Jangan batalkan pendaftaran UMNO, biarlah ia musnah dengan sendiri!



Saya bersetuju dengan Ahli Parlimen DAP Kepong Lim Lip Eng yang mana kerajaan tidak sepatutnya membatalkan pendaftaran UMNO kerana kesalahan para pemimpinnya. Namun begitu, politik kotor parti tersebut haruslah dibendung. 

Saya percaya bahawa kerajaan Pakatan Harapan harus mengambil kedudukan yang lebih tinggi dan berikan ruang dan masa untuk UMNO memperbetulkan salahlakunya. 

Sepanjang lima tahun di antara 2013 sehingga 2018, DAP pernah menghadapi situasi yang sama di mana Kabinet Najib mempertimbangkan pembubaran secara haram parti ini berdasarkan pelbagai tuduhan yang dibuat-buat. 

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013 yang lalu, rejim Najib hanya berubah fikiran pada saat terakhir daripada keputusan untuk mengharamkan penggunaan simbol roket DAP pada PRU tersebut. 

Sebelum PRU14, rejim Najib merasakan sangat yakin dengan kebolehan mereka untuk memenangi sehingga ⅔ kerusi Parlimen sehingga mereka memutuskan untuk tidak menggantung pendaftaran DAP — yang berasaskan tuduhan kononnya pilihan raya dalaman parti pada Disember 2012 dilaksanakan dengan cara yang tidak demokratik dan melanggar undang-undang — dan sebaliknya memilih untuk mengharamkan Parti Bersatu yang baru ditubuhkan. 

Ugutan penggantungan pendaftaran selama lima tahun tersebut merupakan satu penyalahgunaan kuasa yang sangat jelas sekali dan tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, urus tadbir yang baik dan kedaulatan undang-undang. 

Tidak ada negara dalam dunia ini di mana Pendaftar Pertubuhannya memaklumkan sebuah parti politik bahawa pilihan raya parti peringkat kebangsaannya yang dijalankan lebih daripada empat tahun yang lepas itu tidak sah lalu memaksa parti tersebut untuk mengadakan satu pilihan raya parti yang baru. 

Terdapat juga cadangan daripada mereka yang rapat dengan Najib yang mencadangkan supaya saya bersara daripada politik bagi menghentikan segala malapetaka ini. 

Saya percaya bahawa dendam tidak mempunyai tempat dalam politik dan saya berharap ahli-ahli dan pemimpin UMNO tidak perlu menghadapi seksaan “hukuman mati” yang dihadapi oleh ahli-ahli dan pemimpin DAP selama lima tahun sebelum PRU14. 

Di dalam sebuah demokrasi, biarlah pengundi yang memilih sama ada mereka berhasrat untuk menghumban sesebuah parti politik itu ke dalam tong sampah. 

Kerana inilah saya bersetuju dengan Lim Lip Eng — jangan batalkan pendaftaran UMNO tapi biarlah ia musnah dengan sendirinya memandangkan UMNO kini berada dalam peringkat lanjut proses memusnahkan dirinya apabila ia melancarkan kempen klepto-teokrasi bersama dengan PAS.

UMNO telah hilang kegemilangannya, di mana ia dilihat sebagai juara golongan Bumiputera, kini UMNO telah hilang arah tujuannya apabila ia mengabaikan perjuangan untuk menaikkan taraf hidup orang Melayu dan memilih untuk hanya mengkayakan kroni UMNOPutera dan menjadikan Malaysia sebuah negara model kleptokrasi global. 

Inilah sebabnya kenapa Presiden UMNO sedang menghadapi 87 tuduhan rasuah dan digelar sebagai Raja Tuduhan Rasuah, dan bekas Presiden UMNO sendiri menghadapi 42 tuduhan rasuah, dengan Setiausaha Agung parti tersebut juga bakal menghadapi perbicaraan rasuahnya yang tersendiri — bersama dengan ramai lagi pimpinan UMNO yang menghadapi tuduhan masing-masing. 

Dengan segala pertuduhan ini, mereka melancarkan kempen “MALU APA BOSSKU” tanpa sekelumit rasa malu sekalipun!

Semasa saya sedang menunggu penerbangan saya di Lapangan Terbang Subang pada hari Ahad, saya terserempak dengan seorang pemimpin UMNO yang bersetuju dengan saya mengenai semua isu rasuah tersebut tetapi beliau tidak bersetuju dengan saya mengenai perkara lain. 

Saya berfikir sejenak mengenai komen beliau memandangkan beliau merupakan seorang Menteri di dalam Kabinet Pertama Najib di antara tahun 2009 sehingga 2013. 

Walaupun beliau boleh untuk mengaku tidak mengetahui mengenai skandal 1MDB memandangkan skandal tersebut hanya muncul secara besar-besaran mulai tahun 2015, UMNO tidak ada melakukan apa-apa langsung sepanjang 18 bulan yang sudah berlalu sejak PRU14 untuk mengutuk dan menjauhkan dirinya daripada skandal 1MDB dan memohon maaf kepada negara kerana menjatuhkan maruah negara kepada sebuah kleptokrasi global. 

Jika beliau terpilih untuk menyertai Kabinet kedua Najib, adakah beliau akan menjadi seperti Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yang baru-baru ini menyatakan kepada mahkamah yang beliau telah menyembunyikan kebenaran mengenai skandal 1MDB semasa peletakan jawatan Menteri beliau pada bulan Jun 2016 demi menjaga reputasi Perdana Menteri semasa itu, atau adakah beliau akan menjadi seperti Muhyiddin Yassin yang dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri beliau pada bulan Julai 2015 kerana menolak untuk mengikut arahan Najib mengenai skandal 1MDB?

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah menimbulkan beberapa persoalan mengenai soal kewangan UMNO, selepas UMNO dilaporkan menjual saham-sahamnya di dalam syarikat media dan UMNO kini kembali kaya sehingga dilaporkan oleh sesetengah media sebagai mempunyai lebih daripada RM2 bilion. 

Adakah perkara ini berkait dengan kenaikan kadar aktiviti media sosial dalam dua bulan yang lepas yang cuba untuk mewujudkan satu persepsi di mana Malaysia kini menghadapi satu krisis dalam pembinaan negara dengan hubungan antara kaum dan agama yang semakin tegang, sehingga wujudnya satu kempen untuk memboikot produk bukan bumiputera.

Di sebalik latar belakang perbicaraan bekas Perdana Menteri negara, kita dapat lihat kerja-kerja jutaan wang ringgit yang dibelanjakan untuk menguasai ruang media sosial. 

Tanpa sebarang ragu-ragu lagi, ini adalah satu perkara yang berkepentingan awam, terutamanya dengan pemimpin UMNO yang dahulunya pemimpin kerajaan secara terang-terangan melawan titah nasihat diraja mengenai berita palsu dan hasutan jahat dan cubaan merosakkan perpaduan negara. 

Malah, seorang bekas Mentri Besar juga telah mempersoalkan dakwaan ketegangan antara kaum di dalam negara, dengan mengatakan yang situasi di peringkat akar umbi sedang aman harmoni, tanpa berlakunya situasi di mana “orang Melayu menindas orang Cina dan sebaliknya”. 

Mungkin beliau tidak memahami apa yang saya cuba sampaikan apabila saya katakan Malaysia dalam “dunia sebenar” kelihatan amat berbeza dengan Malaysia dalam “media sosial” yang digambarkan sebagai berada di dalam polarisasi yang terburuk yang pernah dilihat dalam sejarah negara. 

Jika dilihat di Malaysia “media sosial”, negara ini kelihatan seakan-akan menunggu masa sahaja sebelum menjunam ke dalam kancah keganasan antara kaum dan agama yang dijana oleh bergunung berita palsu dan hasutan jahat yang disebarkan sepanjang dua bulan yang lepas untuk menghasut syak wasangka, kebencian dan ketakutan.

Saya telah katakan berkali-kali yang ini adalah satu gambaran yang tidak benar mengenai Malaysia, turun ke peringkat akar umbi dan kita dapat lihat yang rakyat Malaysia hidup dalam aman damai dan harmoni tanpa sebarang syak wasangka, kebencian, mahupun ketakutan antara satu kaum dengan yang lain. 

Jadi siapakah yang mencipta gambaran palsu Malaysia “media sosial” ini?

Mereka adalah orang yang sama berkaitan dengan kempen untuk memboikot produk bukan bumiputera. 

Saya nasihatkan kepada bekas Mentri Besar tersebut, yang kini menghampiri dekad ketujuh untuk menyedari yang rakyat Malaysia tidaklah terlalu naif untuk mempercayai penafiannya, dan beliau bersama-sama dengan sekutunya di dalam UMNO dan PAS sepatutnya cuba untuk memahami dan bermuhasabah diri dengan apa yang telah dititahkan oleh baginda Yang di Pertuan Agong, Sultan Perak, dan Sultan Selangor baru-baru ini mengenai isu perpaduan negara, berita palsu, dan hasutan jahat. 

Sultan Perak Sultan Nazrin Syah bertitah baru-baru ini bahawa selepas 62 tahun mencapai kemerdekaan, perbuatan untuk menghasut kebencian di antara kaum dan agama masih berlaku dengan kerap. 

Baginda berkata, pelbagai provokasi yang bersifat ekstrem telah dibuat, termasuklah melalui penyebaran fitnah melalui media sosial dan penghinaan Islam dan agama-agama lain di dalam negara ini, baginda memberikan amaran bahawa perbuatan seperti ini adalah seperti memasang suatu bom yang hanya menunggu masa untuk meletup.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah memperingatkan rakyat Malaysia untuk tidak mudah mempercayai berita palsu dan fitnah yang disebarkan di media sosial yang boleh merosakkan keamanan dan keselamatan negara. 

Yang di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga telah bertitah bahawa Islam menggalakkan keamanan dan hubungan yang baik di dalam masyarakat, yang sepatutnya ditekankan di kalangan rakyat untuk memupuk perpaduan. 

Baginda berharap untuk melihat negara ini mencapai satu penghijrahan kepada semangat toleransi dan kerjasama yang lebih baik di antara rakyat yang pelbagai kaum yang merupakan kekuatan negara ini. 

Sudah tentu sekali, segala kempen boikot, berita palsu, dan fitnah yang belegaran di media sosial ini berlawanan dengan penghijarahan kepada semangat toleransi, kerjasama, dan perpaduan yang dikatakan oleh baginda. 

Adakah bekas Mentri Besar ini mendengar titah Yang di Pertuan Agong dan Sultan Negeri Perak dan Selangor ini?


Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Selasa 3 September 2019



KERJA LANJUT USIA TINGKAT PENGANGGURAN ANAK MUDA

SERAGAM KOMUNIS: PEMBANGKANG BURUKKAN KERAJAAN PH MELAKA

MENGIMBAS 2 SEPTEMBER 98..








Semalam, 2 September adalah tarikh yang sentiasa diingati setiap kali kita memperkatakan tentang kebangkitan reformasi di negara ini.
Bermula 2 September 1998 di mana ketika itu Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian pada sebelah malamnya, keahlian UMNOnya pula dilucutkan yang bermakna semua jawatan beliau dalam parti itu gugur secara automatik, di situlah titik mula kebangkitan reformasi yang sehingga akhirnya BN berjaya ditumbangkan pada 9 Mei 2018 yang lalu.
Tanpa pemecatan Anwar, PKR tidak akan wujud dan kebangkitan reformasi juga tidak mungkin berlaku.
Tanpa pemecatan Anwar, tidak mungkin wujud sebuah gabungan pembangkang yang kuat yang setelah 20 tahun berjuang, berjaya menjadi kerajaan menggantikan BN.
Tanpa pemecatan Anwar, BN tentu saja masih jadi kerajaan sampai sekarang ini.
Tanpa pemecatan Anwar, Tun Mahathir Mohamad barangkali tidak keluar UMNO sampai dua kali dalam hidupnya.
Tanpa pemecatan Anwar, Tun Mahathir tidak mungkin menubuhkan Bersatu, berbaik dan bergabung semula dengan Anwar yang pernah dipecatnya semata-mata untuk menumbangkan BN yang pernah meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.
Pendeknya, tanpa peristiwa pemecatan Anwar, banyak perkara tidak berlaku di negara kita ini.
Malah, jika kita sebagai rakyat merasa bertuah kerana kerajaan BN berjaya ditukar pada 2018 lalu, haruslah diingat segala-galanya bermula dengan beliau dipecat pada tarikh 2 September 1998 itu.
Tanpa pemecatan Anwar, tanpa beliau menubuhkan PKR dan kemudian menggabungkan parti-parti pembangkang serta sejak itu melaungkan reformasi dan perubahan, biar bagaimana besar sekali pun skandal yang dilakukan oleh sesiapa yang menjadi Perdana Menteri, BN tetap sukar untuk ditumbangkan.
Hanya kerana tapak untuk perubahan itu sudah tersedia sejak 2 September 1998, itulah yang sebenarnya memberi dorongan paling kuat untuk Tun Mahathir sedia berbaik semula dengan Anwar, bergabung, berpadu tenaga serta menggunakan logo PKR untuk menumbangkan BN pada PRU14 lalu.
Lantaran itu, mereka yang hari ini banyak menuai hasil perjuangan PH dengan pelbagai nikmat jawatan dan kedudukan dalam kerajaan, jangan sesekali lupa bagaimana semua yang ada ini bermula.
Jangan terlalu mudah lupa diri seolah-olah mereka telah berjasa besar kepada perjuangan dan perubahan ini, walhal peristiwa 2 September 1998 dan kerana yang dipecat itu Anwarlah yang memungkinkan semangat reformasi berterusan selama 20 tahun sehingga akhirnya era BN sebagai kerajaan dapat diakhiri.
Seperkara itu, meskipun pemecatan Anwar adalah atas tuduhan salah laku moral dan dakwaan liwat yang mana beliau kemudian dibebaskan di peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 2004, realitinya penyingkiran beliau pada 1998 itu tidak lebih kerana soal kuasa dan bermotif politik semata-mata.
Mengapa dikata demikian?
Pertama, meskipun pernah memecat dan mengaibkan Anwar pada 1998, Tun Mahathir kemudian sedia berbaik dan berdamai semula dan setuju menamakan Anwar sekali lagi sebagai bakal penggantinya untuk jawatan Perdana Menteri ke-8.
Jika benar kerana isu moral itu menyebabkan tidak layaknya Anwar menjadi pemimpin sehingga dipecat pada 1998, bagaimana Tun Mahathir pada 2017 setuju kembali dengan konsensus menamakan Presiden PKR itu sebagai bakal penggantinya?
Keduanya, jika benar Tun Mahathir berpegang kepada isu moral dan dakwaan salah laku pemimpin sebagai asas tidak layak seseorang itu menjadi pemimpin, mengapakah beliau tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Azmin Ali yang dikaitkan dengan dakwaan salah laku moral yang sama?
Apakah bezanya Anwar dengan Azmin?
Sudah tentu jawapan paling mudah ialah Azmin bukan ancaman kepada Tun Mahathir, maka sehingga ini setelah lebih dua bulan berlalu, bukan saja hasil siasatan masih tidak diketahui, malah beliau seolah-olah dilindungi dengan terus diberi peranan penting dalam kerajaan sama ada untuk tugasan dalam dan juga luar negara.
Untuk itu, mengenang tarikh 2 September 1998 yang genap 21 tahun usianya hari ini, ia bukan saja tentang perjuangan, perubahan dan kegigihan Anwar, tetapi juga membuatkan kita semakin mengenali siapa Tun Mahathir sebenarnya. (ShahbudinHusin 03/09/2019)


BERGAMBAR : Anwar merasmikan Persidangan Antarabangsa Sejarah dan Budaya 2019

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, sut dan dalaman

Menyampaikan ucaptama, dan turut merasmikan Persidangan Antarabangsa Sejarah dan Budaya 2019 di ISTAC-IIUM tengahari tadi.

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk, jambang, sut dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri, sut dan dalaman



WALAUNTIT BAKAL DISAMAN?



Oleh: spark Nauza





Kan dah kene lapor polis... takyah spin semalam kata ehh bukan boikot...  kami kempen je.

Yg korang tak nampak sape yg gerakkan 'kempen' ni ... antaranya blogger haprak omak kau ni..

Sori to say la... omak ko ni la yg korang percaya... bebetul kenal ke sape hanisah ni?

Kalau org camni buat fitnah..  aku tak terkejut pun...

takpe guys . runtuhkan je bisnes macam ecosave tu .

Nanti pekerja melayu tu kene buang kerja.. apa ada hal... korang ambik la keje dgn korang.

Kan korang suka benda camni.  aritu sibuk nk berparang .  ikut emosi..  kesan dia fikir tak.. anak ko jadi yatim.. bini ko jadi janda fikir ke.?..

Skrg nk boikot produk cina pulak... suka ati korang je kan..  korang mungkin dah kaya.. tp pernah fikir tak Islam ( saudara seagama) yg kerja kat econsave.. speedmart.. sri ternak.. kilang biskut jakob.. kilang kicap kipas. .. kilang minyak buruh ( dari proses ambik sawit sampai jual di kedai) bakal ilang pekerjaan sebab tindakan haprak ni.

nk utamakan barang Islam tu bagus... tp nk tabur pasir dalam periuk nasik org tu bodoh...

Agak2 kalau periuk nasik ko kene tabur nasib ape rasa?.. pahit.. kelat?..

Benda kat laman sosial ni.. nk share..  fikir 14 kali dulu bro..... buka. senang jari tu klik like...

ni la antara fitnah akhir zaman.. nk jadi pembela bangsa konon.. tp tak sedar bunuh bangsa sendiri.


TOKOH MAAL HIJRAH TOLAK FITNAH MUSNAH KEHARMONIAN

HENTI BODOHKAN RAKYAT KONON DAP BERI KEWARGANEGARAAN

TAK SETUJU ANWAR JADI PM JANGAN FITNAH

GAMBAR HARI INI..