Dalam tak sedar, ni antara sebab kenapa rezeki kita sering sempit.
Kredit kepada pemilik post.
Mohd Fairul Al-Qasas
Dah mula menyesal...
18 kerusi dulu duduk dalam kerajaan.
45 kerusi jadi pembangkang akibat terikut dengan kesombongan Muhyidin yang tolak titah Tuanku agar semua parti bentuk kerajaan.
Dari tempoh itu, mereka berusaha berulang-ulang kali untuk tebuk atap.
Tapi kalah dengan akta lompat parti, MOU kerajaan dan kegagalan rampas kerajaan negeri PH dalam PRN, serta kalah berturut-turut dalam PRK.
Kini mereka dah tak nampak jalan. Maka mereka mula menyesal.
Jika mereka masuk kerajaan pada masa tu, mereka jadi parti kedua selepas PH yang paling banyak kerusi, pasti jawatan TPM dan 10 Menteri diberikan kepada mereka.
Tapi bak kata Lokman Adam..mereka dikurniakan kebodohan luar biasa...
Maka sebab itu mereka kini sasau, rasa bagai nak kiamat.
Alhamdulillah. Kutipan tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan Kementerian Luar kini berjumlah RM81 juta.
Sayugia, kutipan besar dalam tempoh masa singkat itu menunjukkan soladiriti Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin, dan sekalung penghargaan diucapkan kepada syarikat berkaitan kerajaan, swasta dan syarikat bukan Islam.
Pastinya, tabung ini akan disalur terus untuk perubatan, makanan, minuman serta kemudahan asas untuk rakyat Palestin yang terjejas ketika ini.
Saya singgung hasrat tersebut pada majlis penyampaian sumbangan tabung AAKRP seraya diapit Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin dan Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali.
Di sebalik hasrat murni mengutip derma bagi rakyat Palestin, hubaya dengan pihak yang tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan untuk kepentingan diri masing-masing.
Seharusnya, mereka perlu lebih telus dan lebih bertanggungjawab dalam penyaluran tabung kemanusiaan ini.
#MalaysiaMADANI
Oleh: Abdullah Zaid
Peruntukan sebanyak RM3 bilion bagi projek pengairan diluluskan
bagi memperkasakan projek penanaman padi lima musim dalam tempoh 2 tahun
berskala besar di MADA.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan , Datuk Seri Mohamad
Sabu berkata, projek itu antara lain merangkumi infrastruktur sistem pengairan
dan jalan sawah bagi seluruh 231,000 ribu hektar kawasan agensi pertanian itu.
"Inisiatif itu bagi meningkat pengeluaran padi dan kadar sara
diri (SSR) negara dengan skop yang terlibat dibawah pelan ini ialah pembangunan
dan penyelenggaraan 100 blok sistem pengairan di kawasan MADA.
"Selain itu, peruntukan tersebut turut melibatkan projek
pemulihan Empangan Pedu dan penyelengaraan Skim Pemindahan Sumber Air Jeniang
Fasa 2," katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat, hari
ini.
Mengulas lanjut, Mohammed Sabu berkata pelaksanaan inisiatif
tersebut dalam proses penilaian perolehan melibatkan swasta.
Jelasnya, kaedah perolehan tersebut dilakukan melalui kaedah
'request by proposal'.
"Kerjasama awam dan swasta di kawasan MADA akan dibiayai
sepenuhnya oleh swasta yang akan dibayar kepada kerajaan semula selepas projek
siap dan dijangka bermula pada tahun hadapan hingga 2025," ujarnya.
Bagi memastikan keterjaminan padi negara, Mohamad Sabu
mengingatkan semua pihak untuk berganding bahu supaya kebergantungan negara
pada bahan makanan import dapat diatasi.
"Katakan lima tahun lagi tiada siapa yang hendak jual beras
kepada kita, jadi semua kena berusaha untuk cukupkan beras negara, ia ada
tanggungjawab semua," jelasnya.
Sasaran kerajaan untuk mengumpul dana RM100 juta bagi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) menghampiri sasaran dengan jumlah terkumpul RM81 juta.
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dana kecemasan yang berjaya diperoleh dalam masa singkat itu menunjukan sokongan penuh rakyat Malaysia terhadap penindasan rakyat Palestin.
"Saya terharu dalam masa singkat dengan dana awal kita dapat kumpul lebih RM80 juta yang akan memenuhi matlamat diumumkan peringkat awal iaitu RM100 juta.
"Ini menunjukkan keprihatinan dan terima kasih kepada syarikat kerajaan, swasta dan syarikat bukan Islam," katanya ketika berucap pada majlis agihan sumbangan AAKRP, hari ini.
Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan pendirian Malaysia untuk terus bekerjasama dengan negara-negara Arab bagi melancarkan bantuan kemanusiaan.
Hal ini katanya, proses saluran bantuan melalui pintu sempadan Rafah menghadapi kesukaran ekoran konflik perang Palestin-Israel yang tiada tanda akan mereda.
"Maklumat terkini yang saya dapat dari Mesir, Turkiye dan Arab Saudi bahawa ada kesukaran untuk salurkan bantuan kemanusiaan ke Palestin.
"Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) juga gagal memutuskan (tindakan gencatan senjata) malah, badan pengaman dunia itu tiada kesediaan untuk meredakan sengsara dihadapi rakyat Palestin.
"Buat masa ini, kalau boleh diketepikan dahulu salah siapa sebaliknya beri tumpuan kepada mangsa yang kebuluran, sakit dan mereka yang tidak dapat kemudahan perubatan," jelasnya lagi.
Untuk rekod, Perdana Menteri berlepas ke Riyadh, Arab Saudi hari ini bagi mewakili negara menghadiri Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama ASEAN-Teluk (GCC).
Lawatan kerja dua hari itu turut mengesahkan pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman bagi membincangkan konflik terkini serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza yang memasuki minggu kedua dan telah mengorbankan lebih 3,000 rakyat Palestin.
India meluluskan pengeksportan 170,000 metrik tan beras putih bukan Basmathi untuk Malaysia atas tanda persahabatan antara dua negara.
Baru-baru ni dilaporkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ada memohon kelonggaran daripada kerajaan India agar Malaysia diberikan pengecualian dalam larangan eksport beras negara itu. Bermakna permohonan Malaysia diterima.
Ok siapa nak claim ni? Perjuangan siapa pulak ni? Hari tu si Khairil dah claim. Ni bagi Fadhli pulak la. Ke nak bagi membantu Hadi? Guane boh?
Raja Gelap II
.
500 orang meninggal dunia termasuk wanita dan kanak2. Apabila sebuah hospital di Gaza dibom pada 7.30 malam Selasa lalu.
Seperti biasa, Zionis salahkan Hamas. Hamas salahkan Zionis. Zionis kata pihak Hamas letupkan hospital sendiri.
Tapi mereka terkantoi lagi. Sejurus selepas pengobaman hospital, Pegawai PM Israel Netanyahu, post di Twitter X, katanya Israel berjaya bomkan kem Hamas di Gaza Hospital. Lepas beberapa minit dia delete pulak.
Lepas tu dia post balas, katanya dia tersalah info. Their typical MO!
Wakil media Israel pun berpusing2 dalam PC mereka. Nak menyalahkan Hamas sahaja.
Bila reporter kata, kenapa kami nak percaya, sebab sebelum ni anda pernah menipu juga. Dia mengaku, ya sebelum ni kami pernah bagi maklumat salah, tapi tidak kali ini, kami cakap benar. Iyo la tu…
Wartawan di lapangan dapat saksikan, macam mana Israel guna media sosial untuk spin dan propaganda, menutup kezaliman.
Posting ini pun akan kena shadow ban. But never give up tuan puan. Never concede to their agenda.
Kalau kita tak mampu angkat senjata, gunakan apa saja kudrat yang ada, tunjukkan kepada dunia. Kebenaran di Gaza. Benamkan propaganda mereka.
Ini yang boleh anda buat:
1. Terjemahkan keratan akhbar luar negara. Mengenai situasi di Gaza, ke dalam bahasa Ibunda. Saya selalu refer Al-Jazeera. Tak tahan tengok CNN dan Reuters, too heavy their proganda.
2. Kalau tak larat menulis, boleh tolong share maklumat yang ada. Posting mengenainya. Itu pun dah bantu banyak.
“Let’s pick up our pens and books, they are the most powerful weapons”
Our hearts and prayers for our brothers and sisters in Gaza, irrespective of race and religion.
#FreePalastine
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Makin jauh hanyut parti ni. Selepas membenarkan menipu, menjadikan rasuah sebagai sedekah dan sekarang nak halalkan fitnah pula.
Fitnah memang satu jenayah. Malah kerana fitnah sampai terjadi perpecahan dalam Islam ketika era pemerintahan Ali Abu Thalib.
Menangani fitnah hanya boleh dibuat secara tuntas jika pemfitnah dikenakan hukuman jenayah. Tapi PAS tak setuju sebab fitnah senjata PAS.
Begitulah PAS. Bila perkara itu untungkan mereka, biar pun ia maksiat tetap mereka akan sokong dan halalkan. Tapi kalau merugikan mereka, perkara baik pun mereka akan tentang.
Kalau begini cara PAS bawa Islam, ia hanya akan mencemar imej Islam. Bukan membela Islam pun. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Untuk yang ini, maaf la, aku setuju dengan Saddiq. Tambah RM600 memang tak cukup untuk tampung sara hidup.
Cuma nak ingatkan Saddiq, duit tu bukannya untuk tampung sara hidup. Tapi bantuan untuk ringankan beban.
Kalau nak tampung hidup, kena la kerja. Bukannya harapkan bantuan kerajaan je. Benda gini pun kena ajar. Macamana boleh jadi MP ni? Adoi la... Guane boh?
Raja Gelap II
.
Hamzah Zainuddin ni dah tak ada apa nak kritik tentang belanjawan, akhirnya dia kritik istilah maha kaya yang digunakan oleh DS Anwar. Siap dia kata 'seolah-olah mereka ada buat salah yang besar'.
Pertama sekali, bila masa DS Anwar kata golongan tu ada buat salah besar? Yang DS Anwar kata, mereka ni golongan mampu. Pendapatan mereka besar jadi mereka tak perlukan lagi bantuan.
Apa yang negatif dengan istilah maha kaya tu? Ia memang kenyataan. Sebab kekayaan mereka bukan biasa-biasa. Mereka bukan jenis sewa lambo nak tunjuk kaya. Mereka memang ada lambo.
Mereka bukan duduk rumah PPR dan hias nak bagi nampak macam istana. Tapi mereka memang ada istana atau rumah agam. Istilah kaya tak memadai untuk menggambarkan betapa katanya mereka.
Istilah itu bukan negatif. Ianya untuk membezakan antara golongan berpendapatan besar, yang boleh digelar kaya (lingkungan RM20,000 ke RM50,000) dengan yang betul-betul kaya (>RM50,000 sebulan).
Persoalannya, yang PN beriya-iya bela golongan maha kaya ni kenapa? Terasa ke sebab pemimpin PN sendiri tergolong dalam golongan itu? Ataupun sebab ramai maha kaya yang jadi kroni PN?
Tadi tengok video Fadhli Shaari persoal perkataan 'ketimbang'. Ini Hamzah pula sibuk pasal maha kaya. Ini indikasi belanjawan yang dibentang oleh DS Anwar sangat baik hinggakan pembangkang terpaksa main isu bahasa dan istilah pula. Sebab tak ada point nak kritik belanjawan.Guane boh?
Raja Gelap II
.
Rafizi Ramli
Terima kasih orang Sabah dan kerajaan Negeri yang menyambut baik IPR INTAN di Sabah.
Salah satu tapak IPR INTAN adalah di Kota Marudu, Sabah. Projek IPR INTAN di Kota Marudu ini memanfaatkan tanah pertanian seluas 200 ekar dengan tanaman nanas MD2.
Seramai 76 peserta kini terlibat secara aktif di lokasi tanaman yang dibimbing oleh Lembaga Industri Getah Sabah dan dengan nasihat teknikal daripada syarikat swasta tempatan.
Sehingga pertengahan Oktober 2023, kawasan seluas 26 ekar daripada perancangan 200 ekar telah ditanam dengan 390 ribu pokok nanas, dan dijangka akan mengeluarkan hasil pertama sebanyak 500 tan pada suku keempat 2024.
Dua hari lalu, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man ada menyebut, perwakilan ke Muktamad Pas tahun ini tidak dihalang daripada membahaskan sebarang isu, termasuk tawaran menyertai kerajaan perpaduan.
Katanya, Pas mengamalkan sikap terbuka dan tidak berhasrat melakukan sebarang sekatan.
Tetapi, nampaknya sebelum masa untuk perwakilan berucap tiba, Tuan Ibrahim sendiri yang lebih dulu terghairah bercakap mengenai perkara itu.
Adakah ini menunjukkan beliau mahu isu perlunya Pas berada dalam kerajaan dijadikan topik utama dalam muktamar kali ini?
Berucap di Muktamar Pemuda PAS yang ke-64 di IDCC Shah Alam malam tadi, Tuan Ibrahim menyifatkan Pas kini telah mencapai kemenangan, walaupun tidak menerajui kerajaan.
“Waktu kita ada 18 kerusi (Parlimen) kita jadi kerajaan. Waktu kita berada di kerusi yang besar (PRU15) kita di pembangkang.
“Ini di antara tanda-tanda hampirnya kiamat.
“Patut waktu kita banyak kerusi kita duduk dalam kerajaan,” katanya lagi.
Begitu pun, bekas Menteri Alam Sekitar dan Air itu menyuarakan keyakinan bahawa PAS akan kembali menjadi sebahagian parti yang akan memerintah Putrajaya dalam tempoh tidak berapa lama lagi.
Menurut beliau, pemimpin luar negara yang menemuinya juga turut menyuarakan keyakinan bahawa masa depan negara terletak di fangan PAS dan PN.
“Kita punyai peluang menerajui kerajaan persekutuan dalam tempoh tidak berapa lama lagi,” tambah beliau.
Dalam hal ini, bagaimana Pas mahu berada kembali dalam kerajaan?
Adakah dengan bersama PH/BN/GPS/GRS dalam kerajaan perpaduan yang ada sekarang?
Atau Pas ingin menebuk atap sekali lagi?
Tetapi, kenapa Tuan Ibrahim saja yang nampaknya cepat tercuit hati untuk bercakap mengenai keberadaan Pas dalam kerajaan ini, manakala pimpinan Pas lain, terutama Hadi Awang sendiri tidak pernah berkata apa-apa mengenainya?
Adakah Tuan Ibrahim sudah tak sabar ingin jadi menteri semula? – ShahbudinHusin 19/10/2023.
https://shahbudindotcom.net/2023/10/19/ghairah-benar-nampaknya-tuan-ibrahim-nak-jadi-kerajaan-semula.html