MB Kedah mahu lokasi bencana diisytihar bencana Tahap 1,2.Harap pengerusi lajnah pas penang p buat report.aku sertakan laporan lepas.

 

PAS buat laporan polis ke atas kerajaan negeri.



PENGERUSI Lajnah Tanah PAS negeri Pulau Pinang, Yacoob Omar (tengah) semasa sidang media selepas membuat laporan polis mengenai banjir kilat di Pulau Pinang terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Georgetown. - Foto Ramdzan Masiam




MB Kedah mahu lokasi bencana diisytihar bencana Tahap 1,2

Banjir besar melanda daerah Baling, Kedah petang semalam menyebabkan beberapa rumah hanyut, dan tiga penduduk dikhuatiri hilang. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor mahu kawasan di beberapa kampung di Baling, Kedah yang musnah teruk akibat banjir diisytihar sebagai kawasan darurat bencana Tahap 1 atau 2 selari dengan situasi dan bidang kuasa yang ada.

Beliau berkata, pengisytiharan itu amat penting bagi mempercepatkan operasi bantuan daripada agensi negeri dan persekutuan berdasarkan bajet sedia ada di agensi masing-masing.

“Menurut Arahan MKN20, kuasa mengisytiharkan darurat bencana (Tahap 3) terletak di tangan perdana menteri atas nasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).

“Bagi darurat bencana Tahap 1, ia boleh diisytiharkan oleh pegawai daerah selaku pengarah JPBP,” katanya di Facebook.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) pagi ini yang akan dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Kedah, Ammar Shaikh Mahmood Naim selaku pengarah JPBN.

Banjir besar melanda Baling petang semalam menyebabkan beberapa rumah hanyut, dan tiga penghuni masih belum ditemui.

Sementara itu, Sanusi berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bahawa hujan lebat di Baling menyebabkan air sungai melimpah dan taburan hujan yang disukat di semua pusat cerapan sepanjang sungai menunjukkan kapasiti hujan yang banyak.

Katanya, dakwaan penduduk bahawa beberapa tandak tadahan air masyarakat di Gunung Inas pecah juga akan disiasat oleh agensi terbabit dan Jabatan Perhutanan untuk menentukan kesahihannya.

“Buat masa ini, ia belum dapat disahkan,” katanya.

TIK TOK PLANTATION MUSANG KING CIPTAAN TERBARU SELUAS 30,000 EKAR - MANGSA RAKYAT KEDAH ...KAH KAH


 

KISAH KEGAGALAN PAS- JAWAPAN UNTUK NIK AMAR TENTANG WAKIL RAKYAT CAP AYAM


 

TIK TOK- SEBENARNYA DUA DUA CAP AYAM...KAH..KAH.....NIK AMAR CAP BALAK


 

Baling Banjir: Sembilan sekolah terjejas, JPN & PPD diarah siap sedia

 


Afiezy Azaman
Baling Banjir: Sembilan sekolah terjejas, JPN & PPD diarah siap sedia
Kejadian banjir di daerah Baling, Kedah yang berlaku petang semalam turut menjejaskan sekolah bawah KPM di kawasan terlibat. - Foto Facebook/Radzi Jidin
KUALA LUMPUR: Sebanyak sembilan buah sekolah di daerah Baling, Kedah terjejas akibat banjir yang melanda di kawasan itu sejak petang, semalam.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah diminta bersiap sedia dan mengambil tindakan sewajarnya.
"Ini termasuk membuka sekolah untuk dijadikan pusat penempatan sementara (PPS) mangsa banjir.
"Saya akan terus mengikuti perkembangan situasi ini dan memastikan kebajikan warga pendidikan yang terkesan diberikan perhatian.
"Sama-sama kita doakan semoga banjir tidak berlarutan dan usaha membantu serta menyelamatkan penduduk terlibat dipermudahkan," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, pada Selasa.
Kejadian banjir di Baling semalam berlaku berikutan hujan lebat berterusan selama tiga jam sejak 2 petang sehingga menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan penduduk.

TIKTOK :BANJIR KERANA MUSANG KING ? ATAU TEBANG BALAK ?


 

WAJAH PEMBOHONG


 

Pemimpin kerajaan langsung tiada empati kepada rakyat, hanya sibuk bergaduh dan bertelagah, kata Asmuni

 

Pemimpin kerajaan langsung tiada empati kepada rakyat, hanya sibuk bergaduh dan bertelagah, kata Asmuni

Pemimpin kerajaan langsung tiada empati kepada rakyat, hanya sibuk bergaduh dan bertelagah, kata Asmuni

Dalam keadaan yang semakin tidak menentu pada hari ini, baik dari aspek politik, ekonomi dan kehidupan rakyat, Malaysia seolah-olah sudah hilang kompas hala tuju dan pengurusan yang tidak membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Pengerusi AMANAH Negeri Perak, Dato’ Haji Asmuni Awi berkata sejak tahun lalu, kenaikan kos sara hidup semakin menjadi-jadi dan dalam keadaan banyak negara menyediakan pelan dan perancangan untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat, Putrajaya masih kelam dan kabur tanpa solusi yang konkrit.

Harga Ayam, Minyak Masak, Sayur-Sayuran, barang keperluan asas lain, hampir semuanya meningkat pada kadar yang sangat menekan dan membebankan.

Dengan alasan yang tidak munasabah, kerajaan di bawah BN dan PN, kekal begitu, dan hanya menyajikan jawapan politik menyelamatkan diri, katanya lagi semasa memberikan ucaptama dalam Konvensyen AMANAH Negeri Perak 2022 disini semalam

“Akan kaji, akan selidik, akan teliti, akan pantau, akan bentang, akan umum, akan mesyuarat, semua jenis ‘akan’ menjadi jawapan mereka kepada rakyat.”

Menurut Asmuni, apa yang lebih menjengkelkan, dalam keadaan rakyat semakin lemas, mereka sibuk mencatur strategi dan bermain politik untuk selamatkan diri dan survival parti masing-masing.

“Dalam sibuk mereka bergaduh dan bertelagah, dedah mendedah, cabar mencabar, cakar-mencakar, tikam-menikam, tanpa mereka sedar, pelabur semakin menjauhkan diri, ringgit terus jatuh menjunam,” katanya lagi

Apakah mereka sedar bahawa keadaan rakyat semakin melarat dengan apa yang berlaku pada hari ini dan apakah mereka tidak ada langsung empati pada rakyat.

Asmuni turut berkata, sebagai sebuah parti yang benar-benar memahami denyut nadi rakyat, melalui program turun padang dan melihat sendiri keadaan rakyat di lapangan, PH harus bertekad dengan bersungguh-sungguh, mengubah keadaan yang berlaku dengan kembali mengambil alih tampuk pentadbiran negara.

“Kita tidak boleh biarkan keadaan terus melarat, dengan negara dan negeri ini dipimpin oleh parti yang pentingkan hal mereka dan kleptokrat semata-mata lebih daripada kepentingan rakyat jelata.” tegas Asmuni.

DULU PAS BAGI GRED KAT MENTERI BN, SEKARANG KENA KRITIK MARAH PULA


MALAYSIA AKAN HADAPI KENAIKAN HARGA BERAS PULA?


VETERAN ATM TUNTUT BANTUAN SARA HIDUP DIBERI SECARA AUTOMATIK


PERKESO/SOCSO BAGI DANA RM200 JUTA KEPADA SYARIKAT YANG MASIH BELUM AUDIT WALAU SATU KALI!









SAVE KELANTAN


Semalam, sahabat aku, Warren Buffet Subang Jaya, Zaiful Zamri (Bampoi) tunjukkan aku satu berita yang agak menarik untuk aku memberi komentar. Nama projek tersebut adalah MyezyCover milik sepenuhnya A Tech Insure Sdn. Bhd.

Bampoi ini co-Founder Carver.my (www.carver.my) yang sudah lebih setahun membangunkan perniagaan insuretech/takafultech tanpa apa-apa dana daripada kerajaan atau agensi kerajaan. Tentang Carver, rujuk komen di bawah.

Aku pun godek-godeklah pasal syarikat A Tech Insure Sdn. Bhd. yang baru sahaja didaftar pada 30/4/2021. Aku telah membuat carian SSM di Interepo (www.interepo.com) untuk mendapatkan maklumat lanjut siapakah di sebalik syarikat yang baru ditubuhkan tetapi telah diberi dana sebanyak RM200 juta! RM200 juta!

Dalam rekod SSM, 2 orang pengarah di dalam syarikat tersebut adalah :

1. Tan Sri K. Ravindran Kutty Krishnan (co-Founder ARA Group)

2. Tan Sri Abu Kassim (ex-DG SPRM)

Pemegang saham utama adalah :

1. Mamita Global Sdn. Bhd. - 25% @ RM 1.25 juta (Syarikat yang baru didaftarkan tahun lalu dengan paidup RM1 juta yang dimiliki oleh seorang sahaja individu bernama Ruzita binti Mohd Nor)

2. Tan Sri Ravindran - 20% @ RM1 juta

3. Datuk Suresh Kumar - 20% @ RM1 juta

4. Puteri Nor’alaina Nohudin -20% @ RM 1 juta

5. Datuk Shanmuga Indran - 15% @ RM750k

Aku berasa pelik bagaimana 2 orang wanita Melayu boleh masuk ke dalam kartel MIC dan ada sejumlah wang yang besar untuk membayar paidup berjuta ringgit. Jadi aku run-lah SCRUT ANALytica untuk mencari kaitan diantara mereka.

Mula-mula aku menjumpai mereka semua ini menggunakan 1 cosec yang sama. Aku percaya ia bukan kebetulan. Selepas itu, data menunjukkan mereka berdua ialah partner (mungkin proxy) kepada Datuk Suresh Kumar! Setel.

Rasanya ramai dah maklum SOCSO/PERKESO mendapatkan dana daripada caruman para pekerja yang diWAJIBkan. Rasanya kalau ada pilihan lain, mungkin kita takkan pilih PERKESO/SOCSO ni. Servis mereka yang kurang ajar takkan aku dapat lupakan.

Aku pernah dikenakan waran tangkap disebabkan tidak menghadirkan diri ke mahkamah disebabkan saman PERKESO yang dia hantar ke address cawangan syarikat bukan ke alamat HQ syarikat menurut SSM. Hanya untuk mengutip RM200+ yang terdapat dispute daripada kami. Untuk memaksa kami membayar, mereka saman kami secara jahat.

Siapa masih ingat ketika pandemik, kerajaan memberikan subsidi bantuan gaji kepada majikan melalui skim Penjana dan lain-lain melalui SOCSO/PERKESO. Siapa yang jadi majikan mesti tahu, yang bantuan diberikan tu, kita tak boleh nak trace pun. Dia bagi seketul macam tu entah macam mana mekanisma dia yang kita tak boleh buat check & balance.

Hari ini korang dapat tengok yang PERKESO/SOCSO ni bermudah-mudah memberikan dana kepada sebuah syarikat baru yang takda pengalaman dan profile menjalan sistem takaful/insurance online. Yang lebih memeranjatkan, yang diumumkan RM100 juta tetapi di dalam SSM adalah RM200 juta! (Rujuk gambar di bawah.)

Kita semua sedia maklum yang PERKESO/SOCSO ini di bawah Kementerian Sumber Manusia yang menjadi potfolio menteri daripada MIC. Tak hairanlah projek ini dipenuhi oleh orang MIC dan proksi MIC. Yang lagi best terus boleh manipulate 1.6 juta penjawat awam dengan PM buat announcement!

Anak muda, rakyat marhaen yang buat startup-tech berhempas pulas, bermati-matian mendapatkan funding. Macam-macam syarat ketat diberikan dan due diligence dikenakan, kena audit, kena tunjuk sales/revenue, kena tujuk profit, forecast dan projection.

Puak yang ada tansri, datuk, dan duit dah berkepuk-kepuk pun diorang still nak tolong. Yang paling style, diorang ni tak payah pun audit, due-d dan lain-lain. Dia announce RM100 juta, dia bagi hah ambil RM200 juta! Pergilah meniaga..

Kesimpulannya, yang kaya terus dibackup, yang marhaen terus ditindas. Nak tanya ni? Kalau anak muda, startup, B40 dan M40 nak dapat funding daripada PERKESO/SOCSO ada cara ke?

Aku dah suruh Bampoi masuk MIC je!

 


HILANGNYA SINGAPURA










HILANGNYA SINGAPURA

Ada orang mintak saya ulas, macam mana Singapura boleh lepas ke tangan orang lain. Sis cuba bagi rumusan ya…

1. Tahun 1819, anak2 Sultan Johor bergaduh, makanya yang abang benarkan British campur tangan. British iktiraf Abang, Tengku Long sebagai Sultan dengan bagi $5000 kepada Baginda setiap tahun, dengan syarat British boleh masuk gunakan Pelabuhan. Sejak itu masuklah imigran/ pendatang ke Singapura secara besar2an.

2. Tahun 1871, jumlah penduduk berbangsa Cina jadi lebih separuh daripada populasi penduduk Singapura. Melayu jadi minoriti pula.

3. Tahun 1823, Sultan Johor lepaskan hak pentadbiran sepenuhnya kepada British dengan bayaran $1500 sebulan, perlu dibayar sepanjang Baginda hidup. Tahun 1824, melalui Perjanjian Crawford, Singapore diserahkan selamanya kepada British oleh Sultan.

Makanya, hilang kuasa Sultan Melayu ke atas Singapura. Tergadai la Singapura kepada bangsa asing dengan balasan bayaran seumur hidup kepada Sultan.

Ini diambil daripada catatan sejarah melalui link Wikipedia, catatan UM dan link lain yang berkaitan.

https://en.m.wikipedia.org/wiki/History_of_Singapore/

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_2_Ogos_1824/

https://ejournal.um.edu.my/.../download/9269/6572/18886/

https://pekhabar.com/h-i-d-s-perjanjian-persahabatan.../amp/

https://kesumasapphire82.wordpress.com/.../shti-di.../

Yang dicanang pada kita, Melayu hilang kuasa di Singapura kerana ditindas PAP dan Lee Kuan Yew. Padahal sejak kurun ke 19 lagi orang Cina dah jadi majoriti penduduk di sana. Siapa yang lepaskan kita kena rujuk sejarah.

La ni, geng2 UMNO dok nak bangkit cerita pasal Pulau Batu Putih. Padahal kita kalah di ICJ kerana kita sendiri lepaskan haknya dan biarkan Singapura bertapak di atasnya.

Nak merayu pun dah tak guna. Masanya pun dah tamat. Buat habis boreh saja.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

HAH....TIDUR MIMPI REGA BARANG NAIK

  


mohd mukhlis mohd syarif


Yang dok tanya mereka dulu di mana,

Rupanya masing-masing kena demam kura.

Mereka suka nasi baryani!

 

#HargaBarangNaik Minyak Masak, Telor, Ayam,Milo naik harga, Mana suara suara "Geng Dah Serik 22 Bulan bawah PH?" , "Geng 30 Ringgit?" , "Geng Genggam Penumbuk?" mana mana?