Anwar Ibrahim , The Head of The Table




Alif Jamil



Dalam dunia diplomasi, tak semua orang yg duduk dimeja rundingan itu sebenarnya memiliki kuasa.

Tapi akan ada satu watak, bila dia hadir maka meja itu miliknya.


Jika diperhatikan gambar dibawah , 

Bahasa badan Anwar Ibrahim menunjukkan beliau adalah The Head of The Table. 


Bukan sebab protokol. Bukan sebab giliran.

Tapi kerana semua mata akhirnya tertumpu kepadanya. 


Dan semua keputusan akan menanti tindak balas daripadanya.


Sebelah kiri, delegasi Myanmar.

Sebelah kanan, penasihat Thailand.


Anwar Ibrahim berada ditengah tanpa pengiring mewah, tanpa aksesori kekuasaan.

Tapi beliau mengawal tempo seluruh bilik.


Postur duduknya bersandar santai, kaki disilang bukan gaya seorang peminta perhatian, tapi gaya seorang yang mempunyai keputusan dan tindakan. 


Dulu , Malaysia pernah jadi penumpang dalam geopolitik ASEAN.


Bertahun lamanha kita hanya sebagai menyokong resolusi yg ditulis oleh orang lain.


Bertahun juga kita hanya mengangguk bila kuasa besar bercakap.


Tapi era itu sedang mula berlalu.


Dibawah PMX, Malaysia kembali menjadi suara Harimau. 


Dalam isu Myanmar, 

Beliau tidak terikat dengan skrip klise “ASEAN Way”.

Beliau bertemu langsung dengan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar.

Beliau cabar konsensus bisu yg kononnya menjaga kestabilan padahal melindungi kezaliman.


Dan peliknya, dunia tidak marah dan menentang. 

Malah, dunia mendengar buah fikirannya. 


“The Head of The Table” bukan gelaran tapi ianya adalah kedudukan yg punyai tanggungjawab besar disebalik pengaruh. 


Dan PMX bukan menjual Malaysia sebagai pengikut tetapi sebagai jambatan yg kukuh. 


Jambatan antara kemanusiaan dan kedaulatan.

Antara keberanian dan kebijaksanaan.

Antara masa lalu yg gelap dan masa depan yg belum ditulis.


Dimeja yg penuh dgn suara dan agenda, ada satu suara yg tenang untuk menguasai semuanya.


PMX bukan sekadar Perdana Menteri.

Tetapi beliau arkitek naratif baharu Asia Tenggara.


Dan selagi beliau duduk di meja itu,

Malaysia tidak akan lagi menjadi pengekor sejarah.. 


Sebaliknya kita yg bakal menulisnya.




No comments: