APA PUN BAGI AKU- PAS KEHILANGAN ALMARHUM USTZ FADZIL NOR DAN TOK GURU NIK AZIZ SEHINGGALAH HADI AWANG MENJADIKAN PAS SEBAGAI SEBUAH PARTI KERDIL DAN TIDAK DAPAT BERJUANG SENDIRIAN MALAH BEGITU INGINKAN JAWATAN. SELEPAS MENDAPAT JAWATANLAH AKHLAK PIMPINAN DILIHAT TIDAK SEMENA MALAH SAMA SAHAJA DENGAN AKHLAK PEMIMPIN LAIN. PAS KINI DIANGGAP SEBUAH PARTI POLITIK SEMATA MATA.
Hikmah PAS dalam Kerajaan:
Penjawat awam gagal lengkapkan vaksinasi boleh kena tatatertib, ditamatkan perkhidmatan

KUALA LUMPUR: Pegawai perkhidmatan awam Persekutuan yang gagal melengkapkan imunisasi Covid-19 boleh dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan apabila dasar baharu berhubung imunisasi melibatkan penjawat awam dilaksanakan mulai 1 Nov ini.
Perkara itu dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021 mengenai Dasar Pelaksanaan Imunisasi Covid-19 Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Pekeliling yang ditandatangan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Khairul Adib Abd Rahman itu menyebut pegawai boleh diarah untuk mendapatkan dos lengkap mulai tarikh itu.
“Pada atau selepas 1 Nov 2021, mana-mana pegawai yang gagal mematuhi arahan ketua jabatan boleh menyebabkan pegawai dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan,” menurut pekeliling itu yang dimuat naik di laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam hari ini.
Sementara itu, sekiranya pegawai tidak dapat melengkapkan dos imunisasi Covid-19 atas faktor kesihatan, mereka boleh diarahkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dengan pengamal perubatan berdaftar.
Mereka juga boleh diarahkan oleh ketua jabatan untuk membuat ujian pengesanan Covid-19 jika telah disahkan tidak layak menerima vaksinasi itu atas sebab kesihatan.
“Pegawai adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan dos imunisasi Covid-19 yang lengkap sebagaimana yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini bertujuan untuk memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat dan penyampaian perkhidmatan serta produktiviti perkhidmatan awam berada pada tahap yang optimum,” menurut pekeliling itu.
Pekeliling itu menyatakan ketua jabatan juga boleh pada bila-bila masa mengarahkan mana-mana pegawai yang belum mendapatkan dos lengkap untuk membuat pemeriksaan kesihatan bagi menentukan status kesihatan mereka.
Ketua jabatan juga boleh mempertimbangkan apa-apa kaedah sesuai untuk memastikan pelaksanaan dasar itu dalam menguruskan pegawai yang tidak mendapatkan vaksinasi lengkap termasuk mengarahkan mereka menjalani ujian pengesanan Covid-19 dengan kos ditanggung pegawai terbabit.
Bagaimanapun, kos ujian pengesanan untuk mereka yang tidak layak menerima imunisasi atas faktor kesihatan akan ditanggung kerajaan.
Semua pegawai awam adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan selaras dengan Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan selain terikat dengan Surat Aku Janji yang ditandatangani oleh pegawai di bawah subperaturan 20 (3) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012].
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan 30 Sept lepas memaklumkan semua pegawai perkhidmatan awam Persekutuan diwajibkan mengambil vaksin Covid-19 dan dikehendaki untuk segera melengkapkan vaksinasi mereka sebelum 1 Nov 2021.
Dr M antara punca perpecahan kaum, kata P Ramasamy

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy mendakwa bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menjadi satu daripada faktor mengapa negara masih tidak bersatu padu.
Ramasamy berkata, Mahathir masih menggunakan hujah lama iaitu dasar memberikan keutamaan kepada Bumiputera.
“Mahathir terus menyatakan benda yang (sama) berulang kali tetapi banyak orang mungkin sudah muak dengan kenyataan-kenyataan ini,” katanya di Facebook.
Beliau berkata, Mahathir bukan pemerhati luar, malah salah seorang penyebab utama bagi pelaksanaan sistem yang memberikan layanan istimewa kepada elit politik dengan alasan bahawa ini akan membantu menangani keperluan khas orang Melayu miskin.
“Tetapi Mahathir gagal menyebutkan bahawa DEB yang dimaksudkan untuk orang Melayu miskin dirampas oleh Umno untuk memperkayakan golongan elit Melayu dan mereka yang mempunyai kaitan dengan elit politik.
“Mahathir tidak dapat menafikan hakikat bahawa ahli politik yang dikaitkan dengan Umno telah memperoleh banyak faedah material termasuk ahli keluarganya sendiri.
“Bukan anak-anak dan keluarga mereka yang sangat memerlukan faedah daripada dasar ini tetapi golongan miskin,” katanya.
Ramasamy berkata, inilah sebab mengapa DEB tidak pernah diberi tempoh had masa.
Katanya, kegigihan ideologi perkauman dan mengapa ia dipertahankan untuk mengakibatkan perpecahan masyarakat yang mendalam sebenarnya berkait rapat dengan proses untuk memperkayakan diri tanpa henti.
“Apabila proses seperti itu terhalang oleh beberapa peristiwa luaran, langkah-langkah baru diperkenalkan untuk memastikan proses perolehan eksklusif ini tidak terganggu,” katanya.
Ia termasuk isu usaha untuk meningkatkan ekuiti Bumiputera kepada 51% dalam perniagaan penghantaran barang yang akan dikuatkuasakan Disember depan.
[[LIVE]18.10.2021 Logo mana digunakan? PKR atau PH?
Lokman Balun Pemimpin UMNO Dan PAS
Panas! Tokoh ulamak Pas Perak disingkirkan dalam pemilihan parti

Mesyuarat Agung Pas Kawasan Tanjong Malim membuat kejutan besar apabila tokoh ulamak Pas Perak, Ustaz Mohd Tarmizi Abd Rahman disingkirkan dalam pemilihan yang berlangsung.
Beliau kecundang kepada Mohd Faiz Hj Zainal yang dikatakan menjadi seteru utama Mohd Tarmizi di peringkat kawasan.
Sejurus kekalahan tersebut, Mohd Tarmizi menzahirkan kekecewaannya dan mengucapkan selamat tinggal kepada Pas Kawasan Tanjong Malim.
“Selamat tinggal Pas Kawasan Tanjong Malim.” luah beliau di laman Facebook.
Tambahnya di ruangan komen, beliau akan menumpukan Pondok Mualim yang diusahakannya.
Kata beliau, Pondok Muallim sangat dibenci oleh kepimpinan Pas Kawasan Tanjong Malim yang baru.
Berikut adalah kepimpinan baru Pas Kawasan Tanjong Malim sesi 2021-2023
Yang Di-Pertua PAS Kawasan : Ustaz Mohd Faiz Hj Zainal
Timb Yang Di-Pertua PAS Kawasan : Ustaz Dr Khaled Mat
Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan : Ustaz Sayed Zamzuri Sayed Nengah

Faiz Zainal telah menewaskan tokoh ulamak Pas, Ustaz Tarmizi
KETUA PEMUDA PKR MESTI SEPERTI SINGA
NORMAN RADZUAN
PH tewas PRN Melaka & PRU15 sb kelemahan sendiri
Sultan Nazrin titah ulamak dan umara jangan pejam mata, pekakkan telinga, bisukan lidah terhadap perbuatan rasuah October 19, 2021

Golongan ulama dan umara tidak boleh memejamkan mata, memekakkan telinga dan membisu lidah terhadap perbuatan rasuah dan mereka wajib berganding usaha serta tenaga berjihad menghapuskan amalan tersebut.
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, rasuah adalah barah yang sangat bahaya apabila terbukti menjadi punca penderitaan dan kemiskinan rakyat di samping faktor kejatuhan kerajaan dan pemerintahan serta keruntuhan tamadun dan budaya.
“Kebelakangan ini dilaporkan, begitu banyak berlakunya rasuah. Berdasarkan berita-berita yang dilaporkan, perlakuan rasuah kini bukan sahaja berlaku secara berleluasa, malah berlaku pada skala besar.
“Lebih membimbangkan apabila turut dilaporkan, rasuah dilakukan secara lebih berani lebih terbuka,” titah baginda sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.
Sultan Nazrin bertitah, kesejahteraan sesuatu bangsa dan kemakmuran negara dipengaruhi sifat dan akal bicara seseorang pemimpin manakala ulama besar, umara berwibawa dan peniaga berjaya lahir dalam sebuah negara mempunyai pemimpin memiliki iman serta takwa.
Titah baginda, jika pemimpin sentiasa insaf terhadap tanggungjawabnya kepada ummah dan negara serta lebih insaf tanggungjawab lebih besar terhadap Allah, maka akan sejahtera hidup ummah dan makmur negara.
“Khazanah negara akan diurus secara telus, sumber negar diagihkan secara saksama dan kekayaan negara tidak dibazirkan. Pemimpin tidak akan mengizinkan berlakunya himpunan kekayaan diperoleh secara tidak jujur dan tidak telus, apatah lagi melalui kaedah yang meminggirkan peraturan dan mempersendakan undang-undang,” titah baginda.
Titah Sultan Nazrin lagi, negara yang mendapat kesejahteraan, keredaan, berkat dan rahmat Ilahi akan dilimpahi kedamaian dan kemakmuran malah dilindungi bencana serta malapetaka.
Buminya pula, titah baginda, subur dan kaya sementara warganya hidup rukun dan aman serta pimpinan diamanahkan dalam kalangan insan yang ikhlas, jujur serta bertakwa memiliki rasa belas rasa ihsan kepada warganya di samping mempunyai rohnya menghayati perintah Ilahi.
“Pemimpin yang baik perlu dibantu oleh barisan ulama yang tegas dan barisan umara yang ikhlas serta diperlengkap dengan para peniaga jujur kerana Rasulullah turut meletakkan status para peniaga yang jujur, sejajar dengan para wali, para siddiqin, para syuhada dan para solihin,” titah baginda, seperti dilaporkan Utusan.
Sultan Nazrin bertitah, sambutan Maulidur Rasul sempena ulang tahun memperingati tarikh keputeraan Nabi Muhammad amat relevan bagi ummah mencari mutiara berharga yang terkandung dalam sunah-sunah Rasulullah untuk dijadikan panduan dan pedoman.
“Dalam menghadapi senario semasa dunia, demikian juga dalam mengamati senario semasa setempat, hikmah dan kebijaksanaan kepemimpinan Baginda, wajib dikunjungi, diambil iktibar dan dijadikan panduan dijadikan pedoman terutama dalam kalangan mereka yang diamanahkan dengan tanggungjawab kepimpinan, baik ulama begitu juga umara,” titah Sultan Nazrin.
PERUTUSAN MAULIDUR RASUL 1443H DARI DSAI

PRN MELAKA-PIDATO ANWAR TERKINI - PANDORA PAPERS, TAKUT APA?
BELUM LAGI- BARU SEKADAR MENYATAKAN HASRAT SAHAJA..PARTI MANAKAH YANG AKAN DISERTAI MEREKA ? BIARKAN MEREKA BERTANDING ATAS TIKET BEBAS

MELAKA – Teka-teki mengenai status empat
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang menarik sokongan terhadap Ketua
Menterinya terjawab semalam.
Ini kerana keempat-empat mereka menetapkan tekad untuk
bersama-sama Pakatan Harapan (PH) bagi bertanding dalam Pilihan Raya Negeri
(PRN) Melaka, 20 November
“Saya dan rakan-rakan saya bagai orang
mendatang, kami tidak mahu jadi melukut di tepi gantang, masuk tak menambah,
keluar tak berkurang.
“Kami faham parti ini sudah ada orang, kami tidak mahu
berbicara, kami serahkan nasib kami kepada PH Melaka dalam PRN akan datang,”
kata Datuk Seri Idris Haron.
Idris dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan, ADUN
Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor
Effandi Ahmad dilihat hadir dalam pertemuan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim bersama-sama ahli-ahli gabungan itu di sebuah hotel di bandar Melaka, malam tadi.
JANGAN CEPAT CEPAT TERIMA KAKI LOMPAT INI. BIARKAN MEREKA BERTANDING ATAS TIKET BEBAS : Idris Haron, tiga ADUN hadir perjumpaan dengan Anwar Ibrahim
By Muhammad Azizul Osman - 19 October 2021

Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (tengah)
bercakap di sidang media bersama ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan
Baktee (kiri) dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad (kanan) ketika di
Hotel Casa Del Rio, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 05 OKTOBER 2021.
MELAKA – Perjumpaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
bersama-sama ahlinya di sebuah hotel di sini turut dihadiri empat Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang bertindak menarik sokongan terhadap Ketua
Menterinya, Datuk Sulaiman Md Ali.
Kehadiran keempat-empat mereka iaitu ADUN Sungai Udang, Datuk
Seri Idris Haron; ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan; ADUN Pengkalan
Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad
menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka akan menyertai Pakatan Harapan (PH).
Anwar yang tiba pada jam 8.15 malam
diiringi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari dan Naib Presiden
PKR, Tian Chua.
Manakala keempat-empat ADUN itu tiba selang 15 minit kemudian
dengan diketuai Idris.
Anwar dijangka akan menyampaikan amanat kepada ahli-ahli PKR di
negeri ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 20 November depan
sebagai tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Malah petang tadi, Adly berkata, PH
Melaka sudah mempunyai bayangan barisan calon bagi menghadapi PRN ini.
Adly berkata, pada awalnya persiapan berkenaan adalah bagi
menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 namun pihaknya akan menggunakan
persiapan tersebut bagi menghadapi PRN Melaka.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Abdul Ghani
Salleh hari ini menetapkan tarikh PRN Melaka pada 20 November depan manakala
penamaan calon pada 8 November dan undi awal diadakan pada 16 November depan.
PM MESTI ARAH SIASAT PANDORA PAPERS SEGERA

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim
berucap pada perjumpaan bersama ahli-ahli Pakatan Harapan di Hotel Muzzafar
Melaka. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 18 OKTOBER 2021.
MELAKA – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan pihak berkuasa
menyiasat isu Pandora Papers.
Jelas Anwar, langkah itu perlu diambil kerana ia melibatkan
pengaliran wang berbilion ringgit.
“Perdana Menteri kata serah kepada mereka
siasat, kita tidak campur. Mana boleh tak campur? Mesti arah siasatan. Mana
boleh jawapan terpulang kepada pihak berkuasa, tidak boleh.
“Mesti arah, ini kes puluhan bilion wang dikeluarkan,” kata
Anwar ketika berucap di hadapan ahli-ahli PKR di sebuah hotel di Melaka,
sebentar tadi.
Ahli Parlimen Port Dickson itu merujuk kepada kenyataan Ismail
Sabri bahawa kerajaan terbuka dan tidak akan mencampuri serta menyerahkan
sepenuhnya kepada pihak berkuasa menyiasat kandungan dan pendedahan Kertas
Pandora baru-baru ini.
Malah beliau memberi jaminan kerajaan
terbuka untuk mana-mana pihak berkuasa yang terlibat untuk melakukan siasatan
sekiranya ada bukti terhadap apa yang dilaporkan oleh pihak berkenaan.
Mengulangi pendiriannya, Anwar berkata, beliau bersedia untuk
dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberikan
kerjasama dalam siasatan Pandora Papers.
“Baru nak siasat dan saya akan beri kerjasama dan tunggu bila
SPRM akan panggil, saya akan beri kerjasama.
“(Saya) tidak ada masalah, tapi ini soal
pengaliran wang ke luar negara,” katanya.
Siasatan dipanggil ‘Pandora Papers’ itu – membabitkan kira-kira
600 wartawan termasuk The Washington Post, BBC dan The Guardian – berdasarkan
pembocoran 11.9 juta dokumen sulit daripada 14 syarikat khidmat kewangan di
seluruh dunia.
Sekitar 35 pemimpin sedia ada dan bekas pemimpin yang dinyatakan
dalam dokumen terkini yang dianalisis oleh ICIJ (Konsortium Antarabangsa bagi
Wartawan Penyiasatan) – berdepan tuduhan termasuk rasuah, pengubahan wang haram
dan mengelak cukai global. – MalaysiaGazette
MASA DALAM PR TAK BERANI LA KELUAR SEBAB TAK ADA JAWATAN.
HAMZAH RIE NA

5 DALIL UTAMA MENGAPA PH HARUS MENOLAK UNTUK MENCALONKAN 4 ADUN LOMPAT DI MELAKA
PUNYA CEKAP KERAJAAN TEBUK ATAP NI PN PAS
ESCOBAR PABLO
Cekap tak kerajaan tebuk atap PN-PAS? Kerajaan PH dulu mohon bulan 8, sampai kena khianat tak lulus. Naik kerajaan PN-PAS, hari yang sama lulus, hari yang sama dapat sijil.

