SEDAR TAK SEDAR, AS$50 JUTA WANG KITA MELAYANG BEGITU SAJA DAN ADAKAH IA WANG DARI CHINA?



Akibat gagal menepati janji dan menangguhkan bayaran sebanyak dua kali kepada IPIC, sedar tak sedar kita sebenarnya sudah kerugian sebanyak AS$50 juta hanya dalam sekelip mata.

Berdasarkan perjanjian yang dipersetujui, 1MDB perlu membayar kepada 1PIC sebanyak AS$603 juta atau RM2,600 juta sebelum 31 Julai 2017 yang lalu.

Disebabkan gagal menunaikan janji kerana ketiadaan wang, tetapi dikatakan cuma masalah teknikal, 1MDB kemudian diberikan tempoh selama 5 hari lagi.
Selepas 5 hari, 1MDB gagal sekali lagi membuat pembayaran dan akhirnya diberikan tempoh sehingga 31 Ogos  untuk membuat pembayaran tersebut.

Tetapi, penangguhan yang diberi IPIC itu tetap ada syaratnya. Sebagaimana yang disahkan oleh Pengerusi 1MDB, Irwan Siregar Abdullah, lanjutan tempoh sehingga 31 Ogos itu adalah dengan syarat bayaran sebanyak AS$310 juta (kira-kira separuh daripada jumlah hutang AS$603 juta) perlu dibayar sebelum 12 Ogos.

Seperti yang dikehendaki, 1MDB semalam dilaporkan sudah menunaikan janjinya kepada IPIC itu, sehari lebih awal daripada tempoh 12 Ogos yang ditetapkan.

Tetapi, bayaran yang dibuat bukan AS310 juta, sebaliknya AS$360 juta.

Kenapa tiba-tiba ada tambahan jumlah sebanyak AS$50 juta atau lebih RM200 juta?

Dan sepertimana yang ditanyakan oleh Lim Kit Siang, apakah AS$50 juta lebihan itu sebenarnya merupakan faedah lewat bayar atau denda kerana gagal menepati janji?

Harus disedari bahawa 1MDB kini adalah syarikat milik Kementerian Kewangan dan ia bermakna sebarang bebannya adalah ditanggung oleh rakyat Malaysia juga.

Selain beberapa kerugian sebelum ini, kini sekali lagi kita kerugian sebanyak AS$50 juta hanya disebabkan gagal menepati janji.
Bayangkan apa boleh dilakukan dengan wang sebanyak AS$50 juta itu jika dibelanjakan untuk membantu rakyat miskin, program pendidikan, perumahan atau sebagainya?

Namun kerana kita dipimpin oleh pemimpin yang gagal, tak pasal-pasal AS$50 juta melayang begitu saja.

Secara kebetulan pula, bayaran AS$360 juta kepada IPIC itu dilakukan hanya selepas dua hari berlangsungnya majlis pecah tanah projek Keretapi Pantai Timur atau ECRL oleh Perdana Menteri di Kuantan, Pahang.

Selain projek ECRL bernilai RM55 bilion itu dibiayai sepenuhnya oleh China, pakar-pakar tempatan sebelum ini turut mempertikaikan kos yang dianggap terlalu tinggi bagi projek tersebut di mana mereka menilai kos yang munasabah adalah tidak melebihi RM40 bilion.

Adakah ini bermakna wang dari China telah mula turun dan menolong 1MDB? (ShahbudinHusin 12/08/2017)

AZMIN PENGARAH PILIHAN RAYA PH, LANGKAH MUNDUR KE BELAKANG – GAH

AKTA 164: AMANAH JAWAB HUJAH MERAPU USTAZ PAS

AS MULAKAN SIASATAN JENAYAH TERHADAP WANG 1MDB

Forum Nothing to Hide 2.0: Adakah Najib akan bersembunyi lagi?




KUALA LUMPUR, 12 OGOS: Forum Nothing To Hide 2.0 yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini akan menjadi saksi sama ada Datuk Seri Najib Razak berani untuk berdepan mentor lamanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini mengepalai pakatan pembangkang.
Perdana Menteri itu sebelum ini gagal menghadiri acara yang sama pada 2015 selepas dinasihati pihak polis yang kononnya bimbang akan keselamatan pemimpin itu, walaupun Presiden UMNO itu pada awalnya telah menyatakan kesungguhan untuk menyertainya.
Forum yang dianjurkan sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), ARMADA itu akan berlangsung selama tiga jam bermula tiga petang pada Ahad ini (13 Ogos 2017) di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor dekat Shah Alam.
Sepucuk surat telah dihantar ke pejabat Najib pada 19 Julai lepas namun sehingga kini tidak dibalas. Pihak penganjur bagaimanapun optimis bahawa pemimpin UMNO itu akan membuat penampilan mengejut di acara berkenaan.
Turut dijangka hadir adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali di samping pimpinan HARAPAN yang lain.
“Kami masih beranggapan Najib akan hadir pada program tersebut kerana beliau ternyata berdiam diri dan mengelak untuk memaklumkan mengenai kehadiran beliau, malah kepada pihak media hingga ke saat ini,” kata Ahli exco ARMADA, Mohd Ashraf Mustaqim.
“Pun begitu, Pemuda PPBM berpendapat sekiranya Najib tidak hadir atau menolak untuk hadir, ini bererti Najib tidak berani untuk menyatakan kebenaran, malah mempunyai ‘sesuatu’ untuk disembunyikan,” katanya dipetik laporan media.
Najib disebut secara tidak langsung melalui watak “Malaysia Official 1” atau “MO1” dalam dokumen saman sivil yang dikeluarkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) bagi merampas aset yang dipercayai dibeli daripada wang yang dicuri daripada 1MDB.
Sebahagian wang tersebut yang berjumlah AS$681 dipercayai dipindahkan ke akaun peribadi milik “MO1”. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahmad Dahlan mengesahkan bahawa “MO1” adalah Najib. –

Siapa tanggung kos saman Hadi di London, soal pengarang Sarawak Report


MALAYSIA INSIGHT
PENGARANG Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yang sedang berdepan saman fitnah daripada Presiden PAS Abdul Hadi Awang mempersoalkan sumber dana yang membolehkan pemimpin parti Islam itu mengambil tindakan undang-undang di London walaupun kos guaman di United Kingdom (UK) sangat tinggi.
Siapa tanggung kos saman Hadi di London, soal pengarang Sarawak Report


Wartawan berpangkalan di London itu disaman kerana rencana diterbitkan Ogos lalu yang mendakwa Hadi menerima rasuah sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak sebagai balasan memberikan sokongan kepada pentadbiran Najib.
Walaupun masa yang tinggal hanya kurang tiga minggu sebelum Rewcastle-Brown memulakan sesi pembelaan dirinya, peguam Hadi di UK masih enggan mendedahkan siapa yang menanggung kos kes itu, katanya.
“Mereka juga tidak menjelaskan mengapa anak guam mereka menyaman (saya) di London dan bukan KL, di mana ramai orang pernah mendengar (nama) Hadi Awang.
“Mungkin Hadi boleh mendedahkan sekiranya dia atau partinya yang mengeluarkan wang untuk kes yang mahal ini, yang pada peringkat ini sahaja boleh menelan belanja sekitar £100,000 atau RM600,000?” katanya dalam email menjawab persoalan yang diberikan The Malaysian Insight.
Rewcastle-Brown mengetengahkan persoalan itu selepas mahkamah di London menerima tawaran Hadi minggu lepas untuk membayar wang pendahuluan RM80,000 sebagai jaminan sekiranya Hadi kalah dalam saman itu.
Rewcastle-Brown juga berkata semasa prosiding pengurusan kes itu pada 2 Ogos, beberapa orang pegawai dari Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London hadir untuk mendengar dan mencatat nota tetapi tiada wakil PAS berada di situ, situasi yang membuatkan dia kehairanan.
Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar semalam dalam kenyataan menjelaskan kehadiran pegawai kedutaan itu dengan berkata:
“Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London juga menghantar wakil dalam prosiding ini, dan memaklumkan bahawa kehadiran mereka adalah sebagai pemerhati prosiding kerana banyak tuduhan politik yang dibuat terhadap perdana menteri dan kerajaan Malaysia serta badan kehakiman di Malaysia  oleh CRB (Clare Rewcastle-Brown) dalam dokumen beliau yang dikemukakan ke mahkamah,” katanya.
Rewcastle-Brown berkata yang situasi ini “melegakan” beliau kerana saman Hadi ini memberikannya peluang untuk “mengeluarkan semua bukti tentang situasi kepentingan awam yang saya laporkan tentang Malaysia- termasuk apa yang saya dedahkan dan akan dedahkan dengan lebih banyak- mengenai kes 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan ke mana hilangnya semua duit (1MDB)”.
“Mengenai kehadiran (pegawai) Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London pula, ya saya boleh dakwa ada korupsi peringkat tertinggi di Malaysia,” katanya.
Editor Sarawak Report itu juga cuba meminta mahkamah memaksa Hadi membayar wang jaminan sekiranya Hadi kalah dalam saman itu.
Mahkamah memutuskan yang Brown perlu membayar £15,000 (RM83,700) kepada Hadi atau dua pertiga kos permohonannya, dan baki selebihnya akan dinilai mahkamah dalam masa terdekat, kerana mahkamah tidak menerima hujah Rewcastle-Brown yang dia tidak akan berjaya mengambil tindakan undang-undang kepada Hadi di Malaysia, di mana “kehakiman, kerajaan dan perdana menteri korup dan bersubahat dengannya (Hadi)”.
Hadi menawarkan membayar wang pendahuluan sebanyak RM80,000 yang diterima mahkamah.
Bagaimanapun, Rewcastle-Brown memberitahu The Malaysian Insight yang Mahkamah London tidak mengatakan yang Mahkamah Malaysia korup.
“Mahkamah (London) tidak membuat keputusan lain selain daripada, pada peringkat ini, Hadi perlu membayar wang pendahuluan sebanyak £14,400 (hampir RM80,000) sebagai jaminan untuk kos memaksa penghakiman (melaksanakan keputusan mahkamah) ke atasnya di Malaysia sekiranya dia kalah.
“Mahkamah menganugerahkan dua pertiga kos permohonan-- £15,000 – kerana Hadi sudah menawarkan diri untuk membayar £14,400 sebagai jaminan. Mahkamah mengatakan permohonan lain untuk Jaminan boleh dilakukan,” katanya. – 6 Ogos, 2017.

Bagaimana skandal 1MDB menjejaskan kehidupan rakyat marhaen



1Malaysia Development Bhd (1MDB) ditubuhkan selepas Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009. Kononnya matlamat syarikat ini adalah untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara dengan menarik pelaburan asing ke Malaysia, terutamanya daripada negara Timur Tengah.
Malangnya, selepas mengumpul hutang mencecah RM50 bilion pada 2015 – bukan sahaja satu sen pelaburan asing tidak dapat ditarik, sekurang-kurangnya RM20 bilion telah diselewengkan oleh Najib Razak dan konco-konconya.

Wang dirompak
Berpuluh-puluh bilion ringgit telah dicuri masuk ke dalam syarikat Jho Low dan Riza Aziz, anak kepada Rosmah Mansor. Wang berbilion-bilion digunakan untuk berjudi di Las Vegas, berparti dengan arak tanpa had, membeli kapal layar mewah antara termahal di dunia, lukisan-lukisan yang tidak masuk akal harganya, barang-barang kemas, banglo dan kondo mewah di Amerika Syarikat dan Eropah.
Penglibatan Najib adalah terbukti dengan sejumlah AS$732 juta (RM3.1 bilion) yang disalur ke dalam akaun peribadi beliau di Ambank Malaysia antara 2011 ke 2014.
Sehingga hari ini, Najib masih menghebohkan perbelanjaan RM57 juta untuk menaja 5,711 jemaah haji selama 5 tahun. Tetapi beliau gagal memaklumkan bahawa wang berpunca 1MDB juga digunakan untuk membeli seutas rantai/cincin berlian merah jambu 22-karat bernilai US$27.3 juta (RM117 juta) bagi isterinya, Rosmah Mansor!
Skandal 1MDB telah mencetuskan siasatan pengubahan wang haram di seluruh dunia. Tindakan mahkamah telahpun diambil di Amerika Syarikat dan Singapura. BSI Bank dan Falcon Bank di Switzerland telah ditutup kerana menjadi pemudahcara pengubahan wang haram yang berpunca dari 1MDB.
Kini wang Tabung Haji, anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Kementerian Kewangan telah digunakan untuk membeli hartanah 1MDB dengan harga yang terlampau mahal untuk menyelamatkan syarikat 1MDB. Namun begitu, hutang berkaitan 1MDB yang tertunggak masih melebihi RM40 bilion.
GST dikenakan, subsidi dipotong
Antara kesan-kesan skandal 1MDB termasuklah pelaksanaan cukai GST dan pemotongan subsidi barang-barang asas seperti gula dan minyak masak. Peruntukan perkhidmatan awam kerajaan seperti hospital, sekolah dan universiti sama sekali dicantas.
Kehilangan keyakinan pelabur-pelabur tempatan dan asing ternyata dengan penurunan nilai Ringgit secara mendadak. Semasa Pilihanraya Umum ke-13, kadar pertukaran adalah AS$1 dengan RM3.05. Selepas skandal 1MDB menggegar seluruh dunia, kini nilai ringgit menguncup sehingga RM4.30 setiap AS$1, penurunan sebanyak 41% dalam jangkamasa 4 tahun sahaja.
Akibat dasar-dasar percukaian dan pemotongan subsidi kerajaan BN, tambah lagi nilai Ringgit yang merudum dengan dahsyat, kadar inflasi negara hari ini adalah yang paling tinggi sejak krisis kewangan Asia 1998. Harga barang-barang keperluan asas semuanya melonjak tinggi belaka, mutu kehidupan rakyat jelata nyata semakian terjejas.
Walaupun bukti-bukti yang tidak dinafikan oleh Najib Razak dan isterinya telah dikemukakan, akan tetapi pimpinan UMNO-Barisan Nasional masih tetap menyokong pemerintahan beliau demi kepentingan diri mereka sendiri.
Yang mempersoal dipecat
Sesiapa yang cuba menuntut keadilan dan akauntabiliti dipecat – seperti mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) disuruh bersara atau ditukar jawatan. Yang Dipertua Dewan Rakyat pula melarang sebarang soalan dan perbahasan tentang kes-kes penyelewengan 1MDB.
Manakala, Peguam Negara yang baru, Tan Sri Apandi Ali mengarahkan supaya semua siasatan ditutup dan enggan memberi sebarang kerjasama kepada siasatan pengubahan wang haram antarabangsa.
Adalah jelas bahawa kalau Najib dan UMNO terus bermaharajalela di Malaysia, keadaan ekonomi dan kehidupan rakyat Malaysia akan semakin teruk. Kini aset-aset kepentingan negara tengah dilelong kepada kuasa-kuasa asing.
Hanya Harapan mampu
Rakyat Malaysia tiada pilihan lain kecuali menjatuhkan kerajaan Najib dalam pilihanraya yang akan datang. Hanya dengan sebuah kerajaan baru Pakatan Harapan, yang terdiri daripada Bersatu, Keadilan, Amanah dan DAP, segala kerosakan akibat pemerintahan UMNO dapat dipulihkan.
Kembalikan Malaysia ke zaman gemilangnya dahulu dan pilihlah sebuah kerajaan Pakatan Harapan yang bersih, cekap, amanah dan benar-benar prihatin kepada keperluan rakyat.
Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi! – Roketkini.com

*Tony Pua adalah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan Setiausaha Publisiti DAP

PERLANTIKAN RAUS LANGGAR PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN – ANWAR

PH BERPOTENSI MENANG KEBANYAKAN KERUSI DI SEMENANJUNG – DR HATTA

Misteri Derma 2.6 Bilion Kepada MO1




KONONNYA INI NEGERI YANG DIPERINTAH CINA...




Kerajaan P. Pinang tandatangani Ikrar Bebas Rasuah dengan 10 langkah tambahan



GEORGE TOWN, 5 OGOS: Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini menzahirkan sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha menentang rasuah di negeri itu menerusi Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan tambahan 10 langkah integriti.
Majlis ikrar itu diketuai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama seluruh Exco Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai kanan negeri.
“Kerajaan Negeri bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk membanteras rasuah dengan ikhlas dan sama sekali bukan mempolitikkannya,” kata Ketua Menteri.
Beliau berkata, Majlis Ikrar Bebas Rasuah dengan tambahan 10 Langkah Integriti Kerajaan Negeri Pulau Pinang (IBR Plus 10) hari ini adalah yang pertama yang diadakan di Malaysia.
“Kerajaan Negeri amat menitikberatkan isu integriti dalam penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat Negeri Pulau Pinang.
“Sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri telah menerima pakai 10 langkah integriti yang mencerminkan komitmen untuk menjadi negeri bebas rasuah,” kata beliau.
10 langkah integriti untuk menjadi negeri bebas rasuah ialah:
i. Amalan Pentadbiran yang berlandaskan Prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus)
ii. Menginstitusikan pengisytiharan harta secara terbuka oleh Ketua Menteri, barisan EXCO dan ADUN
iii. Melaksanakan tender terbuka yang kompetitif
iv. Tidak membenarkan ahli keluarga untuk melibatkan diri dalam kontrak Kerajaan atau berurusniaga dengan Kerajaan Negeri
v. Melarang ADUN dan ahli pentadbiran daripada diluluskan permohonan tanah Kerajaan Negeri
vi. Melindungi pemberi maklumat atau peniup wisel yang tulen
vii. Mengambil tindakan ke atas pemimpin yang hidup mewah melebihi pendapatan rasminya
viii. Telus dalam sumbangan politik
ix. Tidak menerima ‘donation’ peribadi
x. Mengambil tindakan ke atas pegawai yang melanggari kesemua di atas
Hasil daripada 10 langkah tersebut kata beliau telah dibuktikan melalui Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun yang memuji pengurusan kewangan Negeri Pulau Pinang yang baik dengan lebihan Belanjawan setiap tahun.
Ini termasuk penurunan hutang negeri sebanyak 90 peratus dan tambahan rizab aset negeri sebanyak RM1 bilion sejak 2008 dan turut dipuji oleh Tansparency International kerana melaksanakan tender terbuka.
Setiausaha Agung DAP itu turut menzahirkan rasa kurang senang kerajaan negeri terhadap serangan  media tertentu kononnya Kerajaan Negeri ingkar menandatangani Ikrar Bebas Rasuah.
Sedangkan, mereka tidak melaporkan tentang negeri lain yang masih belum menandatangani ikrar tersebut
“Kerajaan Negeri berharap pihak media massa tertentu tidak terus berniat jahat dengan membuat laporan fitnah dan palsu dengan menyasarkan Negeri Pulau Pinang sahaja kononnya Kerajaan Negeri ingkar menandatangani IBR apabila ada negeri lain yang masih belum menandatangani IBR tetapi tidak dilemparkan dengan laporan yang liar dan melulu seperti mana yang dilakukan terhadap Pulau Pinang.
“Kita harus mengikis persepsi negatif daripada sesetengah rakyat bahawa Kerajaan Negeri tidak akan membantu rakyat dan sebaliknya harus bersyukur sekiranya Kerajaan tidak merompak wang rakyat,” katanya lagi.

KERAJAAN KELANTAN TAK SERIUS TUNTUT ROYALTI, UBAH KEPADA PH