Isu solidariti ke atas rakyat Palestin jangan dipolitikkan




 Seorang pemimpin KEADILAN Kelantan menyatakan rasa kesal terhadap tindakan sesetengah Ahli Parlimen, ADUN dan NGO yang mempersoalkan pelajar sekolah bersolidariti bersama Palestin


Timbalan Pengerusi MPN KEADILAN Negeri Kelantan, Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain berkata program itu dianjurkan bertujuan supaya murid menghayati atau memahami kesengsaraan rakyat Palestin yang menderita angkara perang sejak 75 tahun lalu.


"Hampir setiap hari rakyat Malaysia bersolidariti sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin yang terseksa angkara kekejaman rejim Zionis Israel, dari pelajar sekolah sehinggalah pemimpin kerajaan.


"Semuanya memberi sokongan tak berbelah bahagi sama ada menganjurkan solat hajat, doa dan munajat, himpunan secara besar-besaran dan pungutan derma untuk menbantu rakyat Palestin yang semakin merana sudah memasuki minggu ketiga," katanya dipetik.

Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain

Terdahulu beberapa pihak termasuk NGO mempersoalkan arahan supaya sekolah mengadakan Minggu Solidariti Palestin pada 29 Oktober hingga 3 November ini.


Mereka mendesak institusi pendidikan tidak dibabitkan dengan isu konflik antarabangsa, perang dan pertikaian agama.


Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan sebelum ini menegaskan program itu dianjurkan bagi menerap sikap simpati dan keprihatinan terhadap penderitaan yang dialami individu lain tanpa mengira bangsa, agama atau status sosial.


Walau bagaimanapun, tujuan asal program itu dicemari kontroversi susulan tular gambar pelajar memegang senjata mainan pada 27 Oktober lalu yang dikaitkan dengan program berkenaan.


Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menegaskan agar penganjuran minggu solidariti dipantau supaya tidak menimbulkan sebarang masalah.


Malah KPM tampil menegaskan, acara diadakan di sebuah sekolah tersebut tidak mengikut garis panduan ditetapkan kementerian.


Sementara itu, Syed Mohd Alidustur yang juga Pengerusi Pendidikan KEADILAN MPN Kelantan menyokong ketegasan Perdana Menteri dalam isu tersebut dan mendesak isu penganjuran program itu tidak dipolitikkan.


Malah beliau menyifatkan tindakan sebuah badan NGO, Global Human Rights Federation (GHRF) mendesak KPM membatalkan penganjuran semata-mata kesilapan sebuah sekolah sebagai tidak berasas.


"Sepatutnya NGO itu melihat garis panduan yang dikeluarkan KPM sebagai asas kritikan bukannya secara semberono mahu ia terus dibatalkan kerana penganjuran yang tular di media sosial beberapa hari lalu di luar tempoh pelaksanaannya dan telah dijelaskan oleh menteri pendidikan sendiri," ujarnya.

Pemasangan Starlink: 500 penduduk kampung dapat manfaat


 Lebih 500 penduduk Kampung Langsat di Ranau, Sabah mendapat manfaat dari pemasangan peranti Starlink menerusi projek Proof of Concept (PoC)


Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil berkata, walaupun projek PoC merupakan penyelesaian sementara bagi sambungan internet, namun dengan akses internet berkelajuan 200 Mbps itu,ia dapat memenuhi keperluan komunikasi penduduk sementara menantikan pembinaan menara telekomunikasi menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) siap kelak.


"Pemasangan Starlink di kampung ini sedikit berbeza dengan pemasangan di tempat lain di atas bumbung… di sini ia dipasang di bahagian bangunan bagi memastikan pemasangan kukuh," katanya dipetik.


Menurut Fahmi peranti Starlink di Kampung Langsat itu dipasang pada 7 Sept lepas dan ia merupakan yang kedua di Sabah selepas di Keningau yang siap dipasang pada 5 Sept.


Mengulas mengenai menara telekomunikasi Kampung Langsat, Fahmi berkata pembinaannya lewat daripada jadual asal dan pihaknya sedang berusaha memastikan menara itu siap dalam tempoh terdekat bagi memenuhi keperluan rakyat di kawasan itu.


"Esok (Isnin) saya ada pertemuan dengan Ketua Menteri (Hajiji Noor), kita bincangkan juga perkara ini dan usaha kita penuhi keperluan telekomunikasi di Sabah dengan kerajaan negeri," katanya.


Sementara itu Ketua Kampung Langsat Paimin Abdullah, 71, dipetik laporan media menyatakan rasa gembira dengan adanya peranti tersebut.


Ia jelasnya memberi manfaat kepada penduduk terutama generasi muda yang dapat menggunakannya untuk menimba ilmu dan melakukan kerja-kerja sekolah.


"Sini paling susah dapat internet, sekarang ada internet sudah mudah untuk komunikasi terutama dengan keluarga duduk di luar kampung," katanya.

KARTUNIS HAILI AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG UNDANG TERHADAP WALAUN YANG UBAHSUAI KARYA BELIAU.

 

HAILI KKI






Saya terjumpa satu hantaran kartun di Facebook yang menggunakan karya saya yang telah diubahsuai, saya meminta pengguna Facebook bernama Hosaini Niki, Yusbatrisha Lii Yusri & admin PN Pas untuk menarik semula kartun tersebut, serta memohon maaf, saya telah berbincang dengan peguam saya dan akan melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan  Polis Diraja Malaysia, sila berpolitik secara matang, tak guna berdemo bantah Zi0ni5 sana sini tetapi diri sendiri pun berperangai zi0ni5.



3 ORANG DALAM SATU KAPAL




 Demi berebut kuasa 3 makhluk pengkhianat ini terpaksa bergabung HANYA MAHU jatuhkan PMX dan Kerajaan Perpaduan untuk menghasut rakyat memporak-perandakan keharmonian kaum di Malaysia.



Adakah Allah akan mengizinkan misi niat jahat mereka ini nanti? Hanya Walaun Walauntit sahaja yang Maha Tahu.



RELUCTANT POLITICIAN






Saya selalu percaya, ahli politik terbaik terdiri daripada reluctant politician. Mereka yang tiada cita2 politik dari mula tetapi dipaksa dan terpaksa “take the leap”. 


Selalu kita jumpa, set2 sebegini ada profesion sendiri. Bila mereka terjun ke dalam dunia politik, kuasa dan duit jatuh nombor dua. Mereka hanya nak buat kerja. Gandhi, Mandela dan Jokowi termasuk dalam set2 ni. 


Semalam, saya discover seorang lagi reluctant politician yang sedang meningkat naik. 


Ingat dulu saya promosikan calon SAFT di Pulang Pinang ketika PRN6? Dr Mohamad Abdul Hamid, ADUN Batu Maung sekarang sudah jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Alhamdullilah… kita tumpang bangga. 


Little bird bagitau saya. Dia calon bidan terjun, bukan orang parti dari mula. Kena talent scout sebelum PRN kerana profesion dia. Pensyarah di Pulau Pinang dan nampak wibawa. Mula2 tak berapa nak bertanding dan tak nak masuk politik. Puas depa pujuk. Rezeki dia terus naik jadi TKM pula.


Kalau PAS boleh berbangga dengan Dr Sam. Saya percaya PKR sudah mula berbangga dengan Dr Mohamad. Saya tengok video dia berucap ketika acara Solidariti bersama Palestin di Pulau Pinang. Solid dan penuh substance. Dengan ramai sekali NGO bersama beliau, buat saya buka mata. Ini future leader untuk negara. 


Watch his space tuan puan. Ini rising star kita jumpa. Harap dia istiqamah dan tak terbuai dengan kuasa. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



FITNAH ....PEMFITNAH KE BUKIT AMAN

 




Ini yang Sinar kata neutral sangat tu? Tengok cara tajuk diolah. Kalau kena walaun dan segelintir lagi yang jenis malas membaca, pastinya akan tercipta persepsi yang macam DS Wan Azizah tak boleh disentuh langsung.


Video apa Sinar oi! Kena tulis secara jelas. Ikutkan Sinar boleh je buat tajuk "Ratu Naga dipanggil ke Bukit Amanah atas dakwaan fitnah terhadap DS Wan Azizah". Tapi tak. Sinar memang sengaja nak cipta persepsi jahat.


Celah mana Sinar masih nak mengaku neutral. Kita yang waras ni boleh nampak permainan jahat Sinar. Cuma mereka yang ada kegagalan fungsi otak saja yang masih anggap Sinar tak berpihak. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SEMBANG KARI

 

Sembang kari dia ni .. salah seorg penebuk atap Langkah Syaiton .... Budak hitam dalam BN YANG menyokong PN ...



PAYAH TAK MEMBACA. BUKAN APA..,PEMALAS CARI MAKLUMAT

 



Tak habis lagi walaun main isu ni. Dah ramai ulama jelaskan, dia tak delete jugak posting fitnah ni. Dia macam ni la sebenarnya...


Walaun asyik persoalkan orang Islam jadi jurunikah pasangan Hindu. Dorang tak fikir yang pasangan tu  takut pernikahan mereka tak sah di sisi agamanya sebab dinikahkan oleh orang bukan Hindu?


Dah tentu la dorang nak pernikahan dorang tu sah. Kalau acara di JPN tu dikira pernikahan rasmi ikut agama mereka, dah tentu mereka pun akan tolak . Mudah je nak fikir kalau guna otak. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


LAWAK PAGI ISNIN




 Ratu naga atau lebih dikenali sebagai "Epal Masam' dipanggil ke bukit aman...


"Abah tolong saya abah'

Ujar beliau sedih..


😅😅



KENA KERJA KERAS LA USTAZ SAMPUL


Saif Hew





 Ustaz2 politik semakin kempis poket2 jubah mereka kerana dah tak dipanggil ke ceramah2 besar di Selangor/KL...


Ahli2 parlimen pembangkang semakin kering duit dlm poket mereka kerana kedegilan TS Hadi Awang tak sedia berunding dgn PMX...


Akhirnya ustaz2 (sebahagiannya dah jadi ahli parlimen) terpaksa lah bekerjasama dengan retis. Tidak takkan dia berani nak buka tabung....






SIRI JELAJAH ‘BEBASKAN’ NAJIB KERJA SIA-SIA?


Malam semalam telah berlangsung siri pembukaan jelajah yang dikatakan untuk memperjuangkan “keadilan” buat bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun di Penjara Kajang.


Jelajah kali pertama diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur dengan hanya dihadiri kira-kira 400 orang.


Tiga anak Najib iaitu Mohd Nizar, Mohd Nazifuddin dan Nooryana Najwa berkongsi pentas dalam program yang bertema “Demi Najib, We Stand by You”, tetapi tiada seorang pun pemimpin UMNO yang hadir.


Walaupun program itu disebut bertujuan untuk memberi penjelasan berhubung “ketidakadilan” yang didakwa diterima Najib dalam perbicaraan kes SRC International, tetapi adalah jelas bahawa matlamat sebenar jelajah tersebut ialah untuk membebaskan bekas Perdana Menteri itu.


Ia berikutan penganjur turut meminta para hadirin menandatangani dua petisyen berasingan iaitu pertama, yang ditujukan kepada Yang di Pertuan Agong untuk memohon pengampunan diraja dan kedua, meminta Perdana, Menteri Anwar Ibrahim membuat rombakan terhadap sistem kehakiman negara yang didakwa sebagai tidak adil.


Kedua-dua petisyen tersebut tidak lain adalah bermatlamat agar Najib dibebaskan dalam waktu terdekat ini, terutamanya petisyen pertama.


Meskipun adalah hak keluarga Najib untuk mengadakan siri jelajah tersebut, waima setiap minggu sekali pun hingga ke seluruh negara, tetapi apa yang dilakukan itu hampir merupakan kerja sia-sia dan buang sama saja.


Secara hukum akal, adalah sukar apa yang diingini boleh membuahkan hasil.


Pertama, dakwaan bahawa Najib tidak diberi keadilan agak subjektif sifatnya kerana beliau telah melalui semua proses keadilan dalam mahkamah – Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan – malah juga melalui semakan kehakiman atas keputusan yang telah dijatuhkan kepadanya.


Daripada semua proses yang dilaluinya itu, keputusan hakim secara keseluruhannya ialah 13-1.


Adakah majoriti sebegitu boleh dianggap tidak adil?


Kedua, berikutan didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International, anak syarikat 1MDB, Najib dikenakan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta.


Beliau mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos 2023.


Bermakna, Najib ketika ini baru setahun lebih saja menjalani hukuman penjara daripada 12 tahun hukuman yang diterimanya.


Jadi, di mana logiknya untuk mendesak pengampunan diraja diberikan kepadanya?


Setidak-tidaknya atau kebiasannya, perlu menjalani satu pertiga hukuman penjara terlebih dahulu sebelum ada kewajaran permohonan pengampunan dikemukakan.


Mudah kata, sabar dululah!


Ketiga, Najib juga masih ada tiga kes lain yang sedang dihadapinya berkaitan 1MDB.


Tiga kes berkenaan ialah berkaitan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB, pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM27 juta.


Dalam hal ini, bagaimana seseorang yang masih ada kes mahkamah yang belum selesai, malah ada kaitan dengan kes yang telah dijatuhi hukuman, tiba-tiba mahu diberi pengampunan?


Tidakkah ia hanya akan memberi gangguan kepada kes yang belum selesai itu?


Cukup dengan tiga alasan di atas saja, sebarang usaha untuk membebaskan Najib buat ketika ini – apa lagi hanya melalui siri jelajah kecil-kecilan – senang cakap – hampir mustahil hasil yang positif mampu diperolehi. – ShahbudinHusin 29/10/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/10/29/siri-jelajah-bebaskan-najib-kerja-sia-sia.html



AIB DAN SANGAT MEMALUKAN UMMAT ISLAM

 





PARLIMEN MALAYSIA:

AIB DAN SANGAT MEMALUKAN UMMAT ISLAM 


28 Oktober 2023

13 Rabiul Akhir 1445H


Rakyat Malaysia kecewa apabila Ahli Parlimen yang mengaku mengikut ulama’ Islam tetapi punya akhlak hodoh.


Apa mereka ingat bermain politik dalam parlimen itu lebih besar daripada menjaga akhlak saorang muslim?


Islam bukan sahaja mengajar menjaga pandangan ketika berhadapan dengan rangsangan seks, malah elak mendengar dan membayang-bayangkan perkara lucah.


قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ


Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: 


"Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah LEBIH SUCI bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".


إِنَّ السَّمْعَ وَ الْبَصَرَ وَ الْفُؤَادَ كُلُّ أُولئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُلاً


“Dan janganlah Engkau mengikut apa yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”. (Surah al-Isra’ : Ayat 36)


Warga emas tersebut memalukan seluruh Islam apabila mengiklankan beliau cuba membayangkan Ahli Parlimen wanita dalam keadaan tidak berpakaian ke pantai Langkawi.


Kata ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ (lebih suci) sangat penting dalam perjalanan hidup semua Muslim.


Puluhan tahun kita ibubapa mendidik anak-anak muda supaya mengawal kesabaran dan bagaimana mengendali diri bila terangsang seks. 


Entah apa tarbiyah agamawan kepada beliau sejak terpilih menjadi Ahli Parlimen?


#MenJunjung30JuzukQuraan

#RahmatanLilAlamin

#RajaDijulangRakyatDitatang

#KhadamDuniaPersilatanMelayu

#MalaysiaMADANI


HASANUDDIN MOHD YUNUS

Mantan Ahli Parlimen

P101 Hulu Langat



BENDA JELAS JA....

 



Masa Mahathir, Mahiaddin dan Ismail Sabri jadi PM dulu, ada tengok perkara macam ni berlaku? Siapa yang liberal sekarang? Benda macam ni punya jelas pun otak walaun dan lebai tak boleh nak proses. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



JIWA MISKIN ,MINDA PENGEMIS.USAHA TAK MAU HARAP ORANG SUAP. TUBPUN SALAH LAGI KERAJAAN.


Che Ibrahim


 Coretan oleh seorang penoreh getah... Setara tu pun walaun dok ratib kerajaan takdak buat apa apa..... Takdak arah la.





TIADA KEBAIKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA KATA WALAUN

 



Elon Musk (pemilik Starlink yang dibawa masuk ke Malaysia oleh PMX) telah menawar bantuan Starlink kepada misi-misi kemanusiaan di Gaza.


Hanya beberapa bulan yang lalu, ketika PMX berjaya meyakinkan Elon Musk membawa Starlink dan Tesla ke Malaysia, walaun telah menuduh dan mencaci Elon Musk sebagai "sekadar mahu jual Tesla di Malaysia".


"Tiada apa-apa manfaat kepada rakyat," kata walaun.


Ironinya. Walaun dan walauntit yang dikatakan terpaling pembela umat Islam entah apalah sumbangan mereka kepada Pelstin.



MASA DIA DALAM KERAJAAN TEBUK ATAP DIA TAK CAKAP APA PUN. PUNYA HIPOKRIT HADI AWANG NI

 

Mat Mat




Masa 33 bln jadi duta khas tebok atap, tak bertelorrr..dah jadi pembangang..opss soriii..pembangkanggg chekopp jhomlohhh, dia terpaling anti zeo*×nest..begitulah mudahnya pepuak nii menunggang agamaaa..

Selain dari agenda yahh*×udee, hati-hati jugak laaa dengan agenda Ular2Makk Su' akhir zaman..jangan jadik macam walaontolol #pas boddo malas berpikirrr, pelahab buta kayuu Jeee..😁

TAKDIR....

 


KERJA NAK PEMBOHONG PENGUNDI YANG TAK CERDIK MENGUNDI.



 

SEKOLAH MANA NI..PENGETUA DENGAN CIKGU BODO. TAPI TAK APA KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAIK


 

TAK SEMESTINYA DOA TU DIKABULKAN. KALAU MENIKAH CERAI TAK IKUT HUKUM PUN MASAALAH JUGA....LEBAI JENIS PERASAN BAGUS MEMANG GITU


 

HAH...TEDIAAAA...


 

BAHAS ATAU BACA DIA NI. BACA LAK YANG TIADA KAITAN .


 

APPS PAS BOLEH JADI PLATFORM KENA SCAM TANPA MELALUI APLIKASI YANG DILULUSKAN


 

KEH..KEH...KAPAL TERBANG ISRAEL LALU RUANG ANGKASA..


 

KENA KE DIRI SENDIRI


 

KONONNYA BAHAS BELANJAWAN. MINTA PERUNTUKAN. MAU PI JUMPA ANWAR