Dasar wajib pendidikan menengah dalam proses dimuktamadkan



Kementerian Pendidikan (KPM) kini dalam proses memuktamadkan dasar baharu untuk mewajibkan pendidikan di peringkat sekolah menengah.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata dasar baharu yang mewajibkan pembelajaran hingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia itu dijangka akan dapat menangani isu keciciran pelajar.


Beliau juga memaklumkan negara berdepan masalah enrolmen di peringkat prasekolah dan sekolah menengah tetapi bukan bagi sekolah rendah.


"Enrolmen sekolah rendah kita tiada masalah, 99 peratus, kita mencapai sasaran sejagat sebab kita ada dasar pendidikan wajib untuk sekolah rendah," katanya ketika menjadi tetamu program ‘Wanita Question Time’ malam Rabu yang turut menampilkan Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar.


Fadhlina berkata, bagi menyelesaikan masalah enrolmen di peringkat prasekolah pula, KPM memperluas bilangannya dengan menambah 118 lagi prasekolah baharu tahun ini.


Beliau berkata, ia sebagai langkah intervensi awal bagi menghalang keciciran murid di peringkat pendidikan awal kanak-kanak.


"Saya sangat bahagia melihat prasekolah dua sesi, ini menunjukkan prasekolah kita mendapat sambutan jauh lebih baik... sebab itu, kita kena dukung
pendidikan awal supaya prasekolah berada di sekolah rendah," katanya.


Fadhlina juga berkata, dalam usaha kerajaan memastikan tiada keciciran murid termasuk golongan berkeperluan pendidikan khas, intervensi awal penting kerana ia membantu mengenal pasti keperluan mereka dari umur empat hingga enam tahun lagi.

 

'Masalah ekonomi berpunca daripada kelemahan pemimpin sebelum ini'



 Sikap ahli politik dan pemimpin yang lemah dalam mentadbir menjadi punca utama kepada masalah ekonomi negara, tegas Rafizi Ramli.



Rafizi yang juga Timbalan Presiden KEADILAN malam tadi berkata kelemahan ekonomi di negara ini sudah menjadi suatu masalah struktur yang sebati disebabkan tatakelola tidak baik dan terhakisnya amanah dalam kalangan pemimpin yang mentadbir ekonomi.


Atas dasar itu jelasnya, permohonan maaf perlu dibuat kepada rakyat kerana wujudnya pemimpin tidak kompetan, tidak fokus dan tidak terlatih yang pernah berada dalam pentadbiran menyebabkan negara gagal mengatasi masalah struktur itu lebih awal.


"Rakyat terpaksa hidup dalam pentadbiran demi pentadbiran yang hilang punca dan fokus, akhirnya selepas 20 tahun ia menjadi masalah struktur yang sebati dengan ekonomi kita.

"Masalah ekonomi kita tidak boleh diselesaikan dengan kaedah lama kerana ia seolah-olah kekotoran yang tidak dibersihkan itu menjadi karat, masalah struktur ini memerlukan kaedah yang radikal dan penyelesaian luar kotak, bukan lagi pendekatan serupa sebelum ini.


"Justeru, pada peluang ini kita wajar memohon maaf kepada seluruh rakyat kerana pemimpin yang lemah, baik kami dan yang pernah berada dalam pentadbiran tidak fokus dan terlatih menguruskan ekonomi," katanya.


Rafizi berkata begitu pada sesi Debat Model Baharu Ekonomi Malaysia bersama Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman yang disiarkan secara langsung malam tadi.


Mengulas lanjut mengenai apa yang berlaku di Malaysia, beliau menjelaskan, masalah ekonomi dihadapi negara jauh lebih rumit dari apa yang digambarkan kerana ia sudah berakar umbi.


Masalah tersebut tegasnya tidak boleh diselesaikan dengan satu pengumuman dasar saja dan ia perlu diharmonikan melalui satu kerangka ekonomi yang jelas termasuk melalui usaha kerajaan melancarkan Ekonomi Madani dan Dasar Gaji Progresif.

"Masalah struktur pertama membawa kepada masalah struktur kedua iaitu gaji yang dibayar kepada rakyat terlalu rendah dan tidak seiring dengan kenaikan harga barang sejak 20 tahun lalu.


"Struktur ketiga, kedudukan kewangan kerajaan yang lemah, merangsang ekonomi dengan berhutang kemudiannya meninggalkan kesan kepada generasi muda," katanya.

HATI-HATI SERANGAN DI SAAT AKHIR SEBELUM HARI PENGUNDIAN

 

Tempoh berkempen hanya tinggal kurang 48 jam sebelum hari pengundian pada Sabtu, 12 Ogos ini.Esok Jumaat adalah hari paling kritikal bagi setiap parti yang bertanding di mana pecutan akhir kempen biasanya akan dilakukan demi meraih kemenangan.

Mengambil kira apa yang berlaku pada PRU15 lalu, di hari terakhir itulah letaknya punca kejayaan PN memenangi banyak kerusi dengan serangan kempen yang dilakukan lada di saat-saat akhir melalui media sosial, khususnya Tik Tok.

Kempen fitnah, berita sepatuh benar, berita yang dputar dan berita palsu yang berasaskan sentiman kaum, agama serta kebencian yang ditembak pada saat-saat bukan saja telah membuatkan ramai pengundi, khususnya anak-anak muda terpengaruh dengan mainan tersebut, malah membuatkan PH dan BN ketika itu tidak sempat untuk menjawab atau menangkisnya.

Akhirnya ramai yang terpedaya dan PN, bersama modal besar yang dilaburkan, akhirnya berjaya mengutip labanya.

Apakah perkara yang sama bakal berulang lagi pada PRN kali ini?

Apa pun kemungkinannya dan walaupun PH/BN turut sama aktif dalam platform Tik Tok sekarang ini, mereka bagaimanapun haruslah sentiasa bersiap sedia.

Selain Tik Tok, semua platform media soaial lain hendaklah juga sentiasa dipantau dan diberi perhatian.

Walaupun ketika ini sudah bermula sedikit sebanyak serangan daripada PN yang bertemakan sentimen kaum dan agama dimainkan, ia nampak semacam belum begitu serius lagi.

Tetapi, jentara maya PH/BN jangan sesekali leka kerana mungkin serangan mereka akan bermula esok atau sekitar 12 jam sebelum hari pengundian pada hari Sabtu.

Yang penting, bersedialah untuk menjawab dan menangkis apa juga serangan, fitnah, berita separuh benar dan berita palsu yang disebarkan bagi tujuan memperdaya pengundi.

Malah, kalau dilihat pentngnya PRN ini untuk survival masa depan PN, terutama kerana Mahiaddin Md Yasin dalam waktu yang sama ada kes mahkamah dan menantunya pula jadi buruan SPRM, tidak mistahil serangan mereka jauh lebih menggila lagi berbanding ketika PRU15 dahulu.

Maka, sekali lagi diharapkan jangan leka dan bersiap sedialah mulai sekarang dan jangan sampai hanya penyesalan yang datang setelah keputusan PRN diumumkan. – ShahbudinHusin 10/08/2023.




BUAT DI KELANTAN DAN BOLEH ATASI NEGERI LAIN. BARU BOLEH PERCAYA. KALAU NEGERI PALING MISKIN, NAK BAYAR GAJI TAK ADA...JANGAN SALAHKAN KERAJAAN PUSAT

 

Geng tebuk atap… Kestabilan dia mesti ikut bumbung (atap)….




APA MODEL EKONOMI? ANWAR NAIK HELI CAM RETIS, KESTABILAN....TU BUKAN MODEL ....SAMDOL...

 

Gino Marvela.


Debat mlm td tak mencapai matlamat, lain di tanya...lain di jawab. Kita tanya apa model ekonomi nak di bawa, ketua pengawas lebai kata, "mereka nak stability". 


Selama 33 bulan PN memerintah, stabil ka ? 


Stabil jadah apa asyik berebut aku nak jadi menteri, aku nak jadi PM tepi. Kemudian beri model kaki rumah, dinding rumah, bumbung. Dah 30 tahun lebih pas perintah Kelantan, kehidupan rakyat di sana stabil ke dak ? Jauh lg nak sampai kestabilan tu.


Untuk makluman, kerajaan pusat sudah menyalurkan hasil petroleum sebanyak RM400 juta kepada Kelantan pada 2020 dan 2021 hasil lima peratus daripada pengeluaran petroleum di medan-medan berhampiran Kelantan. 


Persoalannya, apa kestabilan yg di beri kpd rakyatnya. Jalan raya buat tak siap, minta kerajaan yg di terajui Anwar bayar hutang tertunggak & teruskan projek sampai siap. Yg peliknya...


- Pada Jun 2016, kerajaan yg di terajui Najib ketika itu telah hapuskan hutang RM56 juta hutang air negeri Kelantan di bawah penstrukturan semula perkhidmatan bekalan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB). 


- Kemudian pada 2023 pentadbiran kerajaan di bawah tangan Anwar, sekali lg Kelantan meminta kerajaan pusat hapuskira hutang air sebanyak RM275 juta! 


Jadi, model ekonomi kestabilan apa yg si Syahir tu cakap ? Memerintah Kelantan, dh buat hutang...tapi hutang minta org hapuskan ?


Peluang jadi kerajaan dah dapat 33bulan. Itu pun hasil tebuk atap. Satu habuk kerja apa pun tak buat. 


Nak cakap model ekonomi (kestabilan), itu bg kami hanya retorik Kelantan ja. Infrastruktur asas rakyat di negeri sendiri pun tak sempurna, inikan pula berkobar nak jadi kerajaan lg. 


Apa yg Muhyiddin buat 17 bulan memerintah, kemudian tukar kepada Mael Sabri 33 bulan...mereka hanya tutup ekonomi (covid), kemudian bila rakyat dh angkat bendera putih, buka kembali ekonomi sikit2. 


Itu saja pun. Pelaburan ketika itu hampir kesemuanya lari ke negara jiran. Indonesia & Vietnam covid juga, tp pelaburan asing FDI mencurah masuk. 


Malaysia hanya bertahan saja. Sambil jual facemask RM5 sekeping, beri projek kerajaan Janawibawa ke kedai perabot apek cina, keluar duit kwsp rakyat sendiri, sakau sana sini hingga kini SPRM masih lg mengejar menantu Muhyiddin, menteri kabinet teramai sekali, duta timur tengah yg tiada fungsi. 


Model apa yg mereka bawa ? Yillek!!! 


PN dan pas hanya bawa omongan kosong saja. Nak berkuasa semula bukan nak selamatkan negara, tp nak tutup kes kebobrokan yg di buat selama 33 bulan memerintah dahulu. 


Model kestabilan yg di gemburkan, amat jauh sekali. 😊



[panas] SANUSI DILONDEHKAN DI PEDU MEMALUKAN! LOKMAN ADAM BALUN KAW KAW ...

KEMBALI!! - SANUSI TIBAI PMX LAGI | Kenapa biarkan Nusi bermaharaja lela??

"Kita berbahas atau kelas membaca hari ini?" soal Rafizi



"Sebab itu saya ajak berbahas sebab berdasarkan rekod-rekod daripada Presiden hingga orang paling pandai dalam Pas pun tidak menjawab soalan moderator, tapi berpusing-pusing," kata Rafizi Ramli.


Tiada menang atau kalah dalam debat - Rafizi Ramli


Jelas Rafizi Ramli, segala yang perlu dijelaskan mengenai cabaran ekonomi dan kerangka ekonomi Malaysia Madani dapat disampaikan kepada rakyat.

BALING BATU SEMBUNYI TANGAN



Adrian Lim


FB mengeluarkan laporan menyatakan PN Selangor telah membelanjakan puluhan ribu untuk "boost" posting memfitnah MB Selangor.


Saya mengikuti isu Gerbang Maritim Selangor sebab nampak gempak. Wow. RM10 bilion.


Yang saya perhatikan...


Yang lantang menggoreng isu ini cuma pencacai dan akaun palsu di media sosial.

Seorang pencacai menyorok di Manshester, UK.

Seorang lagi pencacai hilang kerja lantikan politik selepas PN kalah.


Kedua-duanya tidak mempunyai apa-apa kredibiliti. Kalau disaman pun bukannya ada apa-apa hasil sebab seorang di luar negara, seorang lagi takde duit untuk bayar pampasan.


Anehnya. Takde seorang pun pemimpin PN yang mempunyai duit berani mengulangi pertuduhan yang sama.


Muhyiddin Bersatu senyap.

Azmin Bersatu senyap.

Ahmad Yunus Pas senyap.

Senyap je...


Sepatutnya, kalau pertuduhan yang dibuat mempunyai asas, sudah tentunya Muhyiddin, Azmin dan Yunus akan berceramah tentang isu ini untuk political mileage. Lebih-lebih lagi musim PRN.


Contoh.

Rafizi bongkar NFC.

Tony Pua bongkar 1MDB.

Saifuddin bongkar REE.


Berani kerana benar.

Pembongkar tak makan saman sekiranya pembongkaran yang dibuat mempunyai asas dan kebenaran.


Tapi tu lah. Aneh sungguh. Kenapa takde seorang pemimpin PN berani ulangi pertuduhan-pertuduhan yang dilempar dalam media sosial.


ZAMAN PENGUNDI HANTU TU 15 TAHUN DULU. JAMPI SIKIT PI TANGKAP..SOH FAWWAZ JAMPI

 





Bab reka cerita, buat fitnah, itu memang kepakaran PAS. Tapi kalau suruh tunjuk bukti, memang gagap la seumur hidup. Jenis cakap main hembus, mana ada fakta.


Ni tuduh pengundi hantu di Pulau Pinang. Tapi bukti tak ada. Cukup "kami yakin". Dia sendiri yang kata enggan buat laporan polis kerana belum ada bukti kukuh lagi.


Kalau tak ada bukti, nak kecohkan tu kenapa? Buat fitnah la tu kan? Lain kali kalau nak jadikan isu, bagi video sekali macam sumpah Wallahi tu. Baru betul. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


PAKAI LA TAKTIK LAIN .TU TAK TIK LAMA DAH.

 




Kan dah cakap, the last 3 days depa pulun. 


I heard enough of political stunts and black operation. And I won’t be surprise if it was self planted. 


Sama je setiap pilihanraya. Kalau korang perasan stunt yang sama. 


Alahai… sekarang dah tahun 2023. Cari la benda cerdik sikit politisyen oiii…. 


~LM~



Keh..Keh...keh

 Level TEKNOKERAT Pas ..




x prepare apa², dia amik jawapan ChatGpt dan baca pantun d medan debat. 


Dasar lebai pas ... Mmg x tahu apa²...tapi berlagak mcm dia yg cipta roket 😋

KESTABILAN PATUT TAK KALUT TEBUK ATAP

 

MMMS


Nasib baik stop sampai bayangan. Kalau jadi realiti, may Allah have mercy on our souls.




ULASAN RINGKAS


Norman Radzuan



*Shahir kena kuat iman… kena tenang.

*Shahir kena byk pengetahuan dan jgn seperti Tuan beg ditanya lain dijawab lain.

*Shahir tidak boleh mengharap atau terikat dgn nota tetapi hujahan lebih kpd umum dan menyakinkan.

*Shahir mula emosi apabila cuba mengubah format debat.


*Rafizi tenang dan membuat checkmate disaat akhir.

*Rafizi terlalu bicara secara intelektual sdgkan byk bola tanggung diberikan Shahir.

*Rafizi telah membuka pekung bagaimana pemimpin PAS masih tiada tokoh ekonomi yg baik utk bicara secara intelektual.


Persoalan yg membuat saya tertanya tanya seperti ada tidak kena yg perlu siasatan. Bagaimana infografik boleh ditayangkan dlm pendebatan. Lebih hebat Shahir adalah dari pembangkang.


Ia tidak pernah berlaku dlm mana2 debat sebelum ini walaupun melibatkan DS Anwar  dan DS Najib. Kita perlu bertanya kpd Rafizi adakah beliau bersetuju dgn info grafik tersebut atau dia sendiri tidak mengetahuinya hingga saya lihat ia seolah Shahir sdg membuat pembentangan bajet.


Rumusan Shahir perlu membuktikan beliau mampu mengubah ekonomi Kelantan dahulu sebelum bicara soal ekonomi negara. Mengapa Kelantan terus berharap kpd pusat utk membayar gaji kakitangan dan pertumbuhan ekonomi mereka. 


Shahir lupa negeri2 yg ditadbir PAS mundur dan miskin. Shahir juga lupa PH 2018 telah memberi wang royalti tetapi kerajaan PN telah mengubahnya kembali kpd wang ihsan. 


Terima kasih Shahir beritahu HUTANG wajib dibayar oleh kerajaan Kelantan. Walaupun kdg2 ditanya lain dijawab lain, gagal dlm berpantun dan kadang2 emosi… anda tetap anak jantan berbanding Sanusi.