PEMUDA PAS KUANTAN RUPENYA- DIA NGAKU KOK LANAS- KOMAN SPANA PUNYA WALAUN


 

TU NO- AWAT LA HANG NI SAMDOL ?- TAK CERDIK NO..NAK BUAT LAGU MANA....


 

PEDIA NI ABANG......TU LA..DEPA NI MENYAKAW JUGAK NO....


 

ANWAR BAIK DENGAN SESIAPA PUN


 

HASSA KARIM SEPATUTNYA TERUS JUMPA ANWAR- MUDAH KAH NAK JUMPA PM...


 

LIVE !! MAHKAMAH HARI INI, MENGAPA MUHYIDIN GELABAH?

AZMIN JANGAN BANYAK CAKAP, KAMU PUN ADA KES

UNTUK BUKTIKAN BERSATU TIDAK SAMA PERANGAI MACAM UMNO, WAN SAIFUL MESTI LETAK JAWATAN KETUA PENERANGAN


 Bersatu sering menggambarkan ia sebuah parti yang berbeza dengan UMNO.

Ketika sejumlah pemimpin UMNO didakwa di mahkamah, Bersatu selalu berbangga ia memiliki pemimpin yang bersih dan tidak termasuk dalam kelompok kluster mahkamah.

Malah ketika Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi didakwa di mahkamah dan tidak berundur daripada jawatannya, perkara itu adalah momokan lumayan yang digunakan Bersatu untuk menghentam UMNO.

Keadaan Zahid Hamidi yang masih bergayut pada jawatannya itu digambarkan beliau mahu menggunakan kedudukannya dalam UMNO sebagai perisai pelindungnya.

Bahkan boleh juga dikata menggunakan UMNO dan seluruh ahli sebagai perisainya

Tidak cukup dengan itu, lantaran bangga kerana memiliki pemimpin yang bersih itu, PN yang ditunjangi Bersatu turut menggunakan ungkapan “PN Best” sebagai slogannya.

Buat sementara waktu, memang diakui Bersatu memiliki pemimpin-pemimpin yang belum tercemar dengan gelaran kluster mahkamah dan itulah barangkali yang mendorong parti itu lebih diyakini pengundi berbanding UMNO pada PRU15 yang lalu.

Tetapi, dengan pendakwaan terhadap Wan Saiful Wan Jan, tambahan lagi berdasarkan pertuduhan meminta dan menerima wang rasuah sejumlah RM6.9 juta daripada seorang tauke Cina yang dimasukkan ke dalam akaun syarikat peribadi miliknya sendiri, Bersatu dan PN dengan sendirinya telah tercemar imejnya.

Kalau diambil kira dengan pendedahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said yang menyebut, selain Wan Saiful, sejumlah ahli keluarga pemimpin Bersatu juga didapati turut memperolehi projek melalui inisiatif Jana Wibawa sebagaimana salah laku yang dilakukan Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu.

Ini memberi gambaran, selepas Wan Saiful, kemungkinan besar beberapa lagi pemimpin Bersatu bakal menjadi ahli kluster mahkamah juga selepas ini kerana dakwaan salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi.

Tidak kurang ada yang berkata, Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin sendiri tidak mustahil bakal dldakwa juga berkaitan Jana Wibawa itu.

Apa pun, dengan pendakwaan terhadap Wan Saiful, Bersatu tidak boleh lagi mendabik dada bangga dengan imej bersih yang ada padanya ketika ini.

Imej bersih Bersatu hanya dapat dipertahankan jika Wan Saiful, sementara kesnya menunggu tarikh dibicarakan, sedia bersikap “gentleman” dan berundur diri daripada jawatan Ketua Penerangan yang disandangnya sekarang.

Sekurang-kurangnya dengan berundur atau meletak jawatan itu, Wan Saiful tidak menggunakan jawatannya dalam parti sebaga perisai untuk melindunginya.

Hanya dengan berbuat demikian, imej bersih Bersatu terhindar daripada diheret dalam pertuduhan yang dikenakan terhadap Wan Saiful.

Sekaligus ia dapat benar-benar meletakkan parti itu berbeza perangai dengan UMNO.

Jika tidak meletakkan jawatan dan masih lagi bergayut dengan jawatan Ketua Penerangan Bersatu, apa bezanya Wan Saiful dengan Zahid Hamidi dan lain-lain pemimpin UMNO yang didakwa di mahkamah?

Dengan Wan Saiful tidak meletakkan jawatan, makna kata slogan “PN Best” pun sudah patut ditukar kepada “PN Tidak Lagi Best”. – ShahbudinHiusin 22/02/2023.



EH..EH..SIAPA DULU SIAPA KEMUDIAN...KASA PUN ADA KES NIH....JAGA JAGA YA....

 



Tuan Ibharim berkata, kenyataan DS Anwar tentang sesuatu isu mendahului penyiasat. Dalam masa yang sama, dia kata lebih ramai pemimpin PN yang akan ditahan. Eh, siapa yang mendahului siasatan ni?


Tuan Ibharim kata kenyataan DS Anwar adalah bagi membina persepsi sebagai persediaan menghadapi PRN. Dalam masa yang sama, pemimpin PN sendiri sedang bina persepsi DS Anwar sedang cuba balas dendam.


Hakikatnya, semua tuduhan mereka yang DS Anwar lakukan sebenarnya sedang mereka lakukan sendiri terhadap DS Anwar. Bina persepsi, bunuh karakter, fitnah, kenyataan mendahului siasatan serta banyak lagi.


Agaknya apa yang mereka pernah buat kepada DS Anwar sampai mereka kata DS Anwar nak balas dendam ye? Sebab yang kita rakyat faham, kalau DS Anwar nak balas dendam, dah tentu Mahathir akan jadi calon pilihan utama.


Tapi Mahathir yang paling banyak susahkan hidup DS Anwar tak terusik. Sebaliknya PN  pula yang terasa sedang didendam. Mesti ada dosa agung mereka terhadap DS Anwar. Share la sikit. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


SEKURANG KURANGNYA IA MENAMPAKKAN ADANYA DEMOKRASI DALAM PKR.

 



Apa yang Hassan Karim dah buat? Kenapa nampak macam dia nak runtuhkan kerajaan perpaduan ini?

 

Sejujurnya, aku pun tak gembira dengan perbuatan dia. Tapi kalau sampai nak ambil tindakan, aku tak rasa perlu. Malah kalau tindakan diambil, itu hanya akan merosakkan lagi nama Keadilan.

 

Setidaknya Keadilan dapat buktikan parti itu lebih demokratik berbanding PAS. Jangan lupa apa yang berlaku kepada AJK PAS Pusat khairuddin Aman Razali yang digugurkan dari jawatan hanya selepas dua bulan menjawatnya?

 

Itupun cuma sekadar bocor rakaman audio yang dia pertikai tindakan Presiden PAS nampak lebih akrab dengan Bersatu dan mengabaikan UMNO. Tak ada pun serang presiden secara melampau.

 

Tapi Keadilan, walaupun keras serangan Hassan terhadap DS Anwar, semenjak dari pembentukan Kerajaan Perpaduan ini lagi, tidak ada sebarang tindakan pun yang diambil.

 

Kerana dalam Keadilan, memang dipraktikkan hak kebebasan bersuara. Tiada wala buta serta sikap  mendewakan presiden hingga tak boleh langsung presiden dikritik. Itu sifat diktator.

 

Jadi biarkanlah dia bersama puak sebelah sana terus menfkeitik. Suara yang menongkah arus juga kita perlukan sebagai realiti check dan memastikan PM tak tersalah langkah.

 

Memang apa yang dikatakannya digunakan sebagai bahan oleh puak sana. Tapi apa nak dihairankan? Puak itu, benda elok pun mereka putar bagi nampak buruk. Mereka akan gunakan apa saja demi capai tujuan jatuhkan kerajaan.

 

Seorang ini, tugas DS Anwar untuk buktikan segala kebimbangan yang disuarakan oleh Hassan Karim adalah salah dan tidak berasas. Aku rasa DS Anwar takkan ada masalah untuk lakukan itu. Guane boh?

 

 

Raja Gelap 

.

 



PP vs WAN SAIFUL WAN JAN

 PP vs WAN SAIFUL WAN JAN


Saya rumuskan pertuduhan kes Ketua Penerangan Bersatu semalam. 

 

1. Tuduhan: meminta dan menerima suapan bawah seksyen 16 Akta SPRM (sama seksyen kesalahan dengan kes DS Rosmah Mansur), boleh kena penjara 20 tahun dan denda 5 kali nilai suapan. 

 

2. Suapan bentuk apa: Komisyen projek “Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur”.

 

3. Amaun komisyen: RM6.96juta daripada RM232 juta, bersamaan dengan 3% nilai Projek. 

 

4. Pemberi Suapan: Lian Tan Chuan dari syarikat Nepturis Sdn Bhd.

 

5. Tujuan suapan: bantu dalam dapatkan Surat Setuju Terima bagi dana Jana Wibawa, program Kerajaan untuk bantu kontraktor Bumiputera ketika pandemik Covid-19. 

 

6. Mode bayaran: transfer dari bank syarikat Nepturis ke akaun bank syarikat Wan Saiful yang dia merupakan tuan punya tunggal. Takde rakan kongsi. Serupa masuk masuk akaun sendiri. 

 

****************************************************

 

Ini semua fakta dakwaan kes yang Pendakwaraya kena buktikan. 

 

Dalam kes rasuah sebegini, komisyen senang dibuktikan kalau ada money trail. Tambah kalau wire transfer dari satu bank ke bank yang lain. Itu saya rasa, kalau terbukti ada, Pembelaaan pun takkan bantah. 

 

Yang sedikit mencabar untuk Pendakwaraya buktikan ialah: 

 

(1) bayaran itu memang bentuk komisyen projek bukan hanya dana politik. 

 

(2) Tertuduh ada kuasa dalam mempengaruhi keputusan pemberian award projek dan dia ada usaha untuk campur tangan. 

 

Pada saya, kita hanya tahu bila kes berjalan.

 

***************************************************

 

Dalam kes berprofil tinggi sebegini, tak boleh lari dari sentimen awam. Court of public opinion, omputih cakap. 

 

Sentimen yang membuak dalam diri saya, KALAU BETULLAH pertuduhan yang ada:

 

1. Macam mana projek untuk Kontraktor Bumiputera tapi yang melobi untuk dapat projek syarikat Cina? 

 

2. Dalam kita pandemik dan darurat, senang betul politician cari makan. RM6.9juta satu projek. Berapa bangunan sekolah boleh dibina dengan amaun tu? I wonder. 

 

3. Yang kena dalam Bersatu semua MP Muda, Syed Saddiq terdahulu sekarang WSWJ pula. Adakah politikus senior dalam parti baik2 saja? 

 

4. Adakah semua parti Melayu berperangai sama? Dulu kita tibai UMNO, yang gantinya Hoi Ya Hoi juga?

 

Saya harap di Mahkamah, kebenaran akan terserlah jua. 

 

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

 


BILA TERDESAK , HABIS DI TUDUHNYA

 



Doa terdesak, habis semua orang dituduhnya jadi dalang. Sebelum ni tuduh DS Anwar yang nak balas dendam. Mungkin dia fikir tak logik DS Anwar nak balas dendam pada dia, jadi dia tukar plot, sangkut nama Zahid Hamidi pula.


Cakap memang murah. Tak perlu bayar pun sesen pun. Melainkan kalau disaman. Bagusnya kalau DS Zahid Hamidi kasi saman sama Mahiaddin ni. Tengok berani ke tidak dia. Mampu tak dia buktikan segala tuduhan yang dia buat.


Tuduhan Mahiaddin ni merosakkan imej Kerajaan Perpaduan secara keseluruhan. Jangan dibiarkan dia teruskan agenda fitnah dia. Bawa ke mahkamah biar dia tahu langit tinggi ke rendah. Selalu sangat dia main hembus je. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


DIA BUKAN KRITIK- TETAPI DIA MEMFITNAH -ELOK AMBIL TINDAKAN - TAK KAN KERAJAAN NAK DIAMKAN SAHAJA ? TUDUHAN SERIUS INI KALAU TIDAK DIAMBIL TINDAKAN NAMPAK SANGAT KERAJAAN INI TIADA WIBAWA


 

MAMAT NI DAKWA SPRM OFFER WAN SAIFUL 10 JUTA UNTUK MENGAKU-ORANG MUNAFIK BOLEH PERCAYA KAH ?


 

SPRM DAKWA INDIVIDU FITNAH ADALAH TIDAK BERWIBAWA


 

TIMBALAN PRESIDEN PAS DAKWA UCAPAN YDPA DISEDIAKAN KERAJAAN- JADINYA APA HAK KAMU - SEOLAH OLAHNYA RAJA RAJA MELAYU TAK BERWIBAWA ?


 

6 KONTROVERSI POJEK GAGAL / MEMBAZIR KERAJAAN PN 2021


 

812 JUTA- PEMBANGGUNAN PUTRAJAYA- BAYANGKAN JIKA ANWAR TIDAK MENJADI PM


 

PKMM KATA JANA WIBAWA TIDAK DAPAT KECUALI YANG RAPAT DENGAN PIMPINAN PARTI


 

ADAKAH FITNAH HALAL DALAM CERAMAH POLITIK


 

KES KELEMAHAN VENTILATOR 13 JUTA - PEMBAZIRAN DAN SALAH URUS- LAIN ORDER LAIN DAPAT


 

BERTEKAK PASAI TITAH AGONG DIBUAT OLEH MENTERI KABINET- DIA INGAT KERAJAAN DIA MACAM KERAJAAN INI ? KES KASA PUN DIA TAK TAU...NAK HARAP APA LAGI ?


 

BUKAN TERANCANG PUN- TETAPI DAH BOLEH AGAK LAH SEBAB BUKTI DAH ADA DI KEMENTERIAN KEWANGAN


 

MASA JADI MENTERI DULU- SAMA MASAJADI MENTERI KESIHATAN.


 

YB SANY- ISU TALIAN MACAM SETAN- POTONG CEPAT SAJA, TAPI MUTU PANGGILAN MACAM PELAQ-KEMENTERIAN KOMUNIKASI SILA CELIK MATA- ISU DAH NAIK DALAM DEWAN.


 

PART 1 - MUHYIDDIN AKAN DIDAKWA


 

PART 2- PEROMPAK BAKAL KENA


 

PENDAKWAAN TERPILIH KATA MAHIADDIN- BETUL LAH TU- TAPI DUIT 300 JUTA MEMANG MENAKJUBKAN


 

ISU MENU RAHMAH- AYAT BETUL LA TU......SEBAB CACER...AUTISME....AUTISME- ORANG PERTIKAIKAN


 

AGONG LAYAN BUDAK SELAMBA JE


 

TAK DAKWA DIA KATA KERAJAAN TUDUH DULU- BILA DAKWA KATA TERPILIH....


 

TEGURAN PM TERHADAP AHLI PARLIMEN- JANGAN JADI SARKAS


 

SAKAW SAKAW SAKAW......


 

PENDAKWAAN KERANA KESALAHAN MEMANG ADA PADA WAN SAIFUL, BUKAN DISEBABKAN ZAHID HAMIDI JADI DALANG ATAU ANWAR SEORANG PENDENDAM

 

Dalam reaksi awalnya berhubung pertuduhan rasuah RM6.9 juta terhadap Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkaitan projek Jana Wibawa, Presiden Bersatu Mahiaddin Md Yasin menuduh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sebagai dalang di sebaliknya.

Katanya, beliau percaya, pendakwaan kes mahkamah terhadap Wan Saiful itu didalangi Zahid Hamidi yang bertujuan untuk melemahkan partinya.

Katanya, sebelum ini terdapat kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Zahid Hamidi seolah-olah menjadi bentuk percubaan untuk menuduh Bersatu sebagai puak “kluster mahkamah”.

“Selepas ini akan ada kluster baru mahkamah juga. Jadi itu merupakan satu perkara yang dah awal-awal ‘pre-attempt’.

“Jadi apa yang berlaku adalah perkara yang saya fikir (sudah) dirancang dan terancang,” katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Muhyiddin seterusnya berkata dalang itu diusahakan antara BN dan PH yang tidak senang dengan sokongan rakyat terhadap PN yang semakin kuat pada PRU15 lalu. 

Atas sebab itu, katanya, pendakwaan Wan Saiful pada hari ini adalah pendakwaan terpilih dan parti itu sudah menjadi sasaran untuk dilemahkan.

Beberapa pemimpin PN yang lain kemudiannya secara berduyun-duyun juga menyifatkan pendakwaan terhadap Wan Saiful adalah suatu bentuk pendakwan terpilih terhadap blok pembangkang.

Mereka berkata, ia menunjukkan Anwar mempunyai sifat pendendam terhadap PN.

Malah Wan Saiful sendiri menyifatkan pendakwaan terhadapnya adalah suatu bentuk pendakwaan terpilih.

Katanya, mereka melakukan pendakwaan terpilih itu bertujuan mengalih perhatian terhadap kegagalan kerajaan perpaduan mentadbir negara.

Hoi…hoi ya hoi…

Atas apa alasan sekali pun cubaan untuk membela Wan Saiful, baik ia dikatakan didalangi Zahid Hamidi, pendakwaan terpilih, dendam Anwar atau apa saja, satu hakikat yang semua orang harus sedar ialah ada kesalahan atau perlanggaran undang-undang telah dilakukan oleh Ketua Penerangan Bersatu itu.

Siapa suruh dia minta dan ambil rasuah sebanyak RM6.9 juta daripada seorang tauke Cina yang dibantunya untuk mendapatkan projek Jana Wibawa itu?

Ehhh…bukankah Jana Wibawa adalah singkatan perkataan – Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa – tapi bagaimana tauke syarikat yang berurusan dan memberinya wang rasuah RM6.9 juta untuk projek “Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur” itu bernama Lian Tan Chuan?

Tidakkah ini suatu pengkhianatan kepada agenda ekonomi Bumiputera?

Kemudian, kenapa wang rasuah itu dimasukkan ke dalam akuan bank milik syarikat peribadinya sendiri?

Perkara pokok yang perlu difahami di sini, jika Wan Saiful tidak meminta dan tidak menerima wang RM6.9 juta itu dan tidak pula memasukkannya ke dalam akaun syarikatnya sendiri, sudah tentu mustahil sesuatu tindakan dapat diambil terhadapnya.

Bolehkah direka-reka tuduhan jika kesalahan tidak dilakukan oleh Wan Wan Saiful sendiri?

Bolehkah ia dikata pendakwaan terpilih, kerana dendam Anwar kepada PN atau didalangi Zahid Hamidi, sedangkan Wan Saiful sendiri didapati oleh SPRM telah melakukan kesalahan?

Bukankah jika SPRM tidak mendakwa Wan Saiful, sedangkan ada kesalahan telah dikesan dilakukannya, maka itulah sebenarnya dinamakan pendakwaan terpilih?

Untuk itu, kepada Mahiaddin dan lain-lain pemimpin PN, sebelum cuba mencari helah dengan menyalahkan orang lain sebagai dalang, dendam atau pendakwaan terpilih, lebih baik “hempuk” dulu Wan Saiful atas perbuatannya itu. – ShahbudinHusin 21/02/2023.



MUHYIDDIN BUKAN SAKSI TETAPI DIA ADA LAH SUSPEK PENJENAYAH


 

CIK ADIK MANIS NI NAFIKAN TOHMAHAN WALAUN ANWAR LARI KE TUEKIE KERANA TAKUT


 

ABANG NI KATA MUHYIDDIN SALAHKAN ZAHID- TAK SALAHKAN DSAI KERANA DSAI DAH BAGI TAHU AWAL AWAL SEWAKTU SEMAKAN FAIL DI KEMENTERIAN KEWANGAN


 

TANAH KAMPUNGBARU- PM KATA TAK BOLEH LEASING TANAH 90 TAHUN BAGAI- IANYA TETAP TANAH MELAYU


 

LOKMAN ADAM ISU KWSP- TEMPELAK SHAHIDAN KASSIM- TERANGKAN KENAPA TAK BOLEH KELUARKAN


 

KEMAJUAN TENTANG PANDORA PAPER- PM PUAS HATI SIASATAN SEDANG BERLANGSUNG.


 

ANWAR JAWAB YB NGOK TANYA SOLAN MAKAN DIRI. KES ZAHID HAMIDI JADI TPM.


 

MAMAT NI NAK ATTACK MUHYIDDIN YASSIN- NAK BAGI ANWAR PERINTAH LAMA SIKIT


 

PEGAWAI SPRM BUAT LIVE TIKTOK- SILA DENGAR APA DIA BINCANGKAN BERSAMA PENGIKUTNYA


 

HABIS KAU TOLONG SAPA?

 

Presiden kontraktor bumiputera kata ahli bawah naungannya tiada yang dapat projek jana wibawa, jadi siapalah yang dapat projek tu...abah direct nego dengan siapa tu?? Kontraktor bumiputera tak dapat Apa.




JAWAPAN PADU! DS ANWAR IBRAHIM TUDUHAN LEBAI YANG TIDAK BERFAKTA!

MP JERANTUT SELALU BILA TANYA BOLA TANGGUNG - MGNews: MP Pas Kaitkan Ahmad Zahid Dengan Kerajaan Madani: Ini Jawapan A...

Surat setuju projek Jana Wibawa libat ahli keluarga pemimpin politik


Beberapa senarai Surat Setuju Terima (SST) yang dikeluarkan menerusi projek di bawah Jana Wibawa melibatkan ahli keluarga pemimpin utama parti politik tertentu. Bagaimanapun, Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Azalina Othman Said berkata SPRM setakat ini belum dapat mengenal pasti nilai sebenar projek tersebut.


NASIB TAK JADI KERAJAAN- MAIN HENTAM CAKAP SAJA...


 

INI LAH PERTUDUHAN YANG DIKENAKAN

 Ahli Parlimen PN Wan Saiful Wan Jan didakwa meminta suapan wang daripada syarikat Nepturis Sdn Bhd untuk mendapatkan projek 'Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur' daripada kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang jumlah keseluruhannya RM232,000,000.


Wan Saiful juga dituduh menerima bagi dirinya suatu suapan iaitu wang tunai sejumlah RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Syarikat Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat Nepturis mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek tersebut.


Nama lama syarikat WSA Advisory Group ialah Wan Saiful & Associates Sdn Bhd.


Wan Saiful merupakan pengarah dan pemilik 100% syarikat WSA Advisory Group.


Oh... wang masuk akaun ya? 


Wang digunakan untuk apa, ya?



DUIT ADA 6.9 JUTA DALAM AKAUN