DIN COPONG, MU JANGAN MINTA MAAF. LAWAN TETAP LAWAN. MU MINTA MAAF GAK....LEKEH LA MU...

 

Label 2 Adun pembangkang anti-Islam, MB Kelantan diberi 7 hari mohon maaf

Dua Adun pembangkang Kelantan mengugut akan menyaman Nassuruddin Daud, jika beliau tidak memohon maaf.

Menangi hati rakyat tumpaskan Gelombang Hijau - Syed Ibrahim


 

Gelombang Hijau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu meskipun tidak begitu kuat kesannya di Selatan Semenanjung namun kemaraannya perlu ditumpaskan.


Menurut Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, sepanjang pengalamannya berkempen dalam PRN di Selangor, Gelombang Hijau bukanlah suatu kempen politik yang bermaruah.


Katanya, gelombang itu terbina di atas platform kutuk mengutuk dan fitnah. Pada jangka panjang, ujar beliau, arus politik seperti itu akan hilang momentum apabila rakyat sedar akan kebenaran.


"Setakat ini cara bermaruah ini (amalan Pakatan Harapan) tidak menjadi dan seolah olah kita tewas dengan cara begitu. Tetapi ini jangka pendek. Saya rasa bagi masa lagi dengan program kita buat, dengan dasar kita, ia (gelombang) akan mengendur.


"Ada orang kata dah jadi kerajaan 8 bulan, kita (PRN) patut lebih baik daripada sebelum ini (pilihan raya umum) keputusannya. Tetapi saya rasa masih tidak mencukupi, maksudnya kalau kita buat PRU sekali gus dengan negeri negeri, kita akan tewas lebih teruk.


"Tetapi disebabkan PRN dibuat kemudian sikit daripada PRU, kesan itu tidak seburuk bersekali dengan PRU.


"Jadi dengan adanya tempoh yang lebih panjang (selepas ini) kita kena lakukan usaha berterusan supaya kempen bermaruah diterima pengundi. Kita kena cerita rasional dasar, pelan, perlaksanaan, prestasi


"Strategi dengan orang muda, penerangan dan komunikasi ini sampai bila bila ada isu. Buat perancangan, laksanakanlah kepada kumpulan sasar yang kita tahu dan pengundi atas pagar," katanya kepada Suara Keadilan.


Di samping itu, Syed Ibrahim turut kecewa dengan pemikiran sesetengah pengundi Melayu yang simplistik serta suka kepada kempen 'kutuk, fitnah, hentam' berbanding membincangkan manifesto dan kebaikan yang diperolehi rakyat sepanjang pemerintahan PH.


Namun katanya, PH mempunyai pilihan untuk melakukan kempen yang sama. Bagaimanapun beliau berpuas hati apabila PH memilih politik nilai berbanding kempen yang merosakkan.


Bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Simpang Jeram di Johor pula, Syed Ibrahim berkata, Gelombang Hijau tidak begitu kuat melanda negeri itu sebagaimana di Selangor.


"Namun tempias itu ada, tetapi mungkin tak sampai ke Pulai, Simpang Jeram mungkin. Cuma kalau kita lihat peratus pengundi bukan Melayu tinggi di Simpang Jeram di bawah parlimen Bakri. Jadi taklah terlampau kritikal," katanya.


Walau apa pun, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor itu tidak mahu jentera KEADILAN atau PH berasa selesa kerana gerakan Pas biasanya tidak menonjol dan bergerak secara subversif.


"Cuma jangan ambil mudah. Pesanan saya memang (orang kita) kena pergi masjid, surau, jumpa rakyat. Kalau dah buat sebelum ini oklah, kalau tidak, kena buat," katanya lagi.

Hari Kebangsaan bukan sambutan politik, hentikan sikap konfrantasi - AMK


 Perikatan Nasional (PN) dinasihatkan agar tidak menambah perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan logo dan tema yang berbeza pada sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.



Angkatan Muda KEADILAN Malaysia dalam satu kenyataan hari ini menolak sikap berkonfrantasi yang dicadangkan oleh Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari semalam yang mahu 4 negeri ditadbir PN menggunakan logo dan tema yang berbeza.



"Langkah Pemuda PN yang melancarkan logo dan tema yang berlainan daripada yang diumumkan Kerajaan Persekutuan bukan sahaja menunjukkan sikap kurang patriotik PN, malah bertentangan dengan matlamat sambutan Hari Kemerdekaan yang bersandarkan semangat federalisme.



"Tambahan pula, penggunaan warna tema PN terhadap logo tersebut juga menzahirkan sikap berpuak-puak Perikatan Nasional secara melampau yang mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan negara," kata kenyataan itu.



PN diharap tidak mengamalkan semangat yang bertentangan dengan kerajaan pusat dan sentiasa mewujudkan hubungan baik antara negeri dan Persekutuan bagi melancarkan pembangunan demi rakyat di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.



"PN digesa menghentikan konfrontasi yang berpanjangan antara negeri-negeri yang ditadbirnya dengan Kerajaan Persekutuan dan tidak terus menyimbah minyak ke api yang marak tatkala Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan tangan untuk memaut semula tali silaturrahim dengan semua pihak pasca pilihan raya negeri.



"Alangkah rugi sekiranya niat baik Perdana Menteri ini tidak disambut oleh Perikatan Nasional jika mereka memilih untuk terus berkonfrontasi dengan Kerajaan Persekutuan sekali gus menafikan semangat federalisme sehingga menggadai kepentingan rakyat," kata kenyataan itu lagi.



Tahun ini Kerajaan Perpaduan menggunakan tema sambutan Hari Kebangsaan "Malaysia Madani, Tekad Perpaduan Penuhi Harapan" sebagai cogankata sambutan peringkat kebangsaan, negeri dan wilayah.

 

MARAH PADA PMX SEBAB TAK BOLEH MAKAN RASUAH..


 

MEMANG DEPA KENA MOHONG...


 

DAPAT KETOI TAIK..KAH..KAH..KAH


 

AFIQ FARHAN MANA KA TAK CERDIK NI


 

NOHHH....

 

Haritu masa debat YB Shahir (MP Bachok) pertikai dan tempelak YB Rafizi dengan membangkitkan tindakan PMX pegang portfolio kewangan.. 



Nahh ni sekali 5 portfolio dia sapu..


Alasan beliau ketika ditanya dalam wawancara Sinar baru baru ini ialah sistem tadbir urus kewangan antara kerajaan Negeri dan Persekutuan adalah berbeza


Financial Controller (CFO) di peringkat Persekutuan ialah Menteri Kewangan, manakala CFO di peringkat negeri, yang urus, yang sign cheque, yang tengok bajet, yang memperincikan unjuran hutang-hutang, terbitan-terbitan hasil ini, cukup tak cukup duit ini ialah Pegawai Kewangan Negeri, bukannya Pengerusi Jawatankuasa Kewangan.


Peranannya tak sama dengan CFO Menteri Kewangan ujar beliau. 


Kesimpulan nya admin rasa apa jua alasan yg diberi, pimai pimai tang tu jugak dan ternyata tindakan PMX adalah wajar dan kini menjadi tauladan kepada pimpinan PN Terengganu



Pengajaran untuk pengusaha.



Tak semua orang popular atas sebab yang betul. Ada yang popular tapi dibenci. Jadi kalau nak gunakan influencer sebagai agen promosi, pilihlah popular sebab disukai. Bukan dibenci.


Jauhi influencer yang berpaksi politik. Perusahaan perlu kekal neutral. Baru boleh tawan pelanggan dari kedua-dua pihak. Kalau nak tayang condong belah mana, bila kena boikot, redha je la.


Apa lagi kalau kamu sendiri yang dikenali sebagai tegar sesebuah parti politik. Bila berbisnes, sedia untuk terima kemungkinan tak laku. Lagi-lagi kalau jenis yang berpolitik secara melampau.


Aku tak sokong kalau nak boikot kedai orang asal Kelantan atau negeri-negeri ditadbir PN. Sebab ada saja mereka yang sokong PH. Tapi kalau nak boikot yang jelas tegar PN, aku tak bantah.


Sebab, kalau ingat, influencer asal Kelantan diboikot oleh rakyat Kelantan sendiri hanya kerana sentuh isu air. Bukan dia buat kempen politik pun, cuma bersuara sebagai rakyat. Pun kena boikot.


Bukan setakat diboikot, bahkan dihina. Sakit pulak hati aku baca dorang cakap mamat tu tunggang OKU. Tapi lebai tunggang agama dipuja. Sampai begitu sekali puak mereka berpolitik.


Kembali kepada peniaga dan pengusaha, kalau nak pilih influencer tu, jangan pilih influencer parti. Tak kiralah belah mana. Kalau berdegil juga, janganlah marah bila perniagaan terjejas.


Tapi difikirkan, kalau tak sokong PN, takkan la nak ambil influencer PN pula untuk buat promosi kan? Dia kenal influencer tu sebab dia sokong PN. Betul tak? Jadi terimalah dengan redha. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


GUNA TEMA HARI MERDEKA YANG BERBEZA PERBUATAN DERHAKA KEPADA RAJA?



Sambutan Hari Kebangsaan adalah acara rasmi negara yang diadakan setiap tahun bagi memperingati tarikh kemerdekaan Malaysia.


Setiap tahun, Yang Dipertuan Agong selaku ketua negara akan bersama-sama dengan pimpinan negara dan rakyat jelata untuk menyertai sambutannya yang biasanya diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.


Ia juga merupakan cuti umum sebagai tanda ia perlu dirai dan diingati oleh semua tanpa mengira siapa mereka.


Oleh kerana ia merupakan acara negara, maka sambutan akan diuruskan oleh kerajaan semasa, termasuk berkaitan pemilihan tema sambutannya.


Untuk tahun ini, tema yang dipilih ialah Malaysia Madani – Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.


Setiap tahun, tema yang dipilih adalah berdasarkan kesesuaian dengan keadaan semasa.


Pada tahun 2022 ketika Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, temanya ialah Keuarga Malaysia Teguh Bersama.


Pada tahun 2020 dan 2021 ketika Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri, tema yang digunakan adalah Malaysia Prihatin.


Pada tahun 2018, ketika Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, tema yang dipilih – Sayangi Malaysiaku sebagai meraikan pembentukan kerajaan baru selepas PH berjaya mengambil alih kerajaan daripada BN.


Sebelum itu, pada 2009 ketika mula-mula Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri, tema yang digunapakai ialah 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, sementara pada 2010 dan 2011, temanya adalah 1Malaysia Menjana Transformasi.


Daripada tahun 2000 hingga 2006 pula, tema yang dipersetujui ialah Keranamu Malaysia dan pada 2007 dan 2008 iaitu tahun-tahun terakhir Tun Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri, tema sambutan Hari Kebangsaan ialah Malaysiaku Gemilang dan Perpaduan Teras Kejayaan.


Berdasarkan semua rentetan tema itu, atas logik apa empat negeri PN tiba-tiba mahu menggunakan tema mereka sendiri bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini?


Atas logik apa juga yang menyebabkan mereka tidak setuju dengan tema “Malaysia Malaysia – Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” yang digunakan oleh kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim?


PN sebaliknya mahu menggunakan tema mereka sendiri iaitu Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera.


Sedarkah PN bahawa tema Hari Kebangsaan tahun ini dipilih oleh kerajaan yang dipilih oleh Yang Dipertuan Agong melalui keputusan kabinet dan bukan suka-suka dipilih oleh Anwar Ibrahim, PH, BN atau DAP?


Parti politik langsung tiada kena mengena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan oleh kerana acara sambutannya setiap tahun dihadiri okeh Agong selaku ketua negara, bukankah semua negeri, parti dan rakyat mesti bersatu hati meraikannya?


Jadi, kenapa PN mahu mempolitikkannya dan tidak boleh hormat acara rasmi negara yang dihadiri oleh Agong, bahkan ingin berbeza tema pula?


Ajaran apa yang PN cuba semai sekarang ini?


Apakah mereka cuba derhaka kepada Raja? – ShahbudinHusin 20/08/2023.


https://shahbudindotcom.net/



MAUDUITKA?

 


Khairul Azri


Masalah.


Inilah masalah dengan ahli politik, bila merasa diri dapat sokongan, mula lupa diri dan keluar kenyataan atau beraksi secara berlebih-lebihan.


Hari Kebangsaan, Hari Merdeka itu adalah satu titik penyatuan menjangkaui bangsa, agama, negeri dan sudah tentunya parti politik.


Jadi TIDAK ADA sebarang keperluan untuk 'pecah' dan 'perintah' rakyat di bawah pada Hari di mana kita semua di bawah panji yang sama. 


Panji yang bernama MALAYSIA. Noktah.


Namun aku jangkakan, mungkin akan ada sebahagian penyokong faksi ahli politik ini akan bawa hujah-hujah seperti,


- "Malaysia Madani : Tekad Perpaduan Penuhi Harapan." terlampau political lah, sebab tu depa prefer guna yang lain. 


- Atau alah, dulu 2012, Pakatan Rakyat di kendali PM Anwar dan dianggotai PAS, PKR, DAP ketika itu juga bawa naratif yang sama, ketika kerajaan pusat di bawah DS Najib guna tema Janji Ditepati.. 4 negeri, Kelantan, Kedah Selangor, Pulau Pinang pun guna logo, lagu dan tema yang lain juga.


Masa tu awalnya Kelantan nak guna ‘Menerajui Perubahan’, Kedah nak guna ‘Terus Berbakti’ Pulau Pinang dan Selangor guna ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’. Akhirnya 4 negeri guna ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ berbeza dengan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati oleh kerajaan pusat ketika itu.


- Atau eh bro, Selangor baru tahun lepas bawah MB Amiruddin juga guna tema dan logo yang lain, satu Malaysia guna "Keluarga Malaysia Teguh Bersama.", tapi negeri selangor guna "Kita Selangor Teguh Bersama". Logo pun lain dari logo keluarga Malaysia.


Jawapan aku bagi hujah hujah di atas mudah.


1.  Tema Hari Kebangsaan ini hak mutlak kerajaan, takkan dah lupa masa awak jadi kerajaan apa dia tema kita guna?


"Keluarga Malaysia Teguh Bersama."


Rewind sikit sebelum awak jadi kerajaan, apa tema kerajaan BN pernah guna?


1 Malaysia: Menjana Transformasi

1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.


or the famous,


"55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati".


Kaw punya political temanya, and in some cases, logo punya buruk.


Jadi usahlah nak gaduhkan benda yang semua ahli dan parti politik pernah buat dan akan buat.


2. Pasal 2012 tu betul, masa tu hampir sama seperti keadaan sekarang Pakatan Rakyat tengah rasa padu, dan nak masuk PRU13 maka depa rasa depa nak bawak move nak guna tema, logo sendiri sebijik macam yang Pemuda PN sebut ni atau kenyataan yang negeri Selangor pada tahun lepas guna "Kita Selangor" instead of "Keluarga Malaysia"..


Bagi aku senang je, kalau sebelum ini ada suara suara sumbang, sebut Hari Kebangsaan tidak terasa di negeri negeri tertentu sebab tarikh Merdeka tidak sama seperti negeri² Persekutuan Melayu kita rasa memjengkelkan, rasa nak marah..


Senang kata, sensitiviti kita 'tingling' bila ada disperse and disection pada Hari Kebangsaan kita yang patut diraikan semua.


Tapi hari ini secara tiba tiba kita boleh membenarkan ahli politik membeza-bezakan kita di Malaysia berdasarkan faksi dan kuasa negeri, orang jempol koba we put them to padestal to say this kind of rubbish.


Maka berhenti jap dan tanya balik diri kita, apakah 'kompas' kita sebenarnya?


Negara atau Politikus?

Oooohh INI KISAHNYA




 Aku pun  tak tahu apa isu dengan Mukarami Coffee ni. Tapi baca kenyataan ringkas ini, rasanya isu di sini mungkin Mukarami Coffee buat promosi yang menyebelahi PN.


Aku tak masuk campur. Soal orang nak boikot tak ada kena mengena dengan aku. Cuma akut tertarik dengan sepatah ayat di sini. Syarikat ini mendakwa mereka non-partisan.


Tapi satu hantaran FB oleh Dd Chroninicle bertarikh 28 Jun, mengumumkan dia adalah pemilik baru Mukarami Coffee. Kita pun tahu mat kronik tu tegar PN. Habis tu kenapa mengaku non-partisan?


Sekali lagi, aku tak masuk campur soal boikot. Aku cuma sentuh part spin tu je. Kalau dah penyokong PN, mengaku je kan senang. Kenapa nak berdalih lagi? Takut tak laku ke?


Nampaknya dalam PN ni, spin tu perkara biasa ya. Dari pemimpin utama ke lebai, ke walaon semuanya  pakar spin. Tapi tak mengaku dan tala ke orang lain pulak. Guane boh?


 

Raja Gelap 


TINDAKAN BERKESAN

 



DALANG DIESEL ⛽ TUMPAS LAGI !!!!


Baru Pemangku sebulan dlm kementerian KPDN dah banyak tangkapan di buat.. syabas Datuk Armizan. Terbaik Kerajaan Madani

Anwar Ibrahim 


https://www.thestar.com.my/news/nation/2023/08/20/diesel-smuggling-busted-in-pasir-gudang-47450-litres-seized


LAGI BERITA BOIKOT. KENA BUKA CAWANGAN DI KEDAH PERLIS KELANTAN TERENGGANU

 

Tunggu lagi orang Shah Alam. Mau bagi Karam buang kedai Mukarami ni.


Nasrul Mischamp.




Sebenarnya bukan kerana Zahid tapi… MUHYIDDIN, ZAHID DAN KJ


Norman Radzuan.


Penghasut kata kerana UMNO bersama PH, punca kalah teruk. UMNO sejak 2008 draf mereka menurun iaitu ketika zaman Pak Lah dan Najib. Sejak itu draf mereka tidak pernah semakin baik atau pulih.


Bezanya bila bersama PH, Umno dpt Pahang dan Perak. Bila bersama PH, UMNO boleh bertanding byk kerusi Melayu. 


Jika bersama PN, dua negeri itu ( Pahang dan Perak ) akn jadi milik Bersatu. PN marah UMNO bukan kerana Zahid tapi kerana tidak dpt bentuk kerajaan. Sebab waktu Muhyiddin and the gang kata cukup jumlah signifikannya mereka bersama BN.


Bila BN bersama mereka, Zahid tetap Timbalan Perdana Menteri sepertimana mereka sanggup lantik PM dari Borneo. 


Persoalannya jika UMNO bersama PN adakah pemimpin2 UMNO bersih kartel mahkamah? Sama sahaja cuma mereka boleh org lain tak boleh. Malah jika Muhyiddin yg dipilih menjadi PM saya yakin dia juga setuju dgn Kerajaan Perpaduan.


Sebenarnya bukan sb Zahid PN tolak tapi sb Zahid tolak UMNO bersama PN. Sebab itu mereka yg gagal menjadi Menteri skg hasut ahli2 UMNO minta Zahid letak jawatan. Bezanya PN berjaya hasut org Melayu kononnya DAP yg perintah Malaysia. 


Jika PH buka pekung Gerakan rasanya bagaimana? Bezanya PH tidak suka memainkan isu perkauman kerana isu perkauman akn membinasakan negara.


Tanya saya tidak mengapa kita buat kerja utk 4 tahun ini. Kita buktikan kpd rakyat apa kita lakukan baik utk rakyat. 


KJ sendiri tahu pemimpin PAS itu tidak boleh buat kerja dan ideologinya bahaya utk negara. Sebab itu beliau tidak menyertai PAS mahupun Bersatu walaupun ditawarkan kerusi bertanding.


Malah utk politician seperti KJ lahir dari Universiti Oxford utk menyertai pemahaman ‘lebai’, dia seperti menyerahkan maruah dirinya utk kepentingan politik.


KJ seperti Hishamuddin, Annuar Musa dan lain2 bencikan Zahid sebab yg hampir serupa. Sedangkan KJ dan Shahril dlm komen di podcast mereka ‘Keluar Sekejap’ sering memberi pandangan positif kpd kepimpinan PMX.


90% hujah KJ dan Shahril memuji PMX tetapi 99% negatif kpd Zahid. Kenapa? Ia lebih kpd dendam peribadi. 


KJ dan Shahril disingkirkan oleh partinya yg diketuai Zahid Hamidi. Sebab itu podcast tersebut dinamakan KELUAR SEKEJAP… mesejnya mereka hanya keluar sekejap dari UMNO dan akn kembali.


KJ akui ideologi PAS tidak baik utk masa depan negara. Malah jika membesar seperti kata Zaid Ibrahim semalam, “Racial polarisation today is at the same level as in 1969 the difference is there is no blood on the streets. Not yet.”


PN kuat kerana ektrimis agama. Menakut nakutkan org Melayu dgn DAP. Sepertimana org Melayu ketakutan kpd hantu yg mana 90% tidak pernah nampak hantu pun. 


Tanya apa DAP buat… entah tapi org kata komunis, begitulah pernah nampak hantu… tak pernah tapi dia punya takut mcm pernah nampak 100 kali. Itu kelemahan org Melayu suka dgr khabar angin.


Seperti tulisan saya yg lalu, implikasi org Melayu intelektual atau Melayu bandar yg mengundi PN kerana termakan hasutan bencikan DAP dan Zahid… 10-20 tahun lagi mereka akn dpt melihat malapetakanya.


Bila mereka membesar… ketika fahaman khawarij, takfiri dan rasis ini mempunyai jutaan pengikut, mereka akn sedar dan berkata ‘ tangan ku yg mencipta mereka. Malangnya anak2 aku yg menanggung derita.’


Pada saya implikasinya bukan saja kpd keharmonian dan kestabilan politik seterusnya ekonomi negara. Jgn terkejut 10 tahun lagi dgn fahaman ektrimis ini yg membuatkan politik Semenanjung tidak stabil, Sabah dan Sarawak akn memikirkan nasib mereka.


Kesannya ketika itu sgt besar. Muhyiddin dan Anwar akan mati tetapi ideologi ektrimis, khawarij dan takfiri ini akn terus berkembang. 


Bertanggungjawab lah kpd mereka yg gilakan kuasa yg sanggup mempergunakan sentimen doktrin kebencian antara kaum ini pada jenerasi akn dtg.


Sebab apa saya katakan org Melayu termakan hasutan? Ekonomi semakin baik, pelaburan semakin meningkat, ekonomi Madani diakui suatu yg baik oleh KJ dan Shahril sendiri, kerajaan melawan rasuah… jadi di mana sb org Melayu patut membenci PMX?


Tanya saya jawapannya mudah…selain hasutan org2 politik yg memainkan sentimen agama, mereka di sekeliling kita yg sudah biasa hidup dgnb rasuah adalah mereka yg dilihat sgt kuat menghasut org2 Melayu menolak kerajaan yg anti rasuah.


Mereka kepanasan bila budaya rasuah diserang. Bukan sahaja tidak boleh makan rasuah malah ramai rakan2 mereka telah ditahan, dibicarakan dan dipenjarakan.


Benarlah kata PMX, dia sebenarnya berhadapan dgn kuasa besar atau ‘taikun’ besar yg tidak senang dgn polisinya menentang wang rakyat dicuri.

Tapi kata PMX, dia tidak akan berganjak dan akan lawan tetap lawan.






BERKESAN SANGAT KAH BOIKOT KEDAI WALAUN NI ?


 

AKAN DI UPDATE. GANGUAN TALIAN.



 BLOG AKAN DIUPDATE SELEPAS JAM 2 PETANG.