HARGA PETROL NAIK JIKA BN MENANG – LGE

TAK GENTAR DI LEMBAH PANTAI TAPI PILIH TERUSKAN PERJUANGAN ANWAR

Lebih 40,000 hadir, gelombang rakyat bangkit melimpah ke pantai timur


Image may contain: plant, crowd and outdoor

“Duduk, duduk. Orang belakang tak nampak! Duduklah!”
Gamat suasana di Taman Bandar, Indera Mahkota malam tadi sejurus Tun Dr Mahathir Mohamad tampil ke pentas untuk memulakan pidatonya.
Teruja dengan kemunculan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, ramai yang berdiri untuk mengambil gambar mengabadikan kenangan detik-detik lagi berbaki seminggu sebelum membuang undi.
Lambaian Tun Mahathir kepada lebih 40,000 orang yang menghadiri Jelajah Harapan Pahang menyaksikan majoriti daripada mereka membalas lambaian negarawan itu dengan memasang fungsi lampu pada telefon masing-masing.
Image may contain: 4 people, crowd and outdoor
Image may contain: one or more people, crowd, night and outdoorImage may contain: one or more people and crowd
Tun Dr Mahathir Mohamad membalas lambaian rakyat dalam kempen Pakatan Harapan di Pahang.
Kelip cahaya dari telefon mereka yang ibarat taburan bintang di langit itu bukti gelombang kebangkitan rakyat berbilang kaum kepada PH di pantai barat Semenanjung sudah melimpah ke pantai timur.
Tidak dapat disangkal lagi, rakyat khususnya di Kuantan dilihat tidak sabar-sabar untuk melihat Umno-BN direhatkan di Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.
Semakin banyak gambar Tun Mahathir dipotong dan ditutup daripada muncul di kain rentang kempen PH, semakin ramai rakyat yang terkesan dengan kenaikan melambung kos sara hidup bangkit menyatakan sokongan secara terbuka kepada PH.Image may contain: one or more people, crowd, night and outdoor

Image may contain: one or more people, people standing, crowd and night

“Lebih 40,000 yang hadir. Datang dengan apa? Dengan kereta, motosikal sendiri, berjalan kaki, naik basikal.
“Kami (PH) tidak upah satu sen pun. Sebaliknya kami pula minta duit (derma),” kata Mahathir sempat berseloroh.
Didahului dengan bacaan Bismillahirahmaanirahim, beliau menyifatkan kehadiran sebegitu ramai rakyat di Kuantan menggambarkan hasrat untuk menamatkan mandat BN di Putrajaya.
Rakyat serentak melambai Mahathir dengan cahaya telefon tangan.
“Saya fikir pekan Kuantan sudah sunyi, tiada orang. Rupanya semua orang ada di sini. Semua orang di sini menyatakan sokongan untuk menukar kerajaan,” ujarnya yang kelihatan terharu melihat sambutan hangat orang ramai.
Beliau menyifatkan Pengerusi BN, Najib Razak sendiri mustahil untuk mampu menarik kehadiran puluhan ribu orang dalam rapat umum yang dianjurkan kerana segalanya perlu dikerah.
Image may contain: one or more people and crowd

“Saya tidak percaya dia boleh dapat begini ramai orang. Dan untuk 200, 300 orang yang hadir (program), dia sediakan 40 buah bas yang dibawa dari banyak negeri.
“Semua bawa masuk supaya nampak banyak. Kita bukan dengan cara itu. Kita bergantung pada keikhlasan tuan-tuan dan puan-puan (untuk hadir),” ujarnya serentak disambut tepukan gemuruh rakyat.
Laungan “Selamatkan Malaysia, Selamatkan Pahang” dilihat bakal membuatkan Najib dan Pengerusi Badan Perhubungan BN negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob, tidak lena sepanjang PRU-14 ini.

CALON PKR YAKIN KALAHKAN NAZRI AZIZ DI PADANG RENGAS

PH BERJAYA REBUT UNDI PAS – MERDEKA CENTRE

PH HAMPIR TAWAN JOHOR

PRU14 BUKAN PERTANDINGAN TIGA PENJURU TAPI DUA LAWAN SATU, BILAKAH HADI MAHU BERKEMPEN DI PEKAN?



Di atas kertas, memang pertandingan dalam pilihanraya kali ini adalah perlawanan tiga penjuru iaitu antara BN, Pakatan Harapan dan Pas yang memonopoli semua kerusi bagi pihak Gagasan Sejahtera.

Namun, realitinya ia sebenarnya adalah pertandingan dua lawan satu di mana BN dan Pas bagaikan berpakat dan saling bertanding tangan untuk menyerang serta mengalahkan Pakatan Harapan.

Di kala Pas mengatakan musuh mereka ialah BN dan Pakatan Harapan yang dalam pilihanraya kali ini mengggunakan simbol PKR, tetapi serangan dan muncung senapang mereka hanyalah ditujukan kepada Pakatan Harapan semata-mata.

Tidak ternampak sama-sekali serangan sebagai musuh yang sebenar dihalakan oleh Pas kepada Najib, UMNO dan BN sebagaimana mereka menyerang Pakatan Harapan, Bersatu, DAP, Tun Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang, Amanah dan sebagainya.

Pas juga ternampak lebih tidak mahu melihat Pakatan Harapan menjadi kerajaan dan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri berbanding menjatuhkan BN dan menumbangkan Najib yang pada hakikatnya lebih banyak dan lebih parah melakukan kerosakan kepada negara dan menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat.

Apa saja isu yang melibatkan Pakatan Harapan, termasuk apabila anak Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Nik Omar bertanding atas tiket PKR, Pas dan para pemimpinnya ternampak lebih ghairah untuk membuka mulut berbanding memperkatakan mengenai skandal 1MDB yang memalukan dunia dan bagaimana ada wang sebanyak RM2,600 juta dalam akaun peribadi Najib sendiri.

Begitu juga dalam suasana kempen yang memasuki hari kelima sekarang ini, Najib, UMNO dan BN boleh dikatakan selesa daripada sebarang serangan oleh Pas.

Najib, UMNO dan BN hanya menjadikan Pakatan Harapan sebagai sasarannya, sama seperti apa yang dilakukan oleh Pas. Najib, UMNO dan BN tidak menyerang Pas, juga sama sebagaimana Pas tidak menyerang Najib, UMNO dan BN.

Dengan yang demikian, dalam usaha untuk mempertahankan kuasanya, Najib ternampak tidak diserabutkan kepalanya oleh Pas kerana beliau boleh menumpukan seluruh perhatiannya untuk menyerang Pakatan Harapan dan Tun Mahathir semata-mata.

Ini juga suatu keganjilan di mana biasanya parti-parti pembangkang saling menjadikan parti yang menguasai kerajaan kerajaan sebagai sasaran, tetapi dengan Pas mengabaikan serangan kepada BN, seolah-olah yang menjadi kerajaan dan ingin dikalahkan ialah Pakatan Harapan.

Malah, Hadi Awang juga telah menjadikan Langkawi sebagai antara kawasan pilihanraya paling awal untuk dikunjunginya sedangkan siapa pun menyedari bahawa Pas langsung tidak mempunyai harapan untuk menang di kawasan itu.

Dalam kempennya di pulau itu, Hadi bukannya meminta pengundi agar menolak BN sebagaimana lazimnya dilakukan oleh para pemimpin Pas sejak berpuluh-puluh tahun lalu, sebaliknya menggesa mereka agar tidak memberi undi kepada Tun Mahathir.

Katanya, dengan tidak memberi undi dan mengalahkannya, dapatlah Pengerusi Pakatan Harapan itu berehat dengan selesa selepas ini.

Kenapakah Langkawi begitu awal dikunjungi Hadi untuk program kempennya?

Apakah Hadi lebih takut dengan Tun Mahathir sebagai bakal Perdana Menteri berbanding Najib dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri sementara?

Tidakkah ini suatu bukti jelas bahawa Pas saling berganding bahu dengan Najib, UMNO dan BN untuk mengalahkan Tun Mahathir?

Mengapakah Hadi tidak berkempen untuk calon Pas di Pekan sedangkan Pahang adalah lebih hampir dengan rumah kediamannya di Marang, Terengganu berbanding Langkawi?

Mengapa beliau sanggup ke Langkawi terlebih dahulu, bahkan seolah-olah memingkirkan banyak kawasan yang kritikal untuk dimenangi oleh Pas sendiri dan lebih dahsyat, seolah-olah  tidak menumpukan perhatiannya untuk mempertahankan Pas di Kelantan?

Apakah Hadi tidak kisah Kelantan tumbang, asalkan - yang penting dan menyeronokkan - Najib dapat dipertahankan? (ShahbudinHusin 02/05/2018)

Benarkah PIS/Hj Hadi menang kes di UK terhadap Sarawak Report (SR)?

Dakwaan PAS tidak tepat dan sangat mengelirukan, kata Sarawak Report
Saya mendapat banyak mesej di dalam WhatsApp dan juga gambar-gambar di dalam twitter dam sebagainya yang mengatakan PIS ataupun Hj Hadi dah menang kes fitnahnya terhadap Sarawak Report.

Malah telah tersiar di dalam akhbar-akhbar di mana Ketua Penerangan PIS, Nasrudin Hasan dipetik sebagai berkata demikian.


Maka teramatlah gembiranya penyokong-penyokong PIS mendabik dada riuh rendah tentang kemenangan tersebut.
Betulkah PIS dah menang?

Tidak. Hanya dalam mimpi saja sebenarnya.

Saya difahamkan bahawa sebenarnya, Hakim hanya mendengar SATU permohonan Sarawak Report sahaja. Permohonan itu ialah untuk membicarakan satu isu awal, iaitu samada Hj Hadi berhak membawa tutuntan tersebut kerana amatlah terang bahawa pihak yang sebenarnya bertindak ialah PIS dan bukannya Hj Hadi.

SR berhujah bahawa kes itu tidak perlu dibicarakan sepenuhnya pada masa ini. Cukup saja dengan membicarakan satu isu awal itu dengan segera. Dengan berbuat demikian, kes itu akan dapat diselesaikan segera dan tanpa menelan kos yang besar.

Hj Hadi MEMBANTAH permohonan SR itu. Hj Hadi mahu perbicaraan penuh. Dia tak mahu isu awal sahaja yang dibicarakan. Hj Hadi juga berhujah bahawa dia akan merayu sekiranya permohonan SR tersebut dibenarkan oleh Mahkamah.

Di dalam keadaan sedemikian, Yang Arif Hakim berpendapat bahawa adalah lebih baik sekiranya kes itu dibicarakan sepenuhnya dan bukan isu awal sahaja dibicarakan seperti yang dikehendaki oleh SR.

Hakim juga berkata berkemungkinan besar bahawa perbicaraan penuh kes itu akan menelan belanja yang lebih murah dan lebih cepat kerana Hj Hadi akan merayu sekiranya Mahkamah membenarkan permohonan SR tersebut.

Lalu, permohonan SR tersebut ditolak.

Puak-puak PIS juga menyatakan bahawa pembelaan SR telah dibuang atau dibatalkan oleh Mahkamah.
SR sebenarnya telah memfailkan pembelaan yang merangkumi beberapa isu besar. Antaranya ialah:

i) apa yang dilapurkan oleh SR adalah benar (Pembelaan Justifikasi)

ii) apa yang dilapurkan oleh SR adalah isu kepentingan awam dan oleh itu SR berhak melapurkannya (Pembelaan Kepentingan Awam).

Sebenarnya, saya difahamkan apa yang berlaku ialah seperti berikut.

SR telah sebelum ini menarik balik Pembelaan Justifikasi nya. Pembelaan Justifikasi itu ditarik balik SEMATA-MATA kerana SR hendak meminda pembelaan tersebut selepas mengambil kira fakta-fakta yang baru didapati oleh SR.

Fakta-fakta yang baru itu termasuklah rakaman yang tersebar luas baru-baru ini di mana seseoarng yang disyaki sebagai Nik Abduh mengaku bahawa PIS menerima wang dari UMNO.

Yang Arif Hakim bertanya samada SR akan memfailkan Pembelaan Justifikasi yang baru. Peguam SR mengesahkan akan berbuat demikian.

SR dengan itu bersetuju untuk membayar kos pindaan Pembelaan Justifikasi tersebut. Hj Hadi telah memohon kos sebanyak 69000 Pound. Hakim benarkan kos sebanyak 40000 Pound.

Itulah kos yang diperintahkan oleh Mahkamah supaya dibayar oleh SR. Itulah kemenangan PIS yang digembar-gemburkan oleh PIS selama 24 jam.

Selepas perkara-perkara itu diselesaikan, Mahkamah pun menetapkan agar kes itu dibicara sepenuhnya pada 1-12 hb April 2019.

Apa yang ramai tidak sedar ialah soal yuran guaman yang telah dibayar oleh kedua pihak kepada peguam mereka masing-masing.

Setelah ditanya oleh Yang Arif Hakim, pihak Hj Hadi memberitahu bahawa dia telah membayar sebanyak RM1,646,434.00 (305,250 Pound) kepada peguam beliau setakat ini. 
SR pula telah membayar 200,000 Pound.
Pihak Hj Hadi memberitahu bahawa kos itu dibayar oleh (ahli-ahli PIS yang berada.

Itulah yang terjadi di Mahkamah kemarin.

PIS belum menang apa-apa pun. Persoalan samada Hj Hadi difitnah belumpun dibicarakan.

Puak-puak yang lantang mengatakan Hj Hadi telah menang cuma bermimpi saja. Serupalah macam Hj Hadi mimpi jumpa TGNA berkaki satu.

Dakwaan PAS tidak tepat dan sangat mengelirukan, kata Sarawak Report

Dakwaan PAS tidak tepat dan sangat mengelirukan, kata Sarawak Report

Sarawak Report mendapati bahawa terdapat beberapa dakwaan yang dikeluarkan oleh Pas, yang mendakwa bahawa mereka telah menang dalam kes mereka ke atas Sarawak Report (SR).
Ini adalah dakwaan yang mengarut dan sangat mengelirukan, memandangkan keputusan yang diberikan mahkamah hanyalah berkaitan permohonan prosedur dan mahkamah belum sedikit pun membincangkan merit kes, kata SR.
Jelas SR, Perkara 1 – Tiada pun ‘5 permohonan yang diketepikan oleh hakim’ – dakwaan ini adalah palsu. Perbicaraan yang dibuat hanya melibatkan satu permohonan prosedur sahaja iaitu, permohonan SR untuk mencapai penyelesaian yang lebih cepat dan murah secara perbicaraan preliminari bagi menentukan sama ada Hadi mempunyai hak untuk membawa kes tersebut, memandangkan secara jelas kes tersebut dibawa oleh Pas.
Walau bagaimanapun, Pas telah menolak untuk perbicaraan preliminari, dan menyatakan mereka mahukan kes tersebut dibicara secara penuh, perbicaraan penuh dengan kos yang tinggi.
Mereka membantah permohonan perbicaraan preliminari yang dipohon SR dan mereka menyatakan akan membawa perkara-perkara yang boleh menyukarkan mahkamah.
Hakim dengan itu berpandangan adalah lebih selamat dan mungkin lebih murah untuk teruskan pendengaran penuh, di mana SR boleh membuat pembelaan di atas beberapa isu lain yang saling berkaitan bagi memenangi kes, selain dari kebenaran (truth) dan hak untuk menulis bagi kepentingan awam.
Perkara 2 – Dakwaan bahawa hakim ‘ketepikan pembelaan benar (truth) SR’ dan oleh itu ‘70% kes telah dimenangi oleh PAS’ adalah tidak benar langsung. SR telah menarik balik versi pembelaan sebelum ini, bagi membolehkan untuk dipinda dan dikuatkan dengan maklumat -maklumat berkaitan PAS menerima dana daripada Umno.
“Kami menjelaskan kepada mahkamah bahwa ini termasuk satu rakaman yang dikatakan suara Nik Abduh mengaku bahawa parti telah menerIma wang dari Umno. Hakim menanyakan sama ada SR akan memfailkan pembelaan baharu sebelum perbicaraan dan peguam kami mengesahkan.
“SR telah pun bersetuju sebelum pendengaran permohonan untuk membayar kos bagi penukaran pembelaan tersebut dan Hakim telah memotong hampir separuh daripada jumlah yang dipohon oleh peguam Hadi. Akhirnya, nota kepada peguam Pas yang mengaku mengambil gambar peguam London di dalam bangunan mahkamah dan diletakkan di Facebook,” katanya.
Sebagai peguam, kata SR dia sepatutnya tahu bahawa perkara ini adalah dilarang dan kesalahan tersebut (mengambil gambar di bangunan mahkamah) boleh dihukum penjara sehingga 6 bulan.
“Dalam perkara Bahasa Inggeris. Peguam Hadi, Carter Ruck telah diberi teguran oleh mahkamah kerana membacakan pernyataan bertulis yang dikatakan dibuat oleh Hadi, sedangkan dia mengaku bahawa Hadi tidak fasih berbahasa Inggeris.
“Hakim menyatakan kegagalan untuk memperaku bahawa kenyataan tersebut bukan ditulis oleh Hadi dan tidak menyediakan terjemahan sewajarnya untuk membuktikan bahawa dia telah membaca dan memahaminya, adalah satu ‘pelanggaran yang serius’,” jelasnya.

PERTEMPURAN SENGIT DI SELANGOR, AMANAH YAKIN MENANG KERUSI DUN

PERTEMPURAN MEREBUT UNDI DI JOHOR BERALIH KELUAR BANDAR

TUN DAIM TURUN PADANG, MINTA PANGKAH MATA