Belanjawan 2022: NUTP mahu sistem internet sekolah, peranti digital diberi perhatian

 

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang, turut meminta kerajaan mempertimbangkan gred baharu buat guru di sekolah iaitu gred DG56 susulan ramai guru kini berada di gred maksimum DG54.

KUALA LUMPUR: Peruntukan mengenai sistem internet dan peranti digital berikutan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang akan diteruskan sebagai norma baharu dalam sektor pendidikan perlu diberi penekanan pada pembentangan Belanjawan 2022, 29 Okt ini.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang, ketika dihubungi berkata pihaknya berharap kerajaan akan menyediakan peruntukan untuk menaik taraf sistem internet di sekolah bagi memudahkan sesi pembelajaran dan pengajaran di era pasca Covid-19.

Beliau berkata, peruntukan untuk pembelian peranti dan capaian internet kepada pelajar miskin juga perlu diberi perhatian kerana sesi PdPR dilihat akan diteruskan di fasa endemik ini.

“Kita dapat belajar daripada sesi PdPR sebelum ini, bagaimana teknologi dan internet ini sangat penting, walaupun mereka sudah mula pergi ke sekolah, tetapi mungkin selepas ini PdPR akan menjadi sokongan kepada pembelajaran secara bersemuka di sekolah,” katanya.

Selain itu, Aminuddin turut meminta kerajaan mempertimbang mewujudkan gred baharu buat guru di sekolah iaitu gred DG56 susulan ramai guru kini berada di gred maksimum iaitu DG54.

“Kita harapkan gred baharu itu sebab ramai sangat di dalam kalangan guru sekarang sudah berada di tahap DG54, di gred ini mereka tidak bergerak, jadi kita mengharapkan gred DG56 itu sebagai satu lapisan baharu untuk guru,” katanya.

Beliau turut mengharapkan kerajaan menyediakan rebat RM1,000 kepada guru untuk membeli komputer riba atas urusan kerja kerana kebanyakan daripada mereka terpaksa menggunakan komputer sendiri, selain menyediakan peruntukan lebih besar untuk menyelenggara sekolah terutama di kawasan pedalaman dan Sabah serta Sarawak.

“Dulu pun sudah ada peruntukan untuk baik pulih sekolah, tapi kita dapati peruntukan untuk 10,200 sekolah di seluruh negara itu tidak mencukupi untuk sekolah yang majoritinya perlu diselenggara,” katanya.

Turut senada adalah Dekan, Kulliyah Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gairuzazmi Mat Ghani, yang mencadangkan kerajaan menumpukan peruntukan kepada masalah dihadapi pelajar universiti ketika sesi kelas secara maya khususnya untuk pelajar daripada golongan B40.

Menurutnya, biarpun kita sedang beralih ke fasa endemik, kemungkinan besar pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan terus mengamalkan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam talian yang memerlukan penggunaan teknologi terkini.

MASA DEPAN ZAHID HAMIDI AKAN ‘HABIS’ JIKA UMNO GAGAL PERTAHAN PENDIRIAN TANDING SOLO DI PRN MELAKA

 

Pihak yang nampaknya amat bimbang jika UMNO akhirnya memutuskan bertanding secara solo dan tanpa bekerjasama dengan sesiapa dalam PRN Melaka ialah Pas.
Walaupun maksud bertanding secara solo sebagaimana yang ditegaskan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi itu bererti UMNO tiada kerjasama juga dengan Bersatu, selain dengan Pas, namun Bersatu terlihat lebih relaks menerima pendirian itu.
Bagi Bersatu, sama ada wujud kerjasama atau tidak dengan UMNO, kedua-dua keadaan itu dapat mereka terima dengan seadanya.
Tetapi, tidak bagi Pas di mana mereka seboleh mungkin tetap mahu kerjasama tiga parti Melayu – UMNO, Pas dan Bersatu – diwujudkan dalam menghadapi PRN Melaka.
Meski Pas adalah ahli rasmi gabungan PN yang ditunjangi oleh Bersatu, parti itu nampaknya tidak sedia bertanding atas panji PN semata-mata.
Mereka masih berharap, malah begitu mengidamkan untuk bekerjasama sebagai satu pasukan dengan saling membantu dan berbahagi-bahagi dari segi pengagihan kerusi dengan UMNO.
Dalam hal ini, beberapa pemimpin Pas mula berdalil bahawa penegasan bertanding solo yang diumumkan Zahid Hamidi sebelum ini bukanlah pendirian rasmi UMNO, bahkan hanya bersifat peribadi serta tidak pernah pun diputuskan oleh MT.
Secara tersiratnya, adalah jelas Pas mahu agar pendirian Zahid Hamidi dapat diubah sebelum PRN Melaka diadakan.
Cuma, masalah Pas ialah selain ia mahu bekerjasama dengan UMNO, dalam masa yang sama ia juga ingin UMNO menerima Bersatu sebagai rakan kerjasama.
Meski pernah dikhianati kerana bertindak menyertai PN tanpa merujuk kepada UMNO walaupun ketika itu kedua-dua parti sudah “bertunang” dalam MN, rasanya UMNO tiada masalah jika hanya menerima Pas sebagai rakan kerjasamanya.
Masalah besar ialah apabila Pas mahu Bersatu diterima juga oleh UMNO sebagai rakan dalam kerjasama yang mahu diwujudkan itu.
Apa sebenarnya yang Pas mahu?
Tidak sukar untuk memahami bahawa niat dan tujuan Pas itu, selain kerana melihat melalui kerjasama tiga parti itulah saja peluang terbaik untuk mereka menang kerusi di Melaka, ia juga adalah disebabkan keinginan lebih besar parti itu untuk menyelamatkan nyawa politik rakan segabungan dalam PN iaitu Bersatu.
Pas dengan UMNO tiada sebarang ikatan rasmi dalam mana-mana gabungan, malah MN yang mengikat mereka selama ini pun tidak pernah didaftarkan secara rasmi.
Ini berbeza dalam hubungan antara Pas dengan Bersatu di mana kedua-dua parti adalah ahli rasmi PN yang ditunjangi oleh Bersatu.
Sudah tentu, melalui ikatan sah yang wujud itu, Pas lebih memihak dan ingin menyelamatkan Bersatu berbanding UMNO.
UMNO tidak lebih hanya alat untuk Pas memenuhi hasrat politiknya dan juga untuk memastikan Bersatu tidak mati begitu saja dimatikan oleh UMNO.
Sebab itu, UMNO harus berhati-hati dengan permainan licik Pas yang sanggup menjadikan agama sebagai tunggangan nafsu politiknya.
Kalau agamanya pun sanggup dijadikan sebagai tunggangan, apalah sangat dengan menunggang UMNO demi nafsu politik juga.
Harus UMNO ingat, kiranya mereka terjebak dalam kerjasama dengan Pas dan Bersatu di PRN Melaka yang cuba dicatur Pas itu, ia seterusnya pasti akan menjurus kepada berlakunya kerjasama yang sama pada PRU15 nanti.
Oleh kerana ketetapan PAU atau Perhimpunan Agung UMNO telah memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu dalam PRU15, untuk mengubah keputusan itu ia memerlukan PAU juga membatalkannya.
Dengan yang demikian, PAU tahun ini sudah pasti akan dimanfaatkan oleh pemimpin UMNO pro Bersatu yang berada dalam kerajaan untuk mengubah ketetapan tersebut, tidak kira apa sekali pun keputusan PRN Melaka nanti.
Jika itu berjaya dilakukan, tidak mustahil ia juga disusuli dengan usul agar pemilihan UMNO dipercepatkan dan mesti diadakan sebelum PRU15 dilangsungkan.
Dengan Ismail Sabri Yaakob kini memegang jawatan Perdana Menteri dan kuasa menentukan tarikh PRU15 adalah ditangannya, bersama pula beberapa menteri UMNO yang pro Bersatu ada bersamanya, Zahid Hamidi pasti “habis” jika dilanggar oleh Perdana Menteri dalam pemilihan UMNO yang diadakan sebelum PRU15 dilangsungkan.
Jika itu yang berlaku nanti – imbaslah semula – semuanya bermula dengan kegagalan UMNO mempertahankan pendirian untuk bertanding solo di PRN Melaka.

– ShahbudinHusin 19/10/2021.


Kepada pimpinan Keadilan, dengan rendah diri, ingin saya ingatkan....

 

May be an image of 4 people and people standing

Keempat-empat PENGKHIANAT yang menjatuhkan kerajaan negeri Melaka itu, bukannya HERO rakyat!
Mereka adalah PENGKHIANAT Mandat Rakyat, baik sewaktu PH memegang amanah dulunya, maupun selepas PN merampas amanah Mandat Rakyat dari Pakatan Harapan.
JANGAN TERIMA mereka ke dalam kalangan kita, kerana kalau kita iktiraf PENGKHIANATAN mereka hari ini, bermakna kita juga iktiraf PENGKHIANATAN kelompok Kartel Semburit & PPBM lebih setahun yang lalu.
Mereka juga akan menjadi benih kepada pengkhianatan baru dalam Keadilan suatu hari nanti.
Pengkhianat & pengkhianatan itu adalah suatu ketagihan yang tiada ubatnya, sepertimana juga DADAH!
Once a PENGKHIANAT, always a PENGKHIANAT...
Saiful
Anggota Biasa
ADIL 1000

KAH..KAH..KAMI TAHU TUJUAN NYA IALAH BOLEH TUMPANG SEKAKI..MANA NAK TAHU KALAU MENANG DAPAT JADI MENTERI ....KALAU PILIH LAGI, LAGI BANYAK LAH KEROSAKAN YANG DILAKUKAN.

 


MN, PN boleh kerjasama sebelum penamaan calon PRN Melaka, kata PAS



Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, MN dan PN adalah dua entiti penting kerana masing-masing mempunyai peranan yang perlu dipertahan serta diperkukuhkan.

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, parti itu optimis penyatuan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional dapat direalisasikan menjelang pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini.

Beliau berkata, walaupun masa semakin suntuk menjelang penamaan calon pada 8 Nov ini, PAS optimis usaha itu boleh dilakukan.

Katanya, MN dan PN adalah dua entiti penting dalam negara kerana masing-masing mempunyai peranan yang perlu dipertahan serta diperkukuhkan.

“Malah, PAS dari dulu sehingga sekarang sentiasa berusaha memperkasakan kedua-duanya, terutama bagi pihak Umno dan Bersatu, termasuk pada PRN Melaka.

“Tidak timbul PAS meminggirkan mana-mana parti itu, justeru terdapat perbincangan dan pertemuan dalam mencari jalan dan titik persamaan untuk dituju dan bukannya mencari perbezaan,” katanya dipetik Berita Harian selepas pelancaran Gempur PN di Ayer Keroh, Melaka hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin, tiga Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee, Rafiq Naizamohideen dan Radzi Md Jidin, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dan Presiden GERAKAN, Dominic Lau Hoe Chai.

Samsuri berkata, pertemuan secara rasmi atau tidak rasmi sedang diadakan, malah pihaknya sedia bertemu pada bila-bila masa bagi meneroka jalan lebih baik.

“Apa yang penting, MN dan PN perlu kekal bersatu padu dan bekerjasama, bukan saja dalam pilihan raya umum, malah PRN negeri juga.”

DIA BUKAN NAK AMBIL USAHA SIASAT SENDIRI YANG REPORT PULA DISIASAT...



HAMZAH RIE NA


𝗟𝗔𝗪 𝗢𝗙 𝗧𝗛𝗘 𝗝𝗨𝗡𝗚𝗟𝗘
Bahas dalam parlimen tak berani tak mahu.. tiba² yang dedahkannya pula disiasat SPRM?
Jika dibahas dalam parlimen rakyat akan tahu siapa yang terlibat dalam skandal Pandora Papers berbanding siasatan SPRM nama² VIP pemimpin UMNO dan kuncunya akan disorokkan daripada pengetahuan rakyat.
SPRM kerja untuk siapa sebenarnya ??!
SR

 May be an image of 1 person and text that says "Yang dedah skandal Pandora Papers pula disiasatnya? 18 OKT 2021 0 astro AWANI TERKINI Pandora Papers: Anwar akan dipanggil dalam masa terdekat -Azam"

Kami tak mahu 4 ADUN Melaka sertai parti, kata Pemuda PKR Kedah

 

Ketua Pemuda PKR Kedah, Mohammed Firdaus Johari berkata, tidak kira apa jua alasannya, tindakan membenarkan empat ADUN Melaka itu menyertai PKR perlu ditentang habis-habisan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pemuda PKR Kedah membantah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka menyertai parti itu, walaupun atas alasan strategi politik.

Ia susulan laporan empat ADUN itu mahu bertanding pilihan raya negeri (PRN) Melaka di bawah Pakatan Harapan (PH), bahkan turut menemui Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan pemimpin PH lain di sebuah hotel pada Isnin lalu untuk membincangkan perkara itu.

Ketua Pemuda PKR Kedah, Mohammed Firdaus Johari yakin bantahan itu sejajar suara rakyat dan akar umbi penyokong PH yang tidak akan bersetuju dengan kemasukan mereka secara undangan mahupun permohonan.

“Peristiwa demi peristiwa dalam perjalanan politik ini telah memberi ibrah tersirat dan tersurat kepada kita.

“Nilai dan prinsip terbina dan teruji dalam kesukaran dan keperitan melawan korupsi, kezaliman, kerakusan, ketidakadilan, pengkhianatan dan kepentingan diri kelompok tertentu demi harta, kuasa dan kedudukan,” katanya dalam kenyataan.

Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan 4 Okt lalu, selepas Idris Haron (Sungai Udang), Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) menarik sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali.

Azman pada 6 Okt lalu berkata, beliau dan Idris menerima tawaran daripada beberapa pemimpin PH untuk menyertai parti masing-masing.

Semalam, Setiausah Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, parti itu akan membantah jika bekas ahlinya, Norhizam bertanding di bawah panji PH, tetapi beliau enggan mengulas prospek Idris, Effandi dan Azman bertanding di bawah PH.

Firdaus berkata, tidak kira apa justifikasinya, tindakan membenarkan mereka menyertai PKR perlu ditentang habis-habisan.

“Ini kerana perjuangan berprinsip ini adalah perjalanan panjang, dan semakin lama dalam perjalanan semakin terserlah kepalsuan, kepura-puraan dan ketidaksabaran sesetengah manusia yang kononnya mendukung idealisme dek kerana bahang kebenaran itu terlalu menyulitkan.”

RINGKASAN IMBUHAN YANG DITOLAK ANWAR


 

PESAWAT PEJUANG SINGAPURA TERBANG RENDAH DIRUANG UDARA PASIR GUDANG-KERAJAAN MALAYSIA DIAM ?

 May be an image of Hassan Abdul Karim



Kenyataan Media
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Isu: Pesawat Terbang Tentera Udara Singapura terbang rendah di Ruang Angkasa Pasir Gudang.
Saya telah menerima banyak aduan dari orang ramai, penduduk setempat dalam bulan Oktober 2021 dari Rakyat di daerah Pasir Gudang yang meliputi Parlimen Tebrau Dan Parlimen Pasir Gudang.
Mereka mengadu kepada saya tentang kekerapan kelihatan pesawat-pesawat tentera Republik Singapura terbang rendah di ruang Angkasa Pasir Gudang yang berjiran dengan Singapura.Kawasan yang terlibat seperti di Kampung Pasir Putih, Taman Scientex, Taman Air Biru dan Taman Cendana, antara lainnya.
Selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang saya mohon Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Johor, terutama Kementerian Luar Dan Kementerian Pertahankan menyiasat kejadian pencerobohan ruang angkasa Malaysia oleh pesawat Negara asing.
Tindakan sewajarnya perlu diambil oleh pihak Kerajaan Malaysia. Kejadian pencerobohan ruang angkasa negara kita ini kelihatan kerap berlaku selepas Kerajaan Pusat membangkitkan isu untuk mengkaji semula Kes Pulau Batu Puteh/ Pedra Blanca.
Ahli Parlimen Pasir Gudang
19 Oktober 2021

PH MELAKA TETAP BAWA KES BUBAR DUN KE MAHKAMAH

          PH Melaka tetap bawa kes bubar DUN ke mahkamah

ARAK TIMAH: DULU PAS SEDAP TIBAI KERAJAAN, SEKARANG TERDIAM

 Arak Timah: Dulu Pas sedap tibai kerajaan, sekarang terdiam

Anwar nasihatkan penggerak jentera PKR, PH utamakan nasib rakyat

 


Oleh FAZLI RADZI / October 19, 2021

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH) bersiap siaga untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi PH itu berkata hal tersebut perlu dilakukan walaupun pembangkang kurang bersetuju dengan keputusan mengadakan PRN.

Presiden PKR itu berkata, walaupun PH kurang bersetuju dengan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu, jentera pilihan raya parti perlu membuat persiapan bagi berdepan kemungkinan PRN diadakan.

“Saya nasihatkan kepada penggerak jentera PKR dan PH untuk mengutamakan nasib rakyat pelbagai kaum yang melarat saat ini. Jadi, ayuh kita selamatkan Melaka!,” katanya melalui Twitter beliau hari ini.

Anwar turut memaklumkan, beliau semalam sudah mengadakan sesi penerangan dengan pimpinan dan jentera PKR Melaka berhubung pengumuman SPR itu.

Semalam, SPR menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka, manakala hari penamaan calon adalah pada 8 November dan tarikh mengundi awal pada 16 November.

Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan selepas itu memaklumkan, mereka kurang bersetuju dengan pengumuman berkenaan.

Mereka berpandangan, ia bukan masa paling sesuai untuk mengadakan PRN berikutan penularan Covid-19 baru menunjukkan trend penurunan, sektor ekonomi baru dibuka semula dan kerisauan terhadap gelombang keempat penularan.

PRN Melaka | DAP tolak Norhizam sertai PRN - Guan Eng



DAP bertegas menolak bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


Mat Sabu: PRN Melaka Adalah Pilihanraya Yang Dipaksakan, Perdana Menteri...






Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menegaskan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan pada 20 November nanti adalah pilihan raya yang dipaksakan oleh kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, PRN yang tetap diteruskan di negeri itu menunjukkan Ismail sebagai pemimpin yang lemah dan teruk tatkala perjanjian persefahaman sedang berlangsung antara pemimpin Pakatan Harapan dan kerajaan Persekutuan.

“Sewajibnya tidak perlu pilihan raya kerana empat penyokong Perikatan Nasional – Barisan Nasional telah berpaling tadah dan menyokong PH.

“Sepatutnya pihak PH lah yang ada majoriti. Tapi pemerintahan Ismail begitu lemah dan beliau tunjuk kelemahan ini ketika persefahaman antara pembangkang dan perdana menteri sedang berjalan.

“Kita tak tahu Malaysia nak pergi ke arah mana. Pilihan raya dipaksakan kepada rakyat. Bagi saya ini bukan soal musim Covid-19 atau tak, pilihan raya masih boleh diadakan.

“Soalnya Ismail Sabri ini kita tidak tahu dia ikut formula mana. Inilah perdana menteri paling bankrap dan paling teruk dalam sejarah wujudnya PM di Malaysia. Kamu paksakan pilihan raya yang sepatutnya tidak perlu diadakan di Melaka,” tegasnya dalam satu video yang disiarkan di Facebooknya tengahari tadi.

Pada masa sama, Mohamad turut membangkitkan semula situasi ketika Adly Zahari kehilangan sokongan dan gagal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana tiada lagi majoriti.

Apa yang berlaku ketika ini juga sama situasinya ketika Adly dijatuhkan dan tidak seharusnya DUN dibubarkan kerana Datuk Seri Sulaiman tidak lagi mempunyai sokongan majoriti.

 



LIVE !! PRN MELAKA- TOLAK ADUN LOMPAT


BILA NAK MELOMPAT JATUHKAN PH DI MELAKA...KEMAIN PAKAT LONCAT. SAMPAI TAHAP NAK SERAH HIRUP MATI PADA PH..IKRAR KAKI LOMPAT..PASIR PUNYA PASAL SANGGUP KO LOMPAT...

INILAH DIA PERANGAI..YB YANG SUKA SEBUT BABI PUN DAP DAH TOLAK..DIA INGAT DAP TU PARTI COQ KODOH KE;UAAQ MASUK MULUT IKUT SUKA HATI


TAK HIRAU SAKIT DAN PENYAKIT-PAKSA JUGA PIIHANRAYA...INGAT RAKYAT..JANGAN UNDI SELAIN PH..KERANA PH SELAYAKNYA MEMBANGUNKAN NEGARA INI KEMBALI KE LANDASAN ASAL SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG MAJU MAKMUR.

KUMPULAN MAHATHIR, MUHYIDDIN AZMIN HARUSLAH DI TOLAK RAKYAT.....


KAU INGAT DAP TU MACAM PARTI COQ KODOK KA : Panas !!! DAP tolak Norhizam sertai PRN Melaka

 

DAP bertegas menolak bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memaklumkan perkara itu akan dibawa pada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

“Ada yang tanya dan saya dengan tegas menyatakan DAP tolak sama sekali bekas ADUN Pengkalan Batu sebagai calon dalam PRN negeri akan datang.

DAP tolak Norhizam sertai PRN Melaka

Lim Guan Eng (tengah) ketika sidang media di pejabat DAP Melaka. – Astro AWANI

“Saya tidak mahu sebut (alasan), tidak perlu pergi pada asal usulnya semua pun tahu, DAP tetap tidak terima dia sebagai calon dalam PRN negeri,” katanya dalam sidang media di pejabat DAP Melaka, di sini hari ini.

Norhizam yang sebelum ini menang pada Pilihan Raya Umum (PRU)14 lalu atas tiket DAP mengumumkan menjadi calon Bebas sekaligus memberi sokongan kepada UMNO untuk membentuk gabungan kerajaan baru di negeri itu pada Mac tahun lalu.

Beliau yang juga bekas Exco Pertanian, Keusahawanan dan Industri Asas Tani sekali lagi membuat langkah sama apabila bersama tiga lagi bekas ADUN mendakwa hilang kepercayaan kepada kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sehingga hilang majoriti.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga bekas Menteri kewangan itu berkata, PH komited unuk memastikan mandat rakyat dikembalikan pada PRN ini dan kekal menyatakan sokongan kepada Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri Melaka.

“PH menyatakan sokongan kepada Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri dan saya harap tidak ada apa-apa kesangsian tentang perkara ini.

“Ini bukan hanya daripada DAP sahaja tetapi parti komponen yang lain kerana Adly menjalankan tugas yang baik,” tambahnya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian PRN Melaka pada 20 November depan, hari mengundi awal pada 16 November manakala penamaan calon pada 8 November.

AJAK SAMA LA ATOK JOIN-NAMPAK TAK BERAPA ADA AHLI TU..KALAU WARISAN DENGAN PEJUANG -ELOK NAMA DIA SANJUANG

 HAMZAH RIE NA


Aikkk bukan ker Sabah utk Sabahan slogan yang dia bawa dulu bah?

Sekarang sudah boleh tukar slogan seiringan dengan sudah boleh rentas negeri ya? 😁
May be an image of 1 person and text that says "WARISAN PARTI WARISAN BAHAGIAN TITIWANGSA P119 Pendaftaran Boleh Dilakukan Di Sini. Registration Can Be Done Here. JOM BERSAMA WARISAN PE PE SM SE RM MUDAH CEP BLACKLIST MEMOH AND UNTUK UNTUK DANA 019-223 4184"

DENGAR DULU LAH SEMENTARA NAK TEST MARKET. PERCAYA JANGAN...TAK DAK SAPA NAK PECAH BELAHKAN HANGPA LA...HANGPA YANG DOK CARI GABUNGAN DENGAN UMNO DULU LAMA DH...

 


Pas dakwa tiada kerjasama antara UMNO dan MN pada PRN Melaka




Pas menegaskan bahawa pendirian parti itu dalam Muafakat Nasional (MN) tidak berubah walaupun Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan tiada kerjasama politik antara kedua-dua parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.

Menurut laporan portal PNBBC pada Selasa, Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad berkata, setakat ini tiada keputusan rasmi daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berhubung perkara tersebut.

“Setakat hari ini, keputusan daripada MKT tidak ada pun sebut begitu (tiada MN pada PRN Melaka). Jadi, kita pakai keputusan rasmi itu. Jangan memecahbelahkan kami,” katanya.

Pas dakwa tiada kerjasama antara UMNO dan MN pada PRN Melaka


Ahmad Zahid baru-baru ini dilapor menyatakan bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahupun Pas pada PRN Melaka, sekali gus mahu bergerak secara bersendirian.

Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, UMNO belum memuktamad keputusan sama ada akan bergerak secara solo di bawah Barisan Nasional (BN) atau bekerjasama dengan parti lain bagi menghadapi PRN Melaka.

Sementara itu, Idris berkata, pendirian utama Pas kini adalah memastikan Pakatan Harapan (PH) tidak kembali berkuasa di Melaka.

ARAK TIMAH : KERAJAAN HARUS MENJAGA NAMA BAIK ISLAM

 1. Persoalan arak dalam kerangka sebuah pemerintahan perlu dilihat dari sudut hukum Syara’ dan panduan Siyasah Syari’eyah. Siyasah Syarieyah adalah dasar pemerintahan yang digerakkan mengikut keadaan semasa dan peruntukan perundangan terkini dengan merujuk kepada prinsip asal sesuatu permasalahan.

2. Secara hukum fiqah, Islam mengharamkan konsumpsi arak secara nas ke atas umat Islam. Hukum pengharaman arak dilihat kepada kesan buruk yang merosakkan kehidupan seseorang kepada diri dan keluarga serta masyarakat. Apa sahaja aktiviti yang terkait dengan arak turut diharamkan ke atas umat Islam dan perkara ini tidak ada pertikaian dalam perbahasannya.

3. Bagi bukan Islam hukum pengharaman arak ini tidak dipertanggungkan ke atas mereka dan hal mereka dengan arak ditentukan oleh ketetapan agama mereka masing-masing. Islam tidak memaksa tanggungjawab hukum ke atas bukan penganutnya walaupun kesan arak dalam kesejahteraan rumahtangga dan masyarakat sangat membahayakan.

4. Dari sudut Siyasah Syarieyah (Dasar Pemerintahan), pemerintah perlu mengambil sikap dari sudut hak bukan Islam untuk konsumpsi, jualan sesama bukan Islam dan cukai yang dikenakan oleh pemerintah ke atas jualan arak. Dengan kata lain soal arak dan kaitannya dari sudut Siyasah Syarieyah adalah di bawah tajuk hak bukan Islam yang pemerintah Islam perlu menghormatinya.

. Soal dasar arak untuk bukan Islam jelas ditetapkan oleh para fuqaha’ khusus kitab ‘Ahkam Ahlul Zimmah’ oleh Ibnu Qayyim Al Jauzy (meninggal 751 H) yang meletakkan hak-hak bukan Islam secara dasar pemerintahan. Antaranya ialah minuman arak dikalangan bukan Islam, jual-beli di kalangan mereka dan import eksport arak untuk mereka. Fatwa Umar ibnu al Khattab yang menetapkan cukai arak 1/8 dari perniagaan arak di kalangan bukan Islam dijadikan panduan harus mengutip cukai arak.

6. Persoalannya hari ini ialah bagaimana sikap Siyasah Syar’eyah dalam konteks Malaysia perihal jualan, proses pembuatan dan konsumpsi di kalangan bukan Islam dapat ditetapkan panduannya? Jika tidak diperturunkan dasarnya isu arak akan sentiasa dipolitikkan sehingga menimbulkan polemik berterusan yang tidak berkesudahan.

7. Dasar arak perlu bermula dengan melarang umat Islam daripada terlibat dalam semua aktiviti pemprosesan, jual beli, pengangkutan, hidangan dan yang berkaitan. Kedua, sebarang promosi arak dan kaitannya dilarang sama sekali bagi menghormati Islam sebagai Agama Persekutuan, Ketiga, sensitiviti umat Islam perlu dipelihara dalam semua aktiviti arak di kalangan bukan Islam termasuk penganjuran majlis, pemilihan jenama dan simbol yang boleh menimbulkan kemarahan kepada umat Islam. Keempat, isu hak bukan Islam dalam soal arak dan kaitannya perlu dijauhi dari eksploitasi politik bagi meraih sokongan dan menimbulkan kebencian dan Kelima, penguatkuasaan undang-undang samada peringkat kerajaan tempatan, mahupun di peringkat Federal perlu diperketatkan dan dibaiki supaya gejala kesan arak dapat dikawal dan ditangani dengan berkesan.

8. Berkenaan cukai arak (sin tax), dicadangkan supaya peruntukan besar perlu dibuat di bawah program ‘Berhenti Minum Arak’ bagi menimbulkan kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya arak dan ancamannya kepada kesejahteraan dan keselamatan masyarakat. Program ini adalah rentas kaum dan agama bagi menunjukkan solidariti rakyat Malaysia menentang bahaya arak dalam masyarakat bagi memelihara kesihatan dan kesejahteraan rumahtangga dan keselamatan masyarakat.

9. Dari sudut industri yang mempromosikan jenama arak ‘Timah’ sebagai produk Malaysia, ia adalah sesuatu yang memburukkan imej Islam sebagai Agama Persekutuan dan telah menimbulkan kemarahan di kalangan umat Islam. Jika 5 petunjuk Siyasah Syari’eyah di atas dituruti, pastinya kelulusan jenama arak ‘Timah’ tidak akan berlaku dan ditolak sejak awal lagi bagi memelihara kedudukan Islam sebagai agama resmi Persekutuan.

10. Pengajaran dari isu arak berjenama Timah ialah perlu ada ketegasan pemerintah memelihara nama baik Islam dan kedudukannya dalam negara. PM dan khususnya kabinetnya perlu menjelaskan sikap supaya nama baik Islam di Malaysia tidak dicemari tanpa menidakkan hak bukan Islam dalam keperluan mereka.

Lebih penting ialah pihak yang memainkan isu arak untuk sentimen politik perlu sedar bahawa arak bukan soal politik murahan tetapi memerlukan ketekunan kepada menurunkan dasar pemerintahan berkesan demi memelihara kedudukan Islam sebagai agama resmi Persekutuan dan sekaligus memelihara kesejahteraan masyarakaf berbilang kaum dalam negara ini.

Yb DS Dr. Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden Amanah

Ahli Parlimen Parit Buntar

19 Okt 2021





PRN MELAKA – UJIAN AWAL PENTING UNTUK PH, BN DAN PN SEBELUM KETIBAAN PRU15

 

Akhirnya SPR menetapkan PRN Melaka akan diadakan pada 20 November depan dengan tarikh penamaan calonnya ialah pada 8 November.

Walaupun PRN bukanlah keinginan banyak pihak memandangkan wabak Covid19 belum pulih sepenuhnya, tetapi berikutan DUN Melaka telah dipersetujui dibubarkan oleh TYT Tun Ali Rustam setelah dinasihati oleh Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali, maka mengadakan pilihanraya adalah pilihan yang tidak dapat dielakkan lagi sebenarnya, kecuali dengan mengisytiharkan darurat saja dapat menangguhkannya.

Blog ini dalam beberapa artikelnya sebelum ini menekankan perlunya PRN diadakan di Melaka sesuai dengan DUN negeri yang telah dibubarkan itu.

Setidak-tidaknya mengadakan PRN lebih baik berbanding jika darurat dilaksanakan yang tujuannya tidak lain hanya untuk menangguhkan pilihanraya daripada diadakan buat tempoh tertentu.

Dalam hal ini, Ismail Sabri Yaakob bolehlah diberi sedikit pujian kerana tidak meniru langkah Mahiaddin Md Yasin dengan tidak mencadangkan darurat bagi tujuan untuk meletakkan UMNO kekal bertahan lagi dengan kuasanya di Melaka.


Beliau dengan ini lebih berani berbanding Mahiaddin dalam berdepan realiti dan cabaran politik.

Tambahan lagi, nampak pelik sangat bunyinya jika darurat dilakukan kerana pembubaran DUN Melaka adalah pilihan kerajaan negeri yang diterajui UMNO, manakala jika darurat dilaksanakan, ia juga adalah pilihan kerajaan pusat yang dikuasai UMNO.

Dengan adanya PRN Melaka ini, selain memberi peluang kepada rakyat negeri itu membuat pilihan kerajaan negeri baru yang mereka mahukan, ia juga adalah ujian bagi parti-parti yang bertanding mempertaruhkan nasib mereka.

Jika tiada kerjasama antara mana-mana parti, misalnya UMNO dengan Pas atau UMNO dengan Bersatu, persaingan tiga penjuru antara BN, PN dan PH dijangka akan menjadi medan menguji kekuatan masing-masing.

Di sinilah nanti akan dinilai kekuatan dan penerimaan rakyat bukan saja untuk membentuk kerajaan baru di Melaka, malah sebagai ujian awal bagi persediaan menghadapi PRU15.

Dalam hal ini, selain PRN Melaka penting untuk PH, ia juga amat penting bagi BN dan PN untuk menghadapi PRU15 akan datang.

Katalah jika PH berjaya kembali membentuk kerajaan di Melaka, ia adalah gambaran atau isyarat cerahnya masa depan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri selepas PRU15 nanti.

Sebab itu, dalam hal ini ada baiknya PH Melaka membatalkan saja hasrat untuk mencabar ke mahkamah pembubaran DUN bagi menghalang PRN Melaka daripada diadakan, sebaliknya jauh lebih penting untuk mereka menumpukan segala perhatian dan kekuatan untuk mencapai kemenangan di hari pengundian akan datang.

Membawa ke mahkamah untuk menghalang PRN setelah SPR menetapkan tarikh pilihanraya hanya memperlihatkan PH Melaka takut atau tidak sedia menghadapinya.

Ingatlah pemimpin atau parti yang penakut tidak akan menjadi pilihan pengundi untuk dipilih menjadi kerajaan.

Andai kata UMNO dan BN pula yang berjaya memenangi PRN Melaka tanpa perlu bekerjasama dengan Pas atau Bersatu, maka ia juga menandakan masa depan yang cerah bagi gabungan tersebut.

Ia sekaligus akan meletakkan UMNO tidak memerlukan lagi kerjasama dengan Pas dan Bersatu dalam PRU15 akan datang nanti.

Bagi PN pula, memang tidak nampak ada peluang untuk mereka menang di Melaka ini dan jika kalah meskipuj bersama dengan Pas, maka pandai-pandailah untuk hidup dan mencari talian hayat baru bagi menghadapi PRU15.

Sedemikian itu, adalah penting bagi BN, PH dan dan PN bertanding secara sendirian dan berdasarkan kekuatan masing-masing dalam PRN Melaka ini. – 


ShahbudinHusin 18/10/2021.