MAJER ZAIDI INGINKAN MAKLUM BALAS USTAZ MAOKHTAR SENIK......HANG JAWAB ILMIAH..TAK MAIN LA PERLI PERLI...

TULISAN MAJER ZAIDI BERKAITAN SAYA DLM WHATSAPP. ULASAN MOKHTAR SENIK.


Beliau tidak menjawab apa yang di tanya oleh Majer Zaidi, sebaliknya keluar dari group dan memperlekehkan majer zaidi ni bahawa beliau majer zaidi hanyalah setahun jagong..dan tindakan membantah dakwat kekal adalah satu tindakan kecil kecilan sahaja........penakut.Kita baca apa majer zaidi tanya dia Mokhtar senik ini...



Memang benar saya di invite kedalam group whatsapp yg beliau adalah adminnya. Melihat kepada perbincangan beliu yg kucar kacir ( sgt jauh dari nilai2 ilmiah) maka saya left group itu. Sya fikir tidak perlu saya layan insan yg sedang bertatuh mencari kejituan fikrah perjuangannya. 

 Nama beliau hanya muncul ekoran dakwat kekal. Sebelum ini saya yakin tiada siapa tahu denai sejaah beliau dlm Pas. Jadi biarlah saya bersemuka dengan beliau dari terus melayan bebelan beliau dlm whatsapp juga media sosial. Kita bersua muka nanti saya akan jawab semuanya.

Tulisan beliau yg tiba2 menyentuh saya dengan andaian2 yg tiada asas. Saya sifatkan beliau sedang memunggah longgokkan maklumat dari sebuah tong sampah besar dlm dunia maya. Kalau kepada Tuan Guru Presiden beliau sanggup buat tuduhan dan andaian liar maka siapalah saya. 😀

USTAZ MOKHTAR SENIK (UMS) YG KU KENAL
Anda tak kenal UMS? Ruginya anda tidak mengenali insan yg hebat ini. Apa tak hebatnya, beliau adalah ketua ulama2 pas seantero pahang, bukan calang2 org bleh capai maqam tu. Lagi kehebatan ums? Lulusan isa kemunting, hampir sebaris dgn mat sabu dan mahfuz omar serta nik adli anak TGNA.

 Namun jika md sabu, mahfuz dan beberapa pemimpin politik lain masuk isa sbb membela rakyat, ums masuk atas sebab lain. Jika nik adli disumbat 5 tahun kerana angkat senjata bantu umat islam afghanistan, ums masuk sbb satu kumpulan yg angkat senjata lawan rakyat sendiri iaitu AL MAUNAH. (boleh ikuti cerita versi beliau berkenaan isu ni d blog beliau).

 UMS ramai anak murid d seluruh negara dan dijangka selepas muktamar ini akan naik martabat lagi iaitu sebagai AJK PAS Pusat memandangkan beliau diberitakan antara yg mendapat pencalonan tertinggi dari pas kawasan2. Tahniah ums.

Bagaimna sya mengenali ums? Sebenarnya sya sendiri belum pernah bertemu batang tubuh ums yg hebat itu. Sya cuma kenal dgn beliau dlm dunia wassup saja. Ceritanya bermula dgn perdebatan hangat sya dgn anak2 murid beliau yg antaranya tok usin ceroi yg terkenal dengan keceluparannya menjebonkan sesama ahli pas. 

Biasalah anak2 murid ni bila mati hujah maka diheretlah tok syeikh mereka masuk kedalam grup dgn harapan tok guru mereka akn memberikan pukulan maut kepada lawan mereka. Dari situ bermulalah perkenalan singkat sya dgn insan hebat bernama ums. Salah seorang anak murid dia dlm grup cdang kt sya "ada baik hang p mintak ayaq penawaq terang hati kat ums" oh terserlah lagi satu kehebatan ums, lalu sya tnya dia balik "oo patutla hampa kpala mereng semacam ja rupanya dok minum ayaq jampi ums. 

Ayaq jampi maunah ka? Mandi minyak tak buat skali ka?" Lalu dijawab oleh anak murid beliau itu "hang lagi laser noo". "Jaga dia jumpa hang kt paka..dia boh penampaq hang dpn org..mampuih hang". Ums ada dlm grup tu memerhati tapi tak beri apa2 komen terhadap tulisan anak muridnya itu.

 Lalu sya komen lgi "nk lempang ka sepak ka tembak ka terpulang kt hampa, tapi kna ingat sapa yg paling berkuasa? Malu la ngaku org pas tapi dok ugut2 nk pukul orang, ni ajaran al maunah la kot dah meresap masuk.dlm pas, sapa yg bwak masuk mai pun tak tau". Ums ada dlm grup dok perhati dan dia tak komen apa2. 

Diringkaskan crita tak berapa lama lpas tu ums keluar grup sya!!! Terkejut jgk saya sbb sebelum tu dia janji nk jawab 3 soalan yg saya beri pada dia. Ada sekali tu bila sya tekan bila nk jawab 3 soalan saya tsbt beliau menjawab "sabar ya akhi, ana sedang jawab soalan di 10 wassup grup ana". Wow hebat!!! So sya sabarlah tapi esok harinya sya terkejut sbb "ust mokhtar senik left group". 

Aikk camna nk jadi AJK pas pusat ni? Dengan ahli sendiri pun mungkir janji.

 Janji nk jwab soalan sya. Tiba2 tanpa alasan dan tanpa ucapan bai2 lari keluar grup. Oleh itu sya berharap sgt kpada sesiapa yg mengenali beliau tolonglah sampaikan soalan2 ini kepada beliau kerana sya teringin sgt menumpang ilmu beliau yg hebat itu. Mntak tlg tanyakan 2 (selepas diskaun) soalan d bawah ini kepada beliau bgi pihak saya, tksh. Soalan pertama;

👆👆👆👆👆
Ust mokhtar apa komen tok usin dok panggil org jebon dan parasit sedangkan quran terang2 melarang?

👆👆👆👆👆👆
Assalam ust mokhtar senik ada satu soalan penting kpada ust. Ada org tuduh ust sebagai ejen umno yg telah dihantar kedalam pas oleh sb sebagai pertukaran utk dibebaskan dari tahanan isa selama 3 tahun lebih kerana terlibat dgn al maunah. Kta mreka kerja ustz dlm pas lebih kepada menyerang sesama ahli daripada menyerang umno bn. Sbb tu ustz pon jarang turun dlm demonstrasi jalanan seperti anti isa dll lgi. Kna tangkap jauh skali la

👆👆👆👆
Soalan ke2👆. Tak susah kan kedua2 soalan sya tu? Rasa2 x perlu selak kitab kuning ka coklat ka, jawapan yg diperlukan utk soalan 1 ialah BOLEH atau TAK BOLEH. Tapi knapa ye, ums sanggup lari kluar grup dari jawab soalan tu, mungkin sbb seronok kot tgok ramai seteru2 politik habis dijebonkan oleh tok usin ceroi dan konco2nya.

Soalan akhir sya kira yg paaaaaling mudah sbb jawapan yg diperlukan lagi pendek iaitu YA (saya ejen umno) atau TIDAK. Tapi skali lagi ums pilih lari kluar grup dari jawab soalan tu. Knape? Soalan yg begitu mudah utk dijawab tetapi jawapan yg mudah itu sebenarnya tidak mudah? (tembelang akn pecah?).

 Logiknya kalau jawapannya TIDAK maka sudah tentu ums akan terus menjawab tanpa ragu lagi, tapi ums memilih utk keluar grup daripada menjawab kerana serba salah kalau jawab YA maka pecah tembelang, tapi kalau jawab TIDAK ada rasa macam dah buat dosa berbohong disitu. Jadi berdasarkan saikologi, sya membuat andaian bahwa jawapan utk soalan akhir ialah YA BETUL, UMS ADALAH EJEN UMNO YG DIMASUKKAN UNTUK MEMECAHBELAHKAN PAS.

 Apa pun itu adalah andaian saya saja berdasarkan ilmu saikologi. Jawapan sebenar yg tepat hanya ada pada ums dan kita tidak akan dapat mendengar dari beliau sendiri jika beliau asyik lari keluar grup dan mendiamkan diri sahaja. Oleh itu kepada sesiapa yg mengenali ums sya minta sangat2 supaya minta tolong beliau utk respon segera kepada 2 soalan mudah sya kepada beliau seperti diatas sebaiknya sebelum para perwakilan membuat keputusan samada untuk mengangkat beliau sebagai salah seorang AJk pas pusat ataupun tidak. Sekian. Tksh

Zaidi bin Ahmad (bekas mejar TUDM)
AJK PAS Kawasan Sg Petani
Pembantu Khas
UAA 4 PRESIDEN

Ustaz Nasharudin Mat Isa - Bekas Timbalan Presiden PAS di Wacana Kerpiompinana Servival Ummah,anjuran Persatuan Alumni UiTM Malaysia dan Gabungan Pelajar Mel

Hudud untuk kepentingan politik, adu domba ahli bawahan?

Hudud untuk kepentingan politik, adu domba ahli bawahan?
 
Hudud untuk kepentingan politik, adu domba ahli bawahan?

Hudud untuk kepentingan politik, adu domba ahli bawahan?

Polemik pro dan kontra Hudud dijadikan modal politik terus kedengaran menjelang Muktamar Pemilihan PAS, Jun depan.
Terbaharu, anak kepada bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor berkata, Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan tidak memadai untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Faiz Fadzil yang juga merupakan seorang peguam syarie berkata, enakmen berkenaan seharusnya disokong dengan undang-undang sokongan seperti prosedur jenayah, prosedur keterangan dan takzir.
“Enakmen itu tak lengkap dan ia mesti dilengkapkan dengan beberapa enakmen lain. Kalau Akta 355 diluluskan sekarang, hudud tak akan dilaksanakan.

“Kalau 10 tahun lagi nak buat kenapa bising sekarang? Ini seolah-olah hudud ini digunakan untuk kepentingan politik atau melaga-lagakan pemimpin dalam PAS dan menakutkan rakyat.

“Ini isu yang diguna Umno. Umno dah nampak ini isu yang PAS akan cenderung untuk bersetuju dengan Umno,” katanya dalam forum “Masa depan PAS Pasca Muktamar” yang diadakan di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur malam tadi.

Sementara itu, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, PAS perlu terus bersama Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha merampas Putrajaya kerana dari situlah tercetusnya reda Allah dalam menegakkan hukum dan membangunkan masyarakat Islam.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, pandangan sesetengah pemimpin parti Islam itu untuk tidak mahu lagi bersama PR sudah terpesong kerana cita-cita PAS hanya dapat dijayakan bersama gabungan itu.

“Hari ini siapa yang pandai-pandai melihat hanya dengan PAS sahaja kita boleh menang? Lepas itu kata tak payah menang pun tak apa, janji prinsip kita menang.

“Nyawa kita untuk menegakkan (Islam) dalam negara ini. Macam mana kalau kita tak menang untuk tegakkan (Islam) dalam negara ini?

“Kenapa kemenangan kita selalu kaitkan dengan negatif? Melainkan ia agenda musuh,” katanya.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semasa berucap di Multaqa Ulama Semalaysia II pada bulan Februari berkata kemenangan dalam pilihan raya dan seterusnya menawan Putrajaya bukan agenda utama PAS, kerana parti Islam itu lebih mementingkan keredaan Allah.

Katanya, berbeza dengan parti politik lain, walaupun PAS pada dasarnya menyertai pilihan raya untuk membentuk kerajaan, ia menekankan yang segala tindakan perlu dirujuk pada kehendak agama.

“PAS tidak seperti parti politik lain seperti PKR, DAP dan Umno. PAS merupakan gerakan Islam yang mempunyai matlamat lebih tinggi dan lebih mulia, iaitu keredaan Allah.

“Itu perbezaan jelas PAS antara parti politik lain. Kita mahu menang tapi biarlah kemenangan itu diredai Allah,” katanya.

Mujahid berkata Al-Quran sendiri tidak pernah menjelaskan sesuatu kemenangan itu yang tidak mendapat keredaan Allah.

Katanya, konsep keredaan Allah itu itu adalah agenda tajaan Umno bagi melemahkan perjuangan PAS dalam PR yang selama ini sudah menafikan suara dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen.

“Mana ada dalam Al-Quran kata menang tak dapat reda Allah. Mana ada? Kalau tak menang pun, buat perangai macam ini, lagi tak dapat reda Allah.

“Ini sebenarnya agenda melemahkan fasa kebangkitan PAS untuk pergi kepada cita-citanya untuk nak menegakkan hukum dan masyarakat Islam menuju keredaan Allah,” katanya.

Terhentikah agenda perubahan DPPP jika Nik Abduh menang?

Terhentikah agenda perubahan DPPP jika Nik Abduh menang?
 
Terhentikah agenda perubahan DPPP jika Nik Abduh menang?

Terhentikah agenda perubahan DPPP jika Nik Abduh menang?

Kemenangan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam persaingan ketua pemuda dibimbangi akan merencatkan agenda pembaharuan sayap itu, kata anak kepada bekas Presiden PAS Datuk Fadzil Noor.
Faiz Fadzil yang juga bertanding merebut jawatan ahli jawatankuasa Pemuda PAS Pusat dalam pemilihan parti kali ini bimbang kenyataan yang dikeluarkan Nik Abduh sebelum ini akan menghalang agenda pembaharuan parti.

“Saya risau kalau betul kenyataan dia semalam, dia kata hudud boleh buat di Kelantan tapi bukan di Malaysia.

“Saya risau kalau pemimpin macam ini, apa yang dia nak bawa? Kalau saya nak reform Pemuda, saya takut tak boleh nak reform sebab ketua pun tak tau apa nak buat,” katanya menerusi forum “Masa Depan PAS Pasca Muktamar” yang diadakan di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau berkata, pembaharuan hanya dapat dilakukan kepada mereka yang bersedia untuk berubah dan disokong oleh pimpinan lain.

Nik Abduh sebelum ini sering kali mengkritik parti-parti komponen lain Pakatan Rakyat (PR) secara terbuka terutamanya DAP dalam isu hudud Kelantan.

Ustaz muda PAS tak hormat pemimpin vateran – Mujahid Yusof Rawa

Ustaz muda PAS tak hormat pemimpin vateran – Mujahid Yusof Rawa
Ustaz muda PAS tak hormat pemimpin vateran – Mujahid Yusof Rawa

Ustaz muda PAS tak hormat pemimpin vateran – Mujahid Yusof Rawa

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyelar golongan ustaz muda yang tidak hormat kepada pemimpin kanan dalam parti.

Katanya, golongan berkenaan dengan mudah menuduh kelompok dalam PAS sebagai liberal dan anti ulama sedangkan masih tidak memahami landskap perjuangan parti.

“Yang baru masuk PAS 2,3 hari, bercakap macam masuk PAS dah 20 tahun. Tak hormat dekat orang tua, orang lama. Macam la mereka dah kenal PAS lebih awal daripada kita.

“Tandatangan borang pun tak kering lagi ni, dah mencabar orang tak betul. Ini ustaz-ustaz muda ini yang balik dari Mesir. Tak hormat langsung ulama-ulama yang dah ada di sini.

“Senang kata dekat orang liberal, anti ulama. Apa ini? Baru balik 2,3 hari. Belajarlah dulu. Kami belajar dari bawah, bertatih daripada cawangan naik kepada kawasan dan negeri,” katanya dalam forum “Masa Depan PAS Pasca Muktamar” yang diadakan di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur malam tadi..
Senada dengan Mujahid, Faiz berkata apa yang dibimbangkan adalah golongan ustaz muda yang akan membawa PAS ke jalan yang terpesong.

Katanya, insiden demonstrasi di depan Pejabat Agung PAS memberikan imej yang buruk kepada parti sekali gus memberi mesej yang salah terhadap agenda perjuangan parti.
“Yang kita bimbang ustaz muda bawa parti ke jalan terpesong. PAS boleh dibawa ke jalan terpesong menjadi ekstrem bila saya tengok beberapa orang buat demonstrasi di hadapan Pejabat Agung.

“Ini budaya samseng. Kalau kamu handal sangat, ada prinsip, buatlah demonstrasi di depan PWTC. Kenapa depan pejabat agung? Depan pejabat sendiri, melalak dalam rumah sendiri,” katanya.
Pada Februari lalu, sekumpulan Pemuda dan Ulama PAS dipimpin Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim dan disertai Ketua Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik berdemonstrasi di pintu masuk Pejabat Agung PAS.

Mereka menaikkan kertas pemidang menuduh ketua pengarah pilihan raya PAS Dr Hatta Ramli sebagai dalang konspirasi menggulingkan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Turut dituduh ialah Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Husam Musa dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat Aiman Athirah al-Jundi.- 22 Mei, 2015.

Dalam memorandum yang disampaikan, mereka mendakwa lebih separuh daripada AJK PAS tidak menyokong Hadi.

Peringatan buat Hadi: Akar umbi PAS tetap bersama Pakatan Rakyat

Peringatan buat Hadi: Akar umbi PAS tetap bersama Pakatan Rakyat
Peringatan buat Hadi: Akar umbi PAS tetap bersama Pakatan Rakyat

Peringatan buat Hadi: Akar umbi PAS tetap bersama Pakatan Rakyat

Tindakan Presiden PAS Hadi Awang terus menerus menyerang DAP tanpa hujung pangkal menjelang Muktamar Pemilihan Jun depan bukan memperkuatkan PAS sebaliknya akan memecah belahkan parti itu.

Hadi dalam program ‘Bicara Harakah’ baru-baru ini berkata beliau patut marah kepada DAP kerana mempertikaikan perlaksanaan Hudud yang diizinkan Tuhan.

“DAP tidak bersetuju dengan hudud, buat kenyataan yang berlawanan dengan Kelantan. Jadi kita ada tanggungjawab kita (menjaga Islam). Kita marah

“Kita marah sebab ia satu tanggungjawab Islam. Kita mesti marah. Tak marah, tiada kemanisan iman. Sebagai orang Islam, kita kena marah,” katanya ketika menjawab soalan hadirin menegur PAS agar berhenti memarahi rakan sekutunya, DAP, pada 19 Mei lalu.


Hadi tidak wajar menyerang DAP kerana perbezaan pendapat mengenai Hudud. Sementelah lagi kebanyakan pemimpin DAP adalah bukan Islam. Begitu juga PKR yang tidak menyokong melaksanakan Hudud pada ketika negara masih gagal menjamin rule of law. Hanya orang biasa yang akan dihukum tetapi penguasa terlepas.

Berlapang dada

Hadi wajar berlapang dada sebagaimana beliau menerima perbezaan pendapat PKR dan DAP pada era Fadzil Noor atau Nik Aziz. Hudud juga bukan keutamaan di Kelantan pasca banjir besar 2014. Malah jika bukan kerana strategi Umno untuk mewujudkan perpecahan dalam PR, Hudud tentunya tidak menjadi keutamaan PAS ketika ini.

Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Dr Yusuf Al Qardawi dalam huraiannya berkata Hudud memerlukan beberapa syarat ketat sebelum boleh dilaksanakan. Antaranya termasuklah cukup makanan; cukup peluang pekerjaan; ajarkan rakyat yang jahil (beri ilmu sempurna) serta beri latihan kepada pekerja (tingkat produktiviti dan pendapatan). Suasana seperti itu memang tidak wujud di Kelantan ketika ini.

Oleh itu, tidak salah pihak yang mengkritik dan meminta agar Hudud ditangguhkan dahulu sehingga tiba waktu yang sesuai. Hukum Hudud wajib tetapi waktu perlaksanaan adalah ijtihad.
Berbalah dalam hal ijtihad membuktikan Hadi tidak mahir dalam ilmu siasah (politik). Untuk menjadi ahli politik yang baik ulama muktabar perlu mendapatkan nasihat ahli siasah. Siasah bukan cabang ilmu wajib bagi pengajian agama. Jadi, tidak salah bagi Hadi mendengar kritikan dan memperbaiki strategi parti.

Tindakan menutup fikiran bahawa DAP penghalang Hudud dan Umno menerima hukum itu amat merbahaya. Umno belum boleh dipercayai. Buktinya, langkah Hadi untuk meminda Akta Mahkamah Syariah tidak direstui oleh sebahagian ahli parlimen Umno. Hadi terlalu bergantung kepada PM Najib Razak yang kononnya menyokong PAS. Sedangkan Najib seperti ‘telur di hujung tanduk’ diserang bertubi-tubi oleh Dr Mahathir yang anti Hudud.

Sekiranya Hadi gagal meminda akta tersebut dalam sesi Dewan Rakyat Mei-Jun ini maka imejnya akan terjejas teruk. PAS akan dilihat seolah-olah ‘melukut di tepi gantang’ meminta belas ihsan Umno.

Ternyata penasihat yang mengelilingi Hadi tidak mahir dalam ilmu siasah. Sokongan terhadap PAS selepas ini akan semakin menyusut dengan satu hala perjuangan sahaja, iaitu Hudud.

Sokongan Melayu

Hudud juga tidak boleh digunakan sebagai senjata untuk meningkatkan sokongan terhadap PAS di kawasan Melayu. Percubaan yang dilakukan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh awal Mei lalu ternyata gagal.

Banyak pihak berpendapat tindakan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Yusri Mat Piah tidak mungkin dilakukan atas kapasiti peribadi tetapi mungkin wujud arahan dari pihak atasan berdasarkan sikap walak pemimpin PAS. Sekiranya benar dakwaan demikian, maka kempen memboikot Dr Wan Azizah yang dimomokkan menolak Hudud tempoh hari bukanlah tindakan spontan tetapi telah dirancang.

Sekiranya Azizah menang majoriti undi kurang 2,000 maka teori Hudud mampu mengurang atau meningkatkan sokongan menjadi kenyataan. Namun terbukti ujikaji itu gagal apabila Dr Wan Azizah memperolehi majoriti kira-kira 8,800 undi walaupun terdapat pemimpin PAS berkempen dan menunjuk perasaan meminta agar pengundi tidak keluar menyokong PKR.

Ujikaji di Permatang Pauh sebaliknya memberi petanda awal bahawa ahli dan penyokong akar umbi PAS tidak akan walak membuta tuli mengikut saranan Presiden, Majlis Syura Ulama atau pemimpin PAS peringkat negeri / kawasan dalam menentukan hala tuju sokongan mereka.

Sekiranya puak Hadi berjaya merebut semua jawatan tinggi PAS dalam Muktamar Pemilihan Jun ini dan mengumumkan tahaluf siyasi PAS berputar 180 darjah kepada Umno maka puak presiden diberi amaran bahawa PAS akan berpecah dua.

Memesong perjuangan

Ahli dan penyokong PAS bukannya bodoh dan ‘gila merapu’ sebagaimana yang difikirkan. Mereka tidak akan menggabungkan diri dengan rejim Najib yang zalim menguat kuasakan GST, menyeleweng wang rakyat dan terlibat dakwaan skandal pembunuhan hanya kerana tawaran pahala yang dibuat pemimpin PAS.

Mereka mampu berfikir siapa malaikat dan siapa syaitan dalam politik Malaysia. Sekiranya puak Hadi berani mengubah hala tuju perjuangan parti maka tidak syak lagi PAS akan kembali ke zaman Asri Muda. PAS boleh masuk BN dan pemimpinnya mendapat jawatan menteri tetapi penyokong mereka akan tinggal kekal bersama PR.

Dalam pilihan raya umum, penyokong PAS akan mengundi calon PR atau Asal Bukan Umno serta sekutunya. Mereka tidak akan memberi undi kepada PAS biar pun mereka ahli PAS. Hakikat di Permatang Pauh jelas menunjukkan kubu kuat PAS di Permatang Pasir yang majoriti 80 % Melayu memberi undi tertinggi kepada Dr Wan Azizah. Walaupun Hadi tidak pernah mengeluarkan arahan agar menarik balik boikot dan mengundi PKR, ahli PAS tetap tidak berganjak dengan pendirian mereka menentang BN.

Membenci PR

Hadi telah jauh terlanjur membenci PR. Satu-satunya cara ialah menggantikan Hadi dengan Ahmad Awang. Namun melihat keadaan pemimpin ulama PAS yang ekstrem dan sukarnya puak Ahmad untuk berkempen menghadapi tindakan agreasif puak Hadi maka peluang untuk Ahmad kelihatan tipis.

Oleh itu, pemimpin PAS wajib bersedia dengan tindakan ahli dan penyokong sebaik sahaja parti itu meningkatkan hubungannya dengan Umno. Hadi akan mendapati ahli dan penyokong yang bertakbir ketika ceramahnya, pada hari mengundi, akan mengalahkan calon PAS dan memenangkan calon PR.

Tidak banyak penganalisis menjangkakan PAS akan kembali ke haluan asal di bawah Hadi. Maka adalah lebih baik ahli dan penyokong memikirkan politik pasca PAS selepas muktamar. Di Turki parti yang berjaya bukanlah pengamal ideologi ortodok. Parti AK pimpinan Erdogan misalnya tidak terikat dengan Hudud tetapi lebih menumpukan Negara Berkebajikan, sebagaimana manifesto PAS menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.

Namun segala-galanya telah terlambat buat PAS. Parti itu mungkin telah ditakdirkan kalah sebelum tiba di kemuncak perjuangan.

Hanya imaginasi Hadi: Anwar tidak pernah setuju Kerajaan Perpaduan

Hanya imaginasi Hadi: Anwar tidak pernah setuju Kerajaan Perpaduan
Hanya imaginasi Hadi: Anwar tidak pernah setuju Kerajaan Perpaduan

Hanya imaginasi Hadi: Anwar tidak pernah setuju Kerajaan Perpaduan

PKR hari ini menegaskan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah bersetuju bergabung bersama Umno seperti didakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata beliau diberi mandat biro politik PKR menafikan sekeras-kerasnya perkara itu.

“Anwar atau mana-mana pimpinan parti tidak pernah bersetuju idea bergabung dengan Umno di dalam sebuah kerajaan perpaduan seperti yang dirujuk Hadi semalam.

“PKR berharap kami tidak diheret di dalam persoalan dalaman PAS,” kenyataan itu dipetik.

Hadi semalam mendakwa idea kerajaan perpaduan pernah dipersetujui Anwar dan bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Hadi, idea digagaskan sebenarnya meliputi penyatuan semua parti ke dalam parti tunggal yang membentuk kerajaan selepas berlaku krisis perlembagaan di Perak.

“Kita tak mahu lari menyertai BN. Biasanya sejarah ini tetap berulang. Sebab itu kita kemukakan unity government ini – semua parti dalam kerajaan.

“Ini dipersetujui bersama semua dalam satu pertemuan di antara saya, Anwar dan arwah mursyidul am kita.

“Kita bersetuju mengetengahkan perkara ini dan kita kemukakan kepada DAP. Tetapi malangnya, ia terbantut kerana Barisan Nasional (BN) tak boleh menerimanya,” kata Hadi pada program Bicara Harakah.

Menurut Rafizi, PKR tekal dalam usahanya menggantikan Umno sebagai kerajaan.

“Fokus PKR ialah membela rakyat dan memperbaiki institusi kerajaan yang rosak di bawah BN, apatah lagi di saat-saat rakyat tertekan dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), penggunaan dana-dana rakyat dalam Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain.

“PKR percaya Umno berada pada keadaan yang paling lemah dan ini masa terbaik untuk memberi peluang perubahan kepada rakyat Malaysia,”

DAP persoal Hadi hanya marah rakan PR, bukan Umno

DAP persoal Hadi hanya marah rakan PR, bukan Umno
DAP persoal Hadi hanya marah rakan PR, bukan Umno

DAP persoal Hadi hanya marah rakan PR, bukan Umno

Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang orang Islam perlu marah DAP kerana mempertikaikan hudud di Kelantan memberi gambaran salah, kata DAP, seakan Islam agama yang tidak mampu menerima perbezaan pendapat.

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaannya Zairil Khir Johari berkata, pelaksanaan undang-undang itu juga malah turut dipertikaikan sarjana Islam sendiri yang menerima hudud sebagai tuntutan syarak, namun takrifan dan kaedah pelaksanaannya sering menjadi pertikaian.

Ini termasuk ilmuwan Islam seperti Sheikh Mustafa al-Zarqa, Muhammad Abu Zahra, Mohamad Salim al-Awa dan Sheikh Yusuf al-Qaradawi, katanya.

“Mufti Perlis Datuk Dr Muhammad Asri Zainul Abidin pun mengingatkan, tidak menjadi masalah sekiranya undang-undang hudud di Kelantan dipertikaikan, kerana ia takrifan manusia dan bukan hukum yang disalin daripada Al-Quran secara bulat-bulat.
“Justeru, apakah Hadi akan marah terhadap para sarjana Islam tersebut, memandangkan mereka juga mempersoalkan dan mempertikaikan pelaksanaan hudud?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Hadi dalam program “Bicara Harakah” di Kuala Lumpur semalam berkata, PAS berhak menyuarakan kemarahannya terhadap DAP yang menolak hudud kerana ia diizinkan Allah.

Katanya, sifat marah memang semula jadi ada pada manusia biasa dan ia menjadi tanggungjawab PAS kerana parti demokratik itu menentang pelaksanaan hukum Allah.

“Kita marah pada perkara yang Allah izinkan. Perkara yang Allah tak izinkan, kita tak marah,” katanya.

Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera itu bagaimanapun berkata, kenyataan Hadi amat mengecewakan kerana sebagai ulama, beliau perlu sedar, seorang mukmin harus berusaha memperlihatkan keindahan hukum Tuhan dan menghapuskan segala keraguan terhadap pelaksanaanya, bukannya marah jika ada pihak yang tidak sehaluan pendapat.

Katanya, Hadi tidak memilih jalan muzakarah atau perbahasan rasional dan mungkir janji apabila tidak membawa isu enakmen hudud di Kelantan untuk perbincangan dan pertimbangan Pakatan Rakyat (PR) sebelum dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Hadi juga, katanya, membentangkan rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) pada sidang Dewan Rakyat yang lalu tanpa persetujuan Jawatankuasa PAS Pusat.

“Jelas, beliau tidak berminat untuk bermuzakarah dengan rakan-rakan seperjuangan,” kata Zairil.
Katanya, Hadi sebaliknya menunjukkan sikap optimis terhadap Umno apabila menyatakan sokongan Umno dalam pelaksanaan hudud ikhlas dan harus disahut.

“Saya berasa sangat musykil dengan sikap Hadi ini, memandangkan Umno sendiri yang menggagalkan pelaksanaan hudud di Kelantan dan Terengganu sebelum ini,” katanya.

Katanya, pada masa sama, tiada usaha daripada Umno membentangkan undang-undang sama di mana-mana negeri dikuasai mereka, sementara menteri Umno sendiri mengeluarkan kenyataan lantang menolak pelaksanaan hudud di Malaysia.

“Pada hemat saya, Umno jelas tiada niat ikhlas melaksanakan hudud. Dan minatnya dalam isu ini hanyalah untuk memperlihatkan kehancuran PR,” katanya.

VIDEO: Pecat lembaga pengarah 1MDB: Serangan Muhyiddin bermula?

Pecat lembaga pengarah 1MDB: Serangan Muhyiddin bermula?
Pecat lembaga pengarah 1MDB: Serangan Muhyiddin bermula?

Pecat lembaga pengarah 1MDB: Serangan Muhyiddin bermula?

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa agar ketua pegawai operasi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dipecat dan disiasat bagi memulihkan imej kerajaan.

Katanya, tindakan serius itu perlu dijalankan untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat pada kerajaan.

“Saya beritahu PM, pecat kesemua sekali lembaga (pengarah) 1MDB.
“CEO ini (patut) dibuang, dan bukan saja dbuang. Panggil polis siasat. Ambil tindakan, barulah rakyat tengok… pimpinan kerajaan rasa bertanggungjawab ambil tindakan serius.
“Kalau tidak buat begitu, ini yang akan membebankan kita jatuh ke bawah,” katanya dalam satu perjumpaan bersama pemimpin tinggi Umno.

Video ucapan itu dimuatkan di Youtube oleh penulis blog yang juga bekas wartawan, Firdaus Abdullah.

Video sepanjang kira-kira tujuh minit itu bagaimanapun hanya memuatkan sebahagian daripada ucapan Muhyiddin.

Dalam video tersebut, Muhyiddin ditunjukkan berucap kepada pemimpin tertinggi Umno, termasuk para naib presiden.
Pertemuan itu dipercayai berlangsung semasa sambutan ulangtahun Umno ke-68 pada pertengahan bulan ini.

Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak ditunjukkan dalam video tersebut.

1MDB melantik Arul Kanda (gambar) sebagai presiden dan pengarah eksekutif kumpulan pada 5 Januari lalu.
Najib pula mempengerusikan lembaga penasihatnya.

BERGAMBAR: Demi memperkukuh ukhwah dalam PAS saya bertanding – Ahmad Awang

Demi memperkukuh ukhwah dalam PAS saya bertanding – Ahmad Awang
Demi memperkukuh ukhwah dalam PAS saya bertanding – Ahmad Awang

Demi memperkukuh ukhwah dalam PAS saya bertanding – Ahmad Awang

Ketika kenyataan rasmi ini ditulis, saya baru sahaja selesai mengikuti program Global Convention Of Scholars For Palestine yang berlangsung di Beirut selama seminggu bermula 16 Mei lalu.
Mudah-mudahan kenyataan ringkas ini mampu menjawab persoalan rakan-rakan dalam PAS dan rakyat umumnya berhubung sebab dan tujuan saya menerima pencalonan untuk bertanding presiden PAS sesi 2015-2017.

PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang dipandu perlembagaan, telah menetapkan dalam Kaedah 4.8.6, Peraturan-Peraturan Pemilihan PAS 2013 (Pindaan 2014), bahawa “Hanya calon-calon yang mendapat sekurang-kurangnya dua pencalonan sahaja yang layak bertanding di dalam pemilihan kecuali bagi kawasan yang mempunyai kurang daripada lima (5) cawangan dan negeri yang mempunyai kurang daripada 5 kawasan di mana satu (1) pencalonan sahaja sudah memadai bagi Kawasan dan Negeri tersebut”.

Justeru penerimaan pencalonan ini secara asasnya kerana diizinkan bahkan diraikan dalam jemaah yang kita sayangi ini.

Bahkan jika sahabat-sahabat lama PAS masih ingat, pertandingan seumpama ini pernah berlaku antara Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Prof Zulkifli Muhammad sekitar tahun 1956.

Menariknya pertandingan ketika itu menatijahkan kesan yang baik kepada jemaah dan meningkatkan ukhuwah dan mahabah sesama anggota PAS.

Rentetan sejarah positif berikut, saya dengan penuh takzim menggagaskan faktor-faktor utama yang mendorong saya bertanding:

(1) Saya berhasrat – tentunya dengan dokongan semua – ingin mempererat ukhuwah, dan memperkukuh kesatuan ahli bertunjang kasih sayang kerana Allah.

11203106_10203568734573022_5272616631314672631_n 

Perkara ini sudah pasti bermula dengan memupuk kesepaduan dalam kalangan pimpinan sesuai dengan peranan yang disebut dalam Fasal 26 (1) (d) iaitu “Mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi menjamin perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam menjalankan tugas masing-masing”.
PAS perlu menekuni firman Allah dalam surah As-Soff “kal bunyanum marsus”, iaitu seperti binaan yang saling memperkukuh dan menguatkan antara satu sama lain.

Setiap ahli keluarga PAS perlu menginsafi bahawa ‘binaan’ PAS ini tidak dibina dengan hamparan merah. Perit dan jerih silih berganti.
Maka sudah menjadi tanggungjawab semua untuk memastikan ‘binaan’ ini terus utuh demi memikul amanah siasah dan dakwah di bumi Malaysia ini.

Dengan kesatuan ukhuwah ini juga, seluruh saf jemaah dapat memberi fokus untuk menunaikan amanah pentadbiran bagi negeri yang telah PAS menangi seterusnya berusaha memenangi negeri-negeri yang masih belum lagi kita menangi.

Amanah yang dipundakkan di bahu PAS hakikatnya terlalu berat. Hampir mustahil amanah ini dapat dilunaskan jika ahli dan pimpinan di setiap peringkat tidak fokus dan tidak bersatu.

(2) Meraikan perbezaan pandangan lantas mengurusnya dengan hikmah dan bijaksana.

Sebagai sebuah gerakan Islam yang cukup berpengalaman, dan memiliki bilangan ahli yang mencecah jutaan, bukankah perbezaan pandangan itu sememangnya sukar untuk dielakkan?
Mustahil untuk PAS mempunyai hanya satu pandangan sahaja. Ini membuktikan PAS sememangnya sarat dengan potensi dan kebijaksanaan yang perlu diraikan dan diurus untuk manfaat PAS itu sendiri.

Kita tidak mahu lagi PAS dikotak-kotakkan dengan perbezaan profesional dan ulama. Kita juga tidak mahu lagi PAS dijurangkan dengan sentimen ‘anti itu’ dan ‘anti ini’.

Keadaan ini sesuai sepertimana yang diungkapkan oleh Al-Qaradhawi, “Perbezaan pendapat itu tidaklah berbahaya, khususnya dalam soal furuk sebahagian usul yang bukan asas. Akan tetapi yang berbahaya adalah perpecahan dan permusuhan yang telah diingatkan Allah dan Rasul-Nya kepada kita!”

Setiap sosok tubuh ahli PAS itu adalah rahmat yang Allah kurniakan kepada PAS. Maka terpulang kepada kepimpinan sam aada untuk bersyukur atau mensia-siakan peluang yang Allah berikan.

(3) Terus mempersada PAS di arena nasional.
PAS mempunyai 21 Ahli Parlimen dan 83 Adun di seluruh Malaysia. Jika rakyat mahu melihat bagaimana PAS jika diizin Allah memerintah Malaysia, maka 21 Ahli Parlimen dan 83 ADUN inilah yang akan menjadi ‘qudwah’ atau contoh panduan kepada rakyat.

11289452_1066267516735134_6784815681204609770_o 

PAS perlu sentiasa mengiktriaf dan menghargai peranan ahli Parlimen dan ADUN PAS.

Wakil-wakil rakyat inilah yang perlu sentiasa aktif membincangkan polisi-polisi di peringkat nasional dan negeri, mencadangkan pembaharuan kepada Kerajaan, dan perlu bersikap akomodatif kepada tuntutan rakyat.

Selain mengoptimumkan peranan wakil-wakil rakyat PAS, PAS mempunyai ramai lagi tokoh berketerampilan yang boleh dikehadapankan.

Lihat saja sejarah, terlalu ramai pemimpin PAS yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan rakyat. Saya percaya inilah harapan rakyat terhadap PAS.
Rakyat mahu melihat kepimpinan PAS terus menjadi peneraju dalam memperjuangkan isu-isu mereka.

(4) Terus aktif berpartisipasi dalam isu-isu internasional.
Pengalaman 17 tahun sebagai Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) cukup mendedahkan saya betapa PAS perlu menjadi pendukung kuat kepada agenda pembangunan Islam sejagat.
PAS merupakan antara gerakan yang terkehadapan dalam mengetengahkan Islam di lapangan demokrasi.

Oleh itu saya berhasrat untuk memastikan PAS akan terus aktif menyertai forum-forum antarabangsa bagi berkongsi pengalaman PAS untuk manfaat gerakan Islam sejagat.

Hari ini dunia Islam berhadapan dengan rencam global yang sangat mencabar. Serangan terhadap Islam datang dari segenap penjuru.
Wujud kempen halus yang cuba melabelkan Islam sebagai antidemokrasi dan prokeganasan.

Bahkan terkini, hukuman yang dijatuhkan oleh pihak penguasa Mesir keatas Dr Muhammad Morsi, rakan-rakan seangkatan beliau dan Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi juga sudah cukup memperlihatkan kebangkitan Islam dalam pentas politik antarabangsa perlu diurus dengan penuh gagah dan berstrategi.

Maka kehadiran PAS di arena antarabangsa itu sendiri sudah cukup untuk menjadi jawapan kepada seluruh tohmahan negatif ini.
Selama 61 tahun di lapangan demokrasi, PAS terus konsisten mengetengahkan Islam sebagai penyelesaian kepada permasalahan ummah.

Akhirnya, saya melihat bahawa teras kekuatan PAS selama ini ialah ahli yang bersatu padu, mengutamakan perjuangan lebih daripada kepentingan diri dan keluarga serta hala tuju dan matlamat yang jelas sama ada di dunia mahupun akhirat.

Ketika ketiga-tiga ini kembali menyatu dan kukuh, saya yakin dan percaya PAS tidak hanya akan hadir sebagai tiang seri kekuatan Pakatan Rakyat bahkan lebih jauh mampu membuktikan kepada dunia bahawa PAS mampu melaksanakan sebaiknya amanah kepimpinan.

Ini sebagaimana yang disebut Al-Mawardi, “Iqamatiddin wa siayatud dunya bih”, membangunkan agama Allah dan mentadbir dunia dengannya.

LIVE][190515] BM14 - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad


ZON KULIAH [LIVE][180515] NE1 - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad


KEHANCURAN YANG BERBALOI

18 Mei 2015

CG  BARD

Bila berada dalam keadaan tertekan, siapa pun boleh jadi bertindak di luar batasan, sifir perkiraan menjadi songsang, kesabaran hilang punca, kewarasan menjadi tipis, kemarahan tidak mampu ditampung, tindakan liar tak mampu dibendung.

Itulah yang berlaku di stadium Terengganu malam semalam. Perlawanan di antara pasukan Terengganu menerima kunjungan singa muda dari Singapura untuk timbal semula separuh akhir Piala FA. Perlawanan berkesudahan dengan singa muda layak ke perlawanan akhir Piala FA bertemu Kelantan, dengan pengadilan yang disaksikan berat sebelah.

Bukan sekadar menang-kalah bolasepak, bukan tidak biasa pengadil berlaku tidak adil, ia kerap sahaja berlaku memandangkan FAM itu sendiri tiada kualiti sejak turun temurun maka mutu pengadilan juga agak 'low class'. Bukan sekali keputusan upset luar biasa menjadi ratapan penyokong bolasepak, ia berlaku di mana-mana. Lagi pun ranking bola sepak negara meng'gua' di tangga 167 dunia, dari 199 tangga, apa nak gaduh?

Soalnya mengapa rusuhan itu berlaku? Apakah yang mempengaruhi penyokong sehingga sanggup membakar stadium sultan terengganu? Mereka bukan di bawah pengaruh alkohol, apakah punca mereka begitu berani demi bolasepak tangga 167 dunia?

Dari pengamatan halus saya dan secara logiknya, apabila saluran usus kosong, salur nafas pun sempit dengan tusukan injap jantung yang tidak menentu lantas memacu deras adrenalin negetif. Maka situasi ini menyebabkan kecelaruan dalam pemikiran berpunca dari 'pressure' tinggi pada salur sel-sel otak yang berhubung. Waktu ini jangan kata stadium, malah istana pun boleh terbakar.

Jangan dipandang sebelah mata peristiwa bakar stadium ini, jangan hanya kira dari sudut bolasepak semata, ia masih bukan soal menang-kalah suatu pasukan. Ia soal tindakkan menembusi batas norma.

Hujung tahun 2013, saya pernah menjangkakan bahawa rusuhan besar bakal berlaku pada tahun 2017, iaitu setahun sebelum mandat penggal ke 13 tamat. Punca asalnya ialah penafian demokrasi apabila rakyat tidak diberi pilihan untuk ubah pentadbiran negara. Kesengsaraan ekonomi pula menjadi pencetusnya.

Saya kira, rakyat terbanyak berdepan dengan pelbagai kecurangan ekonomi yang menyebabkan kehilangan kualiti hidup dalam skala yang besar. Duit tak cukup hingga hujung bulan ketika hutang sudah capai 'exceed'. Suami isteri kerja pun masih tak cukup, malah dengan tambahan kerja sebelah malam juga masih tidak cukup makan. Maka tahun 2017 adalah 'klimex'nya.

Namun dari suasana sosio ekonomi rakyat hari ini yang sangat terkesan dengan kezaliman dan penindasan regim pentadbiran negara, ketika rakyat terus dimangsakan di atas kebodohan dan kerakusan pemerintah yang hidup mewah kaya raya, rusuhan besar yang saya katakan berlaku tahun 2017 itu meleset, kerana ia akan berlaku lebih awal dari jangkaan. 

Rakyat semakin tertekan, ia boleh dilihat di mana-mana, di jalanraya, di rumah, di pejabat, di pusat sukan, di rumah mertua. Untuk menghilangkan rasa tertekan, hiburan menjadi rebutan. Lihatlah sekeliling, bukankah negara ini rakyatnya semakin tergilakan pelbagai jenis hiburan?

Satu cara yang betul untuk melepaskan tekanan ialah mencari sasaran sebenar, dan protes lah. Jika perlawanan bolasepak tidak adil, sasarannya ialah badan FAM. Jika kek ekonomi negara dibahagi dengan cara tidak adil, maka protes lah pemerintah. 

Bagi kes di Malaysia, biasanya jalanraya menjadi lokasi pilihan untuk protes. Tidak seperti kebanyakkan negara luar yang memilih bangunan kerajaan termasuklah parlimen sebagai pilihan protes, dan ia ambil masa berminggu.

Ada yang menyindir kononnya rakyat tidak lagi peduli dengan perlawanan di jalanraya. Ternyata telahan mereka tersasar bila himpunan 1 Mei baru-baru ini mendapat sambutan dan bantahan GST menjadi antara faktor utama.

Harus diingat, selama ini himpunan besar seperti BERSIH dan Blackout 505 adalah berkisar bantahan terhadap demokrasi yang disailang oleh regim demi terus berkuasa. Kesannya hanya kemarahan sementara dan kehidupan harus diteruskan. Tetapi bilamana wang poket bocor siang dan malam kena sailang dek regim, saya percaya kesannya terus ke jantung kehidupan seharian ke sebulanan.

Tidak perlu saya cerita pasal kesan GST atau perihal 1MDB yang menyaksikan duit simpanan pergi haji pun dirompak. Bila tiba masanya, tidak perlu jemput rakyat turun ke jalanraya, meraka yang bocor poketnya ini akan turun protes di jalanraya secara automatik, mungkin lebih dari itu. Di sini bermulanya detik revolusi.

Bibit-bibit revolusi bercambah dari hari ke hari. Revolusi kecintaan terhadap tanahair, revolusi kasih sayang di antara kita marhein.

Apakah revolusi itu membentuk kehancuran? Tidak, revolusi itu adalah pembangunan. Padahal negara ini sememangnya sudah hancur dengan hutang hampir mencecah trilion. Hanya tinggal fizikalnya sahaja, isi dan organnya sudah hancur tunggu masa berderai.

Bukan saya minta negara ini hancur, tetapi sudah saya katakan tadi, negara sudah pun hancur. Hanya belum dapat dilihat dengan mata yang nyata. Hanya revolusi mampu menyelamatkan negara.

Kehancuran tidak mampu dielakkan, kita akan bina semula negara ini dengan sistem dan polisi yang baru, ya semestinya polisi sebuah negara rakyat dalam erti kata sebenar. Revolusi itu adalah kelahiran semula.

Ia mungkin satu proses yang panjang. Namun percayalah, ianya berbaloi demi masa depan anak-anak kita.

Percayalah juga, melepasi revolusi penuh kecintaan kepada tanahair ini akan menyaksikan rakyatnya tidak lagi tergamak buang sampah merata-rata, apatah lagi membuang anak merata-rata.

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia

TERKINI: Calon presiden PAS di Lubnan menghadiri mesyuarat Palestin



Calon presiden PAS di Lubnan menghadiri mesyuarat Palestin

 NOTE: Pihak suara Pakatandaily akan mengadakan temuramah khas bersama calon Presiden PAS selepas beliau pulang dari Lubnan. Kunjungi :  Suarapakatandaily.com

 

 

Calon presiden PAS di Lubnan menghadiri mesyuarat Palestin

Calon Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang kini berada di Assaha Lebanese Traditional Village, Lubnan menghadiri sidang Connference of Global Palestin, hari ini.
Dalam emel kepada suarapakatandaily, Ahmad turut menghantar foto beliau bersama delegasi Arab lain ke persidangan tersebut.

11009138_1065960030099216_4742147683095102517_nAhmad dijangka pulang ke tanah air dalam beberapa hari lagi untuk memulakan kempen merebut jawatan Presiden PAS selepas mengumumkan beliau mencabar presiden sedia ada, Abdul Hadi Awang.

Bekas Naib Presiden PAS ini dijangka akan memberi tentangan sengit. Tinjauan pendapat daripada beberapa penganalisis politik mendapati sokongan ke atas Ahmad dan Hadi dalam kalangan perwakilan yang akan mengundi di Muktamar Pemilihan Jun depan tidak banyak berbeza.

Ahmad agak ketinggalan dengan 40 peratus sokongan sementara Hadi di depan dengan 60 peratus. Kempen di saat akhir berkenaan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dan perlaksanaan Hudud di Kelantan dijangka akan merapatkan jurang sokongan dan menentukan siapakah pemenang jawatan presiden.

Walaupun MB Kelantan Ahmad Yaakob pernah berkata tiada siapa yang layak mencabar Hadi namun kalangan profesional PAS berpendapat Ahmad mempunyai kewibawaan setaraf Hadi.

10411757_1065959883432564_7409227448722687649_nBuktinya Ahmad Awang masih diundang ke persidangan antarabangsa mengenai Palestin walaupun telah beberapa tahun tidak menjawat apa-apa jawatan dalam PAS.

Ahmad sebelum ini aktif menyertai dan menerajui pertubuhan-pertubuhan NGO dalam pelbagai bidang khususnya dalam dakwah dan pendidikan.

Di antaranya Persatuan Ulama Malaysia (PUM) selama kira-kira 17 tahun; dan Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan lebih 20 tahun.

Lain-lain pertubuhan yang pernah dipimpin beliau adalah Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, Persatuan Bekas Pelajar Maahad Al-Ehya’ Ash-Shariff Gunung Semanggol dan Persatuan Pelajar Kolej Islam Malaya.

Ahmad Awang juga pernah menjadi Pengerusi Panel Syariah Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia, Timbalan Pengerusi Panel Syariah Bank RHB, dan anggota Panel Syariah beberapa institusi kewangan yang lain.

Di peringkat antarabangsa, beliau pernah dilantik sebagai ahli Persidangan Agung Dakwah Islam Sedunia Libya, ahli senat Universiti Islam Baghdad Iraq dan ahli Persidangan Himpunan Islam Republik Islam Iran.

Banyak ulama PAS berakhir dalam Umno – Mat Sabu

Banyak ulama PAS berakhir dalam Umno – Mat Sabu
 
Banyak ulama PAS berakhir dalam Umno – Mat Sabu


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, ulama dalam parti itu mendapat penghormatan tinggi di kalangan ahli kerana menunjukkan akhlak yang baik, bukannya disebabkan latar dan kelulusan pengajian agama yang pernah diikuti.

Merujuk kepada dua nama pemimpin tertinggi PAS iaitu allahyarham Yusof Rawa, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Fadzil Noor, Mohamad berkata “tidak kena” jika ada anggota parti menilai seseorang ulama dalam parti berkenaan berdasarkan latar belakang pengajian agama semata-mata.
Bagi Mohamad, status ulama seseorang itu terhasil daripada ilmu, amal dan akhlaknya.

“Kenapa Nik Aziz dihormati? Kerana akhlaknya. Antara akhlaknya yang disegani, apabila mendapat kuasa, beliau kekal hidup amat sederhana bahkan dia menolak hak-hak yang sepatutnya diterima.
“Ertinya beliau buat apa yang beliau cakap. Maka timbulah penghormatan kepada beliau. begitu (juga) orang bukan Islam menghormati Nik Aziz,” katanya.

Balik ‘mengaji’ mahu diiktiraf

Mengenai Fadzil, Mohamad berkata, sehingga akhir hayat ahli politik kelahiran Kedah itu, beliau gigih berjuang menegakkan kebenaran, hak asasi manusia dan menentang akta polis yang mengharam rapat umum.

“Dan penghormatan kepadanya begitu tinggi. Inilah kita minta, siapa nak jadi ulama (dalam PAS) mesti berakhlak begitu, bukan berdasarkan kelulusan. Kamu balik dari pengajian agama, maka hendak diiktiraf ulama? Tak kena,” katanya kepada Malaysiakini.
PAS akan mengadakan muktamar tahunannya di Kuala Selangor pada bulan depan.

Muktamar kali ini memperlihatkan perpecahan ketara sesama ahli PAS apabila berlaku pertembungan dua kumpulan – proulama dan profesional – membabitkan semua peringkat.

Jawatan presiden sendiri menampakkan pertandingan apabila bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Ahmad Awang mengesahkan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad pula bakal berdepan sekurang-kurangnya seorang pencabar untuk jawatan timbalan presiden, iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohamad berkata beliau mahu ulama seumpama seperti Fadzil dan Nik Aziz ditonjolkan dalam PAS walaupun wujud kecenderungan anggota PAS menilai ulama dalam parti itu berdasarkan latar belakang pengajian mereka semata-mata.

Ulama PAS berakhir dalam Umno

Menurut beliau yang mesra dengan panggilan Abang Mat itu, pujian terhadap tokoh PAS yang telah meninggal dunia dibuat kerana “orang yang hidup kita tak tahu berakhirnya di mana.”

Malah, katanya, ramai ulama dalam PAS berakhir dalam Umno.
“Mereka keras melawan Umno dan meletakkan mereka diri seolah-oleh ulama tapi akhirnya menjadi penentang kepada PAS dan menjadi petugas-petugas Umno,” katanya.

Enggan meramalkan sama ada kumpulan proulama atau profesional bakal menguasai PAS dalam pemilihan parti bulan depan, Mohamad yakin PAS memerlukan gabungan kedua-dua kumpulan ini yang dianggapnya sebagai pendokong dasar Islam.

Katanya, perkara itu bukan satu perkara baru memandangkan sebelum ini kedua-dua kumpulan berkenaan pernah bergandingan sewaktu pentadbiran beberapa orang presiden PAS yang berkelulusan profesional.

“Saya yakin PAS sentiasa ada gabungan ini, dari penubuhan sampai sekarang. Gabungan ini tetap ada, dan diperlukan untuk masa akan datang,” katanya.

Menurutnya lagi, isu pertembungan antara kumpulan proulama dan profesional juga disebabkan mainan media yang mempunyai kaitan dengan Umno untuk memecah-belahkan perpaduan dalam parti.
“Sebab mereka tahu bahawa kalau PAS terus kuat dan bersama Pakatan Rakyat. Umno akan tumbang pilihan raya akan datang. Kalau nak menang, pecahkan Pakatan dan salah satunya (caranya ialah) pecahkan ulama dengan profesional dalam PAS.

“Dalam hal pemilihan PAS, mereka cenderung puak mana menang? Saya yakin Umno bukan sokong ulama pun, tapi mereka nak memecah-belah perpaduan supaya BN kekal menang. Cuma ada di kalangan kita terperangkap dengan permainan musuh ini,” katanya.
Mohamad juga optimis kemelut dalam PAS termasuk isu pertembungan ulama dan profesional bakal selesai dalam muktamar nanti.


Najib sila tunjuk cara 1MDB akan selesai hutang – Rafizi
Najib sila tunjuk cara 1MDB akan selesai hutang – Rafizi

Najib sila tunjuk cara 1MDB akan selesai hutang – Rafizi

PKR hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bagaimana syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menjelaskan pinjaman kepada 6 bank antarabangsa selepas melanggar syarat, ia susulan pendedahan akhbar perniagaan berpangkalan di Singapura.

Business Times Singapura hari ini melaporkan, 6 bank diketuai Deutsche Bank kini dalam usaha memaksa 1MDB menyelesaikan hutang AS$975 juta (RM3.52 bilion) 4 bulan sebelum tarikh akhir penyelesaiannya.

“Datuk Seri Najib Razak wajib memberikan kenyataan segera bagaimana 1MDB bercadang membayar hutang RM3.6 bilion yang boleh dituntut bila-bila masa ini,” kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan hari ini mengenai pendedahan terbaru akhbar tersebut.

Pendedahan terbaru itu juga menurut Rafizi mengesahkan dakwaannya semalam yang mengatakan hutang RM3.6 bilion tersebut diambil dengan memberi cagaran.

“Laporan akhbar Business Times pada hari ini mengesahkan pendedahan saya semalam bahawa hutang RM3.6 bilion ini diambil dengan memberi cagaran simpanan dana AS$1.1 bilion yang kononnya disimpan oleh 1MDB di Bank BSI di Singapura.

“Oleh kerana laporan terkini menyebut dana AS$1.1 bilion ini mungkin tidak wujud, ia mewujudkan keadaan panik di kalangan 6 bank antarabangsa tersebut yang bimbang 1MDB tidak boleh membayar hutang RM3.6 bilion itu,” katanya.

Rafizi juga berkata jika 1MDB gagal menjelaskan tuntutan hutang daripada 6 bank tersebut, ia bermakna syarikat tersebut juga gagal memenuhi tuntutan bayaran bagi semua RM42 bilion hutang dimilikinya.

“Ini bermakna, jika tuntutan bayaran hutang RM3.6 bilion oleh 6 bank antarabangsa ini gagal dipenuhi dalam masa terdekat, 1MDB secara undang-undangnya gagal memenuhi tuntutan bayaran bagi kesemua RM42 bilion hutangnya,” katanya.

Lebih parah lagi, situasi tersebut akan menggugat kestabilan kewangan negara, kata Rafizi.

“Oleh itu, ramalan awal saya bahawa satu hari nanti hutang-hutang 1MDB ini membawa risiko besar kepada kestabilan kewangan negara (systemic risk to the financial system) kini mungkin menjadi kenyataan.

“Ini menafikan jaminan yang dibuat oleh pimpinan Barisan Nasional termasuklah Khairy Jamaluddin yang kononnya 1MDB bukanlah satu risiko kepada kestabilan kewangan negara,” katanya.
Business Times hari ini melaporkan 6 bank tersebut mula risau ekoran dokumen cagaran Brazen Sky didakwa “tidak lengkap” kerana tidak memenuhi syaratnya, dan ini membolehkan konsortium bank tersebut menuntut hutang lebih awal sebelum akhir Ogos.

1MDB yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2009 dikritik hebat apabila mengumpul hutang sebanyak RM42 bilion.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebelum ini mendedahkan Putrajaya meluluskan kredit sedia ada kepada 1MDB sebanyak RM950 juta dan RM600 juta sudah digunakan.

(Visited 6 times, 1 visits today)

Najib, Janganlah Bagi Malu Orang Bugis!!

shahbudin.com

Perdana Menteri, Najib Razak sudah dua kali berikrar tidak akan menyerah kalah dan akan terus melawan terhadap kritikan dan serangan daripada Tun Mahathir Mohamad.

Selain bercakap mengenainya di Kuala Lumpur lebih seminggu yang lalu,  ketika di Tawau baru-baru ini dengan disaksikan oleh kira-kira 40 ribu hadirin yang kebanyakannya orang Bugis, Najib sekali lagi mengulangi pendirian itu.

Dengan lagak seperti pahlawan Bugis, Najib lalu memetik madah suku kaum itu yang berbunyi:-

Kendali tergantung awan di langit
Telah terlanjur ku bentang layar
Walau badai datang menggunung
Walau berdentum guruh di langit
Walau bumi berkeping dua
Takkan mungkin ku berbalik haluan

Madah ini tidak lain membayangkan Najib bukan saja tidak akan menyerah kalah, bahkan sanggup menghadapi apa saja rintangan untuk mempertahankan jawatannya, sesuai dengan keberanian orang Bugis yang memang diketahui umum sejak sekian lama dahulu.

Tentu saja berdiri bulu roma orang Bugis mendengar kata-kata berani daripada Najib itu. Di sebalik berwajah lembut dan mempunyai bibir kemerah-merahan, barangkali orang Bugis di Tawau amat bangga dengan keberanian Najib itu kerana rupa-rupanya darah Bugis dalam tubuhnya masih belum tercemar jika berdasarkan pada madah yang dilafazkannya itu.

Tetapi hari ini dalam program jelajahnya di Ipoh, apabila Tun Mahathir menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan Najib mengenai 1MDB, ini adalah peluang terbaik untuk Perdana Menteri membuktikan beliau benar-benar seorang Bugis sejati.

Sebelum berlawan dalam episod-episod yang seterusnya dengan Tun Mahathir, kesanggupannya menyahut cabaran debat ini adalah amat penting untuk menentukan keaslian darah Bugis yang mengalir dalam urat nadinya itu.

Program di Ipoh ini adalah jelajah kedua yang dilakukan oleh Tun Mahathir sejak memulakan serangan dan kritikan terhadap Najib. Program jelajah pertamanya telah diadakan di Taman Melawati kira-kira tiga minggu lalu.

Lebih 3,000 menghadiri program ini dengan kira-kira 60 peratus daripadanya ialah ahli UMNO. Kaum Cina dan India juga turut hadir sama. Antara tokoh Perak yahg hadir ialah Radzi Manan, Ketua UMNO Bahagian Kampar, Hamidah Osman, Ketua Wanita UMNO Gopeng, Yahaya Shafie, bekas Ahli Parlimen Pasir Pinji dan Razman Zakaria, Pesuruhjaya Pas negeri Perak.

Menjawab soalan yang ditanyakan oleh Tamrin Tun Ghafar, bekas Ahli Parlimen Batu Berendam yang mahukan kepastian sama ada beliau bersedia berdebat secara terbuka dengan Najib supaya rakyat dapat lebih memahami persoalan mengenai 1MDB yang sedang hangat diperkatakan ramai, Tun Mahathir berkata, "Ada sedikit kebolehan, kalau nak debat pun, oklah," katanya.

Dengan kesediaan yang ditunjukkan Mahathir ini, ia adalah langkah permulaan yahg terbaik untuk Najib membuktikan darah Bugisnya masih asli, belum tercemar dan beliau benar-benar tidak takut dengan segala cabaran sebagaimana madah yang telah dilafazkannya itu.

Ini kerana, jika berdebat atau berforum dengan Tun Mahathir pun tidak berani, bagaimanakah mahu Najib menghadi cabaran, serangan dan kritikan seterusnya daripada bekas Perdana Menteri itu?

Sekurang-kurangnya dengan berani menyahut cabaran debat Tun Mahathir ini, orang boleh saja memaafkan keengganannya berdebat dengan Anwar Ibrahim sebelum ini atas alasan debat bukannya budaya kita. Mungkin ketika menolak cabaran Anwar itu, Najib belum cukup keberanian kerana tidak terjumpa lagi madah Bugis yang boleh membakar semangatnya itu.

Ayuh Najib, kali ini janganlah bagi malu orang Bugis lagi!! (SH 16/05/2015)