Kejayaan PH sekarang bergantung kepada persepakatan kukuh Tun M dan Anwar

Kejayaan PH sekarang bergantung kepada persepakatan kukuh Tun M dan Anwar


Pembacaan Politik Saya.

Rina ariana



Saya kira bila TunM dan DSSA sanggup mencemar duli ker HQ PKR maknanya permainan sudah sampai tahap kalah mati. Kali ini mereka berdua sudah tolak kepentingan peribadi ketepi dan sanggup bersama-sama dengan PH. Dan kedudukan DSAI di tengah-tengah mungkin indikasi siapa calon PM dari koliasi PH Plus kali ini.

Dahulu saya sendiri berijtihad untuk biar sahaja PN sampai ke PRU15 kalau semua benda status quo, tapi mutakhir ini makin menjadi-jadi kebobrokannya. Habis rosak semua institusi dalam negara akibat nafsu peribadi.

Justeru itu saya berpendapat adalah wajib untuk menjatuhkan kerajaan PN ini sebelum ramai lagi yang di bebaskan demi kelangsungan kuasa individu yang rakus tak bertebing.

Ingat dalam perlembagaan persekutuan tulis yang PM hanya boleh di jatuhkan dalam parlimen melalui undi tak percaya atau melalui letak jawatan. Tapi kita juga kena ingat Kedah pada bulan lepas sudah jadi duluan yang mana PM/MB boleh di jatuhkan hanya dengan menggunakan akuan bersumpah sahaja. Jadi permainan gelojoh PM Muidin sebenarnya akan memakan diri sendiri.

Hasbunallah wanikmal wakil



Negara banyak duit adalah mitos kerajaan PN

Negara banyak duit adalah mitos kerajaan PN


KENYATAAN BERSAMA PAKATAN HARAPAN, BERSATU, WARISAN*



*9 Jun 2020*

Pimpinan Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat bersama YB Tun Dr Mahathir Mohamad dan YAB DS Shafie Apdal hari ini, yang dipengerusikan oleh YB DS Anwar Ibrahim.

Mesyuarat hari ini telah menyaksikan perbincangan secara menyeluruh tentang pendirian setiap parti, dan menampakkan kemajuan yang amat positif.

Proses memuktamadkan segala keputusan akan dilakukan dalam masa seminggu ini.

YB Datuk Seri Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

YB Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

YAB Datuk Seri Shafie Apdal Parti Warisan Sabah (WARISAN)




SAHIH ATAU PALSU..


Ni berita dari group Kartel...kita paham depa tulih....sebab kalau Anwar PM..mampoih la nak hidup macamana..

tahniah pimpinan PH yang telah mendapat kesepakatan dalam mesyuarat sebentar tadi. Telah dipersetujui Presiden PKR, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah calon PM bagi Pakatan Harapan.




GAMBAR NAK MULA MESYUARAT TUN N ANWAR SERTA PH MAJLIS PRESIDEN


LIVE: Situasi di ibu pejabat PKR sebelum mesyuarat Pakatan Harapan


RUNDINGAN TUN M- ANWAR, AMBIL IKTIBAR PENYATUAN ENGLAND – SCOTLAND

PAS LEMBIK LEPAS JADI KERAJAAN?

'ABAH' TERBAIK?



Ramai kata 'Abah' terbaik, bila tanya apa hujahnya:-

1. PM berjaya tangani Covid-19 dengan baik - Bab berhadapan dengan virus Covid-19, pujian seharusnya dihalakan pada barisan hadapan dan barisan pakar dalam penyebaran wabak Covid-19. Ya, aku bagi kredit pada TSMY kerana secara keseluruhan dia akur dan patuh saranan yang diberikan pihak profesional. Namun walau siapa pun PM, aku percaya dia akan lakukan perkara yang sama.

2. Pakej rangsangan ekonomi terbaik dan prihatin - Bab ni ramai yang terpedaya terutama orang Melayu, apa ukuran pada pakej rangsangan ekonomi itu adalah yang terbaik (buat rakyat mahupun negara)? Jawapannya tiada ukuran kerana ia tidak dibahaskan dan diluluskan di parlimen. Ianya tak dikira terbaik hanya kerana kau atau Mak Cik Kiah dapat duit.  Tiada satu negara pun didunia yang pemimpinnya sesuka-hati membelanjakan wang negara tanpa melalui parlimen. Keputusan yang dibuat oleh otak TSMY seorang mana mungkin lebih baik dari keputusan yang dibuat oleh 222 otak di parlimen selepas dibahas dengan mendalam untuk memberi yang terbaik pada rakyat dan dalam masa yang sama tidak menjahanamkan negara. Banyak lagi negara lain yang luluskan stimulus pakej yang jauh lebih besar dari Malaysia, ini bukti jika dibahaskan di parlimen, rakyat boleh dapat manfaat yang lebih besar dan berkesan.

3. TSMY baca doa lepas ucapan - Malas aku nak ulas bab ni, kalau kau suruh Lim Guan Eng baca doa pun dia boleh buat.

Lain? Ada lagi? Rasanya itu sahaja hujah nak mengatakan 'Abah' sebagai PM terbaik. Yang lain-lain tu banyak menunjukkan yang dia bukan sahaja tidak terbaik, malah PM paling teruk dalam sejarah Malaysia:-

1. PM pertama yang takut berhadapan sidang parlimen - Tak pernah dalam sejarah negara sidang parlimen pertama sebuah kerajaan baharu hanya membenarkan ucapan titah pembukaan YDPA tanpa sebarang perbahasan. Itulah kebaculan paling besar dalam sejarah parlimen negara.

2. PM paling boros dan membazir duit rakyat - 'Abah' kau ni adalah PM yang bertanggung-jawab membentuk saiz kabinet paling besar dan melantik puluhan ahli politik menerajui GLC. Semuanya dilakukan atas tujuan mengekalkan sokongan politik semata-mata. Yang dapat sokongan MP abah, yang menanggungnya rakyat macam kau yang kata dia terbaik. 🤦‍♂️

3. PM yang jelas terkantoi memberi rasuah dan khianat - Abah kau dengan selamba buat tak tahu pasal audio yang tersebar mengenai pengkhianatan dia terhadap PH dan rancangan beliau merasuah ahli politik UMNO dan PAS dengan jawatan. Masih tiada penafian dari beliau mengenai perkara ini, jika audio itu sahih, Abah wajar didakwa atas kesalahan rasuah.

Kadang-kadang segan aku dengan bangsa sendiri, mudah sangat terpedaya dan diperdaya. Mana tidaknya, PM seperti TSMY yang digelar 'Abah' dikatanya terbaik. Logik ikut mana? Hai Melayu...

#AbahKauBukanAbahAku

Komen terhadap kenyataan "NEGARA MENGHADAPI DEFISIT BERGANDA"



#CopyNshare

1. Ini bukan scam. Ini berita benar dan pahit daripada Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz.

2. Selepas tidak sampai sebulan berkata kewangan negara kukuh dan kerajaan ada duit, sekarang Menteri dunia korporat itu kata kerajaan akan berhutang.

3. Bila Zafrul kata kewangan negara kukuh dan kerajaan ada duit, banyaklah laskar siber Muafakat Nasional yang sekarang menjadi penyokong tegar kerajaan Perikatan Nasional (PN) tuduh Guan Eng bohong bila dia kata kerajaan tak ada duit.

4. Saya tidak ada hal kalau laskar siber Muafakat Nasional masuk berbahas secara faktual tapi ramai yang suka maki hamun dan guna akaun palsu.

5. Ada yang suruh kerajaan korek atap siasat pinjaman Bon Samurai dari Jepun oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

6. Mereka tidak pun tahu yang kerajaan dari dulu lagi tak pernah cukup duit. Hasil tahunan kerajaan hanya cukup untuk bayar gaji dan pencen kakitangan awam, penyelenggaraan dan bayar balik hutang. Untuk pembangunan kena pinjam.

7. Sekarang Menteri Kewangan pujaan mereka sendiri bagi tahu Reuters yang kerajaan akan berhutang bagi merangsang ekonomi akibat pandemik Covid-19.

8. Bukan sekadar berhutang malah sampai defisit belanjawan (fiscal deficit) bagi tahun ini berganda. Maksudnya Zafrul cadang kerajaan berhutang dengan lebih banyak. Ertinya lebih banyak daripada zaman PH.

9. Daripada siapa dia nak berhutang? Daripada siapa lagi kalau bukan kita yang ada duit dalam bank, Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan KWAP.

1O. Untuk selamatkan kita, kerajaan berhutang daripada kita dan pungut cukai daripada kita untuk bayar balik hutang daripada kita.

11. Tak hairanlah kalau pasaran saham semalam (Isnin) jatuh walaupun pada hari Jumaat Muhyiddin Mohd Yassin umumkan peruntukan tambahan RM35 bilion untuk jana ekonomi.

12. Ini adalah kerana pelabur tahu bahawa ia adalah pembiayaan defisit daripada sumber hutang.

Sumber #FBfriend


DESAS DESUS BERMAIN DI TELINGA.


Tun M akan berjumpa DSAI di Tripicana petang ini..tujuan perbincangan semua maklum.Syafie Afdal mungkin tengah tenung tenung apa akan berlaku bila Musa Aman bebas...ya lah...duit boleh beli macam macam..bukan saja meja kerusi almari...banyak boleh beli...

Petang ini juga Majlis Presiden akan bermesyuarat. Jadi kita tunggu lah..berita petang ini.Kalau sebelum ini Sabah mungkin selamat...tapi macam tak selamat.,.kaki sakau bukan calang calang juga yang bebas ni....boleh ba...kalau kau ba.,.





Pencapaian 100 hari Muhyiddin: 46 kes rasuah Musa Aman gugur



Sedar tak sedar, sudah 100 hari Muhyiddin Yassin mentadbir negara tanpa mandat rakyat. Ini diakui sendiri perdana menteri itu dalam ucapannya pada 27 Mac lalu: “kerajaan ini mungkin bukan kerajaan yang anda pilih”.
Pelbagai nama diberikan kepada kerajaan pimpinan Muhyiddin, antaranya “kerajaan pintu belakang”, “kerajaan tebuk atap”, “PNipu”, “Kerajaan U-turn”, “Kerajaan GLC”, dan pelbagai lagi.
Semua gelaran ini sudah cukup untuk menggambarkan betapa ketidakpuasan hati rakyat semakin membuak-buak, ini ditambah dengan keadaan ekonomi dan pekerjaan yang semakin memburuk.
Menurut Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), kehilangan pekerjaan di negara ini meningkat sebanyak 42 peratus pada suku pertama 2020. 
Namun, apa jalan penyelesaian yang diambil kerajaan Muhyiddin yang tampak berkesan? Mungkin ada, tetapi tidak menyerlah seperti pemberian jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada para pengikutnya.


Ini diakui sendiri Muhyiddin satu rakaman audio mirip suaranya yang tular baru-baru ini. Apa kata perdana menteri itu dalam audio berkenaan?
“Kalau dia (Ahli Parlimen UMNO) tahu kerajaan baru nak terbentuk, UMNO masuk, ‘why don’t you come in now, why don’t you join us now rather than you join later?‘ (Kenapa tak sertai kami sekarang, daripada sertai kemudian?)
“Saya fikir kalau itu kita lakukan, sebahagian besar mungkin tinggalkan UMNO (dengan hanya) 10 hingga 20 tinggal Najib (Razak) dan puak-puak dia.
“Lebih-lebih lagi kalau ada jawatan. Tak jadi menteri, jadi chairman of GLC (pengerusi GLC),” kata suara itu.
Belum pun sembuh luka rakyat akibat pengkhianatan ini, kerajaan Muhyiddin nampaknya menabur lagi garam ke luka berkenaan dengan berita awal pagi ini. 
Dikhabarkan bekas ketua menteri Sabah Musa Aman dibebaskan daripada 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan konsesi balak di negeri itu.
Keputusan itu katanya dibuat oleh pihak peguam negara selepas Musa Aman memfailkan permohonan untuk menggugurkan berpuluh-puluh tuduhan kes jenayah terhadapnya.
Kalau ada perkara yang perlu dipuji tentang kerajaan Muhyiddin, mungkin hanya ada satu iaitu efisien. Efisien dalam membahagikan jawatan GLC dan efisien dalam menggugurkan kes rasuah. Bukan satu pertuduhan, tetapi 46 pertuduhan sekaligus. Hebat. 
Rakyat memerhati tindak-tanduk dan gelagat pengikut Muhyiddin. Suara-suara yang meminta supaya mandat rakyat pada pilihan raya umum lalu dihormati semakin kuat kedengaran. 
Tuntutan rakyat ini akan semakin kuat jika Muhyiddin terus menggunakan kedudukan untuk tujuan yang bertentangan dengan kehendak rakyat.

ROKET.


KENAPA YB MELAYU YANG KEBULUR RASUAH?

MENTERI KEWANGAN NAK PINJAM DUIT?