ERA PH: KRITIKAN BERFAKTA PERLU KUKUHKAN KERAJAAN

JANGAN BIAR KEMERDEKAAN DIRAMPAS GOLONGAN PELAMPAU

INGAT SENANG KE KALAU PERANG SAUDARA?

KEMISKINAN DIUKUR DENGAN JUMLAH PENERBANGAN?

APAKAH ELEMEN DIKTAKTOR PM4 KINI DIAMALKAN PM7 ?



Dalam beberapa ucapannya sebelum ini, Tun Mahathir Mohamad selalu mengalu-alukan teguran dan kritikan.
Kata beliau, teguran dan kritikan adalah umpama cermin yang membolehkan pihaknya memperbaiki kesilapan.
“Tanpa teguran dan kritikan, kita tidak nampak apa kesilapan kita.
“Dan cuba kita tak tengok cermin dua tiga hari, kemudian kita keluar rumah, adakah rupa kita makin elok?” demikian lebih kurang antara kata-kata yang pernah diucapkan oleh Tun Mahathir dalam mengalu-alukan teguran serta kritikan.
Tapi apa sudah jadi sekarang?
Mengapakah Dr Rais Hussin, Ahli MPT Bersatu mahu diambil tindakan disiplin hanya kerana memberikan pandangan yang berupa kritikan dan teguran?
Berhubung kritikan Dr. Rais yang meramalkan PH akan kalah jika PRU diadakan dalam masa terdekat ini, Tun Mahathir yang mempengerusikan mesyuarat MPT Bersatu semalam mengakui tindakan disiplin akan diambil terhadapnya.
“Kita telah bincang dengan panjang lebar, beberapa perkara, di antaranya perlu adanya disiplin dalam parti, khususnya ahli-ahli dalam Majlis Presiden juga Majlis Tertinggi, iaitu mereka yang ada pegang jawatan.
“Mereka perlu berhati-hati bila membuat pengumuman, kalau mereka membuat pengumuman yang merosakkan imej parti, maka tindakan akan diambil terhadap mereka, dan ini diputuskan berkenaan dengan projection (ramalan) kononnya PH ini akan kalah PRU akan datang.
“Tak tahulah pendapat dia, tetapi kita akan adakan penyelidikan, akan kemukakan kepada Lembaga Disiplin parti dan Lembaga Disiplin akan membuat laporan kepada Majlis Tertinggi untuk Majlis Tertinggi akan ambil tindakan yang dicadangkan oleh Lembaga Disiplin,” jelasnya.
Ternampak dengan keputusan mesyuarat Bersatu semalam, Tun Mahathir seolah-olah tidak lagi sedia menerima teguran dan kritikan.
Walhal, jika diteliti, teguran dan kritikan Dr Rais bukanlah sesuatu yang boleh merosakkan parti, malah apa yang disuarakan beliau itu benar-benar merupakan cermin untuk PH memperbaiki dirinya.
Ini kerana, apa yang dinyatakan beliau ialah perlunya PH segera menunaikan janji-janji manifestonya jika tidak mahu kalah PRU akan datang.
Dalam memberikan hujah dalam sebuah forum di UIA baru-baru ini, Dr Rais berkata, PH mempunyai tempoh kira-kira tiga setengah tahun lagi untuk menunaikan janji-janji PRU14.
“Dalam senario sekarang, kalau kita adakan pilihanraya esok, UMNO dan PAS akan menang,” kata beliau.
Berdasarkan apa yang dinyatakannya itu, di mana salahnya hujah tersebut dan dari sudut mana ia dianggap telah merosakkan imej parti?
Lagi pula, Dr Rais telah membentangkan hujah-hujahnya itu dalam sebuah forum terbuka di sebuah universiti dan segala pandangan beliau seharusnya dilihat dari sudut yang positif.
Kenapa Tun Mahathir tidak mahu melihat teguran dan kritikan Dr Rais itu sebagai cermin untuk PH dan Bersatu memperbaiki lagi dirinya sebagaimana yang selalu disebutnya sebelum ini?
Adakah beliau kini sudah berubah dan tidak lagi boleh dikritik?
Adakah Tun Mahathir sudah lupa kepada kata-katanya sendiri?
Atau elemen kediktatoran PM4 sebenarnya semakin meresapi PM7 sekarang ini? (ShahbudinHusin 30/08/2019)

ELAK KALAH PRU15. MAHATHIR TIDAK PERLU LEBIH 2 TAHUN.



Kebimbangan tentang kemungkinan PH kalah PRU15 akan datang bukan lagi suara yang disembunyi-bunyikan, malah sudah boleh didengari di mana-mana ketika ini.
Kalangan pimpinan PH sendiri tidak lagi takut menyatakan hakikat tersebut.
Di forum terbuka, kenyataan media, perbincangan dalam bilik mesyuarat, sembang-sembang sesama sendiri, malah apa saja ruang untuk berbicara, topik tersebut kian kerap diperkatakan di sana sini.
Semalam, Ahli MPT Bersatu, Dr Rais Hussin dalam sebuah forum di UIA tanpa berselindung menyatakan PH akan kalah mudah jika PRU diadakan dalam waktu terdekat ini.
Katanya, selain janji manifesto banyak yang tidak ditunaikan, PH didapati tidak lagi menjadi kerajaan yang mendengari suara rakyat.
Hari ini, dua Ahli Parlimen PH turut tidak menolak kemungkinan PH akan hilang kuasa dalam PRU akan datang.
Charles Santiago, Ahli Parlimen Kelang dan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen menggariskan dua faktor iaitu tidak menunaikan janji dan gagal melaksanakan pembaharuan asasi sebagai punca utamanya.
Kata mereka, dua faktor tersebut menjadikan sokongan rakyat kepada PH terus merudum di sebalik janji pembaharuan Malayia Baru yang dilaung-laungkan sebelum ini.
Untuk mengatasi semua itu dan agar pembaharuan lebih cepat dapat dilakukan, walaupun mungkin ada sebab-sebab lainnya, proses peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim tidak seharusnya ditangguhkan lagi melewati tempoh dua tahun.
Inilah adalah faktor paling cepat untuk menarik semula sokongan rakyat dan mengelakkan ia terus merudum.
Lebih lama Tun Mahathir duduk sebagai Perdana Menteri, percayalah, makin merudum lagi sokongan rakyat kepada PH dibuatnya.
Ini kerana Tun Mahathir dilihat banyak berdalih dalam menunaikan janji manifesto dan melaksanakan pembaharuan asasi dalam negara.
Tun Mahathir nampaknya masih terperangkap dengan gaya kepimpinan PM4 dan tidak menjiwai sepenuhnya semangat reformasi yang diperjuangkan oleh PH sejak lebih 20 tahun dahulu.
Lantaran itu, beliau tidak segan-segan menyatakan Buku Harapan bukan sebuah kitab suci serta bertangguh-tangguh dalam banyak janji yang lain atas alasan kekangan ekonomi, tetapi begitu cepat pula melaksanakan projek yang ada keghairahan peribadi kepadanya seperti projek kereta nasional ketiga.
Bagi rakyat, kereta nasional ketiga bukanlah keutamaan untuk negara berbanding PTPTN dan penghapusan tol yang dijanjikan sebelumnya.
Lebih lama Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau dipercayai akan membawa negara semakin menuju era lamanya sebelum ini, walhal dunia dan persekitaran sudah banyak yang berubah.
Mahu tidak mahu, rakyat perlukan pendekatan dan keghairahan baru yang mampu ditonjolkan oleh PH.
Di sinilah pentingnya penyerahan jawatan kepada Anwar tidak lagi dilengah-lengahkan.
Anwar, berdasarkan pencapaian dan kecemerlangan semasa menjadi TPM sebelum ini, diyakini mampu mencetuskan idea serta garapan baru untuk rakyat dan negara berdasarkan semangat reformasi yang sudah sebati dalam dirinya.
Hanya semangat baru ini yang mampu menyuntik keyakinan untuk PH dapat bertahan menghadapi PRU15 akan datang.
Aura Tun Mahathir mungkin diperlukan ketika menumbangkan BN dahulu, tetapi untuk mengisi kemenangan dan memberi kesegaran, negara tidak boleh dibawa menoleh ke belakang dengan gaya kepimpinan lamanya.
Perubahan dan pembaharuan adalah jawapan untuk mengelakkan kekalahan dalam PRU akan datang dan ia mesti dilakukan dengan jiwa keberanian bahawa membiarkan Tun Mahathir lebih lama menjadi PM adalah suatu kerugian, sebaliknya tokoh baru akan membawa kesegaran dan keuntungan yang mungkin tidak dinampak sebelumnya. (ShahbudinHusin 29/08/2019)

BERGAMBAR : ANWAR DI FORUM GLC SYARIKAT GERGASI


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum
Berpeluang untuk mendengar dan berbincang dengan gergasi-gergasi industri dari sektor korporat dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan di Ulangtahun Ke-10 London Speakers Bureau di Malaysia yang di-juruacara oleh Melisa Idris semalam.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang
Samada CEO atau nelayan, kebimbangannya itu sama. Kita harus perbaiki mutu dan peluang kepada pendidikan. Kita perlukan ekonomi yang menjana peluang-peluang pekerjaan dengan gaji yang munasabah. Kita perlukan kerajaan untuk mencorak agenda dan dasar yang jelas, mengurangkan kerenah birokrasi yang berlebihan, dan juga memperkasa sektor swasta. Kita perlukan pertumbuhan ekonomi yang memanfaatkan semua. Kepayahan ekonomi yang merundung mereka yang di bandar, dan juga yang di desa-desa tidak harus dikesampingkan. Usah kita biarkan syak wasangka dan curiga melemahkan usaha kita dalam mencapai matlamat ini.

Saya juga ingatkan bahawa tidak ada negara yang berjaya di dunia ini yang berdiri atas faham perkauman. Apa yang kita perlukan adalah keberanian dan keyakinan dalam mencari titik temu dalam menyatukan seluruh rakyat Malaysia demi masa depan yang lebih baik, untuk semua.
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiri dan sut
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk dan dalaman

FITNAH CHIN TONG PAKAI SERAGAM KOMUNIS: AZWANDDIN MOHON MAAF

ENAKMEN TUKAR AGAMA ANAK PERLU KE MAJLIS PRESIDEN PH – PKR

PENDAKWA AKAN BONGKAR ‘DRAMA’ TUTUP JEJAK 1MDB

BERGAMBAR: DUTA US BERJUMPA ANWAR


Terima kunjungan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Kamala Shirin Lakhdhir di pejabat hari ini.(SEMALAM)
Perbincangan kami menyentuh pelbagai isu semasa terkait kedua-dua negara.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang duduk dan dalaman

KENYATAAN MEDIA BIRO POLITIK PKR



[TERKINI 8.35 malam]
KENYATAAN MEDIA
Biro Politik KEADILAN telah mengadakan mesyuarat pada hari ini yang dipengerusikan Presiden KEADILAN Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


Mesyuarat hari ini telah turut dihadiri YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, yang telah memberi taklimat berkenaan pindaan kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Biro Politik telah menyarankan agar YAB Dato’ Menteri Besar memberikan taklimat penuh serta mengadakan perbincangan lebih mendalam berkenaan isu ini sewaktu Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Jumaat ini.

YAB Dato’ Menteri Besar Selangor juga telah memberikan taklimat berkenaan perkembangan terkini program-program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) Selangor termasuk program air percuma, Skim Mesra Usia Emas dan lain-lain.

Biro Politik mengambil pendirian program-program ini perlu ditambahbaik secara berterusan dengan memastikan kumpulan sasar B40 sentiasa menjadi keutamaan, disamping pendanaan program yang perlu bersifat lestari.

Biro Politik KEADILAN
28 Ogos 2019


ZURAIDA YANG MENGADA NGADA



Jika Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari pernah memberi alasan tersangkut dalam kesesakan lalu-lintas sebagai sebab tidak hadir mesyuarat MPP PKR, alasan Naib Presiden, Zuraidah Kamaruddin nampaknya lebih mengada-ngada lagi.
Beliau memberi alasan tidak hadir mesyuarat ialah kerana tiga pucuk surat yang dihantar kepada Anwar Ibrahim untuk mengadakan pertemuan tidak dilayan oleh Presiden PKR itu.
Ketiga-tiga surat ialah untuk meminta diadakan pertemuan khusus antara Ahli MPP yang terpilih atau menang bertanding dengan Anwar selaku Presiden PKR.
Kononnya, pertemuan itu dipohon bagi menyelesaikan perselisihan yang berlaku dalam PKR sekarang ini.
Tidakkah alasan Zuraidah ini nampak sangat remeh dan mengada-ngada?
Kenapa mesti ada kumpulan dalam kumpulan dalam PKR?
Bukankah apabila selepas pemilihan, tak kira sama ada yang terpilih atau dilantik, semua mereka adalah sama kedudukannya untuk menjaga parti?
Siapa pun mereka, yang terpilih atau dilantik, adalah bertanggungjawab kepada parti secara keseluruhannya dengan tidak mengambil kira lagi berapa undi yang pernah diperolehi dalam pemilihan sebelumnya.
Semua masalah atau perselisihan dalam parti seharusnya dibincang dalam MPP untuk dicari jalan penyelesaian terbaiknya tanpa ada pengasingan atau pilih bulu sesama sendiri.
Dalam hal ini, kenapa Zuraidah hanya mahu berbincang mengenai perselihan parti dengan Anwar hanya melibatkan mereka menang bertanding saja?
Kenapa takut nak berbincang bersama dengan mereka yang dilantik oleh parti?
Bukankah selepas pemilihan semua orang sepatutnya merapatkan barisan dan mengukuhkan perpaduan, bukan terus merenggangkannya?
Mengapa Zuraidah cuba mewujudkan perbezaan dan darjat yang berbeza seolah-olah yang menang bertanding lebih istimewa berbanding mereka yang dilantik?
Cehhh…..
Maka, elok benar agar Anwar jangan melayan sama sekali surat Zuraidah yang mengada-ngada itu.
Jika dilayan surat seperti itu, pasti akan berleret-leret lagi permohonan untuk mengadakan pertemuan seterusnya selepas ini dan akhirnya beliau ada alasan terbaik untuk tidak hadir langsung dalam mesyuarat parti.
Bakul-sampahkan saja permintaan beliau itu, sebaliknya jika Zuraidah ada masalah mahu dibincangkan, beliau mesti melakukannya dalam mesyuarat MPP atau Biro Politik.
Semua isu hendaklah dibawa secara terbuka dalam mesyuarat dengan semua Ahli MPP, yang terpilih dan dilantik, berhak mendengar dan mengambil bahagian untuk mencari jalan penyelesaiannya.
Jika beliau tidak hadir lagi dalam mesyuarat seterusnya tanpa alasan kukuh atau dengan alasan mengada-ngada memohon pertemuan khusus seperti ini, sudah sampai masanya PKR menguatkuasakan peraturan ponteng mesyuarat sedia ada dengan lebih ketat lagi.
Perangai seperti inilah, jika dibiarkan, merupakan barah yang akan “membunuh” PKR akhirnya. (ShahbudinHusin 28/08/2019)

KERJASAMA UMNO – PAS HANYA AGENDA NAJIB – HADI?