BN mesti terima hakikat, sudah 27 ribu buah rumah mampu milik dibina di Pulau Pinang



GEORGE TOWN, 5 OGOS: Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) membina lebih banyak rumah mampu milik (RMM) di Pulau Pinang berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mentadbir negeri itu sebelum tahun 2008.
Kurang 10 tahun memerintah negeri Pulau Mutiara itu, kata Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, HARAPAN setakat ini telah membina 27,230 unit RMM.
“Dalam pada ini, pihak Kerajaan Pusat tidak boleh lari dari hakikat bahawasanya di dalam tempoh masa 2000 hingga 2007 cuma 5,124 unit RMM dibina oleh Kerajaan BN terdahulu.
“Ini adalah berbanding sejumlah 20,887 unit RMM yang telah dibina dalam tempoh 2008 sehingga 2016 di bawah pimpinan Kerajaan Negeri HARAPAN,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.
Beliau membuat perbandingan berkenaan sebagai mengulas Laporan Ketua Audit Negara yang mendakwa pengagihan RMM yang dilakukan kerajaan negeri Pulau Pinang kononnya tidak memuaskan.
Malah, katanya yang juga Adun Dato Keramat, tidak ada satu pun unit RMM di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) hasil inisiatif kerajaan Persekutuan BN dibina di Pulau Pinang.
“Sebenarnya yang perlu diaudit adalah prestasi Kerajaan Pusat di dalam membekalkan unit-unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan unit-unit perumahan RMM dan Mampu Milik ke Negeri Pulau Pinang,” ujarnya.
Mengulas mengenai bilangan unit RMM yang masih tidak berpenghuni, Jagdeep berkata, kebanyakan pemohon menolak untuk menduduki sesuatu penempatan RMM yang jauh daripada kemudahan asas seperti sekolah.
“Ia boleh dilihat bahawa kesemua PPR telahpun diisi oleh pemohon yang layak kecuali di Desa Wawasan menurut rekod kami
“Pengalaman kami menunjukkan bahawa majoriti pemohon tidak mahu memilih projek PPR di Desa Wawasan kerana ia tidak sesuai memandangkan keadaan geografi mereka, terutamanya tempat kerja mereka dan di mana anak-anak mereka bersekolah pada masa sekarang.
“Maka, pemohon tersebut tidak dapat menerima unit PPR di Desa Wawasan dan pihak kami tidak boleh memaksa mereka memilih unit-unit tersebut di Desa Wawasan,” ujarnya.
RMM yang dibina kerajaan negeri dijual dengan harga dari RM42,000 hingga RM300,000 seunit. Pulau pinang juga mempunyai had kelayakan pendapatan terendah bagi permohonan PPR iaitu RM1,500 berbanding negeri lain iaitu RM3,000. 

NEGARA BERKEBAJIKAN JANGAN IKUT BARAT...HJ HADI HANYA PANDAI BERCAKAP

KREDIT..AL HUSSEIN -   Hj Hadi hanya pandai cakap saja...

 
Mangsa banjir besar 2014 masih belum mendapat pembelaan 

 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kata Negara Kebajikan yang diperkenalkan sejak zaman British tidak menepati konsep 'Negara Berkebajikan' dalam Islam yang lebih luas dan menyeluruh. Baca selanjutnya di sini

 Hj Hadi ni hanya bijak bercakap dari buat kerja. Kenapa Hj Hadi tidak memperkenalkan 'Negara Berkebajikan' ketika Pas memerintah Terengganu selama satu penggal, bermula dari tahun 1999 hingga 2004? 

 Sewaktu jadi MB Trengganu dulu yang dia perhambat keluar kanak-kanak tadika Kemas mengangkat kerusi keluar dewan....adakah itu menepati ciri 'Negara Berkebajikan' dalam Islam?

 Semasa Hj Hadi jadi MB, anak syarikat Kerajaan Negeri, EPIC telah kerugian sejumlah RM37.5 juta dalam satu pelaburan sesat ~ sumber

  Tidak ada apa yang nak dibanggakan tentang pentadbiran Hj Hadi yang lalu. Kalau Hj Hadi memperkenalkan konsep 'Negara Berkebajikan' yang kononnya 'Roh Islam' sewaktu memerintah Terengganu dulu, sudah tentu rakyat Trengganu akan kekalkan pemerintahan Pas di situ hingga ke hari ini! 

  Dan mungkin pada hari ini, rakyat telah mengangkat Hj Hadi jadi Perdana Menteri Malaysia!! Hoi tolong jangan nak perasanlah! Hj Hadi hanya diberi peluang sepenggal sahaja jadi MB Terengganu sebab dia hanya pandai cakap tak pandai buat!

 Itu cerita di Trengganu.Bagaimana pula dengan di Kelantan? Membangun dengan Islam, membalak dengan Ulamak?

  Hj Hadi adalah Presiden parti yang memerintah di Kelantan. Apa peranan Hj Hadi? Tak ada masa sebab sibuk jadi penasihat kerajaan Kleptokrat Najib?

 Mana buktinya 'Negara Berkebajikan' seperti yang Hj Hadi katakan itu? Masalah mangsa banjir Kelantan masih lagi terbiar tanpa pembelaan yang sewajarnya.

  Menurut Naib presiden AMANAH Datuk Husam Musa pelbagai tindakan yang dilakukan kerajaan PAS Kelantan sekarang sudah cukup untuk ditolak rakyat dalam pilihan raya akan datang :
Di Lembah Sireh perjanjian untuk kemudahan rakyat dilupuskan begitu saja.
Di Kampung Laut, rakyat tidak dirundingi dahulu sebelum tanah mereka diambil.
Di Lembah Binjai, kerajaan terang-terang menipu apabila memberitahu tuan-tuan tanah telah bersetuju tanah mereka diambil sedangkan sebenarnya mereka tidak pun diberitahu di peringkat awal.
Kerajaan juga gagal merancang untuk menjaga kebersihan dan alam sekitar.
Orang Asli dilayan dengan buruk semata-mata cuba mempertahankan hutan sekitar mereka dan air sungai yang bersih untuk meneruskan kehidupan.
Rakyat Kelantan sudah cukup hujah untuk menjatuhkan PAS pada pilihan raya akan datang.  

TSUNAMI LUAR BANDAR AKAN TUMBANGKAN BN JOHOR

ZAHID HAMIDI DAH DUA KALI LIMA DENGAN NIK ABDUH JADINYA.



Ternampak Ahmad Zahid Hamidi semakin kalut dalam usaha mempertahankan diri dan ingin menunjukkan dirinya benar-benar setia kepada Najib Razak.

Sementara salinan kad pengenalan lama Tun Mahathir yang didakwanya tertulis "Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty" masih gagal ditunjukkannya sehingga kini, beliau mencipta satu lagi desakan untuk berkata benar apabila mendakwa memiliki rakaman perbualan pertemuannya dengan bekas Perdana Menteri itu yang diadakan pada 2015 lalu.

Hanya dengan  menunjukkan rakaman perbualan itu saja dapat menolak dakwaan Tun Mahathir bahawa kedatangan Zahid ke rumahnya untuk meminta simpati serta sokongan bagi mengambil alih dan seterusnya menggantikan Najib, adalah tidak benar.

Tun Mahathir setakat ini konsisten dengan tujuan Zahid Hamidi menemuinya itu, bahkan jika dibandingkan antara kedua-duanya, tentu saja rakyat Malaysia lebih mempercayai Tun Mahathir berbanding Zahid Hamidi.

Sementara Zahid Hamidi masih banyak terhutang janji, antaranya bukti Syiah Mohamad Sabu, dalang Lahad Datu, siapa kerabat dan keluarga Diraja Arab Saudi yang ditemuinya sebagai mengesahkan memberi derma RM2,600 juta kepada Najib dan yang terbaru salinan kad pengenalan lama Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri 22 tahun itu sebaliknya belum pernah ada rekod berbohong kepada rakyat Malaysia.

Zahid Hamidi, selain mengesahkan pertemuannya dengan Tun Mahathir diadakan hanya selepas 10 hari dilantik Timbalan Perdana Menteri, turut mendakwa Tun Mahathir memang tidak berkenan dengannya sejak dulu lagi.

Jika Zahid Hamidi sudah tahu Tun Mahathir tidak berkenan dengannya sejak dulu lagi, untuk apa beliau bertemu dengannya?

Tidakkah ketika itu Tun Mahathir memang diketahui umum ingin menjatuhkan Najib dan sudah pun bercakap di sana-sini mengenainya?

Jadi, muslihat apa sebenarnya Zahid Hamidi bertemu dengan musuh nombor satu Najib itu?

Seterusnya Zahid Hamidi juga mendakwa beliau pernah dipelawa menyertai Pas selepas dipaksa meletakkan jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 1998 dahulu.

Seseorang yang didakwa dirujuknya dan akhirnya menasihtkannya kekal dalam UMNO ialah Dr. Haron Din, seseorang yang sudah pun meninggal dunia dan tidak dapat lagi mengesahkan sama ada fakta atau auta dakwaan Zahid Hamidi itu? 

Dalam meneruskan serangannya kepada Tun Mahathir, Zahid Hamidi selanjutnya meminta Pengerusi Pakatan Harapan itu duduk diam-diam dan berzikir banyak-banyak.

Zaman dia dah lepas, tambah beliau.

Kalau kita imbas, hanya Nik Abduh Nik Aziz, bekas Ketua Pemuda Pas yang pernah membuat gesaan serupa kepada Tun Mahathir.

Ketika Tun Mahathir banyak menyerang Pas yang dilihat semakin berbaik dan bermesra-mesraan dengan UMNO, Nik Abduh juga menasihatkan beliau agar banyak bertaubat dan kembali ke tikar sembahyang.

Zahid Hamidi di dalam UMNO, Nik Abduh bersama Pas, namun kedua-duanya dilihat sama saja dangkal dan tidak cerdiknya.

Mujurlah Zahid Hamidi dan Nik Abduh kekal berada di dalam parti yang berbeza, maka bukan saja mereka kelihatan dua kali lima, bahkan kedua-dua parti, UMNO dan Pas kini jadi bahan ketawa dunia. 

Apakah Zahid Hamidi dan Nik Abduh fikir bahawa ibadah itu hanya di atas tikar sembahyang, wirid dan zikir saja?

Apakah selama ini Tun Mahathir tidak pernah sembahyang, tidak berwirid dan tidak berzikir?

Adakah berjuang menolak "kleptokrasi dan melawan pencuri"  bukan  suatu ibadah yang ada pahala, bahkan mungkin lebih besar daripada sekadar sembahyang, zikir dan wirid semata-mata?

Antara sembahyang, berwirid dan berzikir tetapi kekal bersama "kleptokrasi dan pencuri" dengan mereka yang lain yang sama-sama sembahyang, berwirid dan berzikir tetapi menolak "kleptokrasi dan pencuri", siapakah yang lebih besar pahala menanti?

Adakah pahalanya  juga dua kali lima bagi mereka? (ShahbudinHusin 05/08/2017)

KENYATAAN MEDIA ANWAR IBRAHIM


Image may contain: 3 people, people standing, beard and indoor



Rakan-rakan dari SUARAM, Otai Reformasi, PSM, beberapa NGO dan badan Islam serta aktivis telah mempertikai keputusan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang merangkul Tun Mahathir dalam barisan kepimpinan PH. Mereka khuatir akan berlaku penyimpangan dari landasan gagasan Reformasi dan agenda perubahan.

Ada pandangan yang mencurigai muslihat sebenar yakni memadamkan keterlanjuran lalu termasuk penahanan tokoh politik dan aktivis rakyat, pelanggaran hukum dan rasuah. Paling tajam adalah dakwaan bahawa akan berlaku ikhtiar untuk memulihkan corak pemerintahan dan tatakelola era lampau yang juga autokratik seperti rejim kini.

Luahan tersebut adalah dari rakan-rakan setia dan prihatin, yang turut mengalami keperitan perjuangan dan banyak membantu melonjakkan kekuatan pembangkang. Kegusaran tersebut memang berlegar di kalangan masyarakat dan dihebah di media milik UMNO-BN.

Saya hargai teguran rakan-rakan dan menggesa pimpinan PH berlapang dada berunding dan menjelaskan kedudukan sebenarnya. Kerana sesungguhnya, politik baru yang dijana PH tidak membatasi kuasa kepada beberapa kerat pimpinan atau elit; tetapi mengambilkira rintihan, denyut nadi rakyat.
Pada asasnya, PH adalah sebahagian utama dari gerakan rakyat. Malah dalam kerangka dasar Pakatan Rakyat sebelumnya - dasar bersama, manifesto dan belanjawan alternatif dilakar dan diolah setelah menimba pandangan rakan-rakan NGO, aktivis termasuk BERSIH. PH akan lebih kukuh dengan memberi ruang wacana segar; menghimpun semua tenaga progresif rakyat dengan hasrat mendamba kebebasan dan keadilan.

Muafakat inklusif PH memuktamadkan prinsip asas perjuangan ke arah negara demokratik, adil dan saksama. Dasarnya tidak samar melalui retorik umum, tetapi menggagaskan tonggak negara hukum dengan memulihkan kewibawaan dan kebebasan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), badan kehakiman, penguatkuasaan, dan menghindari kerakusan, amalan rasuah, kronisme dan kleptokrasi.

Dasar ekonomi negara perlu menjurus kepada pemacuan pertumbuhan dan jaminan pengagihan adil dan peduli rakyat. Kita menolak dasar ekonomi pemerintah UMNO-BN yang memelihara kepentingan kelompok kecil mahakaya dan mendera rakyat melalui sistem percukaian dan GST; lesen dan kenaikan harga barang. PH lebih jelas dan tegas dalam usaha mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu sambil menggalakkan penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda.

Memartabatkan kedudukan Islam harus disertai nilai dan etika luhur; tidak hanya pada lambang tetapi membiakkan rasuah dan kezaliman. Penghayatan Islam termasuk pemerkasaan Mahkamah Syariah perlu dilaksanakan dengan jaminan tegas memelihara hak dan kebebasan penganut agama lainnya.

Pada hemat saya kehadiran Tun Mahathir dan Bersatu adalah dalam kerangka memperluas jaringan dukungan kepada agenda perjuangan yang lebih disepakati. Secara peribadi saya alukan kesediaan Tun untuk turun mengharungi perjuangan bersama. Keperitan peribadi dan luka yang dialami adalah kecil berbanding dengan kepentingan rakyat dan masa depan negara. Tun kini terpaksa bergelut dalam wadah berbeda dan suasana yang tertekan; dan beliau pantas bertindak aktif dan berani. Beliau harus diberikan ruang untuk membantu memperluas jaringan gerakan rakyat. Struktur PH tidak boleh disamakan dengan BN. PH adalah wadah demokratik, memimpin bersama dalam pasukan ketua-ketua parti.

Kekhuatiran yang disuarakan mengenai kemungkinan seorang Pengerusi parti mengelencong dari hala tuju yang disepakati tidak mungkin dalam struktur yang wujud. Dasar bersama yang dipersetujui telah didedah kepada khalayak secara telus. Ia adalah agenda rakyat yang diusung oleh PH. Kita perhatikan saja prestasi negeri Selangor dan Pulau Pinang serta wewenang yang diberikan kepada pimpinan negeri. Yang tidak mampu disangkal adalah kejayaan program kepedulian rakyat walaupun kuasa negeri terbatas.
Rakan-rakan NGO dan aktivis berhak untuk terus memantau perjalanan dan prestasi PH dan menegur atau mengemukakan cadangan. Saya tetap berkeyakinan akan peranan mereka terus menunjangi perubahan menjelang PRU ke 14.

Sistem pilihanraya yang tempang dan kecoh perlu diluruskan. Kesedaran dan kebangkitan rakyat yang resah dengan tekanan hidup dan merebaknya budaya rasuah tidak mungkin dibendung melainkan dengan tipu-helah perjalanan pilihanraya. Percubaan kerajaan khususnya Peguam Negara melindungi penjenayah skandal 1MDB tidak menghalang tujuh negara meneruskan siasatan yang mereka sebut sebagai "penipuan, rasuah, rompakan harta khazanah negara."

Penyelewengan dan rompakan tidak menemui titik noktahnya; hinggakan kepentingan peneroka, majoriti besar Melayu-bumiputera turut dikhianati. Skandal Felda-FGV berlarutan sekian lama dan kini terbongkar.

Menuding peranan seorang tokoh, atau kambing hitamkan seseorang hanya helah licik mengaburi mata peneroka dan rakyat. Kecurangan berleluasa dan kerugian kedua-dua skandal besar ini mencecah puluhan bilion ringgit. Kita boleh senaraikan ratusan kisah keterlanjuran, sebahagiannya diambil tindakan, dan selainnya terus dilindungi.

Menjelang PRU ke 14, UMNO-BN seperti lazimnya akan mengerah jentera kerajaan; media milik mereka; bersama saudagar kaya mengupah pekerja politik dan mengugut rakyat.

PH dan rakan-rakan dalam gerakan rakyat perlu bangkit sebagai kekuatan raksasa, menggalas amanah menyelamatkan bangsa dan negara Malaysia tercinta.


Anwar Ibrahim
30 Julai 2017




PAS SEMAKIN TERTINGGAL DAN MEMANG PATUT DITINGGALKAN




Jika kita perhatikan, tidak banyak berita mengenai Pas tersiar di dada-dada media sejak minggu-minggu kebelakangan ini. Kalau ada pun satu dua berita yang melintas, tidak lagi ramai yang peduli mengenainya.

Tulisan Hadi Awang yang dibuatnya ketika beliau sedang sakit sehingga hampir pasti menyebabkan Akta 355 tertangguh sekali lagi pembentangannya, turut tidak berapa dihiraukan, bahkan tidak lagi menarik minat untuk diulas atau diperkatakan.

Pemimpin-pemimpin Pas yang lain juga nampaknya semakin hilang daripada radar pandangan umum. Meskipun dikhabarkan wajah-wajah mereka masih kerap terpampang di dada media milik sendiri, sudah tidak ramai yang mahu membeli akhbar atau menjenguk laman berita tersebut.

Semua perkembangan yang menampakkan Pas semakin menguncup di mata dan hati rakyat ini, selain kerana pendirian parti itu sendiri yang diragui, ia juga adalah disebabkan semakin menonjolnya Pakatan Harapan dengan pelbagai agenda dan perkembangan yang menampakkan keseriusan untuk mengalahkan UMNO dan BN, seterusnya mengambil alih pentadbiran negara yang rosak akibat kerakusan Najib Razak menguruskannya.

Daripada memperkemas struktur kepimpinan, mencipta logo rasmi dan kemudian mendaftarkan Pakatan Harapan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan, semua itu telah menarik minat rakyat dan menampakkan gabungan itu benar-benar suci dan jujur niatnya untuk menyelamatkan negara ini.

Bersama dengannya juga, beberapa komitmen turut dibentangkan kepada umum seperti jangka pendek dalam tempoh 100 hari yang antaranya  menghapuskan GST dan menstabilkan harga petrol dan jangka panjang pula termasuk memulihkan institusi awam dan menubuhkan beberapa badan menyiasat pelbagai kecelakaan yang melanda negara serta merugikan rakyat.

Semua itu, bukan saja memberi harapan, tetapi juga memperlihatkan Pakatan Harapan adalah alternatif yang benar-benar dipercayai dan berwibawa untuk menggantikan BN.

Tidak seperti Pas, meskipun berulang kali dan berbuih mulut para pemimpinnya mengatakan mereka juga serius untuk memimpin negara dan mengalahkan BN serta mengubah jumlah kerusi yang ingin ditandingi daripada 100 kepada 140, hakikatnya tiada siapa mempercayainya.

Pas tidak dipercayai dan jauh sekali daripada diyakini, bukan saja kerana tiada tokoh-tokoh berwibawa yang tinggal dalam parti itu, tetapi juga disebabkan Gagasan Sejahtera yang diura-urakan diterajuinya hanyalah momokan kosong semata-mata.

Gasasan Sejahtera yang kononnya turut disertai beberapa parti kecil lain dan ratusan NGO, tidak saja tiada struktur kepimpinan, tiada logo rasmi, bahkan tidak kedengaran beraninya ia didaftarkan sebagai entiti rasmi dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan.

Bertanding sendirian pula dengan hanya menampilkan satu kaum saja sebagai calon di sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia ini, tentulah teramat mustahil untuk Pas menang dan dan dipilih sebagai kerajaan.

Jika tiada parti gabungan rasmi dan mendaftarnya pun tidak berani, apakah tujuan Gagasan Sejahtera itu dinyanyikan?

Ia, hakikatnya hanya untuk tujuan memperdaya saja. Semua orang hampir pasti sedar mengenainya. Sama seperti hudud yang cuma didendangkan sebagai alat politik di mana ia boleh berubah-ubah kepada negara kebajikan dan kini memadai dengan Akta 355 saja, mainan politik Pas melalui Gagasan Sejahtera dan kononnya untuk mengalahkan UMNO juga hanyalah untuk memperdaya sama.

Mereka tidak mahu, bahkan takut untuk berkuasa kerana sedar kemampuan yang tidak seberapa. Dengan mendendangkan lagu mahu berkuasa, Pas sebenarnya hanyalah ingin menolong dan membantu UMNO serta BN semata-mata.

Oleh itu, sebagaimana minggu-minggu kebelakakangan ini Pas tidak lagi dipedulikan dan hampir-hampir dilupakan oleh rakyat kerana ditenggelamkan oleh gahnya Pakatan Harapan, parti itu memang selayaknya terus disisih, ditinggal dan dilupakan. (ShahbudinHusin 30/07/2017)

BN TIDAK MUNGKIN PANJANGKAN TEMPOH PRU 14 – TINJAUAN

AKTIVIS PRO HARAPAN DESAK MB TIADA LAGI HUBUNGAN DENGAN PAS

PILIHAN RAYA UMUM KE 14 PALING KOTOR DALAM SEJARAH – IZZAH

UMNO Pahang kepanasan, anjur pesta ‘ganggu’ program Tun Mahathir?


TEMERLOH, 30  JUL: Bagi mengekang kehadiran rakyat ke program HARAPAN, ada pihak tertentu dilihat cuba ‘mensabotaj’ program Tun Mahathir dengan menganjurkan pesta dan konsert hiburan.
Ahli Jawatankuasa DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah berkata, program Jelajah Semarak Selamatkan Malaysia anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Temerloh malam ini (28 Julai 2017), bertembung dengan Temerloh Fest yang turut bermula pada tarikh yang sama.
Tengku Zulpuri, Adun Mentakab, Ahli Jawatankuasa DAP Pahang
“Kehadiran Tun Dr Mahathir bersama pimpinan tertinggi PPBM ke Temerloh malam ini membuat pemimpin tertinggi UMNO kepanasan dan tak senang duduk.
“Ada perancangan pihak tertentu cuba mengadakan pesta dan konsert pada tarikh yang sama bagi menghalangan golongan muda untuk hadir malam ini mendengar amanat PPBM di Dataran Taman Cengal yang berhampiran pejabat Amanah,” kata Tengku Zul kepada Roketkini.
Kegelisahan pemimpin UMNO terhadap senario politik Pahang mutakhir ini kata Adun Mentakab itu sudah tidak dapat disembunyikan lagi.
Salah seorang pemimpin UMNO Pahang yang amat tidak senang dengan kehadiran Tun Mahathir di Temerloh malam ini ujarnnya ialah Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Penduduk kampung, termasuk di Felda senang dengan kehadiran Tun Mahathir. Itu telah menyebabkan kerusi Bera yang menjadi kubu UMNO selama ini semakin goyah.
Dalam perkara berkaitan, Tengku Zulpuri berkata, pengukuhan Pakatan Harapan dengan penyertaan PPBM memang sedang memberi kesan besar kepada UMNO kehilangan penyokong khususnya di kawasan luar bandar.
“Lebih-lebih lagi UMNO-BN semakin goyang apabila terpaksa berdepan dengan banyak persoalan dan skandal seperti isu FGV, 1MDB, kapal selam, pembunuhan Altantuya yang hanya tunggu masa ‘meletus’,” katanya.
“Sudah ada angin bertiup kencang di Pahang mahu Najib digantikan dengan pemimpim lain sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan dan mereka sendiri tidak yakin Barisan Nasional (BN) – UMNO boleh bertahan,” katanya lagi.

‘UMNO IS FINISH, UMNO IS GONE’ – MUHYIDDIN

Walau apapun yang berlaku, 2M- Muhyiddin dan Mukhriz- membangunkan orang Temerloh daripada “lena” malam tadi.