Kajang sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Selangor, selain menangkis isu perkauman yang kini menjadi agenda Umno BN.

“Jika ditanyakan kepada saya adakah saya sanggup untuk hadapi risiko dalam politik, ya kerana saya tidak mahu mengorbankan rakyat.

“Saya juga nak jadikan Kajang sebagai landasan perlaksanaan pertumbuhan ekonomi, ada jaminan untuk setiap anak Selangor dan hak dapat dipertahankan.

“Takkan izinkan sesiapa pertikaikan hak sama ada dia Melayu, Cina, India atau orang Asli serta bangsa lain seperti Kristian yakin bahawa kita takkan khianati amanah dan hak mereka,” jelasnya dalam syarahan bertajuk “The Asian Renaissance Courses di Dewan Reformasi Demokrasi dan Upaya Masyarakat, Puchong hari ini.

Merujuk kepada pemerintahan di zaman Saidina Umar Al Khatab, Anwar berkata tiada makna demokrasi sekiranya pemerintah tidak  berlaku adil kepada semua rakyat.

Beliau merujuk kejadian di mana Saidina Umar melepaskan seorang pencuri daripada hukuman potong tangan, sebaliknya mencari keadilan atas kesalahan tersebut.

“Saidina Umar berkata, kalau kamu (pencuri) mencuri lagi, saya akan memotong tangan orang kaya kerana membiarkan rakyat susah sehingga terpaksa mencuri,” kata Anwar.

Beliau dalam pada itu membidas tindakan kerajaan menaikkan harga barang keperluan harian, sedangkan pendapatan rakyat tidak meningkat, termasuk harga padi bagi golongan pesawah.

“Kita tengok sekarang ni harga barang naik, gula naik, minyak naik, ikan naik, sayur naik kecuali kangkung.
“Mungkin anak muda di KL tidak pernah terfikir akan perkara ini, tapi kalau kita di tempat mereka (pesawah), apa yang kita akan rasa?,” soalnya menambah BN hanya mengkayakan kroni seperti jutawan beras, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

“Sebab itu demokrasi tidak bermakna kalau negara tidak mengamalkan keadilan dan keadilan itu tidak mungkin berlaku jika tidak mengaitkan dengan semua kaum,” ujarnya.


“Tapi apa yang berlaku hari ini, curi balak RM1 juta, kes PKFZ, semuanya dinaikkan pangkat. Yang menjadi mangsa secara berterusan adalah rakyat dan di mana keadilannya?,” soalnya.

Anwar Ibrahim: Mahu Orang Cina Hormat Bahasa & Islam, Tapi Saya Pun Kena Hormat Orang Cina


PRK KAJANG: ANWAR. Pertahan Selangor daripada dirampas Umno-BN


Pertahan Selangor daripada dirampas Umno-BN

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar menyeru seluruh pemimpin dan rakyat Selangor agar bangkit mempertahankan hak setiap rakyat negeri itu daripada dirampas Umno-BN yang menunggu peluang untuk berbuat demikian.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika melancarkan jentera PRK Kajang di Dataran Prima Saujana di sini malam tadi.

Anwar juga menemplak golongan yang mendakwa diri mereka sebagai memperjuangkan Islam dan Melayu tetapi pada masa sama menunjukkan moral diri yang rendah kepada golongan bukan Islam.

“Terangkan tentang Islam tidak mahu, perangai teruk, maki orang, fitnah orang, aibkan orang, tunjuk punggung pada orang; kemudian kamu kata, kami pejuang pembela Melayu dan Islam,” kata Anwar lagi.

Beliau turut mengingatkan haram bagi rakyat negara ini terus menyokong mana-mana pihak bernafsu sama ada memegang jawatan mahu pun mempertahankan jawatan sedia ada dalam pentadbiran kerajaan disebabkan nafsu membolot kekayaan untuk diri sendiri.

Peringatan Anwar yang juga Ketua Umum PK itu turut terpakai terhadap mana-mana pemimpin PR termasuk beliau sendiri yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.~ Selangor Ku

“Bagi orang tengok selepas ini, bagi setahun dua, orang Negeri Sembilan, orang Perak boleh tengok Selangor. Kita tunjukkan Selangor mempunyai lanskap politik, ekonomi, kebersihannya yang betul-betul berubah,” katanya.


Kredit buat Pakatan Harapan Rakyat  from FB Laman reformasi Laman rakyat

Persatuan guru tetap akan protes walaupun kementerian ajak berunding

Persatuan guru tetap akan protes walaupun kementerian ajak berunding

 Sistem SPPBS adalah sebahagian daripada dasar reformasi pendidikan negara dan diperkenalkan bagi membentuk pelajar holistik yang bukan sahaja tertumpu kepada pembelajaran akademik. – Gambar fail. Sistem SPPBS adalah sebahagian daripada dasar reformasi pendidikan negara dan diperkenalkan bagi membentuk pelajar holistik yang bukan sahaja tertumpu kepada pembelajaran akademik. – Gambar fail.Sebuah persatuan guru tetap akan meneruskan protes di hadapan Kementerian Pendidikan bagi mendesak sistem pentaksiran pelajar yang baru dimansuhkan, walaupun kerajaan meminta mereka kembali ke meja dialog.

Mohd Nor Izzat Mohd Johari, jurucakap kepada Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) berkata, mereka bertegas dengan pendirian mereka agar Sistem Pentaksiran Pelajar Berasaskan Sekolah (SPPBS) dimansuhkan sebelum ia dilaksanakan terhadap pelajar Tingkatan Tiga tahun ini.
Ini kerana pelajar tingkatan tiga seluruh negara akan menduduki peperiksaan penting Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada akhir tahun ini.
“Masa sudah kita berikan selama tiga tahun. Akan tetapi apa yang dibuat oleh kementerian yang dikatakan membuat penambahbaikkan kepada PBS bukan menyelesaikan masalah, tetapi menutup kelemahan PBS itu sendiri.

“Kenyataan (Menteri Pendidikan II) Datuk Seri (Idris Jusoh) yang menyatakan masalah ini boleh dibawa bincang itu saya sifatkan sebagai kenyataan hipokrit.

“Respon saya kepada Datuk Seri, kita tunggu 22 Februari 2014 ini. Saya jemput Datuk Seri untuk hadir bersama kalau beliau rasa mahu berbincang,” kata Mohd Nor Izzat, merujuk kepada tarikh protes tersebut.

Dilaporkan sebelum ini  SGMM berharap 200 guru akan turun bersama mereka bagi mendesak kementerian memansuhkan SPPBS, yang selama ini dilanda pelbagai kontroversi.
Protes oleh para guru itu boleh dikatakan jarang sekali dilakukan golongan itu, yang juga merupakan penjawat awam kerajaan persekutuan.

Protes tersebut dijadualkan akan berlangsung di hadapan pejabat kementerian di Putrajaya pada hari Sabtu, 22 Februari.

Ini supaya tidak menggangu perjalanan waktu sesi sekolah dan bagi memberi peluang guru di seluruh negara untuk hadir.

Di dalam respon beliau pada Februari 7, Idris meminta agar kumpulan tersebut menghentikan rancangan mereka selain menyuarakan pendapat mereka kepada kementerian melalui saluran yang lain.

“Jangan... tidak perlu (adakan bantahan). Apa masalahnya beritahu kami, kerana ini sistem yang dikehendaki, selepas dahulu berkata kami terlalu ke arah peperiksaan. Ini satu perubahan yang baik dan kalau ada yang tidak kena beritahulah dan kami akan baiki.

"Guru boleh beritahu apa masalah sebenarnya kepada Lembaga Peperiksaan dan Ketua Pengarah Pelajaran, malah dengan saya juga boleh. Kami berharap anda jangan gopoh dan beri masa kepada kementerian untuk laksanakannya (penambahbaikan PBS)," katanya dilaporkan Bernama.

SPPBS mula dilaksanakan pada peringkat darjah satu di semua sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan pada 2011.

Setahun kemudian, ia dilaksanakan pada peringkat tingkatan satu di semua sekolah.
Sistem tersebut adalah sebahagian daripada dasar reformasi pendidikan negara dan diperkenalkan bagi membentuk pelajar holistik yang bukan sahaja tertumpu kepada pembelajaran akademik.
Berbanding dengan sistem lama, tiada peperikasaan tahunan di bawah SPPBS.

Prestasi pelajar dinilai setiap hari dengan menggunakan satu garisan markah enam peringkat yang dinamakan “band”.

Pelajar di dalam Band Satu (paling rendah) diklasifikasikan sebagai memahami subjek yang diajar, manakala Band Enam (paling tinggi) diklasifikasikan sebagai “mithali”.

Data mengenai prestasi pelajar dimasukkan setiap hari oleh guru ke dalam satu pangkalan pusat.
Pelajar tingkat tiga tahun ini adalah kelompok pertama pelajar menengah yang melalui dua tahun SPPBS, mulai 2012.

Mohd Nor Izzat yang mengajar pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Pahang berkata, antara isu utama adalah bagaimana guru hendak menyediakan pelajar tingkatan tiga bagi menghadapi PMR, yang merupakan legasi sistem lama yang berasaskan peperiksaan.

Biasanya, PMR menilai pengetahun pelajar terhadap subjek yang dipelajari selama tiga tahun mulai tingakatan satu.

Tetapi persoalannya sekarang adalah adakah PMR kali ini akan mengikut sistem lama atau sistem baru.

Mohd Nor Izzat yang mengajar pendidikan seni berkata, taklimat terbaru oleh kementerian beberapa minggu lepas masih tidak dapat menjawab soalan ini dan menenangkan kekeliruan guru.

Taklimat tersebut menunjukkan kementerian masih tidak mengambil ketetapan berhubung format, bentuk dan jadual PMR.

“Mereka hanya mempunyai cadangan tetang tarikh PMR, format kertas peperiksaan, sistem penilaian dan sebagainya. Tetapi tiada ketetapan.


“Dan kita sudah berada dalam bulan kedua tahun persekolahan dan guru masih tidak mahu bagaimana hendak menyediakan pelajar dan apa yang patut diajar. Kita dah buang banyak masa.” – 9 Februari, 2014.


NGO tawar RM1,200 tampar Najib?

najib razak dan mahathir


Berikutan isu Menteri KDN Zahid Hamidi enggan siasat ugutan tampar Teresa Kok: Kepada admin MRM Teresa Kok pun satu melampau guna CNY untuk hasil video satira yg tiada kaitan langsung dengan CNY tak kena tempatnya dan ini adalah cara politik mengajarnya.
Ana Ghoib yang salah kita kata salah bukan susah….Orang bijak ialah mereka yg bercakap dengan raja sultan perdana dan si miskin gelandangan dengan nada dan bahasa biasa sahaja. Renungkan….
Baca apa kata Lim Kit Siang di bawah yang mencabar minda melayu UMNO terhadap isu ini:
Soalan ajaib: “Bayangkan apa tindakan Polis jika ada enam NGO membuat demonstrasi tengah hari kelmarin dan menawarkan RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” tanya Ahli Parlimen Gelang Patang, Lim Kit Siang.

Di samping itu, katanya dikemukakan bukti bergambar bagi tindakan itu, diikuti dengan tindakan melumur darah ayam ke atas sepanduk memuatkan gambar menteri-menteri Umno, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kalau demonstrasi sedemikian terjadi, sudah tentu seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia, diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri, akan mengerumuni 30 penunjuk perasaan daripada enam NGO terbabit dan semua mereka akan terus disumbat ke dalam lokap, disiasat dengan teliti dan dengan pantas didakwa,” ujarnya yang juga Ketua Parlimen DAP dalam satu kenyataan.
Ini, katanya kerana bukan saja melanggar Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberi notis 10 hari untuk perhimpunan tersebut, malah mereka juga akan didakwa kerana melakukan jenayah yang ‘menjejaskan’ demokrasi berparlimen menurut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 1012 (Sosma), Akta Hasutan, Kanun Keseksaan, dan sebagainya, dan kemungkinan semua yang terlibat itu akan merengkok lama dalam penjara.

Berikut kenyataan penuh Lim Kit Siang.

Bayangkan apa tindakan Polis jika ada enam NGO membuat demonstrasi tengah hari kelmarin dan menawarkan RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mengemukakan bukti bergambar bagi tindakan itu, diikuti dengan tindakan melumur darah ayam ke atas sepanduk memuatkan gambar menteri-menteri Umno, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin?
Kalau demonstrasi sedemikian terjadi, sudah tentu seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia, diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri, akan mengerumuni 30 penunjuk perasaan daripada enam NGO terbabit dan semua mereka akan terus disumbat ke dalam lokap, disiasat dengan teliti dan dengan pantas didakwa, bukan saja kerana melanggar Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberi notis 10 hari untuk perhimpunan tersebut, malah mereka juga akan didakwa kerana melakukan jenayah yang ‘menjejaskan’ demokrasi berparlimen menurut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 1012 (Sosma), Akta Hasutan, Kanun Keseksaan, dan sebagainya, dan kemungkinan semua yang terlibat itu akan merengkok lama dalam penjara.

Malah, kemungkinan enam NGO yang diwakili oleh 30 orang itu dengan pantas akan disumbat ke dalam “Black Maria” sehingga tidak sempat menyembelih ayam dan malah tidak sempat pun berhimpun kerana polis telah mendapat maklumat tentang rancangan mereka jauh lebih awal.

Tidak diragui lagi bahawa Cawangan Khas Polis Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia di kalangan unit khas sejenisnya, berkat warisan penjajah British dan kedudukan istimewanya dalam hirarki polis dengan himpunan maklumat risikan yang dikumpul dengan tujuan utama melindungi rejim yang berkuasa sekarang, sedangkan dalam masyarakat yang benar-benar demokratik, perkara paling utama bagi polis ialah untuk memelihara demokrasi berparlimen dan hak asasi manusia.

Tidak masuk akal sama sekali jika polis tidak mendapat apa-apa maklumat tentang demonstrasi kelmarin sebelum wakil-wakil media cetak dan media elektronik turun memberikan liputan penuh tentang demonstrasi itu yang diisi dengan acara menyembelih ayam dan melumur darah – jika benar polis tiada maklumat awal, maka Cawangan Khas patut dirombak sepenuhnya dan malah pengarah Cawangan Khas sepatutnya dipecat.
Namun, saya tahu Cawangan Khas adalah cekap, bererti polis telah mendapat maklumat awal tentang demonstrasi yang dirancang oleh enam NGO yang menggelar diri mereka sebagai Majlis NGO Islam, terdiri daripada Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Pertubuhan Kebajikan Islam dan Dakwah (Pekida), Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti Malaysia (Perkib), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).

Sehingga kini, Polis dan juga kerajaan Barisan Nasional membisu seribu bahasa tentang demonstrasi kelmarin yang melampau, menghasut, dan secara terbuka mengapi-apikan kebencian perkauman dan keagamaan untuk mencetuskan satu lagi peristiwa 13 Mei dalam negara berikutan video “Onederful Malaysia CNY 2014” yang mengkritik kegagalan dan kelemahan kerajaan Barisan Nasional tanpa mengaitkan mana-mana kaum atau agama.

Video Teresa didakwa anti-Melayu dan anti-Islam. Saya telah menjemput pihak yang membuat dakwaan sebegini untuk tampil secara terbuka menunjukkan di bahagian mana video itu anti-Melayu dan anti-Islam.

Jika mereka boleh menunjukkan ada bahagian dalam video itu yang anti-Melayu dan anti-Islam, saya secara terbuka akan meminta Teresa untuk mengambil tindakan yang wajar. Namun, sehingga kini belum ada siapa menyambut permintaan saya.

Paling menyedihkan, dua pemimpin MCA yang baru dipilih untuk memegang jawatan tertinggi, iaitu Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai dan Timbalan Presiden Datuk Dr Wee Ka Siong, seperti pemimpin-pemimpin MCA yang lain yang menurut jejak Barisan Nasional menyerang video Teresa, gagal menunjukkan di bahagian mana video itu anti-Melayu atau anti-Islam, tetapi mereka terus menggalakkan dan malah membantu protes puak ekstremis terhadap video Teresa.

Saya percaya semua rakyat Malaysia yang sihat akal fikirannya berhak untuk bertanya kepada KPN, Menteri Dalam Negeri, Perdana Menteri, serta pimpinan Umno dan MCA mengapa layanan berbeza akan diberikan jika ada enam NGO menawarkan ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang menampar Perdana Menteri dan melumur darah pada sepanduk bergambar Menteri Umno berbanding layanan yang diberikan terhadap enam NGO kelmarin yang menawarkan ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang menampar Teresa Kok dan melumur darah pada sepanduk yang memaparkan wajah pemimpin Pakatan Rakyat.

Sikap pilih bulu diamalkan oleh polis dan institusi utama negara, sedangkan mereka seharusnya bersikap tidak berpihak, saksama, dan profesional. Keadaan ini membuatkan rakyat semakin tidak yakin akan adanya urus tadbir yang baik, kebertanggungjawaban dan ketelusan di Malaysia. KL Today

Nalla buat laporan polis, dakwa ada pihak cuba halangnya bertanding di Kajang


datuk nallakarupan

KUALA LUMPUR: Senator Datuk S. Nallakarupan (gambar) membuat laporan polis mendakwa ada pihak cuba mengganggu dan menghalang beliau daripada bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) itu, yang diiringi tujuh penyokong, membuat laporan di Balai Polis Daerah Sentul pada 3 petang.Nallakarupan memaklumkan pemberita laporan itu bagi membolehkan polis menyiasat gangguan terhadapnya yang didakwa 
bertujuan menghalang hasrat beliau untuk bertanding seperti diumumkan kepada media Selasa lepas.PRK itu diadakan setelah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletak jawatan pada 27 Januari lepas.Selain Nallakarupan, yang juga Anggota Dewan Negara, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan diri untuk bertanding bagi merebut kerusi DUN Kajang pada 23 Mac ini.
Nallakarupan pernah mendakwa pemimpin pembangkang itu tidak layak menjadi pemimpin atas alasan masalah moral. – Bernama

Usaha singkir Najib, bukti ahli Umno pentingkan diri sendiri


Mahfuz OmarKUALA LUMPUR 8 FEB: Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, usaha menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang direncanakan pihak tertentu dalam Umno menunjukkan sikap ahli parti itu yang mementingkan diri.

“Terdapat kelompok yang berpendapat bahawa perlu untuk menjatuhkan Najib sebelum Umno ditolak secara keseluruhan. Saya lihat golongan ini mementingkan diri sendiri.

“Najib pula hanya melaungkan retorik transformasi. Hakikatnya tiada tindakan ke arah peningkatan taraf hidup rakyat. Orang Umno sendiri marah dengan Najib.

“Jadi, ada pihak menggunakan isu ini dan mengambil kesempatan untuk menjatuhkan Najib,” kata Mahfuz kepada Keadilandaily.

Dalam pada itu, Mahfuz turut mengulas tindakan bekas perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang banyak mengkritik kepimpinan Najib.sejak kebelakangan ini.



Namun ia dilihat tidak ikhlas kerana seolah-olah bertujuan menaikkan anaknya (Mukhriz) walaupun Umno sendiri telah menolaknya pada pemilihan yang lalu.









“Saya rasakan Mahathir perlu tegur kepimpinan Najib untuk kebaikan negara. Bukan untuk kepentingan anaknya (Mukhriz). Anaknya sudah ditolak parti pada majlis pemilihan Umno yang lepas,” katanya.





LIVE NOW....[Live]Hidayah Di Usia Muda - Sdra Muhammad Nur Adlu


DEMONTRASI GURU 22 FEBRUARI . KAUM GURU SILA SERTAINYA

Demonstrasi Bantah SPPBS (PBS) 2014 oleh Guru-Guru Kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Respon Guru? Berminat?


SPPBS 2014
Demonstrasi Bantah SPPBS (PBS) 2014 : Aduan demi aduan diterima daripada kalangan guru (TERMASUK ADUAN PROF UNGKU AZIZ DI SINI) mengenai isu masalah berkaitan SPPBS.
Realitinya sebelum-sebelum ini, jarang sekali bantahan dari bidang perguruan itu menunjukkan rasa tidak puas hati warga pendidik yang semakin tinggi terhadap sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
  • PBS mula dilaksanakan pada 2011 bermula dengan murid di tingkatan satu.
  • Sebahagian daripada usaha kerajaan melahirkan murid cemerlang pelbagai segi berbanding berorientasikan peperiksaan.
  • Tiada peperiksaan akhir tahun di bawah PBS.
  • Setiap hari guru menilai pelajar berdasarkan enam tahap bermula dari aras pemahaman sehingga tahap tauladan. Data direkodkan ke dalam sistem komputer berpusat.

Demonstrasi Bantah SPPBS (PBS) 2014 oleh Guru-Guru Kepada KPM

  1. Sasaran peserta bantah SPPBS 2014 : 200 orang guru
  2. Jangkaan peserta bantah SPPBS 2014 : Sekitar 50 orang guru
  3. Anjuran : Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM)
  4. Lokasi bantahan : Di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya
  5. Tarikh : 22 Februari 2014 (Sabtu)
  6. Tujuan bantahan : Desak Putrajaya mansuh program penilaian tiga tahun pelajar SPPBS 2014
Melihatkan aduan dan rasa ketidakpuashatian kalangan guru-guru terhadap sistem PBS, Berita Semasa menjangkakan kalangan guru-guru yang akan terlibat dalam Demonstrasi Bantah SPPBS (PBS) 2014 agak besar, tetapi malangnya bilangannya sangat-sangat kecil jika dibandingkan saiz guru yang berjumlah ada 419,940 orang guru di Malaysia. Hampir setengah juta.
Ada yang mengatakan  guru jarang ke jalanan bagi menunjukkan tanda bantahan kerana bimbang diambil tindakan. Benarkah? 
SPPBS Guru 2014

Antara Isu SPPBS (PBS) 2014 Yang Berbangkit oleh Guru-guru

  1. Guru kecewa dengan komputer yang tidak cukup bagi memasukkan data SBA sehingga mengakibatkan masalah sistem.
  2. Guru terpaksa bangun seawal jam 3 pagi sewaktu trafik internet lancar bagi memasukkan data SBA ke dalam sistem pelayan kementerian.
  3. Guru-guru mendakwa Data PBS yang lepas tidak akan digunakan untuk menilai prestasi pelajar tingkatan tiga tahun ini ekoran arahan kementerian yang berbeza kepada guru untuk memasukkan markah pelajar tingkatan satu bermula 2012
  4. Nisbah pelajar dan guru tidak seimbang dan sistem penilaian pelajar yang masih belum jelas
Bantahan bukan untuk bebanan guru tetapi kepentingan anak didik kita. Murid diajar tanpa peperiksaan sebagai kayu pengukur kefahaman murid dan banyak lagi. Hanya guru saja yg faham sebab guru yang lebih terdedah kepada PBS ini.

Berita Semasa berpendapat keluhan guru adalah penting kerana mereka mendidik anak-anak kita. Mereka bukan mengeluh untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk anak didik dan ibu bapa supaya tidak membebankan mereka juga. Jika guru tidak dapat menumpukan perhatian pada anak murid disebabkan sistem yang kurang efektif, siapa yang harus dipertanggungjawabkan?


P/S : Apa respon kalangan guru-guru, kalangan ibubapa mengenai prestasi sistem PBS 2014 setakat ini?

GAMBAR ANAK ZAHID HAMIDI

PRK Dun Kajang: Anak Zahid hasrat bertanding lawan Anwar

Nurul Hidayah Zahid Hamidi

SHAH ALAM – Anak perempuan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah berhasrat bertanding


Nurul Hidayah Zahid Hamidi
dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang menentang Anwar Ibrahim .Bercakap kepada Sinar Harian, Nurul berkata, keputusan
terletak ditangan pucuk pimpinan siapa calon terbaik untuk kerusi itu.“Saya tidak boleh komen lebih-lebih, masih dalam perbincangan. Hasrat itu ada, saya percaya mereka yang rasa dirinya layak juga berhasrat perkara sama.



“Apa-apa pun terserah pada pucuk pimpinan parti,” katanya.
Tegas Nurul, beliau berharap tidak ada pihak cuba mengeruhkan keadaan dengan membesarkan lagi cerita ini.
“Saya hanya buka mulut pada rakan-rakan, saya minta pandangan mereka. Tidak tahu pula sampai kepada pengetahuan (media).
“Saya tidak mahu ada pihak terguris hati, jadi saya tidak berminat untuk komen lebih lanjut. Lainlah jika memang sudah diumum sayalah calon itu,” katanya.
Menurut Nurul, jika perkara itu dibesarkan pihaknya bimbangkan akan memberi implikasi kepada BN dan juga bapanya.
“Seperti mana orang tahu bapa saya berada dalam kepimpinan parti, jadi saya tidak mahu keruhkan hubungan dengan beliau, saya sangat hormati kedudukan beliau,” katanya.
Nurul yang merupakan anak jati Selangor itu memberitahu beliau sudah lama menetap di Kajang.

MSO DAKWA NASRUDDIN TANTAWI ADA BERSAMA umno


Nasarudin Hasan, “kokok berderai tetapi ekor bergelumang tahi” – MSO



Bekas ketua pemuda Pas, Nasarudin Hasan menegaskan Pas tidak akan menyokong Anwar jadi MB Selangor. Nada Nasarudin mirip dengan nada bekas timbalannya Nik Abduh.

Kata Nasarudin Pas akan hulur bantuan kepada PKR dalam pilihan raya Kajang. Perkataan hulur itu, seakan PKR menagih simpati dan Pas kuat sangat. 

Saya nak pesan kepada Pas khasnya Nasarudin jangan tekabul sangat. Peliharalah sikit kata dan tunjukkan minda politik sihat. Abdul Hadi sudah menyatakan pendirian Pas dalam hal sama, untuk apa diulang lagi kerana ia boleh memanaskan hati dan telinga rakyat lain. Beliau juga kena sedar, siapalah belliau dalam hirearki Pas. Beliau hanya ahli jawatankuasa saja. 

Kalau abang2 kita naib presiden pun tidak bersuara kenapa kita harus galak mahu menjadi si jaguh yang kokok berderai tetapi ekor bergelumang dengan tahi.

Dalam politik perlu ada rezeb kemarahan dan kebendian. Jangan luahkan sampai habis. Mana tahu selepas ini Pas memerlukan bantuan Anwar. Semua itu tidak boleh dijangka.

Dan tentunya orang terkilan beliau mencemuh Anwar dalam masa sama Anwar masih berakan dengan Pas. 


Saya ada sekeping gambar beliau sedang dalam majlis ‘orang-orang Umno’, apakah hendak saya pamirkan gambar ini? Sedikit sebanyak gambar ini menjadikan orang kenal dan tahu siapa Nasarudin Hassan ini. Kenapa nadanya sumbang bila bercakap soal PKR. Wassalam Mso. – FB Mohd Sayuti Omar



Perpecahan dalaman Umno lebih jelas dalam masa dua bulan

Perpecahan dalaman Umno lebih jelas dalam masa dua bulan

tamrin_ghafarKUALA LUMPUR 6 FEB: Perpecahan dalaman Umno akan bertambah kritikal dan lebih jelas dalam masa dua hingga tiga bulan lagi, kata Datuk Tamrin Abdul Ghafar.
Bekas ahli parlimen Batu Berendam itu berkata, ini kerana wakil rakyat BN tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Memang ada ahli Umno yang terkilan dengan kepimpinan Najib sekarang.

“Beberapa ahli parlimen Umno sendiri sudah mula merasakan BN mungkir janji dan manifesto. Minyak, tol dan barangan semuanya naik harga,” kata Tamrin kepada Keadilandaily.

Tamrin yang juga bekas Pengerusi Mara berkata, beliau tidak hairan sekiranya wakil rakyat mengeluarkan sindiran sinis kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mencadangkan Datin Seri Rosmah Mansor dilantik ke jawatan Perdana Menteri.

najib n rosmahMalah sebelum ini, beberapa tokoh wartawan antaranya bekas Ketua Pengarang NST. Kadir Jasin yang secara sinis mencadangkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dilantik ke jawatan perdana menteri kerana peranannya mengambil tugas menteri-menteri kabinet.
Kritikan Kadir yang dibaca mewakili suara kepentingan Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan bekas Perdana Menteri itu sudah tidak percaya dengan kepimpinan Najib.

Kata Tamrin, rata-rata ahli parlimen Umno kini malu berhadapan dengan penyokong mereka, apatah lagi orang biasa apabila ditanyakan tentang manifesto BN dan janji Najib sebelum pilihan aya umum ke-13.


“Ini akan menambahkan tekanan kepada mereka untuk berhadapan dengan masyarakat,” ujar Tamrin yang kni merupakan ahli Pas dan aktif berceramah diseluruh negara.


[Live-Tertunda]Kehebatan Umar Al-Khattab Dan Imam Nawawi - Us


LIVE NOW [Live]Majlis Mawlid Akbar - Ust Nizam dan Al-Mawlid


Pembalasan atau dejavu, Najib rasakan bahang serangan orang lama Umno


Dunia ibarat roda.

Sejurus selepas pilihan raya umum pada 2008, Datuk Seri Najib Razak dilihat sebagai calon perdana menteri menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi susulan daripada keputusan buruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya itu dan kempen menyingkirkan Abdullah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Akibat desakan berterusan itu, Abdullah akhirnya memberi laluan kepada Najib pada Mac 2009. Sehingga ke hari ini, penyokong Abdullah percaya gelombang penentangan terhadap mantan perdana menteri itu tidak seperti yang dicanangkan Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Namun Abdullah tidak berminat untuk bertahan dan melawan kerana bimbang perang dengan musuhnya itu akan mencederakan Umno.

Kebenaran tersingkap, beliau masih belum sembuh sejak hari-hari terakhirnya pada Mac menyaksikan BN hilang lima negeri dan tidak berjaya mempertahankan majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen.

Jadi beliau pun menyerahkan kedudukannya kepada Najib meskipun diberitahu orangnya bahawa ahli Parlimen Pekan inilah antara pihak yang cuba menjatuhkannya. Namun Abdullah dilihat seperti tidak mempercayai berita itu atau hanya mengambil pendekatan berbeza.

Terluka dan marah. Sebahagian penyokong Abdullah percaya Najib akan menerima pembalasan suatu hari nanti dan nampaknya hari itu sudah tiba.

Dunia ibarat roda. Ia mengambil masa selama lima tahun tetapi Najib kini memahami bagaimana rasanya berada dalam kepungan Dr Mahathir dan penyokongnya.

Beliau bimbang. Itu yang sepatutnya. Oleh kerana melihat ketabahan dan kemusnahan dilakukan Dr Mahathir; gaya mantan perdana menteri itu dilihat semakin membesarkan jurang kelemahan musuh dan kebolehannya sebagai seorang doktor melukis sekeping gambar mengerikan untuk parti dan negara jika sasarannya kekal dipacu.

Jentera Dr Mahathir mula bergerak dengan mantan perdana menteri itu bertemu kumpulan kecil dan mengulangi mantera kelemahan kepimpinan Najib serta hakikat BN akan kehilangan kuasa dalam pilihan raya akan datang jika orang nombor satu kerajaan itu terus berkuasa.

Selain itu, Dr Mahathir turut mengkritik kebergantungan Najib kepada penasihat, perunding dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) yang dikepalai bekas pengarah urusan Malaysia Airlines, Datuk Seri Idris Jala.

Biasa mendengarnya, bukan? Pada 2008, serangan itu pernah difokuskan kepada kebergantungan Abdullah kepada Tingkat Empat, sekumpulan penasihat mudanya.

Mereka yang berada di sekitar Najib sedar persamaan itu namun tidak berniat melancarkan perang saraf terbuka terhadap Dr Mahathir dan pengkritik lain.

Apa yang perdana menteri dan pasukannya lakukan adalah berjumpa dengan sebanyak mungkin mereka yang berkuasa dalam Umno dan kumpulan Melayu berpengaruh bagi menerangkan strategi ekonomi dan politiknya serta memberikan jawapan terus kepada kritikan yang dibuat oleh Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin dan pihak lain.

Melalui usaha mereka itu, kem Najib berharap cubaan penentangan terhadap mereka dalam Umno akan berakhir.

Perdana menteri dan pasukannya tahu pengkritik dalam Umno menjangkakan akan berlaku perubahan dalam kepimpinan parti itu seawal-awalnya pada April.

Tetapi untuk melawan cakap-cakap ini, mereka berhujah Najib menguasai Majlis Tertinggi Umno yang tidak seperti Abdullah, bersedia menggunakan semua jawatan disandangnya bagi terus berkuasa.

Satu-satunya masalah bergantung kepada pemimpin Umno adalah sokongan mereka tidak sekali boleh diubah. Cukup kerap, godaan peluang dan kuasa datang walaupun kepada penyokong yang paling "kuat".

Semasa kemuncak serangan terhadap Abdullah, beberapa ahli politik berpengaruh bersumpah untuk mempertahankan mantan perdana menteri itu. Tetapi dalam sesi sulit, mereka juga menyerang Abdullah.

Hari ini, salah seorang daripada individu tersebut memegang kedudukan yang kuat dalam Umno dan dilaporkan turut bersumpah memberikan taat setia kepada Najib.

Cabaran Najib adalah untuk memujuk, meyakinkan dan memperdaya broker kuasa dalam Umno bahawa beliau akan memenangi peperangan yang disasarkan kepada dirinya. Tetapi ia tidak semudah apa yang disangka. Ia lebih jauh daripada itu.

Di dalamnya wujud rasa tidak puas hati terhadap peningkatan kos sara hidup; yang dilihat salah percaturan tanpa akhirnya oleh menteri kerajaan dan tekanan terhadap mereka yang tinggal di Malaysia.

Memandangkan keseimbangan sudah pun berkocak, Najib dan pasukannya tidak akan mampu melancarkan perang habis-habisan terhadap pengkritik mereka, satu keadaan yang akan lebih mengeruhkan kedudukan negara.

Beliau perlu menunjukkan kepada parti bahawa dirinya adalah pemimpin terbaik dan kritikan yang datang pula berniat jahat, didorong kepentingan peribadi dan keluarga.


Penyokong Abdullah dalam Umno menyaksikan drama ini dengan pendekatan sama iaitu tidak ambil peduli dan berasa geli hati kerana dunia ibarat roda. - TMI




BN buntu cari calon tanding Anwar

BN buntu cari calon tanding Anwar


ALOR SETAR - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan BN tenggelam punca sehingga ada cadangan supaya meletakkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sebagai calon pada PRK Dun Kajang.

Berseloroh dengan cadangan itu, Anwar berkata, beliau akan angkat tangan dan menyerah kalah sekiranya perlu bertanding dengan Chong Wei.

“Saya tak mahu lawan dia (Chong Wei), kalau saya lawan dia...kalahlah saya. Tapi itu kalau lawan badminton. Badminton dia menanglah, pilihan raya lain.

“Badminton biar saya kalah, pilihan raya biar saya menanglah. Tapi saya tak fikir dia akan bertanding."

Beliau berkata demikian apabila menyentuh isu PRK Dun Kajang ketika menyampaikan ceramah di Kampung Alor Ibus, di sini, malam kelmarin.

Beliau yang mengakui turut mengagumi kehebatan jaguh badminton negara itu berkata, PRK bukan lagi melibatkan isu 'smash' di gelanggang badminton. Sebaliknya ia adalah soal pentadbiran dan pengurusan sebuah kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Anwar turut mengulangi pendirian bahawa keputusan yang diambil beliau untuk bertanding di kerusi Dun Kajang adalah demi kepentingan dan kemantapan Kerajaan Selangor.
Mengakui wujudnya masalah peringkat Kerajaan Selangor, menurut beliau, permasalahan yang ada itu perlu dipulihkan dari awal bermula sekarang.

“Kita mahu kuatkan lagi Selangor, Tan Sri Khalid (Menteri Besar Selangor) buat kerja bagus dan kita kena jadikan beliau sebagai model, tetapi dia diserang dengan kuat.

“Jadi saya berpendapat pimpinan pakatan mesti jadikan Selangor sebagai medan untuk berkhidmat kepada rakyat dan meningkatkan ekonomi rakyat,” tegasnya.

Tambah Anwar lagi, PR akan menggunakan perbelanjaan paling minimum sempena kempen pilihan raya kali ini.

Katanya, sebagai orang yang sudah dikenali rakyat beliau tidak memerlukan perbelanjaan besar untuk mencetak poster kempen dan sebagainya.

“Kita sudah putuskan perbelanjaan paling minimum. Poster saya pun tak diperlukan, melainkan poster calon sahaja. Tetapi kita akan beri penjelasan dan penerangan sepanjang berkempen,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul berpendapat MCA perlu meletakkan calon popular untuk mengatasi Anwar dan mencadangkan Chong Wei sebagai calonnya. - Sinar Harian



TERKINI : Adun Hutan Melintang nafi keluar parti

Adun Hutan Melintang nafi keluar parti

HUTAN MELINTANG -  Adun Hutan Melintang, S Kesavan hari ini menafikan dakwaan beliau keluar parti seperti mana yang dilaporkan dalam media sosial.

Sebelum ini, tersebar di media sosial surat peletakan jawatan Kesavan sebagai Adun dihantar ke Pejabat Speaker Dun Perak.

Pada sidang medianya sebentar tadi, Kesavan nyata terkejut dengan kewujudan surat yang hanya diketahui hari ini selepas menerima pelbagai panggilan mengenai perkara itu.

Menurutnya, surat yang dikemukakan kepada Pejabat Speaker Dun Perak jelas bukan dihantar olehnya berdasarkan tanda tangan pada surat itu.

"Kalau dilihat daripada surat palsu itu, kepala surat berbeza dengan alamat yang digunakan untuk urusan rasmi.

"Saya nafikan sekeras-kerasnya tindakan itu sebaliknya tiada niat langsung untuk keluar parti dan akan terus setia bersama sama PKR," katanya sebentar tadi. - Sinar Harian


Salahkah Anwar terus mengejar cita-cita jadi PM?

Kejutan yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan kemungkinan besar menjadi menteri besar Selangor selepas itu,

membuatkan orang ramai bercakap kembali mengenai cita-citanya mahu menjadi perdana menteri. Dalam PRU13 lalu, cita-cita Anwar itu tidak kesampaian berikutan jumlah kerusi yang dimenangi oleh PR hanyalah 89 berbanding BN sebanyak 133.

Meskipun kekurangan bilangan kerusi tetapi dengan penguasaan undi popular sebanyak 51%, lantas menyebabkan Anwar menangguhkan persaraannya. Beliau barangkali meyakini peluang sebenarnya ialah pada PRU14.

Meskipun tidak berjaya menggapai cita-cita ke Putrajaya, Anwar tetap penting dalam perjalanan politik negara. Beliau tidak tenggelam begitu sahaja. Berita mengenainya jarang tidak menarik perhatian ramai. Dengan berjawatan ketua pembangkang, beliau sering bercakap mengenai perpaduan, konsensus nasional, kritikannya terhadap Najib, teguran kepada kerajaan dan semuanya menjadi berita yang diperbualkan rakyat. Malah kejadian beliau dihalang memasuki Jepun juga menjadi bahan berita yang menarik dan ini membuktikan Anwar masih merupakan bahan berita menarik, di sebalik kegagalannya dalam PRU13 lalu.
Namun sejak berita mengenai kekosongan kerusi DUN Kajang dan diikuti dengan keputusan rasmi beliau bertanding di kerusi itu, Anwar kembali menjadi sorotan ramai. Beliau menjadi perhatian media dan berita mengenainya dikejar setiap saat oleh pencari berita, tidak kira yang memihak atau memperlekehnya. Beliau dilaporkan akan menjadi menteri besar Selangor dan akan menjadikan jawatan itu sebagai tangga untuk melangkah ke Putrajaya pula.

Dr Mahathir sendiri mengakui hakikat itu dengan menyatakan keupayaan mentadbir negeri dengan baik akan dijadikan tiket bagi membuktikan kemampuannya mentadbir negara pula. Tambah Dr Mahathir, jawatan menteri besar Selangor hanyalah tangga untuk Anwar mengejar cita-citanya yang sebenar iaitu menjadi perdana menteri.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin juga mengakui hakikat sama dengan membayangkan melalui jawatan menteri besar yang disandangnya, Anwar akan menjadi pencabar hebat untuk merampas kerusi perdana menteri yang kini disandang oleh Datuk Seri Najib Razak.
Pada masa sama, menyedari bahawa jawatan menteri besar mungkin memberi kelebihan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat dalam PRU14 nanti, usaha menghalangnya menduduki kerusi itu turut dibuat. Untuk BN menewaskan Anwar di Kajang, mungkin sesuatu yang mustahil berdasarkan mood dan kedudukan BN yang tidak popular ketika itu, lantas usaha menghasut mengenai kuasa Sultan Selangor pula dilakukan.

Ahli akademik, peguam, pemimpin NGO dan peguam pencen tiba-tiba ghairah membuat tafsiran mengenai kuasa Sultan Selangor dalam melantik menteri besar. Semua memberi hujah yang cenderung untuk menghalang Anwar daripada menjadi menteri besar dengan memberi bayangan sultan ada hak menolak Anwar dan memilih calon yang disukai oleh baginda.

Mereka yang memberi hujah dan pandangan ini bukan saja menampakkan warna yang jelas sebagai pro BN dan tidak mahu Anwar menjadi menteri besar dengan harapan sultan akan menerima bulat-bulat hujah dan tafsiran mereka tanpa menyedari bahawa sultan juga ada kebijaksanaan sendiri di samping baginda juga mempunyai penasihat yang cukup arif mengenai undang-undang serta perlembagaan negeri.

Terlihat ketakutan yang amat sangat di kalangan sesetengah pihak kiranya Anwar berjaya menduduki kerusi menteri besar Selangor akan memudahkan lagi laluannya menuju Putrajaya.

Menghalang Anwar daripada menjadi menteri besar sepatutnya dilakukan dengan usaha yang lebih keras bagi memastikan beliau tewas di Kajang dan bukannya dengan cuba menghasut sultan atau mengajar baginda mengenai tafsiran undang-undang dan perlembagaan negeri.

Soal sama ada percaturan Anwar kali ini akan memudah atau menyulitkan lagi matlamatnya ke Putrajaya biarlah masa dan takdir Tuhan yang menentukan. Tetapi Anwar memang seorang yang tidak mudah putus asa serta mempunyai daya juang tinggi. Beberapa bekas menteri turut melahirkan kekaguman terhadap daya juang Anwar dan berkata, jika mereka yang dihadapkan dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti itu, sudah lama mengambil jalan berundur dan mengalah saja.

Di sebalik pelbagai cabaran, dugaan serta masalah yang membelengunya, sumbangan beliau juga sebenarnya adalah besar. Anwar berjaya mewujudkan barisan pembangkang yang kuat melalui kesepakatan beberapa parti dan ini amat baik dalam sistem demokrasi. Kewujudan pembangkang yang kuat dan tidak berjaya dibentuk oleh mana-mana pemimpin sebelum ini menyumbang beberapa faedah yang bermanfaat kepada rakyat dan ini haruslah diakui sebagai sumbangan terbesarnya kepada rakyat dan negara.

Melalui kekuatan pembangkang ini, kerajaan menjadi lebih bertanggungjawab dan tidak boleh lagi bertindak sesuka hati mentadbir negara. Tindakan kerajaan mewujudkan BR1M serta pelbagai bentuk bantuan lainnya, menukar pinjaman tabung PTPTN menjadi biasiswa dan lain-lainnya tidak lain adalah bertujuan menunjukkan kerajaan lebih prihatin kepada rakyat bawahan dan menyaingi janji yang dilakukan oleh pembangkang.

Sekiranya kekuatan pembangkang ini berterusan dan politik kita menjadi sistem dua parti iaitu BN dan PR, nikmat yang diperolehi oleh rakyat tentu lebih berganda lagi. Sesiapa yang menjadi kerajaan akan berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat agar dalam pilihan raya yang seterusnya mereka terus diberikan sokongan.

Mana-mana kerajaan yang tidak baik, tidak amanah dan tidak menunaikan janji pula boleh ditukar oleh rakyat dengan memberi peluang kepada parti lain pula menjadi kerajaan. Inilah sistem yang menjadi amalan di beberapa negara maju sekarang ini.

Dalam konteks negara kita, walaupun pengejaran cita-cita Anwar menjadi perdana menteri tidak dinafikan mempunyai unsur untuk kepuasan peribadi dan matlamat yang dipendam sejak sekian lama tetapi memandangkan bersamanya turut berkembang suasana politik yang semakin matang, faedah untuk rakyat juga turut ada.

Ini kerana Anwar dan Pakatan Rakyat, dalam usaha menarik sokongan, menjanjikan pelbagai faedah serta pembaharuan untuk rakyat dan negara jika mereka diberi kuasa. Kiranya janji-janji itu diyakini dapat ditunaikan dan pembaharuan yang dijanjikan juga boleh menjadi kenyataan, tidak mustahil mereka mampu mengungguli kuasa.

Setelah kuasa diperolehi pula, sekiranya ia gagal ditunaikan, rakyat juga mempunyai pilihan untuk kembali menerima BN semula. Namun sekiranya mereka mampu menunaikan janji dan terbukti menggembirakan rakyat, sokongan akan terus diterima.


Sistem dua parti dan kerajaan yang boleh bertukar ganti harus diakui lebih baik daripada membiarkan sesebuah kerajaan memerintah selama 50 atau 100 tahun tanpa hentinya. Inilah yang seharusnya difahami di sebalik Anwar terus berusaha mengejar cita-citanya. – shahbudindotcom.blogspot.com, 4 Februari, 2014.


* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

REFORMASI MENANGKAN PAS DAN UMNO KINI TIDAK LAGI RELEVEN.....
















Faktanya 1. Anwar akan menang di Kajang 2. Umno boleh lupakan Selangor bila dia jadi MB

Faktanya 1. Anwar akan menang di Kajang 2. Umno boleh lupakan Selangor bila dia jadi MB

Oleh P Dinesh


Camelot!

Akhir tahun 2013 menyaksikan rakyat Malaysia dibelenggu kenaikan harga berganda dan pengurangan subsidi. Kerajaan BN dengan pentadbiran ekonomi yang tidak cekap, telah bertanggungjawab diatas kesempitan wang yang dirasai rakyat.

Mungkin untuk mengalihkan tumpuan daripada masalah ekonomi, ketegangan agama digunakan untuk menaikkan kemarahan umat Islam terhadap umat Kristian. Perlu diingati, ianya telah menjadi amalan politik kerajaan BN, bagi beberapa dekad, untuk menggunakan isu bangsa dan agama bagi memecah-belahkan rakyat, supaya mereka terus kekal berkuasa.

Doktrin 'pecah dan perintah' telah berulang kali digunakan BN apabila tiba masa pilihanraya. Akan tetapi, formula ini akan gagal apabila Malaysia mencapai tahap pemikiran maju dan lebih ramai yang mempunyai akses kepada maklumat.

Pada ketika negara dalam keadaan suram inilah, Anwar Ibrahim telah membuat pengumuman bahawa beliau akan menawarkan diri untuk bertanding kerusi Kajang di negeri Selangor.

Selangor telah dibelenggu oleh ketegangan diantara MB Khalid Ibrahim dan Azmin Ali. PKR memiliki 14 kerusi sementara DAP dan PAS memiliki 15 masing-masing. Khalid telah mengeksploitasi jumlah ini untuk memastikan Azmin tidak boleh menggantikannya, sambil membuat percaturan antara PAS dan DAP menentang PKR.

Ia merupakan suatu siri peristiwa yang tidak sihat. Masalahnya seperti tiada penyelesaian, seakan simpulan Gordian. Dengan pengumuman beliau, Anwar telah membentangkan kepada kita jalan penyelesaian Alexandria yang unggul.


Prestasi hambar Khalid dan para pembantunya yang sering bertelagah

Namun, hanya seorang penganalisis berfikiran cetek sahaja akan menyimpulkan bahawa pilihan raya kecil Kajang hanyalah cara PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.
Hakikatnya, prestasi Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar begitu hambar.

Harapan rakyat, apabila dengan tidak disangka-sangka mereka mendapati diri mereka diterajui kerajaan Pakatan pada suatu pagi di tahun 2008 adalah mereka akan tinggal di dalam Camelot (tempat yang indah). Atau, tidak lama lagi Pakatan Selangor bakal menjadikan Selangor sebagai sebuah Lembah Silikon.

Tiada yang seperti itu telah berlaku. Lima tahun kemudian, Selangor hanya menunjukkan sedikit perbezaan daripada masa ia dibawah kerajaan BN. Majlis-majlis bandar kekal acuh tak acuh dan bersikap tidak peduli. Restoran-restoran di PJ masih kotor, dengan memberi sabun pinggan mangkuk yang dicairkan untuk pelanggan mencuci tangan mereka. Pembangunan baru teramatlah sedikit.

Wang yang banyak bermakna PELUANG yang disia-siakan

Selangor mempunyai banyak wang dalam bank kerana Khalid Ibrahim merupakan seorang yang sangat berjimat. Ini adalah satu kepandaian yang amat berguna jika dia merupakan seorang suri rumah tangga di bandar yang berhadapan dengan kenaikan harga yang tidak berkesudahan.

Selain itu, dia dikatakan sebagai seorang yang tidak mudah dirasuah kerana telahpun memiliki banyak wangnya sendiri sebagai seorang ahli perniagaan! Walaupun ini sesuatu yang baik, jika ia merupakan satu-satunya ukuran penilaian bagi seorang MB, maka kita boleh sahaja menggantikannya dengan lelaki India penjual rokok, mahupun setandan pisang.

Selangor mempunyai 2 Billion atau lebih dalam bank, ini bukanlah tandanya simpanan, tetapi peluang yang sia-sia. Pelaburan akan dapat meningkatkan pendapatan bagi negeri ini dan memberikan lebih pendapatan boleh guna ke dalam dalam poket rakyat.

Tidak mampu menyelesaikan perbalahan bukan sahaja dalam PKR tetapi Pakatan Selangor

Untuk berlaku adil kepada Khalid, dia memang terbaik dalam pengurusan ladang-ladang, namun itu kemahiran yang kurang diperlukan bagi dunia global dimana teknologi dan perkhidmatan mewah merupakan pendorong utama bagi pertumbuhan. Pakatan terus memuji Khalid sebagai pengurus yang baik, hanya atas sebab-sebab politik.

Khalid juga telah gagal menguruskan pihak-pihak yang berkepentingan dalam Pakatan, oleh itu kita sering menyaksikan pertengkaran antara mereka yang tidak berkesudahan. Selanjutnya, Selangor di bawah Khalid telah menunjukkan prestasi yang tidak seberapa dalam pilihan raya 2013. Di bawah kepimpinan beliau, PKR hanya mampu mengekalkan 14 kerusi berbanding 15 yang dimenangi gabungan rakan-rakannya PAS dan DAP.

Mengambil iktibar dari Kedah- ini adalah faktor bagi PKR untuk membuat keputusan menggantikan Khalid. Rakyat tidak akan teragak-agak untuk menghukum mereka yang berprestasi hambar. Dalam kes Kedah , PAS gagal untuk bertindak dalam menyelesaikan pertikaian dalaman PAS Kedah. Pembangunan terhenti kerana rakan-rakan Pakatan yang lain juga buntu untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Namun Pakatan begitu percaya dan mengandaikan rakyat Kedah akan terus mengundi mereka. Andaian seperti itu terbukti salah apabila Pakatan kalah teruk dalam pilihan raya 2013 di Kedah.
Oleh itu, PKR mula bertindak untuk menamatkan masalah di Selangor. Kita tidak boleh menerima 4 tahun lagi pemerintahan yang kurang memberangsangkan termasuk perbalahan yang tidak berkesudahan di Selangor.

Anwar dalam kelasnya tersendiri

Penduduk Kajang boleh mengharapkan untuk dipimpin oleh Anwar Ibrahim, Siapakah yang akan membantah jika beliau menjadi Menteri Besar baru mereka.

Dengan kombinasi pengurusan yang lemah dari segi ekonomi oleh BN, Anwar boleh mengharapkan majoriti yang amat baik dalam pilihan raya yang akan datang.

Dan kita semua boleh mengharapkan Anwar untuk memainkan peranan sebagai ketua eksekutif. Bagi Umno, ini adalah senario mimpi ngeri mereka. Untuk mendapatkan Selangor semula akan menjadi sebuah impian tidak akan menjadi kenyataan sama sekali.

Sementara itu, ada yang menyatakan bahawa Anwar tidak perlu menyandang jawatan Menteri Besar kerana beliau sepatutnya mengambil alih jawatan Perdana Menteri yang baru selepas pilihan raya yang akan datang. Jadi, mengapa kita perlu mensia-siakan bakat lelaki ini selama empat tahun? Jerry Brown telah menjadi Gabenor California kemudian Datuk Bandar Oakland, dia kini menjadi Gabenor California sekali lagi pada usia 75 tahun. Oakland mempunyai seramai 400,00 penduduk dan California pula 40 Juta penduduk. Dan dia berjaya mengelak defisit bajet California, dimana si Terminator, Arnold Schwarzenegger telah gagal! Prinsip utama, jelas, iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan semata-mata mementingkan status peribadi seseorang.

Pakatan dan Anwar telah mengambil langkah yang betul dalam membuat keputusan ini. Mereka menunjukkan bahawa mereka boleh berfikir di luar kotak. Ia bukanlah sesuatu yang mudah namun perlu dibuat walaupun amat berat.

Walau bagaimanapun, ia amat menghairankan kenapa mereka tidak memikirkan hal ini dahulu! Dalam dunia bisnes, ini dinamakan game- changer. Pakatan mengambil inisiatif, BN menjadi terkejut dan tidak berdaya!

Dan di Selangor, Anwar Ibrahim akan memimpin kami ke arah kejayaan, akhirnya, Camelot ! -

Malaysia Chronicle  [Translation by Huzainah A Rani]