NAK SAMAN PUN DAH BANYAK KALI DAH. SEBABNYA MANUSIA JIKA TAK TAKUT TUHAN.

 


Kenapa Anwar Ibrahim tak saman Papagomo ?







Faktanya , sudah banyak kes saman fitnah yg dimenangi Anwar Ibrahim ketika beliau ketua pembangkang lagi. 


Anwar Ibrahim pernah menyaman dan menang banyak kes fitnah sejak 1998, antaranya:


1. Utusan Malaysia (RM200,000)

2. TV3 dan NSTP (RM1.1 juta)

3. Nalla Karupan (RM60 juta)

4. Khairy Jamaluddin (RM150,000)

5. Papagomo sendiri pernah kalah saman pada tahun 2014. Mahkamah perintahkan dia bayar RM850,000 kepada Anwar atas fitnah liwat.


Papagomo adalah individu yg sudah muflis.

Dia sendiri mengaku. Jadi kalau saman, takde nilai pulangan, tiada aset nak disita dan hanya membuang masa dan tenaga.


Apa gunanya saman biawak yg takde duit dan takde integriti? 


Dia hanya jadikan saman itu sebagai pentas publisiti murahan untuk dapat simpati, sokongan dan naikkan engagement politik kotor semata². 


Kena faham, Anwar Ibrahim hari ini bukan lagi mangsa politik , beliau adalah Perdana Menteri Malaysia ke-10. 


Jadinya , menyaman setiap fitnah dari pencacai dan tukang sorak murahan ini hanya akan membuatkan beliau kelihatan defensif dan membazir masa.


Beliau memilih untuk membiarkan rakyat dan sejarah menjadi hakim , dan ini strategi paling ampuh.


Yang berani fitnah Anwar Ibrahim ni bukan sebab mereka benar, tapi sebab mereka tahu Anwar Ibrahim takkan turun taraf untuk lawan biawak.


Dan mereka pun tahu fitnah yg dimainkan harini bukan untuk dibuktikan tapi hanya untuk dijadikan modal politik murahan. 


Tapi malangnya, rakyat harini dah tak mudah diperbodoh seperti 1998.


Papagomo sila bayar dulu 850ribu tu kasi habis dulu, baru sembang bab saman.




Anwar Ibrahim , The Head of The Table




Alif Jamil



Dalam dunia diplomasi, tak semua orang yg duduk dimeja rundingan itu sebenarnya memiliki kuasa.

Tapi akan ada satu watak, bila dia hadir maka meja itu miliknya.


Jika diperhatikan gambar dibawah , 

Bahasa badan Anwar Ibrahim menunjukkan beliau adalah The Head of The Table. 


Bukan sebab protokol. Bukan sebab giliran.

Tapi kerana semua mata akhirnya tertumpu kepadanya. 


Dan semua keputusan akan menanti tindak balas daripadanya.


Sebelah kiri, delegasi Myanmar.

Sebelah kanan, penasihat Thailand.


Anwar Ibrahim berada ditengah tanpa pengiring mewah, tanpa aksesori kekuasaan.

Tapi beliau mengawal tempo seluruh bilik.


Postur duduknya bersandar santai, kaki disilang bukan gaya seorang peminta perhatian, tapi gaya seorang yang mempunyai keputusan dan tindakan. 


Dulu , Malaysia pernah jadi penumpang dalam geopolitik ASEAN.


Bertahun lamanha kita hanya sebagai menyokong resolusi yg ditulis oleh orang lain.


Bertahun juga kita hanya mengangguk bila kuasa besar bercakap.


Tapi era itu sedang mula berlalu.


Dibawah PMX, Malaysia kembali menjadi suara Harimau. 


Dalam isu Myanmar, 

Beliau tidak terikat dengan skrip klise “ASEAN Way”.

Beliau bertemu langsung dengan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar.

Beliau cabar konsensus bisu yg kononnya menjaga kestabilan padahal melindungi kezaliman.


Dan peliknya, dunia tidak marah dan menentang. 

Malah, dunia mendengar buah fikirannya. 


“The Head of The Table” bukan gelaran tapi ianya adalah kedudukan yg punyai tanggungjawab besar disebalik pengaruh. 


Dan PMX bukan menjual Malaysia sebagai pengikut tetapi sebagai jambatan yg kukuh. 


Jambatan antara kemanusiaan dan kedaulatan.

Antara keberanian dan kebijaksanaan.

Antara masa lalu yg gelap dan masa depan yg belum ditulis.


Dimeja yg penuh dgn suara dan agenda, ada satu suara yg tenang untuk menguasai semuanya.


PMX bukan sekadar Perdana Menteri.

Tetapi beliau arkitek naratif baharu Asia Tenggara.


Dan selagi beliau duduk di meja itu,

Malaysia tidak akan lagi menjadi pengekor sejarah.. 


Sebaliknya kita yg bakal menulisnya.




Keprihatinan Hanayo dan masa depan Azizulhasni Awang



Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengumumkan peruntukan geran individu berjumlah RM200,000 kepada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang untuk bergerak secara profesional bagi tahun 2025-2026


Hannah berkata geran tersebut bertujuan memberi sokongan kepada pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris itu merangkumi pengurusan jurulatih, latihan dan kejohanan serta peralatan pertandingan termasuk perubatan dan sains sukan.


Terbaek Hanayo dan all the best Azizul!



Malaysia dijangka mampu tangani impak tarif Trump lebih baik berbanding negara serantau

 




Malaysia diyakini mampu menangani impak impak tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) dengan lebih baik berbanding negara serantau, menurut Moody’s Analytics.



Pengarah dan Ketua Ekonomi Asia Pasifik Moody’s Analytics, Katrina Ell, berkata berdasarkan jangkaan pihaknya, pendedahan eksport Malaysia ke AS adalah sekitar kira-kira 10 peratus, lebih kecil jika dibandingkan dengan negara serantau lain.


Katanya, negara seperti Vietnam, Kemboja dan Jepun mempunyai pendedahan eksport ke AS yang lebih besar iaitu sekitar antara 20 peratus hingga 40 peratus.


Justeru, katanya, dengan pendedahan eksport yang lebih rendah meletakkan Malaysia pada kedudukan yang lebih baik berbanding negara serantau lain.


“Perkara baik lain yang kita tahu ialah AS tidak boleh mengeluarkan semua barangan teknologi yang Malaysia memainkan peranan yang begitu penting. Itulah sebabnya pada dasarnya AS mengambil tindakan menangguhkan atau pengecualian tarif ke atas barang tertentu.


“Mereka (AS) tidak boleh melakukannya dan pengguna AS tidak mahu berbelanja lebih banyak untuk barangan teknologi.



“Justeru, ia lebih melindungi industri teknologi penting Malaysia yang adalah perkara positif,” katanya pada Sidang Meja Bulat Bursa Malaysia-ECKL-CIMB di Kuala Lumpur, baru-baru ini menurut Berita Harian.





PM Anwar Gesa Semua Agensi Percepat Projek Pembangunan Demi Rakyat

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melambaikan tangan kepada rakyat Sarawak pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Sarawak di Stadium Perpaduan, Petra Jaya pada 19 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUCHING, 20 Apr – Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua agensi terlibat termasuk Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pendidikan (KPM) supaya mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan di Sarawak.

Menurut Perdana Menteri, antara keperluan mendesak ketika ini adalah pembangunan semula sekolah lama dan pembinaan sekolah baharu di beberapa kawasan luar bandar.

“Sebab itu, saya katakan ada keperluan untuk kita (Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri) meningkatkan usaha untuk menjaga kepentingan bersama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Sarawak di Stadium Perpaduan, Petra Jaya pada 19 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Malah ada juga cadangan yang meminta saya mengumumkan pembangunan sekolah baharu, sama ada menengah sekolah atau sekolah kebangsaan di merata Sarawak. Antaranya di Sarikei, Mukah, Daro, Sri Aman dan Saratok, sama ada pembangunan semula sekolah atau membina sekolah baharu.

“Justeru, saya minta semua projek ini jangan dilengahkan. Ia mesti dilaksanakan secepat mungkin kerana rakyat mahu projek ini disegerakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Sarawak di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini, pada Sabtu.

Selain itu, Anwar turut menekankan keperluan untuk mempercepatkan pembinaan Hospital Kanser Sarawak di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Sarawak di Stadium Perpaduan, Petra Jaya pada 19 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menurutnya, perbincangan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak berhubung perkara itu berjalan lancar dengan Sarawak mendahulukan dana sendiri untuk membina kemudahan tersebut.

“Projek itu memerlukan peruntukan RM1 bilion dan keputusannya Sarawak mendahulukan dengan dana sendiri dan Kerajaan Persekutuan akan membayar kemudian.

“Sebab itu saya tekankan supaya pembinaan dipercepatkan. Apabila Timbalan Premier yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mencadangkan tambahan, saya katakan – bukan sekarang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Sarawak di Stadium Perpaduan, Petra Jaya pada 19 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kita perlu siapkan dahulu hospital ini, pastikan pembinaannya berjalan lancar dan cepat,” katanya.

Tambahnya, Sarawak mesti ada Hospital Kanser sendiri yang berfungsi sepenuhnya.

“Pusat ini akan menjadi yang utama di seluruh negara, dan ia merupakan satu sumbangan penting daripada Kerajaan Persekutuan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Sarawak di Stadium Perpaduan, Petra Jaya pada 19 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Jadi, kalau orang tanya mana Hospital Kanser terbaik di Malaysia, Insya-Allah dalam beberapa tahun akan datang, kita boleh berbangga dan katakan, ia (ada) di Kuching,” katanya.



Bertindak Tegas Terhadap Pihak Persenda Jalur Gemilang 59 minutes ago Paparan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang mengundang kemarahan warganet di sebuah ekspo di Tingkat 3, Mid Valley Megamall di Kuala Lumpur pada 17 April 2025. PENDAPAT, 21 Apr – Dua insiden berkenaan isu paparan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit ketika liputan Lawatan Negara Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia baru-baru ini menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat, apa sudah jadi dengan nilai patriotisme dalam kalangan segelintir penggerak media terutama media berbahasa Cina. Kesilapan sedemikian bukan sahaja dianggap sebagai kecuaian teknikal, malah boleh mencetuskan sensitiviti kerana ia melibatkan simbol rasmi negara yang seharusnya dihormati dan dipaparkan dengan tepat. Terbaharu, insiden melibatkan sebuah reruai (booth) di TCE Baby Expo yang berlangsung di Dewan Ekspo sebuah pusat membeli-belah di ibu negara pada Khamis turut melibatkan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit mendorong laporan polis dibuat bagi menggesa pihak berkuasa bertindak tegas. Insiden ini sepatutnya boleh dielakkan sekiranya organisasi media lebih teliti dalam menghasilkan kandungan termasuk ilustrasi atau grafik supaya ia tidak mempersendakan lambang perpaduan dan imej negara. Imej ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan Kwong Wah Daily dan Sin Chiew Daily yang mencetuskan perasaan kurang senang pelbagai pihak termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 16 April 2025. Foto KDN Ingatlah, Jalur Gemilang bukan sekadar bendera, ia melambangkan kedaulatan, perpaduan serta identiti negara sama ada secara zahir atau pun dalam diri kita sendiri termasuk teguran Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang murka dengan insiden berkenaan. Ketiadaan elemen penting seperti bulan sabit yang melambangkan Islam sebagai agama Persekutuan memberi gambaran seolah-olah aspek penting Perlembagaan Persekutuan diabaikan kerana ada dua akta berkait iaitu Seksyen 3(1)(a) Akta 414, yang melarang penggunaan atau paparan lambang yang ditetapkan tanpa kebenaran bertulis daripada Menteri dan Seksyen 3 Akta 193 yang mengawal paparan lambang kebangsaan. Dalam situasi yang melibatkan kunjungan rasmi pemimpin negara luar seperti Presiden China, ketelitian dalam penyediaan bahan media menjadi lebih penting dan lebih teliti, bukannya dilakukan secara sambil lewa atau sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’. Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengkritik penerbitan itu dengan bertitah bahawa pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka serta menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran. Sebarang kesilapan bukan sahaja mencalarkan imej negara di persada antarabangsa malah boleh menjadi bahan ketawa pihak luar kononnya kerajaan tidak bertindak tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab. Justeru, langkah Kementerian Komunikasi mengadakan sesi taklimat khas kepada organisasi media dan unit komunikasi korporat bagi memperjelas tatacara yang betul dalam penggunaan Jalur Gemilang amat tepat pada masanya. Organisasi media perlu memastikan prosedur semakan dua kali atau lebih dilakukan sebelum sesuatu grafik atau visual disiarkan terutama dalam acara berprofil tinggi seperti lawatan negara Presiden China. Penglibatan editor, penyelaras kandungan dan penyelaras penerbitan sama ada bahan bercetak atau di platform media sosial dalam setiap proses penghasilan bahan visual perlu dijadikan amalan standard. Ketelitian dalam perkara sekecil ini mencerminkan tahap profesionalisme dan tanggungjawab media dalam menjaga maruah serta sensitiviti rakyat dalam negara.


Paparan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang mengundang kemarahan warganet di sebuah ekspo di Tingkat 3, Mid Valley Megamall di Kuala Lumpur pada 17 April 2025.

PENDAPAT, 21 Apr – Dua insiden berkenaan isu paparan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit ketika liputan Lawatan Negara Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia baru-baru ini menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat, apa sudah jadi dengan nilai patriotisme dalam kalangan segelintir penggerak media terutama media berbahasa Cina.

Kesilapan sedemikian bukan sahaja dianggap sebagai kecuaian teknikal, malah boleh mencetuskan sensitiviti kerana ia melibatkan simbol rasmi negara yang seharusnya dihormati dan dipaparkan dengan tepat.

Terbaharu, insiden melibatkan sebuah reruai (booth) di TCE Baby Expo yang berlangsung di Dewan Ekspo sebuah pusat membeli-belah di ibu negara pada Khamis turut melibatkan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit mendorong laporan polis dibuat bagi menggesa pihak berkuasa bertindak tegas.

Insiden ini sepatutnya boleh dielakkan sekiranya organisasi media lebih teliti dalam menghasilkan kandungan termasuk ilustrasi atau grafik supaya ia tidak mempersendakan lambang perpaduan dan imej negara.

Imej ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan Kwong Wah Daily dan Sin Chiew Daily yang mencetuskan perasaan kurang senang pelbagai pihak termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 16 April 2025. Foto KDN

Ingatlah, Jalur Gemilang bukan sekadar bendera, ia melambangkan kedaulatan, perpaduan serta identiti negara sama ada secara zahir atau pun dalam diri kita sendiri termasuk teguran Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang murka dengan insiden berkenaan.

Ketiadaan elemen penting seperti bulan sabit yang melambangkan Islam sebagai agama Persekutuan memberi gambaran seolah-olah aspek penting Perlembagaan Persekutuan diabaikan kerana ada dua akta berkait iaitu Seksyen 3(1)(a) Akta 414, yang melarang penggunaan atau paparan lambang yang ditetapkan tanpa kebenaran bertulis daripada Menteri dan Seksyen 3 Akta 193 yang mengawal paparan lambang kebangsaan.

Dalam situasi yang melibatkan kunjungan rasmi pemimpin negara luar seperti Presiden China, ketelitian dalam penyediaan bahan media menjadi lebih penting dan lebih teliti, bukannya dilakukan secara sambil lewa atau sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengkritik penerbitan itu dengan bertitah bahawa pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka serta menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.

Sebarang kesilapan bukan sahaja mencalarkan imej negara di persada antarabangsa malah boleh menjadi bahan ketawa pihak luar kononnya kerajaan tidak bertindak tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Justeru, langkah Kementerian Komunikasi mengadakan sesi taklimat khas kepada organisasi media dan unit komunikasi korporat bagi memperjelas tatacara yang betul dalam penggunaan Jalur Gemilang amat tepat pada masanya.

Organisasi media perlu memastikan prosedur semakan dua kali atau lebih dilakukan sebelum sesuatu grafik atau visual disiarkan terutama dalam acara berprofil tinggi seperti lawatan negara Presiden China.

Penglibatan editor, penyelaras kandungan dan penyelaras penerbitan sama ada bahan bercetak atau di platform media sosial dalam setiap proses penghasilan bahan visual perlu dijadikan amalan standard.

Ketelitian dalam perkara sekecil ini mencerminkan tahap profesionalisme dan tanggungjawab media dalam menjaga maruah serta sensitiviti rakyat dalam negara.

Paparan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang mengundang kemarahan warganet di sebuah ekspo di Tingkat 3, Mid Valley Megamall di Kuala Lumpur pada 17 April 2025.

PENDAPAT, 21 Apr – Dua insiden berkenaan isu paparan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit ketika liputan Lawatan Negara Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia baru-baru ini menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat, apa sudah jadi dengan nilai patriotisme dalam kalangan segelintir penggerak media terutama media berbahasa Cina.

Kesilapan sedemikian bukan sahaja dianggap sebagai kecuaian teknikal, malah boleh mencetuskan sensitiviti kerana ia melibatkan simbol rasmi negara yang seharusnya dihormati dan dipaparkan dengan tepat.

Terbaharu, insiden melibatkan sebuah reruai (booth) di TCE Baby Expo yang berlangsung di Dewan Ekspo sebuah pusat membeli-belah di ibu negara pada Khamis turut melibatkan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit mendorong laporan polis dibuat bagi menggesa pihak berkuasa bertindak tegas.

Insiden ini sepatutnya boleh dielakkan sekiranya organisasi media lebih teliti dalam menghasilkan kandungan termasuk ilustrasi atau grafik supaya ia tidak mempersendakan lambang perpaduan dan imej negara.

Imej ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan Kwong Wah Daily dan Sin Chiew Daily yang mencetuskan perasaan kurang senang pelbagai pihak termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 16 April 2025. Foto KDN

Ingatlah, Jalur Gemilang bukan sekadar bendera, ia melambangkan kedaulatan, perpaduan serta identiti negara sama ada secara zahir atau pun dalam diri kita sendiri termasuk teguran Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang murka dengan insiden berkenaan.

Ketiadaan elemen penting seperti bulan sabit yang melambangkan Islam sebagai agama Persekutuan memberi gambaran seolah-olah aspek penting Perlembagaan Persekutuan diabaikan kerana ada dua akta berkait iaitu Seksyen 3(1)(a) Akta 414, yang melarang penggunaan atau paparan lambang yang ditetapkan tanpa kebenaran bertulis daripada Menteri dan Seksyen 3 Akta 193 yang mengawal paparan lambang kebangsaan.

Dalam situasi yang melibatkan kunjungan rasmi pemimpin negara luar seperti Presiden China, ketelitian dalam penyediaan bahan media menjadi lebih penting dan lebih teliti, bukannya dilakukan secara sambil lewa atau sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengkritik penerbitan itu dengan bertitah bahawa pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka serta menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.

Sebarang kesilapan bukan sahaja mencalarkan imej negara di persada antarabangsa malah boleh menjadi bahan ketawa pihak luar kononnya kerajaan tidak bertindak tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Justeru, langkah Kementerian Komunikasi mengadakan sesi taklimat khas kepada organisasi media dan unit komunikasi korporat bagi memperjelas tatacara yang betul dalam penggunaan Jalur Gemilang amat tepat pada masanya.

Organisasi media perlu memastikan prosedur semakan dua kali atau lebih dilakukan sebelum sesuatu grafik atau visual disiarkan terutama dalam acara berprofil tinggi seperti lawatan negara Presiden China.

Penglibatan editor, penyelaras kandungan dan penyelaras penerbitan sama ada bahan bercetak atau di platform media sosial dalam setiap proses penghasilan bahan visual perlu dijadikan amalan standard.

Ketelitian dalam perkara sekecil ini mencerminkan tahap profesionalisme dan tanggungjawab media dalam menjaga maruah serta sensitiviti rakyat dalam negara.




Bekas ahli Pas tak setuju ‘dalil’ menangkan politik lebih penting dari tunai haji



 

Seorang bekas ahli Pas tidak bersetuju dengan kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai keutamaan mengundi pada pilihan raya berbanding menunaikan haji dan umrah.



Menurut Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, menunaikan ibadah haji adalah Fardhu Ain bagi setiap umat Islam, manakala mengundi parti politik ketika pilihan raya adalah fardhu kifayah.

Maka kata beliau, apabila bertembung antara kewajipan Haji yang Fardhu Ain dengan kewajipan mengundi yang Fardhu Kifayah, umat Islam perlu mengutamakan ibadah Haji yang wajib.


“Penglibatan setiap individu dalam pilihan raya di Malaysia adalah Fardhu Kifayah bukannya Fardhu Ain.



“Melainkan jika satu ketika nanti hukum mengundi menjadi Fardhu Ain dengan maksud setiap orang wajib mengundi dan sesiapa yang tidak mengundi hukumnya adalah berdosa.



“Suasana itu memerlukan Fatwa oleh pihak berkuasa agama yang berautoriti sebagaimana Fatwa Jihad menjadi Fardhu Ain pada ketikanya hendaklah difatwakan oleh pihak berautoriti agama,” katanya.


Susulan itu beliau mencadangkan agar ‘fatwa’ Presiden Pas pada situasi masa ini mesti dibawa ke Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk dinilai kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan hukum Islam dalam masyarakat semasa.

Terdahulu, Abdul Hadi dalam ceramah kempen Perikatan Nasional (PN) seolah memberi gambaran supaya masyarakat Islam di negara ini mengutamakan kemenangan politik dan menangguhkan hasrat menunaikan umrah dan haji.

Abdul Hadi mendakwa, kemenangan politik tidak boleh ditangguhkan dan Islam perlu berkuasa, seiring firman Allah yang mahu dunia diperintah menerusi ajaran Islam.



Beliau mengakui umat Islam ketika ini tidak mengamalkan pendekatan berkenaan, sebaliknya lebih memilih menunaikan umrah dan haji berbanding mendapatkan kemenangan politik.





HRC LIVE!! - KEPIMPINAN RAFIZI DITOLAK? | DALIL SONGSANG HADI AWANG

GEMPAR!! - PAS TINGGALKAN BERSATU - BAKAL KEMBALI KEPADA UMNO | Takut ka...


Dikhianati! - Enam MP PN begitu mudah lesap. Menukar sokongan kepada Kerajaan Perpaduan. PAS parti politik lama dan berpengalaman luas, mereka bijak membaca dan mencatur gerak politik mereka sendiri. Sebab itu apabila berdepan beberapa isu berbangkit dalam PN, mereka kembali membuka pintu kepada Umno. Isu-isu berbangkit tersebut bukan sekadar tentang hubungan dengan Bersatu seperti yang saya sentuh dalam catatan lepas, tetapi juga tentang peluang mereka dalam PRU16 nanti.






PAS CUBA MEMPERBODOHKAN RAKYAT! KONFLIK BESAR PAS & BERSATU DI PERAK APA...


Bukan main gah lagi malam tadi dan gempar seluruh Malaya apabila Pas mengumumkan bekas Ketua Wanita Umno Perak dan Exco Wanita Umno Malaysia Datuk Dr Wan Noarshikin Wan Nordin menyertai parti itu. Borang permohonan menyertai Pas pula diserahkan kepada Presiden Pas sendiri, Tan Sri Abdul Hadi Awang. Padahal, Datuk Wan Nur Asyikin Wan Nordin sebenarnya adalah isteri kedua kepada calon Pas DUN Air Kuning dalam pilihan raya 2012 lalu. Wan Nur Asyikin berkahwin dengan Ustaz Mohamad Noor Farid Zainal, Setiausaha Pas Tapah, pada 21 April 2024 dan hari ini Pas mengumumkan penyertaan Nur Asyikin ke dalam Pas. Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria sendiri mengumumkan perkahwinan kedua-dua mereka (gambar atas) pada 21 April 2024 tahun lepas melalui posting dalam facebook Pusat Khidmat ADUN Gunung Semanggol. Selepas hampir setahun, malam tadi Nur Asyikin diumumkan memohon menyertai Pas. Ia berlaku ketika kempen pilihan raya kecil Air Kuning sedang rancak berjalan. (Naib Presiden Pas mengumumkan bekas Exco Wanita Umno Malaysia sertai Pas….) Yang menarik adalah tulisan dan komen para penyokong Pas tentang kemasukan Nur Asyikin ini. Lihat apa yang ditulis Ustaz Mohd Shafizi Ismail menerusi facebook beliau. “MANTAN KETUA WANITA UMNO PERAK KINI MENJADI AHLI PAS. “Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar!! “Benarlah bahawa hati-hati kita dipegang oleh Allah SWT. Ini tindakan yang sungguh-sungguh berani dan menjadi sejarah di Ayer Kuning! “Telah berlangsung sebentar tadi, penyerahan borang Ahli PAS daripada Mantan Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin kepada Presiden PAS, YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di dalam Ceramah Mega di Tg Keramat malam ini. “Lihatlah para pengundi Ayer Kuning, Datuk Dr. Wan Norahikin telah berani membuat perubahan! Perikatan Nasional Pilihan terbaik buat semua.


BERI LAH TAWARAN KE MAKKAH PADA ORANG LAIN, JIKA ADA LEBAI WALAUN TAK MAHU PERGI


 Penyokong Pas boleh dah tolak tawaran haji, beri ruang kepada bakal jemaah lain

Penyokong Pas sudah boleh menolak tawaran haji susulan ‘fatwa’ Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyeru umat Islam agar mengutamakan kemenangan politik.

Sindiran itu antara reaksi orang ramai yang membanjiri media sosial menjelang berbaki enam hari lagi berlangsungnya pembuangan undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Tidak kurang juga yang mendesak pihak berwajib supaya segera mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkenaan.

Abdul Hadi Awang

Ramai bimbang kenyataan demi kenyataan Abdul Hadi dilihat semakin menyimpang daripada nilai dan tuntutan Islam yang sebenar apabila agama ditunggang semahu-mahunya demi kepentingan politik Pas.



“Penyokong-penyokong Pas yang dah terima tawaran haji bolehlah batalkan urusan haji dan bagi tempat kepada bakal jemaah haji lain. Ramai lagi yang sudi ganti,” kata Ahmad Najmee.



“Selagi tiada tindakan daripada pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membanterasnya selagi itulah orang Melayu jadi sesat kerana politik puak lebai yang tamak kuasa dan tunggang Islam demi tembolok dan perut sendiri,” tegas Kapitan Ayai.


“Nabi Muhammad SAW dahulu menentang kafir Quraisy di Mekah. Dia nak samakan semua yang tak menyokong Pas di Malaysia ni kafir ke?” tempelak Mahanom Mohammad.




SINDIRAN ECRL BAWA PADA PENDEDAHAN TERDAHULU NAJIB CUBA TUTUP 1 MDB.


MMMS


2 hari lepas terbaca pasal komen cytro walajib sindir pasal kerajaan madani teruskan project ECRL dan teruskan perdagangan dengan China. Dia orang kalau bab sembang mesti tulis half bake data, ini data dan source dari Mahkamah lagi, yang ECRL di gunakan untuk tutup lubang 1MDB. 😏



Fathi Aris Omar


 Apabila siap, terowong sepanjang 16.39 km di dalam perut Banjaran Titiwangsa akan menjadi laluan rel bawah tanah terpanjang di Asia Tenggara.






Sebagai laluan ECRL, ia menghubungkan Bukit Tinggi, Pahang ke Gombak, Selangor. Tetapi bukan sahaja menghubungkan Kelantan dengan Selangor, ia juga menghubungkan ECRL dengan 1MDB.


Dalam keseronokan membayangkan perjalanan pantas dari Kota Bharu ke Klang, tentunya dengan panorama indah, kita terlupa projek ini asal-asalnya untuk menutup lubang hutang skandal 1MDB.


Namun pastinya DS Najib Razak menafikan projek prasarana ini ibarat gali lubang hutang ECRL yang lebih besar untuk tutup lubang hutang 1MDB.


Awal tahun ini, seminggu selepas semakan addendum, bekas perdana menteri tidak mengaku projek China ini untuk bailout (selamatkan) 1MDB tetapi mengaku hantar Jho Low berurusan di sana.


Di mahkamah, apabila terus disoal, Najib mendakwa Jho Low digunakan untuk "membina kekayaan dengan cepat" walau nama pemuda suka berjoli itu sudah busuk pada tahun rundingan, 2016.


Apa Najib cakap? "Because my intention is to generate wealth for Malaysia as quick as possible, because he has connections, that’s why we used him. But there is no basis to the claim that I wanted to use China to settle 1MDB’s debt, no.”


Najib kini sedang dibicarakan kes kedua, menyeleweng dana 1MDB lebih RM2 bilion ke akaun banknya dari 24 Februari 2011 hingga 19 Disember 2014. Beliau bersalah kes pertama.


Pembabitan Jho Low, yang sudah terbongkar sebagai dalang utama skandal, bagi membantu seorang pegawai khas Najib menimbulkan pelbagai persoalan bagi urusan projek sepenting ini. 


Apatah lagi Datuk Amhari Efendi Nazaruddin diajar untuk bercakap (diberi "talking points") oleh Jho Low ketika lawatan ke China pada 29 Jun 2016. 


Najib tidak sahkan "talking points" ini, termasuk projek ECRL dengan kos lebih tinggi daripada nilai sepatutnya, tetapi mengaku Amhari tidak dimaklum akan berbincang dengan siapa di sana. Lihat [1]


Najib mungkin lupa yang Amhari pernah memberitahu mahkamah bahawa ECRL dan dua projek paip gas (satu di Semenanjung, satu lagi di Borneo) memang untuk tutup hutang 1MDB dan anak syarikatnya SRC International. 


Berbeza daripada amalan biasa urusan penting kerajaan dengan kerajaan, pegawai tinggi kedua-dua negara sepatutnya hadir. 


Tetapi urusan ECRL dikendali berbeza. Hanya Jho Low dan Amhari hadir bagi pihak Malaysia. Kebanyakan masa berunding, kata Amhari, diserah kepada Jho Low kerana boleh bercakap Mandarin.


Mengulas "talking points" itu pada September 2019, Amhari berkata memang Najib cukup sedar projek prasarana yang hendak diberikan kepada syarikat milik China itu bertujuan selamatkan 1MDB. 


Apa katanya? "The sentence ‘while simultaneously completely resolving 1MDB and SRC (International) debts’ clearly meant that Datuk Seri Najib intended to send the message that this cooperation would also aid 1MDB and SRC International through the bailouts of 1MDB’s debts." 


Apabila diminta pendakwa mengulas laporan mesyuarat tersebut, Amhari juga berkata suruhanjaya negara itu SASAC perlu mengendalikan hutang 1MDB, yang membengkak hujung 2014.


Apa katanya? "Based on this document, during the meeting with officers from SASAC on June 29, 2016, among the issues raised was concerning the debts of 1MDB and SRC International where SASAC and China’s SOEs will finalise the agreement to settle the issue of debts from 1MDB and SRC International before the end of August 2016." Lihat [2] 


Seingat saya, Sarawak Report pertama kali mendakwa urusan awal ECRL-1MDB ini. 


Kira-kira sebulan selepas rundingan Jho Low- Amhari, laman web itu melaporkan: Outrage! – Najib’s secret deal with China to pay off 1MDB (and Jho Low’s) debts! – shock exclusive (26 Julai 2016). 


Pemimpin pembangkang kemudian mengulangi dakwaan Sarawak Report dengan menyatakan kos melambung itu, RM60 bilion bagi jarak 620km, bermakna ECRL perlukan RM96.8 juta setiap km. 


Seperti pendedahan-pendedahan lain juga, riuh-rendahnya berselang-seli dengan rasa keliru, cuba memahami dan kurang peduli. Itu sebabnya 1MDB dianggap skandal tetapi sukar diperinci. 


Tetapi, buat mereka yang masih berharap, akan muncul cahaya di hujung terowong ECRL. Skandal tidak boleh dikambus dalam kegelapan terowong. 


Tiba-tiba, pada Mac 2023, mahkamah Kuwait mendapati Jho Low dan anak bekas pemimpin negara itu bersalah mengubah wang haram ECRL. Jho Low dihukum 10 tahun penjara! Lihat [3]  


Anak bekas perdana menteri itu bersalah kerana menggunakan nama syarikatnya bagi membantu Jho Low memindahkan US$7 bilion (RM30.9 bilion) ke syarikat miliknya (Jho Low) pada 2017. 


Duit itu datang dari China, sepatutnya sebahagian hutang Malaysia untuk membina ECRL, tetapi dilarikan untuk masuk ke syarikat Jho Low.


Mahkamah juga mendapati US$1.2 bilion (RM5.3 bilion) masih dalam simpanan syeikh Kuwait itu. Lihat [4] 


Lima tahun lalu, Sarawak Report sudah cuba mendedahkan ada usaha-usahq Jho Low mencuci wang haram ECRL-1MDB di Kuwait. Kita tidak pasti sehingga mahkamah Kuwait jatuh hukuman 2023.


Dengan tajuk How Jho Low created a new front for 1MDB kickbacks in Kuwait (9 Mei 2020), portal itu memuatkan beberapa keping gambar termasuk Jho Low ketika berkomplot di sana. Turut dimuatkan beberapa imej dokumen pakatan itu.


Beberapa tahun kemudian, laman web kendalian Clare Rewcastle Brown menunjukkan bagaimana duit dari China dipindahkan ke Kuwait. Lihat [5] 


Maklumat ini hasil keputusan mahkamah di negara itu seperti berita [3] dan [4] di atas. Lihat juga [6] 


"The judgement therefore spells out exactly how the Chinese state machinery colluded with Najib to raise his $8 billion windfall from the ECRL project, much of which was to start funnelling through Kuwait to fund 1MDB’s outstanding debts .... along with the increasingly lavish lifestyles of the conspirators themselves."


(tambahan terkini sehingga 1.30 tengah hari)


RUJUKAN


[1]  Najib: China never settled 1MDB debts; I used Jho Low for 2016 ECRL talks there as wanted quick riches for Malaysia (Malay Mail, 15 Januari 2025) 


[2]  ECRL, two pipeline projects meant to bail out 1MDB, says Najib’s ex-aide (Malay Mail, 4 September 2019)


[3]  1MDB scandal: Mega projects signed with China, with funds laundered in Kuwait, says court (The Edge, 15 Mei 2023) 


[4]  Frankly Speaking: 1MDB recovery should include Kuwait (The Edge, 3 April 2023)


[5]  How Najib framed his 1MDB cover up scheme at the highest levels in China (Sarawak Report, 4 April 2023)


[6]  Kuwaiti ‘criminal conspiracy’ netted over one billion dollars from Malaysia through Najib/Jho Low (Sarawak Report, 29 Mac 2023) 


AMARAN diberi, Najib tidak peduli

https://www.facebook.com/share/p/1YkwDw5vUp/


DUNIA digegar skandal 1MDB pada 2015

https://www.facebook.com/share/p/1DHkR9ovEF/


SPRM anggar RM40 bilion lesap ****

https://www.facebook.com/share/p/156onDzTdD/

.